Kerabu Bersuara ® |
- Selangor Sambut Ambang Tahun Baru Selama Tiga Hari
- Kalimah ALLAH: Pakatan panggil mesyuarat khas
- Skandal tanah: Ngeh sudah jawab, Zambry pula bila?
- Jelajah Demi Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sabah 29, 30 Disember
Selangor Sambut Ambang Tahun Baru Selama Tiga Hari Posted: 27 Dec 2012 03:55 AM PST Norhayati Umor SHAH ALAM 27 DIS : Sambutan ambang Tahun Baru di Selangor akan berlangsung selama tiga hari dengan pelbagai program menarik ekoran sambutan hangat terhadap acara itu tahun lepas. Ia akan dimulakan dengan Seminar Gen Y pada 29 Disember dan diikuti dengan Karnival Pendidikan Selangor – EduSel Fair daripada 30 hingga 31 Disember bermula tujuh pagi hingga 12 malam di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam. Karnival tersebut akan diwarnai dengan pelbagai aktiviti positif antaranya ceramah santai daripada personaliti TV iaitu Ahmad Shukri Yusof dan Mohd Fauzi Mustaffa. Terdapat juga Tahnik bersama ilmuan, forum dan sembang santai bersama artis seperti Shamsul Ghau-Ghau, Kamal Adli, Malek Noor, Abby Abadi, Diana Amir dan Uztaz Azhar Idrus. Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata karnival pendidikan itu diharapkan akan menarik lebih ramai pengunjung berbanding tahun lepas. Karnival itu bertujuan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai ilmu dalam kehidupan seharian seiring dengan misi pendidikan negeri Selangor untuk menjadikan Selangor sebuah negeri Hub Ilmuan dan Hub Pendidikan. Selain itu, Seminar Gen Y yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Tetap Adat Melayu, Belia dan Sukan akan memberi fokus kepada memahami psikologi dan biologi Generasi Y. Seminar tersebut bertujuan membina generasi berwibawa, beriman dan bertaqwa kata exco Adat Melayu, Belia dan Sukan Dr Ahmad Yunus Hairi. Ia akan bermula seawal jam 8 pagi hingga 5 petang di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bagunan Setiausaha Kerajaan Negeri. Antara tetamu jemputanya ialah Ahli Majlis Fatwa Terengganu, Dr Zulkifli Mohamad Al- Bakri ; Profesor Universiti Malaya, Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman, jemputan artis antaranya, Yatt Hamzah, Diana Amir dan Mel Wings. |
Kalimah ALLAH: Pakatan panggil mesyuarat khas Posted: 27 Dec 2012 01:03 AM PST MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN KUALA LUMPUR - Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, soal kalimah ALLAH yang dibangkitkan semula adalah isu sensitif. Menurutnya, oleh itu beliau akan memanggil satu mesyuarat kepimpinan tertinggi PR untuk membincangkan isu ini dengan segera. |
Skandal tanah: Ngeh sudah jawab, Zambry pula bila? Posted: 26 Dec 2012 09:50 PM PST Skandal tanah: Ngeh sudah jawab, Zambry pula bila? 27 December 2012 IPOH, 26 DIS: Setiausaha Publisiti DAP Perak, Wong Kah Woh mendesak kerajaan Barisan Nasional (BN) Negeri Perak menjelaskan isu pemberian 179 ekar tanah milik kerajaan negeri tanpa tender kepada syarikat swasta. Katanya, pemberian membabitkan tanah 147 ekar di Lumut dan 32 ekar di Kamunting itu didedahkan oleh Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin ketika Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, baru-baru ini. Menurut beliau, seorang daripada pemilik tanah seluas 32 ekar di Kamunting itu dikatakan mempunyai hubungan dengan Ketua Pemuda BN negeri manakala tanah di Lumut dipercayai diserah kepada orang yang rapat dengan Zambry, "Berikutan pendedahan itu, Zambry dengan yakin menyatakan pihaknya akan memberi jawapan "pada Jumaat" tetapi sehingga kini beliau masih gagal berbuat demikian," jelas Wong dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini. Bagaimanapun, sebaliknya, BN melemparkan tuduhan berniat jahat mengaitkan Pengerusi DAP Perak , Datuk Ngeh Koo Ham dengan isu "Tukar tanah untuk jawatan MB" walaupun tidak berasas. "Ia tidak lain bertujuan membunuh karier politik Ngeh dan mengalihkan perhatian ramai terhadap skandal tanah kerajaan BN Perak yang dibongkar Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini," kata ADUN Canning itu. Sehubungan itu, Wong memberitahu, sehingga tahun 2011, kerajaan BN Perak sudah menempatkan 68,503 ekar tanah kepada pihak tertentu dan cuma memungut sebanyak RM22.7 juta sebagai bayaran premium tanah. "Ia bermaksud nilai purata premium tanah bagi setiap ekar hanya RM375. Menariknya sehingga kini, BN tidak berani mengumumkan senarai penuh penerima tanah terbabit walaupun dicabar PR. "Ini menunjukkan bahawa kerajaan BN tidak mempunyai kredibiliti," ujarnya. Pada 2011, Ngeh pernah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Kerajaan BN Perak pimpinan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mengenai maklumat skandal tanah kerajaan negeri BN sejak 2009 hingga Julai 2011. Laporan kepada SPRM itu membabitkan tanah kuari seluas 528.5582 ekar, tanah lombong (4,502.965 ekar), tanah bagi Skim Perumahan (2,910.61 ekar) dan isu kelulusan tanah bagi Skim Industri dan Pertanian (60,561.73 ekar). Ngeh dalam kenyataannya berkata, walaupun Kerajaan BN Perak didesak untuk mendedahkan nama penerima tanah terbabit, sehingga hari ini ia masih belum dijawab. – Roketkini.com |
Jelajah Demi Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sabah 29, 30 Disember Posted: 26 Dec 2012 08:04 PM PST Bagi meneruskan siri Jelajah Demi Rakyat, Ketua Pembangkang, Datuk Sei Anwar Ibrahim akan ke Sabah pada 29 dan 30 Disember ini. Berikut adalah jadual Jelajah Demi Rakyat 29 Disember 2012 (Sabtu) 1) 11.00 pagi – 2.00 petang – Ceramah Perdana APS / PR Lokasi : Restoran Singgah Singgarung, Tuaran 2) 3.00 petang – 5.00 petang – Ceramah Perdana PPPS / PR Lokasi: Perkarangan St. Peter Church, Kg Bundu, Kuala Penyu, Beaufort 3) 7.00 petang – 10.00 mlm – Ceramah Perdana Wanita PKR Sabah Lokasi : Tanjung Aru Plaza, Kota Kinabalu 30 Disember 2012 (Ahad) 1) 9.00 pagi – Perasmian Konvensyen Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah Lokasi : Star City Convention Centre, Kota Kinabalu 2) 3.00 petang – 5.00 petang – Ceramah Perdana Demi Rakyat Lokasi: Dewan SJK (C) Yu Yuan, Sandakan 3) 6.00 petang – Solat & Tazkirah Maghrib Lokasi: Surau Perumahan Taman Malanta, Sandakan Barisan Penceramah: i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim ii. YB Dato' Seri Panglima Lajim Ukin iii.YB Dato' Seri Panglima Wilfred Bumburing iv.YBhg Tamrin Jailani v. YB Dato' Seri Chua Jui Meng vi.YB Zuraida Kamaruddin vii.YBhg Shamsul Iskandar Mohd Akin viii.YBhg Tan Sri Ibrahim Menuddin ix. Pimpinan Pakatan Rakyat Sabah |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan