Selasa, 18 Disember 2012

.

.


Rakan FB Saya Sumbang Untuk Yahaya Sulong

Posted: 18 Dec 2012 12:59 AM PST

 LAPORAN LEWAT                                                                                                        

Baru sekejap tadi saya menziarahi seniman dan pelawak Datuk Yahaya Sulong di kediamannya di Flat Bandaraya Sentol Baru Kuala Lumpur. Kedatangan saya bersama keluarga disambut dengan penuh mesra  oleh Pak Ya bersama isterinya Alisah Ali. Turut berada sama di rumahnya ialah cucu perempuan berumur kira-kira lapan atau 10 tahun.

Wang dari rakan Fb diserahkan kepada Pak Ya.
Tujuan kunjungan ziarah itu untuk menyampaikan derma yang dihulurkan oleh oleh rakan Fb saya yang dibuat dua tiga hari lepas. Punggutan yang bertujuan untuk menjelaskan bil sewaan unit Flat  itu yang tertunggak sebanyak RM800.00. Alhamudlilah masalah dihadapi Pak Ya dan isteri telah selesai. Dalam tempoh 42 minit saya diuar-urakan di Fb sebanyak RM860 dijanjikan oleh rakan-rakan Fb.

Sebenarnya masalah itu selesai sehari selepas berita mengenai kesusahan dihadapi pelawak itu disiarkan di media massa. Semasa saya mengunjunginya untuk memberi tahu hasrat saya dan janji rakan Fb untuk membantu, salah seorang rakan Pak Ya yang bertugas di DBKL sudah pun mengatasi masalah Pak Ya.

Ketika saya tiba pagi itu Pak Ya sedang bersiap untuk ke pejabat DBKL menanti kawannya menjemput untuk tujuan menyelesaikan tunggakan. Apabila saya datang bersama Dr Wan Suhaimi Wan Daud menyatakan hasrat dan keikhlasan kawan-kawan Fb, kegembiraan diwajahnya terbayang dan beliau menitiskan air mata mendengar hajat itu.

Isteri saya menyerahkan hamper untuk Pak Ya.
Kerana masalah itu selesai, jadi bolehlah Pak Ya menggunakan wangn derma rakan-rakan Fb saya sebanyak RM1,000 untuk membeli ubat-ubatan dirinya dan juga isterinya. Isterinya, Datin Alisah menghidap kanser paru-paru. Sepanjang hari Alisah terpaksa bernafas dengan bantuan wayer yang disumbat ke lubang hidungnya dari paru-paru.

Menurut Pak Ya, akibat kanser menyebabkan isterinya memerlukan sejenis susu khas di mana peruntukan untuk itu saja sebanyak RM71.00 bagi satu tin untuk dua hari. Bayangkan berapa sebulan untuk membeli susu?

Dr Wan Suhaimi juga turut mengulur sedekah.
Dan kedatangan saya bersama isteri dan dua orang anak tadi, sekali lagi mengharukan Pak Ya. Sekali lagi air matanya berlinangan. Isterinya, Alisah tidak habis-habis mengucapkan terima kasih dan syukur. "Allahuakbar, allahuakbar... terima kasih banyak...," katanya sambil mengesat air mata dan berdoa spontan untuk kemurahan rezeki kami (rakan Fb juga).

"Sama-sama Datin, apa yang saya buat ini hanya usaha kecil saja, ia adalah sumbangan dari rakan-rakan Fb saya yang ikhlas untuk membantu. Jadi saya bagi pihak mereka semua menyampaikan sedikit bantuan ini.. dan berdoa semoga Datuk dan Datin sihat.." balas saya.

Di sini juga sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan semua yang sudi menghulurkan bantuan untuk Pak Ya. Bukan saja Yahaya, tetapi saya juga terharu dengan budi baik dan bingkasan rasa simpati rakan-rakan semua. Biarlah sumbangan kita kecil tetapi ia memberi erti besar kepada pelawak itu.

Sementara itu berbagai pihak juga turut membantu mengatasi masalah Pak Ya. Antara mereka terawal selain daripada rakan Fb saya, ialah Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang turut menghulurkan derma sebanyak RM1,000. Khabarnya Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi, Rais Yatim juga ikut sama menghulurkan bantuan berupa jaminan untuk menjelaskan sewaan untuk setahun.

Menurut Pak Ya tetamu istimewa iaini Raja Perlis juga akan ke rumahnya. "Raja Perlis juga hendak datang," uajarnya memberi tahu hasrat raja berkenaan penuh gembira. Semoga dengan kunjungan Tuanku Raja Perlis nanti kesulitan dihadapi Pak Ya akan selesai, setidak-tidaknya tidak ada lagi selepas ini laporan media massa memberitahu beliau dalam kesusahan dan menghadapi apa-apa kesulitan yang memerlukan bantuan.

Mengakhiri catatan ini seiringan dengan azan Asar berkumandang di radio, saya sekali lagi mengucapkan berbanyak terima kasih kepada rakan-rakan Fb saya (fan page) khasnya atas sumbangan dan ketinggian daya prihatin anda semua. Saya bukan apa hanya menjadi mediator saja bagi membantu insan yang dalam kesusahan. Moga Tuhan akan melapangkan ruang lahad para penderma kelak.  [wm.kl.4:36 pm 18/12/12]

Betulkah Kuis Ada Masalah?

Posted: 17 Dec 2012 03:50 PM PST

SESUDAH SUBUH                                                                                                        

Apa sudah jadi dengan Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis)? Khabarnya institusi pengajian berorentasikan Islam itu ada masalah. Ada sedikit ribut yang melanda menyebabkan warganya, terutama kakitangan akademik rasa kurang enak dengan suasana dan iklim sekitar Kuis sekarang ini.

Kampus Kuis yang tenang tetapi ada gelora di dalam.
Situasi itu menyebabkan Kuis tidak menjadi setenang dan sedamai dulu, peringat awal ditubuhkan. Apa yang bergelora kini juga seakan menjejaskan prestasi Kuis. Masalah ini, kini berkisar di peringkat dalaman, tetapi sekiranya ia tidak dipedulikan Kuis bakal terjadi seperti mana Universiti Perindusterian Selangor (Unisel), meletus ke tengah umum dan akan menjejaskan nama baik kolej berkenaan.

Isu Kuis ini akan menjadi perhatian umum masyarakat akhirnya boleh merosakan reputasi kolej berkenaan dan juga menjejaskan pentadbiran kerajaan hari ini.

Apa yang bergelora didalam Kuis sebenarnya sudah hangat di kalangan warganya. Masing-masing menahan diri dan berdoa agar apa yang sedang mendidih kini akan reda dan ianya dapat diselesaikan dengan baik tanpa merosakkan nama baik kolej.  Berbagai usaha secara spritual juga telah diambil namun belum ada tanda-tanda ia akan reda kelihatan.

Apa yang kedengaran dari kejauhan mengenai Kuis ini kononnya ada berlaku diskriminasi di kalangan tertentu oleh pihak pengurusan tertinggi Kuis. Pihak pengursan mengabaikan kepentingan dan kewajiban kakitangan tidak memenuhi tuntutan apa dimaktub dalam kontrek perkhidmatan.
 
Namun itu tidak begitu menjadi masalah besar. Apa yang penting ialah apa dinamakan berlaku perubahan besar dalam struktur kependidikan di dalam kolej berkenaan. Perubahan ini menyebabkan tujuan dan matlamat asal penubuhan Kuis sedikit tersasar dan berubah. Kuis kini didakwa sudah melencung dari landasan sebenar.

Paling membimbangkan apabila pengambilan pensyarah tidak lagi mengikut merit dan kriteria yang dibuat sebelum ini dimana cara terbaru ini boleh menyebabkan kualiti Kuis akan terjejas.

Ini dikatakan berlaku sejak kemasukan Azuidin Ahmnad sebagai rektor baru ke kolej itu pada tahun 2000. Rektor berkenaan dikatakan telah membuat banyak rombakan terhadap polisi dan mengemukakan pendekatan baru untuk mengembangkan kolej berkenaan. Tindak tanduk rektor ini juga seakan tidak mahu mengikut rentak kerajaan hari ini. Tindakan inilah dikatakan menjejaskan dan menjadikan aspirasi kolej berkenaan melencung.

Khabarnya perkara ini sudah pun dimaklumkan kepada pihak pentadbiran negara Selangor. Satu memorandum telah dihantar kepada MB tetapi malangnya tiada apa-apa tindakan diambil. Memorandum itu memngandungi 19 perkara yang menjelaskan akan kerosakan atau pun tindakan-tindakan yang meletakkan Kuis dalam gelora waktu ini.

Sesuatu mengejutkan ekoran perubahan yang dilakukan oleh Aziuddin menyebabkan Kuis diberitakan mengalami defisit RM18 juta disebabkan beberapa kesalahan atau salah urus dibeberapa sektor di kolej berkenaan terutamanya berhubung urusan asrama pelajar. Penyelewengan ini katanya sampai ke peringkat ia hendak dibawa ke pengetahuan SPRM.

Adalah wajar kalau pihak kerajaan negeri amnya dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) yang menjadi penanggungjawab utama terhadap Kuis mengambil tindakan segera bagi menjamin kelestarian Kuis untuk terus gah dimasa depan. Dengan membiarkan keadaan ini apa lagi pihak tertinggi Mais merestui apa yang berlaku dibimbang maruah dan reputasi Kuis akan terjejas. Dalam isu ini perkara pokok yang kena dipandang ialah mengenai nasib para pelajarnya dan kena pastikan pembelajaran mereka tidak terjejas disebabkan masalah tersebut. [wm.kl.7:49 am 18/12/12]

31 Tahun Harussani Baca Kitab Bab Kafir Baru Selesai

Posted: 17 Dec 2012 04:13 AM PST

SUSUPAN MALAM                                                                                                         

Saya bukan sedih membaca laporan mengenai saranan Mufti Perak Harussani Zakaria yang menyuruh presiden Pas Abdul Hadi Awang menarik balik kata-kata yang dibuat Abdul Hadi 31 tahun yang  dikategorikan sebagai Amanat Haji Hadi tetapi nak tergelak dan nampak sangat mufti itu tidak ada modal bagi mengekalkan populariti beliau dalam Umno.

Kenapa Saya bukan sedih tetapi hendak tergelak dan merasa amat lucu sekali dengan telatah "sekor" Mufti ini (meminjam istilah Najib membahasakan ketiga-tiga naib presiden Umno) dalam usaha mempertahankan Umno dan dalam masa sama menyerang Pas kerana terpaksa mengambil masa 31 tahun untuk membuat gesaan yang dianggap boleh menyedarkan orang Melayu agar menjauhi Pas.

31 tahun atau tiga dekad bukan satu masa yang pendek, tetapi lama.

Harussani: Jahil 31 tahun?
Kenapa begitu lama sekali Harussani untuk menyarankan perkara itu? Apakah selama ini, beliau sedang membuat kajian dan menelaahkan berbagai jenis kitab (termasuk kulit merah dan hijau) terhadap kata-kata Abdul Hadi itu sehingga hari ini baru terkeluar saranan itu. Apakah sebelum ini, 31 tahun lalu beliau masih belum khatam dan belum cukup ilmu untuk menyanggah Abdul Hadi Awang?

Abdul Hadi mengeluarkan kata-kata disifatkan sebagai amanat itu pada tahun 1981 dalam majlis ceramah di Teluk Peradong, Terengganu. Ia telah terlalu lama dan isu ini pun tenggelam timbul. Yang nyatanya setiap kali kali ada pilihan raya maka Abdul Hadi dikaitan dengan amanah itu kononnya Pas mengkafirkan orang-orang Umno.

Jelas bahawa kenyataan atau amanah politik Haji Hadi itu juga dipolitikan oleh Umno dan ia bukan sesuatu mutlak menyentuh soal akidah. Kalau ia sesuatu yang serius kenapa dibiarkan begitu lama sampai 31 tahun tanpa diambil apa-apa tindakan? Seingat saya tidak ada mana-mana pihak membincang amanat politik Abdul Hadi itu secara tuntas. Ini bermakna amanat itu adalah amanat politik yang tidak menyangkut soal akidah dan maruah seseorang dan tidak perlu diperbesarkan.

Sekiranya ia membabitkan soal akidah dan maruah Umno dan umat Islam lain, sudah tentu Majlis Agama Islam Terengganu khasnya akan mengambil tindakan. Abdul Hadi akan didakwa di bawah undang-undang syariat negeri itu. Atau pun pihak pendakwa raya sendiri akan mendakwa Hadi dibawah Akta Hasutan 1948 kerana mengeluarkan kata-kata yang boleh menghuharakan keadaan.

Begitu juga Majlis Fatwa Kebangsaan akan bersidang dan membuat keputusan terhadap kata-kata Hadi itu. Tetapi kenapa tidak ada? Sudah berapa banyak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat keputusan difatwa didalam hal-hal lain tetapi kenapa tidak kepada kata-kata Abdul Hadi?

Pembisuan ini mengesahkan bahawa kata-kata Hadi itu tidak mudarat. Institusi agama dan ulama lain memahami bahawa kata-kata amanat itu bersifat politik bukan yang teguh. Malahan Abdul Hadi sendiri tidak pernah dipukul ataupun darahnya setitik pun tidak mengalir ke bumi kerana dipukul oleh orang Umno dengan kata-kata itu. Apakah orang Umno semua pengecut, tidak... tetapi mereka sendiri memahami bahawa kata-kata Hadi itu adalah amanat politik yang tidak menjejaskan akidah dan kedudukan mereka sebagai seorang Islam.

Bukan itu saja orang-orang Pas juga akan bertindak ke atas Abdul Hadi Awang. Bukan sedikit di dalam Pas mereka yang mempunyai ilmu seluas Harusaani. Misalnya Dr Haron Din, dan beberapa ulama lain yang telah menjadi aruah tidak pun mempertikaikan kata-kata Abdul Hadi itu.  Bahkan beliau terus mendapat dokongan untuk memimpin Pas, hari ini pula sampai diidolakan sebagai perdana menteri?

Jadi apa hal pula dengan Harussani tiba-tiba menyuruh Abdul Hadi menarik balik amanat yang berusia 31 tahun itu? Jawabnya mudah saja, Harussani yang kini telah menjadikan diri sebagai terompah kayu Umno redha ke mana saja terempoh itu dibawa bukan saja ke laman surau tetapi ada kalanya ke dalam jambtan tahi. Dan ada kalanya terompoh itu terjerlus ke dalam tandas.

Sikap Harussani itu sekali lagi menyebabkan wibawanya sebagai ulama yang sudah lama dipertikaikan terus dipertikaikan akan kredibilitinya. Orang akan beranggapan apakah beliau baru sedar perkara itu selepas hari ini atau semalam baru diberikan risalah mengenai ucapan Abdul Hadi itu oleh ketua penerangan Umno Ahmad Maslan.

Kalau Ahmad Maslan baru mengetahui hal amanat itu hari ini tidak mengapa, kerana dia baru berusia setahun jagung dan darah setampuk pinang sewaktu amanat itu dihebuhkan. Bahkan saya percaya Ahmad Maslan ketika ucapan itu dilapazkan Abdul Hadi beliau baru sembuh dari berkhatam beramai-ramai di Pontian, Johor.

Tetapi Harussani sudah sampai ke takah tujuh (bongkok tujuh) masakah tidak pernah mendengarnya. Malangaya kalau begitulah sikap dan perwatakan seorang mufti. Dia diharap menjadi petunjuk (hudan) kepada umat Islam sebaliknya semacam menjadi pesubahat dengan agenda-agenda politik yang busuk dan kohong.

Hadi: Amanatnya amanat politik.
Sebenarnya tindakan Harussani menggunakan statusnya sebagai mufti mengeluar pendapat dan pandangan-pandangan ajaib dan anih kontras dengan martabatnya sebagai mufti yang semuanya cenderong kepada politik Umno secara tidak langsung merosakkan perpaduan umat Islam negara ini. Kenyataan dan ulasan beliau juga mengelirukan pegangan umat Islam negara ini. Secara tidak langsung sikap sebegitu juga menjejaskan kredibiliti beberapa ulama atau mufti lain.

Apa yang dilakukan oleh Harussani itu, setelah amanat itu berlalu 31 tahun baru hendak 'menjatuhkan hukuman', ia satu kelewatan melampau. Tindakan itu orang akan suluh ianya ada udang di sebalik batu. Kalau kes itu semisalnya bahan buktinya sudah ditimbus seperti mayat manusia, nescaya ianya sudah mereput dan segala bukti tidak diperolehi lagi. Kelewatan itu juga menunjukkan apakah kerja mufti negara ini khasnya Harussaani sendiri.. apakah selama ini dia sendiri merasakan amanat itu hanya sampah saja?

Dalam tempoh itu sudah enam kali pilihan raya umum berlangsung, dan sudah tiga perdana menteri bertukar ganti. Ertinya sudah enam kali isu itu diangkat ke muka umum secara besar-besaran. Masakan beliau tidak mengetahui akan kisah amanat itu? Apakah waktu itu beliau merasakan kedudukan Umno tidak tercabar dan bakal hilang kuasa seperti kini, maka beliau mendiamkan saja? Kalau begitu cara berfikir dan Harussani melaksanakan tugas sebagai mufti maka jelas beliau seorang yang munafik dan pengkhianat kepada umat Islam.

Sekiranya amanat Hadi itu ternyata salah, bertentangan beliau tidak perlu tunggu 31 tahun. Atau paling lebih masuk tahun ke lima beliau sudah membuat saranan itu kepada Abdul Hadi secara jujur dan iklas atas sifat maslah bersama. Antara tugas besar mufti ialah menegur dan membimbing manusia ke jalan haq. Tetapi apabila dibiarkan 31 tahun dan menjelang pilihan raya ke 13, baru dia bersunggut maka nampak sangat saranan Harussani itu bukan dari atas kebenaran ajaran Islam tetapi ia didorong kerana sentimen politik melalu dan keterdesakan parti Umno yang akan tewas.

Ingin dijelaskan kerpada Harusanai kalau nawaitu dia membuat saranan tersebut untuk merendah-rendahkan dan membusuk-busukkan Abdul Hadi itu kerana mengharapkan umat Islam akan meninggalkan Pas dan kembali kepada Umno ia adalah sia-sia saja kerja itu persis menanam angin akan menuai asap saja. Orang Melayu dan Islam negara ini tidak mudah mabuk dan 'semabur' dalam fatwa-fatwa komersial seperti apa dilakukan Harussani itu.

Sebaliknya atas perbuatan Harusaani itu menampakkan yang beliau tidak siuman lagi dalam membuat fatwa atau pandangan yang adil dan saksama sesuai dengan kedudukan sebagai mufti. Pandangan dan teguran Harussani itu lebih merit membela Umno. Saya nak sebut juga disini takut Harussani sudah alpa bahawa Umno bukan agama jauh sekali ia adalah al-deen dinul hayat. Manakala tahu takut ke belakangan ini Harussani sudah menganggap Umno itu adalah sebuah agama bernama Islam maka ia perlu dipertahankan atas keyakinan mati dalam membela Umno mati syahid.  [wm.kl.7:45 pm 17/12/12]

Tiada ulasan: