Blog-list Malaysia |
- Wang Haram - Kerajaan Hong Kong Boleh Dakwa Musa Aman
- Pegang jawatan Umno, Timbalan Pengarah SPR Sabah salah guna kuasa
- Mekanik Dera Anak Tiri Ditangkap Polis
- Sabotaj: Pas, DAP tak bimbang, PKR ada strategi
- Deepak mahu terbit buku tentang Rosmah, Altantuya
- Lawak Paling Giler Dari Melaka.. Kahkahkah..
- Chua Jui Meng ditolak, dihimpit samseng MIC dalam pejabat JPN
- Deepak: SD 2 Bala untuk sekat siapa bunuh Altantuya terbongkar
Wang Haram - Kerajaan Hong Kong Boleh Dakwa Musa Aman Posted: 13 Dec 2012 01:01 AM PST KUALA LUMPUR: Kemungkinan besar Datuk Seri Musa Aman boleh didakwa atas tuduhan pengubahan wang haram (money laundering) yang undang-undangnya lebih ketat di Hong Kong berbanding di negara-negara lain. "Jika didapati bersalah, pihak berkuasa Hong Kong boleh mengeluarkan waran tangkap melalui Interpol dan boleh dikuatkuasakan di Malaysia," kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dalam satu kenyataan. Menurutnya, perkara itu dimaklumkan oleh James To, ahli Majlis Perundangan Hong Kong yang juga Naib Pengerusi, Panel Keselamatan dan Undang-undang Majlis Perundangan yang bertanggungjawab menyelia ICAC. Berikut adalah kenyataan penuh beliau. Delegasi PKR telah mengadakan pertemuan dan memberi keterangan kepada Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah Hong Kong (ICAC) pada jam 2.30 petang, 13 Disember 2012. Bukti-bukti dan dokumen juga telah diserahkan kepada ICAC dalam pertemuan yang memakan masa satu jam itu. Delegasi PKR juga mengadakan pertemuan susulan dengan James To, ahli Majlis Perundangan Hong Kong yang juga Naib Pengerusi, Panel Keselamatan dan Undang-undang Majlis Perundangan yang bertanggungjawab menyelia ICAC. Delegasi PKR disertai oleh William Leong (Ahli Parlimen Selayang), Hee Loy Sian (Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan), Chang Li Kang (ADUN Teja), Saudara Darell Leiking (Timbalan Setiausaha Agong/Ketua Cabang Penampang) dan saya sendiri. Semasa pertemuan tersebut, saya yakin bahawa bukti-bukti dan dokumen yang diserahkan, termasuklah keseluruhan penyata bank dan urusniaga keluar masuk wang ke dalam akaun bank dua buah syarikat yang dikaitkan dengan Michael Chia (iaitu Zenique Investments Ltd dan Blisstop Corporation Ltd) di Hong Kong merupakan bukti baru dan dokumen yang belum diperolehi oleh ICAC. Begitu juga dengan akuan bersumpah oleh Datuk Seri Lajim Ukin yang menafikan bahawa wang RM40 juta adalah derma politik kepada Umno kerana ia tidak pernah diumumkan kepada pengurusan Umno Pusat atau Umno Sabah, yang dipandang serius oleh ICAC. Malah, saya yakin bahawa ICAC akan memanggil saksi rahsia yang telah tampil untuk memberi keterangan dan maklumat dalaman mengenai Michael Chia kepada ICAC. Saya juga yakin Datuk Seri Lajim Ukin akan dipanggil untuk memberi keterangan di Hong Kong. Pun begitu, ICAC memohon kerjasama kami untuk tidak membuat kenyataan lanjut mengenai kes ini mengikut prosedur mereka bagi melindungi kerahsiaan siasatan. Oleh yang demikian, kami tidak boleh menyatakan secara terperinci hasil perbincangan atau pun mendedahkan rancangan seterusnya seperti yang diputuskan oleh ICAC. Saya beranggapan bahawa permintaan ICAC supaya butiran siasatan setakat ini dirahsiakan mengesahkan bahawa ICAC memandang serius kes ini dan akan mengambil tindakan susulan termasuklah memanggil saksi-saksi. Oleh itu, walaupun ICAC tidak akan mengesahkan secara rasmi bahawa kes ini dibuka semula, keseriusan dan perhatian yang diberikan mengenai kerahsiaan kes membayangkan bahawa siasatan penuh akan menyusul. Pertemuan dengan James To juga membuahkan hasil. Beliau turut menerima salinan bukti dan dokumen atas tanggungjawab beliau sebagai Naib Pengerusi, Panel Keselamatan dan Undang-undang. James To memaklumkan kepada delegasi bahawa ada kemungkinan besar Datuk Seri Musa Aman boleh didakwa atas tuduhan pengubahan wang haram (money laundering) yang undang-undangnya lebih ketat di Hong Kong berbanding di negara-negara lain. Jika didapati bersalah, pihak berkuasa Hong Kong boleh mengeluarkan waran tangkap melalui Interpol dan boleh dikuatkuasakan di Malaysia. Perkembangan sihat di Hong Kong ini akan terus disusuli dengan kempen-kempen penerangan terbaru di Sabah dan seluruh Malaysia untuk meningkatkan tekanan supaya pihak SPRM dan Peguam Negara menyiasat kembali kes ini. - HarakahDaily |
Pegang jawatan Umno, Timbalan Pengarah SPR Sabah salah guna kuasa Posted: 12 Dec 2012 09:46 PM PST KUALA LUMPUR 13 Dis: Memegang jawatan dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan ada jawatan dalam parti politik merupakan salah guna kuasa, kata Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Sabah, Dr Roland Chia. Beliau merujuk Timbalan Pengarah SPR Sabah, Aksyah Nasrah yang juga Ketua Penerangan Umno Kinabatangan. "Isu ini sama dengan Pengerusi dan Timbalan SPR yang sebelum ini mengakui ahli Umno. Kita mahu mereka letak semua jawatan. "Bila berperanan dalam Umno, itu salah guna kuasa. Ini adalah alat untuk mereka (Umno) menang. Dengan cara ini, sudah pasti mereka boleh tolong parti yang disertainya untuk menang," kata Roland ketika dihubungi. Beliau mempersoal pegawai SPR yang menganggotai mana-mana parti politik kerana akan mendedahkan ketidaktelusan badan itu terutama melibatkan proses pengundian dan daftar pemilih yang diragui semua pihak. "Jelas ketelusan SPR sebagai badan bebas terjejas apabila orang politik ada peranan dalam SPR," ujar Roland yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN. Bagaimanapun, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, dilaporkan 'menyokong' kakitangan SPR menyertai parti politik. "Boleh…tapi untuk jadi pacaba atau polling agent masa hari mengundi, bukannya jadi timbalan pengarah yang kita jelas beliau berkuasa memberi arahan. Ini tak boleh berlaku dan tak pernah ada dalam sejarah negara mahupun dunia," kata Roland. "Kita mahukan SPR jalankan tugas dengan adil, tanpa berat sebelah dan tanpa melibatkan parti politik. Kita ingatkan Umno BN supaya jangan guna taktik kotor meskipun sangat terdesak untuk menang pilihan raya nanti," katanya. - www.keadilandaily.com/ |
Mekanik Dera Anak Tiri Ditangkap Polis Posted: 12 Dec 2012 04:54 PM PST KLANG – Perbuatan kebinatangan seorang mekanik yang mendera anak tiri lelakinya berusia tiga tahun tanpa belas kasihan memakan diri apabila dia diberkas selepas aksi kejamnya itu dirakam menggunakan kamera telefon bimbit sebelum dimuat naik di laman sosial Facebook. Suspek berusia 32 tahun tersebut diberkas pada pukul 8 malam kelmarin di rumahnya di Taman Mas, Kapar di sini iaitu tempat di mana kejadian dera itu berlaku. Dia diberkas apabila polis menerima laporan jirannya sejam selepas dia melihat rakaman tersebut. Difahamkan, ketika serbuan, suspek berada di dalam rumah itu bersama mangsa tetapi isterinya telah melarikan diri. Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Supritendan Jani Ahmad berkata, kanak-kanak tersebut dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini dan pemeriksaan menemui kesan kecederaan dan calar di badan serta kepalanya. Katanya, polis percaya mangsa telah didera oleh bapa tirinya sejak dua bulan lalu. |
Sabotaj: Pas, DAP tak bimbang, PKR ada strategi Posted: 12 Dec 2012 02:45 PM PST SHAH ALAM - Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail tidak menolak gejala sabotaj turut membelenggu parti yang masih baru itu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13, yang dianggap paling genting dalam sejarah. Bercakap kepada Sinar Harian Online, Saifuddin menegaskan, bagaimanapun senario itu berbeza dengan apa yang berlaku dalam Umno - parti yang sudah lama mentadbir negara ini. "Lamanya mereka memerintah mewujudkan satu budaya yang selesa... Dalam PKR, walaupun baru, kita masuk pilihan raya tahun 1999, tahun 2004, 2008 dan kali ini Pilihan Raya Umum ke-13, saya menjangkakan hal yang sama akan wujud. "Punca terbesar ialah apabila seorang penjawat jawatan dalam merasakan diri mereka adalah calon yang terbaik, calon yang sudah lama buat kerja di sesuatu kawasan tetapi atas pertimbangan-pertimbangan strategik lain, pimpinan membuat keputusan untuk meletakkan calon yang lain daripada pemegang jawatan," katanya. Beliau ditanya adakah PKR turut berhadapan dengan kebimbangan seperti Umno-Barisan Nasional (BN) berhubung isu sabotaj - budaya yang boleh meranapkan usaha mempertahankan Putrajaya jika tidak diatasi. Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, PKR telah pun mempersiapkan parti dan mengambil langkah proaktif bagi menangani implikasi perbuatan tersebut. "PKR menjalankan kaedah merekrut sukarelawan sejak tahun 2010 lagi. Sukarelawan ini bukan pemegang jawatan dalam parti tetapi mereka ahli biasa dan keutamaan mereka ialah memenangkan calon parti," jelas beliau lagi. Sementara itu, Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu tidak pernah khuatir dengan gejala sabotaj kerana ahli-ahlinya sudah diterapkan dengan nilai-nilai wala' (kesetiaan) terhadap parti. Meskipun ada yang tidak berpuas hati terhadap calon yang dipilih untuk mewakili sesuatu kawasan, namun ia tidaklah sampai ke tahap mahu mensabotaj parti. Tambahan pula katanya, ahli Pas sudah ditekankan bahawa kepentingan parti mestilah mengatasi kepentingan peribadi, di samping menjadi calon adalah satu "amanah yang berat dan bukan perkara yang perlu direbut." "Pencalonan dalam Pas ini juga daripada bawah dan bukan daripada atas. Kecuali dalam kes-kes tertentu, kes-kes yang 'special', ini selalunya tak banyak tetapi ada satu dua kes," katanya. Ketika diminta menjelaskan apakah kes 'special' itu, Tuan Ibrahim berkata, ia mungkin melibatkan kawasan di mana calon yang dipilih oleh pusat tidak dapat diterima oleh ahli di kawasan itu pada mulanya, namun setelah diberi penjelasan, maka mereka akan akur. "Kawasan satu hal tapi yang satu lagi (berkaitan) calon. Biasanya ada tokoh-tokoh yang pusat lihat ia perlu diturunkan tapi kawasan tak nampak apa yang pusat nampak," katanya sambil menegaskan, "tapi sabotaj tidak berlaku." Sementara itu, Naib Pengerusi DAP, M. Kulasegaran berkata, dalam persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13, beliau tidak nampak ada ahli DAP yang akan bertindak sabotaj terhadap parti. "Dalam parti kita, setakat yang saya tahu memang tidak ada. Sudah ada ruang untuk semua mainkan peranan. Bahkan kita juga mengambil ahli-ahli baru dan memberi sokongan dan bimbingan terhadap mereka," ujar beliau. Malah menurut beliau, isu sabotaj ini sengaja dimainkan oleh Umno-BN untuk mempersiapkan jawapan apabila mereka gagal mencapai misi mereka pada pilihan raya. "Bila Umno-BN mengaku, sebenarnya mereka sedang mengalihkan perhatian bahawa masalah dalaman itu disebabkan oleh sabotaj. Sebenarnya ramai orang tidak suka kepada mereka," ujar beliau. |
Deepak mahu terbit buku tentang Rosmah, Altantuya Posted: 12 Dec 2012 05:31 AM PST Ahli perniagaan Deepak Jaikishan bercadang untuk menerbitkan buku setebal 26 halaman bagi mengaitkan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor dengan kontroversi berhubung model Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang mati dibunuh. Buku itu katanya akan menceritakan urutan peristiwa sejak beliau diminta oleh Rosmah untuk memaksa P Balasubramaniam membuat pengakuan berkanun (SD) kedua, seperti didakwanya, sehinggalah kepada wawancaranya dengan beberapa portal berita hari ini. SD kedua itu menyebabkan Balasubramaniam menukar keterangan dalam SD pertamanya yang mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan Altantuya. "(Ia akan memuatkan kisah) dari hari pertama saya terima panggilan sehingga ke hari ini - semua kebenaran, semua fakta. Saya akan rampaikan semua SMS dan panggilan yang saya terima," katanya. Buku itu akan dilancarkan Isnin depan dan boleh diperolehi secara bercetak dan dalam talian, tambahnya. Selain itu, beliau juga akan menerbitkan autobiografinya sendiri, susulan kepada penerbitan biografi Rosmah – yang didakwa sebagai seorang kawan wanita sebelum ini. "Datin Seri Rosmah membuat keputusan bijak untuk menerbitkan autobiografinya. Atas cadangan seorang rakan media, pagi tadi saya bersetuju untuk menerbitkan dua buku ini," katanya. Atas rasa hormat kepada Rosmah, kata Deepak, beliau akan melancarkan buku autobiografi tersebut sehari selepas pelancaran buku isteri perdana menteri itu. Buku tulisannya itu akan digarap bagi mengisi lapangnya apabila beliau mula menetap di Burma tidak lama lagi. http://www.malaysiakini.com/news/216526 |
Lawak Paling Giler Dari Melaka.. Kahkahkah.. Posted: 12 Dec 2012 04:34 AM PST JASA BESOR : Hanya Menangis Di PAU 2012, Perwakilan Ni Dapat Title Dato' Jasanya cukup besar kepada negeri Melaka...Iaitu menangis teresak-esak bila mendengar ucapan Presiden UMNO, Najib Razak di Perhimpunan Agung UMNO 2012. Jasa yang amat besar itu, maka dianugerahkan darjah bergelar Datuk oleh Negeri Melaka. Pergh!!!!... baru admin tau...menangis bila dengar ucapan Presiden UMNO dianggap amat berjasa sekali kepada pejuangan bangsa Melayu. Kalau begitu, tidak lama lagi Mak Cik - Mak Cik yang meraung akan juga diberi imbuhan darjah kebesaran... Jangan khuatir dan bimbang. Jasa anda kalian diperhatikan oleh para pemimpin UMNO. : wargamarhaen.blogspot.com |
Chua Jui Meng ditolak, dihimpit samseng MIC dalam pejabat JPN Posted: 12 Dec 2012 04:11 AM PST PUTRAJAYA 12 Dis: Kira-kira 30 samseng dipercayai dari MIC mengasari Naib Presiden KEADILAN, Datuk Chua Jui Meng di ruang pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Putrajaya hari ini. Mereka yang dibenar masuk dan berkumpul dalam pejabat tersebut, ketika ribuan rakyat berhimpun di pekarangan luar bangunan dan dihalang memasuki JPN, menolak bekas Menteri Kesihatan itu semasa beliau baru keluar dari bilik mesyuarat di situ. Jui Meng (gambar, kiri) antara pimpinan Pakatan Rakyat yang dibenarkan masuk bertemu Ketua Pengarah JPN, Datuk Jariah Mohd Said untuk rundingan permohonan kad pengenalan biru. Pemimpin KEADILAN lain yang turut dibenar masuk adalah Naib Presiden, N Surendran; Pengarah Guaman, Latheefa Koya dan Ahli Parlimen (MP) Subang, Sivarasa Rasiah. Selebihnya diwakili MP Klang, Charles Santiago dari DAP, sementara PAS pula oleh MP Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud dan MP Shah Alam, Khalid Samad. "Bila keluar dari bilik mesyuarat, kami bertembung dengan kira-kira 30 pemuda yang mula agresif menjerit-jerit kuat menyerang kumpulan kami. Mereka fokus dan tuju kepada saya. "Saya ditolak. Cara mereka bercakap seperti menyoal, tetapi berniat nak takutkan kita. Mereka himpit saya dan saya angkat tangan (isyarat) supaya mereka berundur, tapi mereka buat (himpit) juga," katanya kesal kerana polis tidak mengambil sebarang tindakan. "Kita (peserta Duduk Bantah) dihentikan oleh polis (untuk masuk ke JPN). Sedangkan ramai pimpinan termasuk Ahli Parlimen dan Adun Pakatan Rakyat hadir nak suarakan pendapat mereka," kata Pengerusi KEADILAN Johor itu ketika ditemui Keadilan Daily selepas diserang. Jui Meng berkata, serangan berkenaan membuktikan 'virus' samseng politik Umno berjangkit kepada MIC. "Sudahlah tak bela kaum India, malah bertindak ganas kepada kita yang nak perjuangkan hak kaum mereka. MIC seperti orang hilang akal. "Kerajaan seolah-olah membenarkan tindakan agresif seperti ini," kata Jui Meng. "Kenapa mereka (peserta himpunan) dihalang? Mengapa pula polis benarkan 30 pengacau itu masuk, tunggu dekat bilik mesyuarat dan serang. Sedangkan kita datang secara aman," sambungnya. "Saya nak pesan pada mereka, walaupun mereka ramai tetapi kita akan teruskan (perjuangan). Di sini bukan hanya orang India sahaja, ada Melayu dan Cina. Tapi kita akui isu kad pengenalan ini isu penting orang India," katanya. Sementara itu, Latheefa memaklumkan, video bukti serangan oleh kumpulan samseng itu ada padanya. "Mereka datang dan berkata kepada Datuk Chua – "Tahniah apa yang Datuk buat, tapi mana 300,000 orang itu?" dengan nada kasar. "Isunya bukan 300,000 itu ada atau tidak. Isunya ialah, tidak boleh ada rakyat yang tidak mempunyai kerakyatan," tegas Latheefa. Menurutnya, ekoran desakan rakyat yang berhimpun, hanya 500 borang diisi sejak meja pendaftaran dibuka pegawai JPN dengan bantuan sukarelawan KEADILAN kira-kira jam 1.30 petang tadi. Latheefa berkata, semua borang permohonan kad pengenalan biru itu berjaya dihantar hari ini. "Peliknya, program MyDaftar yang dianjurkan MIC boleh selesaikan 14,000 borang dalam masa lapan hari. Kalau ikut nisbah, bermakna sehari boleh selesaikan 2,000 orang. "Tapi kenapa hari ini hanya ambil 500 borang sahaja? Ramai yang dah balik sebab kecewa," kata Latheefa. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=41105 |
Deepak: SD 2 Bala untuk sekat siapa bunuh Altantuya terbongkar Posted: 12 Dec 2012 02:05 AM PST KUALA LUMPUR 12 Dis: Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan mendedahkan, penglibatan beliau untuk membuat akuan bersumpah kedua (SD 2) P Balasubramaniam bukan untuk menyelesaikan isu SD itu saja tetapi menyekat pendedahan yang lebih besar. "Satu faction lagi dalam Umno yang tidak mahu Datuk Najib menjadi Perdana Menteri, mereka ada kepentingan mereka. "Mereka sudah bersedia, salah seorang ahli kumpulan ini akan keluar dan berikan SD dan menceritakan siapa yang arahkan dia melakukan perbuatan kejam ini (pembunuh Altantuya) dan siapa yang mengarah orang itu. Ini sangat high level. "Jadi objektif untuk tukar SD bukan kerana takut sangat dengan SD si Bala ni. Objektif utama besar dari itu. "Mereka kena hentikan langkah seterusnya. Malam itu jugak kena siap, kena U-turn, kena tutup. Itulah yang masalah utamanya," cerita Deepak dalam sidang media khas dengan Harakah. Deepak dalam sidang media kali ini menceritakan dengan jelas bagaimana beliau boleh terlibat dengan SD 2 yang dibuat oleh PI Bala ini. Berikut adalah cerita penuh Deepak kepada Harakahdaily. "Kalau boleh kita bincang secara terperinci bagaimana SD ini bermula. Saya mendapat panggilan pada hari SD itu dibuat pada jam 6-7 malam. Saya dipanggil oleh Datin Rosmah Mansor melalui telefon. Dia suruh saya cari jalan menyelesaikan masalah dia. Saya pernah jumpa dengan Bala satu dua kali sebelumm itu tetapi tidak kenal rapat dia. Saya call kawan saya untuk cuba berjumpa dengan dia tetapi dia keberatan dan tidak mahu berjumpa. Saya telefon Datin Seri dan berkata, ini susah dan tak nampak jalan penyelesaian benda ini. Sebelum inipun saya banyak bantu Datin mana-mana perkara yang dia perlukan. Saya cubalah kalau ada kawan. Saya kata kepada Datin, hal ini bukan senang untuk diselesaikan. Dia pun minta saya "datang rumah sekarang dan jumpa suami saya. Biar Datuk Seri buat keputuan bagaimana". Saya pergi ke rumah mereka. Datin dan Datuk tinggal di Sri Satria. Kadang-kadang dia orang duduk di Sri Duta dan kadang-kadang Sri Satria. Malam itu mereka duduk di Sri Satria. Saya masuk rumah lebih kurang lapan lebih malam dan saya bercakap dengan Datuk Seri mengenai keadaan ini dan orang ini tidak mahu jumpa dan kata dia sudah buat SD yang benar dan dia tidak mahu berjumpa pun dengan saya. Saya tidak tahu bagaimana nak menyelesaikan benda inilah. Pertama dia telefon satu lawyer. Lepas itu dia telefon adik dia, lawyer juga. Lepas bincang, dia minta saya agar mencari jalan untuk jumpa dia (Bala) dan cari jalan supaya dia setuju, untuk batalkan SD dia. Saya telefon Bala, kita bincang atas telefon. Dia kata, dia nak jumpa Datuk Seri atau Datin Seri kalau nak dia menarik balik dia punya SD. Dia pun jenis orang yang keras. Dia cakap dia tak tipu, apa yang dia letak dalam SD pertama semuanya benar. Saya pun susahlah macamana dia nak jumpa Datuk Seri dan Datin Seri. Saya beritahu Datuk Seri, kita berada dalam suasana yang susah. Masa itu Datin Seri pun ada dalam bilik belakang, tingkat pertama. Dia nak jumpa Datuk Seri atau Datin Seri. No way lah, nak keluar masuk pun susah, ada bodyguard semua. Datuk Seri propose (cadangkan) Datuk Nazim yang jumpa Bala. Saya bagi dia tahu, dia (Bala) cakap ok, boleh jumpa, tetapi dia nak bincang dengan saya sesuatu dulu. Saya pergi ke Rawang di satu restoran Cina, duduk dengan dia dekat sana. Saya, dia, sepupu saya yang kenal dia dan seorang pegawai polis bekas D9 yang nama dia Suresh. Bincang-bincang, dia kata kalau buat SD 2 dia takut, bagaimana dia nak protect dia dan famili. Saya kata, yang terbaik awak tinggalkan Malaysialah. Kita boleh uruskan kalau dia mahu. Kalau awak nak kekal di Malaysia, tak ada isulah sebab kerajaan bersama kamu. Lepas itu kita bincang hal duitlah. Dia minta satu jumlah yang sangat besar dan saya tidak fikir saya boleh urus untuk dapatkannya. Saya hanya peniaga karpet bukan ada perniagaan bilion untuk keluarkan jumlah itukan. Saya kata, lebih baik awak cakap dengan Datuk Nazimlah. Saya minta Datuk Nazim datang ke Rawang tetapi dia tidak mahu. Dia mahu kita pergi ke The Curve, dekat Mutiara Damansara. Jadi kami pergi The Curve, ketika itu hari dah malam dah dekat jam 12 ke 1 pagi. Datuk Nazim bawa isteri dia sekali, isteri dia ketika itu sedang mengandung. Susahlah, isteri tak mahu tinggalkan suaminya. Bala tak mahu bercakap dengan saya, dia mahu runding terus dengan mereka. Dia fikir kalau runding dengan saya, saya ada kuasa ke nak lindung dia, nak penuhkan permintaannya dari segi kewangan yang dia minta. Saya tak ada. Dia bincang dengan Datuk Nazim, dia kata dia nak sejumlah wang, mahu dia dilindungi dan mahu meninggalkan negara ini. So dia (Nazim) promise (janji) dengan dialah tetapi kamu kena tukar SD itu. Nazim kemudian telefon dan bincang dengan abang dia, siapa yang akan siapkan SD. Datuk Seri Najib pilih seorang peguam (nama disembunyikan sehingga pengesahan) dan anaknya untuk siapkan dokumen. Selepas itu kita pergi ke KL Hilton, saya ambil bilik untuk Bala sementara peguam siapkan SD. Mereka terus berkomunikasi antara adik dan dia serta peguam semua, apa yang nak dimasukkan ke dalam SD dan sebagainya. Selepas itu, peguam datang ke KL Hilton ke bilik dan duduk. Siapkan laptop dia dan bincang semua. Siapkan versi terakhir dan Bala tandatangan malam itu. Kemudian mereka nak buat sidang media. Bila nak buat PC, saya tak kenal siapa-siapa masa tu, saya low profile. Jadi saya hubungi Ketua Setiausaha Datuk Najib, you kena uruskan sebab saya tidak tahu siapa yang hendak di bawa, mainstrem ke, internet ke, saya tidak kenal siapa-siapa. Last minute, peguam tidak mahu bersama Bala dan tidak mahu nama dia ada di situ. Saya kena hubungi kawan saya, yang juga peguam, tetapi dia tidak terlibat dengan hal itu. Saya kata, awak hanya datang dan duduk dengan Bala. Bala pun masa itu sangat tertekan. Peguam saya pergi bersama dengan Bala, mereka pergi ke Prince Hotel kira jam 9 – 10 pagi. Pergi Prince Hotel dan umumkan SD yang telah disiapkan malam itu. Peguam saya bernama Arulapalam tetapi dia tidak terlibat dalam membuat SD itu, dia seorang peguam yang senior. Itu yang berlaku. Objektifnya mahu pusing (riverse) SD Bala. Banyak orang fikir, dia mahu menukar SD yang Bala bagi, tetapi sebenarnya ia lebih dari itu. Sebab utama SD itu, seorang yang terlibat dalam kes itu, kes Altantuya, telah bersetuju untuk memberitahu cerita sebenar. Opposition side mahu mempastikan cerita sebenarlah. Tetapi satu faction lagi dalam Umno yang tidak mahu Datuk Najib menjadi Perdana Menteri, mereka ada kepentingan mereka. Mereka sudah bersedia, salah seorang ahli kumpulan ini akan keluar dan berikan SD dan menceritakan siapa yang arahkan dia melakukan perbuatan kejam ini dan siapa yang mengarah orang itu. Ini sangat high level. Jadi objektif untuk tukar SD bukan kerana takut sangat dengan SD si Bala ni. Objektif utama besar dari itu. Mereka kena hentikan langkah seterusnya. Malam itu jugak kena siap, kena U-turn, kena tutup. Itulah yang masalah utamanya. Banyak orang melihat SD 1, SD 2. Sebenarnya tidak ada kena mengena SD 1 atau SD 2 atau 3. Yang utama adalah kebenaran yang akan keluar, seorang yang terlibat secara langsung, direct involve, dia nak datang nak buat SD menyatakan siapakah yang arahkan dia dan orang itu diarahkan oleh siapa. Ini yang utama dan sesuatu yang sangat serius. Selepas kes Bala, saya telah dipanggil oleh SPRM dan siasat tetapi SPRM lebih berminat untuk tutup hal itu. Mereka tahu kebenaran seluruhnya tetapi mereka mahu tutup. Jadi tidak ada tindakanlah. Sebab itu kes tutup. Saya minta, SPRM buka balik penyiasatan kes ini, dedahkan kebenaran, jelaskan apa sebenarnya berlaku. Mengapa perkara ini dibiarkan saja dengan cara ini dan asas kenapa kes ini ditutup. Saya yakin dalam SPRM mesti ada orang yang baik. Tidak mungkin semua orang nak dengar cakap sepasang suami isteri, kita ada 28 juta manusia kat Malaysia, kenapa tidak nak dengan pandangan sepasang suami isteri sahaja. Bertindak untuk kebenaran tak salah. Jadi saya minta SPRM dan polis siasat perkara sebenar-benarnya. IGP sekarang atau IGP sebelum ini, sesiapapun, biarlah kebenaran keluar. Sekurang-kurangnya kita menghormati pihak penguatkuasa kita menjalankan tugas bukan mengikut arahan sepasang suami isteri sahaja. Negara ini lebih dari itu. Itu saja." Dipetik Dari - http://www.keadilandaily.com/ |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan