Kelab Greenboc |
- Tulisan Biadab Bekas Menteri UMNO Di Utusan Malaysia Burukkan Hubungan Malaysia-Indonesia
- Ranking Malaysia Dalam Matematik & Sains Merosot
- Papagomo Pendusta: Deepak Tak Sebut Pun Nama Anwar Ibrahim!
- Syahid 16 Tahun Lalu, Jenazah Seperti Baru Dikebumikan
- [BERGAMBAR] "Najib Penipu!" Jeritan Peserta Tuntut Kerakyatan
- [VIDEO] Bom Kedua Deepak Meletup: SD 2 Bala Untuk Sekat Siapa Bunuh Altantuya Terbongkar
- TGNA Akan Nikahkan Apex, Leuniey
Tulisan Biadab Bekas Menteri UMNO Di Utusan Malaysia Burukkan Hubungan Malaysia-Indonesia Posted: 12 Dec 2012 11:47 PM PST Kelab Anwar Ibrahim (AIC) melihat ketidakupayaan Barisan Nasional sebagai peneraju negara semakin terserlah apabila dengan sengaja mencetuskan perbalahan moral dengan negara serumpun iaitu Indonesia melalui satu penulisan 'sampah' yang ditulis oleh Zainuddin Maidin, mantan Menteri Penerangan dalam Kabinet Tun Abdullah Ahmad Badawi. AIC melihat penulisan Zainuddin atau lebih dikenali sebagai ZAM ini sebagai penuh rasa sombong dan marah, serta tidak menggunapakai etika penulisan yang sebenar dan malas untuk menggali data-data sebenar bagi menerangkan keadaan.Ini turut menggambarkan Barisan Nasional sebagai betul-betul panik menghadapi pilihanraya umum ke 13 yang akan datang. Zainuddin Maidin sebagai seorang ahli politik veteran dan pengalaman sebagai bekas editor Kumpulan Utusan tidak menulis artikel itu semata-mata sebagai kolum bacaan biasa, tetapi lebih tertumpu sebagai menipiskan upaya politik dan peluang Dato Seri Anwar Ibrahim dan kekuatan Pakatan Rakyat. Malah tiada permohonan maaf serta sikap berdiam diri Barisan Nasional menggambarkan artikel itu adalah seolah-olah adalah pendirian rasmi regim Malaysia itu, dan tidak menggambarkan langsung usaha Datuk Seri Najib Razak yang berpendidikan terbuka di Britain, untuk membawa satu pembaharuan dalam "tranformasi' yang dilaungkan, dengan cara rendah mengekang pembangkang dalam pilihanraya. Sebagai bekas Presiden Republik Indonesia, Prof. Dr. Ing BJ Habibie pastinya salah seorang tokoh yang membawa imej negara republik itu ke mana-mana sahaja negara yang beliau kunjungi, dan menjadi satu imej terhormat di dalam dunia yang terbuka ini untuk beliau rapat dengan sesiapa sahaja yang beliau inginkan tanpa ada sifat prejudis. Menghina BJ Habibie adalah laksana menghina bangsa Indonesia itu sendiri secara keseluruhannya, meski semasa era pentadbiran beliau tetap menerima kritikan dan perbalahan isu dalam negara, tetapi beliau tetap dihormati sebagai bekas Presiden yang membawa Indonesia melalui zaman reformasi dengan begitu baik, adil dan saksama. Ternyata Barisan Nasional sebagai pemerintah gagal memainkan peranan diplomatik yang diperlukan sebagai sebuah kerajaan berdaulat. Mencipta konfrontasi dengan negara luar apatah lagi di saat banyak isu dua hala yang tidak selesai, menggambarkan kerajaan Najib Razak sudah begitu lemah dan pura-pura bertenaga untuk memimpin lima tahun ke hadapan. AIC bertegas bahawa penulisan dan etika Zainuddin Maidin itu sama sekali tidak boleh diterima, dan hanya mewakili pandangan individu dan parti komponen Barisan Nasional sahaja, jauh sekali menggambarkan pendirian rakyat Malaysia secara menyeluruh. Rakyat Malaysia menjunjung hubungan baik dengan Republik Indonesia sebagai sahabat terdekat, yang sentiasa bersama-sama negara ini dalam suka dan duka sepanjang penubuhannya sejak dulu. Justeru, penulisan Zainuddin Maidin harus dipandang sepi, sebagai satu interpertasi seorang penulis, dan bekas Menteri yang akhirnya telah bertukar menjadi satu penulisan yang cukup bodoh dan kurang ajar, berniat mencemarkan hubungan dua hala semata-mata mencuba untuk memburuk-burukkan imej Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin Malaysia yang sebenar diterima oleh pimpinan dunia terutama di Asean. Saifuddin Shafi Muhammad Presiden AIC Malaysia Ahli MPR Indonesia akan hantar surat bantahan kepada Najib berhubung penghinaan terhadap Habibie |
Ranking Malaysia Dalam Matematik & Sains Merosot Posted: 12 Dec 2012 09:44 PM PST Muhyiddin perlu jelas kemerosotan Malaysia dalam matematik, sains KUALA LUMPUR, 12 DISEMBER: Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassan digesa memberi penjelasan mengenai kemerosotan berterusan Malaysia dalam subjek matematik dan Sains berdasarkan kajian Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) 2011. Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nuru Izzah Anwar dan Strategis Pilihanraya DAP, Dr Ong Kian Ming dalam kenyataan bersama hari ini mendakwa jurang markah antara pelajar lelaki dan perempuan dalam subjek berkenaan begitu ketara. Menurut mereka, pelajar Malaysia ketinggalan dalam matematik dan sains berbanding negara lain berdasarkan kajian dua badan pendidikan antarabangsa menunjukkan pencapaian sekolah menengah tahun ini lebih rendah berbanding sebelumnya. Katanya, Malaysia hanya mendapat 440 mata dalam matematik untuk tingkatan dua bersamaan gred lapan di seluruh dunia dan kajian TIMSS pada 2011 dan berada di belakang Korea Selatan, Singapura, Chinese Taipei, Hong Kong dan Jepun yang menduduki lima tangga teratas dunia. "Hasil kajian 2007 menunjukkan skor purata pelajar Malaysia dalam matematik merosot daripada 508 mata pada 2003 kepada 474 mata pada 2007, manakala subjek sains merosot daripada 510 kepada 471 dalam tempoh yang sama. Tony Pua berkata, dalam kajian TIMSS 2007 yang dilaksanakan Sekolah Pendidikan Lynch, Boston College, Chestnut Hill, Massachusetts, Amerika Syarikat, kemerosotan skor purata pelajar Malaysia 34 mata bagi matematik dan 40 mata bagi sains adalah terbesar di kalangan 59 negara yang mengambil bahagian. "Kami mahu Muhyiddin memberi penjelasan menyeluruh mengenai kemerosotan itu dan mengambil langkah khusus menangani masalah itu bagi meyakinkan rakyat Malaysia. "Walaupun laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ada membangkitkan isu ini, namun tiada langkah khusus dan terperinci dinyatakan bagi mengatasi masalah itu," katanya. TIMSS adalah kajian selama empat tahun untuk pendidikan sains dan matematik bagi gred empat dan lapan di seluruh dunia ― atau Darjah Empat dan Tingkatan Dua mengikut sistem pendidikan Malaysia. Bagaimanapun, bagi Malaysia kajian hanya dilakukan bagi peringkat sekolah menengah dalam kajian terbabit. -Roketkini Ranking for key subjects worrying, BN blamed |
Papagomo Pendusta: Deepak Tak Sebut Pun Nama Anwar Ibrahim! Posted: 12 Dec 2012 07:02 PM PST Tuduhan Papagomo kononnya Deepak Jaikishan membuat beberapa pendedahan berkaitan Najib Tun Razak serta Rosmah Mansur kerana beliau ditaja oleh Anwar Ibrahim. Papagomo juga menyiarkan satu rakaman video yang kononnya menunjukkan Deepak menyebut nama Anwar Ibrahim. Namun Deepak menafikan tuduhan Papagomo ini sama sekali. Mengikut laporan Freemalaysiatoday, antara hujjah Deepak adalah beliau tidak menyebut nama Anwar Ibrahim pun dalam rakaman video yang disiarkan. Dan kalau kita lihat rakaman video tersebut pun, yg meletakkan nama Anwar Ibrahim adalah Papagomo (yakni di dalam tulisan berwarna kuning - lihat gambar di atas). Deepak sendiri tak sebut Anwar Ibrahim. Deepak juga berkata rakaman ini dibuat di rumah seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO sewaktu beliau bertemu. Jelas dari rakaman tersebut, Deepak menyebut berkenaan kes beliau dan bagaimana peguam2 beliau menyuruh beliau memberi keterangan2 yang akan menguntungkan beliau. Apa yang kita boleh harap dari Papagomo ni? Blog dia sendiri pun dia tak mau mengaku. Boleh ke kita percaya cakap2 kotor si Papagomo ni? TULANG BESI Deepak: Anwar is not behind me KUALA LUMPUR: Carpet dealer Deepak Jaikishan today denied that his recent revelations about Prime Minister Najib Tun Razak and wife Rosmah Mansor were engineered by Opposition Leader Anwar Ibrahim, saying that his mention of the latter in a video footage was taken out of context. |
Syahid 16 Tahun Lalu, Jenazah Seperti Baru Dikebumikan Posted: 12 Dec 2012 03:20 PM PST Khalil al-Syarif - Khalil meninggal dunia pada 16 tahun yang lalu. Dia berasal dari Palestin. Dia syahid ketika sedang menentang tentera yahudi laknatullah. Dulu kawasan kubur Khalil tanpa sengaja tergali. Sudah menjadi kebiasaan di Palestin menyatukan jenazah para syuhada di kubur yang sama. Juga menjadi kebiasaan di Timur Tengah dan Arab mengebumikan jenazah di liang lahad yang telah lama digunakan. Namun, semua orang terkejut apabila mereka mendapati jenazah Khalil yang tidak dimamah oleh tanah dan masih utuh. Jenazahnya bahkan seperti baru sahaja dikebumikan satu jam lalu. Satu jari telunjuknya tegak, seperti orang tengah melakukan tasyahud dalam solat. Detik Islam |
[BERGAMBAR] "Najib Penipu!" Jeritan Peserta Tuntut Kerakyatan Posted: 12 Dec 2012 07:02 AM PST Ratusan pemegang kad pengenalan merah berhimpun di Putrajaya, JPN tutup pintu PUTRAJAYA, 12 Dis — Sekumpulan hampir 300 orang peserta "Himpunan Duduk Bantah" yang menuntut kad pengenalan biru dan hak kewarganegaraan sebagai rakyat Malaysia berhimpun di Jabatan Pendaftaran Negara(JPN), Putrajaya pagi ini. Kumpulan tersebut datang dengan lebih 10 buah persiaran daripada seluruh negara mula berkumpul di lapangan tempat letak kereta berhampiran seawal jam 9 pagi sebelum bergerak ke JPN pada pukul 11 pagi. Sebelum bermula perarakan ke JPN, beberapa pemimpin daripada Pakatan Rakyat (PR) dan penganjur himpunan memberikan ucapan kepada peserta yang majoritinya adalah masyarakat kaum India yang memegang kad pengenalan merah. Penganjur perhimpunan Naib Presiden PKR N Surendran dalam ucapannya sebelum berarak menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menipu semasa ucapannya pada perhimpunan agung MIC lalu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hujung minggu lalu yang mengatakan hanya 9 ribu orang sahaja yang memohon kerakyatan kepada JPN. "Najib kata 9,000, beliau menipu! "Sebenarnya ia lebih daripada angka itu, ramai lagi rakyat Malaysia yang masih belum mendapat kerakyatan sebagai warganegara," kata Surendran. Sepanjang perarakan kumpulan tersebut ke JPN, para peserta bersorak "Najib tipu", "Hishammuddin tipu", "JPN tipu" dan "hidup rakyat", serta membawa sepanduk dan replika kad pengenalan merah bergambar Najib dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Naib presiden PKR tersebut kemudiaan mengecam pentadbiran Najib yang memberikan kerakyatan kepada warga asing tetapi tidak lihat kepada rakyat Malaysia yang lahir dan membesar disini. "Beliau (Najib) boleh bagi kepada warga asing kad pengenalan biru, tapi kepada rakyat sendiri sangat susah nak beri. "Mereka ini lahir disini, bercakap bahasa Melayu dan membesar disini tapi tidak diberikan kad pengenalan," tambah beliau. Selepas selesai ucapan, beberapa ahli parlimen (MP) PR turut memberikan ucapan antaranya MP Subang (PKR) R. Sivarasa, MP Kapar (PKR) S. Manickasavagam dan bekas naib presiden MCA Datuk Chua Jui Meng. Selain itu, turut bersama-sama dalam perhimpunan hari ini MP PAS iaitu Khalid Samad dan Dr Dzulkefly Samad. Tepat jam 11 pagi, semua peserta perhimpunan bergerak ke pejabat JPN dengan kawalan lalu lintas dipantau oleh beberapa sukarelawan daripada Unit Amal PAS serta polis trafik. Setengah jam kemudiaan, para peserta tiba di perkarangan hadapan pejabat JPN yang dikawal oleh sukarelawan Jabatan Pertahanan Awam (JPA) dan polis bantuan, tetapi pegawai JPN menutup pintu bagi menghalang peserta daripada masuk. Surendran, Dzulkefly dan Chua kemudiaan berunding dengan salah seorang pegawai JPN diperkarangan pejabat dan kemudiaan membenarkan mereka masuk bertemu dengan ketua pengarah JPN, Datuk Jariah binti Mohd Said. Selepas perbincangan itu, pemimpin PR keluar dengan sejumlah borang untuk diedarkan kepada orang ramai dan JPN membuka kaunter pendaftaran diluar pejabat untuk memproses permohonan peserta yang datang hari ini. Surendran jangkakan 300 permohonan akan dibuat pada hari ini sambil tidak menolak akan ke JPN sekali lagi jika Najib tidak menyelesaikan masalah kerakyatan ini dengan segera. "Saya jangkakan hari ini kita akan buat 300 permohonan dan akan lebih banyak lagi selepas ini. "Kalau JPN tidak selesaikan masalah ini, saya tidak tolak akan ada satu lagi perhimpunan seperti ini," tambah beliau. Isu kerakyatan dibangkitkan oleh pemimpin PKR tersebut yang mendakwa terdapat seramai 300 ribu masyarakat India tidak memiliki kewarganegaraan pada minggu lalu. Namun Najib membidas kenyataan tersebut dalam perhimpunan agung MIC hujung minggu lalu apabila mengatakan tuduhan pembangkang sebagai menipu dan bertujuan memburukkan kerajaan Barisan Nasional (BN). Najib juga berkata berdasarkan perbincangannya dengan menteri sumber manusia Datuk Dr S. Subramaniam, hanya seramai 9,000 sahaja kaum India yang membuat permohonan untuk mendapatkan kerakyatan dan bukannya 300,000 sepertimana yang didakwa oleh pihak pembangkang. "Saya diberitahu Subramaniam bahawa hanya 9,000 orang sahaja yang memohon untuk mendapatkan kerakyatan. "Daripada jumlah tersebut, sebanyak 7,000 sudah diberikan kad pengenalan dan sijil kelahiran manakala selebihnya masih lagi dalam proses," terang Najib lagi. -TMI |
[VIDEO] Bom Kedua Deepak Meletup: SD 2 Bala Untuk Sekat Siapa Bunuh Altantuya Terbongkar Posted: 12 Dec 2012 04:43 AM PST Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan (gambar) mendedahkan, penglibatan beliau untuk membuat akuan bersumpah kedua (SD 2) P Balasubramaniam bukan untuk menyelesaikan isu SD itu saja tetapi menyekat pendedahan yang lebih besar. "Satu faction lagi dalam Umno yang tidak mahu Datuk Najib menjadi Perdana Menteri, mereka ada kepentingan mereka. "Mereka sudah bersedia, salah seorang ahli kumpulan ini akan keluar dan berikan SD dan menceritakan siapa yang arahkan dia melakukan perbuatan kejam ini (pembunuh Altantuya) dan siapa yang mengarah orang itu. Ini sangat high level. "Jadi objektif untuk tukar SD bukan kerana takut sangat dengan SD si Bala ni. Objektif utama besar dari itu. "Mereka kena hentikan langkah seterusnya. Malam itu jugak kena siap, kena U-turn, kena tutup. Itulah yang masalah utamanya," cerita Deepak dalam sidang media khas dengan Harakah. Deepak dalam sidang media kali ini menceritakan dengan jelas bagaimana beliau boleh terlibat dengan SD 2 yang dibuat oleh PI Bala ini. Berikut adalah cerita penuh Deepak kepada Harakahdaily. "Kalau boleh kita bincang secara terperinci bagaimana SD ini bermula. -HD |
TGNA Akan Nikahkan Apex, Leuniey Posted: 12 Dec 2012 01:49 AM PST Kota Bharu - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju menikahkan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex dengan dengan gadis pilihannya, Nur Eilunie Natasha Nazri pada 28 Disember ini. Khabar gembira bagi perkahwinan pasangan yang dinanti-nantikan peminat seluruh tanah air itu dinyatakan Nik Abdul Aziz hari ini menerusi laman sosial Facebook beliau. Persetujuan berkenaan dimaklumkan kepada keluarga Nur Eilunie ataupun lebih mesra dengan panggilan Leuniey menerusi surat dari Pejabat Menteri Besar Kelantan kepada, Nazri. Menurut surat bertarikh 10 Disember yang ditandatangani Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar, Rushdee Abdullah itu, majlis akad nikah akan berlangsung di rumah keluarga Leuniey di Pasir Pekan, kira-kira jam 10 pagi. Majlis persandingan sebelah perempuan pula bakal diadakan di Hotel Renaissance di sini, pada 30 Disember jam 8 malam yang berkonsepkan Melayu Kotemporari. Manakala persandingan sebelah lelaki pula akan berlangsung di kediaman Apex di Kampung Cherang, di sini bermula jam 1 tengah hari dengan bertemakan ala-kampung. Sementara itu, pada 13 Januari depan majlis resepsi bagi meraikan rakan-rakan Apex pula akan diadakan di Hotel Royale Bintang, Damansara dengan memilih konsep English Style. Dekorasi dan pelamin di Hotel Royale Bintang itu mendapat sentuhan magis dari Ari Wedding Couture, Kuala Lumpur. Difahamkan, keempat-empat majlis berkenaan akan disiarkan secara eksklusif oleh penyiar rasmi perkahwinan Apex dan Leuniey iaitu Astro Ria (saluran 104). Majlis gilang-gemilang pasangan berkenaan yang berlangsung di Hotel Royale Bintang turut mendapat liputan ERA FM bertindak sebagai stesen radio rasmi persandingan Apex dan Leuniey. Tidak ketinggalan, stesen radio nombor satu di pantai timur, THR Gegar pula turut menjadi radio rasmi perkahwinan yang bersejarah bagi pasangan itu di Kelantan. Kedua-dua pasangan sejoli itu akan diserikan dengan rekaan baju daripada pereka popular, Ezuwan Ismail, manakala untuk majlis resepsi di Hotel Renaissance ia bakal mendapat sentuhan kreatif dekorasi dan pelamin dari N Touch Trade and Wedding Gallery Butik milik Leuniey sendiri. -SH |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan