DIALOG RAKYAT |
- 'Baucer subsidi RM520, tapi masih kena tambah sendiri'
- Bilangan mangsa banjir meningkat di Terengganu
- PKR akan lobi k'jaan S'gor sekat jualan tanah pada LTAT
- MCA Terdesak, Keluarkan Kalendar Hina Hudud! Mana UMNO, PERKASA, PEKIDA & JATI?
- Musa Hassan Dedah lagi: Jenayah Meningkat Sebab Hubungan Kongsi Gelap Dgn "Orang Atas"
- Ketua Bahagian UMNO Pandan Dihukum Penjara 8 Tahun Atas 10 Tuduhan Rasuah
- [BERGAMBAR] Awie Mengaku Buka Kelab Malam Di Ipoh, Ada Pesta Bikini & Arak Di Sana!
- Pencacai Kantoi: Shah Alam Masih “Bebas Disko”, Kafe Bukan Kelab Malam
- Hadi minta RTM, TV3 beri satu jam jelaskan isu Amanat Hadi
- PKR persoal syarat rebat telefon pintar, khuatir lariskan stok lama
- Rebat: MBM pertahan had harga telefon pintar
- Lebih 15,000 individu dan syarikat di WP belum bayar zakat
- Debaran Apex di depan kadi
- Tujuh penghuni rumah puncak Setiawangsa dipindahkan
- Penyokong Felda & Isa Samad akui ditaja hotel lima bintang
- Pelajar diupah RM20 untuk maki peserta Himpunan Oren
- Aliran wang haram RM200 bilion disiasat apabila Pakatan menang
- Ular masuk rumah banjir
- Khairy mungkin saman Chegu Bard
- PAS kecam kalender perkecil hudud
- NGO buat laporan polis terhadap pegawai kedutaan Sri Lanka
- Khairul Fahmi dan Nur Eilunie sah suami isteri
'Baucer subsidi RM520, tapi masih kena tambah sendiri' Posted: 29 Dec 2012 04:03 AM PST Rata-rata pemandu teksi mengeluh dengan Program Bantuan Tayar 1 Malaysia (BT1M) yang merupakan program dibawah Teksi Rakyat 1 Malaysia (TR1MA)- sebuah program insentif bagi pemandu teksi menerima baucer subsidi tayar sebanyak RM520 bagi penggantian empat tayar untuk tempoh dua tahun. Menurut pemandu teksi yang ditemui Malaysiakini pada perhimpunan pemandu teksi bersama pemimpin Pakatan Rakyat kelmarin, baucer tersebut tidak mencukupi memandangkan mereka terpaksa membayar wang tambahan kepada bengkel yang membuat penukaran tayar tersebut. S Mahesan, 53, yang sudah bekerja sebagai pemandu teksi selama dua tahun berkata, baucar tersebut sepatutnya membantu pemandu teksi meringankan beban untuk menukar tayar, tetapi sebaliknya berlaku. Katanya, ramai pemandu teksi lain turut mengalami keadaan sama apabila terpaksa membayar wang sekitar RM30 bagi dua tayar serta terpaksa membayar wang upah pemasangan tayar. "Dia (kerajaan) bagi tayar. Tapi lepas ambil tayar, orang bengkel caj dua tayar RM30, kalau empat tayar sudah kena RM60. Sepatutnya percuma tapi kena bayar. Pasang tayar pun dia caj kita. Kadang-kadang bengkel kata tayar tak ada. "Kalau kata bantuan penuh jangan kasi keluar duit dari poket kita lah," katanya. Selain itu, bagi Khalid Hasni, 42, yang sudah memandu teksi hampir 10 tahun di sekitar Lembah Klang memberitahu, masalah lain yang dihadapi oleh pemandu teksi berhubung pemberian baucar tersebut ialah tayar yang diberi merupakan tayar bersaiz 13. Jelas Khalid, ia menyukarkan bagi pemandu teksi jenis Proton Waja yang menggunakan tayar bersaiz 14. "Tayar saiz 13 ini biasanya pada kereta Proton Iswara, Wira, Saga. Size 14 untuk (Proton) Waja. Tapi baucer itu untuk tayar saiz 13, jadi pemandu teksi Waja kena tambah harga lebih banyak. "Nak kata (baucar) tak membantu langsung tak ada lah. Tapi tak membantu sangatlah sebab kita masih perlu keluarkan duit sendiri," katanya. Bagi S Vineswaran, 42, yang memandu teksi hampir empat tahun pula berkata, daripada baucar RM520 tersebut, pemandu teksi jenis Proton Waja perlu menambah wang kira-kira sebanyak RM400 bagi empat biji tayar. Vineswaran berkata, harga tersebut mahal memandangkan harga tayar bagi sebuah kereta Proton Waja berharga RM230. "Macam saya, nak tukar satu tayar harga RM230. Empat tayar RM920. Baucer itu cukup untuk dua tayar sahaja. Lagi dua tayar saya kena tambah sendiri. Itu tak termasuk upah untuk pemasangan, balancing. "Banyak lagi masalah pemandu teksi. Macam masalah dengan (Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer) PUSPAKOM, dengan masalah ulat teksi lagi. Tipulah kalau kerajaan tak tahu tentang benda ini," katanya lagi |
Bilangan mangsa banjir meningkat di Terengganu Posted: 29 Dec 2012 03:54 AM PST Keadaan banjir di Terengganu malam tadi menyaksikan peningkatan bilangan mangsa manakala situasi di Kelantan dan Pahang tidak berubah. Menurut portal portal rasmi kerajaan negeri-negeri berkenaan, jumlah terkini keseluruhan mangsa banjir yang dipindahkan ialah 23,307 orang berbanding 21,013 petang tadi. Di KELANTAN, 18,531 mangsa melibatkan 4,343 keluarga kini berada di pusat pemindahan berbanding 14,880 petang tadi. Menurut portal banjir kerajaan negeri, 62 pusat pemindahan mangsa banjir dibuka di lima daerah di negeri ini kecuali Setiu dan Besut yang telah pulih dan telah menutup pusat pemindahan mangsa banjir. Pusat pemindahan di Kemaman mencatat bilangan mangsa terbesar iaitu 12,160, diikuti Dungun (5,309 orang) dan Kuala Terengganu (1,002 orang). Dua lagi pusat penempatan banjir di Hulu Terengganu (36 orang) dan Marang (24 orang) menunggu masa ditutup berikutan hanya tinggal baki keluarga yang belum dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. Hanya satu laluan masih ditutup kepada semua kenderaan iaitu di Kilometer 8 Jalan Tepoh-Kuala Jengai berdekatan Bandar Al-Muktafi Billah Shah. Di KELANTAN, 4,594 mangsa banjir kini berada di 11 pusat pemindahan berbanding 5,951 petang tadi. Menurut portal rasmi kerajaan negeri, Tumpat mempunyai bilangan paling ramai mangsa iaitu 2,427, diikuti Pasir Mas (2,136) dan Kota Baharu (31). Ia dijangka berkurangan esok berdasarkan keadaan cuaca yang baik sejak semalam. Sungai Golok di Rantau Panjang masih mencatatkan bacaan melepasi paras bahaya iaitu 9.81 meter (bahaya 9 meter), namun ia semakin surut. Sungai-sungai lain pula sudah kembali ke paras normal. Zon bebas cukai Rantau Panjang yang lumpuh sejak dua hari lalu, dijangka kembali beroperasi selewat-lewatnya lusa berikutan air semakin surut di pekan itu. Bagaimanapun, penduduk Kelantan diingatkan supaya bersedia menghadapi pusingan kedua banjir berikutan hujan yang dijangka kembali melanda Pantai Timur bermula Ahad. Di PAHANG, maklumat di portal banjir Majlis Keselamatan Negara menunjukkan bilangan mangsa banjir kekal 182 orang. Bernama |
PKR akan lobi k'jaan S'gor sekat jualan tanah pada LTAT Posted: 29 Dec 2012 03:51 AM PST PKR berkata ia akan melobi kerajaan Selangor untuk menyekat pembelian sebidang tanah oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang dikaitkan dengan kontroversi antara ahli perniagaan Deepak Jaikishan dan Ketua Wanita Umno Selangor, Raja Ropiaah Abdullah. Ini kerana tanah itu terletak di Selangor dan memerlukan kelulusan kerajaan negeri untuk memboleh pembelian itu diteruskan. PKR strategi pengarah Rafizi Ramli (kanan) menyifatkan urusniaga itu - untuk membeli 80 peratus kepentingan Deepak dalam syarikat Astacanggih Sdn Bhd untuk RM30 juta dan membeli tanah seluas 200 ekar dari syarikat Raja Ropiaah, Awan Megah (M) Sdn Bhd untuk RM130 juta - sebagai "lebih teruk daripada tindakan menyelamat" kerana ia adalah satu cubaan untuk membayar semua pihak dan menutup mulut mereka. Boustead Holding Sdn Bhd milik LTAT telah mengumumkan bahawa ia akan membuat pembelian itu melalui anak syarikat milik penuh yang Bakti Wira Sdn Bhd. Rafizi berkata PKR masuk campur kerana ia kini membabitkan RM160 juta wang awam yang datangnya dari dana pencen anggota tentera. " Rafizi menuduh Menteri Pertahanan Zahid Hamidi menyalahgunakan kuasanya dengan mengarahkan LTAT untuk mengeluarkan RM160 juta bagi menyelesaikan skandal tersebut. "Kita telah kehilangan RM250 juta kerana lembu disebabkan oleh seorang menteri, kita tidak mahu kehilangan RM160 juta lagi wang pesara kerana seorang lagi menteri," katanya merujuk kepada skandal National Feedlot Corporation. Katanya, oleh kerana tanah itu berada di Selangor, maka ia tanah tidak boleh diurusniagakan tanpa kelulusan kerajaan negeri tetapi mengakui ia tidak mempunyai kuasa dalam menghentikan pembelian saham dalam Astacanggih |
MCA Terdesak, Keluarkan Kalendar Hina Hudud! Mana UMNO, PERKASA, PEKIDA & JATI? Posted: 29 Dec 2012 03:48 AM PST KALENDAR TAHUN 2013 HINA HUDUD, DIEDARKAN KEPADA ORANG RAMAI!!!!!!! PEMUDA UMNO/PERKASA/PEKIDA/JATI SEMUA PAKAT SENYAP MEMBISU TERKELU LIDAH!!!! Kalendar tahun 2013 hina HUDUD yang dipercayai dicetak dan ditaja/biayai oleh MCA, rakan sekutu karib paling akrab dan disayangi serta disanjungi UMNO semenjak belum Merdeka. Nak tahu juga dimana perginya suara garang bengis Pemuda UMNO/PERKASA/JATI/PEKIDA/PESILAT yang dok terlalak terlong memekik memekak kononnya akan pertahankan Islam sampai sanggup mati bermandikan darah, hancur badan berkecai tulang. Najib bilang undi UMNO adalah undi pertahankan Islam dan aqidah. Ini sampai dah buat kalendar 2013 apa cerita. Dulu dalam Persidangan Agung Tahuan MCA didepan Najib Razak, Presiden MCA @ Raja Porno Malaysia, Chua Soi Lek hina HUDUD, Najib tersenyum dan hadihkan MCA RM30juta. Yang kerja buat/cetak/edar kalendar 2013 hina HUDUD boleh dapat berapa juta pula??????? MCA TERDESAK ATAU UMNO YANG NAZAK? -omakkau |
Musa Hassan Dedah lagi: Jenayah Meningkat Sebab Hubungan Kongsi Gelap Dgn "Orang Atas" Posted: 29 Dec 2012 03:44 AM PST KELAB GREENBOC Kadar jenayah yang tinggi di Malaysia disebabkan oleh hubungan rapat antara pemimpin negara dan kpemimpin kongsi gelap, dakwa bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan. "Apabila penjenayah rapat dengan 'orang atas', yang teraniaya adalah masyarakat," kata Musa kepada The Malaysian Insider dalam temuramah baru-baru ini tanpa menamakan sesiapa. Peningkatan bilangan rakyat Malaysia yang bimbang ke atas keselamatan mereka di rumah dan di jalanan menyebabkan mereka mempersoalkan pentadbiran Najib yang seringkali mengembar-gemburkan kejayaan mengurangkan jenayah, bakal bertukar menjadi antara isu utama pilihan raya umum (PRU) akan datang. Baru-baru ini kumpulan pemerhati jenayah, MyWatch, yang rapat dengan Musa mendakwa pegawai polis berpangkat tinggi terlibat dengan penggubahan wang haram, termasuk perjudian haram, pelacuran, mengatur perlawanan bola sepak, malah turut mempunyai hubungan dengan pemimpin kongsi gelap. Kadar jenayah tinggi dikaitkan secara langsung dengan sindiket yang berurusan dengan pelacuran, perjudian, dan pinjaman wang haram, kata Musa kepada The Malaysian Insider, menyokong dakwaan MyWatch. Beliau menekankan kesan "domino" aktiviti haram berkenaan sambil menambah masalah jenayah dalam negara ini tidak akan dapat diselesaikan selagi akar kepada permasalahan itu sendiri tidak dicabut. "Jenayah ini macam roda. Kalau wujud aktiviti maksiat seperti judi, pelacuran, loan shark (ceti haram), selagi itu ada jenayah. Contohnya bila orang kalah judi, mereka mula merompak. Jenayah tidak akan habis jika aktiviti-aktiviti maksiat ini terus ada. "Salah satu cara seperti yang saya cadangkan dulu, kerajaan patut beri lesen disesetengah tempat macam di Holland," kata beliau merujuk kepada kawasan pelacuran 'halal' di Belanda sambil menambah, "Orang nak pergi pun segan. " Menurut Musa lagi, diantara sebab kegagalan kerajaan untuk meyakinkan masyarakat bahawa mereka berada dalam keadaan selamat adalah kerana ia hanya memberikan tumpuan kepada jenayah jalanan dan bukannya jenayah secara keseluruhan. "Jenayah lebih besar seperti pecah rumah, rompakan, samun, curi kenderaan dan bunuh. "Overall (secara keseluruhan) perlu diambil kira. Ini yang menyebabkan masyarakat rasa tak selamat," katanya. Untuk mengurangkan kadar jenayah yang membimbangkan, Musa mencadangkan agar Polis Di Raja Malaysia (PDRM) memantapkan aktiviti untuk mendapatkan maklumat risikan dengan melibatkan orang ramai untuk bekerjasama. "Contohnya, apabila orang ramai beritahu saya tentang sesuatu jenayah, saya akan kirimkan maklumat ini kepada pegawai polis yang berkenaan. Ini contoh risikan yang kita boleh perolehi daripada masyarakat," katanya. MyWatch turut mempersoalkan KPN sekarang kerana tidak mengambil tindakan dan senyap terhadap bukti kesalahan yang kumpulan tersebut akan dedahkan kepada umum kecuali Tan Sri Ismail Omar bersetuju untuk berjumpa dengan mereka. Musa dan MyWatch, dikritik oleh beberapa bekas penjawat awam daripada pasukan keselamatan tersebut selepas pendedahan yang dilakukannya bersama MyWatch, termasuk daripada bekas Pengarah Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Datuk Ramli Yusuff, bekas penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Tan Sri Robert Phang dan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim. Beberapa penculikan berprofil tinggi, rompakan dan kes-kes serangan, termasuk peningkatan penggunaan senjata, menyebabkan ahli parlimen pembangkang dan orang awam mempersoalkan dakwaan unit kecekapan Putrajaya itu bahawa kadar jenayah di negara ini telah menurun dengan ketara sejak inisiatif di bawah itu Program Transformasi Kerajaan (GTP) dimulakan dua tahun lalu. Ahli politik pembangkang menuduh kerajaan persekutuan terlalu sibuk mengintip orang awam dan menangani persepsi negatif terhadap kelemahan pihak berkuasa dalam mengurangkan jenayah daripada pertempuran sebenar, menunjukan ketidakseimbangan bajet untuk siasatan jenayah . Pengarah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) PEMANDU Eugene Teh pada Julai mengeluarkan statistik segar menunjukkan bahawa indeks jenayah di Malaysia menurun sebanyak 10.1 peratus dari Januari hingga Mei tahun ini apabila dibandingkan dengan tempoh sama tahun lepas. PEMANDU sebelum itu mengeluarkan angka fakta indeks jenayah menurun sebanyak 11.1 peratus dari tahun 2010 hingga tahun lepas manakala jenayah jalanan menurun 39.7 peratus dalam tempoh sama. Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak juga menuduh media memainkan laporan jenayah dan menegaskan kes terpencil dan tidak tepat menunjukkan peningkatan dalam kadar jenayah di seluruh negara. -TMI |
Ketua Bahagian UMNO Pandan Dihukum Penjara 8 Tahun Atas 10 Tuduhan Rasuah Posted: 29 Dec 2012 03:40 AM PST KELEB GREENBOC Kuala Lumpur: Ketua Bahagian UMNO Pandan, Abd Ghani Ismail (gambar), dihukum penjara lapan tahun dan denda hampir RM1 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas didapati bersalah atas 10 tuduhan menerima rasuah berjumlah RM193,512, enam tahun lalu. Hakim Rozilah Salleh menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan denda berjumlah RM977,560 terhadap Abd Ghani Ismail, 46, bagi semua tuduhan dihadapinya. Rozilah turut menolak permohonan tertuduh untuk penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sementara menunggu rayuannya didengar di Mahkamah Tinggi. Mengikut rekod, pada 8 Feb 2011, ketika dibacakan lapan pertuduhan terhadapnya di Mahkamah Sesyen Ketua UMNO Bahagian Pandan tersebut pengsan dalam kandang tertuduh. Kemudiannya pada 28 Jun pula beliau telah diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap 10 pertuduhan rasuah membabitkan RM193,512, antara Mei 2006 dan Mac 2007 terhadapnya. Ulasan GB Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Si perasuah tidak akan terlepas, baik ikan bilis, apatah lagi ikan jerung. GB berdoa dan yakin seorang demi seorang ahli dan pemimpin UMNO, dari pencacai sehinggalah ke peringkat pimpinan tertingginya akan disumbatkan ke dalam penjara. Mereka tidak akan dilepaskan begitu saja. |
[BERGAMBAR] Awie Mengaku Buka Kelab Malam Di Ipoh, Ada Pesta Bikini & Arak Di Sana! Posted: 29 Dec 2012 03:35 AM PST KELAB GREENBOC Pengakuan Awie (Kini bergelar "Ayahanda" PEKIDA): Saya memang membuka sebuah kelab di Ipoh. Ini bidang saya iaitu hiburan dan kami ada live band di kelab tersebut. Kelab dengan nama Malai Rock Station (MRS) ini sudah tiga bulan dibuka. Sejak itu orang mula menfitnah dan menipu saya. Persepi manusia memang begitu dari zaman 80an, kalau rock sahaja mesti jual dadah - kosmo Hasil carian Facebook "Malai Rosck Station Bistro" Fanpages di link ini - menemui beberapa pakej promosi "MENARIK": Pakej promosi 1 bertarikh 14hb. Disember, 2012: Hye there MRS lover !!! Its a Beach Wear Party 2morrow nite 14th Dec 2012 @ Malai Rock Station ... Come on party people , Hop in n have some fun here @ Malai Rock Station ...1st , 2nd n 3rd Best dress gonna go back with surprises !!! Hey People its worth it ... Tell ur frens n be here 2morrow ... There's a few package of drink is ready for u guys... What r u waiting for !!! Enter if dare !!! From the management of MRS "we love u we serve u". "Rock Is Everyone Style >>> PESTA BIKINI DERRR... Pakej promosi 2 bertarikh 16hb. Disember, 2012: Hi there MRS lover !!! Its a ROCK NITE TONITE... 16th Dec 2012 @ Malai Rock Station ... Come on party people , Hop in n have some fun here @ MRS !!! BEST ROCK ATTIRE will get PRIZES from us !!! Come on dress it up as Rock n Roll superstar !!! Hey People its worth it ... Tell ur frens n be here 2nite ... Local band (ipoh) Holy Snake is super good ...let's Rock with them... There's a few package of drink is ready for u guys... 2bottles of chivas/black label = rm588 only... 2bucket of Tiger Beer = rm138 only ... 1 long island Tower = rm158 only ... What r u waiting for !!! Enter if dare !!! From the management of MRS "we love u we serve u". "Rock Is Everyone Style". Pls kol +6055485036... >>> PESTA ARAK MURAH DERRR... *Hebat betul "Ayahanda" Awie... Perniagaan berlandaskan slogan "Amar makruf, Nahi mungkar" & betul jugak cakap "Ayahanda" Awie, dia bukan jual dadah... Dia jual MINUMAN KERAS jerrr... Hahaha... -fb |
Pencacai Kantoi: Shah Alam Masih “Bebas Disko”, Kafe Bukan Kelab Malam Posted: 29 Dec 2012 02:55 AM PST KELAB GREENBOC Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menegaskan bahawa sebuah premis di Setia Alam yang didakwa menjalankan aktiviti kelab malam sebenarnya adalah sebuah kafetaria yang menjalankan aktiviti persembahan muzik ('live band'). Bagaimanapun, Timbalan Pengarah Korporatnya, Shahrin Ahmad berkata, aktiviti 'live band' tersebut dijalankan tanpa kebenaran dan kelulusan daripada Jabatan Perlesenan dan Penguatkuasaan MBSA. "Hasil pemeriksaan yang dijalankan, kita dapati premis tersebut mempunyai lesen untuk menjalankan aktiviti perniagaan kafetaria tapi tiada lesen untuk aktiviti 'live band'. "Oleh itu, pihak MBSA telah mengarahkan pengusaha premis tersebut supaya menghentikan aktiviti tanpa kebenaran itu," tegas Shahrin sewaktu dihubungi TVSelangor. Menurutnya lagi, notis turut dikeluarkan terhadap pengusaha premis selaras dengan peruntukan Undang-undang Kecil Perlesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian MBSA 2007. Hasil tindakan itu juga, Shahrin memberitahu, pengusaha kafetaria telah mengemukakan permohonan untuk menjalankan aktiviti persembahan muzik di premisnya. Namun permohonan tersebut hanya akan dibincangkan dan diputuskan di dalam Mesyuarat Kawalan Perniagaan dan Kesihatan MBSA yang akan datang. Mengulas mengenai penjualan minuman beralkohol di premis tersebut, Shahrin menegaskan MBSA tiada hak untuk mengeluarkan sebarang lesen jualan minuman keras. "Lesen jualan minuman keras dikeluarkan oleh pejabat daerah dan tanah, dan untuk kawasan ini (Setia Alam) ianya dikeluarkan Pejabat Daerah dan Tanah Petaling," ujar beliau. Baru-baru ini, menurut laporan sebuah akhbar, sebuah premis di Setia Alam dikatakan baru dibuka pada 12 Disember lepas sempena tarikh 12.12.12. Selain daripada menjual minuman keras, premis itu turut didakwa menawarkan persembahan hiburan. Susulan laporan tersebut, MP Shah Alam, Khalid Samad mengeluarkan kenyataan menggesa MBSA untuk mengambil tindakan tegas terhadap premis itu. Ulasan GB Pencacai UMNO melalui akhbar mereka SIASAH, kantoi untuk burukkan kerajaan PR Selangor. Ternyata tiada kelab malam yang dibuka di Shah Alam, hanya pengusah sebuah kafe yang baru "menyalahgunakan" permit yang diberikan kepada mereka. Anehnya para pencacai UMNO membisu tentang kes Awie yang terang-terangan membuka kelab malam di Ipoh dengan pesta betina dan arak! Hukum kebenaran dan keadilan akhirnya mendedahkan pekung UMNO sebenar! klik untuk baca |
Hadi minta RTM, TV3 beri satu jam jelaskan isu Amanat Hadi Posted: 29 Dec 2012 02:51 AM PST KUALA TERENGGANU – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta kerajaan memberi beliau peluang siaran secara langsung sejam menerusi RTM untuk menjelaskan isu Amanat Haji Hadi yang kembali menjadi polemik semasa. Selain RTM, Abdul Hadi turut meminta rangkaian Kumpulan Media Prima terutama TV3 juga memberinya peluang yang sama. Ahli Parlimen Marang itu enggan menyatakan pendirian sama ada amanat itu harus ditarik balik atau tidak dalam sidang media kerana percaya kenyataannya tidak akan disiarkan penuh sebagaimana diharapkan selain berlakunya diputar belit fakta. "Saya minta supaya diberi peluang secara langsung sejam oleh RTM dan TV3. Beri satu jam biar saya jelas, lepas itu masyarakat boleh nilai," kata beliau selepas melancarkan Petugas Muslimat Marang PRU13 di Dewan Tok Guru, Rusila, Marang, pagi tadi. |
PKR persoal syarat rebat telefon pintar, khuatir lariskan stok lama Posted: 29 Dec 2012 02:48 AM PST SHAH ALAM - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mempersoalkan pemberian rebet telefon mudah alih pintar 3G hanya kepada model RM500 ke bawah kerana dipercayai syarat itu cuba menguntungkan pihak tertentu dengan melariskan stok lama. Katanya, lebih malang lagi apabila pelaksanaan skim itu dilihat berat sebelah apabila belia yang layak perlu membuat pembelian tersebut daripada pengedar telefon bimbit yang dilantik sahaja. "Hanya pengedar dilantik sahaja diberikan rebat ini, maka model yang lama dalam simpanan mereka akan dikeluarkan semula dan ini akan menguntungkan mereka. "Sudah tentu model lama itu nanti tidak mampu membantu golongan muda mendapat capaian 3G dan internet yang dikehendaki pada masa ini," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini. Mengulas lanjut, pelaksanaan rebat RM200 disifatkan sebagai tidak relevan kerana harga telefon bimbit lebih rendah berbanding kos perkhidmatan 3G dan internet yang terpaksa ditanggung pengguna, lebih-lebih lagi menggunakan prabayar. "Bukan telefon pintar yang penting tetapi perkhidmatan 3G internet itu lebih mustahak, walaupun harganya murah namun anak muda yang guna prabayar terpaksa membayar lebih untuk guna perkhidmatan itu. "Sebab itu, kita Pakatan Rakyat berpandangan peruntukan rebat itu lebih wajar dibelanjakan dalam penyediaan internet tanpa talian di seluruh negara khusus kawasan tumpuan orang muda," tegasnya. Dalam pada itu, Rafizi juga mempersoalkan permohonan rebat ini terhad kepada 1.5 juta anak muda walhal tegasnya jumlahnya di seluruh negara mengatasi angka tersebut. "Saya kira jumlah itu tak masuk akal malah mengapa perlu dihadkan kalau benar-benar ikhlas nak bantu golongan muda menggunakan perkhidmatan internet dan 3G. "Saya anggarakan jumlah mahasiswa saja sudah lebih 500,000 orang, ini tidak termasuk anak muda yang bekerja dan mereka yang tidak bekerja," jelasnya. Pemberian rebat telefon pintar RM200 telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2013 pada September lalu. |
Rebat: MBM pertahan had harga telefon pintar Posted: 29 Dec 2012 02:47 AM PST SINAR HARIAN KUALA LUMPUR - Golongan belia dinasihatkan memahami bahawa tujuan di sebalik pemberian rebat RM200 oleh kerajaan adalah bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan memiliki telefon pintar. Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, belia yang mampu membeli telefon pintar berharga lebih RM500 tidak perlulah memohon supaya peluang terbuka kepada belia lain yang kurang mampu memenuhi kuota 1.5 juta orang di bawah tawaran Pakej Komunikasi Belia itu. "Jika mampu beli telefon pintar berharga RM1,000 hingga RM2,000, tidak perlulah mengharapkan bantuan kerajaan beli telefon. Ramai lagi belia lain yang perlukan bantuan ini. "Belia perlu belajar tengok keperluan (rakan) yang lain, bukan tengok keperluan kita sendiri sahaja," katanya kepada Bernama hari ini. Mohamed Maliki mengulas keresahan kalangan belia mengenai pengumuman kerajaan memberi rebat itu yang hanya untuk pembelian telefon pintar berharga sehingga RM500. Menurut belia berkenaan, telefon pintar dalam lingkungan harga tersebut tidak mempunyai fungsi yang mereka kehendaki dan meminta rebat RM500 itu dinaikkan. Dua hari lepas, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata bahawa telefon pintar 3G yang boleh dibeli melalui Pakej Komunikasi Belia itu untuk mendapatkan rebat RM200, hanyalah bagi telefon berharga sehingga RM500. Mengumumkan rebat tersebut ketika membentangkan Bajet 2013 September lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ia sebagai usaha kerajaan memberi 1.5 juta belia akses kepada gerbang maklumat dengan peruntukan RM300 juta bagi tujuan berkenaan. Mohamed Maliki berkata, golongan belia perlu melihat keperluan sebenar mereka yang mahu dipenuhi kerajaan di bawah pakej tersebut, iaitu memberi kemudahan internet berkelajuan tinggi 3G bukannya untuk memenuhi kehendak mereka memiliki gajet berteknologi tinggi. Beliau berkata, bukanlah telefon pintar berharga RM1,000 atau RM2,000 sahaja yang boleh memberi akses 3G ini, malah telefon pintar berharga di bawah RM500 juga boleh berbuat demikian. "Setiap belia perlu sedar kemampuan kewangan kerajaan ada hadnya. Tidaklah boleh sewenang-wenangnya memberi subsidi kepada semua belia. Perlu ada kewajarannya dalam memberi bantuan ini," katanya. Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Ma'amor Osman berkata, kerajaan perlu memantau ketat kriteria pemilihan bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar layak sahaja mendapat bantuan. "Kalau dah mampu beli telefon pintar barharga sampai RM2,000 tidak perlulah bantuan kerajaan lagi," katanya. Ma'amor berkata, selain pembelian telefon pintar, belia perlu melihat kepada kos yang perlu ditanggung selepas memiliki telefon itu seperti membayar bil telefon dan internet. "Belilah telefon ikut keperluan kita. Pakej 3G ini pelbagai, jangan ikutkan perasaan sampai RM100 sebulan bayar bil kerana mahu internet kelajuan tinggi tapi akhirnya tidak mampu bayar," katanya. Tinjauan Bernama di beberapa buah kedai menjual telefon pintar mendapati terdapat lebih 20 jenis model telefon pintar mempunyai fungsi 3G dan berharga kurang daripada RM500 sebuah. Seorang peniaga peralatan komunikasi di Low Yatt Plaza di sini, Chung Wai Kit berkata, kedainya pada masa ini menawarkan lapan model telefon pintar yang mempunyai fungsi 3G. Beliau berkata, tidak guna membeli telefon mahal jika tidak menggunakan semua fungsi yang ada di dalam alat komunikasi tersebut. - Bernama |
Lebih 15,000 individu dan syarikat di WP belum bayar zakat Posted: 29 Dec 2012 02:45 AM PST SINAR HARIAN KUALA LUMPUR - Seramai 15,488 individu dan syarikat di Wilayah Persekutuan yang dikenal pasti cukup haul tahun ini untuk membayar zakat pendapatan dan perniagaan masih belum berbuat demikian. Pengurus Besar Operasi Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) Mohammed Hassan berkata bilangan itu melibatkan jumlah kutipan sebanyak RM42.8 juta. Bagi Januari hingga November tahun ini, PPZ telah pun menerima kutipan lebih RM311.8 juta daripada 102,291 pembayar zakat, katanya kepada pemberita ketika meninjau pembayaran zakat di kaunter zakat Masjid Negara di sini hari ini. Bagaimanapun, Mohammed berkata individu dan syarikat yang masih belum membuat pembayaran zakat masih berpeluang untuk berbuat demikian di sembilan kaunter PPZ mulai pukul 8.15 pagi hingga 8 malam pada Ahad dan Isnin ini. Kaunter tersebut dibuka di Shamelin Perkasa (Ibu Pejabat); Daruzzakah Kampung Baru; Masjid Negara; Wangsa Maju; Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail; Masjid Imam Al-Ghazali Kepong; Masjid Abdul Rahman Auf Jalan Puchong; Presint 9 Putrajaya dan Ujana Kewangan di Labuan. Sementara kaunter di Pusat UTC Kuala Lumpur, Pudu Sentral akan dilanjutkan waktu operasi sehingga pukul 10 malam pada hari yang sama. "Pada waktu biasa operasi kaunter ialah 8.15 pagi hingga 4.45 petang. Mereka yang datang membayar pada dua hari itu akan menerima cenderahati istimewa sebagai tanda penghargaan. "Ia juga sesuai untuk membawa keluarga bagi didikan awal kepada anak-anak berkaitan zakat," katanya. Beliau juga berkata, mereka yang ingin membayar zakat melalui perbankan internet boleh melakukannya sebelum jam 12 tengah malam esok bagi membolehkan tarikh resit dapat dikeluarkan pada tahun ini juga. "Jika transaksi (perbankan internet) dibuat pada hari Isnin, mereka perlu menelefon talian zakat 1-300-88-5757 segera bagi membolehkan resit dikeluarkan pada hari yang sama, sebelum memasuki tahun baru," katanya. - Bernama |
Posted: 29 Dec 2012 02:44 AM PST KOTA BHARU - Debaran berdepan kadi antara pengalaman yang dikongsi Khairul Fahmi Che Mat atau Apex selepas majlis akad nikahnya di rumah pengantin perempuan, semalam. "Pengalaman berdepan tok kadi merupakan satu perasaan yang berlainan jika dibandingkan dengan perasaan ketika berhadapan ribuan penyokong di stadium. "Ketika perlawanan, saya berdepan dengan dua kelompok iaitu yang menyokong dan tidak menyokong saya, sebaliknya pula di sini (majlis akad nikah), semua yang hadir mendoakan kesejahteraan kami," katanya. Beliau yang kini sah menjadi suami kepada Nur Eilunie Natasha Nazri, atau lebih dikenali sebagai Leuniey Natasha berkata, pengalaman tersebut membuatkannya lebih matang dan juga bersedia berhadapan dengan tanggungjawab yang bakal dipikul. "Saya akui gementar tadi berlainan dari biasa dan saya bersyukur hanya dengan sekali lafaz sahaja, kami selamat diijabkabulkan," katanya. Ketika ditanya mengenai perancangan menimang cahaya mata, Apex berkata, semuanya terpulang pada rezeki dan menerimanya jika diberi dalam masa terdekat ini. "Saya rancang empat orang cahaya mata dan apa yang penting ianya terpulang pada rezeki kami dan kami juga terima jika ianya hadir dalam masa terdekat ini," katanya. Beliau berkata, hubungannya dengan Leuniey juga bukan sekadar sahabat, teman sejati dan isteri, tetapi sebagai seseorang yang sangat istimewa yang perlu dijaga setiap masa. Sementara itu, Apex juga memberitahu status sebagai seorang suami tidak membebankan dirinya sebagai salah seorang pemain bola sepak terkemuka di Malaysia. "Saya sudah bersedia untuk menjadi seorang suami dan dalam masa yang sama akan membahagikan masa dengan sebaik mungkin supaya seimbang antara karier dan rumah tangga," katanya. Apex turut berkongsi rahsia tentang ciri-ciri wanita idamannya yang ada pada Leuniey. "Saya pilih Leuniey sebab dia memahami saya, saya seorang yang sibuk dan apa yang penting, dia sudah biasa dan faham dengan tugas saya dan kerjaya saya di padang. Kalau 'ditinggalkan' untuk perlawanan dia tidak pernah merungut. "Beliau seorang yang lemah lembut dan berbudi pekerti tinggi, membuatkan hati saya tertarik untuk memilihnya," katanya. Dalam majlis tersebut, keluarga pengantin lelaki hadir dengan tema pakaian berwarna sedondon ungu dan disambut dengan keluarga pengantin perempuan yang bertemakan warna kuning keemasan. |
Tujuh penghuni rumah puncak Setiawangsa dipindahkan Posted: 29 Dec 2012 02:42 AM PST SINAR HARIAN KUALA LUMPUR - Tujuh penghuni rumah di kawasan puncak Persiaran Bukit Setiawangsa dipindahkan bagi mengelak berlakunya gelongsoran tanah yang aktif berikutan benteng konkrit di kawasan itu runtuh, malam tadi. Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ahmad Phesal Talib berkata sebagai langkah keselamatan penduduk yang tinggal berhampiran kawasan kejadian benteng runtuh itu diminta segera berpindah bagi mengelak bencana lebih besar. "Kita menghadapi masalah tanah gelongsor yang melibatkan rumah kedai di bahagian bawah yang diminta berpindah bersama dengan rumah di seberang jalan," katanya ketika ditemui pemberita di Persiaran Jalan Bukit Setiawangsa di sini, hari ini. Sebelum itu, Pemolong Pengarah Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata pihaknya telah mengarahkan tiga penghuni rumah banglo dan peniaga-peniaga di 13 lot kedai dua tingkat untuk berpindah berikutan pergerakan tanah dikesan di kawasan itu 4 pagi tadi. Azizan berkata jalan menuju ke Puncak Setiawangsa terpaksa ditutup bagi mengelak kejadian yang lebih buruk akibat pergerakan keluar masuk kenderaan. Sementara itu, Ahmad Phesal berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), polis dan lain-lain agensi akan memantau pergerakan tanah runtuh dari semasa ke semasa, katanya. Beliau mengharapkan keadaan cuaca yang baik, kerana sekiranya hujan lebat, ia akan memburukkan lagi keadaan di kawasan itu. "Pada masa yang sama, kita menghadapi masalah laluan keluar masuk bagi kawasan ini. Berikutan itu, DBKL telah membuat keputusan untunk membuat satu jalan alternatif keluar masuk yang lain," katanya. Ahmad Phesal berkata jalan alternatif yang dibuat hanya dibenarkan untuk laluan penduduk yang menetap di sana untuk berpindah manakala orang luar tidak dibenarkan masuk. "Penduduk-penduduk yang terlibat akan diberi bantuan dan dipindahkan ke dewan berdekatan," katanya. Sementara itu, jurucakap Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) berkata ketinggian puncak itu dianggarkan 50 hingga 60 meter manakala punca kejadian sebenar masih disiasat. "Pihak kami akan memasang peralatan untuk mengesan sebarang pergerakan tanah," katanya.- Bernama |
Penyokong Felda & Isa Samad akui ditaja hotel lima bintang Posted: 28 Dec 2012 04:33 PM PST Norutul Ilham KUALA LUMPUR : Segelintir peneroka Felda yang 'dipaksa' berdepan Himpunan Oren Selamatkan Felda tengah hari ini, mengakui mereka ditaja dan diberi penginapan percuma di hotel lima bintang. Seorang anak peneroka yang dikenali sebagai Zul dari Felda Kemahang 3, Tanah Merah, Kelantan, berkata mereka tiba di ibu negara malam tadi sebelum dibawa menginap di Hotel Dynasty. Beliau berkata, mereka yang menaiki 10 bas khas ditaja sepenuhnya dan dijadual berangkat pulang ke Kemahang malam ini, mengakui mereka digunakan untuk menyatakan sokongan terhadap Felda. "Felda bawa kami datang untuk lawan demo sebelah sana," katanya sambil menunjukkan keududkan perhimpunan aman anjuran Persatuan Anak peneroka Felda Kebangsaan (Anak) kira-kira 100 meter dari situ. Zul membuat pengakuan itu kerana menyangka pemberita Keadilan Daily yang secara lisan memperkenalkan diri sebagai wartawan sebelum menemu bual beliau, adalah pengamal media arus perdana yang dikawal Umno BN. Beliau berkata, mereka dibawa menaiki bas sama untuk hadir ke bangunan Felda untuk berehat sementara menunggu solat Jumaat bagi menyertai demontrasi yang kononnya mempertahan Felda. "Kami sampai pagi tadi, duduk dalam bangunan Felda. Ini yang demo kat sini. Budak-budak ini anak peneroka yang ikut keluarga mereka," katanya yang bersama 200 penyokong termasuk pelajar. |
Pelajar diupah RM20 untuk maki peserta Himpunan Oren Posted: 28 Dec 2012 04:31 PM PST Norutul Ilham KUALA LUMPUR : Sekumpulan pelajar sekolah menengah termasuk tingkatan satu , 'diangkut' Umno BN kononnya untuk mempertahan Felda dengan upah RM20 setiap orang berikutan penganjuran Himpunan Oren Selamatkan Felda di Wisma Felda di sini, hari ini . Berdasarkan temu bual Keadilan Daily dengan pelajar terlibat, mereka dibawa menaiki sebuah bas dari Rawang. Mengikut pelajar yang dikenali sebagai Ika, mereka diberi RM20 ketika menaiki bas tetapi tidak tahu ke mana mereka mahu dibawa. "Kami dari Rawang, satu kumpulan. Naik bas pagi tadi. Kita orang dapat RM20. Tadi mereka ada bagi," katanya ditemani rakan-rakan sebaya. Kumpulan pelajar lain yang memakai t-shirt Penggerak Belia Felda Tenggi, Hulu Selangor pula mengakui remaja yang dipilih semuanya berusia antara 15 hingga 17 tahun. "Kami semua naik bas. Dalam bas, ada lebih kurang 20 orang. Kami tidak tahu kena pegang ini," katanya sambil menunjukkan sepanduk yang terpaksa dijulang mereka. Seorang daripada mereka yang dikenali sebagai Ikmal turut mengakui menerima upah tapi mengelak untuk memberitahu nilainya. Selain pelajar 'dipaksa' menjerit memaki Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Kebangsaaan (Anak), Mazlan Aliman, kumpulan remaja itu turut diberi rokok. Ironinya, beberapa anggota polis yang bertugas mengawal kumpulan pro-Felda itu hanya membiarkan kumpulan pelajar itu menjerit tak tentu arah. |
Aliran wang haram RM200 bilion disiasat apabila Pakatan menang Posted: 28 Dec 2012 04:28 PM PST KUALA LUMPUR : Keengganan pihak berkuasa membuat siasatan terhadap pendedahan mengenai pengaliran wang haram berjumlah RM200 bilion hingga meletakkan Malaysia sebagai negara kedua paling tinggi di dunia, membuktikan pemimpin Umno BN terlibat dalam rasuah. "Kita tanya kepada Bank Negara. Tanya Datuk Seri Najib Razak. Apa dia jawab?" kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kesal kerana Perdana Menteri dan Menteri Kewangan itu membisu dalam isu pendedahan itu. "Anda tahu kenapa? Kerana mesti ada (pemimpin Umno BN) terlibat, jadi tidak berani buat siasatan. Anda mahu (ia) disiasat? Kalahkan Umno BN pada PRU 13, kita akan siasat," katanya pada ceramah Perdana Merdeka Rakyat Taman Entrepreneur Kuchai di sini yang dihadiri lebih 2,000 penduduk setempat, semalam. Mengikut laporan terbaru badan pemantau antarabangsa, Global Financial Integrity (GFI), Malaysia di tangga kedua selepas China paling banyak aliran keluar wang haram iaitu RM200 bilion. Dalam ucapan sama, Anwar juga menegaskan Pakatan Rakyat sama sekali tidak akan membenarkan mana-mana pimpinan dari merompak wang rakyat apabila mentadbir negara kelak. "Pegang kata-kata saya. Satu perkara saya janji. Saya dan kawan-kawan dalam KEADILAN, PAS dan DAP tidak akan izinkan mana-mana pemimpin rompak dan curi duit rakyat. "Kalau kata saya pun macam ahli politik lain, saya kata, minta maaf. Saya tahu apa itu derita, penjara. Saya tahu macam mana orang malukan saya tiap-tiap malam. Sekarang saya hanya ingin buat apa yang betul untuk rakyat dan negara," katanya. Turut berucap ialah Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar; Ketua Publisiti DAP, Tony Pua dan Ahli Jawantankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Rosni Adam. |
Posted: 28 Dec 2012 04:19 PM PST KUALA TERENGGANU: Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Terengganu (JPAM) membantu menangkap 41 ekor ular yang masuk rumah semasa banjir di negeri ini. Pegawai JPAM Terengganu, Leftenan (PA) Nor Asmawi Abdul Mutalib, berkata jenis ular yang ditangkap itu ialah seperti tedung dan sendut dan haiwan itu diserahkan kepada pihak berkuasa relevan. Dalam tempoh dua hari sahaja sejak banjir mula melanda negeri ini Ahad lepas, pihak JPAM menerima aduan 13 hingga 16 kes ular masuk rumah setiap hari, katanya kepada Bernama hari ini. Beliau berkata, biasanya pada musim banjir, ular akan mencari tempat perlindungan apabila sarangnya ditenggelami air. Katanya orang ramai boleh menghubungi pusat kawalan operasi banjir daerah dan negeri yang dibuka 24 jam untuk mendapatkan bantuan menangkap ular yang memasuki rumah mereka bagi mengelak kejadian tidak diingini. |
Khairy mungkin saman Chegu Bard Posted: 28 Dec 2012 04:15 PM PST Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tulisan Badrul Hisyam yang meminta Khairy memberi penjelasan mengenai hutang Agro Bank. PETALING JAYA: Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mungkin mengambil tindakan undang-undang terhadap Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisyam Shahrin yang mendakwa beliau tidak membayar pinjaman berjuta ringgit dengan Agro Bank. Ahli Parlimen Rembau itu berkata, beliau sedang berbincang dengan peguam untuk langkah susulan. "Tuduhan beliau tidak benar. Tidak tolak kemungkinan tindakan undang-undang terhadap beliau (Badrul Hisyam)," kata Khairy melalui SMS hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tulisan Badrul Hisyam yang meminta Khairy memberi penjelasan mengenai hutang Agro Bank yang belum dibayar. Badrul Hisyam yang lebih dikenali dengan panggilan Chegu Bard mendakwa, pinjaman tersebut diperolehi Khairy semasa bapa mertuanya, Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri. Pemimpin muda PKR itu juga mendakwa beliau mendapat maklumat berdasarkan dokumen yang setelah diperiksa diyakini sahih mengenai perkara tersebut. Mohon penjelasan "Ketika terlalu ramai mereka yang terlibat dalam bidang pertanian bermasalah untuk mendapat kemudahan pinjaman, persoalanya kini bagaimana pinjaman bernilai jutaan ringgit tersebut boleh diperolehi dengan mudah, adakah pinjaman tersebut dikeluarkan dan digunakan berdasarkan syarat pinjaman Agro Bank?" kata Badrul dalam blognya. Berikutan itu, beliau memohon Khairy memberikan penjelasan mengenai perkara itu. "Jika ini semua benar wajarlah pimpinan BN bersungguh-sungguh mengelak untuk membuat pengisytiharan awam harta milikan mereka dan keluarga. "Bagaimana pula rekod pembayaran kemudahan pinjaman ini , jika dalam keadaan biasa ramai dikejar kerana gagal membayar hutang. "Anak muda terpaksa sorok kereta hanya kerana tiga bulan gagal membuat bayaran, ramai anak muda muflis hanya puluhan ribu pinjaman tetapi bagaimana dengan pinjaman jutaan menantu (bekas) Perdana Menteri ini? "Bagaimana dengan faedah pinjaman yang dikenakan pula? "kata Chegu Bard lagi |
PAS kecam kalender perkecil hudud Posted: 28 Dec 2012 04:08 PM PST Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor berkata penerbitan kalender dwibahasa didakwa secara jelas untuk menakutkan orang bukan Islam terhadap hukum hudud. PETALING JAYA: PAS Selangor mengecam tindakan memperkecilkan undang-undang hudud yang didakwa membawa mesej untuk mengelirukan orang bukan Islam menerusi penerbitan kalender tahun baru 2013. Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor, Hasbullah Mohd Ridzwan berkata penerbitan kalender dwibahasa iaitu Cina dan Inggeris didakwa secara jelas untuk menakutkan orang bukan Islam terhadap hukum hudud. "Dewan Pemuda Pas Selangor merasakan tindakan biadap ini adalah suatu tindakan bacul dan pengecut pihak-pihak yang pastinya mempunyai akal fikiran yang tidak waras," katanya. Menurut Hasbullah tindakan itu juga satu penghinaan dan pengkhianatan terhadap Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam negara ini. Maka pihaknya tidak menolak kemungkinan tindakan itu ditaja oleh parti tertentu negara ini, yang didakwa juga merupakan sekutu rapat kepada kerajaan pusat yang memerintah. Ujar beliau, cukup jelas penerbitan itu juga merupakan tindakan terdesak puak tersebut untuk meraih simpati masyarakat bukan Islam yang telah menolak mereka di dalam pilihanraya umum lalu. "Dewan Pemuda Pas Selangor dengan ini mendesak pihak polis dan jabatan agama dapat mengambil tindakan segera untuk melakukan siasatan serta mengambil tindakan tegas terhadap pihak-pihak yang cuba untuk mencetuskan ketegangan antara kaum dan agama dengan isu ini," ujarnya. |
NGO buat laporan polis terhadap pegawai kedutaan Sri Lanka Posted: 28 Dec 2012 04:06 PM PST Presiden Tamil Progresive Team, A Kalaimughilan mendakwa pegawai berkenaan menghina Malaysia ketika beliau pergi ke kedutaan tersebut semalam. PETALING JAYA: Presiden sebuah NGO membuat laporan polis terhadap seorang pegawai tinggi Kedutaan Sri Lanka di Kuala Lumpur kerana mendakwa pegawai berkenaan menghina Malaysia ketika pergi ke kedutaan tersebut semalam. Presiden Tamil Progresive Team, A Kalaimughilan membuat laporan tersebut di balai polis Pudu, petang semalam. Menurutnya, beliau membuat laporan polis tersebut kerana mendakwa pegawai berkenaan telah menghina Malaysia. Kalaimughilan berkata, beliau membawa tiga pekerja muda warga Sri Lanka yang didakwa didera, pukul dan tidak dibayar gaji serta paspot dipegang oleh majikannya di Johor. Bagaimanapun, beliau mendakwa pegawai tinggi kedutaan Sri Lanka itu telah menghalau beliau dan tiga pekerja berkenaan. "Pegawai tersebut memberitahu saya, NGO tidak boleh masuk ke kedutaan Sri Lanka. Dia juga berkata tanah ini milik kerajaan Sri Lanka. "Beliau hanya mendiamkan diri apabila saya berkata, tanah kedutaan itu milik kerajaan Malaysia," kata Kalaimughilan. Penjelasan Kedutaan Sri Lanka Timbalan Pesuruhjaya Suruhanjaya Tinggi Sri Lanka Sunny Vickramasinghe ketika dihubungi berkata Kalaimughilan menceroboh masuk ke dalam kawasan kedutaan. Kawasan kedutaan mempunyai tahap keselamatan setara dengan negara asing, katanya. "Kalaimughilan datang bersama bapanya dan seorang jurugambar. Mereka masuk ke kawasan kedutaan setelah mendakwa bahawa mereka adalah majikan. "Ini kawasan larangan. Mana boleh mereka ambil gambar. Penyambut tamu pejabat kami turut dikasari," kata beliau. Sunny menambah seorang dari tiga pekerja tersebut memohon untuk mendapat status pelarian manakala dua lagi merupakan pendatang haram. "Sebagai NGO mereka membantu ketiga-tiga mereka untuk membayar denda RM400 di Jabatan Imigresen. Pihak kami sanggup mengeluarkan pas agar mereka boleh pulang,"katanya. Sunny turut bahawa pihaknya tidak mahu berurusan dengan Kalaimughilan yang mempunyai rekod sebagai penyokong pejuang Tamil Eelam. |
Khairul Fahmi dan Nur Eilunie sah suami isteri Posted: 28 Dec 2012 04:03 PM PST Pasangan itu bernikah di kediaman keluarga pengantin perempuan sambil disaksikan anggota keluarga kedua-dua mempelai. TUMPAT: Dengan sekali lafaz, penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat, 23, sah bergelar suami kepada model dan usahawan, Nur Eilunie Natasha Nazri, 21, pada majlis akad nikah di kediaman pengantin perempuan di Pasir Pekan, di sini, hari ini. Pasangan itu dinikahkan Imam Masjid Pasir Pekan, Abdul Ghani Abdul Mutalib pada 10.25 pagi di kediaman keluarga pengantin perempuan sambil disaksikan anggota keluarga kedua-dua mempelai. Pada majlis tersebut juga, Khairul Fahmi atau lebih mesra disapa Apek, tampil bergaya memakai baju Melayu berwarna kuning cair menyerahkan wang hantaran sebanyak RM19,000 bersama tujuh dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang oleh Nur Eilunie. Kira-kira 2,000 tetamu termasuk peminat turut hadir pada majlis akad nikah tersebut. Khairul Fahmi ketika ditemui selepas majlis tersebut berkata beliau bersyukur majlis akad nikah tersebut berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah yang timbul. `Saya gementar' "Alhamdulillah majlis perkahwinan saya berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Saya pilih Leuniey (Nur Eilunie) kerana beliau faham dengan kerjaya saya yang sentiasa sibuk. Sebagai contoh, saya pulang untuk membuat persediaan majlis ini sehari sebelum majlis berlangsung. "Saya akui gementar ketika melafazkan akad nikah tetapi perasaan itu tidak sama ketika beraksi di atas padang kerana ramai yang beri sokongan dan mendoakan saya pada hari ini," katanya. Khairul Fahmi berkata beliau akan terus mengekalkan prestasinya sebagai penjaga gol nombor satu negara walaupun telah berkahwin. Beliau berkata akan menyerahkan perjalanan hidupnya kepada Allah s.w.t dan berharap untuk menimang sekurang-kurang empat cahaya mata. Sementara itu, bagi Leuniey pula, beliau berharap Apek akan menjadi 'kapten' kepada keluarga mereka dengan baik walaupun sebelum ini sering terpalit dengan pelbagai kontroversi yang melanda. Ini jodoh "Saya bersedia sepenuhnya sebelum menjadi isteri Khairul Fahmi. Ketika bercinta, keluar pelbagai cerita dalam akhbar dan blog, namun saya tak cepat melenting dan ambil pendekatan berbincang dengannnya bila sesuatu kontroversi timbul. "Ini jodoh yang telah ditentukan dalam perjalanan hidup kami. Saya bersyukur kami telah disatukan," katanya yang turut menyifatkan Khairul Fahmi sebagai seorang yang romantik dan penuh kejutan. Bagaimanapun, kedua-dua mempelai ini belum merancang untuk berbulan madu berikutan Khairul Fahmi kini sibuk dengan persiapan menjelang Liga Malaysia yang bakal bermula pada Januari depan. Majlis resepsi bagi pihak pengantin perempuan akan diadakan pada Ahad ini di Hotel Renaissance Kota Baharu manakala majlis menyambut menantu akan diadakan di rumah Khairul Fahmi di Cherang pada 5 Januari. Selain itu, pasangan itu turut dijadual untuk mengadakan satu lagi majlis resepsi di Hotel Royal Bintang, Kuala Lumpur pada 13 Januari ini dan turut menerima tajaan bernilai kira-kira RM300,000 daripada pelbagai pihak.Bernama |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan