Rabu, 26 Disember 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Zailah guna lori hantar bantuan banjir

Posted: 26 Dec 2012 07:24 AM PST

Hazayani Zakaria,  


 
KUALA LUMPUR: Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Rantau Panjang mengambil inisiatif mengagihkan keperluan asas kepada mangsa banjir menggunakan lori.

Sejak Kelantan dilanda banjir bermula Isnin lalu akibat air Sungai Golok merentasi Daerah Tanah Merah dan Rantau Panjang melimpah, Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof tidak menang tangan menghulurkan bantuan kepada mangsa yang memerlukan.

Hari ini beliau mengagihkan bantuan mangsa banjir di 18 pusat pemindahan banjir antaranya di Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi, Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang 2, Sekolah Kebangsaan Kubang Kual, Sekolah Kebangsaan Sri Kiambang dan Dewan Rukun Tetangga Lubok Setol.

"Keadaan banjir di sini masih lagi buruk dan hai ini Parlimen Rantau Panjang sediakan satu lori bekalan makanan seperti beras, telur, sardin, biskut dan lain-lain keperluan termasuk tempat tidur untuk mangsa-banjir di 18 pusat pemindahan," kata beliau ketika dihubungi hari ini.

Beliau yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat meminta orang ramai berdoa agar tiada sebarang kejadian buruk berlaku sepanjang bencana alam ini.

"Di samping menghulurkan bantuan, marilah sama-sama kita berdoa agar semua urusan dipermudahkan dan tiada kejadian buruk menimpa kita sepanjang menghadapi musim tengkujuh ini," ujarnya.

Sementara itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) melaporkan jumlah mangsa banjir di Kelantan setakat ini ialah 4010 orang.

Manakalan enam jalan masih ditutup kepada kenderaan ringan iaitu Jalan Machang-Pkl Meleret-Wakaf, Jalan Pengkalan Rakit Bata, Jalan Pangkal Meleret-Limau Hantu, Jalan Pangkal Gong - Kemubu, Jln Pasir Mas-Pohon Tanjung-Rantau Panjang dan Jln Cabang 4/Kg Jambu/Meranti.

MCA main isu perkauman macam Umno

Posted: 26 Dec 2012 07:19 AM PST

Khairil Abdul Rahim,


TEMERLOH: Pengerusi DAP Pahang Leong Ngah Ngah (gambar) mendesak MCA berhenti meniru cara Umno dengan memainkan isu perkauman dan fitnah iaitu DAP diperkuda oleh PAS.
Dalam sidang medianya di pejabat PAS Pahang semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Triang berkata, MCA ternyata kehabisan modal politik walaupun terpaksa meniru Umno sehingga memecahbelahkan masyarakat Cina.

Beliau mengulas satu isu majlis makan malam di Telemong, Bentong yang sudah tiga minggu dimainkan oleh MCA dalam akhbar berbahasa Cina dan Inggeris.

Majlis makan malam itu dianjurkan DAP Bentong pada 17 November lalu.

Menurut Leong, seorang ahli DAP telah menaja majlis nyanyian dengan dua orang penyanyi dan pada masa itu Setiausaha PAS Kawasan Bentong Junaidi Ishak, hadir mewakili PAS.

"Apa yang berlaku ialah penyanyi pertama telah mengambil masa yang lama sehingga 20 minit membuat persembahan. Oleh kerana banyak acara lagi selepas itu, penganjur telah membatalkan persembahan penyanyi kedua.

"Akibatnya, seorang penyokong MCA yang hadir pada malam itu tidak puas hati lalu membuat cerita kononnya DAP tunduk kepada PAS kerana terpaksa membatalkan nyanyian berikutan kehadiran wakil PAS.

"Cerita itu kemudiannya dispin oleh Ketua Kampung Baru Manchis dengan mengatakan DAP meletakkan kepentingan PAS melebihi masyarakat Cina," ujarnya.

Leong berkata, akibat peristiwa tersebut MCA telah mempergunakan isu itu termasuk mencabar DAP 'potong ayam' di gereja Guan Di di Telemong sebagai sumpah membuktikan siapa berbohong dalam isu itu dan difokuskan dalam akhbar.

"Orang yang paling faham isu itu ialah orang Telemong tetapi Ketua Kampung Baru (Cina) Manchis pula yang  mereka-reka cerita. Sebab itu DAP meminta beliau letak jawatan kerana dia tidak layak menjadi ketua masyarakat Cina kerana memecahbelahkan masyarakat tempatan di situ.

Leong menambah, beliau sedar oleh kerana pilihan raya umum (PRU) sudah dekat kerana itulah MCA terpaksa menggunakan taktik seperti Umno memainkan isu perkauman.

Sementara itu Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, yang turut hadir dalam sidang media berkata PAS tidak pernah masuk campur program DAP.

Katanya, tidak timbul langsung soal DAP tunduk kepada PAS sebagaimana PAS tidak pernah tunduk atau dimasuk campur oleh DAP.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda PAS Pusat Nasruddin Hasan yang turut hadir menambah, isu tersebut sengaja dirancang dan diperbesarkan kerana ia merupakan strategi terancang untuk melemahkan PR.

"Di tempat majoriti Cina, MCA mainkan isu DAP tunduk kepada PAS. Manakala di kalangan masyarakat Melayu, Umno pula menyebarkan dakyah PAS tunduk kepada DAP.

"Sekarang siapa yang tundukkan siapa? Jadi kita harap rakyat sedar permainan politik kotor dan perkauman ini demi untuk mereka mengekalkan kuasa," katanya.

Pemimpin gereja gembira dengan janji Najib, tetapi bimbang tidak dilaksanakan

Posted: 26 Dec 2012 05:09 AM PST



Najib menyebut kebenaran masyarakat Kristian untuk ke Jurusalem adalah satu bukti kerajaan mengiktiraf kepentingan masyarakat Kristian kepada negara. – Gambar fail
PETALING JAYA – Pemimpin gereja gembira dengan janji Datuk Seri Najib Razak kepada masyarakat Kristian, tetapi bimbang tidak dilaksanakan kerana halangan dari elemen konservatif dan pelampau dalam parti dan kerajaannya.

Najib berkata kepada masyarakat Kristian di Malaysia sempena Hari Krismas semalam bahawa kerajaan mengiktiraf mereka sebagai penting dalam negara, berjumlah sembilan peratus dari jumlah penduduk negara berjumlah 28 juta orang.

"Saya berharap ia bukan dari dirinya sahaja, tetapi semua bahagian kerajaannya," kata pengerusi Persekutuan Kristian Malaysia (CFM), Datuk Ng Moon Hing kepada The Malaysian Insider.
CFM, badan yang menggabungkan seluruh mazhab Kristian negara ini, menganjurkan sambutan Hari Krismas tahunan yang dihadiri oleh semua pemimpin politik.

Pandangan Ng turut dipersetujui oleh Tan Sri Murphy Pakiam, Uskup Agung Roman Katolik di Archdiocese Kuala Lumpur yang berkata perdana menteri memerlukan keberanian dan keazaman untuk menepati janjinya.

"Kita berharap beliau dapat gerakkan seluruh pasukannya," kata Pakiam.

Pemimpin gereja bersetuju kehadiran Najib di dalam majlis Krismas itu adalah satu tindakan baik untuk masyarakat Kristian, tetapi semua itu tidak berguna jika beliau gagal berhadapan dengan golongan pelampau dalam partinya.

"Apa yang membimbangkan masyarakat Kristian ialah kerajaan tidak lantang menentang golongan pelampau tentang pandangan mereka," kata Hermen Shastri, setiausaha agung untuk Gabungan Gereja Malaysia (CCM).

CCM adalah badan yang menyatukan seluruh mazhab Kristian dan organisasi ini adalah sebahagian dari Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) yang mewakili 90 peratus dari 2.8 juta penganut Kristian di negara ini.

Tahun lalu, akhbar milik Umno, Utusan Malaysia menyiarkan laporan bertajuk "Kristian Agama Rasmi?" di mana ia mendakwa pemimpin DAP dan pemimpin gereja bekerjasama untuk mengambil alih Putrajaya, dan menghapuskan Islam sebagai agama Persekutuan serta melantik perdana menteri Kristian.

Selepas laporan tersebut, kumpulan berhaluan kanan Melayu Perkasa dan presidennya Datuk Ibrahim Ali mengugut masyarakat Kristian seluruh negara untuk mengisytiharkan jihad (perang) ke atas mana-mana kumpulan yang mahu menggantikan Islam dengan Kristian sebagai agama rasmi.

Najib kemudiannya bertemu dengan pemimpin gereja untuk memulihkan keadaan tetapi Menteri Dalam Negeri hanya memberi surat amaran kepada laporan yang tidak berasas.

Shastri berkata dengan tidak mengambil tindakan tegas kepada puak pelampau ini, ia akan menyukarkan rancangan yang diingini Perdana Menteri untuk dicapai.

Pemimpin gereja juga menyenaraikan beberapa isu yang melibatkan masyarakat Kristian yang belum disampaikan kepada kerajaan, dengan berharap Najib akan serius untuk tidak meminggirkan masyarakat tersebut.

"Kami rasa terdapat beberapa isu yang kerajaan perlu berdepan apabila berhadapan dengan masyarakat Kristian," kata Phillip Lok, seorang uskup Gereja Lutheran Malaysia.

"Kita menghadapi kesukaran berhadapan dengan birokrasi. Terdapat beberapa kesukaran yang kelihatan (dalam polisi), tetapi polisi itu diterjemahkan dengan gaya berbeza,"

Ng menyenaraikan beberapa masalah yang dihadapi masyarakat, antaranya isu kekurangan tanah untuk tempat beribadat.

Menurut beliau, gereja tidak mempunyai tanah yang diberikan oleh kerajaan, menyebabkan mereka sukar untuk mempunyai tanah perkuburan dan gereja untuk pertambahan penganutnya.

Seorang Uskup Anglican juga mendedahkan kesukaran untuk memperbaharui lesen sekolah mubaligh, dan sering tidak dibenarkan melanjutkan lesen tersebut.

"Kerajaan tidak mengambil perhatian terhadap sekolah ini, kerana sekolah mubaligh ini diuruskan oleh lembaga mubaligh," katanya menambah kerajaan enggan berunding dengan lembaga tersebut apabila melantik guru besar dan pengetua untuk sekolah-sekolah mubaligh.

"Ia dilihat sangat buruk kepada kerajaan," kata Ng. Pakiam mendakwa pelanggaran ke atas hak orang Kristian berlaku dengan kebiasaan.

"Isu Allah kita sudah bersetuju dan tidak akan mencetuskan perkara ini pada masa hadapan," kata Lok lagi.
Semalam, setiausaha agung DAP Lim Guan Eng mahu kerajaan membenarkan penggunaan perkataan "Allah" di dalam kitab Injil, jika kerajaan mahu menunjukkan kepentingan rakyat diutamakan.

"Ia mungkin kecil, tetapi ia melibatkan semua orang," kata Ng.

Lok bagaimanapun berkata tentang harapan masyarakat Kristian dari perdana menteri.
"Ucapannya menyenangkan hati, kehadirannya menunjukkan kerajaan ikhlas dalam membina hubungan dengan masyarakat Kristian.

"Selagi kita terbuka untuk berdialog, kita boleh dapat menyelesaikan cabaran. Ini normal bagi negara berbilang kaum seperti di Malaysia," kata Lok.

"Ia mengambil masa, kami faham, tetapi beliau perlu bersungguh-sungguh mencapainya," kata Pakiam mengatakan siapa yang mengetuai kerajaan pada pilihan raya akan datang perlu menjaga kebajikan masyarakat tersebut.

Semalam, Najib memberi jaminan masyarakat Kristian di Malaysia bahawa kerajaannya tidak melupakan masyarakat tersebut walaupun perasaan diketepikan dikalangan mereka meningkat.

"Saya tidak mahu jadi perdana menteri untuk sesetengah golongan sahaja dalam masyarakat. Saya adalah perdana menteri untuk seluruh rakyat Malaysia, dan saya telah ulanginya beberapa kali," kata Najib kepada masyarakat Kristian.

Najib menyebut kebenaran masyarakat Kristian untuk ke Jurusalem adalah satu bukti kerajaan mengiktiraf kepentingan masyarakat Kristian kepada negara.

Baru-baru ini masyarakat Kristian dan Islam bertikam lidah mengenai isu perkataan "Allah", dimana masyarakat Islam mengatakan "Allah" eksklusif untuk agama mereka kerana Islam menyembah Tuhan yang satu, dan "Allah" bermaksud Tuhan untuk orang Islam.

Kristian bagaimanapun mengatakan "Allah" ialah perkataan Arab yang digunakan oleh agama lain, termasuk Judaisme, dengan merujuk kepada Tuhan, terutamanya di negara Arab dan Indonesia.

Kumpulan konservatif Islam juga menuduh masyarakat Kristian cuba untuk memurtadkan Melayu, menjadikan hubungan tegang antara penganut kedua agama ini.

Pilihan raya bersih, tetapi belum lengkap, kata bekas pengerusi SPR

Posted: 26 Dec 2012 05:08 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

PETALING JAYAs — Bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman menegaskan bahawa proses pilihan raya di negara ini bersih akan tetapi masih lagi belum lengkap sepertimana sesetengah negara yang lebih maju demokrasinya.

"Pilihan raya kita bersih. Masalahnya elemen, komponen yang tidak ada dalam sistem itu, menyebabkan demokrasi dalam pilihan raya bukan satu demokrasi yang lengkap untuk masa sekarang.

"Dulu lengkap. Untuk waktu ini, tidak begitu lengkap sebab orang buat perbandingan dengan negara luar.

"Tapi apabila orang sudah sedar, (mereka mula bertanya) ini mengapa tak ada, ini kenapa tidak ada, itu yang menyebabkan kecoh. Tapi pilihan raya kita tetap bersih. Tidak perlu lihat ia secara serong. Mereka ini adalah kerajaan sah. Mereka ini berhak (untuk mengundi)," katanya dipetik dari Sinar Harian Online.

Beliau turut menegaskan bahawa secara keseluruhannya, perjalanan pilihan raya di Malaysia adalah bersih dan apa yang perlu dilakukan hanyalah sedikit penambahbaikan.

"Saya nak cabar siapa yang kata pilihan raya kita kotor. Bersih berdasarkan undang-undang yang ada dan ia sempurna, kalau kita tidak fikir tentang benda lain.

"Kalau kita fikir benda lain yang tidak ada dalam undang-undang itu, tapi jangan sebut kotor. Ia tidak kotor. Ia bersih. Ia tidak lengkap sahaja. Tapi yang anda sebut tadi, itu hanya penambahbaikan sahaja," katanya.

Tambah beliau: "Macam contohnya, kita kata kaji undang-undang pendaftaran pemilih. Buat undang-undang lain."

Katanya, beliau sedia berkongsi jika pihak yang berminat untuk menggubal undang-undang baru.

"Kalau orang lain datang jumpa saya, senang saya beritahu. Saya boleh bagi undang-undang itu, kalau dia mahu," katanya lagi.

Bersih 2.0 baru-baru ini melancarkan "Jom Pantau" dan "Jom 100" bagi menggalakkan rakyat Malaysia untuk memantau perjalanan pilihan raya pada PRU 13 akan datang.

Pengerusi bersamanya, Datuk Ambiga Sreevanesan berkata kempen ini akan diperluaskan bulan hadapan bagi memberi tekanan kepada pihak berkuasa.

Aktivis itu menegaskan pilihan raya tidak akan bersih seperti yang dikehendaki oleh Bersih 2.0 dan caranya ialah meningkatkan jumlah pengundi dan mahu orang ramai memantau sebarang keraguan pada hari mengundi.

Ambiga berkata, rancangan terbaru Bersih 2.0 datang dari kekecewaan selama bertahun-tahun kerana usaha perubahan kerajaan dan SPR masih belum memuaskan hati.

Beliau mengatakan SPR "tidak ikhlas" kerana hanya baru-baru ini sahaja SPR menubuhkan unit khas untuk membersihkan daftar pengundi.

Ambiga turut tidak berpuas hati kerana SPR tidak dapat melunaskan lapan tuntutan yang diminta Bersih 2.0, seperti semua parti diberi akses media adil dan bebas, membenarkan pemantau antarabangsa pada hari mengundi, dan komitmen dalam memastikan politik kotor dihentikan sebelum atau semasa kempen.

Bersih 2.0 adalah gabungan 82 buah badan bukan kerajaan (NGO) yang sudah menganjurkan tiga perhimpunan besar-besaran di Kuala Lumpur bagi menuntut reformasi pilihan raya semenjak 2007.

Pengawal keselamatan dijatuhi hukuman mati kerana membunuh gadis

Posted: 26 Dec 2012 04:57 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

JOHOR BARU – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhi hukuman gantung sampai mati terhadap seorang pengawal keselamatan selepas didapati bersalah membunuh seorang gadis berumur 16 tahun, di sebuah ladang kelapa sawit, Masai, di sini tahun lepas.

Hakim Datuk Abdul Halim Aman menjatuhi hukuman terhadap D.Kalaiselvan, 47, selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap pendakwaan.

Kalaiselvan bersama seorang lagi yang masih bebas dituduh membunuh Nur Rahayu Qomarodin, di ladang kelapa sawit Sungai Masai, Jalan Masai-Kong Kong, Masai, antara pukul 2.30 pagi dan 2.50 pagi, 18 Jun 2011.

Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Dalam penghakimannya, Abdul Halim berkata tertuduh yang memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah menerusi kandang saksi itu gagal memberi penjelasan yang munasabah selain pembelaannya itu bersifat penafian semata-mata.

"Tertuduh menafikan membunuh dan terlibat membakar mangsa dan ini berbeza dengan keterangan saksi iaitu teman lelaki mangsa.

"Tertuduh juga gagal memperjelaskan mengapa dia perlu lari daripada pihak polis dan memindahkan beban kejadian terhadap orang lain, iaitu Ramani dan Siva.

"Tertuduh kemudian tidak memperjelaskan lebih lanjut mengenai Siva dan nama penuh Siva juga tidak diberi.
"Perbuatan kamu (tertuduh) ini amat kejam, tidak berperikemanusiaan serta tidak bertamadun.

"Bagaimana kamu tergamak melakukan perbuatan itu terhadap gadis yang sebaya dengan anak kamu.

"Jadi, mahkamah tiada pilihan lain selain menjatuhi hukuman mati terhadap kamu mengikut peruntukan undang-undang Seksyen 302 Kanun Keseksaan, iaitu gantung di leher sampai mati," katanya.

Pendakwaan kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Iskandar Ahmad manakala Kalaiselvan diwakili peguam Mohd Zahar Ngah.

Peguam Khairul Azwad Sariman turut hadir sebagai peguam pemerhati bagi mewakili keluarga mangsa.
Sementara itu, bapa mangsa, Qomarodin Bajuri, 48, yang turut mengikuti prosiding terbabit dilihat menitiskan air mata sejurus hukuman terhadap Kalaiselvan diputuskan. – Bernama

Pakatan: Kos RM50 juta bukan satu masalah, yang penting daftar pemilih bersih

Posted: 26 Dec 2012 04:54 AM PST


KUALA LUMPUR– Cadangan bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman supaya diadakan daftar pemilih setiap tiga tahun sekali menjelang pilihan raya umum (PRU) disambut baik oleh pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dengan mengatakan kos RM 50 juta bukanlah satu masalah akan tetapi yang paling penting pilihan raya menjadi lebih berwibawa.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail (gambar) berkata, cadangan Abdul Rashid itu diterima baik dan ia sememangnya merupakan tanggungjawab SPR.

"Ada tiga tugas hakiki SPR mengikut Perlembagaan, selain daripada membuat persempadanan kawasan pilihan raya dan menjalankan pilihan raya, tugas hakiki SPR juga ialah menjalankan proses pendaftaran dan memastikan daftar pemilih bersih.

"Oleh kerana itu adalah tugas hakikinya, kita bersikap terbuka terhadap apa-apa cadang yang boleh memastikan daftar pemilih itu bersih dan tidak pertikaikan, termasuklah cadangan yang diangkat Tan Sri (Abdul) Rashid memandangkan beliau mempunyai 27 tahun pengalaman di dalam SPR," kata Saifuddin apabila dihubungi The Malaysian Insider.

Dalam soal mendaftarkan daftar pemilih, kata Saifuddin lagi, faktor kos itu tak seharusnya dijadikan halangan.

"Saya rasa jika angka RM50 juta itu harga untuk membersihkan daftar pemilih, saya merasakan itu harga yang munasabah," kata Saifuddin lagi.

Dalam laporan Sinar Harian Online hari ini, bekas pengerusi SPR itu dilaporkan mencadangkan agar daftar pemilih disediakan setiap tiga tahun sekali menjelang pilihan raya umum (PRU) bagi menghilangkan kerisauan sesetengah pihak yang menganggap daftar pemilih sebagai tidak bersih.

"Jadi saya cadang begini. Lebih baik kita daftar tiga tahun selepas pilihan raya, kita daftar semula. Tapi kita perlukan RM50 juta," katanya.

Menurut Abdul Rashid, jumlah RM50 juta bukan satu kadar yang besar bagi memastikan semua pihak berpuas hati terhadap perjalanan pilihan raya di Malaysia.

"Kacang sahaja bagi negara ini RM50 juta setahun, kita cakap soal bilion-bilion. Macam bancian, kita buat cara itu.

"Sebab itu saya kata, tiap-tiap tiga tahun selepas pilihan raya, supaya bilangan ini, orang yang tidak ada di situ, namanya ada tetapi tidak ada di situ, akan jadi minimum, paling kurang.

"Kalau dia pindah pun, orang masih kenal dia. Masalah sekarang ini, dia pindah, orang tak kenal dia. Sebab dia pindah, alamat dalam kad pengenalan dia, alamat rumah sewa. Sudah bertukar tangan dekat 50 orang mana orang nak kenal. Jadi ini masalah," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata perkara ini sudah lama dikemukakan PAS kepada SPR, dan ia harus dilaksanakan bagi memastikan pilihan raya itu bersih.

"Perkara ini dah lama dikemukakan oleh kami kepada SPR, dari Rashid jadi pengerusi lagi. Pendaftaran pemilih harus dibersihkan.

"Saya rasa bukan masalah duit, tetapi sesetengah pendaftaran pemilih ini dimasukkan tanpa ditapis pada masa yang lalu," katanya.

Menurut Mustafa lagi, prosedur menguruskan daftar pemilih yang ada sekarang tidak diikuti seratus peratus oleh SPR.

"Kita mahu pendaftaran yang bersih, masalah kos bukan menjadi isu. Kalau kerajaan boleh belanja berbillion-billion untuk projek, kenapa ini tidak boleh?" kata Mustafanya.

Prosedur SPR menguruskan daftar pemilih juga dikritik Saifuddin.

Saifuddin juga memberi contoh Bangladesh sebagai sebuah negara yang menangguhkan pilihan raya bagi bertujuan membersihkan daftar pemilih.

"Seingat saya, ada satu negara yang menangguhkan pilihan raya untuk membersihkan pilihan raya, iaitu Bangladesh. Mereka mendapat kerjasama dari Kesatuan Eropah (EU) untuk membantu membersihkan daftar pemilih dan membangunkan satu daftar pemilih yang kredibel.

"Bila saya baca artikel itu, pengundi di Bangladesh bila dia menyemak namanya dan mengundi, gambarnya tertera di skrin komputer dan barulah boleh mengundi.
 
Sudah tentu Malaysia lebih maju dari Bangladesh dalam banyak bidang, tetapi dalam pilihan raya, Bangladesh sanggup menangguhkan pilihan raya. Malaysia harus belajar dari pengalaman Bangladesh membersihkan daftar pemilih," kata Saifuddin lagi.

Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Anthony Loke mempersoalkan mengapa Abdul Rashid tidak melaksanakan cadangannya semasa masih lagi bersama SPR.

"Kalau dia yang cakap, itu cuma cakap-cakap kosong sahaja. Sebab kita dah cakap perkara ini sudah sekian lama," katanya.

PRU ke 13 perlu diadakan selewat-lewatnya selepas mandat Barisan Nasional (BN) tamat pada penghujung April 2013.

Oktober lalu di parlimen, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz memberitahu parlimen SPR akan melaksanakan cadangan yang dibuat oleh Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) mengenai reformasi pilihan raya pada PRU akan datang.

Dari 32 cadangan yang dibuat oleh PSC, hanya enam sahaja yang tidak akan dilaksanakan kerana melibatkan kos tambahan, kata menteri di jabatan perdana menteri dalam respon kepada Ahli Parlimen Tanjong, Chow Kon Yeow.

"Setakat yang kita tahu, Dewan Rakyat telah meluluskan sepuluh tuntutan pada Disember 2011 dan 22 lagi pada April 2012.

"SPR telah memberitahu kita bahawa kesemua cadangan sedang dan akan dilaksanakan. Daripada 32, hanya enam sahaja yang tidak dilaksanakan kerana mengikut undang-undang dan kos yang tinggi," kata Nazri lagi.

Bagaimanapun, Nazri berkata itu tidak bermakna SPR tidak akan melaksanakan enam cadangan tersebut pada masa akan datang.

Jangan terpedaya arahan hadir ke AGM

Posted: 26 Dec 2012 04:40 AM PST

KL TODAY

 

KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mendedahkan, terdapat usaha pihak tertentu mengarahkan perwakilan hadir ke Mesyuarat Agung (AGM) Koperasi Permodalan Felda (KPF) esok walaupun mahkamah telah mengarahkan ia dibatalkan. 

Presidennya, Mazlan Aliman berkata,beliau mendapat maklumat, pengurus-pengurus Felda diarahkan supaya membawa para perwakilan ke Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak esok untuk menghadiri AGM KPF.

"Saya terima maklumat, Pengarah Besar Felda, Faizoull Ahmad telah arahkan pengurus-pengurus Felda bawa perwakilan ke AGM esok walaupun ia telah dibatalkan oleh mahkamah," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin lalu membenarkan permohonan KPF agar mahkamah membatalkan AGM KPF ke-31, esok.

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) juga akan mengeluarkan surat pemberitahuan kepada pengurus Felda berhubung pembatalan AGM tersebut.

Justeru Mazlan menyifatkan arahan itu sebagai menghina mahkamah dan menggambarkan sikap terdesak individu yang berkepntingan dalam Felda.

"Mereka telah menghina mahkamah dan tidak akur pada keputusan mahkamah berhubung perkara ini pada 24 Disember lalu," tegasnya yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat.

Beliau turut mengingatkan para perwakilan tidak menurut arahan yang menghina mahkamah itu dan menggesa perwakilan yang menerima rahan tersebut membuat laporan polis.

"Saya ingatkan para perwakilan, jangan dengar arahan tersebut kerana ia jelas menghina mahkmah.

"Sesiapa yang menerima arahan tersebut boleh buat laporan polis dengan segera," katanya lagi.

Anak sebelum ini mempertikai keputusan Panel Rujukan pertikaian SKM membatalkan AGM KPF yang diadakan pada 20 Jun lalu.

SKM mengeluarkan surat pada 4 Disember lalu, mengarahkan KPF mengadakan AGM ke-31, bersama surat kuasa yang menyatakan AGM pada 20 Jun lalu tidak sah dan AGM akan dipanggil oleh SKM.

AGM KPF yang kan dikendalikan SKM itu sepatutnya berlangsung esok tetapi telah dibatalkan mahkamah.

Jawatankuasa Wang Ihsan perlu disiasat

Posted: 26 Dec 2012 04:37 AM PST

KL TODAY

KOTA BHARU: Anak-anak muda Kelantan mendesak Jawatankuasa Pengagihan Wang Ihsan yang dipengerusikan Datuk Dr Awang Adek Hussin perlu disiasat dan diaudit segera kerana dibimbangi berlaku penyelewengan. Setiausaha Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (R), Mohd Hisyamuddin Ghazali mendakwa wujud percanggahan kenyataan berkaitan jumlah wang ihsan yang diagihkan.

Ini kerana katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyebut RM49.1 juta, manakala Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed (RM61.4 juta) dan Dr Awang Adek (RM24 juta setahun).

"Jelas kenyataan ketiga-tiga pemimpin Umno itu berbeza mengenai wang ihsan yang diagih kepada Kelantan."Selain itu wang ihsan juga diagih kepada pemimpin Umno di mana difahamkan setiap bahagian diberi RM2 juta.

"Sedangkan sekiranya kita merujuk kepada kelulusan asal wang ihsan hanya boleh digunakan untuk pembangunan fizikal," katanya di sini.Menurutnya perbuatan menggunakan wang ihsan bagi tujuan politik Umno amat menyalahi peraturan dan pihak berkuasa perlu menyiasat segera.
Beliau juga berkata, R akan mengadakan perhimpunan aman di hadapan bangunqn Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan pada 3 Januari ini bagi menuntut penjelasan daripada agensi itu berkaitan wang ihsan.Selain itu demonstrasi serupa akan diadakan di Masjid Bandar Bachok pada 28 Disember ini selepas solat Jumaat.

Hisyamuddin juga berkata, tahun 2013 akan diisytiharkan sebagai Tahun Tuntut Royalti, di mana ia akan dilancarkan pada sambutan tahun baru 31 Disember ini  di Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke IV.

Semakan Gaji Guru 2013 Naik + Imbuhan Khas Untuk 30,000 Guru & Pensyarah di Sekolah, Kolej Matrikulasi & IPG?

Posted: 26 Dec 2012 04:30 AM PST

Staff Berita Semasa 
 
Kenaikan Gaji Guru 2013 Semakan Gaji Guru 2013 Naik + Imbuhan Khas Untuk 30,000 Guru & Pensyarah di Sekolah, Kolej Matrikulasi & IPG?

Kalau sebelum ini kalangan guru naik gred tangga gaji. Sekarang ini ada usaha positif ke arah untuk semakan gaji pada tahun 2013 bersama-sama dengan imbuhan khas.

Sekarang ini, mana-mana guru yang ada Sarjana tidak menikmati kenaikan gaji. Mungkin itu sebabnya ada sesetengah guru dilihat sudah tidak mempunyai inisiatif sendiri & hilang motivasi untuk menimba seberapa banyak ilmu & menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Mungkin?

Cadangan NUTP : Imbuhan Khas

  1. pemberian imbuhan khas dengan kenaikan dua tangga gaji guru untuk lulusan ijazah sarjana
  2. pemberian imbuhan khas dengan tiga tangga gaji guru bagi pemegang PhD

Respon Balas KPM : Kenaikan Gaji Guru + Imbuhan KHAS

Semakan Gaji Guru Online Semakan Gaji Guru 2013 Naik + Imbuhan Khas Untuk 30,000 Guru & Pensyarah di Sekolah, Kolej Matrikulasi & IPG?
Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran sedia mengkaji saranan memberi imbuhan khas termasuk kenaikan gaji kepada 30,000 guru dan pensyarah di sekolah, kolej matrikulasi dan institut pendidikan guru (IPG) yang mempunyai ijazah lanjutan.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata Kementerian Pelajaran Malaysia (MOE) akan terus berusaha memperbaiki laluan kerjaya guru supaya dilihat lebih menarik setimpal dengan bebanan tugas mereka. Katanya, kementeriannya juga tidak pernah mengabaikan dan sentiasa menitik berat kebajikan guru di atas sumbangan besar mereka sebagai warga pendidik.
Bagaimanapun katanya, sebarang kelulusan bergantung kepada persetujuan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Perbendaharaan kerana ia membabitkan kewangan kerajaan.
Kementerian sedia kaji saranan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan itu. NUTP boleh mengemukakan cadangan lebih konkrit untuk kajian, katanya. [Sumber : BERNAMA]
Kalau diikutkan cadangan seperti ini sudah lama sangat nak dikaji semula. Tetapi semacam ada sahaja halangannya untuk direalisasikan. Rasanya sudah menginjak tempoh 10 tahun lamanya. Nak buat kajian, nak tanya JPA. Semoga saranan kali ini mendapat respon balas yang cukup positif.

P/S : Bagaimana pula dengan nasib pensyarah kolej komuniti, politeknik dan universiti pula?

Pengambilan Guru Bahasa Inggeris (BI) Dari India? Setuju @ Tidak?

Posted: 26 Dec 2012 04:28 AM PST

Staff Berita Semasa 
 
Guru Bahasa Inggeris India Pengambilan Guru Bahasa Inggeris (BI) Dari India? Setuju @ Tidak?

Kalau sebelum ini kita sudah ada "American Accent", akan datang kita mungkin akan menerima "Indian Accent" pula.

Teringat kepada pensyarah kalangan kami dahulu apabila sebutan seperti:
  • Yem = M
  • Yex = X
  • Ke-tain = Cation
Terus terang kami katakan, loghat mereka begitu sukar untuk difahami. Lagipun, mereka masih lagi menggunakan sistem tahun 1960an di mana sistem pendidikan konservatif di India lebih kepada budaya budaya menghafal semata-mata. Budaya sebegitu yang hendak kita bawa di Malaysia?

Bagi kami cadangan Datuk Seri Najib bagi pengambilan Guru Bahasa inggeris dari India merupakan penyelesaian jangka masa pendek sahaja. Apakah perlu sehingga kita terpaksa mengimport guru Bahasa Inggeris daripada luar negara untuk mengajar rakyat Malaysia?

Guru Pakar Bahasa Inggeris India Pengambilan Guru Bahasa Inggeris (BI) Dari India? Setuju @ Tidak?

Adakah cadangan pengambilan guru Bahasa inggeris dari India ini sebagai tanda terima kasih bila mana Malaysia berjaya memperolehi projek untuk membina lebuhraya di India?

Guru BI di India Pengambilan Guru Bahasa Inggeris (BI) Dari India? Setuju @ Tidak?

Kadang-kadang tertanya-tanya kami apa sudah jadi dengan hasil  daripada program TESL dan TESOL yang menghantar ramai pelajar Malaysia ke United Kingdom, New Zealand dan US yang telah memakan belanja yang cukup tinggi. Mengapa tidak menggunakan sepnuhnya khidmat mereka sahaja?

Itu belum termasuk lagi lambakan graduan TESL daripada kalangan IPTA & IPTS. Sedangkan, mereka-mereka ini masih lagi tercari-cari kerja. Apakah kita sendiri tidak yakin dengan kemampuan produk tempatan?

Cadangan Berita Semasa : Masalah Guru Bahasa Inggeris di Malaysia

  1. Ada ramai kalangan guru yang tidak keluar daripada daerah masing-masing, yang bagi kami menunjukkan di sini bilangan guru Bahasa Inggeris sudah cukup. Masalahnya….
  2. Masalahnya…..agihan guru bahasa Inggeris tidak seragam antara satu tempat dengan yang lain. Terdapat lebihan guru bahasa Inggeris di bandar (berpindah ikut suami dan lain-lain) berbanding dengan luar bandar. Di luar bandar, terdapat kekurangan guru Bahasa Inggeris, sehingag menyebabkan jadi guru bukan option terpaksa mengajar BI yang mana subjek ini bukan bidang kepakaran mereka.
  3. Kami perhatikan ramai graduan TESL dari universiti swasta tempatan yang diiktiraf kerajaan dengan sijil MQA yang tidak ditarik untuk berbakti. Ramai yang memohon untuk menjadi guru Bahasa Inggeris (BI) tetapi permohonan tidak berjaya. Adakah mereka tidak layak setelah mengikuti kursus selama 3 tahun dan juga menjalani latihan praktikal. Jika mereka tidak layak kenapa & mengapa kerajaan memberikan sijil MQA kepada universiti swasta tersebut? Kenapa tidak diterima mereka ini yang nyatanya layak untuk mengajar dan sedia berbakti.
  4. Karenah birokrasi perlu ditambahbaik
  5. Melatih lebih ramai lagi tenaga pengajar dari dalam negara ini berbanding mengimport dari luar.
  6. Sekarang ini, kerajaan telah mengambil pengajar dari luar, termasuk dari Amerika Syarikat di bawah program Peace Corps, mengapa perlu mengimport tenaga pengajar daripada India pula? Mengapa tidak daripada Filipina contohnya, Australia, New Zealand, Ireland, Scotland. Tetapi mengapa kerajaan mahu mengambil guru Bahasa Inggeris dari India? Ini kerana kos kerajaan mahu mengambil tenaga pengajar dari India kerana gaji mereka jauh lebih murah dibandingkan dengan dari Amerika Syarikat atau Britain. Jadi sekarang ini lebih difikirkan kos atau kualiti?
  7. Kami lebih suka membelanjakan wang untuk menaiktaraf sekolah untuk suasana pembelajaran yang kondusif daripada mengimport tenaga pengajar luar. Kadang-kadang guru pula sekarang ini yang terpaksa berhempas pulas mencari dana.
  8. Adakah Datuk Seri Najib telah membuat perbincangan dengan kalangan para profesor bahasa Inggeris di negara ini bersama Kesatuan dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sebelum mengusulkan kepada Perdana Menteri India?
  9. Daripada mengambil guru Bahasa Inggeris daripada India, lebih baik mengambil semula guru-guru pakar bahasa Inggeris  yang telah bersara kerana mereka ini sudah tahu latar belakang sama serta mengetahui kaedah untuk mengajar pelajar Malaysia.
P/S : Jangan jadikan budak-budak sebagai bahan uji kaji lagi dan ini tidak sihat kepada pelajar yang ingin mendapatkan pelajaran bahasa Inggeris daripada orang yang berlainan punca dan latar belakang. Jangan campur adukkan pelbagai tenaga pengajar asing di Malaysia.

PP/S  : Sebenarnya, apabila kita mempunyai usaha sendiri untuk menghasilkan tenaga pengajar yang baik, kita tidak perlu mengimport lagi. Apa respon balas anda pula mengenai cadangan kali ini iaitu pengambila guru Bahasa inggeris dari India? ?

1.5j pelajar guna bas sekolah dilindungi insurans

Posted: 26 Dec 2012 04:21 AM PST

MALAYSIA KINI


 
Kira-kira 1.5 juta pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah akan diberi perlindungan skim insurans bermula Januari depan, kata Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar.
  
Syed Hamid berkata skim dikenali sebagai skim perlindungan insurans kemalangan diri, hilang upaya kekal dan kematian dengan had sebanyak RM100,000 seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najid Tun Razak semasa membentangkan Belanjawan 2013 September lepas di Parlimen.

Katanya SPAD telah membuka tender kepada syarikat insurans yang berminat untuk menghantar kertas cadangan yang disertakan dengan sebut harga untuk perlindungan skim insurans itu.

"Kita akan memilih syarikat insurans yang mengemukakan kertas cadangan yang terbaik serta sebut harga yang munasabah bagi tujuan itu sebelum dilantik sebagai penyedia skim insurans.
  
"Kita sasarkan apabila sekolah dibuka tahun depan, semua pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh negara akan diinsuranskan sebagai perlindungan sekiranya berlaku kemalangan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat antara SPAD dan Pengusaha Bas Bentong dan Temerloh di ibunegara hari ini.

Mesyuarat itu dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SPAD Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal, Pengurus Operasi First Coach, Chong Yee Hoong, Ketua Operasi City Liner, Basri Baharom serta 25 wakil daripada SPAD, Wilayah Ekonomi Pantai Timur dan Konsortium Transnasional Berhad.
  
Syed Hamid berkata mesyuarat itu adalah sebagai satu saluran usahasama antara SPAD dan pengusaha bas daerah bertujuan meningkatkan mutu serta menaik taraf perkhidmatan bas bagi keselesaan rakyat.

Katanya penambahbaikan pengangkutan awam di negara ini merupakan sebahagian daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam Pelan Transformasi
 Kerajaan yang diterajui Perdana Menteri maka SPAD mengambil inisiatif ini untuk membantu mencapai aspirasi kerajaan itu.
  
Dalam pada itu, Syed Hamid berkata SPAD sedang dalam proses membentuk satu model baru bagi mengintegrasikan perkhidmatan bas di dalam bandar seluruh negara.
  
"Sebagai permulaan kita mulakan di daerah Bentong dan Temerloh untuk mengenal pasti apakah mekanisme yang perlu ada untuk tujuan tersebut dan kelak akan dibentuk di seluruh negara," katanya.

Beliau berkata pengusaha bas henti-henti juga berpeluang mendapat dana peruntukan kerajaan yang setakat ini dikeluarkan sebanyak RM63.4 juta bagi membantu pengusaha terbabit termasuk RapidKuantan yang baru memulakan operasinya awal Disember lepas.
  
Katanya 10 pengusaha syarikat di Pahang telah mendapat faedah daripada dana yang memfokuskan bantuan kepada pengusaha bas henti-henti untuk meneruskan operasi dengan jumlah sebanyak RM1.8 juta.
  
Katanya SPAD telah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan pengusaha dan persatuan bas sebelum ini bagi mendapatkan maklum balas mengenai cara terbaik mengatasi masalah yang timbul bagi menaik taraf perkhidmatan  bas henti-henti. Bernama

2 bot karam di Pelabuhan Cendering akibat ombak besar

Posted: 26 Dec 2012 04:18 AM PST



 
Dua bot yang berlabuh di Pelabuhan Perikanan Cendering di sini tenggelam akibat angin kencang dan ombak besar Isnin lepas.
  
Kedua-dua bot terbabit ialah TRS 749(U2) kapal menunggu peranti-peranti unjam dan TRS 889 pukat jerut C2 laut dalam.
  
Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) negeri Mohd Saffe Mohd berkata usaha untuk menyelamatkan bot berkenaan telah dibuat tetapi gagal kerana angin kencang.
  
"Bot TRS 749(U2) itu hancur manakala bot TRS 889 pukat jerut C2 pula mengalami kerosakan dan tenggelam," katanya kepada Bernama hari ini.
  
Katanya semasa kejadian tiada orang atau anak kapal di dalam kedua-dua bot berkenaan dan usaha menimbulkan bot TRS 889 akan dilakukan apabila keadaan cuaca baik nanti.

Beliau berkata kejadian berlaku pada 6 pagi hari berkenaan apabila tali penambat bot terputus menyebabkan bot hanyut dan melanggar benteng pelabuhan.
  
Katanya badan bot peranti tersebut berkecai manakala bot pukat jerut mengalami kesosakan lalu tenggelam akibat kejadian di luar jangkaan itu.
  
Beliau berkata dalam keadaan sekarang, bot yang ditambat di semua pelabuhan LKIM di seluruh negeri ini, perlu diawasi selalu oleh pemiliknya.
  
"Mereka hendaklah pastikan bot ditambat dengan kemas bagi mengelak kejadian seumpama itu berlaku," katanya.
  
Dalam perkembangan lain, beliau menasihatkan nelayan berehati-hati keluar ke laut bagi mengelak kejadian tidak diingini memandangkan cuaca tidak menentu sekarang ini.- Bernama

'Video tunjuk 4WD dipandu ke arah kumpulan bawa bendera BN'

Posted: 26 Dec 2012 04:06 AM PST

 


 
Video saksi yang menunjukkan Kenderaan panduan empat roda (4WD) NGO Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) yang dikaitkan dengan PAS, dipandu ke arah orang ramai di Negeri Sembilan Ahad lepas, telah muncul untuk menyangkal dakwaan bahawa kenderaan itu telah diserang.

Dalam video selama lima minit itu yang dikatakan mula dimuat naik ke Internet oleh pengguna Facebook Razali Zakari, kenderaan itu dilihat memecut ke arah kumpulan yang membawa bendera BN.

NONEKenderaan itu berhenti secara mendadak, dan mereka mula memukulnya dengan batang bendera, dan 4WD terus berundur dengan laju.

Kenderaan warna kuning itu kelihatan membawa seorang lelaki di belakang ketika ia berundur dari situ.
  
Kemudian dalam video itu, seorang lelaki dilihat sedang memeriksa sebuah motosikal, manakala anggota RELA dilihat di kalangan kumpulan tersebut, yang kebanyakannya membawa bendera BN.

Video itu telah dimuat naik semula ke YouTube oleh blogger Anak Sungai Derhaka, dikatakan selepas Razali mengeluarkan video itu dari laman Facebooknya.

Adalah dipercayai bahawa video itu merakamkan apa yang telah berlaku sebelum cermin depan dan cermin sisi kenderaan itu dipecahkan dengan batang bendera oleh sekumpulan lelaki yang berang.

Kejadian berlaku berhampiran Felda Bukit Rokan Utara, tidak jauh dari Tampin. Kumpulan itu menghalang Konvoi Kembara Oren ANAK daripada memasuki kawasan tersebut.

Sinar Harian pada hari Isnin memetik sumber yang tidak dinamakan sebagai berkata kenderaan itu telah melanggar motosikal seorang penduduk.

Pengarah Kembara Oren Negri Sembilan, Abdul Rahman Ramli kemudiannya pada Isnin memberitahu Harakahdaily bahawa kenderaan itu "secara tidak sengaja tergesel sedikit motosikal tersebut" ketika berundur dari kumpulan tersebut.

Bercakap kepada Malaysiakini, Presiden ANAK yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS, Mazlan Aliman berkata tindakan pemandu itu adalah disebabkan dia "panik".
"Mana dia tak panik? Dia terpaksa berundur sebab fikir nak selamat alat dan kita," kata Mazlan yang menurutnya ketika itu berada pada jarak beberapa buah kereta di belakang 4WD itu.

Apabila ditanya mengapa pemandu memecut ke arah orang ramai, beliau berkata konvoi itu tidak menjangka jalan utama akan disekat dan memutuskan untuk mengelak Felda Bukit Rokan Utara dan meneruskan perjalanan mereka ke Jelai.

beliau berkata, konvoi itu tidak menjangka bahawa jalan utama akan disekat dan memutuskan untuk mengelak Felda Bukit Rokan Utara dan meneruskan perjalanan mereka ke Jelai.

"(Pemandu) nak terus ke Jelai tapi dah dikepung, jadi dia undur. Itu dilihat sebagai cuba mencabar.

"Tak sangka diprovokasi macam tu dan dlayan tahap itu, sebab nak masuk beri risalah sahaja. Malah sebelum ini, kami telahpun memaklumkan kepada pihak polis," tambahnya.

Dua peserta konvoi itu mengalami kecederaan dalam pergelutan tersebut dan laporan polis telah dibuat di ibupejabat polis daerah Jempol.

[Baca berita penuh]

1. Jelajah Oren: Kenderaan rosak, 2 peserta cedera

Tebing jalan runtuh, 8 kereta tertimbus di Kemaman

Posted: 26 Dec 2012 04:02 AM PST



 
Lapan buah kereta tertimbus apabila tebing jalan masuk utama Jabor-Jerangau ke Jalan Air Puteh di kilometer 139 di Kemaman runtuh, berikutan hujan lebat berterusan di kawasan itu, awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Che Suza Che Hitam berkata tebing jalan setinggi 12 meter itu runtuh kira-kira 3.30 pagi ini lalu menghempap kenderaan-kenderaan terbabit yang diletakkan di kawasan berkenaan.
  
"Kita khuatir kemungkinan ada orang yang tidur di dalam kereta yang tertimbus itu," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
  
Che Suza berkata jalan itu tertimbus sepanjang kira-kira 50 meter dan pihaknya telah menghubungi Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi membantu kerja-kerja membersihkan kawasan yang tertimbus menggunakan jentolak.
  
Katanya kejadian itu berikutan hujan lebat berterusan menyebabkan pergerakan tanah di kawasan itu.  
- Bernama

Pakatan: Jabatan Orang Asli adakan latihan 'undi BN'

Posted: 26 Dec 2012 03:57 AM PST


MALAYSIA KINI


 
Pakatan Rakyat Perak hari ini mendakwa bahawa Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Tapah telah mengadakan sesi untuk "melatih" Orang Asli mengundi BN.

Ia mendakwa sesi latihan itu, yang didakwa dianjurkan dengan kerjasama seorang wakil rakyat, diadakan secara bersiri sejak bulan lepas di semua perkampungan Orang Asli di sepanjang Jalan Pahang, Tapah.

pkr accuse tapah orang asli vote for bnMenurutnya, peserta program itu diberi dua keping kertas undi, mirip
kertas undi sebenar, untuk kawasan parlimen Tapah dan DUN Chenderiang.

Orang Asli kemudian "dipaksa" memangkah BN pada kertas undi tersebut di hadapan seorang pegawai JAKOA dan ADUN BN, dakwanya.

"Mereka yang mengundi BN dalam kedua-dua kertas undi itu kemudiannya diberi 5kg beras sebagai ganjaran," kata Pakatan Perak dalam satu kenyataan, yang dipetik oleh PAS organ Harakahdaily.
Pakatan berkata, ini melanggar Seksyen 9 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 berkaitan dengan kebebasan hak seseorang untuk mengundi.

Ia juga berhujah bahawa percetakan kertas undi olok-olok itu, melanggar Seksyen 3(j) Akta yang sama.

Kedua-dua pegawai JAKOA dan ADUN hadir juga digesa supaya memberi penjelasan.

Malaysiakini telah menghubungi JAKOA Tapah tetapi pegawai yang menjaga program tersebut tidak ada dan hanya kembali esok.

Identiti wakil rakyat tersebut juga tidak disiarkan sementara menunggu respons mengenainya.

PETRONAS Diletakkan Bawah J/Kuasa PARLIMEN Bila PR Memerintah Nanti

Posted: 25 Dec 2012 04:18 PM PST


KELABG REENBOC

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memotong dividen tahunan Petronas RM30 billion kepada Putrajaya jika Pakatan Rakyat (PR) menang dalam pilihan raya umum akan datang, menurut laporan portal berita perniagaan Bloomberg.com hari ini.

PR bercadang untuk menetapkan dividen Petronas kepada negara berdasarkan peratus keuntungan syarikat yang ditetapkan, dan dengan ini membenarkan syarikat petroleum negara itu untuk membuat lebih pelaburan di luar negara yang dijangka memberi lebih banyak keuntungan, kata pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli (gambar).

"Petronas seharusnya diuruskan secara komersil sepenuhnya," katanya kepada Bloomberg semasa menerangkan cadangan Anwar, yang merupakan ketua umum PKR.

Menurut Bloomberg, pentadbiran PR akan mengadakan jawatankuasa peringkat parlimen di Dewan Negara untuk meningkatkan ketelusan terhadap Petronas, yang sekarang ini melapor terus kepada perdana menteri.

Petronas kini dilihat sebagai sumber kewangan negara, dengan laporan dari Reuters berkata pada Julai lalu ia adalah pembayar cukai terbesar dan sumber kewangan terbesar negara, dan menyumbangkan 45 peratus dari perbelanjaan kerajaan yang terus mempunyai hutang yang tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Shamsul Azhar Abbas berkata pada September lalu bahawa model sekarang, di mana pembayaran RM30 billion setiap tahun kepada Putrajaya harus ditukar kepada 30 peratus berdasarkan keuntungan, menurut laporan Bloomberg itu lagi.

Selain itu, perubahan polisi PR ialah untuk meningkatkan rizab petroleum negara dan pendapatan Petronas dengan membeli banyak blok petroleum di luar negara, dan mengurangkan pencarian di kawasan petroleum yang kecil di dalam negara.

PR dilaporkan berkata pencarian petroleum di luar negara mungkin merupakan cara yang lebih baik untuk mendapatkan pulangan yang lebih tinggi daripada pelaburan Petronas dalam masa lima tahun yang berjumlah RM300 billion.

"Terdapat banyak kemungkinan akan mendapat blok yang lebih besar untuk kita dapatkan petroleum di luar negara.

"Kita akan hilang peluang untuk jangka masa panjang, kerana China sedang agresif mencar blok petroleum di seluruh dunia," kata Rafizi kepada Bloomberg selepas temuramah bersama Bloomberg Selasa lalu.

Dalam pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, Petronas telah menawarkan pemotongan cukai dan perkongsian pengeluaran kepada syarikat carigali petroleum luar negara untuk memikat mereka untuk mencari gali kawasan petroleum luar pantai di negara ini.

Najib pada November 2010 berkata pencarian kawasan baru itu bermungkinan menjana pendapatan sehingga RM50 billion untuk 20 tahun akan datang, menurut laporan Bloomberg.

Tetapi menurut Rafizi, cara Putrajaya itu cuma untuk jangka masa pendek.

"Ini bukan soal kewangan, ini soal masa dan tenaga kerja.

Potensi untuk mencari kawasan baru yang besar sangat terhad," kata Rafizi, dengan Bloomberg melaporkan bahawa pengarah strategi PKR itu pernah bekerja di unit perancangan perniagaan di Petronas.

Andrew Harwood, seorang penganalisis dari syarikat konsultasi dari Singapore Wood Mackenzie Ltd, bersetuju dengan Rafizi.

"Ia sangat munasabah jika syarikat petroleum negara keluar dari sempadan negara untuk pencarian kawasan petroleum baru.

" Beliau berkata dengan melakukan sedemikian, Petronas akan menggunakan sumbernya untuk mencari yang lebih besar, manakala kawasan minyak yang lebih kecil akan ditinggalkan kepada syarikat lain.

Victor Shum, konsultan dari Singapura berkata Petronas harus membuat kedua-duanya dengan mencari sumber tempatan dan membeli blok di luar negara.

"Ini adalah peluang untuk menjadi lebih berjaya dan efisyen dari segi kos.

Mereka perlu cari gali kawasan tersebut," kata pengarah urusan IHS Consultant yang dilaporkan oleh Bloomberg.

Menurut Bloomberg, rizab petroleum Malaysia akan bertahan 29 tahun lagi, sementara itu rizab gas akan bertahan 37 tahun. -TMI

Tukang rumah nyaris maut dihanyutkan air

Posted: 25 Dec 2012 04:16 PM PST

SINAR HARIAN

SETIU - Seorang tukang rumah yang bertekad meredah banjir untuk ke tempat kerja dengan bermotosikal hari ini nyaris maut setelah dihanyutkan arus deras ketika sedang melintas di Jalan Permaisuri, Penarik, di sini.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 9.36 pagi tadi ketika Khairi Said, 27, melintas di sebatang jalan di Kampung Tasik untuk ke tempat kerja di Kampung Bari dekat sini.

Pada mulanya beliau memberanikan diri menunggang motosikalnya jenis Honda EX5 meredah banjir di kawasan yang ketika itu air limpahannya mencecah sedalam 0.5 meter.

"Saya cuba melintas laluan itu kerana itu merupakan laluan utama saya untuk ke tempat kerja namun saya tergelincir dan gagal mengawal motosikal sebelum terjatuh ke dalam air banjir.

"Tempat yang saya lalui ketika itu rupanya kawasan air arus deras dan saya tidak sempat berpatah balik dan tergelincir sebelum dibawa arus ke sawah padi berhampiran yang airnya sedalam 1.5 meter," katanya semasa menceritakan detik cemas itu kepada pemberita di sini.

Bagaimanapun, pemuda yang berasal dari Kampung Pak Kancil, dekat sini bernasib baik apabila beliau sempat berpaut pada sebatang pokok besar di kawasan berhampiran sebelum diselamatkan oleh penduduk kampung yang kebetulan berada di tempat kejadian.- Bernama

Banjir: Wanita lemas, korban pertama Terengganu

Posted: 25 Dec 2012 04:09 PM PST

SINAR HARIAN

banjir
Anggota Tentera turut membantu membawa penduduk Kampung Gong Duek, Besut Terennganu untuk keluar selepas Jalan Pasir Akar ditutup akibat banjir. - Foto Bernama
 
KUALA TERENGGANU -  Seorang wanita menjadi korban pertama banjir di Terengganu apabila ia ditemui lemas setelah terjatuh ke dalam sungai Lanjut berdekatan Jambatan Permaisuri semalam.

Ketua Operasi Penyelamat Balai Bomba dan Penyelamat Setiu, Mohd Izani Zakaria ketika mengesahkan kejadian itu berkata, pihaknya dengan bantuan penduduk kampung, menemui mayat mangsa pada pukul 6.30 petang berdekatan tempat mangsa terjatuh.

Samhanim Ramli, 36, dikatakan tergelincir ketika sedang menahan pukat jaring bersama suaminya, Wan Amran Wan Sudin di sungai tersebut kira-kira pukul 3 petang.

Mayat dibawa ke Hospital Setiu untuk bedah siasat.

Sementara itu, jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada  6,100 orang sehingga 8.30 malam ini berbanding 5,297 orang petang tadi.

Mereka kini tempatkan dipindahkan di 106 pusat pemindahan banjir.

Menurut portal banjir negeri, jumlah terbesar mangsa banjir yang dipindahkan adalah di Dungun iaitu seramai 1,221 orang diikuti Besut (1,096), Hulu Terengganu (1,046), Kemaman (979), Kuala Terengganu (807), Setiu (707) dan Marang (244).

Air di beberapa batang sungai termasuk sungai Besut di Kampung La; sungai Dungun iaitu di Pasir Raja dan Kuala Jengai; sungai Nerus, di kampung Langkap di sini; sungai Setiu di Permaisuri; dan sungai Telemong di Kuala Ping, Hulu Terengganu kekal berada di paras bahaya.

Namun, setakat ini tiada jalan utama yang menghubungi negeri ini ditutup kepada kenderaan.

Tinjauan Bernama di beberapa lokasi di Kampung Tasik dan Kampung Buluh di Setiu mendapati perbuatan beberapa penduduk yang bermain air di jalan raya dilihat boleh mengancam nyawa mereka memandangkan air yang mengalir amat deras di situ.

Seorang penduduk ketika ditemui Ibrahim Yahya, 56 berkata banjir ini disifatkan sebagai yang terburuk melanda daerah ini sejak tujuh tahun lepas.

"Daerah ini sering dilanda banjir namun tidaklah seteruk ini dimana air begitu cepat naik ke dalam rumah dan menyukarkan kami untuk bergerak dengan arus yang deras," katanya.

Terdesaknya Umno untuk memburukkan PAS

Posted: 25 Dec 2012 04:00 PM PST

 
 
DETIK DAILY

 Bahang pilihan raya umum ke-13 kian terasa tatkala hayat pemerintahan BN akan berakhir pada awal tahun hadapan. Tatkala Perdana Menteri masih teragak-agak untuk membubarkan parlimen, BN masih tercari-cari rentak untuk terus mengekalkan popularitinya di kalangan rakyat.

Nampaknya umpan-umpan material yang ditawarkan dalam Bajet 2013 gagal mempengaruhi majoriti rakyat. Hasil kaji selidik menunjukkan populariti Perdana Menteri hanya melonjak 1 peratus sahaja selepas Bajet 2013 dibentangkan di Parlimen. Di masa yang sama, isu-isu baru membabitkan teraju pimpinan BN timbul satu demi satu.

Komen-komen pedas bekas pegawai tinggi kerajaan terhadap kepincangan pentadbiran kerajaan BN di peringkat pusat juga tidak membantu meningkatkan imej BN. Di masa yang sama serangan demi serangan yang dihadapkan kepada kerajaan-kerajaan negeri diterajui Pakatan Rakyat semakin tumpul apabila laporan Ketua Audit Negara 2011 menunjukkan prestasi kerajaan negeri Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah dalam pelbagai aspek lebih baik berbanding negeri-negeri yang ditadbir BN.

Dalam keadaan gundah gulana inilah, maka BN khususnya Umno berusaha keras untuk mencipta isu bagi terus mempalitkan imej negatif kepada Pakatan Rakyat. Setelah gagal memecahkan perpaduan yang kuat terjalin antara PAS, DAP dan KeADILan, serangan kini dihadapkan kepada PAS.

Namun 'peluru' yang digunakan Umno hanyalah isu-isu lapuk yang diulang-ulang bagi menggambarkan PAS sebagai parti yang intolerans, jumud, ekstrem dan tidak sesuai berperanan dalam masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum dan agama.

Oleh kerana itulah media massa kongkongan BN kini menggembar-gemburkan isu "Amanat Haji Hadi" yang telah pun berkubur lebih dua dekad lalu. Tujuannya satu; untuk menghidupkan kembali isu kafir mengkafir yang pernah menjadi polemik pada pertengahan dekad 1980-an. Apa yang lebih dikesalkan, isu yang telah diredakan oleh Raja-raja Melayu ini digembar-gemburkan pula dengan bantuan segelintir mufti yang rela diperalatkan Umno.

Dalam keghairahan memainkan isu-isu lapuk untuk menyerang PAS, Setiausaha Perhubungan Umno Selangor secara tiba-tiba meminta DAP tidak lagi membangkitkan kesilapan yang dilakukan Umno/BN negeri itu ketika mentadbir Selangor atas alasan BN negeri telah pun dihukum rakyat pada pilihan raya umum 2008.

Jika rayuan Umno Selangor itu patut dilayan, mengapa pula Umno beriya-iya memainkan isu lama yang tidak mempunyai sebarang merit dan telahpun lapuk ditelan zaman.

Umum mengetahui bahawa wujud usaha untuk memperdebatkan isu "Amanat Haji Hadi" itu ketika ia begitu hangat dipopularkan Umno dan BN. Debat yang dicadangkan Umno itu kemudiannya diubah kepada muzakarah. Walaupun kedua-dua pihak - Umno dan PAS - telah membariskan tokoh-tokoh agamawan masing-masing untuk melangsungkan muzakarah itu, namun ianya dibatalkan oleh Majlis Raja-Raja melalui pengumuman Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Dan bukan menjadi satu rahsia lagi bahawa punca sebenar pembatalan muzakarah itu adalah kerana ketidakyakinan para agamawan Umno untuk berhadapan dengan pemimpin PAS.

Sehubungan itu, usaha menghidupkan kembali isu lapuk ini sebenarnya akan membuatkan Umno umpama "menampar air didulang, terpercik ke muka sendiri". Ia akan mendedahkan bagaimana tali jerat yang dipasang Umno bagi menjerat PAS akhirnya menjerat kaki sendiri ekoran keghairahan memburuk-burukkan lawan politik.Editorial Harakah

BOLA SEPAK - PR KINI DI POSISI MENYERANG, UMNO/BN HARAPKAN PENGADIL RASUAH

Posted: 25 Dec 2012 03:54 PM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS

PR kini di dalam posisi menyerang, dan ternyata Umno kini umpama jika bermain bola Umno hanya membawa bola berlegar di dalam kawasan petak Penalti mereka sahaja.  Di dalam keadaan berlegar-legar di situ, kerapkali bola terlepas dan disambar oleh PR. 

Malangnya, setiap kali PR sambar bola dan ditendang ke pintu gol dan masuk mencecah jaring, setiap kali itulah "Off Side" kata Pengadil.  Namun, PR tidak berputus asa dan terus berada di kawasan petak Penalti Umno yang bertahan di situ.  Entah beberapa kali bola terkena tangan pemain-pemain Umno tapi Pengadil buta terus tak nampak.  Begitu juga, entah beberapa kali pemain dari PR disepak terajang, di tarik baju dan sebagainya di dalam kawasan Penalti mereka, Pengadil tetap buta.

Ketua Pasukan Umno, Najib sudah tidak larat untuk beri arahan kepada anak-anak buahnya.  Manakan tidak, semua pemain tidak pernah bersefahaman sesama sendiri.  Pemain MCA tidak lagi yakin dengan penjaga gol dari Umno malah mereka sendiri tahu Ketua Pasukan mereka, Najib bukan pandai main bola pun.  Najib selalu tendang bola tersasar, sebaliknya kaki Najib terjah kaki lawan. Nasib baik Pengadil buta.

PR memang sudah cukup hebat walaupun kadangkala bermain tidak cukup orang akibat dilayangkan kad merah oleh Pengadil rasuah dan buta ini.  Di dalam kehebatan ini, PR juga harus berhati-hati posisi di bahagian pertahanan.  Pemain pertahanan jangan leka bersembang atau tertidor melihat pemain-pemain lain bertungkus lumus melawan di kawasan Penalti Umno.  Mereka harus sedar bahawa perlawanan ini diadili oleh Pengadil bangsat.  Bila-bila masa sahaja tanpa pemain Umno berada di kawasan PR, Pengadil boleh beri tendangan Penalti untuk Umno hanya kerana kesalahan penonton mengejek pengadil bodoh itu. 

Itulah ragam politik semasa sekarang.  Kita kena bersabar tetapi jangan berlembut dengan Umno.  Ulamak yang penuh dengan kelembutan dan hikmahnya akan menentang Umno cara mereka.  Kita yang bukan kategori Ulamak ini, kita lawan mereka dengan cara kita.  Jika mati pun, tarafnya sama juga Ulamak kita yang mati menentang kezaliman dengan kita yang bukan Ulamak mati menentang kezaliman.  Apa yang penting "Nawaitu" biar betul iaitu menentang kezaliman dan rasuah Umno kerana Allah SWT.

Hampir 11,000 mangsa banjir dipindahkan

Posted: 25 Dec 2012 03:50 PM PST

ANTARA POS.COM

Post Pic

KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Terengganu, Kelantan dan Pahang semakin buruk petang ini dengan maklumat terkini menunjukkan lebih 10,800 mangsa dipindahkan berbanding lebih 6,000 mangsa pada sebelah pagi.
 
Seramai 5,297 mangsa dipindahkan di Terengganu berbanding 2,594 pagi tadi, dan jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 3,218 berbanding 1,963 pada sebelah pagi, menurut portal rasmi kerajaan negeri masing-masing.
 
Menurut portal banjir Majlis Keselamatan Negara pula, sejumlah 2,376 mangsa dipindahkan di Pahang berbanding 1,743 pagi tadi, manakala mangsa banjir di Johor kekal 16 orang.
 
Di Terengganu, mangsa banjir di Hulu Terengganu meningkat kepada 1,052 orang petang ini manakala Kuala Terengganu menyaksikan pertambahan 91 mangsa kepada 808.
 
Bilangan mangsa di Besut ialah 1,096 diikuti Dungun (744), Setiu (717), Kemaman (611) dan Marang (269).
 
Pusat penempatan banjir yang beroperasi di Terengganu ialah di daerah Besut (16), Dungun (12), Hulu Terengganu (16), Kemaman (13), Kuala Terengganu (8), Marang (10) dan Setiu (18).
 
Sementara itu, Jalan Jerangau-Jabor yang ditutup pagi tadi dibuka semula kepada semua lalu lintas petang ini.
 
Bagaimanapun, Kilometer 13 Jalan Tembila ditutup kepada semua kenderaan ringan kerana ditenggelami air sedalam semeter dan Jalan Penarik-Permaisuri di Kampung Nyatuh juga ditutup kepada kenderaan ringan.
 
Di Kelantan, jumlah terbesar mangsa dipindahkan ialah di Pasir Mas iaitu 2,049 diikuti Kuala Krai (355), Kota Bharu (264), Tanah Merah (217), Pasir Puteh (245), Machang (47) dan Tumpat (41).
 
Sungai Lebir di Tualang, Kuala Krai, Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Tanah Merah, dan Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah dan Rantau Panjang masih mencatat bacaan di atas paras bahaya, menurut portal rasmi kerajaan negeri itu.
 
Setakat petang ini, tiada lagi jalan utama di negeri itu ditutup kepada kenderaan dan tiada laporan kemalangan jiwa. Cuaca ketika ini mendung dan diselangi hujan renyai.
 
Di Pahang, 2,152 mangsa dipindahkan di Kuantan, Pekan (167) dan Rompin (57).
 
Beberapa laluan di kawasan Sungai Lembing ditutup kepada lalu lintas bermula hari ini berikutan paras air Sungai Lembing yang semakin meningkat.

ABIM bebas pengaruh politik - Presiden

Posted: 25 Dec 2012 03:48 PM PST

Oleh Shuhaniza Said

Post Pic

SHAH ALAM: Presiden Angkatan Belia Malaysia (ABIM), Amidi Abdul Manan menegaskan bahawa gerakan tersebut masih mengamalkan prinsip 'non partisan' iaitu tidak terikat kepada mana-mana parti politik, seperti yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak.

Menurut beliau, semua gerakan Islam termasuk ABIM sendiri tidak seharusnya terikat kepada pihak tertentu, apatah lagi dalam usaha untuk menyebarkan dakwah. 
"Jadi sekarang ini kita masih mengekalkan perkara yang sama kerana dakwah perlu disampaikan dengan sikap non partisan.

"Sekali lagi saya ingin pertegaskan non partisan ini, kalau mudah untuk kita faham, adalah kita tidak terikat dengan mana-mana pihak.. kalau kita sebut kita tidak menyebelahi, seolah-olah kita ini anti demokrasi.

"Tapi sebenarnya yang setepatnya ialah kita tidak terikat dengan mana-mana pihak, mana-mana parti dan kita bebas untuk menyatakan pandangan kita," jelas beliau semasa membahaskan topik Generasi Muda: Memaknai Rempuhan Globalisasi dalam program Maqasid terbitan Antarapos, baru-baru ini.

Beliau dalam masa yang sama turut mengaitkan kecenderungan generasi muda kini yang dilihat lebih suka mengekspresikan pendapat tanpa terikat kepada mana-mana persatuan atau badan, akan menjadi trend pada masa hadapan.

"Saya kira mungkin pada masa akan datang saya merasakan ada kemungkinan, apabila kita lihat balik masing-masing sudah tidak mahu terikat dengan persatuan.

"Mungkin mereka akan cuba untuk menampilkan diri mereka sendiri sebagaimana kita tengok di 'Facebook' ataupun di mana-mana media internet pun, orang muda suka untuk ekspresikan diri mereka sendiri,"kata beliau.

Justeru katanya, perkara ini harus diambil dari sudut yang positif dan dijadikan pendekatan oleh gerakan Islam dalam usaha mendekati generasi muda seterusnya mempersiapkan diri mereka menghadapi rempuhan globalisasi.

"Dan saya rasa itulah pendekatan yang sebaiknya.. Untuk mendekati orang muda ini, berikan mereka ini kefahaman yang jelas mengenai Islam itu khususnya, dan dalam masa yang sama kita beri ruang untuk menghayati.

"Barulah akan timbul rasa menghargai bahawa agama Islam itulah membentuk diri mereka, memberikan kehidupan yang baik di dunia dan akhirat, Insya-Allah,"jelas beliau.

Tiada ulasan: