Biaqpila |
- JOM MAKAN DURIAN,SATU LORI UNTUK DIHABISKAN
- Bekas penyanyi dituduh rogol anak tiri
- Pesta Seks Di Port Dickson Kementerian Pelancongan Terlibat ?
JOM MAKAN DURIAN,SATU LORI UNTUK DIHABISKAN Posted: 27 Dec 2012 08:16 AM PST *Klik pada gambar untuk lihat dengan jelas. DEY MACHA!!! TOLONG SIMPAN KAT GUA 10 BIJIK KAH! KAH! KAH! pemudatitiwangsa |
Bekas penyanyi dituduh rogol anak tiri Posted: 26 Dec 2012 11:00 PM PST Seorang bekas penyanyi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang semalam atas tuduhan merogol anak tirinya berusia 14 tahun bulan Februari lepas. Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 376 (2) (d) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. Timbalan Pendakwa Raya Dalina Ali tidak menawarkan jamin terhadap tertuduh. Hakim Roszianayati Ahmad membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan tertuduh tidak mengganggu atau berbincang dengan mangsa dan melaporkan diri ke balai polis berhampiran sebulan sekali serta menyerahkan pasportnya kepada mahkamah. Hakim menetapkan 25 Jan depan sebagai tarikh sebutan kes. - Bernama MK |
Pesta Seks Di Port Dickson Kementerian Pelancongan Terlibat ? Posted: 26 Dec 2012 04:35 PM PST PUTRAJAYA, 26 Mei - Kementerian Pelancongan hari ini menafikan Tourism Malaysia terlibat dalam penganjuran pesta seks di Port Dickson, Sabtu lalu. Dalam satu kenyataan, kementerian itu kesal dengan tindakan sebuah syarikat yang menganjurkan pesta tersebut Sabtu lepas dan memberi gambaran salah bahawa ia disokong Tourism Malaysia. "Kementerian tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas syarikat tersebut. "Kementerian serta Tourism Malaysia tidak pernah menyokong kegiatan berkenaan atau memberi kebenaran untuk penggunaan logo pada acara tersebut. Kementerian juga tidak menyokong kegiatan yang berunsurkan gejala negatif walaupun ia berlandaskan pelancongan," katanya. Kementerian Pelancongan memandang serius perkara itu dan akan melakukan satu siasatan menyeluruh bagi mengelak insiden sedemikian terus berleluasa, sekaligus memberi persepsi buruk terhadapnya dan Tourism Malaysia. Sebelum ini, sebuah akhbar tabloid melaporkan polis berjaya menggagalkan penganjuran pesta yang dikenali sebagai 'Moon Soon Beach Party' di Port Dickson yang lengkap dengan pentas dan minuman keras. Penganjur pesta dikatakan mengguna nama sebuah hotel terkemuka dan Tourism Malaysia untuk menjual tiket secara dalam talian pada harga RM165 seorang. Malah pihak pengunjung disaran berbikini dan berseluar pendek sebagai tema pakaian pada malam penganjuran tersebut. Walaubagaimanapun pesta seks yang dirancang sekumpulan remaja diberkas pihak polis, yang dilengkapi dengan pentas dan sistem pembesar suara dihidangkan dengan minuman keras.KLPOS cananglannie |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan