Isnin, 10 Disember 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Musa Hassan Hanya Berlakon Dan Bersandiwara

Posted: 10 Dec 2012 01:17 AM PST

Bekas ketua jabatan siasatan jenayah Kuala Lumpur Mat Zain Ibrahim berkata, kemarahan yang disuarakan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan ke atas perdana menteri dan menteri dalam negeri baru-baru ini "hanyalah satu lagi sandiwara".

Mat Zain berkata, beliau pada mulanya berpendapat bahawa Musa sudah bertaubat dan mahu membawa pasukan itu kembali ke zaman kegemilangannnya.

"Baru-baru ini, Musa membuat beberapa komen ke atas menteri kabinet dan pemimpin Umno, namun beliau menegaskan bahawa tiada campur tangan dalam siasatan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.


"Beliau juga berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak terlibat dan tiada konspirasi untuk mengenakan Anwar dalam kedua-dua kes Liiwat I dan II.

"Saya kemudiannnya sedar bahawa kemarahan Musa itu, atau apa sahaja yang anda mahu panggil, hanya satu lagi sandiwara," katanya.

Beliau mendakwa, Musa hanya berpura-pura menentang pemimpin tertinggi dalam kabinet dan dalam Umno, namun sebenarnya melindungi individu tertentu – terutamanya peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Musa perlu sedang bahawa kejujuruan seseorang itu bukan perkara yang sukar untuk diuji, katanya.

http://www.malaysiakini.com/news/216334


PANAS - Najib & Rosmah Makan Di Restoran Tidak Halal

Posted: 09 Dec 2012 07:48 PM PST






Baca di sini dan di sini


PANAS - Ahli Parlimen Jerantut Keluar Umno

Posted: 09 Dec 2012 05:24 PM PST

Ahli parlimen Jerantut, Pahang yang juga merupakan bekas timbalan menteri pengangkutan di era pemerintahan rejim bekas perdana menteri kelima, Abdullah Ahmad Badawi, Tengku Azlan Sultan Abu Bakar mengisytiharkan dirinya keluar Umno berkuat kuasa semalam.

Dalam satu laporan yang dipetik melalui akhbar berbahasa Tamil, Makkal Osai, Tengku Azlan yang merupakan adinda kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pernah mengisyaratkan bahawa dirinya tidak akan bertanding semula mempertahankan kerusi parlimennya kira-kira dua bulan lalu menerusi satu temubual bersama sebuah akhbar berbahasa Melayu ketika itu.


Ahli parlimen Jerantut, Pahang yang juga merupakan bekas timbalan menteri pengangkutan di era pemerintahan rejim bekas perdana menteri kelima, Abdullah Ahmad Badawi, Tengku Azlan Sultan Abu Bakar mengisytiharkan dirinya keluar Umno berkuat kuasa semalam.

Dalam satu laporan yang dipetik melalui akhbar berbahasa Tamil, Makkal Osai, Tengku Azlan yang merupakan adinda kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pernah mengisyaratkan bahawa dirinya tidak akan bertanding semula mempertahankan kerusi parlimennya kira-kira dua bulan lalu menerusi satu temubual bersama sebuah akhbar berbahasa Melayu ketika itu.



Sumber - JalanPulang

30,000 sertai Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang

Posted: 09 Dec 2012 05:17 PM PST

TEMERLOH: Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengucapkan tahniah kepada rakyat Pahang yang menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang di Dataran Kerdau, malam ini.

Beliau menganggarkan kira-kira 30,000 hadir pada perhimpunan itu sekalipun pada masa yang sama berlangsung perlawanan bolasepak Piala AFF Suzuki peringkat separuh akhir antara Malaysia dengan Thailand.

(Pada perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini, Malaysia hanya seri 1-1 di mana gol pasukan negara dijaringkan Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-49 manakala Thailand oleh Teerasil pada minit ke-78.)


Ini, kata Tuan Ibrahim menunjukkan bahawa isu rakyat dilihat lebih penting oleh orang ramai walaupun mereka minat kepada sukan bola sepak.

"Saya pun minat bola, tetapi isu rakyat lebih penting daripada apa yang kita lihat (bola)," ujarnya yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat ketika menyampaikan ucapan pada majlis tersebut.

Beliau juga menjelaskan bahawa PAS Pahang mempunyai komitmen yang tinggi untuk menyelesaikan isu tanah tapak rumah rakyat yang tidak mempunyai tanah.

Katanya, Pakatan Rakyat mendapat mandat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti, masalah tersebut dapat diatasi.

Ini, katanya kerana Pahang mempunyai tanah yang luas, justeru tidak ada masalah bagi Pakatan Rakyat untuk memberikan tanah tapak rumah kepada rakyat negeri ini yang masih tidak bertanah. -Harakahdaily


Nurul Izzah dakwa pencetus provokasi dilindungi 'tangan-tangan hitam'

Posted: 09 Dec 2012 04:37 PM PST

KUALA LUMPUR – Tindakan lanjut terhadap individu yang dipercayai mencetuskan provokasi dan kekecohan dalam program dianjurkan Pakatan Rakyat (PR) seolah-olah tersekat kerana didakwa mempunyai kaitan dengan 'tangan-tangan hitam'.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mendakwa, 'tangan-tangan hitam' itu dikatakan cuba melindungi mereka yang bertindak kasar sehingga menyebabkan ada penyokong tercedera.


"Sebelum ini, insiden seperti ini pernah berlaku di Lembah Pantai, tapi tidaklah sampai seperti di Gombak (program Jelajah Mesra Rakyat). Semua sudah kita dokumentasikan (buat laporan polis) tapi malangnya masih lagi dilindungi.

"Jadi pada saya, jelas bahawa ada cubaan 'tangan-tangan hitam' yang melindungi pemukul serta mereka yang bertindak kasar.

"Saya pasti, ada arahan keluar kepada pihak polis untuk tidak menangkap individu yang memukul dan membaling batu," katanya ketika ditemui pada program Jelajah Mesra Rakyat di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung insiden provokasi yang berlaku pada malam Jelajah Merdeka Rakyat yang turut dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Gombak, 4 Disember lalu.

Dalam kejadian itu, terdapat penyokong PKR dan Umno dilaporkan mengalami kecederaan termasuk terkena tikaman.

Susulan insiden tersebut, Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, PR akan mengadakan perbincangan bagi mempertimbangkan langkah selanjutnya yang akan diambil memandangkan ia melibatkan keselamatan orang ramai.

"Jika tidak, ia akhirnya memberi insentif dan galakan kepada ramai lagi buat lebih banyak dan lebih teruk kepada pimpinan PR.

"Ini yang harus rakyat tentang kerana akhirnya rakyat tak berdosa yang terkena seperti mereka yang hadir ceramah atau kebetulan ada di situ," katanya.

Beliau menegaskan, PR menolak politik ganas seperti yang berlaku di Gombak dan meminta agar mereka diberi ruang berkempen kepada rakyat dengan cara sihat.

"Apa pun yang kita mahukan dalam Malaysia, konteks pelbagai parti yang bertanding, perlulah gaya sihat," katanya.

Pada majlis itu, Nurul Izzah beramah mesra dengan pengunjung dan peniaga ketika program 'walkabout' di Pasar Tani PPR Kerinchi serta Balaji Mini Market, Kondo Rakyat. - SinarHarian



‘Potong telinga’ Adnan riuhkan Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang

Posted: 09 Dec 2012 06:33 AM PST

TERMERLOH: Kenyataan 'potong telinga' Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan meriuhkan Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Pahang di Dataran Kerdau dengan para penceramah menggunakan kenyataan tersebut untuk membakar semangat mengajak rakyat Pahang berubah.

Hampir semua penceramah sejak petang sehinggalah malam ini menggunakan kiasan Adnan berjanji akan potong telinga dan terjun Sungai Pahang sekiranya Pakatan Rakyat menang di parlimen Bentong secara selang-seli untuk menghiburkan para hadirin.


"Sebagai rakyat Pahang, kita ambil ini sebagai cabaran untuk menawan Bentong dan Pahang," kata Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar).

Adnan ketika bercakap kepada wartawan di Perhimpunan Agung Umno (PAU) 12 berjanji akan memotong telinganya dan terjun ke sungai Pahang jika DAP menang di Parlimen Bentong.

Namun selepas itu, beliau mendakwa kenyataan itu hanya kiasan sahaja yang menyebabkan tekanan kepada beliau semakin meningkat, seolah-olah beliau bimbang terpaksa memotong telinganya apabila kalah di Bentung nanti.

Selepas bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberikan peluru dengan menyatakan BN sebagai syaitan yang dikenali, Adnan menjadi pemimpin Umno terbaru dengan kiasan potong telinga dan terjun Sungai Pahang.

Sudah pasti, keangkuhan Adnan akan digemakan di seluruh pelosok negeri Pahang dalam kempen PRU-13 nanti.


Ibrahim Ali tak akan mohon tapi sedia sertai Umno jika ditawar

Posted: 09 Dec 2012 05:00 AM PST

KUALA LUMPUR - Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau tidak akan memohon masuk Umno, sebaliknya sedia kembali ke pangkuan parti itu jika dipelawa.

Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini berkata, bagi beliau untuk menawarkan diri masuk Umno mungkin tidak akan berlaku kerana beliau pernah dipecat, melainkan menerima tawaran menyertai semula parti komponen Barisan Nasional (BN) itu.


"Saya pernah menjadi ketua bahagian selama 11 tahun dan anggota Majlis Teringgi Umno selama enam tahun, saya akui jiwa dan hati masih pada Umno tetapi nisbah nak masuk balik itu bergantung kepada pucuk pimpinan tertinggi.

"Saya tidak akan mohon kerana pernah dipecat, tetapi jika ditawarkan oleh Umno, saya akan menerimanya secara terbuka. Saya tak mahu dikatakan hidung tak mancung pipi tersorong-sorong," katanya ketika diminta mengulas tindakan Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim yang menyertai semula Umno bersama 347 yang lain semalam.

Walaupun Ibrahim seorang Ahli Parlimen Bebas, tetapi beliau dilihat sebagai wakil rakyat mesra BN.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, beliau bertanding di Pasir Mas atas tiket Pas, tetapi mengisytiharkan dirinya wakil rakyat Bebas.

Dalam pada itu, Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Noordin pula berkata, langkah Zahrain itu adalah keputusan beliau sendiri.

"Itu adalah keputusan beliau sendiri dan bukannya keputusan Konsensus Bebas.

"Bagi saya, jika hendak membantu Umno, tidak semestinya kita perlu ada dalam Umno, di luar pun boleh," katanya.

Kedua-dua, bekas wakil rakyat PKR dan keluar parti pada awal 2010, merupakan anggota Konsensus Bebas.

Beliau menambah, selalunya bantuan dari luar mempunyai peranan yang cukup besar diibaratkan seperti "penyerang import."


Tiada ulasan: