Kelab Greenboc |
- Tangkap Musa Aman, Selamatkan Duit Rakyat Sabah!
- KOBAT Persoal Rosmah Lancar Kapal TLDM
- Kes Altantuya Ditangguh Lepas PRU, BN Takut Pekung Terbongkar
- Dia Mengaku Sudah Berzina Dengan 30 Kenalan Facebook
- Arab Spring: Najib Cemas & Gerun Dengan Kebangkitan Rakyat Di Malaysia
- Cermin Bas Merdeka Rakyat Pecah Dibaling Samseng Umno
Tangkap Musa Aman, Selamatkan Duit Rakyat Sabah! Posted: 18 Dec 2012 12:53 AM PST Pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik silih berganti membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salah laku Ketua Menteri Sabah Dato' Seri Musa Aman. Kelmarin, Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Sabah Boby Lewat @ Ewat membuat laporan SPRM bagi pihak anak muda Sabah terhadap Musa yang didakwa menerima wang sebanyak RM40 juta berbentuk rasuah untuk kekayaan peribadi. "Kami merujuk kepada kenyataan bersumpah (Ahli Parlimen Beaufort dan juga bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan) Datuk Seri Lajim Ukim pada 11 Disember lalu," katanya dalam satu kenyataan. Menurut beliau, SAMM juga dalam masa yang sama turut membuat laporan SPRM terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang punyai hubungkait dengan ahli perniagaan, Michael Chia. "Ini berikutan pendedahan dari pelbagai sumber media bahawa anak Nazri, Nedim Nazri dan keluarganya mendapat manfaat melalui sebuah kenderaan mewah jenis Hummer hitam dengan nombor pendaftaran WNX 9776. "Kenderaan mewah ini dianggarkan berharga lebih RM459,000 dan dimiliki oleh Michael Chia disahkan melalui carian saman di laman MyEG," katanya. Lesen pembalakan Micheal Chia yang rapat dengan Musa ditahan di Hong Kong berikutan disyaki terlibat dalam penggubahan wang haram RM40 juta turut dituduh terlibat rasuah berhubung lesen pembalakan yang juga melibatkan Musa. Menurut Lajim dalam akuan bersumpahnya, pada 9 Oktober 2012, Nazri telah mengumumkan bahawa dakwaan rasuah terhadap Musa dan Michael Chia berhubung dakwaan wang rasuah berjumlah RM40 juta telah digugurkan. "Ini adalah atas alasan wang RM40 juta yang disiasat itu merupakan derma politik kepada Umno Sabah dan bukannya untuk kegunaan peribadi Ketua Menteri. "Namun kenyataan bersumpah Lajim menceritakan sebaliknya apabila beliau mengesahkan Umno Sabah tidak pernah menerima sebarang derma politik sebesar jumlah RM40 juta, seperti yang didakwa oleh Nazri di Parlimen. "Apakah ini satu komplot terancang Musa dan Nazri untuk menyelamatkan antara satu sama lain?," soal Boby. Sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno dan Anggota Badan Perhubungan Umno Sabah, Lajim yang terlibat secara langsung dengan apa jua aktiviti Umno di Sabah termasuk perihal kewangan, memperakui tiada sebarang urusniaga dan transaksi yang membuktikan Umno Sabah penerima dana RM40 juta tersebut. Jika ada, pasti ia dibentangkan kepada Majlis Tertinggi Umno atau Badan Perhubungan Umno Sabah, menurut Lajim. Perkembangan terbaru ini jelas menunjukkan berlaku percanggahan daripada apa yang diumum oleh Nazri dan menerbitkan unsur penipuan yang membabitkan wang rakyat sebanyak RM40 juta. Pengumuman Nazri juga didapati menyeleweng dan berniat untuk menutup isu yang lebih besar iaitu dakwaan salahguna kuasa dalam anugerah lesen pembalakan di Sabah. "Dengan perkembangan ini juga SAMM mendesak SPRM supaya membuka satu kertas siasatan baru melibatkan Musa Aman dan Nazri Aziz. "Kesediaan Lajim untuk memberi kenyataan kepada mana-mana pihak berkuasa bagi menyiasat skandal RM40 juta ini merupakan satu kelebihan dan kesempatan ini harus diambil oleh SPRM," ujar Boby. -FMT |
KOBAT Persoal Rosmah Lancar Kapal TLDM Posted: 17 Dec 2012 09:12 PM PST Kor Bekas Anggota Tentera/Perajurit (Kobat) KEADILAN Pahang mempersoal pelancaran Kapal Latihan Gagah Samudera milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) oleh Datin Seri Rosmah Mansor. Pengerusinya, Datuk Fauzi Abdul Rahman berkata, pelancaran tersebut patut disempurnakan seorang yang berjawatan dalam kabinet, ataupun mengikut protokol kerajaan, bukannya oleh isteri Perdana Menteri. "Siapa yang jadi Perdana Menteri, Najib ke Rosmah? Sepatutnya diberikan kepada Agong ataupun Permaisurinya. Paling tidak, ia harus ikut protokol. Bukannya kepada isteri Perdana Menteri yang baru empat tahun mentadbir. "Dia (Rosmah) memang 'muka tebal', tak tahu malu. Ini akan buatkan rakyat bertambah meluat dengan sikap beliau yang akhirnya memberi kesan kepada Najib (Razak)," katanya ketika dihubungi. Kapal tersebut diberi nama Gagah Samudera sebagai kesinambungan kepada Kapal Layar Diraja (KLD) Tunas Samudera. 'Samudera' merupakan identiti bagi kapal latihan milik TLDM. Turut hadir pada majlis penamaan dan pelancaran kapal latihan tersebut di Kampung Sijangkang, Kuala Langat pada Jumaat lalu adalah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. "Kalau nak dibandingkan Rosmah dengan isteri mantan Perdana Menteri lain, jauh sekali berbeza. Malah Tun Siti Hasmah isteri yang berwibawa. "Inilah yang dikatakan lebih sudu daripada kuah. Rosmah suka buat perkara yang tak patut. Adakah dia Menteri Pertahanan, Perdana Menteri atau Permaisuri Agong?" soal Fauzi yang juga Pengerusi KEADILAN Pahang. -KD |
Kes Altantuya Ditangguh Lepas PRU, BN Takut Pekung Terbongkar Posted: 17 Dec 2012 06:42 PM PST Penangguhan mahkamah selama enam bulan untuk mendengar rayuan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) yang dihukum gantung sampai mati kerana membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu sehingga selepas pilihan raya umum (PRU), membayangkan ketakutan Umno BN. Ini berikutan Mahkamah Rayuan Jumaat lalu menetapkan 11 Jun tahun depan bagi mendengar rayuan Koperal Sirul Azhar Umar dan Cif Inspektor Azilah Hadri. Altantuya adalah penterjemah kepada Abdul Razak Baginda dalam pembelian kapal selam Scorpene dan turut dikait mempunyai hubungan dengan Razak Baginda dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Beliau dibunuh secara kejam apabila diletup menggunakan bom C4 di Hutan Simpan Puncak Alam, Shah Alam antara malam 18 Oktober dan 19 Oktober 2006. Azilah, 34, dan Sirul Azhar, 39, dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 selepas didapati bersalah membunuh Altantuya, 28. Mengulas penangguhan itu, Naib Presiden KEADILAN, N Surendran bertegas, kes rayuan tersebut sepatutnya didengar secepat mungkin dan tiada sebab perlu ditunda. "Saya turut terkejut mendengar berita bahawa kedua-dua mereka masih berada dalam tahanan, menunggu untuk buat rayuan, sedangkan keputusan kes telah lama dibuat," katanya ketika dihubungi. Menurut Surendran, ia menimbulkan persoalan adakah keputusan untuk mendengar rayuan itu sengaja dibuat selepas pilihan raya agar rahsia mereka yang terlibat tidak terbongkar. "Kita tak nampak apa-apa sebab munasabah untuk menunda kes itu sehingga tahun depan, apatah lagi bulan Jun, yang umum tahu pada waktu itu, pilihan raya telah selesai," katanya. "Kita tuntut penjelasan berhubung kelewatan pendengaran rayuan tersebut dan desak agar dijalankan segera," tegas Surendran lagi. Kes Altantuya: Rayuan 2 bekas anggota UTK 11 Jun Penangguhan mahkamah selama enam bulan untuk mendengar rayuan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) yang dihukum gantung sampai mati kerana membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu sehingga selepas pilihan raya umum (PRU), membayangkan ketakutan Umno BN. Ulasan GB Gb melihat kes ini akan menjadi serupa dengan kes Jenain. Ditangguhkan lagi kemudian akan dibebashkan. "Yang mengarah" untuk melakukan pembunuhan sendiri sudah lama lepas bebas. |
Dia Mengaku Sudah Berzina Dengan 30 Kenalan Facebook Posted: 17 Dec 2012 04:25 PM PST Usianya baru mencecah 20 tahun, namun dia mendakwa ditiduri secara rela oleh 30 lelaki yang dikenali di fb. Hanya mahu dikenali sebagai Qila, remaja berasal dari selatan tanah air itu mengaku pada mulanya seronok melalui hidup sebagai 'playgirl' sebelum ditimpa musibah. Meskipun mempunyai raut wajah sederhana, keinginan untuk memiliki teman lelaki seperti rakan lain yang berwajah cantik tetap menebal dalam diri. Justeru, tanpa menyiasat latar belakang individu yang mahu mengenali dirinya, dia menerima sesiapa saja sebagai rakan asalkan lelaki. Mengakui dirinya liar sejak zaman sekolah, anak kelima daripada enam beradik itu mula mengenali arak, dadah dan rokok sejak berusia 17 tahun. Bukan tiada yang menegur perbuatannya, namun dia enggan mendengar nasihat dan hanya ikut kepala sendiri. "Saya memang menjadikan fb sebagai batu loncatan untuk mencari kenalan, terutama di kalangan lelaki. Saya akui tidak mempunyai ramai kawan perempuan kerana rimas dan benci dengan sikap penyibuk mereka. "Ketika rakan lain sibuk membuat ulang kaji untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya sibuk berpeleseran dan 'enjoy' dengan teman lelaki mencari keseronokan dunia," katanya ketika ditemui baru-baru ini. Ketika peperiksaan berlangsung, Qila tidak duduk bersama keluarga, sebaliknya tinggal sebumbung bersama teman lelaki di rumah sewa. Tidak terlintas langsung kerisauan di hatinya kerana keseronokan bersama teman lelaki yang dikenali melalui fb membuatkan dia terus hanyut. "Seperti dijangka, apabila keputusan peperiksaan diumumkan, keputusan saya tidak memberangsangkan. Namun saya masih tak ambil kisah kerana teman lelaki sentiasa datang silih berganti untuk menemani. "Selain memberi wang dan keseronokan, saya menjadi tempat melampiaskan nafsu setiap lelaki yang mahu berkawan. Bagi saya, hal dalam bilik perkara kecil dan bukan masalah besar," katanya. Menurut Qila, sifat cepat bosan menyebabkan dia sering bertukar teman lelaki hingga ada kala selepas berjumpa seorang lelaki, dia menemui lelaki lain pada hari sama. "Kegiatan liar saya bagaimanapun berjaya dihidu keluarga, terutama abang yang mengesyaki saya sudah 'dijamah' lelaki, selain melihat perubahan pada wajah yang mempunyai 'mata panda' akibat mengambil dadah berlebihan. "Mereka bertanya adakah saya mengambil dadah, namun saya tak mengaku hinggalah mereka mengugut mahu menjalankan ujian darah di klinik. Disebabkan tiada pilihan, akhirnya saya mengaku," kata anak kepada pekerja kilang ini. Qila berkata, selepas keluarga tahu apa berlaku, mereka menangis dan terkilan dengan sikapnya. Bagaimanapun, dia bernasib baik kerana tidak dibuang keluarga, sebaliknya dihantar menjalani pemulihan di sebuah rumah perlindungan untuk gadis bermasalah. "Selepas ini, saya berjanji akan mengubah hidup dan membantu ibu mengusahakan perniagaan jahitan langsir dan pakaian," katanya yang kini menghidap ketumbuhan di rahim. -hm Ulasan GB Ya Allah ya Tuhanku, Lindungi aku dan ahli keluargaku dari perbuatan keji dan mungkar... |
Arab Spring: Najib Cemas & Gerun Dengan Kebangkitan Rakyat Di Malaysia Posted: 17 Dec 2012 07:05 AM PST Generasi muda mempunyai tanggungjawab untuk meneruskan usaha kerajaan melonjakkan pembangunan dan kemakmuran negara ke tahap yang lebih tinggi, selain memastikan Malaysia sentiasa dihormati di persada antarabangsa, kata Datuk Seri Najib Razak. Perdana Menteri berkata, tanggungjawab generasi muda kini bukan sekadar meraih ilmu di pusat pengajian tinggi tetapi perlu mempunyai misi untuk menjadi generasi penyambung yang akan meneruskan usaha generasi sedia ada untuk mempertingkatkan lagi kejayaan dan kemakmuran negara. "Kita perlu sedia yang terbaik untuk mereka dan menjadikan mereka sebagai rakan kongsi dalam menjayakan usaha ke arah mencapai Wawasan 2020," katanya pada majlis bersama pemimpin pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) sempena Konvensyen Pemimpin Pelajar 2012 di sini hari ini. Turut hadir Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Najib berkata: "Jika mahu Malaysia dihormati dan disegani di persada antarabangsa, maka kita mesti tampilkan Malaysia sebagai sebuah negara di mana perubahan dan kemajuan sebenar berlaku. " "Tidak perlu kepada fenomena Arab Spring untuk melihat perubahan dalam negara. "Ini adalah kerana negara-negara yang telah berlaku ledakan sedemikian belum lagi mengecapi dividen dan pulangan daripada perubahan yang begitu mendadak melalui demonstrasi, rusuhan, konflik sehingga terkorban begitu ramai nyawa, rosak harta benda, industri yang maju hari ini lumpuh," kata Najib. Beliau berkata, kerajaan juga telah melakukan beberapa perubahan bagi memberi ruang yang selesa kepada generasi muda termasuk meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku). Pindaan Auku itu adalah bagi memberi ruang kepada generasi muda menunjukkan kematangan dan kepimpinan yang mencakupi kepentingan rakyat keseluruhannya, tambahnya. "Kita mesti percaya kepada generasi baharu. Mereka adalah anak-anak kita. Dan hari ini, tiada siapa boleh kata bahawa kita sekat dan cengkam generasi baharu daripada membangunkan intelek dan kepimpinan mereka," katanya. Seramai 600 pemimpin pelajar IPT seluruh negara termasuk pemimpin pelajar dari politeknik dan kolej komuniti menghadiri konvensyen tiga hari, yang bermula semalam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Konvensyen itu merupakan sebuah wahana pembangunan dan penjenamaan fungsi, peranan serta kaedah strategik bagi meningkatkan kecekapan, tanggungjawab dan halatuju pemimpin pelajar IPT tempatan. - Bernama Ulasan GB Terlalu ketara Najib begitu gerun dengan fenomena "Arab Spring" yang telah menjatuhkan rejim-rejim zalim seperti Ben Ali di Tunisia dan Hosni Mubarak di Mesir. Kemudian Naib seperti "menghina" gerakan massa yang telah berlaku dengan menyatakan: negara-negara yang telah berlaku ledakan sedemikian belum lagi mengecapi dividen dan pulangan daripada perubahan yang begitu mendadak melalui demonstrasi, rusuhan, konflik sehingga terkorban begitu ramai nyawa, rosak harta benda, industri yang maju hari ini lumpuh, Najib tidak ada hak untuk memberitahu rakyat di Tunisia dan Mesir yang telah berjaya menukarkan rejim-rejim zalim itu kepada kerajaan yang baru dengan menuduh kononnya " ledakan sedemikian belum lagi mengecapi dividen dan pulangan daripada perubahan yang begitu mendadak". Pembinaan dan pembangunan semula negara-negara demikian sepastinya mengambil masa kerana keruntuhan dan kezaliman yang telah dilalui oleh rakyat negara berkenaan telah berjalan sekian lama di bawah rejim yang telah dijatuhkan. Yang pasti kehidupan rakyat lebih gembira dan lebih bahagia kini setelah pemerintahan kerajaan berjaya ditukarkan dan mereka tidak lagi hidup dengan ditindas oleh rejim-rejim zalim berkenaan. Hukum kebenaran dan keadilan akan mengambil tempatnya: Apabila sebuah kerajaan itu zalim dan menipu rakyat, maka rakyat akan bangkit tumbangkannya! Itu sangat jelas. |
Cermin Bas Merdeka Rakyat Pecah Dibaling Samseng Umno Posted: 17 Dec 2012 03:14 AM PST Tapah 17 Dis: Bas Jelajah Merdeka Rakyat sekali lagi diserang samseng Umno ketika menuju ke ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Perak semalam, menyebabkan cermin sisi penumpang di tingkat atas retak dan berlubang. Semasa kejadian, Ketua Umum KEADILAN tidak mengikuti rombongan, sebaliknya hanya lapan kakitangan pejabat parti yang berada dalam bas. Menurut saksi yang juga Setiausaha Pengelola KEADILAN, Raden Shamsul Akmar Raden Shamsuddin, insiden itu berlaku antara 630 petang hingga 6.45 petang, selepas bas bergerak melepasi kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tapah menuju ke Bandar Seri Iskandar. "Kejadian berlaku ketika bas berada di lebuh raya Kami sendiri tak sedar. Tiba-tiba ada bunyi kuat di cermin. "Cermin retak dan ada satu lubang kecil Saya syak mungkin ia dibaling objek dari atas kerana berdasarkan kerosakan, ia bukan dibaling dari bawah dengan kereta atau motosikal. Mungkin dilastik, kerana atas lebuh raya itu ada satu jambatan," katanya ketika dihubungi. Berikutan insiden itu, menurut Raden, Timbalan Ketua Cabang Tapah memaklumkan kepada Ketua Polis Daerah Tapah, berkenaan perkara tersebut. "Kita tidak buat laporan polis Apa pun kita akan perbaiki dan tukar cermin baru. Lagi pun tiada sebarang kecederaan dan kerosakan lain dalam bas. "Tiada apa-apa pun respon dari polis. Mereka hanya berkawal seperti biasa di tapak ceramah dan bas dibiarkan tanpa iringan," ujarnya. -KD |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan