Isnin, 10 Disember 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Najib Jangan Mimpi Dapat Sokongan India

Posted: 10 Dec 2012 01:05 AM PST

Fitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadap pembangkang ketika menyampaikan ucapan perasmian Perhimpunan Agung MIC semalam menyebabkan beliau bakal hilang sokongan masyarakat India dalam pilihan raya umum akan datang.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, S Manikavasagam berkata, kenyataan Najib yang mahu undi kaum itu sebagai deposit tetap bagi memenangkan Barisan Nasional (BN) menunjukkan begitu terdesaknya beliau.

"Ucapan Najib cukup terdesak.

Apa sahaja yang dicakapnya hanya memburukkan Pakatan Rakyat. Beliau memberitahu kita suka tipu rakyat.

"Masalahnya sekarang, Pakatan belum jadi kerajaan. Bagaimana Najib boleh cakap kita tipu. Siapa yang tipu siapa, kalau bukan BN," katanya ketika dihubungi.

Beliau mengingatkan Najib supaya tidak terlalu ghairah mengharapkan undi masyarakat India kerana mereka sudah serik penindasan BN.

"Undi masyarakat India bukan deposit tetap BN, tetapi deposit tetap Pakatan. Najib jangan mimpi lagi.

"Masyarakat India sudah terima kami (Pakatan) dari akar umbi. Setiap kali ceramah dan turun padang, mereka penuhi tapak ceramah untuk dengar penerangan," kata Ahli Parlimen Kapar itu.

Selain menabur janji, Najib juga memburuk-burukkan pembangkang dengan menyatakan satu undi kepada Pakatan bermakna satu undi untuk huru-hara.

"Najib tidak sedar bahawa BN yang menyebabkan masyarakat India masih menggunakan IC merah. Sudah berapa lama BN memerintah, kalau betul mahu bela kami, kenapa tidak selesaikan masalah itu.

"Jangan nak putar belit cakap Pakatan tipu rakyat kerana terdesak mahu undi masyarakat India. Mereka semua sudah tahu nak beza siapa yang menipu rakyat," ujarnya. -KD

Dalang Peralat Ibu Tunggal Di Selangor Akan Disaman Balas Oleh Kerajaan Negeri

Posted: 09 Dec 2012 10:29 PM PST

Kerajaan Negeri Selangor akan membuat saman balas kepada dalang yang terlibat berhubung tuntutan elaun ibu tunggal yang didakwa tidak dikotakan oleh Kerajaan Negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat (PR).

Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan, Rodziah Ismail berkata saman balas itu dibuat kerana ia melibatkan integriti Kerajaan Negeri yang dicalar oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.

Katanya, Kerajaan Negeri setakat ini sudah melunaskan banyak program berkebajikan dan tidak mengabaikan mana-mana pihak walaupun terdapat perbezaan politik.

"Kita sudah menerima surat saman daripada Tetuan Kamarudin & Partners dan kini pihak kami sedang meneliti saman itu serta peguam negeri sedang menyediakan beberapa dokumen untuk kita membuat saman balas," katanya kepada pemberita selepas Program Terima Kasih Menteri Besar Selangor kerana memberi air percuma di Pangsapuri Bukit Kuda, di sini.

Beliau berkata, sebanyak lebih 2,000 penama ibu tunggal yang didakwa tidak menerima bantuan ibu tunggal itu turut akan disemak bagi mendapatkan kesahihan dakwaan mereka.

Sebelum ini, seramai 2,020 ibu tunggal di Selangor memfailkan saman berjumlah RM10.9 juta terhadap Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana didakwa gagal memberi elaun ibu tunggal seperti yang terkandung dalam Manifesto Pilihan Raya Umum ke-12.

Tuntutan itu difailkan melalui Tetuan Kamarudin & Partners di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam, baru-baru ini.

Dalam pernyataan tuntutan tersebut, kerajaan negeri dan Abdul Khalid yang dinamakan sebagai defendan pertama dan kedua, didapati gagal membayar elaun ibu tunggal RM100 seperti yang dijanjikan dalam Manifesto Pakatan Rakyat (PR) selama 54 bulan bermula 1 April 2008 hingga 30 Oktober 2012 kepada kesemua plaintif dengan jumlah keseluruhan RM10,908,000.

Rodziah menjelaskan, 'elaun' yang dinyatakan dalam manifesto Pakatan Rakyat pada pilihan raya lalu tidak menyatakan pemberian berbentuk wang ringgit kepada ibu tunggal sebaliknya mengutamakan mereka yang layak.

Tetapi, ia adalah bentuk bantuan yang disampaikan menerusi beberapa program antaranya program ekonomi yang melibatkan ibu iaitu Program Pemberdayaan Wanita menerusi Pusat Wanita Berdaya (PWB), Skim Mikrokredit Bandar dan Luar Bandar (MiMBAR dan SkimSel), Progran Pemberdayaan Ibu Tunggal SOHO Selangor dan Skim Mikrokredit Wanita Ladang (WALA).

Beliau turut menasihatkan kepada ibu tunggal yang terlibat supaya tidak menjadi 'kuda tunggangan' mana-mana pihak lain yang untuk kepentingan parti politik.

"Saya berani mengatakan bahawa mereka ini hanya 'berlakon' kononnya dianayai oleh Kerajaan Negeri disebabkan desakan atau ditipu parti politik lain," katanya.

[VIDEO & GAMBAR] Bendera PAS Berkibar Di Palestine Ulangtahun Ke 25 HAMAS Gaza

Posted: 09 Dec 2012 07:09 PM PST


Perjuangan Hamas yang wujud di Palestin hari ini mempunyai halatuju yang sama dengan gerakan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di negara ini.

Tekanan, halangan serta ancaman yang dihadapi oleh gerakan Islam Hamas di Palestin oleh tentera zionis Israel kerana mempertahankan Islam sama seperti yang dialami oleh PAS di Malaysia.

Hamas boleh bertahan dari serangan Israel meski pun tanpa persenjataan berat kerana Islam.

Hamas telah meletakkan asas perjuangan Islam dilandasan yang betul dengan mengharapkan kemenangan atau mati syahid.

Take Note !!! : Gerakan Islam Hamas merupakan tunggak utama bagi mempertahankan Masjid al-Aqsa di Palestin.

[ Jom Membangun Bersama Islam ] .... ALLAHU AKBAR !!!

-fb

Ulasan GB

Kebenaran itu satu, dan ia akan bersatu di mana saja, tanpa mengira sempadan tempat, masa, bahasa dan bangsa.










Lagi Kes Wanita Indonesia Dakwa Dirogol Polis, Kali Ini Dalam Kereta Peronda

Posted: 09 Dec 2012 03:27 PM PST

Bukit Mertajam: Polis Pulau Pinang hari ini menyanggah laporan seorang wanita Indonesia yang mendakwa dirogol dua anggota polis di Taman Limau Manis, Bukit Tengah, semalam. Gambar hiasan

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata pemeriksaan perubatan dan siasatan awal mendapati wanita berusia 26 tahun itu bukan sahaja tidak dirogol dan dipukul, bahkan tiada anggota polis yang digambarkannya bertugas pada waktu kejadian.

"Saya menafikan kejadian itu dan ini adalah satu tohmahan kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terutama kepada anggota saya di Pulau Pinang," katanya kepada Bernama, di sini.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini yang antara lain menyatakan seorang wanita Indonesia mendakwa dirogol dan dipukul dua anggota polis peronda dalam kejadian pukul 12.30 tengah malam itu.

Wanita itu mendakwa teksi yang dinaikinya ditahan sebuah kereta peronda polis dan dia ditahan kerana hanya membawa salinan pasport. Dakwanya lagi, dia turut dipukul sehingga pengsan selama dua jam.

Dia kemudian membuat pemeriksaan kesihatan di sebuah klinik swasta di Bayan lepas dan memaklumkan dirogol serta dipukul kepada doktor di klinik tersebut sebelum kesnya dirujuk kepada polis.

Mengulas lanjut, Abdul Rahim berkata siasatan lanjut terhadap wanita berkenaan juga mendapati banyak keraguan dalam keterangannya.

"Semalam kita bawa dia ke tempat-tempat yang didakwanya berlaku kejadian terbabit dan mendapati beberapa dakwaan dia menimbulkan keraguan dan tidak sama dengan dakwaan awal.

"Wanita itu juga memberi keterangan yang meragukan termasuklah lokasi dia dirogol kerana lokasi berkenaan didapati berada di kawasan tumpuan orang ramai dan kawasan itu juga dikawal oleh pasukan Skim Rondaan Sukarela sepanjang masa," katanya.

Selain itu katanya, polis turut membuat pemeriksaan terhadap anggota peronda polis yang bertugas pada waktu kejadian dan mendapati tiada yang menepati gambaran yang diberi wanita tersebut selain dia juga gagal mengenal pasti siapa yang merogolnya.

Menurut Abdul Rahim, hasil siasatan juga mendapati wanita itu bekerja sebagai pelayan pelanggan di sebuah premis hiburan di Seberang Jaya, bukan pekerja kilang seperti yang didakwa.

"Setakat ini kita dapati wanita berkenaan sengaja mereka-reka cerita kononnya dia dirogol oleh dua anggota polis, bagaimanapun polis tetap menjalankan siasatan dari pelbagai aspek.

"Polis juga tidak menolak kemungkinan akan mengambil tindakan terhadap wanita itu jika dia didapati sengaja mereka cerita dan membuat tohmahan kepada polis," katanya

Regim Di Penghujung Usia: AES Sebagai Paku Terakhir Keranda BN

Posted: 09 Dec 2012 03:57 AM PST


Fin de regime, dalam bahasa Perancis, mungkin boleh diterjemahkan sebagai "penghujung regim". Sebagaimana penggunaannya dalam fin de siècle, iaitu "di penghujung alaf", ia bermaksud zaman kemerosotan atau zaman penamat yang sukar dijelaskan.

Sudah sebanyak 250,000 saman AES dikeluarkan sejak bulan September dan ramai telah diheret ke mahkamah termasuk seorang wanita berusia 80 umur. Pelbagai drama melibatkan orang ramai.

Tertanyalah saya, adakah Kerajaan Barisan Nasional telah sampai hujung hayatnya sampai tidak terasa sentimen dan persepsi rakyat jelata?

Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) adalah manifestasi masalah struktur yang mendalam dan berjangka panjang, malah keruntuhan sesebuah sistem.

Saya melihat sekurang-kurangnya tiga persoalan timbul pada zaman penghujung regim ini, iaitu terasing dari realiti hidup rakyat, kekeliruan fungsi kerajaan dan aktiviti merentir (rent-seeking) atas nama dasar penswastaan.

Tanda-tanda keruntuhan sistem

Pada petang 21 November 2012, selepas bajet Kementerian Pengangkutan dan AES hangat diperbahaskan, Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat meminta diadakan "undi belah bahagi", iaitu undi yang lebih sulit berbanding "undi suara" yang terbuka serta lumrah dilakukan.

Ketika Dewan berhenti bersidang tatkala undi dihitung, masing-masing mengambil gambar dengan kamera, termasuk Speaker. Untuk dua tahun kebelakangan ini, hampir setiap kali sebelum persidangan Dewan Rakyat ditangguh, masing-masing akan mengucapkan selamat tinggal, mengandaikan pilihan raya umum akan diadakan tidak lama lagi.

Situasi semestinya berbeza selepas PRU13. Ada yang menang, ada yang kalah. Barangkali tiada lagi persidangan selepas persidangan kali ini (walaupun kerajaan masih boleh mengadakan persidangan Parlimen pada Mac tahun depan.)

Ruang kekosongan semasa menunggu undi dihitung bagai upacara selamat tinggal. Tetapi pengundian belah bahagi lantaran pertikaian AES telah memahat istilah fin de regim dalam otak saya – sesebuah kerajaan yang telah sekian lama memerintah, tetapi melakukan kesilapan demi kesilapan pada penghujung zaman pemerintahannya, sehingga isu sekecil AES boleh menonjolkan kebobrokan regim tersebut.

AES zalim terhadap rakyat

Dalam tempoh sebulan ini, ketika bersua muka dengan Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional di kafe, koridor mahupun bilik air, mereka akan merungut bahawa hanya kerajaan yang "bodoh" dan "gila" akan melancarkan AES.

Antaranya, Ahli Parlimen Sri Gading Mohamad Aziz paling keras membantah, malah ponteng semasa pengundian. Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin (Rembau) yang sebelum ini secara terbuka membantah AES, juga tidak selesa dan senyap ketika mengundi.

Seandainya sejarah ditulis pada masa depan, barangkali AES adalah paku terakhir yang dipahat pada keranda atau final nail in the coffin untuk fin de regime ini.

Dari dahulu hinggalah sekarang, penguasa yang tidak mempedulikan keperitan rakyat, enggan mengambil tahu rintihan jelatanya, sehingga terasing dari realiti hidup rakyat – akhirnya bakal menjurus kepada keruntuhan sesebuah regim.

Ketika kerajaan mengagihkan BR1M bernilai RM500 kepada isi keluarga yang pendapatan bulanannya di bawah RM3,000, semestinya kerajaan ini sedar bahawa realiti hidup 60% isi keluarga yang serba kurang.

Bayangkan, sekeping saman berharga RM300 yang tiada ruang untuk rundingan diskaun, adalah 10% daripada pendapatan bulanan untuk 60% keluarga di Malaysia. Apakah ia tidak mencungkil kemarahan rakyat jelata?

Kerajaan BN makin keliru

Kekeliruan fungsi kerajaan adalah bibit zaman penghujung regim. Jawapan oleh seorang Menteri boleh dijadikan contoh kekeliruan, kekecohan dan tiada penyelarasan dalam kerajaan BN.

Ketika Menteri Pengangkutan Kong Cho Ha menjawab soalan di Parlimen – apabila isu Malaysia Airlines MAS) disentuh, maka dikatanya jawapan berada dalam lingkungan Kementerian Kewangan; ketika ditanya mengenai sistem pengangkutan awam, maka dikatakan pula ia adalah bidang kuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di bawah Jabatan Perdana Menteri; operasi pelabuhan juga di bawah Kementerian Kewangan.

Apa yang beliau cuba katakan ialah Kementerian Pengangkutan sekadar berperanan sebagai pengawalselia atau regulator, kononnya. Begitu juga dengan lapangan kapal terbang yang dikatakannya dikendalikan oleh syarikat di bawah Kementerian Kewangan.

Tanggungjawab kerajaan diserah kepada kroni swasta

Keselamatan pengangkutan awam adalah tanggungjawab Kementerian Pengangkutan, tetapi tugas pelaksanaan undang-undang ini diserah kepada institusi swasta untuk mengaut keuntungan.

Lebih-lebih lagi, AES bukan sistem baru yang menggantikan saman ekor oleh polis. Maka polis terus menyaman, kamera perangkap had laju polis juga terus menyaman. Dengan kata lain, polis terus dengan saman mereka, Kementerian Pengangkutan pula telah beri "sub-kontrak" saman mereka. Semua gembira saman-menyaman.

Demikianlah pencukaian oleh kerajaan BN dengan kaedah yang berbeza, dan rakyat didahulukan untuk merasai penderitaannya.

Malah, Kong Cho Ha cuba menggunakan Perlembagaan untuk memujuk agar kita menerima AES, kononnya AES dilancarkan kerana Perlembagaan menuntut kerajaan untuk menjamin keselamatan nyawa rakyat.

Tetapi, dua pertiga daripada lebih 6,000 mangsa yang diragut nyawanya lantaran kemalangan jalan raya, adalah penunggang motosikal. Apakah yang dilakukan Kementerian Pengangkutan untuk penunggang motosikal?

Adakah Kementerian Pengangkutan memastikan lorong motorsikal yang lebih selamat di sepanjang lebuh raya? Tidak, Kong Cho Ha akan memberi alasan, ini tanggungjawab Kementerian Kerja Raya.

Adakah Kementerian Pengangkutan menjamin kelancaran dan keberkesanan sistem pengangkutan awam? Kerana hanya dengan ini, golongan miskin dalam masyarakat tidak perlu bergantung kepada motosikal, sebaliknya boleh menggunakan kemudahan pengangkutan awam.

Jawapan Menteri semestinya berbunyi, pengangkutan awam di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri. Negara manakah yang pengangkutan awamnya tidak di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan? Hanya Malaysia boleh.

Penyelewengan dasar

Akhirnya, hal sekecil AES juga menonjolkan penyelewengan dalam dasar penswastaan yang dilaksanakan Mahathir Mohamad sejak memegang tampuk kuasa pada awal tahun 1980-an.

Menteri Dalam Negeri berkata, polis telah membeli 124 buah kamera perangkap had laju sejak tahun 1995, dengan jumlah perbelanjaan RM23.5 juta. Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mendakwa harganya 10 kali ganda lebih mahal berbanding kamera yang hampir sama di bandar Amerika Syarikat; Timbalan Menteri pula membela bahawa perbelanjaan ini termasuk "kos perkhidmatan" seperti latihan.

Kamera perangkap had laju polis pula lebih murah harganya berbanding AES. Sejauh manakah pelaburan kamera AES? Tiada orang yang mengetahuinya memandangkan kerajaan enggan mengumumkan kontrak.

Kong Cho Ha menyenaraikan dengan panjang lebar perkara yang dipertanggungjawabkan kepada syarikat kontraktor, untuk menjelaskan mengapa harganya melangit tingginya. Persoalannya, bukankah kaedah Bina-Kendali-Serah (BOT) dalam dasar penswastaan sepanjang 30 tahun ini menjelaskan kepada kita, harganya ditentukan syarikat swasta, yang membayar adalah rakyat? Istilah "fin de regime" kekal berlegar-legar dalam otak saya.

– Roketkini

Tiada ulasan: