ALHUSSEYN |
Selama ini tidur mampus rupanya mamat ini.... Posted: 26 Dec 2012 11:26 PM PST Dr Hasan selaku bekas Naib Presiden PAS amat terkejut dengan laporan media terhadap kesan amanat itu sehingga menyebabkan berlakunya solat dua imam,perceraian dan perpecahan keluarga di kalangan masyarakat Islam, hanya disebabkan perjuangan politik berbeza. "Saya terkejut apabila media melaporkan setiap hari mengenai mangsa atau mereka yang pernah percaya kepada amanat Haji Hadi itu, yang berani tampil mendedahkan perbuatan mereka dan kesannya kepada keluarga mereka," katanya kepada pemberita di sini Hasan Ali dilaporkan baru saja bangun dari tidurnya hari ini! Rupa-rupanya dia tidur mampus selama ia berada dalam PAS dulu… Apakah dia mengigau sewaktu mendaftar menjadi ahli PAS 16 tahun yang lalu? Tidak mungkin dia tak tahu apa itu Amanat Hj Hadi ! Adalah agak sukar untuk mempercayainya kerana Amanat Hj Hadi ini sudah lama benar tersebar sejak lebih tiga dekat yang lalu. Namun ia tidak pernah menjadi batu penghalang kepada sesiapa pun untuk menyertai PAS, termasuklah Hasan Ali sendiri! Mustahil ianya baru sampai ke pengetahuan Hasan Ali setelah diterajang keluar dari PAS! Isu Amanat Hj Hadi ini pernah di gunakan ketika PRU ke 11 dan 12 dulu. Tetapi Umno masih tidak serik kerana masih mahu menggunakanya lagi menjelang PRU 13 kali ini. Umno masih berada di takuk yang lama lagi. |
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan