Blog-list Malaysia |
- Musa juga pernah salah guna kuasa semasa jadi Ketua Polis Negara
- Perbahasan Twitter Dengan Fathul Bari
- Bloggers Umno Kantoi Lagi.. Cubaan Menipu Gagal..
- AMK Mendesak PM Najib Razak Jawab 10 Soalan Sebelum PRU13
- Siapa Najib Tanpa Kelibat Mahathir..
- SYARAHAN BALING – BERSEMPENA MEMPERINGATI DEMONSTRASI BALING
- Mahathir Sahkan Komplot Untuk Gulingkan Najib
Musa juga pernah salah guna kuasa semasa jadi Ketua Polis Negara Posted: 03 Dec 2012 11:12 PM PST KUALA LUMPUR, 4 Dis – Tan Sri Musa Hassan pernah menyalahgunakan kuasanya semasa memegang jawatan Ketua Polis Negara (KPN) dan bersubahat dengan Peguam Negara (AG) menggugurkan satu kes jenayah melibatkan dirinya pada 2006, kata bekas rakan setugas dan pesaingnya Datuk Ramli Yusuff. Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) memberi respon kepada dakwaan bekas KPN dalam sidang media minggu lalu, di mana Musa menuduh Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai antara menteri dan ahli politik yang campur tangan dengan urusan polis. "JSJK pernah menangkap seorang penjenayah bernama Goh Cheng Poh@Tengku Goh pada Disember 2006. "Tengku Goh membuat afidavitnya dan membabitkan nama Musa Hassan. "Kemudiaan, saya serahkan kepada pejabat AG, namun tidak difailkan di mahkamah mengakibatkan permohonan habeas corpus oleh Tengku Goh dibenarkan dan dibebaskan," kata Ramli kepada The Malaysian Insider apabila dihubungi. Polis veteran bersara itu menjadi pengkritik lantang Musa dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, yang beliau menyalahkan kedua-duanya kerana meletakkan dirinya di kandang tertuduh atas tuduhan rasuah pada tahun 2007, dimana beberapa media arus perdana mensensasikan sebagai kes "polis RM27 juta". "Sebaliknya, AG mengarahkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) mendapatkan fail sulit berkenaan kes ini dan memburu pemberi maklumat untuk mengubah keterangan asal mereka," kata Ramli, yang pernah menjadi orang nombor tiga dalam pasukan polis. Apabila ditanya apakah bukti untuk menyokong tuduhan itu, Ramli berkata "Kalau apa yang saya katakan tidak betul, saya bersedia dikenakan tindakan undang-undang oleh Musa atau Gani. Berani kerana benar." Ramli turut mempertahankan pengganti Musa, Tan Sri Ismail Omar dan berharap Ismail diberikan peluang membuktikan keupayaannya. "Persepsi buruk bermula daripada zaman Musa Hassan. "Tan Sri Ismail Omar sedang berusaha memperbaiki imej tersebut," kata Ramli merujuk kepada persepsi buruk dikalangan orang ramai terhadap pasukan polis. "Pada saya, tidak adil lah jika Musa berterusan menyerang IGP sekarang." Ramli mendakwa kritikan terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) oleh Musa dan kerajaan bukanlah perkara baru menurut Ramli kerana bekas KPN itu sebelum ini pernah melakukan perkara sama. "Dia mula menjadi vokal dan mengkritik kerajaan semasa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin mengumumkan dia tidak dilanjutkan perkhidmatannya," kata Ramli yang mengganggap ia sebagai punca ketakpuashatian Musa. Musa bertugas sebagai KPN selama lebih tiga tahun sebelum bersara pada 13 September 2010 selepas kes rasuah ditutup pada Julai 2007 kerana kurang bukti. Dalam kenyataannya minggu lalu, Musa mendakwa keenggannya mengikut arahan Hishammuddin adalah antara salah satu punca beliau tidak dilanjutkan kontrak sebagai KPN. Pasukan polis dan beberapa agensi penguatkuasaan berada dibawah portfolio menteri dalam negeri. "Apabila saya mendapati arahan yang diberikan kepada pegawai baru dan OCPD (Ketua Polis Daerah) tanpa pengetahuan saya, jadi pastinya suatu yang salah berlaku. "Jadi saya tekankan kepadanya Sesyen 4(1) Akta Polis... arah dan kawal dalam pasukan polis adalah hak KPN, bukan seorang menteri. "Saya beritahu dia secara baik, tapi dia tidak suka. "Sebab itu (jawatan) saya tidak disambung," dakwa Musa dalam sidang akhbar dianjurkan oleh Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), sebuah pemantau bukan kerajaan (NGO) yang mengakui mereka akan "mencabar sebarang statistik yang dikeluarkan oleh PDRM". NGO tersebut mendakwa mereka mempunyai statistik jenayah "sebenar" daripada pasukan polis yang dituduh mereka telah "dimanipulasi" sebelum dikeluarkan kepada orang awam. MyWatch juga mengakui mereka memiliki bukti melibatkan pegawai atas polis dengan kumpulan bawah tanah. Mereka merancang untuk mendedahkannya secara berperingkat, bermula minggu depan jika PDRM masih enggan bekerja dengan mereka. Musa juga memetik Seksyen 4 (1) Akta Polis, yang menyatakan arahan polis hanya perlu datang dari KPN, yang akan bertanggungjawab terhadap arahan tersebut. Beliau berkata bahawa arahan dan kawalan ke atas pasukan polis perlu dipertanggungjawabkan sepenuhnya pada KPN, sambil menambah bahawa tiada individu lain harus diberikan hak sama demi untuk semak dan imbang dalam sistem. Beliau turut mengkritik penggantinya, Ismail sebagai seorang pegawai yang hanya mengikut perintah kepada ahli politik yang berpengaruh. |
Perbahasan Twitter Dengan Fathul Bari Posted: 03 Dec 2012 06:37 PM PST Sejarah Latarbelakang Kenyataan Karpal "Langkah Mayat Saya Dulu" Setelah dibentangkan hujjah berhubung 2 isu utama perbahasan saya dengan Fathul Bari, saya dapati dia masih belum mampu memberi jawapan balas. Walaubagaimanapun, saya difahamkan ini bukanlah sesuatu yang menghairankan bagi dirinya. Oleh itu saya akan teruskan dengan hujjah saya untuk menangkis tuduhan-tuduhannya sebelum ini. Isu ketiga yang ingin saya jelaskan ialah latar belakang kenyataan Karpal. Dalam kita menilai sejauh mana seriusnya kenyataan Karpal dewasa ini, perlu kita mengambil kira keadaan dan suasana apabila Karpal mengeluarkan kata-kata "over my dead body" tersebut. Ianya berlaku pada tahun 1990 sebelum adanya sebarang interaksi serius di antara DAP dan PAS. Sepertimana yang diketahui, PAS telah bersama Keadilan dan DAP dalam Barisan Alternatif (BA) sebelum adanya PR hanya pada tahun 1998. Dalam PRU 1999, undi DAP jauh merosot dan ini, mengikut analisa mereka, adalah disebabkan hubungan DAP dengan PAS melalui BA. Oleh itu DAP pada tahun 2002 menuntut supaya PAS menggugurkan agenda Islamnya atau DAP akan keluar dari BA. PAS menolak permintaan tersebut dan DAP keluar. Pada tahun 2008, PAS bersama PKR sebagai BA telah membuat 'election pact' atau persetujuan semasa pilihan raya bersama DAP. Persetujuannya adalah untuk mengelak berlakunya pertandingan 3 penjuru. Dalam ertikata yang lain, di mana ada calon PR menentang calon BN, DAP tidak bertanding dan begitu juga sebaliknya. Setelah mengetahui keputusan PRU ke 12, didapati BA bersama DAP boleh membentuk kerajaan di beberapa Negeri. Pada masa itu baru PR dibentuk. Dalam PR ianya dipersetujui, setiap parti berhak berpegang dan mengusahakan agenda parti sendiri di atas nama parti masing-masing tetapi apa yang diterima sebagai agenda PR mesti dipersetujui ketiga-tiga parti. Ini bermakna PAS bebas mengusahakan agenda PAS di atas platform PAS tapi bukan atas platform PR. Begitu juga dengan DAP dan PKR. Dalam keadaan ini diamalkan dasar 'agree to disagree' atau 'bersetuju untuk tidak bersetuju' yang pada hakikatnya merupakan sebahagian dari prinsip demokrasi yang diamalkan dalam politik gabungan atau 'coalition politics'. Dalam keadaan ini, PAS tidak lagi dituntut untuk menggugurkan agenda Islamnya sebelum DAP turut bersama dalam PR. Maka, walaupun pendirian Karpal secara peribadi tidak banyak berubah, namun dia tidak lagi mengeluarkan pendirian yang sekeras itu terhadap apa yang diusahakan PAS. Ketidak-setujuan beliau dijelaskan melalui hujjah dan saya pun telah memberi respon saya sebelum ini di dalam tulisan saya; Hudud: Di Antara Karpal dan UMNO. Yang penting, walaupun beliau tidak setuju dengan agenda yang ingin dibawa PAS, beliau mengakui hak PAS untuk memperjuangkan dasar dan keyakinan PAS sendiri. Sikap 'demokratik' yang sebegini tidak ditunjukkan sama sekali oleh MCA dan CSL. Dimana secara jelas MCA dan CSL telah memberi kata dua kepada UMNO bahawa sekiranya UMNO ingin membawa agenda Islam, khususnya perundangan hudud, maka MCA akan keluar dari BN. Bersambung... WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD |
Bloggers Umno Kantoi Lagi.. Cubaan Menipu Gagal.. Posted: 03 Dec 2012 04:25 PM PST Itulah yang terjadi bila hendak menulis tiada isu.. kalau tak menulis pula miss soru.. jadi tulislah apapun meskipun terpaksa edit gambar untuk dijadikan modal menabur fitnah.. Yang menghairankan aku ialah fitnah sebegitu bodoh pun ada yang percaya sehingga menyebarkannya di facebook pula.. Sebenarnyajika diperhatikan betul-betul pada gambar-gambar di atas perkataan PELANCARAN telah diubah dengan memadamkan huruf "R" dan digantikan dengan huruf "U". Pada huruf "U" nampak jelas akan bezanya warna merah dengan lain-lain perkataan yang terdapat pada banner tersebut. Berikut adalah gambar asal... DS Anwar Ibrahim bersalaman dengan anggota 'Skuad Adil Kedah' - Foto dirakam oleh Sidiqin Omar dari Suara Keadilan pada 2 September 2012 dalam Siri Jelajah Merdeka Rakyat Di Bakar Bata,Alor Star. Betul kata Tun Mahathir.. hanya orang yang bodoh kini bersama UMNO.. dan pencacai-pencacai UMNO di atas telah membuktikannya..... Sumber - Kedahla |
AMK Mendesak PM Najib Razak Jawab 10 Soalan Sebelum PRU13 Posted: 03 Dec 2012 04:05 PM PST Kenyataan Media Angkatan Muda Keadilan Malaysia 3 Disember 2012 AMK Mendesak PM Najib Razak Jawab 10 Soalan Sebelum PRU13 Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Lee Khai Loon mendesak Perdana Menteri Najib Razak untuk menjawab segera 10 soalan penting sebelum PRU13 diadakan. Sebenarnya Najib Razak telah menjadi Perdana Menteri yang sarat dengan paling banyak skandal dalam sejarah Malaysia serta ada keperluan untuk beliau tampil ke depan dan bersihkan nama. AMK berpendapat kegagalan Perhimpunan Agung UMNO dalam mengemukakan sebarang pandangan dan halatuju negara dalam mencapai perubahan yang baik kepada rakyat. PM Najib Razak langsung tidak menyentuh tentang isu rasuah dan penyelewengan dalam UMNO, tetapi memilih untuk serang dan mengaibkan Pakatan Rakyat. Perbuatan Najib Razak bukan sekadar menunjukkan bahawa UMNO telah hilang keyakinan untuk menang dalam PRU13. Sekiranya beliau ada keikhlasan untuk mengakui kesalahan yang dibuat oleh UMNO/BN sejak dulu, maka 10 soalan yang dikemukakan oleh AMK perlu dijawab dengan serius agar rakyat dalam menilai dengan informasi yang mencukupi dan gambar yang sebenar. SOALAN 1: Sekiranya Najib Razak menyatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang paling demokratik di dunia, kenapa sampai hari ini masih enggan untuk berdebat dengan Ketua Pembangkang Dato' Seri Anwar Ibrahim? Bukankah berdebat adalah sebahagian penting dalam sistem demokrasi? SOALAN 2: Sebagai seorang pemimpin negara yang bertanggungjawab serta hormat pada kuasa rakyat, bagaimanakah Najib Razak menangani kekalahan yang bakal dihadapi oleh UMNO/BN dalam PRU13? Bagaimanakah beliau memastikan peralihan kuasa secara aman kepada Pakatan Rakyat? SOALAN 3: Jikalau Najib Razak ingin mengambil martabat wanita, kenapa memecah rekod Malaysia dengan menjadi lelaki pertama yang merangkap Menteri Wanita? Adakah UMNO/BN ketandusan pimpinan wanita yang berkebolehan dan kredible. SOALAN 4: Dalam konteks mencari kebenaran serta urus tadbir yang baik, kenapa kerajaan UMNO/BN menghalang peguam Perancis untuk masuk ke Malaysia untuk memberi taklimat tentang perkembangan terkini perbicaraan skandal pembelian kapal selam Scorpene? Kenapa memperalatkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ke atas Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) yang membawa kes skandal Scorpene tersebut ke Mahkamah di Perancis? SOALAN 5: Apakah pandangan Najib Razak terhadap skandal RM40 juta Ketua Menteri Sabah Musa Aman yang merupakan komisen pembalakan serta sumbangan politik? Adakah kerajaan UMNO/BN akan menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk membuat siasatan ke atas kes rasuah dan konflik kepentingan? SOALAN 6: Kenapa Najib Razak masih mengambil sikap bisu ke atas pelbagai dakwaan serius yang dibuat oleh ahli perniagaan Deepak Jaikishan khasnya dalam projek Kementerian Pertahanan yang berjumlah RM100 juta pada tahun 2005 berkait rapat dengan keluarga Najib? Adakah kerajaan UMNO/BN cuba untuk melindungi kebenaran daripada diketahui oleh rakyat? SOALAN 7: Bekas Ketua Polis Musa Hassan telah menuduh Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein Onn yang campur tangan dalam pentadbiran PDRM, bagaimanakah Najib Razak menangani isu profesionalisme dan kewibawaan polis yang dimanipulasi oleh parti UMNO/BN? SOALAN 8: Kenapa kerajaan UMNO/BN berdegil untuk membenarkan loji nadir bumi Lynas untuk beroperasi di Malaysia walaupun ditentang kuat oleh rakyat? Adakah menarik pelaburan asing lebih penting daripada kesihatan rakyat? Rakyat didahului yang diwar-warkan dalam slogan 1 Malaysia hanya slogan kosong yang tidak bermakna langsung? SOALAN 9: Kenapa penstrukturan semula subsidi sering kali dikenakan ke atas barang keperluan rakyat tetapi langsung tidak mengkaji semula perjanjian Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) yang jelas berat sebelah? Adakah Najib Razak lebih suka membuat public relation exercise tetapi enggan mengakui menangani masalah pokok kenaikan harga barang? SOALAN 10: Walaupun pembubaran Dewan Rakyat terletak pada tangan Perdana Menteri, adakah Najib Razak akan mencontohi Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid yang telah mengumumkan bahawa Dewan Negeri Selangor akan dibubar pada bulan Mac 2013? Kenapa Najib Razak masih bersenang hati dengan rakyat sentiasa meneka tarikh PRU13? Kenapa tidak menetapkan tarikh dengan lebih awal? Oleh itu, AMK mendesak Najib Razak untuk menjawab kesemua 10 soalan tersebut dengan ikhlas. Jangan lari daripada permintaan rakyat serta menjalankan reformasi tulen termasuk perang rasuah serta melaksanakan urus tadbir yang telus dan baik sebelum PRU13. LEE KHAI LOON Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Malaysia 012-2258607 |
Siapa Najib Tanpa Kelibat Mahathir.. Posted: 03 Dec 2012 04:14 AM PST Najib merasa perlu 'ambil hati' Dr M, kata Anwar Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Abdul Razak menyebut nama Tun Dr Mahathir Mohamad semasa perhimpunan agung Umno kerana beliau "tidak mempunyai pengaruh" untuk menguatkuasakan pandangannya sendiri, dakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar berkata, bekas perdana menteri Dr Mahathir (kiri dalam gambar) "masih memanggil pemimpin parti dan memberi mereka arahan". "Saya tidak fikir dia (Najib, kanan dalam foto) mempunyai keberanian untuk menangani keadaan, jadi dia akan perlu ambil hati (Dr Mahathir)," katanya. "Dia tidak mempunyai pengaruh untuk menguatkuasakan dasar atau pandangannya sendiri," katanya Anwar dalam sidang akhbar di ibupejabat PKR hari ini. Najib, dalam ucapan penggulungannya di perhimpunan agung Umno Sabtu lepas, mengisytiharkan bahawa Dr Mahathir bersedia menyokong calon pilihan raya pilihannya walaupun jika dia (Mahathir) tidak sukakan mereka. Najib juga memberitahu perwakilan bahawa Dr Mahathir secara sukarela bertemu dengan pemimpin akar umbi Umno untuk meraih sokongan untuk parti itu menjelang pilihan raya umum akan datang, walaupun tanpa diminta untuk berbuat demikian. Anwar menambah: "Kita tahu hakikatnya bahawa Dr Mahathir secara sendiri telah memanggil pemimpin Umno dan pemimpin negeri. "(Beliau telah) merayu sokongan mereka dan malah memberi mereka cadangan - jika mereka tidak puas hati ... menang pilihan raya dahulu dan jatuhkan pemimpin selepas pilihan raya." Beliau mendakwa hampir semua pemimpin Umno negeri telah dimaklumkan mengenainya dan ketua pembangkang itu mengkritik Najib kerana didakwanya tidak mampu bertindak tegas. "Najib telah memaparkan keberanian yang sangat sedikit sebagai seorang pemimpin. Dia tidak mampu menangani (dengan tegas) terhadap (ketua Wanita Umno Datuk Seri) Shahrizat (Abdul Jalil, yang keluarganya terlibat dalam skandal National Feedlot Corporation), jadi saya tidak boleh bayangkan bagaimana dia mampu berurusan dengan Dr Mahathir," katanya. http://www.malaysiakini.com/news/215801 |
SYARAHAN BALING – BERSEMPENA MEMPERINGATI DEMONSTRASI BALING Posted: 03 Dec 2012 04:03 AM PST PROGRAM "SYARAHAN BALING – BERSEMPENA MEMPERINGATI DEMONSTRASI BALING 1974 DAN MENYAMBUT HARI HAK ASASI MANUSIA SEDUNIA" Tarikh : 10 Disember 2012(Isnin) Tempat : Auditorium Dewan Sivik MBPJ, Jalan Yong Shook Lin, 46675, Petaling Jaya, Selangor Masa : 8.00 PM –11.15 PM Hubungi yang berikut untuk sebarang pertanyaan : - Sdr. Rozan Azen Mat Rasip 012 657 7878 (Pengarah Program) Sdr. Mohamad Ali Ibrahim Khan 017 255 0040 (Koordinator) Sdri. Sabrina Ab Rahim 019 397 4298 (Koordinator) Sdri. Aznida Hamidun 013 721 2246 (Koordinator) SYARAHAN BALING BERSEMPENA MEMPERINGATI DEMONSTRASI BALING 1974 DAN MENYAMBUT HARI HAK ASASI MANUSIA SEDUNIA Aturcara 8.00 mlm : Ketibaan tetamu dan para hadirin hadirat 8.20 mlm : Tayangan Fillem Pendek & Dokumen: Gambar Kenangan Demontrasi Baling 8.30 mlm : Deklamasi Sajak & DEKON Peristiwa: Demonstrasi Baling (Dinsman) 8.45 mlm : Ucapan Pembukaan Shamsul Iskandar Md Akin (Ketua AMK Malaysia) 9.00 mlm : Forum & Soal Jawab bersama Prof Gurdial Singh, Kamarazaman Yaakob, Syed Hamid Ali (aktivis utama kebangkitan rayat Demonstrasi Baling) 10.00 mlm : Sesi Senator Dr Syed Husin Ali (Aktivis Demonstrasi Baling & Tahanan ISA 1974- 1980) memberi syarahan signifikan memperingati Demonstrasi Baling & memperkenalkan DS Anwar Ibrahim sbg Pensyarah Utama Syarahan Baling 10.20 mlm : Bermula Syarahan Utama : Dato' Seri Anwar Ibrahim (Ketua Umum PKR) 11.00 mlm : Pelancaran Monograf Syarahan BALING. 11.15 mlm : Majlis Tamat |
Mahathir Sahkan Komplot Untuk Gulingkan Najib Posted: 03 Dec 2012 01:26 AM PST Dr Mahathir Mohamad telah mengarahkan pemimpin-pemimpin UMNO negeri supaya menangguhkan rancangan mereka untuk membunuh karrier politik dan menggulingkan Najib. Buat sementara waktu segala perancangan tersebut ditangguhkan sehingga selepas Pilihanraya Umum 13 berlangsung. Mahathir telah mengarahkan semua pemimpin-pemimpin UMNO negeri untuk memberikan sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional dan dalam masa yang sama memberitahu mereka boleh menggulingkan Najib selepas Pilihanraya.. Semua yang di atas itu dinyatakan oleh DS Anwar Ibrahim... Ini laporannya... PETALING JAYA: Dr Mahathir Mohamad is asking Umno state leaders to postpone their plan to kill off Prime Minister Najib Tun Razak until after the general election, according to Anwar Ibrahim. The opposition leader said he "knew for a fact" that Mahathir had been asking state leaders to lend their support to Umno and Barisan Nasional while suggesting that they could "topple the leader after the election". "This message has gone to almost all state leaders. I think that is why because of this fear, Najib feels that his personal position is rather insecure," he told a press conference here. Anwar was responding to Najib's sudden move to thank Mahathir for voluntarily campaigning for Umno towards the end of the party's AGM on Saturday and congratulating the former premier for his Vision 2020 yesterday. "Najib has displayed very little courage as a leader, he cannot deal with [Wanita Umno chief] Shahrizat [Abdul Jalil] firmly, can't imagine he can deal with Mahathir firmly. That is why he is trying to appease everyone," he said. Asked if he thought Najib now realised that he needed Mahathir in the run-up to the 13th general election, Anwar said: "Knowing Najib he will need to cling to everyone, his personality of seemingly [appearing] confident was never Najib's style." ~ Free Malaysia Today Malang sungguh nasib Najib... kalau tadi Sinar Harian dah bagi dia pening kepala ( baca di SINI ).. ini Anwar Ibrahim pula buat dia tak lena tidur... Dipetik dari - ASD |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan