Selasa, 18 Disember 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


PANAS - Fathul Bari Rupanya Bersaudara Dengan Papa Gomo

Posted: 18 Dec 2012 12:24 AM PST





Umno Arah Harussani Main Isu Kafir Tanda PRU Makin Hampir

Posted: 17 Dec 2012 08:16 PM PST

Hari ini satu alamat besar telah muncul tentang berlaku pembubaran parlimen.Jika dalam agama islam selalu kita belajar tentang alamat kecil atau alamat besar bila akan berlakunya kiamat .Maka hari ini tanda tanda besar berlakunya pembubaran parlimen telah muncul.

Hari ini saya terkejut bila tiba tiba dua mufti membuka balik cerita lapuk dimana dua orang mufti iaitu Tan Sri Harussani Zakaria dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh telah menggesa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanat mendakwa Umno kafir, yang dikeluarkan lebih tiga dekad lalu.


Pelik saya memikirkan kenapa isu amanat Haji Hadi tiba tiba boleh muncul tak kala semua orang sudah melupakan tentang amanat ini. Kedatangan dua mufti berjumpa dengan Ketua Penerangan Umno Dato Ahmad Maslan di PWTC pun menjadi tanda tanya dan misteri? seperti ada sesuatu agenda yang tersembunyi.

Cukup menghairankan apa pasai amanat Haji Hadi yang berusia 31 tahun ini dihidupkan kembali ? Saya yakin semua orang terutama generasi baru telah melupakan amanat ini dan tak mengambil kisah pun tentang amanat ini .Tetapi hari ini isu ini sengaja ditimbulkan kembali melalui Mufti seolah olah ada satu agenda yang tersembunyi yang cuba di bangkitkan oleh Umno dengan memperkudakan kedua dua mufti.

Terus terang dengan tanpa berselindung saya mengatakan Mufti Perak ini cakap tak serupa bikin. Baru semalam ada terbaca satu didalam satu akhbar[gambar] konun beliau tidak cenderung dengan mana mana parti politik atau badan NGO.

Tetapi hari ini beliau dengan egonya melangkah ke PWTC berjumpa dengan ketua Penerangan Umno untuk bercakap pasai Amanat yang sudah basi isunya .Kenapa dia menjadi jurucakap Umno sedang mulutnya berkata tidak mahu bersekongkol dengan mana mana parti politik. Pelik pelik !! saya memikirkan bila mana mufti ini duduk semeja bersama Ketua penerangan Umno di PWTC bercakap dan menyerang Haji Hadi atau Pas.

"Selagi seseorang Islam itu mengucap dua kalimah syahadah, melaksanakan amalan, bagaimana boleh dikatakan kafir. "Itu hanya pendapat melulu dan tidak berasas," kata Mufti Perak.

Sebagai seorang yang berilmu adakah dia lupa tentang perkara perkara yang boleh membatalkan syahadah? Saya tak kata Umno ...tapi untuk semua yang bergama islam kena tau apakah perbuatan atau tingkah laku yang boleh membawa tergelincirnya akidah manusia.

Sebenarnya, dalam ucapan Haji Hadi di Banggol Peradong, Kuala Terenggan pada 1981 yang dimomokkan sebagai amanat oleh UMNO, Haji Hadi hanya tolong menyampaikan maksud beberapa Ayat al-Quran, antaranya Ayat 44 - 49 daripada Surah al-Maidah yang membawa maksud bahawa "Barang siapa yang tidak berhukum dengan hukum yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itu kafir (44), zalim (45), fasiq (47).

Oleh sebab kerajaan UMNO tidak berhukum dengan hukum yang diturunkan oleh Allah, tetapi berhukum dengan hukum yang direka cipta oleh manusia [sekular], maka UMNO yang terasa pedasnya akibat sindiran dari ayat itu.

Kesimpulannya, bukan Haji Hadi yang mengkafirkan UMNO, tetapi Haji Hadi hanya menyampaikan mesej al-Quran.Dengan kata lain, Ayat ayat Allah SWT yang mengecap manusia itu sama ada kafir atau zalim atau paling minimum, fasiq.

Maka isunya disini kenapa Umno terdesak memangggil kedua orang mufti ini ke PWTC hanya untuk bercakap dan menghidupkan kembali tentang AMANAT HAJI HADI ?tak lain tak bukan hanya untuk menjadi senjata pilihan raya untuk Umno.

Saya jamin media talibarut Umno akan memainkan isu AMANAT HAJI Hadi yang telah di lontak oleh dua mufti ini semaksimun yang boleh mulai dari hari ini sehingga ke tarikh mengundi.

Umno sebenarnya ketandusan isu untuk menyerang Pas maka Amanat ini di hidupkan kembali untuk dimomokkan kepada pengundi melayu - batuvskayu


Wang Haram - Malaysia Nombor 2 Dunia..

Posted: 17 Dec 2012 07:44 PM PST

Hampir RM200 bilion wang kotor mengalir keluar dari Malaysia pada tahun 2010 - meletakkan negara ini di tempat kedua di belakang kuasa ekonomi Asia, China, dalam pengaliran modal global.

Badan pemantau - Global Finandial Integrity (GFI) yang berpangkalan di Washington - dalam laporan terbarunya yang
menjejaki pengaliran modal, berkata tahap pengaliran wang haram dari Malaysia itu pada tahun 2010 adalah yang tertinggi dalam tempoh 10 tahun.


GFI telah memperkenalkan kaedah baru dan lebih konservatif dalam membuat anggaran aliran keluar wang haram, yang membantu untuk memberi tumpuan ekslusif terhadap wang kotor. Oleh itu, anggaran dari laporan terdahulu telah disemak semula.

Tahun lepas, GFI telah meletakkan angka aliran keluar wang haram bagi Malaysia pada tahun 2009 ialah AS$46.86 bilion (RM143.3 bilion). Ini telah diubah kepada AS$30.41 bilion (RM93 bilion).

Laporan terbaru mendapati lonjakan dramatik pengaliran modal di Malaysia - dari AS$30.41 bilion (RM93 bilion) pada tahun 2009 kepada AS$64.38 bilion (RM196.8 bilion) pada tahun 2010.

GFI belum memperolehi data untuk 2011 dan 2012, tetapi ini akan dimasukkan ke dalam laporan yang akan datang.

Pemantau kewangan global itu telah memberi amaran bahawa pengaliran modal di Malaysia adalah "pada skala yang dilihat di beberapa negara Asia".

Laporan GFI - 'Aliran Kewangan Haram Dari Negara Membangun: 2001-2010' - dihasilkan bersama oleh ahli ekonomi GFI, Sarah Freitas dan Dev Kar, yang merupakan bekas ahli ekonomi kanan di Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).


Menurut GFI, bagi aliran keluar wang haram terkumpul sepanjang lebih 10 tahun - dari 2001-2010 - Malaysia berada di kedudukan ke-3 di dunia, selepas China dan Mexico.

Jumlah anggaran untuk tempoh 10 tahun bagi Malaysia ialah AS$285 bilion (RM871.4 bilion), manakala bagi China ialah AS$2,740 bilion, dan Mexico, AS$476 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah mempertikaikan angka GFI dan memaklumkan kepada Parlimen tahun lepas angka yang lebih rendah sebanyak RM135.3 bilion bagi aliran keluar modal haram 2000-2009.

Bagaimanapun, data GFI disokong oleh penyelidikan yang berbeza awal tahun ini oleh organisasi lain - Tax Justice Network yang berpangkalan di London - yang mendapati Malaysia adalah antara negara teratas di dunia dalam aliran modal.


http://www.malaysiakini.com/news/216893

Orang Melayu- Teruskan Bersatu diluar UMNO!

Posted: 17 Dec 2012 06:20 PM PST

Sungguh menghairan kita, perkara yang amat mudah tidak boleh difaham oleh UMNO dan pengikut nya. Orang Melayu yang diluar UMNO pun Melayu juga. Melayu, DAP, Melayu PAS dan Melayu PKR tidak kurang keMelayuan mereka dari Melayu UMNO. Yang UMNO hendak sombong dan angkuh mengakui bahawa yang Melayu itu hanya mereka sahaja, mengapa? Kerana mereka membela agama, bangsa dan tanah air?

Hang Jebat tidak kurang Melayu daripada Hang Tuah. Jebat hanya berpegang kepada prinsip raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah.Ini prinsip yang mudah difaham oleh mereka yang berakal waras.


Pemimpin UMNO kesana kemari bercerita mengenai wasatiyah dan maqasid shar-iyah, tapi ketawa bila orang kafir mempermainkan, mengejek dan mempersenda agama Islam. Ketua besar UMNO, parti Melayu yang terbesar memakai baju kami tentang hudud bersama sama dengan orang kafir. Ini tidak mengeherankan sangat kepada mereka yang tahu latar belakang ketua besar UMNO ini.

Pemimpin UMNO bersyarah kepada orang Melayu bawahan supaya berbelanja berjimat cermat dan berhemah, tapi gagal melakukan apa yang mereka nasihatkan. Isteri ada cincin RM74 juta , beg tangan RM300-400 ribu sebuah, jam tangan RM 600 ribu- orang yang serupa menasihati rakyat mengurus wang RM500 dengan berhemah.

Setalah 55 tahun kita merdeka, bangsa Melayu masih ketnggalan dalam ekonomi. 8.5juta orang Melayu hidup dengan pendapatan kurang dari RM1500sebulan. Sedangkan untuk melayakkan diri mendapat BR1M, pendapatan mesti tidak melebihi RM3000. Jika RM3 ribu adalah tahap kesusahan ekonomi, maka RM1500 itu apa? Pengemis seperti Dr Mahathir kata?

Kenapa kita mesti sambungkan khidmat UMNO yang telah menyebabkan orang Melayu sedemikian walaupun sudah 55 tahun memimpin negara? Sepatutrnya, UMNO mesti dihukum dan hukuman yang terbaik ialah menumbangkan UMNO dari memegang kuasa kerajaan.

Sebab walaupun pegang kuasa kerajaan, UMNO gagal membela orang Melayu. Setiap aras jentera kerajaan, dari peon pejabat sehingga raja2- semua nya Melayu. Jika semua aras kuasa dan jentera kerajaan orang Melayu yang pegang, mengapakah kedudukan orang Melayu masih ketinggalan? Jawapan nya ialah semua yang berkuasa itu lebih mementingkan diri mereka dari membela orang Melayu? UMNO tak tolong, bahkan menjahanamkan bangsa Melayu.

Ketika merdeka, luas tanah reseb Melayu ialah 3 juta hektar. Sehingga tahun2 1990an, UMNO jual tanah reseb Melayu hingga tingal 1.7 juta hektar. Besar kemungkinan hari ini tinggal 1 juta hektar sahaja. Siapa yang membeloti orang Melayu? Siapa yang pengkhianat?

Daripada RM54 billion atau RM54 ribu juta saham yang di peruntukkan untuk orang Melayu, habis RM 52 billion dijual untuk mendapat untung segera. Siapakah yang menjual itu semua? Tidak lain dan tidak bukan Melayu yang bergelar Tan Sri dan Dato Sri yakni mereka yang pegang kuasa. Mereka ini semua membeloti agenda mengangkat penguasaan Melayu , tapi orang Melayu masih tidak sedar bahawa UMNO telah belot kepada orang Melayu.

Sebab itu, 3.7 juta Melayu dari 5.7 juta telah tidak mengundi calun2 UMNO. Sesiapa lah penyokong UMNO yang memikirkan bahawa 3.7 juta orang Melayu tersebut menolak UMNO semata mata kerana protes, wajib pergi jumpa doctor untuk memerikasa kesihatan otak mereka.

Orang Melayu sudah pun bersatu. Hanyanya, lebih ramai Melayu bersatu diluar UMNO. UMNO kena faham perkara ini- orang Melayu memang suka bersatu tapi mereka enggan bersatu dengan parti yang zalim dan merosakkan orang Melayu.

Untuk menyedapkan hati, penyokong UMNO menyatakan ramai menolak UMNO kerana protes. Mengapa mereka mesti menolak UMNO hanya kerana protes? Berapa % dari pengundi yang menolak UMNO melakukan demikian kerana protes?

Kita tidak tahu. Tapi biasa nya, yang memprotes sikit jumlah nya. Mereka protes kerana tidak dapat habuan politik. Pengundi jenis ini memang mudah diterbalikkan. Mereka akan pulang kepangkuan UMNO. Kontraktr klas F yang gagal dapat kontrak, tapi kali ini dapat akan kembali kepada umno.

Hayunan undi( vote swing) kepada parti PR dalam tahun 2008 ialah secara purata nya, 12.2%. berapa agaknya, peratusan undi protest dalam hayunan undi tersebut?

Kita mesti faham karakter undi. Undi yang berhijrah kerana dibayar atau disogok, mungkin akan kembali kepangkuan UMNO dan BN. yang menukar selera kerana keyakinan, keinsafan dan kepercayaan kepada seruan perjuangan bersifat lebih kukuh dan tidak mudah kembali. Sekarang, cuba kita hitung berapa % dari hayunan undi 12.2% itu kembali kepangkuan UMNO?

Andaikan 5%. Masih ada 7% hayunan undi kepada PR. Pada kadar hayunan undi 5%, UMNO hanya menang 98-106 kerusi. Kalau hayunan undi sebanyak 10%, BN hanya tinggal 68 kerusi.

Maka jika masih tinggal 7%, BN dan UMNO hanya akan menang antara 68-106 kerusi. Kalau kita ambil unjuran purata, maka UMNO/BN hanya menang 87 kerusi.

Maka kita biarkan pemimpin UMNO menyedapkan hati berfikiran bahawa orang Melayu akan kembali kepada UMNO dan biarlah mereka bermimpi mereka akan dapat 2/3 kerusi parlimen.

Jadi jangan kita syok sendiri menyakinkan diri kita, undi orang Melayu kembali kepada UMNO. Paling kuat kali ini, UMNO/BN hanya dapat 90 kerusi.

Dengan 90 kerusi Najib atau MUhyidin menjadi ketua pembangkang yang baru. Najib ketua pembangkang sehingga pemilihan UMNO dan selepas pemilihan UMNO, dia akan bersara.

Janganlah begitu yakin, undi orang melayu akan kembali kepada UMNO. UMNO nak mengaku sebagai jurubicara orang Melayu pun tidak ada asas. Hanya 40% orang melayu menyokong mereka.

Maka tolong faham signifikens perkara ini. orang Melayu bersatu, tapi mereka bersatu tanpa UMNO. - http://sakmongkol.blogspot.com


Mufti jangan mengada-ada..

Posted: 17 Dec 2012 03:47 PM PST

SHAH ALAM - Semua mufti diingat untuk tidak masuk campur dalam hal berkaitan politik tanah air jika tidak tahu sejarah perkembangan sesebuah parti politik itu, kata Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh yang menggesa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanat mendakwa Umno kafir, yang pernah dikeluarkan lebih tiga dekad lalu.


Menurut Harun, Abdul Hadi tidak perlu menarik balik kenyataan yang pernah dibuat itu kerana apa yang dikatakan itu berpunca daripada kepimpinan Umno terdahulu.

"Kita (Pas) akui ucapan itu pernah dibuat dan beliau (Abdul Hadi) tidak perlu tarik balik. Harussani perlu ingat sejarah. Perlu ingat isu debat yang dibatalkan Umno semasa kepimpinan Mahathir ( Tun Dr Mahathir Mohamad).

"Kalau mufti tidak tahu sejarah politik, jangan campur tangan. Mufti perlu tutup mulut," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Menurut Harussani, tidak mudah untuk meletakkan orang itu kafir dan, perkara itu sudah pun dijelaskan yang mana ia bukan masalah parti.

Manakala, Wan Zahidi berkata, amanat tersebut tidak berbahaya kepada Umno sebaliknya kepada diri Hadi sendiri.

Amanat Abdul Hadi merujuk kepada suatu sedutan ceramah umum yang disampaikan oleh beliau di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981.

Ucapan Abdul Hadi telah dicetak dalam bentuk poster dan ditampal di dinding markas Pas sekitar tahun itu.


Peguam Anak Beranak Terlibat Dalam SD Bala

Posted: 17 Dec 2012 04:23 AM PST

Peguam kanan, anak dikaitkan dengan SD2 Bala

Seorang peguam kanan dan anaknya, yang juga seorang peguam, menjadi tumpuan ekoran pendedahan terbaru oleh peniaga permaidani Deepak Jaikishan berhubung apa yang didakwa berlaku berkaitan dengan akuan bersumpah (SD) kedua bekas penyiasat persendirian P Balasubramaniam.

Ini telah didedah dalam satu siri pendedahan oleh Deepak (kiri), yang mendakwa terlibat mendapatkan PI Bala membuat SD kedua, selepas menandatangani SD pertama yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan wanita warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu.


Nama peguam itu dikatakan telah disebut oleh Deepak dalam temubual video dengan organ PAS, Harakah, yang telah disiarkan di YouTube, dengan nama tersebut disunting.

Dalam temubual itu, ahli perniagaan tersebut menceritakan bagaimana peguam kanan itu mendraf dan menyediakan dokumen tersebut bersama-sama dengan anaknya, walaupun hanya anaknya saja yang datang bertemu pihak-pihak lain yang terlibat, di sebuah hotel di Kuala Lumpur di mana bekas penyiasat persendirian itu didakwa "disimpan" .

Dalam blognya tiga hari lalu, aktivis hak asasi manusia, Haris Ibrahim telah membayangkan siapakah peguam kanan yang dimaksudkan itu, tetapi tidak tidak menyebut namanya.

Haris seterusnya telah membuat laporan kepada Majlis Peguam Malaysia awal hari ini.

Harris, dalam suratnya kepada Majlis Peguam, meminta satu siasatan dijalankan untuk mengenal pasti peguam berkenaan, dan menentukan sama ada terdapat sebarang salahlaku dalam penyediaan SD kedua itu.

Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi esok.

Hari ini, bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim (kanan) pula membayangkan bahawa peguam kanan tersebut menganggotai salah sebuah daripada lima panel Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

PI Bala mendakwa dalam satu wawancara dengan Malaysiakini bahawa dia menandatangani SD kedua kerana takut.

Siri pendedahan Deepak itu memberi gambaran yang berbeza, dengan mendakwa Bala menandatanganinya kerana wang.

Malaysiakini tidak menyiarkan nama peguam kanan tersebut serta anaknya sementara menunggu respon daripada mereka terhadap pertanyaan kami.

http://www.malaysiakini.com/news/216882


Tiada ulasan: