Sabtu, 29 Disember 2012

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Awang Adek naïf lulus tanah di Gua Musang kepada pemimpin DAP

Posted: 29 Dec 2012 07:27 AM PST



BACHOK, 29 Dis ― Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata beliau tiada kaitan dengan dakwaan kelulusan tanah seluas lebih 4,000 hektar di Gua Musang kepada pemimpin DAP Perak.

Beliau berkata surat yang ditandatanganinya ketika menyandang jawatan Timbalan Menteri Luar Bandar dan Wilayah bertarih 16 Jan 2006 adalah sebagai sokongan untuk menjalankan projek penyelidikan dan pembangunan bersepadu tanaman getah hutan dan industri hiliran di kawasan itu.

"Saya tidak tahu menahu berhubung pemilikan atau pemajakan tanah kepada pemimpin DAP terbabit seperti yang didakwa," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.

Awang Adek (gambar) yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata surat itu sekadar memanjangkan permohonan bagi mendapatkan bantuan membangunkan tanah di kawasan terbabit.

"Surat itu dikeluarkan berikutan permohonan Pengurus Besar Upayapadu Plantation Sdn Bhd, Bazlin Ab. Hamid untuk mendapatkan bantuan yang berkaitan bagi meningkatkan kegiatan ekonomi di Kelantan.

"Itulah yang tertera dalam surat berkenaan dan saya tidak tahu menahu berhubung pemilikan atau pemajakan tanah kepada pemimpin DAP terbabit seperti yang didakwa," katanya.

Awang Adek yang juga Ketua Umno Bahagian Bachok berkata perbuatan mengaitkan namanya dalam isu itu adalah satu fitnah dan pembohongan. ― Bernama

Video Tg Hadi Respon Isu Amanat. UMNO Je Yang Buta Tuli!

Posted: 29 Dec 2012 12:49 AM PST

Kenyataan Terkini TG Haji Hadi Isu Amanat

Posted: 28 Dec 2012 11:26 PM PST

http://sphotos-g.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/23732_3943482707153_1719878439_n.jpg

ada berani?

Dakwaan Deepak Ada Asas, Wang Rakyat Disalahguna Untuk Menutup Mulut Deepak

Posted: 28 Dec 2012 10:09 PM PST


Pada 30 November 2012, Dato' Seri Zahid Hamidi mengumumkan kepada wartawan dan Perhimpunan Agong Umno bahawa beliau akan menjawab dan mematahkan tuduhan Deepak yang mengaitkan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dengan pelbagai salahlaku.

Malangnya, keesokan harinya, pada 1 Disember 2012 beliau tidak mengotakan janjinya itu. Tuduhan-tuduhan Deepak kekal tidak dijawab oleh pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak.

Saya beranggapan itu strategi Dato' Seri Najib Tun Razak dan Dato' Seri Zahid Hamidi – iaitu untuk tidak mengendahkan tuduhan-tuduhan tersebut atas alasan ia tuduhan liar tanpa bukti. Sehingga saat itu pun, rakyat masih samar-samar mengenai bukti yang dikemukakan oleh Deepak, apatah lagi keterlibatan Deepak dengan keluarga Dato' Seri Najib Tun Razak menimbulkan tanda tanya mengenai motif dan kredibiliti beliau.

Oleh sebab itu, KEADILAN tidak memberi sebarang reaksi mengenai tuduhan-tuduhan tersebut, kecualilah menuntut agar ia disiasat segera.

Ternyata anggapan saya itu tidak tepat. Tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh Deepak dipandang serius dan dibuktikan benar-benar mencemaskan Dato' Seri Najib Tun Razak, sehingga tugas untuk menyelesaikan kemelut ini diserahkan kepada Dato' Seri Zahid Hamidi.

Walaupun awalnya Dato' Seri Zahid Hamidi mengelak dari memberi jawapan, jalan penyelesaian yang beliau laksanakan mengikut perintah Dato' Seri Najib Tun Razak akhirnya terbongkar kepada umum pada 27 Disember 2012.

Urusniaga mengejut melibatkan pembayaran RM30 juta untuk membeli 80% saham terbitan Astacanggih dan RM130 juta untuk membeli 200 ekar tanah dari Awan Megah Sdn Bhd adalah satu salahguna kuasa oleh Dato' Seri Zahid Hamidi dan Dato' Seri Najib Tun Razak bertujuan untuk menutup mulut Deepak dan menyelesaikan skandal ini yang kian merebak.

Urusniaga ini akan dibiayai sepenuhnya oleh Bakti Wira Development Sdn Bhd, sebuah syarikat pelaburan hartanah yang dimiliki sepenuhnya oleh Boustead Holdings Berhad, milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Modal dan aktiviti Boustead Holdings Berhad banyak bergantung kepada caruman dari potongan gaji anggota tentera yang disalurkan melalui LTAT. Sebagai menteri yang bertanggungjawab memikul amanah ini, Dato' Seri Zahid Hamidi haruslah berhati-hati dalam memastikan pelaburan yang dibuat oleh Bakti Wira Development Sdn Bhd adalah pelaburan yang terbaik untuk kepentingan anggota tentera.

Sebab itu, sekiranya urusniaga ini diteliti, ia sudah tentu tidak menepati apa-apa garis panduan pelaburan baik berdasarkan perkara-perkara berikut:

1. Astacanggih adalah sebuah syarikat yang tidak mempunyai aset mahupun rekod perniagaan yang baik. Semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan ia tidak pernah pun memfailkan penyata kewangannya. Selain modal berbayar sebanyak RM20 juta, syarikat ini dibebankan dengan hutang sebanyak RM98 juta dari Kuwait Finance House (mengikut rekod SSM);

2. Nilaian RM30 juta bagi 80% saham terbitan Astacanggih itu tidak ada asas. Kenyataan Boustead Holdings Berhad bahawa nilaian RM30 juta itu dicapai atas persetujuan bersama pembeli dan penjual membuktikan bahawa urusniaga ini dibuat berdasarkan pertimbangan politik, bukan pertimbangan pelaburan komersil;

3. Pembayaran RM130 juta terhadap 200 ekar tanah yang statusnya masih belum dipindahmilik kepada Awan Megah Sdn Bhd bermakna Dato' Seri Zahid Hamidi mengambil wang sebanyak RM130 juta dari caruman anggota tentera untuk membayar syarikat milik seorang pimpinan Umno tanpa ada sebarang pertukaran aset, kerana tanah 200 ekar itu masih belum dipindahmilik kepada Awan Megah Sdn Bhd;

4. Nilaian RM130 juta bagi 200 ekar tanah tersebut juga dibuat tanpa menggunakan penilaian bebas, semata-mata atas dasar persetujuan yang dicapai di antara penjual dan pembeli;

5. Pengumuman rasmi Boustead Holdings Berhad kepada Bursa Malaysia memberi alasan bahawa pembelian tanah itu bertepatan dengan bank tanah sedia ada milik anak syarikat Boustead (iaitu Jendela Hikmat Sdn Bhd) di kawasan berhampiran (rujuk perenggan 4 pengumuman). Walau bagaimana pun, semakan rekod menunjukkan tanah seluas 236 hektar yang dipindahmilikkan kepada Jendela Hikmat Sdn Bhd dinilai pada RM230 juta pada akhir tahun 2005 (rujuk laporan akhbar Utusan Malaysia yang disertakan bersama);

6. Ini bermakna tanah sekitar kawasan yang sudah dimiliki oleh Boustead Holdings Berhad dinilai sekitar RM390,000 seekar, berbanding urusniaga terkini melibatkan Awan Megah yang membayar RM650,000 seekar ke atas tanah yang statusnya belum dipindahmilik.

Jelas bahawa urusniaga ini bukanlah urusniaga yang lulus pertimbangan komersial dan panduan pelaburan LTAT.
Saya hanya boleh simpulkan bahawa urusniaga ini dibuat semata-mata untuk menutup mulut Deepak dan memadamkan skandal ini. Makanya, tindakan tidak berwaspada Dato' Seri Zahid Hamidi yang menyalahgunakan kuasanya dengan mengarahkan LTAT membayar RM160 juta mengesahkan bahawa dakwaan Deepak itu benar, sehingga mencemaskan Dato' Seri Najib Tun Razak.

Oleh itu, saya akan mula meneliti dan mendedahkan pembayaran yang dibuat oleh Deepak terhadap pihak tertentu yang dikaitkan dengan Dato' Seri Najib Tun Razak, memandangkan sudah jelas bahawa dakwaan Deepak itu ada kredibiliti dan kebenarannya.

KEADILAN akan mengadakan sidang media pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat minggu depan jam 11 pagi mengenai pendedahan ini.

RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
29 DISEMBER 2012

Pencacai Kantoi: Shah Alam Masih “Bebas Disko”, Kafe Bukan Kelab Malam

Posted: 28 Dec 2012 08:43 PM PST


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhlaukZwqh_ZMi02KivjPfZa0m0d0z7YydrsVSTSD0W4C0-f6ZXnCwzIJKykX41OiNn3ZlslTbK7l8sbx0D-1YbU7PoTIHmgM7iJI_3elbw-5_W4KULqn_jwBFqtSfxk3lr_GGmSsI72io/s400/PC-Khalid-Samad-02+%25281%2529.jpg

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menegaskan bahawa sebuah premis di Setia Alam yang didakwa menjalankan aktiviti kelab malam sebenarnya adalah sebuah kafetaria yang menjalankan aktiviti persembahan muzik ('live band').

Bagaimanapun, Timbalan Pengarah Korporatnya, Shahrin Ahmad berkata, aktiviti 'live band' tersebut dijalankan tanpa kebenaran dan kelulusan daripada Jabatan Perlesenan dan Penguatkuasaan MBSA.

"Hasil pemeriksaan yang dijalankan, kita dapati premis tersebut mempunyai lesen untuk menjalankan aktiviti perniagaan kafetaria tapi tiada lesen untuk aktiviti 'live band'.

"Oleh itu, pihak MBSA telah mengarahkan pengusaha premis tersebut supaya menghentikan aktiviti tanpa kebenaran itu," tegas Shahrin sewaktu dihubungi TVSelangor.

Menurutnya lagi, notis turut dikeluarkan terhadap pengusaha premis selaras dengan peruntukan Undang-undang Kecil Perlesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian MBSA 2007.

Hasil tindakan itu juga, Shahrin memberitahu, pengusaha kafetaria telah mengemukakan permohonan untuk menjalankan aktiviti persembahan muzik di premisnya.

Namun permohonan tersebut hanya akan dibincangkan dan diputuskan di dalam Mesyuarat Kawalan Perniagaan dan Kesihatan MBSA yang akan datang.

Mengulas mengenai penjualan minuman beralkohol di premis tersebut, Shahrin menegaskan MBSA tiada hak untuk mengeluarkan sebarang lesen jualan minuman keras.

"Lesen jualan minuman keras dikeluarkan oleh pejabat daerah dan tanah, dan untuk kawasan ini (Setia Alam) ianya dikeluarkan Pejabat Daerah dan Tanah Petaling," ujar beliau.

Baru-baru ini, menurut laporan sebuah akhbar, sebuah premis di Setia Alam dikatakan baru dibuka pada 12 Disember lepas sempena tarikh 12.12.12.

Selain daripada menjual minuman keras, premis itu turut didakwa menawarkan persembahan hiburan.

Susulan laporan tersebut, MP Shah Alam, Khalid Samad mengeluarkan kenyataan menggesa MBSA untuk mengambil tindakan tegas terhadap premis itu.

http://greenboc.blogspot.com/2012/12/pencacai-kantoi-shah-alam-masih-bebas.html

Tiada ulasan: