Rabu, 12 Disember 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


PRU13 : Pakatan (PR) mampu peroleh 125 kerusi Parlimen

Posted: 12 Dec 2012 08:27 PM PST


Wartawan Sinar Harian
13 Disember 2012

Menjelang PRU 13
SHAH ALAM – Pakatan Rakyat (PR), perikatan Pas, PKR dan DAP ada kemungkinan boleh memperoleh 125 kerusi Parlimen – majoriti tipis untuk membentuk kerajaan pusat, dengan tiada parti komponen yang akan mempunyai "kuasa hegemoni", demikan menurut pemimpin tertinggi DAP.

Ia antara senario yang diketengahkan ketika banyak analisis dan laporan mula memberi tumpuan berkenaan soal bilangan kerusi bakal diperoleh oleh parti-parti yang akan bertanding Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), akan berlangsung sebelum akhir Jun depan.
Tumpuan adalah ke atas perikatan Barisan Nasional (BN) dan PR.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, dalam senario PR menang 125 kerusi, PKR boleh memperoleh sehingga 45 kerusi manakala DAP dan Pas masing-masing 40 kerusi.
Ia antara beberapa senario digambarkan oleh pemimpin veteran ini dalam tulisannya di blog beliau menjelang konvensyen tahunan DAP hujung minggu ini.
"Dalam analisis akhir, keputusan kemungkinan sama ada mengembalikan majoriti dua pertiga di Parlimen kepada Umno/BN, memberikan satu majoriti sekurang-kurangnya 74 kerusi di Dewan Rakyat atau PR menang sehingga 125 kerusi, dengan majoriti 28 kerusi mengatasi Umno/BN di Parlimen," kata Ahli Parlimen veteran ini.
Menjelas lanjut, Kit Siang berkata, dalam senario PR memperoleh 125 kerusi, dengan pengagihan 45:40:40, "ia satu perikatan dengan tiada parti yang mengamalkan hegemoni politik seperti yang terdapat dalam perikatan Barisan Nasional."
Sebelum ini, Sinar Harian Online ada membawa laporan bahawa BN boleh memperoleh sekurang-kurangnya 120 kerusi jika PRU13 diadakan sekarang. Malah ada penganalisis mengatakan bahawa kerusi BN di Parlimen kemungkinan menurun kepada 100.
Selain itu ada yang mengadakan BN tidak akan mengekalkan 140 kerusi yang dikuasai empat tahun lalu.
Pada PRU 2008, BN memperoleh 140 kerusi manakala parti-parti pembangkang 82.
Datuk Seri Najib Tun Razak, selaku Perdana Menteri dan Pengerusi BN, ketika menutup Perhimpunan Agung Umno 1 Disember lalu berkata, BN boleh memperoleh majoriti dua pertiga jika tiada unsur sabotaj dalam Umno.
Beliau yang juga Presiden Umno akan mengetuai pilihan raya umum pertama sejak dilantik sebagai Perdana Menteri pada Mac 2009.
Kit Siang berkata, sama ada PRU13 akan mencipta sejarah dengan perubahan kerajaan di Putrajata bergantung pada kemampuan PR untuk memikat 13 juta pengundi khususnya empat juta pengundi "pertengahan" atau yang dilabel sebagai pengundi atas pagar.
Daripada jumlah empat juta itu, tiga juta merupakan pengundi baru.
Dalam tulisannya, Kit Siang juga berharap Kongres Kebangsaan DAP ke-16 akan dijadikan medan mesej yang jelas dan terang kepada rakyat Malaysia bahawa pemimpin-pemimpin DAP, perwakilan dan ahli-ahlinya membawa wawasan dan komitmen untuk mencapai objektif kempen "Seratus Hari Menjelang Ke Putrajaya".
Bagaimanapun katanya, dalam politik pembohongan, kebencian dan ketakutan, pemimpin-pemimpin Umno dan MCA telah cuba untuk menyemai kebencian dan kebimbangan dengan menyebarkan mesej-mesej tidak bertanggungjawab dan bercanggah kepada kaum Melayu dan Cina bahawa jika PR menang, masing-masing komuniti akan ditekan oleh DAP dan Pas.
"Satu pembohongan jika mengatakan pemimpin-pemimpin DAP takut dengan pemimpin-pemimpin Pas, begitu juga pemimpin Pas takut kepadapemimpin-pemimpin DAP.
"Juga satu pembohongan (apabila mengatakan) orang Melayu atau Cina akan ditekan dalam kerajaan PR (kelak)," katanya sambil menambah, PKR, Pas dan DAP komited untuk mewakili kepentingan setiap rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama atau wilayah.
"Hubungan kami dalam PR, bersama PKR, adalah seimbang dengan menghormati satu sama lain," katanya sambil menegaskan, ia berbeza berbanding amalan "satu hala" dalam BN.

Ketua PAS Cawangan cedera ditikam

Posted: 12 Dec 2012 07:46 PM PST


Ismail menunjukkan laporan polis berhubung kejadian beliau ditikam di hadapan kedai roti canai di Kampung Talak. Pix: Sinar HarianIsmail menunjukkan laporan polis berhubung kejadian beliau ditikam di hadapan kedai roti canai di Kampung Talak. Pix: Sinar HarianTUMPAT: Ketua Pas Cawangan Lubuk Durian, Ismail Muhammad, 45, menerima tiga jahitan di punggung, selepas ditikam dengan sebilah pisau oleh seorang lelaki di hadapan sebuah kedai roti canai di Kampung Talak Ahad lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.10 malam, sementara menunggu pesanan roti canai, beliau membantu mengunting nombor bertuah untuk penyokong Harimau Malaya yang datang menyaksikan perlawanan separuh akhir pertama
Piala AFF Suzuki 2012 bertemu dengan Thailand.

Bagaimanapun, beliau dikejutkan dengan bunyi skrin besar yang dipasang Pemuda Pas Dun Wakaf Bharu untuk siaran langsung perlawanan bola tersebut tumbang.

Ismail berkata, terkejut dengan bunyi kuat itu, beliau segera keluar dari kedai untuk ke lokasi kejadian dan ternampak seorang lelaki sedang memotong tali ikatan skrin.


"Dalam masa sama saya lihat lelaki berkenaan memijak skrin tersebut.

"Saya menegur perbuatannya tetapi dia terus melibas pisau ke arah saya dan terkena dibahu, menyebabkan saya mengalami luka kecil," katanya.

Menurutnya, bimbang dirinya diapa-apakan lelaki itu, beliau cuba melarikan diri tetapi dengan tiba-tiba lelaki tersebut menikamnya dari belakang dan terkena di punggung.

"Akibat kejadian itu saya di bawa ke Unit Kecemasan Hospital Tumpat dan menerima tiga jahitan, seterusnya membuat laporan polis di Balai polis Chabang Empat," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat, Deputi Superintandan Sharipudin  Yusof ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
 - Sinar Harian

Luna Maya & Shahrukh Khan berpelukan

Posted: 12 Dec 2012 06:53 PM PST

Luna Maya & Shahrukh Khan Berpelukan



Thursday, 13 December 2012 03:29
..















Wanita mana yang tidak terpesona melihat Shahrukh Khan (SRK)? Termasuklah selebriti TV popular Luna Maya yang tak mampu menangkis pesona yang dimiliki pelakon yang mendapat jolokan Raja Bollywood itu.
Baru-baru ini mantan kekasih Ariel (NOAH) itu berkongsi sekeping gambar posenya bersama bintang 'Kuch-kuch Hota Hai' itu. Luna dan SRK dilihat saling berpelukan mesra.


Difahamkan foto tersebut dirakamkan pada Jumaat (7/12/2012) lalu di satu acara Manoj Punjabi di Hotel Shangri-la, Jakarta iaitu sehari sebelum SRK mengadakan konsert di Sentul Convention Center, Bogor, Jawa Barat.

Luna memuat-maik foto tersebut ke akaun Twitter-nya @luna_maya26 ""The one and only mr. @iamsrk :) and welcome to jakarta. :)" tulisnya.

Sementara sehari selepas itu SRK membalas tweet tersebut, "@luna_maya26 thank u very much for being such a sport...bless u,"

Untunglah...

..
..

PANAS ... [Video] Terbaru : Cerita Deepak mengenai Najib Rosmah .. pakat2 mai dengar apa cerita Deepak ... mampuih laa ..

Posted: 12 Dec 2012 05:55 AM PST

Kuala Lumpur - by @tiewnama.
Deepak Jaikishan mendedahkan satu berita gempar yang menggegarkan negara
mengenai penglibatannya untuk membuat akuan bersumpah kedua P Balasubramaniam
yang mana akuan bersumpah pertama di tarik balik.

ianya bukan untuk menyelesaikan isu akuan sumpah bala bahawa Najib Razak terlibat
dalam isu pembunuhan wanita monggolia saja tetapi menyekat pendedahan yang lebih
besar dari lebih terdedah serta penglibatan tangan tangan ghaib dari dalam umno sendiri.

hahahaha 4 kamera AES di Perak 'mampuih'

Posted: 12 Dec 2012 04:14 AM PST


Empat kamera AES di Perak dirosak
IPOH - Jabatan Pengangkutan Jalan Perak mengesan empat'kejadian vandalisme ke atas kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) daripada tujuh yang dipasang di beberapa lokasi, antara Oktober dan November lepas.
Pengarah JPJ Perak, Ramli Awg Seberang berkata, ia melibatkan kamera yang dipasang di kilometer 205.6 berhampiran Kamunting dan kilometer 373.2 di Slim River, kedua-duanya di Lebuh Raya Utara-Selatan yang disembur cat merah dan dipercayai ditumbangkan.
Beliau berkata, sebuah lagi kamera di Jalan Pasir Putih di sini juga dipercayai ditumbangkan dan sebuah lagi di Sungkai disembur cat hitam.
"Kita kategorikan semua kes ini sebagai kes vandalisme berat," katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat mengenai AES kepada jabatan dan agensi kerajaan, pihak media dan badan bukan kerajaan di sini hari ini.
Ramli Awg berkata, pihak syarikat penyedia AES telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut dan menambah setakat ini tiada tangkapan dibuat terhadap pihak yang dipercayai sengaja melakukan perbuatan berkenaan.
Beliau berkata, syarikat penyedia perkhidmatan menanggung kos penyelenggaraan atau baik pulih AES yang mengalami kerosakan atau bermasalah.
Katanya pusat kawalan AES di Kuala Lumpur akan mengesan kes vandalisme yang berlaku.
"Bagi kes vandalisme, syarikat penyedia akan membuat laporan polis pada hari yang sama kejadian berlaku. Kes vandalisme ini susah hendak dielakkan, kadang-kadang pada waktu siang, kamera AES berada dalam keadaan baik, tapi esok pagi sudah tumbang atau disembur cat," katanya.
Ramli Awg berkata, JPJ Perak akan meneruskan program penerangan mengenai AES kepada orang ramai yang dimulakan pada 5 Disember lepas.
- Bernama

Artis : Noorkumalasari - Dulu kejar glamor, sekarang berkejar ke masjid ... alhamdulillah

Posted: 12 Dec 2012 01:02 AM PST


Noorkumalasari: Dulu Kejar Glamor, Sekarang Kejar Masjid
Teks oleh Syafiqah Jalal
Foto oleh Mazlan Yunos Photography

KUALA LUMPUR, 10 DISEMBER 2012: Pelakon terkenal era 90-an, Noorkumalasari mengesahkan dirinya tidak lagi mahu berkecimpung dalam dunia hiburan, apatah lagi untuk berlakon semula.

Malah, Noorkumalasari, 56, berkata era kegemilanganya ketika popular menerusi filem Mira Edora dan Adik Manja itu sudah lama berakhir dan bersyukur kerana telah dikurniakan hidayah lebih awal sebelum nyawanya diambil oleh Allah s.w.t


"Sudah lama saya bersara dan tidak teringin untuk kembali berlakon. Bukan kerana sudah puas berlakon tetapi saya rasa bertuah kerana berhijrah pada masa yang tepat. Bayangkanlah, jika saya masih seperti dulu dan Tuhan ambil nyawa saya. Pastinya saya merupakan umat yang paling rugi.
"Cukuplah, dulu berkejar-kejar untuk glamor tetapi sekarang saya berkejar-kejar untuk ke Masjid," katanya kepada murai.com.my yang ditemui sebelum tayangan filem Adik Manja The Returns bermula, kelmarin.
Menurut Noorkumalasari lagi, dia kini lebih selesa dengan kehidupannya sekarang dalam menguruskan rumahtangga bersama suami, Wan Mohd Yusoff, 61 dan tiga putera mereka, Wan Amin Nurrasyid, 20, Wan Amni Nuruddin, 18, dan Wan Irfan Nurul Atiq, 16.
"Saya selesa dengan kehidupan sekarang bersama suami dan anak-anak.
"Masa saya banyak menghabiskan masa di rumah dan masjid untuk menunaikan solat fardhu bersama suami dan anak," luahnya lagi.
Meskipun tidak berlakon di dalam filem sekuel arahan Dharma Harun iaitu Adik Manja The Returns, namun dia memberitahu tetap memberi sokongan kepada rakannya itu.
"Dharma ada menawarkan saya berlakon dalam filem sekual Adik Manja The Returns. Tetapi pelawaan itu saya tolak kerana sudah nekad untuk tidak kembali aktif sebagai pelakon. Namun saya tetap datang dan menyokonnya untuk menghasilkan filem sekuel ini," tambahnya lagi.
Filem Adik Manja The Returns yang turut dibintangi oleh Dharma serta pelakon lain seperti Faezah Elai, Julaian Evans, Jihan Raja Lawak, Rozita Che Wan dan Usop Wilcha akan dan ditayangkan di pawagam pada 20 Disember ini.

Tiada ulasan: