Sabtu, 29 Disember 2012

Biaqpila

Biaqpila


BERANIKAH TV3SUKU DAN RTM SAHUT CABARAN TG HJ HADI?

Posted: 29 Dec 2012 08:02 AM PST

Penyokong Felda & Isa Samad akui ditaja hotel lima bintang

Posted: 28 Dec 2012 10:22 PM PST


KUALA LUMPUR 28 Disember: Segelintir peneroka Felda yang 'dipaksa' berdepan Himpunan Oren Selamatkan Felda tengah hari ini, mengakui mereka ditaja dan diberi penginapan percuma di hotel lima bintang.

Seorang anak peneroka yang dikenali sebagai Zul dari Felda Kemahang 3, Tanah Merah, Kelantan, berkata mereka tiba di ibu negara malam tadi sebelum dibawa menginap di Hotel Dynasty.

Beliau berkata, mereka yang menaiki 10 bas khas ditaja sepenuhnya dan dijadual berangkat pulang ke Kemahang malam ini, mengakui mereka digunakan untuk menyatakan sokongan terhadap Felda.

"Felda bawa kami datang untuk lawan demo sebelah sana," katanya sambil menunjukkan keududkan perhimpunan aman anjuran Persatuan Anak peneroka Felda Kebangsaan (Anak) kira-kira 100 meter dari situ.

Zul membuat pengakuan itu kerana menyangka pemberita Keadilan Daily yang secara lisan memperkenalkan diri sebagai wartawan sebelum menemu bual beliau, adalah pengamal media arus perdana yang dikawal Umno BN.

Beliau berkata, mereka dibawa menaiki bas sama untuk hadir ke bangunan Felda untuk berehat sementara menunggu solat Jumaat bagi menyertai demontrasi yang kononnya mempertahan Felda.

"Kami sampai pagi tadi, duduk dalam bangunan Felda. Ini yang demo kat sini. Budak-budak ini anak peneroka yang ikut keluarga mereka," katanya yang bersama 200 penyokong termasuk pelajar.

KD

GAMBAR: TANAH RUNTUH DI BUKIT SETIAWANGSA

Posted: 28 Dec 2012 06:27 PM PST


KUALA LUMPUR - Benteng konkrit di Bukit Setiawangsa di sini runtuh malam ini menyebabkan jalan utama di kawasan itu ditutup kepada kenderaan.







Kejadian dipercayai berlaku dalam lingkungan jam 9 malam tadi.

Orang ramai khususnya penduduk tidak dibenarkan melalui jalan tersebut kerana masih terdapat pergerakan tanah, yang berisiko runtuh lebih teruk.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan , Jabatan Pertahanan Awam, dan pihak polis kini berada di lokasi bagi mengawal keadaan.

Lokasi kejadian tidak jauh dari kediaman Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique.

Dalam pada itu, dipetik Bernama, Penolong Pengerusi Persatuan Penduduk Puncak Setiawangsa Fauziah Jamaludin, dianggarkan 20 banglo terdapat di kawasan puncak bukit itu dan difahamkan kurang daripada 10 terletak berhampiran tebing itu.

"Ini kejadian pertama sejak saya menetap di sini 16 tahun lepas," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Pasukan bomba dan polis dilihat berada di lokasi kejadian.

Penduduk terlibat diminta mengosongkan kediaman masing-masing dan mengambil dokumen dan barangan penting selain mengalihkan kenderaan sebagai langkah berjaga-jaga.

Seorang penduduk B.Selvarani, 26, berkata beliau terdengar bunyi tanah runtuh di belakang rumah teresnya di bawah tebing berkenaan.

"Tanah yang runtuh hampir masuk ke dalam rumah saya," katanya yang ketika kejadian sedang membasuh baju.

Selvarani berkata, dia segera membawa keluar anggota keluarganya seramai empat orang dari kediamannya.

Sehingga berita ini ditulis, pihak polis dan bomba belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian itu.

SH


Tiada ulasan: