Rabu, 26 Disember 2012

Tukar Tiub

Tukar Tiub


SEMUA DI JEMPUT BERSEDIA

Posted: 26 Dec 2012 07:30 PM PST



PENGUMUMAN
sila tempah tiket bas
sila tempah tiket keretapi
sila tempah tiket kapal terbang
sila tempah bilik hotel
sila tempah tempat menginap

sila ikuti tukar tiub
untuk maklumat terkini
sila layari radio bangsar utama
untuk maklumat ter now

segala perincian akan
diumumkan tidak lama lagi


 PERHIMPUHAN JANUARI TETAP BERLANGSUNG WALAU PUN TANPA PERMIT KATA AKTIVIS 

KUALA LUMPUR, 27 Dis – Himpunan Kebangkitan Rakyat akan tetap berlangsung di Stadium Merdeka pada 12 Januari walaupun tanpa permit dari pihak berkuasa.

Aktivis sosial Hishamuddin Rais memberitahu The Malaysian Insider, pihak penganjur masih menunggu respon dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkenaan dengan permohonan mereka untuk manggunakan Stadium Merdeka, yang sudah dihantar minggu lalu.
Akan tetapi, beliau menegaskan walaupun tiada permit, peserta perhimpunan boleh berkumpul di keliling stadium secara aman.

"Saya hanya mengulangi kata Md Sabu, jika tiada permit, kita akan berkumpul di sekeliling stadium," kata beliau merujuk kepada Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, yang merupakan pengerusi kepada perhimpunan tersebut.

"Saya tidak fikir akan berlaku huru-hara, kecuali jika polis memulakannya. Saya fikir masa tidak kondusif untuk ini….. tetapi kami tidak bimbang tentang itu dan akan berhadapan dengannya jika berlaku," kata Hishamuddin lagi.
Jika perhimpunan ini berlangsung tanpa kebenaran, jalan raya di ibu kota akan sekali lagi menjadi fokus dunia dan pergerakkan sivil seluruh negara, bersama parti Pakatan Rakyat (PR) dan kumpulan anti-kerajaan lain, dalam menuntut beberapa isu utama menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Hishamuddin berkata Himpunan Kebangkitan Rakyat akan menggabungkan semua pergerakan yang tidak berpuas hati dengan dasar dan keputusan kerajaan, golongan pro-perubahan, pro-demokrasi dan pro-pembangkang, dalam usaha untuk menakutkan parti pemerintah dari menipu semasa pilihan raya akan datang.
Pada sidang media mengumumkan perhimpunan tersebut minggu lalu, Mohamad menjemput semua kumpulan yang tidak berpuas hati dengan kerajaan untuk menyertai perhimpunan terbesar itu.
"Kita tidak berselindung memilih tarikh tersebut secara spesifik kerana ia dekat dengan pilihan raya. Dan benar jika ada yang mengatakan ini politikal.

"Adalah jelas ia adalah satu acara untuk melancarkan tekanan ke atas kerajaan hari ini supaya mereka tidak akan melakukan penipuan besar-besaran semasa pilihan raya, supaya ia tidak akan menjadi pilihan raya yang dicuri," kata Hishammuddin.

Aktivis tersebut, yang juga merupakan ahli jawatankuasa pemandu Bersih 2.0, mengingatkan walaupun perhimpunan ini bersifat politik, pengelibatan kumpulan masyarakat sivil bermaksud mereka mahukan tuntutan mereka ditunaikan – dari menuntut kilang Lynas ditutup di Kuantan, pemberian royalti yang adil, pendidikan percuma dan pilihan raya bebas dan adil.
"Kumpulan ini telah menyuarakan tuntutan mereka, dan bukan sahaja untuk kerajaan hari ini akan tetapi termasuk kerajaan akan datang.

"Tuntutan ini masih sah kepada pemerintah akan datang, tolong ingat ini," kata Hishamuddin sebelum menambah bahawa tuntutan pilihan raya bebas dan adil adalah mesej utama perhimpunan tersebut.

Penganjur mensasarkan satu juta orang untuk hadir ke Stadium Merdeka pada 12 Januari dengan warna hijau anti-Lynas, kuning Bersih 2.0, oren pergerakan anti Felda Group Venture Holdings (FGVH) dan merah untuk kumpulan yang menuntut royalti.

Kumpulan menuntut reformasi pilihan raya Bersih 2.0 tahun lalu cuba untuk mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka tetapi diketepikan oleh kabinet  Najib Razak pada saat akhir.
Peserta perhimpunan walaubagaimanapun meneruskan perhimpunan di jalan-jalan di ibu negara pada 9 Julai 2011 menyebabkan keadaan huru-hara apabila polis anti perusuh menawan kawasan terbabit dengan menggunakan gas pemedih mata dan meriam air.

Perhimpunan tersebut menyebabkan pergerakan hak asasi manusia bercambah disamping kecaman antarabangsa terhadap kerajaan Najib di atas tindakan keras polis kepada peserta perhimpunan.

Dua perubahan besar dilakukan akibat daripada perhimpunan tersebut - iaitu Akta Perhimpunan Aman 2011 digubal untuk mengawal perhimpunan awam dan kerajaan membentuk sebuah jawatankuasa terpilih Parlimen (PSC) untuk reformasi pilihan raya bagi melihat ke atas tuntutan Bersih 2.0.

Bersih 2.0 menganjurkan satu lagi perhimpunan tahun ini selepas mengatakan reformasi pilihan raya tidak mencukupi dan tidak ikhlas, walaupun terdapat akta untuk perhimpunan aman, perhimpunan pada 28 April menjadi lebih ganas dari sebelumnya.
Kali ini, peserta perhimpunan berkumpul untuk "duduk bantah secara aman" di Dataran Merdeka, dimana pihak berkuasa menutup kawasan tersebut selepas mendapat perintah mahkamah melarang peserta memasuki kawasan tersebut.

Bercakap kepada The Malaysian Insider semalam, pengerusi bersama Bersih 2.0  Ambiga Sreenavasan berkata gabungan itu tidak terlibat menganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat, walaupun sejumlah besar ahli sudah disenaraikan sebagai peserta.

Beliau berkata mana-mana ahli Bersih yang hadir pada perhimpunan 12 Januari akan hadir dengan kapasiti peribadi.

"Kita dijemput menghantar wakil untuk berucap ketika perhimpunan itu, tetapi itu sahaja. Kami tidak menganjurkannya," katanya dan memberitahu perhimpunan ini turut disokong oleh parti PR - PAS, PKR dan DAP.


-------

SEMAKIN RAMAI MURTAD

Posted: 26 Dec 2012 07:00 PM PST



 'Isu ada kaitan PRU-13, usaha kristiankan Malaysia'

Cetak
Kuala Lumpur: Tindakan membangkitkan semula isu kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu didakwa ada kaitan dengan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan rancangan mengkristiankan Malaysia.

Presiden Jalur Tiga (JATI),  Hasan Ali (gambar) yang juga bekas Naib Presiden PAS, berkata walaupun dinafikan, isu kalimah Allah yang dimainkan semula DAP membayangkan wujud agenda Kristian dalam barisan kepemimpinan tertinggi parti berkenaan.
Katanya, agenda itu boleh dikaitkan dengan agenda besar ke arah membentuk negara Kristian seperti yang pernah didedahkan sebelum ini dan menimbulkan polemik awam termasuk dibincang di Parlimen. 

 KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... SEMAKIN RAMAI ORANG MELAYU MURTAD... kah kah kah..

kah kah kah... MENUNGGU VIDEO MURTAD HASAN ALI...kah kah ka..

kah kah kah... SAMPAI SEKARANG TAK KELUAR KELUAR.... kah kah kah

NOTA
alangkan indahnya
kalau malaysia jadi negara kristian
kita tidak  ada manusia bernama hasan ali
yang ada hanya jack hasan son of the bitch alee
kah kah kah




--------

NAJIB MULA MENYERANG MUHYIDDIN - GUNA KAN PELURU INDIA

Posted: 26 Dec 2012 06:21 PM PST



SEMUA WAJIB BERSEDIA
 

Ambil graduan M'sia yang menganggur, bukan guru dari India »
Nik Nazmi 2

Pada minggu lepas Perdana Menteri Najib  Razak ketika lawatannya ke India mengumumkan bahawa Malaysia berminat hendak mengambil guru-guru dari negara tersebut untuk mengajar Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah kebangsaan tanahair. KEADILAN menyokong usaha-usaha untuk memperbaiki penguasaan Bahasa Inggeris khususnya dan sistem pendidikan kita…
Dec 26 2012 /  / Read More »


Manfaat lepasan ISMP, tak perlu import dari India'

Harakahdaily26 Dis 2012
KUALA LUMPUR:Pada Mac 2012, Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Puad Zarkashi mengesahkan bahawa 7000 graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) belum diberikan tawaran kerja.



KOMENTAR TUKAR TIUB
najib buat pengumuman dari new delhi
ini membawa beberapa makna

pertama: untuk membodek pengundi india
bukan sahaja  akan diambil guru
malah akan meloroh masuk lagi banyak
orang india kerana di buka tempat visa

kedua:  pasti telah ada syarikat kroni
yang telah merancang untuk ambil
guru india ini

ketiga: ini untuk burukkan lagi
imej muhyiddin di kalangan
ibu bapa yang menyokongh bahasa inggeris
muhyiddin amat popular di kalangan
aktivis bahasa dan guru guru melayu
najib cuba merosakkan imej muhyiddin

NOTA:
tak percaya tentang kroni?
tunggu dan nanti


NOTA:
bagaimana dengan warga
malaysia keturunan indian
yang sampai sekarang tak ada kad pengenalan?
ini yang buat GAMIS marah 
gamis: gabungan angkatan muda india sosialis




-------

SATU LAGI BUKTI SAHEH PRU13 ADALAH TIPU

Posted: 26 Dec 2012 04:30 PM PST



SATU JUTA
ADA AMARAN
KEPADA GEROMBOLAN
jangan menipu
  KOMENTAR TUKAR TIUB
satu lagi bukti saheh
satu lagi penipuan sedang dirancang

united malays national organisation
akan menang dalam pru13 bukan  kerana sokongan
tapi kerana penipuan

ini sudah terbukti





PROGRAM KHAS AJAR ORANG ASAL PANGKAH BN - harakah daily


IPOH: Pakatan Rakyat Perak memohon penjelasan kerajaan berhubung satu program yang disifatkan 'latihan mengundi BN' kepada masyarakat Orang Asal di Tapah yang membabitkan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

Mereka mendakwa program tersebut telah diadakan secara bersiri sejak bulan lalu di semua perkampungan Orang Asal di sepanjang Jalan Pahang Tapah.

Dalam program yang turut dihadiri pemimpin BN itu kata mereka, penduduk Orang Asal telah diberikan dua kertas undi (gambar), mirip kertas undi sebenar untuk pilhan raya umum.

Kemudian ujar mereka, masyarakat Orang Asal itu dipaksa memangkah BN dalam kertas undi itu di hadapan pegawai JAKOA dan seorang Adun BN yang turut serta dalam program itu.

"Satu kertas undi adalah undian untuk Parlimen Tapah dan satu lagi kertas undi DUN Chenderiang.

"Penduduk dipaksa memangkah Barisan Nasional dalam kedua-dua kertas undi kemudiannya diberikan beras lima kilogram sebagai ganjaran," Kenyataan media mereka dipetik.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit...INI BUKAN PEKARA BARU... kah kah kah..

kah kah kah...INI LAH CARA GEROMBOLAN DAPAT KUASA.... kah kah kah..

kah kah kah..KELENTONG.. TIPU DAN TIPU ...kah kah kah




-------

AGAMA BERASAL DARI RITUAL MASYRAKAT PAGAN - SATU PENCERAHAN

Posted: 26 Dec 2012 05:00 AM PST




 

AGAMA ASAL USUL DARI PAGAN

Apebendela cai cai umngok ni. Lenkali kalo tatau tu tanye le. Sukati je main ikot org yg bumngok. Bila masa pulak nabi isa lahir 25 disember?

Itu asalnya perayaan org2 pagan yg org kristian terapkan dlm kalender diorg. Dan diorg ni mmg suka main hemtam je. Semuanya nak bersuap, semua nak ikot pale otak tanpa berfikir.

Ikot lojik la,mengiyakan mende yg tak betol tu kan menyimpang namenye. Sukati korang le, dh beso panjang. Kalo tak tatau baik korang duk dendiam je la on UCAPAN HARI NATAL DARI SEORANG USTAZ
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 12/26/12

 
KAABAH DAHULU TEMPAT BERHALA PAGAN
Hello tanpa nama 25 Disember 2012 11:05 PTG diatas, Arab Quraish Mekah bukan "atheist" larrr.. malah mereka adalah "polytheist" iaitu percaya kpd banyak tuhan dan disinilah sumber ekonomi mereka iaitu 'menjaga & mempromosi' rumah ibadat dimana bangunan batu empat segi 'Kaabah' dipenuhi dgn 360 berhala, kerana masa itu belum ada minyak.

 Dalam ertikata moden, sumber ekonomi mereka adalah disektor pelancungan keugamaan. Kemunculan Rasul yg mempromosi ideologi "TIADA tuhan, hanya Allah (yg bukan tuhan)" telah mengugat summer ekonomi & kuasa mereka. Itu pasal mereka naik angin lalu mengasari dan cuba membunuh baginda. Macam keadaan UMNO sekarang. 

Masalah org2 Islam ialah dgn menyamakan Allah dgn konsep 'tuhan'. Allah bukannya tuhan kerana 'tuhan' memerlukan ugama dan ugama pula memerlukan penganut. Jadi sekiranya semua penganut2 sesuatu ugama termasuk 'Islam' murtad, atau planet bumi ini berlaga dgn asteroid dan hancur, Allah (yg bukan tuhan yg. memerlukan ugama & penganut) tetap " on SATU PERTANYAAN UNTUK PENCERHAN
Anonymous
on 12/26/12

 
SUNNAH WAL RASUAH
poyolah sunnah wal rasuah..ucap slmt natal pun rosak akidah..pehal bebal sgt..ni la akibat suka dgr ceramah ustaz fenomena ustaz popular berjanggut yg buat duit bodoh kan org mlayu..sikit2 hukum sikit2 haram sikit2 harus...

sikit2 makruh..kah kah kah..uataz2 ..apa hukum saya makan tapi lupa nak byar..apa hukum intai bini mandi..

apa hukum saya makan kurma berlebihan..kah kah..bodoh nya tahap pemikiran..ni bangsa lain pun leh tlg jawab kan..UMPamanya laaaa.. on UCAPAN HARI NATAL DARI SEORANG USTAZ
Anonymous
on 12/26/12

 
BERPERANG
assalamualaikum kpd yg beragama islam persamaan antara nabi isa as dan NABI MUHAMMAD SAW ialah kedua2 mereka tidak membunuh musuh walau pun musuh hendak membunuh mereka. tapi zaman nabi isa as tiada peperangan, beliau cuma d buru oleh musuh tp telah d selamatkan oleh ALLAH SWT dgn d angkat ke langit. 

berbeza dgn zaman NABI MUHAMMAD SAW.BAGINDA telah d uji dgn pelbagai rintangan semasa hendak menyampaikan agama islam.BAGINDA telah d caci-cerca, maki hamun, d baling batu hingga berdarah, d letak tahi d atas kepala d boikot tidak boleh d beri makan n minum dan berurus niaga dan d halau keluar dr mekah sehinggalah kpd ancaman bunuh ke atas BAGINDA SAW.

 NABI MUHAMMAD SAW bertahan segala rintangan ini selama 13th d mekah, sehinggalah BAGINDA d perintah kan oleh ALLAH SWT hijrah ke madinah. selepas berhijrah ke madinah, barulah NABI MUHAMMAD SAW d perintahkan oleh ALLAH SWT utk berperang. *** ni nak bg tau kat sini dlm setiap peperangan dr peperangan badar sehingga BAGINDA wafat, on SATU PERTANYAAN UNTUK PENCERHAN
sheikhalfarisi
on 12/26/12


USTAZ COOL
ni ustaz confuse ...tak boleh pakai ...dia sendiri pun confuse dengan agama....ni ustaz budak mentah lagi... on SATU PERTANYAAN UNTUK PENCERHAN
Anonymous
on 12/26/12

 

MANA NAK IKUT?
Nabi Isa tidak bunuh orang....Nabi Muhammad 'bunuh' orang...Nabi Isa tak kahwin...Nabi Muhammad kahwin..mana ko nak ikut? he..he..he.. on SATU PERTANYAAN UNTUK PENCERHAN
Anonymous
on 12/26/12

KALAU TAK GUNA AKAL - GUNA APA? GUNA LUTUT?
TT... Soalan yang melibatkan Rasulullah , macam tu tak perlulah dikeluarkan di sini. Rasanya kurang sesuai. Bukan apa, ditakuti akan mendatangkan rasa kurang senang kepada sesetengah pihak. Ditakuti juga akan menyebabkan timbulnya unsur mempermainkan, merendahkan, mencerca, mengeji dan sebagainya oleh pihak/ orang yang tidak layak untuk mengatakannya.

Seelok-eloknya soalan itu diajukan kepada mereka yang berkebolehan dan berilmu untuk menjawabnya. Pandangan ini bukanlah bermaksud saya dipengaruhi oleh para pak arab penjual ayat quran atau ulamak

Cuma kata cikgu saya, KALAU TAK TAHU, BERTANYALAH KEPADA YANG BERILMU. Kalau bertanya dengan orang yang setaraf dengan kita, ditakuti timbul jawapan yang terpesong dari ilmu yang songsang. Diharap agar rumah TT ini tidak dijadikan tempat untuk menghina dan merendahkan sesuatu agama atau Rasul-RasulNya. on SATU PERTANYAAN UNTUK PENCERHAN
Mat Lendir
on 12/25/12


JAWATAN TINGGI DAN KERETA TINGGI
1.mungkin ko beribu pengikut!berjuta pengikut!yang sama-sama bergelak kah!kah!kah!bila ko mengutuk umno dan rosmah!!sapa kisah bhaii!!kalau yang betul dan ada faktanya!!masyarakat akan mengiakanya!!kalau setakat fitnah dah persepsi!!ko tanggongla sendiri disebalik kah!kah!kah! pemuja ko!!

 2.ko mungkin jugak dikelilingi oleh pemimpin hebat yang sealiran dengan ko!anuar!nik aziz!hadi awang!dan teman sekuliah Um dulu yang kini dikerusi empok bergred jusa dll!!ada juga yang tak sealiran dengan ko!dan ada juga berkah!kah!kah dengan ko!!kerana keberanian ko menongkah arah politik di malaysia!!bagi mereka ko lah hebat!!kolah selalu kedepan!!macam zaman 70an dulu!ko lah juara mereka!!last sekali ko merempat!!penjulang-penjulang ko berjawatan besar dalam kerajaan!!sapa kisah bhaii!!politik dan kuasa dunia je bhaii!! 

3.TAPI!!bila melihat dan meneliti penulisan ko mengenai agama!!kesiaann kat ko!!rupanya pemuja ko yang beribu!!teman ko yang berjawatan tinggi dalam PR setakat KAWAN je bhaii!! on PENCERAHAN DAN PENGELAPAN DARI PEMBACA TUKAR TIUB
Anonymous
on 12/25/12


TARIQ AZIZ BUKAN NAMA ISLAM - INI NAMA ARAB 
TT, masa saya kecik2 dulu, saya mati2 ingat Tariq Aziz, mantan Timbalan Perdana menteri Iraq masa zaman Saddam Hussein (1979-2003) ialah seorang Islam kerana dia pakai nama macam org Islam, bukan pakai nama Kristian spt Michael, Antonius, George, dsb. Lama2, baru saya tahu yg Tariq Aziz ni ialah seorang penganut Kristian dan merupakan satu2nya menteri Saddam yang beragama Kristian.

 Saya terkeliru dgn agama anutannya sebab dia pakai nama macam org Islam, tapi tekdelah sampai saya tukar agama ke Kristian. Berdasarkan logik ni, kalau org Kristian pakai nama Alah dalam Alkitab sekalipun, org Islam mungkin mula2 akan rasa sedikit keliru kerana mereka guna nama Tuhan yg sama spt org Islam, tapi ia takkan sampai menjadikan seorg Islam tu murtad sebab banyak perbezaan antara Islam dan kristian yg mereka boleh perhatikan. Oleh itu, saya rasa takde sebab untuk kerajaan nak larang guna nama Allah dalam Alkitab. on WAHAI BANI MELAYU SEDARLAH KAMU - BUKAN KAMU SAHAJA ADA TUHAN
Salim Rubayyi' Ali
on 12/25/12

 
KEBENARAN TIDAK BOLEH DI MONOPOLI
Ini adalah artikel terbaik oleh TT buat tahun 2012 kerana apa yang ditulis oleh TT didalam artikel ini adalah benar belaka. Kebenaran bukan milik satu satu bani. 

Jika ianya milik satu bani sudah tentu bani Melayu memang berada jauh dari kebenaran kerana bani Melayu jauh ketinggalan di belakang berbanding dengan kaum-kaum lain dalam bab mencari kebenaran. Kebenaran bukan milik satu satu agama sahaja. Jika kebenaran ialah milik satu agama sahaja, kenapakah umat Islam jauh ketinggalan dibelakang didalam bab mencari kebenaran?

 Penjual agama dan ularmak macam Harussani dan Hasan Ali mahu copyright kebenaran seolah-olah kebenaran hanya milik mereka sahaja. Jika kebenaran adalah milik hakcipta pengikut penjual agama, mengapakah Internet direka oleh bani bukan Melayu dan bukan Islam?

Mengapakah roket, komputer, kereta dan pelbagai alat yang boleh membantu umat manusia dicipta oleh orang-orang dari pelbagai agama atau tidak beragama? Mengapakah ubat-ubatan yang dapat merawati pelbagai on WAHAI BANI MELAYU SEDARLAH KAMU - BUKAN KAMU SAHAJA ADA TUHAN
Pencari Kebenaran
on 12/25/12

MELAYU KENA TIPU OLEH ARAB
Takde masalah kalau kalimah Allah digunakan dalam Alkitab org Kristian. Biarpun diorg pakai nama Allah dalam alkitab, tapi kita masih boleh bezakan cara sembahyang org Islam dan org Kristian. 

Hanya org jahil agama je yg tak reti beza aqidah dan ibadah Islam dengan Kristian. Itu pasal org2 Islam kena rajin2 pergi masjid tuntut ilmu, byk dgr kuliah agama kat masjid, jgn tercongok je kat TV tgk program realiti TV. Bila dah jahil agama, tu ada org Islam yg takleh bezakan akidah Islam dgn akidah pagan, sampai ada yg pakai ilmu pelaris, ilmu sedut duit, ilmu santau, mintak bantuan 'ulama bunian' nak lariskan bisnes. 

Kes Mona Fendi sebagai contoh, bagaimana jahilnya agama sesetengah org kenamaan dalam mengejar pangkat. Itu belum lagi yang solat hajat lepas Asar, sah sah menampakkan kejahilan dalam mengamalkan agama sendiri. Kalau kita ada akidah dan ilmu agama Islam yg kukuh, kita akan boileh bezakan antara akidah Islam dan bukan Islam biarpun org kristian pakai kalimah Allah dalam Alkitab. on WAHAI BANI MELAYU SEDARLAH KAMU - BUKAN KAMU SAHAJA ADA TUHAN


---------

WAJIB BACA SEBELUM TURUN KE JALAN RAYA

Posted: 25 Dec 2012 09:30 PM PST






MELAWAN SISTEM SPR

Dalam beberapa tulisan yang lalu saya telah menulis tentang sistem mengundi dan pemilihan dalam pilihan raya di Malaysia. Tulisan ini bertujuan untuk mencerahkan lagi pembaca jika kurang faham dengan apa yang saya maksudkan dengan ayat: Dalam PRU13 ini Pakatan Rakyat sedang melawan sistem SPR dan bukan menentang United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya dalam Barisan Nasional.

Justeru : Apakah  dianya  sistem pilihanraya SPR itu?

Mari kita fahami dahulu lembaga  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Lembaga ini  ditubuhkan oleh Parlimen sebagai sebuah lembaga bebas. Pengerusi dan pegawainya  dilantik  oleh Agong. Ini sebenarnya  hanya sandiwara. Hakikatnya SPR ini adalah lembaga yang dilantik dan dipilih oleh United Malays National Organisation. Memang betul  Agung melantik Pengerusi SPR. Bunyinya cukup indah. Cukup molek.  Tetapi hakikatnya yang memberi nama  kepada Agung untuk mengepali SPR  ialah Perdana Menteri. Perdana Menteri ialah Najib Razak.  Najib Razak ialah Presiden United Malays National Organisation. Period.

Justeru mustahil nama Karpal Singh  atau nama Saifudduin Nasution akan dicadangkan oleh Najib Razak  kepada Agung untuk menjadi Pengerusi SPR. Apa yang saya tulis ini bukan fitnah. Bukti telah ditemui bahawa  Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR hari ini adalah ahli United Malays National Organisation.

Pada ketika ini Parti United Malaya National Organisation  sedang bernafas dalam lumpur.  Presidennya Najib Razak dikatakan terlibat dalam kes bunuh. Presiden parti ini juga akan disapina oleh mahkamah Peranchis untuk kes rasuah jula beli kapal selam Scorpene.  

Awal bulan Disember ini, Deepak - adik angkat kepada Isteri Presiden Parti ini telah membuka mulut. Terhambur  pelbagai rahsia termasuk keterlibatan kakak angkatnya dimalam Altantuya dibunuh. Kesah-kesah 'ngeri' dari Deepak Jaikishan ini telah menjadi induk perbualan rakyat Malaysia

Dalam masa yang sama - budaya tikam menikam dan sobotaj -   sedang menjadi-jadi dalam United Malays National Organisation. Orang ramai telah melihat poster dan kain rentang   yang mahu menobatkan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.  Malah direncanakan agar Najib Razak tidak bertanding lagi pada PRU13. Ini sebagai jalan untuk memenangi hati pengundi yang amat-amat membenci isteri Najib.

Perbincangan dan rancangan  'mengundurkan Najib'  sedang hangat dibincangakan dalam alam siber dan juga dalam media baru. Malah ada berita yang telah melaporkan    strateji ' undurkan Najib ' ini  telah sampai ke tahap perbincangan dikalangan ahli Majlis Tertinggi parti ini.

Parti United Malays National Organisation sedang nazak ini bukan cerita dongeng. Perebutan untuk menjadi bakal calon dikatakan sedang menjadi-jadi. Pertempuran Najib dengan Muhyiddin hanya menunggu masa untuk terbarai. Bayangkan dari India Najib Razak telah menembak  ' peluru berpandu' ke dada Muhyiddin. Najib mahu nama bakal calon ditapis oleh SPRM.  Muhyiddin dengan tangkas membaca bahawa arahan ini bertujuan untuk meminggirkan calon-calon yang  dianggap kurang setia kepada Najib dan Rosmah.  Atau lebih tepat pagi calon-calon pro-Muhyiddin.

Kalau semua ini fakta dan bukan fitnah – apa pula sangkut pautnya dengan SPR dan PRU13? Apa pertalian parti yang sedang nazak dengan PRU13?

Untuk saya United Malays National Organisation sebagai sebuah parti politik telah lama terkambus.  Dalam PRU12 yang lalu  – Pakatan Rakyat telah mendapat  lebih banyak undi keseluruhan berbanding dengan  Barisan Nasional. Hari ini orang ramai  melihat dan sedar bahawa ombak rakyat menyokong Pakatan Rakyat bukan sahaja memuncak malah kini ampoh membanjiri seluruh negara. Jika PRU13 dijalankan minggu hadapan , pasti Putrajaya akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

Awas! Mustahil? Mustahil  untuk Pakatan Rakyat sampai ke Putrajaya. Biar saya terangkan dari mana kemustahilan ini muncul. Dalam satu segi saya membuktikan bahawa sokongan melimpah ruah. Dari  segi yang lain saya berani pula berkata yang Pakatan akan gagal ke Putrajaya. Ini satu ayat yang bercanggah.

Sebenarnya kemustahilan Pakatan Rakyat untuk sampai ke Putrajaya ini tidak ada sangkut paut dengan sokongan pengundi. Kerana dari kiraan undi, Pakatan seharusnya telah berkuasa bermula dari tahun 2008 dahulu. Pakatan Rakyat gagal dihalang. Siapa yang menghalang?

Yang menjadi batu penghalang untuk Pakatan mencapai kemenangan hakiki ialah SPR. Lembaga SPR ini sedang menjadi tembok besar untuk  memastikan tidak ada parti-parti politik lain yang boleh menang dan mengambil alih kuasa dari United Malays National Organisation.

SPR ini adalah tembok  pertahanan akhir yang memustahilkan pilihan raya dimenangi dengan cara mengundi. SPR telah mewujudkan satu sistem yang  lengkap dimana musuh United Malays National Organisation tidak mungkin akan dapat mengambilalih kuasa.

Lihat  tarikh pilihan raya – ianya hanya diketahui oleh Presiden United Malysa National Organisation. Ini untuk memastikan  parti-parti  lain boleh diperanjatkan dengan tarikh pilihanraya.

Warga asing dalam dunia ini semua tahu bila pilihan raya akan diadakan dalam negara mereka. Pakistan, walau pun sedang   diserang oleh 'drone' setiap hari tetapi rakyatnya  tahu bulan May tahun hadapan ialah  bulan pilihan raya. Warga  Iraq  dan Afghanistan  yang sedang  berperang tahu berbulan-bulan lebih awal tarikh  mereka keluar mengundi. Ini TIDAK pernah belaku di Malaysia. Ini yang saya maksudkan dengan sistem SPR yang diwujudkan untuk menipu.

Lihat pula pengunaaan dakwat kekal. Di Malaysia ini pengunaannya amat pelik dan memeranjatkan. Dalam dunia ini  warga mengundi dahulu kemudian sesudah mengundi baru dicelup jari dengan dakwat kekal. Dakwat hitam membuktikan Si Polan dan Si Polan telah mengundi.

Ini tidak berlaku di Malaysia. Dalam negara ini  satelah ada dakwat di jari baru dapat kertas undi. Celup dakwat dahulu baru dapat kertas undi. Ini melanggar lojik penggunakan dawat kekal. Dakwat kekal dijari bertujuan untuk  menafikan dapat kertas undi sekali lagi.   

Di Malaysia semuanya terbalik. Jari yang ada dakwat kekal  boleh  dapat kertas undi. Bayangkan berapa ramai hantu-hantu yang telah disusun oleh SPR akan  datang mengundi.  Mereka yang telah dihitamkan jarinya akan berpusing-pusing mengundi berkali-kali. Justeru, inilah sistem yang telah diwujudkan oleh SPR  bertujuan untuk menipu undi.

Orang ramai tahu bahawa ramai Mat Indon, Mat Bangla dan pendatang haram yang telah diberi kad pengenalan segera untuk membolehkan mereka mengundi. Untuk memastikan ' pengundi haram'  ini selamat SPR telah membuat peraturan  bahawa tidak ada sesiapa boleh menghampiri tempat mengundi. Wakil parti atau Pondok Panas wajib diletakkan sejauh 100 meter dari tempat mengundi.

Apa maknanya ini? Ini  adalah satu lagi contoh sistem yang diwujudkan oleh SPR untuk memastikan pekerja parti dan aktivis Pakatan tidak akan dapat melihat muka Mat Bangla dan Mat Indon  yang datang menyamar sebagai pengundi.  Seratus meter mustahil dapat dikenali muka pengundi – kecuali dengan teropong jarak jauh.

Didalam bilik mengundi ada  PACABA ( Polling Agent, Counting Agent dan Barong Agent) dari Pakatan Rakyat. Kali ini SPR telah membuat undang-unadng kecil untuk memastikan pekerja PACABA ini hanya dapat melihat bahagian belakang Si Pengundi.  Meja PACABA  diletakkan bukan untuk mengadap muka pengundi  tetapi untuk memerhatikan punggung dan belakang si Pengundi. Inilah yang saya maksudkan dengan sistem menipu yang diwujudkan untuk mengalahkan Pakatan Raklyat.

Saya berani berkata bahawa niat sistem ini bukan untuk  mengurus pilihan raya dengan lancar, teratur dan  baik. Ini bukan akidah SPR.   Sebagai tembok pertahanan akhir lembaga SPR ini telah menyususn pelbagai peraturan dan undang-undang kecil untuk memastikan United Malays National Organsiatgion  akan menang.

Apa yang saya paparkan ini belum merangkumi lagi 8 Tuntutan Bersih yang tidak dipedulikan. Bagaimana pula dengan pertambahan pengundi mendadak dipelbagai kawasan seolah-olah ada perumahan baru yang muncul setiap satu bulan. Bagaimana pula dengan nama-nama bakal pengundi yang pelik lagi lawak – Proton Saga bin Superman – ini tidak saya huraikan.

 Saya juga  juga belum menyentuh  ilmu ghaib yang dipakai oleh bakal Pengundi  yang lahir pada tahun 1974 tetapi mendaftar pada tahun 1972. Atau Pengundi  yang  lahir tahun 2004 tetapi mendaftar tahun 2009.  Atau pengundi yang telah mati pada tahun 1975 tetapi masih datang mengundi pada tahun 2008. Semua ini adalah sebahagian dari sistem SPR.

Semua yang saya tulis ini bukan pekara baru. Berkali-kali saya tunjukan bahawa inilah yang saya takrifkan sebagai  satu sistem. Justeru saya katakan bahawa dalam PRU13 ini Pakatan Rakyat bukan menentang United Malays National Organisation dan kuncu-kuncu dalam Barisan Nasional tetapi menentang  sistem yang telah diwujudkan oleh lembaga SPR.

Dari sekarang saya berani berkata – jika sistem SPR ini wujud – mustahil Pakatan Rakyat akan dapat mengambil alih pentabiran negara.  Sistem ini cukup kebal kerana ianya tidak diketahui ramai. Ianya  juga bertopengkan Parlimen. Orang ramai hanya tahu memangkah. Satelah memangkah  mereka menganggap diri mereka telah  mengamalkan demokrasi.

SPR dan United Malays National Organisation wujud bantu membantu. SPR hidup kerana United Malays National Organisation. Dan parti ini masih wujud  kerana sistem pilihan raya yang diwujudkan oleh SPR. Justeru untuk sampai ke Putrajaya SPR wajib dihapuskan dahulu. Menghapuskan SPR yang wujud hari ini adalah juga  Bersih.

Untuk memastikan PRU13 berjalan  bersih dan adil  orang ramai wajib memberi amaran kepada United Malaya National Organisation dan SPR. Amaran ini ialah – jangan menipu  di PRU13.  Amaran ini datang dari satu juta orang ramai  yang akan turun pada Hari Kebangkitan Rakyat. Satu juta ke  Stadium Negara pada 12 Januari  hanyalah amaran awal.(TT) 


NOTA:
tulisan inin telah disiarkan
dalam akhbar SUARA KEADILAN terbaru
sesiapa yang ingin melanggan akhbar minggun ini
sila pukul talipon 03- 22-72-40-45


 




-------

ARAHAN PEGUAM NEGARA PUN - PARA CUKONG TIDAK PEDULI

Posted: 25 Dec 2012 08:39 PM PST


KOMENTAR TUKAR TIUB
lihatlah betapa kuatnya kuasa kroni
lihatlah betapa kuatnya kuasa pemodal
lihatlah betapa kuatnya kuasa cukong

peguam negara telah menetapkan
kamera ini salah
tetapi mereka engkar

kalau peguam negara pun 
para cukong
para kroni
tak ambil pot

kita tidak ada jalan lain
hanya satu jawapan
satu juta turun ke jalan raya

NOTA:
hanya jalan raya 
yang akan mengajar mereka
yang dapat menyedarkan mereka

SEMUA KE
 KUALA LUMPUR
 
Putrajaya kekalkan kamera perangkap kelajuan AES walaupun saman dibekukan

KUALA LUMPUR, 26 Dis — Putrajaya akan meneruskan operasi kamera perangkap kelajuan kontroversi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) walaupun pembekuan pada pendengaran saman oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) minggu lepas, kata Menteri Pengangkutan  Kong Cho Ha.
Kong memberitahu The Malaysian Insider pihak berkuasa tidak akan berhenti mengeluarkan saman AES walaupun mendapat tentangan hebat daripada orang ramai dan pemimpin Pakatan Rakyat (PR).
"Kerajaan tidak akan menghentikan saman AES ini, seperti yang sudah diputuskan dalam Mesyuarat Kabinet lalu," kata Kong merujuk kepada kelulusan perbelanjaan dianggarkan kementerian itu di bawah Bajet 2013 bulan lepas.
Setiausaha agung MCA itu akhirnya menjelaskan isu berkaitan pemberhentian semua prosiding mahkamah berkaitan dengan saman AES oleh AGC untuk mengkaji isu-isu undang-undang yang dibangkitkan, selepas seminggu isu ini berada dalam keadaan tergantung.
"Saman itu masih sah dan akan terus dikeluarkan. Keputusan pembekuan itu terpulanglah kepada AGC untuk membuat keputusan," jelas beliau menunjukkan bahawa kementeriannya tidak campur tangan dalam perkara ini.
Sementara itu, Kong juga mengakui saman AES tersebut bermasalah dalam sudut perundangan dan kementeriannya sedang mencari jalan untuk menyelesaikan perkara yang dibangkitkan tersebut.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit...INI BERITA BAIK... kah kah kah..
kah kah kah..... SATU SAMAN SATU UNDI UNTUK PAKATAN... kah kah kah..
kah kah kah... JADIKAN KAMERA INI AJENDA  MENGHASUT... kah kah kah....
kah kah kah...ORANG RAMAI CEPAT FAHAM.... kah kah kah..
kah kah kah...JADIKAN AES MACAM LEMBU SHAHRIZAT.... kah kah kah..
woit... HASUT JANGAN TAK HASUT... kah kah kah
MENGHASUT
untuk turun
KUALA LUMPUR
12 januari 2013
-------

PAKATAN RAKYAT AKAN MENANG TAK BERTANDING - ATAU PRU13 DI BATAL TERUS

Posted: 25 Dec 2012 08:00 PM PST



CONTOH DESIN YANG AKAN
DI CADANGKAN UNTUK
MENDAPAT NOBAT
COOL
 KOMENTAR TUKAR TIUB
tukar tiub terus menerangkan bahawa
yang dilawan oleh pakatan rakyat
bukan united malays national organisation
tetapi
satu sistem yang telah disusun oleh SPR
yang bertujuan untuk memastikan
united malays national organisation dan kuncu kuncu
akan terus berkuasa

ini salah satu taktik baru
untuk memastikan pakatan rakyat 
akan dikalahkan


Proses tapisan calon PRU perlu diperluas

 Oleh Norakmah Mat Youb dan Mohd Nasaruddin ParziCetak
Kuala Lumpur: Proses tapisan senarai calon Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) perlu diperluaskan termasuk mengambil kira soal salah laku moral dan tidak sekadar menyentuh isu rasuah saja. 

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi , berkata ia termasuk kes dalam siasatan pihak berkuasa, kes jenayah dan muflis. 
Katanya, tapisan menyeluruh terhadap isu rasuah dan salah laku akan memastikan kredibiliti politik serta amalan demokrasi negara menjadi lebih telus dan dihormati. 


Kita dulu banyak pengalaman apabila ada YB (Yang Berhormat) dihadapkan ke mahkamah selepas pilihan raya umum, termasuk daripada pakatan (pembangkang), katanya kepada BH. 


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit.... BETUL KE INI? ....kah kah kah..

kah kah kah...BIAR BETUL.... kah kah kah...

woit.... KALAU MACAM INI SIAPA YANG AKAN TANDING?.... kah kah kah...

KES KES 
najib - kes bunuh altantuya
muhyiddin - kes rembat tanah di johor
zahid hamidi - kes tumbuk budak kelantan
rais yatim  - kes rogol amah
nazri - kes anak bunuh
isa samad - kes rasuah pemilihan
khairy jamaluddin - kes rasuah scomi
dan dan dan.....

NOTA
hanya seorang saha yang tak ada kes
dan boleh bertanding
namanya datuk ibarahim ali
dia bersih dan suci
kerana tiap hari mandi, memyelam dan meloncat
kah kah kah


--------

PROGRAM MENGHASUT DI SANA SINI

Posted: 25 Dec 2012 07:41 PM PST



TARIKH PROGRAM MENGHASUT

29/12/2012 -  bukit gadong pulau pinang
31/12/2012 -   10 pagi konvoi bermula dari taman melewar
31/12/2012 -  himpunan hijau/kuning dataran sgah alam
01/01/2013 -  bukit baru melaka
05/01/2013 -  johor bahru
06/01/2013 -  masjid tanah melaka

untuk pembaca tukar tiub
sila datang buat ramai
pilih tempat dan wilayah
yang terdekat untuk mendengar hasutan
kenapa kita wajib turun pada 12 januari 2013

ANAK MUDA BANGUN MELAWAN

BUKIT GADONG
PULAU PINANG
 
JAM 10 PAGI
MARKAS TARBIAH PAS
TAMAN MELEWAR

MALAM TAHUN BARU
DATARAN SHAH ALAM

BUKIT BARU
MELAKA

KEMPAS PERMAI
JOHOR BAHRU

MASJID  TANAH MELAKA

 

Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112
RM50 seorang Pergi / Balik 
termasuk T'shirt, Muffler, Tuala,
2 x 500ml air minuman, Garam.

Bertolak dari Semerah, Parit Sulong.
4 Buah bas bersedia.

Call @ Sms 016 - 764 2006 (Mohamad)
 --------

Tiada ulasan: