Selasa, 4 Disember 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Pelajar 14 Tahun Mengaku Pernah Dirogol Lebih 20 Lelaki

Posted: 04 Dec 2012 01:01 AM PST

Kulim - Seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun bersama rakannya ditahan berikutan penyalahgunaan dadah di sebuah rumah di sini, jam 2 pagi baru-baru ini.

Dia yang hanya mahu dikenali dengan nama Ima mula terlibat dalam penyalahgunaan dadah jenis methamphetamine ketika berusia 13 tahun.

Dari siasatan awal, Ima membuat pengakuan pernah dirogol lebih 20 remaja lelaki dan lima daripadanya merupakan murid sekolah berusia di antara 14 hingga 17 tahun.

Mangsa turut memberikan kerjasama dengan mencatat nama suspek yang pernah merogolnya.

Ima berkata, lebih malang, ada dalam kalangan mereka yang pernah cuba meliwatnya.

"Saya berkawan dengan mat rempit. Mereka membawa saya ke sebuah rumah dan saya dirogol beramai-ramai. Lama kelamaan perlakuan itu berlanjutan," katanya.

Menurutnya, kejadian terkini berlaku dua minggu lalu apabila dia dirogol lima remaja di sebuah rumah di jalan Kilang Lama. Suspek mengugut untuk mencederakannya sekiranya enggan melayani nafsu mereka.

"Selain rumah tinggal dan bengkel, saya pernah dirogol bergilir-gilir oleh beberapa remaja di tengah padang permainan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, polis akan menyiasat aduan dibuat oleh mangsa dan mencadangkan supaya mangsa dapat diletakkan di bawah penyeliaan rumah perlindungan.

"Melakukan hubungan seks dengan mana-mana remaja perempuan bawah umur diklasifikasikan sebagai rogol walaupun mangsa merelakan perlakuan itu dilakukan terhadap dirinya.

"Mangsa juga memaklumkan bahawa dia mengenali kesemua suspek yang merogolnya. Dengan senarai nama suspek yang ditulis oleh mangsa sendiri ini memudahkan polis mengesan kesemua suspek terlibat," katanya. -SH

Lagi Laporan Polis Terhadap Shahrizat

Posted: 04 Dec 2012 12:26 AM PST


.Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang (DPPNP) hari ini membuat laporan polis di sini berhubung kenyataan Ketua Pergerakan Wanita Umno Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Jalil di perhimpunan agung parti itu yang didakwa bersifat hasutan.

Dalam laporan polis oleh ketuanya, Shahril Azman Abdul Halim, mahu polis memulakan siasatan ke atas Shahrizat berdasarkan peruntukan Kanun Keseksaan ekoran ucapan menghasut beliau ketika merasmikan perhimpunan sayap parti berkenaan di PWTC pada 28 November itu.

Memetik laporan tersebut yang turut disebarkan oleh media-media cetak dan elektronik, Shahrizat berkata jika Umno atau BN tidak lagi berada di tampuk kuasa kestabilan politik (negara ini) akan goyang seterusnya mungkin akan membawa kepada ketegangan kaum yang boleh mengundang kembali tragedi 13 Mei 1969.

Dalam laporan polis itu, Shahril sebagai seorang warganegara Malaysia, berasa sangat terganggu dengan ucapan tersebut dan berpendapat bahawa ia adalah berniat jahat bagi tujuan mendatangkan rasa takut, rasa tidak selamat, tidak tenteram, ugutan, menghasut dan seterusnya mendatangkan khianat kepada ketenteraman awam.

Justeru beliau membuat laporan bagi polis memulakan siasatan ke atas Shahrizat di bawah mana-mana peruntukan seksyen 500, 503, 504, 505 dan 506 atau mana-man peruntukan undang-undang lain yang relevan atas alasan mengeluarkan kenyataan jahat yang mendatangkan khianat awam serta menggugat ketenteraman ekoran kenyataan beliau.

Sementara itu, Shahril dalam sidang medianya selepas itu menganggap kenyataan bekas menteri yang pernah terpalit dengan skandal lembu kondo itu, sebagai tuduhan melampau dan andaian jahat jika Pakatan Rakyat (PR) menang.

"Walhal PR telah buktikan negeri yang dikuasai selepas pilihan raya lalu bukan saja aman tanpa rusuhan kaum, malah terus maju sehingga diiktiraf oleh Ketua Audit Negara.

"Sebab itu bagi Pemuda PAS, ugutan Shahrizat ini melambangkan ketakutan parti pemerintah berhadapan pilihan raya akan datang kerana bimbang dihukum rakyat lalu mengugutnya dengan tragedi berdarah 13 Mei," tegasnya.

Katanya, pada hari ini Pemuda PAS negeri-negeri membuat laporan polis seluruh negara terhadap isu yang sama. -HD

Majoriti Pemimpin UMNO Akan Bersidang Di Sungai Buloh Tahun Depan

Posted: 03 Dec 2012 10:14 PM PST

PAU 2012 hanya seperti pesta Glee.

Najib jerit lah awak sekuat mana kamu mahu. Bersembur air liur pun mengenai timbalan dan naib presiden parti UMNO pun tak kisah kerana ianya tidak sedikit pun mengobah nekad dan tekad rakyat mahu menyingkirkan UMNO dari Putrajaya.

Nak berperang macam Churchill pun tak mengapa- dalam longkang, celah kankang, dalam bilik, dalam stadium pun tak kisah. Tapi jangan lupa tentera bersekutu lawan parti Nazi yang macam UMNO sekarang ini.

yang menjerit perang sana sini ialah KJ seoarang sahaja- majority pemuda dan senior UMNO buat tak tahu sahaja.

Mampuih lah KJ kali ini.

Yang matlaon UMNO tahu, hendak kekal jadi ADUN atau MP. Rosnah Sherlin nak berperang apa- angkat badan sendiri pun tak boleh. Wanita UMNO- hendak tunjuk muka dikampung pun, rakyat lembukan mereka. Macam mana kita nak percayakan Shahrizat, orang yang tidor dengan dia pun, dia tak tahu apa kerja nya. Orang berkualiti macam inilah yang Najib cakap besar hendak mengurus Malaysia.

Bila saya lihat perwakilan UMNO mengibar ngibarkan placards dengan tulisan dan lakaran, kita sayangkan PM- saya ingatkan ini adalah projek Meng-Glee-kan UMNO. Glee ada lah suatu rancangan hiburan TV yang menjadi kegilaan anak2 muda diseluruh dunia.

Mungkin projek Gleekan UMNO adalah hasil pemikiran budak2 muda disekeliling Najib. Setelah 55 tahun kita merdeka dan umur UMNO 66 tahun, meremajakan UMNO yang difikirkan oleh pemimpn UMNO ialah mengGleekan UMNO.

Hidup UMNO! Parti pilihan Allah. Seperti yang saya sebut dan tulis, orang UMNO menyifatkan Allah pun ahli UMNO!

Tahun hadapan Dato Najib tidak perlu bimbang. PAU akan berjalan dimana ahli nya akan mengundi untuk menggantikan Najib. Najib akan disalahkan sebagai penyebab utama UMNO kalah PRU13. Majority pemimpin pula akan bersidang di Sungai Buloh.

Sebaik sahaja tamat ucapan memekik dan melolong, rakan saya dari UMNO talipon saya bertanyakan apa sudah jadi dengan presiden UMNO. Saya kata entah sebab saya tidak mendengar ucapan. Seperti yang lazim, saya lebih suka membaca yang bertulis. Pembacaan bahan yang bertulis mengelak kita daripada terpengaruh dengan penggayaan pengucapan Najib.

Saya bertanya- awak bekalkan sapu tangan atau tidak? Kertas tissue? Nanti presiden UMNO nak sapu mulut, takde apa2 bahan. Jaga2 kamu- kalau dia sapu mulut dengan tangan, kalau bersalam dengan dia, segeralah basuh dengan Dettol atau disinfectant. Air lir pembawa penyakit tahu.

Apa yang baru yang dibawa oleh Najib? Ini semua wine dalam botol baru. Bertahun tahun lama UMNO membantai pihak parti lawan. Dalam PAU mau bantai lagi? Muktamar PAS tidak ada masa pun membicarakan mengenai UMNO. PAU- semua sessi perhimpunan berkisar kepada pembantaian parti lawan. Itu maknanya, UMNO sudah kehilangan punca seperti juga Presiden nya yang tidak tahu bagaimana melepaskan UMNO dari jeratan tali disekeliling leher yang makin mengetat.

Apa yang kita harap dari seorang PM dan menteri kewangan yang tidak berani mempertahankan bajet yang dia sendiri bentangkan? Rakan2 dalam UMNO pun ramai yang menyampah dan meluat bila Najib sekian hari bunyi lebih dari seorang ustaz sedangkan memberi contoh najis mughallazah pun dia tidak tahu? Apa lah yang diharapkan daripada presiden UMNO oleh orang Melayu untuk membela Islam bila Islam dipermainkan dan dipersendakan, dia hanya tersenyum dan beri lagi upah RM30juta kepada Soi Lek?

Mari kita beritahu Najib al wasatiyah bahawa kebenaran bukan diukur dengan kuat jeritan kamu. Ucapan presiden UMNO tidak ada kesan kerana ianya pengucapan yang diperdengarkan kepada geng sendiri yang terdiri dari penyamun perompak, dan penyundal.

80% penduduk dari 29 juta rakyat Malaysia adalah dibawah umur 45 tahun, yang memandang masa depan yang gelap jika UMNO terus memerintah. Najib janganlah cakap besar seolah olah pemajuan negara ini hanya boleh dilakukan oleh UMNO. Cerdik mana sangatlah pimpinan UMNO? kecuali ahli UMNO sememangnya pekak, buta dan bisu- rakyat sudah melihat prestasi dan pencapaian negeri2 yang ditabir oleh Pakatan jauh lebih baik dari bagaimana pemimpin UMNO mentadir negeri masing2.

Semenjak dia ambl alih pentadbiran negara dari Paklah, hutang kerajaan federal meningkat dari RM230bn kepada RM502bn yakni, 2 kali ganda lebih!. Najib akan diingati sebagai PM yang paling boros. Dari 2008-2011, ubahsuai, penyelenggaraan rumah rasmi PM ialah RM7juta. Bil letrik sahaja RM10juta. Bil air sebanyak RM1.9juta. Najib bergentayangan seantero dunia dengan jet milik kerajaan menelan belanja RM17 juta. Inilah dia transformasi yang selalu disebut oleh Najib.

Setelah 55 tahun, 40% rakyat negara ini mempunyai pendapatan RM1500 sebulan yakni tahap miskin. Tahap kelayakan untuk dapat BR1M pun sudah RM3000. Dari 40% itu, 70% atau 8.5 juta adalah orang Melayu yang Najib omong kosong mahu memajukan.

Jika RM3000 dianggap tahap kurang pendapatan dan layak dapat BR1M, maka RM 1500 apa dia? 70% daripada 40% yang miskin ini ialah orang Melayu. Setelah 55 tahun merdeka, dan 66 tahun usia UMNO, jurang kekayaan paling terbesar ialah dikalangan orang Melayu. Apa yang Najib cakapkan?

Apa yang dilakukan oleh UMNO selama 55 tahun memerintah? Kamu parti Melayu tapi jurang kekayaan dikalangan orang Melayu paling besar? Ini bermakna, kepentingan yang kamu perjuangkan terutama semenjak 1981, ialah kepentingan penindas dan kepentingan tuan tanah kedawong.

Kita akan sambung membahas pengucapan yang penuh dengan kelentong, takabbur dan sombong. Tapi itulah UMNO. Parti penyamun, lanun dan penyundal. -sakmongkol

Hutang Negara Mencecah RM500 Bilion Bukti Najib ‘Pandai’ Ekonomi

Posted: 03 Dec 2012 07:17 PM PST


Sibuk canang kononnya Anwar Ibrahim tidak pandai ekonomi, rupa-rupanya fakta itu terkena batang hidung Perdana Menteri sendiri apabila Ketua Pembangkang dedahkan hutang negara semasa di bawah pemerintahan Najib Razak berjumlah RM300 bilion.

"Najib, ini angka Bank Negara. Tapi kamu sibuk kata orang lain tak pandai ekonomi. Lim Guan Eng tak pandai jaga Pulau Pinang tapi ada lebihan RM2 bilion.

Di Selangor, Tan Sri Khalid (Ibrahim) pun tak pandai…tapi lebih RM2.42 bilion. Najib pandai, sebab itu hutang sampai RM300 bilion sepanjang empat tahun perintah," katanya.

Ketua Umum KEADILAN berkata demikian depan 3,000 penduduk Pasir Salak malam tadi pada program Jelajah Merdeka Rakyat ke Perak.

Menurut Anwar, jumlah hutang negara keseluruhan hampir RM500 bilion, tetapi Pasir Salak dipinggir daripada pembangunan.

Beliau menunjukkan carta hutang negara bermula era 1970 an ketika Tun Abdul Razak sebagai Menteri Kewangan sehingga zaman Najib.

"Masa zaman Tun Razak, ada hutang tapi tak apa…Dia hutang untuk bangunkan Felda. Hutang diteruskan sampai tahun 1991 hingga 1992. Kemudian pada 1993, tiada penambahan hutang.

Tapi 1993 hingga 1998 wang berlebihan. Siapa jadi Menteri Kewangan masa itu?" soalnya disambut sorakan 'Anwar' oleh rakyat.

"Kemudian 1998, saya masuk istana hinggap (penjara) di Sungai Buloh. Lepas itu Daim Zainuddin, Mahathir, Pak Lah dan kemudian Najib yang ambil alih. Sepanjang (tempoh) itu hutang tak pernah menurun," kata Anwar sambil menjelaskan ia bukan untuk mendabik dada tapi perlu dibuktikan dengan angka.

Malah Ketua Pembangkang menyifatkan Najib sebagai sombong kerana mengangkat diri orang paling pandai, hakikatnya hanya bijak berhutang.

Katanya, berhutang tiada masalah asalkan ada hasil untuk pembangunan dan kesenangan rakyat.

"Ini hutang banyak-banyak, tapi apa hasil pun tak nampak. Saya nak tanya orang Pasir Salak, apa pembangunan yang kamu dapat? Jalan raya pun teruk," katanya.

"Fikirlah baik-baik dan bawa perubahan pada negara sebab ini wang kita," kata Anwar.

AMK Selangor: KDNK negara merosot bawah kepimpinan Najib

Angkatan Muda Keadilan Selangor (AMK Selangor) hari ini menolak sekeras-kerasnya cubaan tekad Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyerang secara membabi buta ; dengan niat mencalarkan imej Ketua Pembangkang iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan dasar beliau sempena Perhimpunan Agung Umno 2012.

AMK Selangor juga memandang ucapan itu sebagai terdesak, dan lebih mirip kepada kepayahan dan jerih mempertahankan sisa-sisa waktu akhir sebelum tempoh pemerintahan mereka ditumbangkan oleh rakyat di dalam Pilihanraya Umum ke 13.

Keghairahan Najib Razak mencanang kejatuhan mata ekonomi negara pada tahun 1997-1998 adalah satu bukti bahawa Perdana Menteri kita ini bukan sahaja tidak bijak, malah penipu besar yang sanggup menyembunyikan segala fakta daripada rakyat, semata-mata menagih ihsan demi kelangsungan pemborosan pemerintahan beliau.

Hakikat sebenar adalah, sewaktu Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawat jawatan Menteri Kewangan Malaysia adalah zaman keemasan apabila negara mencatatkan pertumbuhan KDNK yang kukuh pada kadar 8.8 peratus pada 1992; 9.>9 peratus pada tahun 1993; 9.2 peratus pada 1994; 9.8 peratus pada 1995; 10 peratus dalam 1996 dan 7.3 peratus pada 1997 apabila krisis ekonomi bermula.

Malangnya ekonomi negara dibawah Najib, KDNK negara merosot sebanyak 1.5 peratus pada 2009, dengan pertumbuhan berikutnya sebanyak 7.2 peratus pada 2010 dan 5.1 peratus pada tahun 2011. Maka jelas siapa yang sebenarnya mempunyai keupayaan untuk memimpin negara Malaysia yang kaya dengan hasil bumi ini, tanpa ada kecenderungan untuk melakukan penyelwengan dan penipuan harta negara.

Wujud ketidakadilan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan tidak memiliki ruang sama sekali bagi mempertahankan dirinya, sekaligus Najib Razak menggunakan segala media yang ada untuk menyerang pesaing yang akan menggantikannya di Putrajaya itu. AMk Selangor menyelar ucapan dasar Najib Razak itu sebagai kosong dan bodoh sombong serta tidak layak diangkat sebagai sebuah ucapan yang mampu membawa Malaysia keluar dari kemelut semasa.

AMK Selangor mencabar sekiranya berani, Najib Razak memilih medium debat atau penerangan terbuka bersama-sama Dato Seri Anwar Ibrahim untuk rakyat menilai sendiri keupayaan siapa yang lebih diperlukan untuk memimpin masa depan negara yang lebih penting untuk generasi akan datang.

Kesusutan nilai rizab negara, dan hutang berjumlah RM 540 billion ini adalah satu perkara membimbangkan yang tanpa disedari, akan memberi kesan terburuk dalam sejarah ekonomi negara.

Malaysia Perlu Bergerak KeHadapan, Anwar Ibrahim Adalah Harapan

Tidak boleh tidak, Dato Seri Anwar Ibrahim adalah harapan Malaysia untuk kembali bersaing sekurang-kurangnya di peringkat ekonomi Asean. Kejayaan BN dibawah Najib Razak menipu nilai-nilai ekonomi yang sebenarnya tidak setanding pertumbuhan Vietnam sekalipun, adalah satu jenayah fakta yang tidak boleh dimaafkan.

Kejayaan ekonomi yang dibuktikan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim menjadi satu kayu ukur bagaimana ekonomi dapat ditadbir dengan baik dan adil.

Najib Razak tidak mahu berdebat dengan alasan debat bukan budaya Malaysia, tetapi mencanang-canangkan keburukan lawan dalam siaran langsung televisyen dan media cetak adalah satu perkara akhir yang dapat beliau banggakan. Rakyat tahu dan sedang menilai; walaupun AMK Selangor sedar ada juga segelintir rakyat yang terpengaruh dengan penipuan itu, tetapi akhirnya kebenaran akan terdedah.

Justeru, AMK Selangor menyelar sekeras-kerasnya kebaculan Najib Razak yang jelas lemah dan tidak mampu untuk mentadbir dalam keadaan sekarang, dengan kekangan keupayaan pengetahuan ekonomi dan kongkongan isterinya yang masuk campur dalam banyak keputusan penting negara.

AMK Selangor menyeru Najib Razak untuk menyerahkan mandat segera kepada rakyat untuk memilih pimpinan yang lebih baik sebagai ganti, ketika negara benar-benar memerlukan pemimpin yang berwibawa seperti Anwar Ibrahim untuk kembali memacu Malaysia ke landasan sebenar.

Azmizam Zaman Huri
Ketua AMK Selangor
Naib Ketua AMK Malaysia


Khalwat Dengan Jururawat: KP Kesihatan Dr Hasan Diturunkan Pangkat

Posted: 03 Dec 2012 03:37 PM PST

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman yang digantung kerja ekoran kes khalwat baru-baru ini diturunkan pangkat ke satu gred yang lebih rendah daripada jawatan yang disandang sekarang.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Tan Sri Mahmood Adam berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat SPA yang diadakan hari ini.

Mahmood dalam kenyataannya berkata tindakan tatatertib terhadap Dr Hasan yang merupakan Pegawai Perubatan Gred Utama Turus II, Kementerian Kesihatan itu dibuat mengikut Peraturan 33(1), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Pada 26 November lepas, SPA memutuskan Dr Hasan digantung kerja sehingga keputusan tatatertib diputuskan dalam mesyuarat hari ini.

SPA juga memutuskan agar Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, Jururawat Gred U41, Kementerian Kesihatan dikenakan tindakan turun tiga pergerakan gaji bagi tempoh 12 bulan.

Pada 14 November lepas Dr Hasan, 56, dan Wan Syarifah Nooraazmanita, 36, masing-masing didenda RM3,000 dan RM2,900 oleh Mahkamah Tinggi Syariah setelah mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah bilik Hotel Pullman Putrajaya, di sini, pada 2.18 pagi hari yang sama. - Bernama

[VIDEO] Taktik Jahat UMNO Didedah, Guru Dipecat Diberikan Borang UMNO -updated

Posted: 03 Dec 2012 05:26 AM PST

Guru agama sementara dari Labuan yang dipecat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) selepas menghadiri ceramah Pakatan Rakyat, mendakwa menerima borang keahlian Umno selepas ditelefon seorang pemimpin Umno setempat.

Guru tersebut, Qatrun Nada Mohd Latfi juga mendakwa bahawa dalam perbualan telefon tersebut, beliau dinasihatkan bahawa sebagai kakitangan kerajaan beliau hanya boleh bergiat aktif dalam parti Umno.

Beliau mendakwa borang itu dihantar secara serahan tangan pada 11 Oktober, dua hari selepas beliau 'dinasihati' pemimpin Umno berkenaan yang juga seorang senator Dewan Negara.

Beliau bagaimanpun tidak mengisi borang itu dan menerima notis pemecatan pada 24 Oktober dan berkuatkuasa 1 Disember lalu.

Qatrun memberitahu demikian sebelum menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengenai pemecatannya oleh JAWI.

Sementara itu, pemimpin Umno yang didakwa oleh Qatrun sebagai pemangku Ketua Umno Labuan, Senator Datuk Yunus Kurus, ketika dihubungi Malaysiakini, mengesahkan beliau yang menghantar borang keahlian tersebut kepada bekas guru berkenaan.

Bagaimanapun, beliau mendakwa, ia dihantar atas permintaan Qatrun sendiri.

Yunus juga mengakui ada menelefon Qatrun untuk mengesahkan laporan bahawa seorang guru agama sementara JAWI berkempen untuk PAS.

Guru berkenaan, dakwa Yunus, mengesahkan ada terlibat dengan PAS.

"Saya telefon dia tanya betul ke dia masuk PAS. Dia boleh ketawa-ketawa lagi.

Saya cakap itu (masuk mana-mana parti) hak kamu.

"Dia minta borang saya kasilah," katanya.

Qatrun sewaktu sidang media juga mengaku bahawa beliau, secara berjenaka, meminta borang Umno dari Yunus.

Penyelaras NGO hak asasi manusia Suaram, Syukri Razab yang menemani Qatrun berkata siri kejadian yang berlaku sebelum Qatrun dipecat mengesahkan pemecatan itu bersifat politik.

Menurutnya, sebab pemecatan itu yang dipercayai berkaitan dengan kehadiran Qatrun ke ceramah pembangkang bercanggah dengan hak asasi manusia untuk berpersatuan.

Mengulas perkara itu, Yunus menyatakan bahawa beliau tidak mempunyai kuasa untuk membuang Qatrun dari tugasnya kerana perjawatan beliau terletak di bawah bidang kuasa JAWI.

"Bukan saya yang buang. Saya tiada kuasa untuk membuang sesiapa," katanya.

Beliau turut menafikan dakwaan Qatrun bahawa beliau menyatakan hanya pekerja kerajaan dengan keahlian Umno sahaja boleh berpolitik.

"Tidak ada semua (kenyataan) itu. Itu temberang sahaja," kata Yunus.

Beliau turut menggesa Qatrun menghubunginya sendiri jika Qatrun berkata benar dengan dakwaan-dakwaannya tentang pemecatan itu. -mk

Guru dipecat gesa Suhakam nasihat JAWI, Umno



Guru agama sementara dari Labuan yang dipecat selepas menghadiri ceramah ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) di Kuala Lumpur hari ini.

Memorandum itu dihantar oleh guru berkenaan, Qatrun Nada Mohd Latfi menerusi NGO Inisiatif Selamatkan Insan Tertindas (INSAN).

Dalam memorandum itu, Qatrun memohon Suhakam agar menggesa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) "bersikap profesional dan membebaskan JAWI daripada menjadi jentera politik parti memerintah".

Ia juga memohon Suhakam agar "menggesa Umno tidak menggunakan agensi kerajaan sebagai alat politik untuk mengekang kemaraan parti lawan".

Pesuruhjaya Suhakam, Detta Samen yang menerima memorandum itu berkata bahawa pihaknya akan menyiasat dakwaan yang terkandung dalam memorandum itu.

Jika kes itu sudah dibawa ke mahkamah, Suhakam boleh bertindak sebagai pihak ketiga untuk mengesahkan jika kes itu didapati mencabuli hak-hak asasi manusia.

"Suhakam boleh turut serta dan beritahu mahkamah perkara ini bertentangan dengan hak asasi manusia dan kami boleh bantu mana-mana peguam yang sudah dilantik untuk membawa kes ini ke mahkamah," katanya.
-mk

Tiada ulasan: