DUNIACACAMARBA |
- SMS Provokasi Ceramah Pakatan Rakyat di Gombak Didedahkan
- [Video] "Najib ... aku tak rampas bini orang...." - Anwar Ibrahim
- [PANAS] Kes Kematian Aminulrasyid: Mahkamah BEBASKAN Koperal Jenain, Alasan...
- Remaja 14 Tahun Baling Sabit Elak Dirogol Perompak
- [Gambar&Video] Penyokong BN Serang Ceramah PR, Seorang Cedera Ditikam
SMS Provokasi Ceramah Pakatan Rakyat di Gombak Didedahkan Posted: 04 Dec 2012 10:55 PM PST [KD] KUALA LUMPUR 5 Dis: Serangan sekumpulan samseng terhadap ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Gombak malam tadi didahului dengan penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) berupa 'arahan' beberapa hari sebelumnya. SMS itu menyatakan arahan supaya membantah kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim pada program yang diadakan di Dataran Sharuddin, Batu 8 1/2 di Gombak. SMS itu didedahkan Ketua Cawangan PAS Kampung Gombak Utara, Haider Samsudin kepada Keadilan Daily malam tadi. Katanya, beliau menerima SMS itu beberapa hari sebelum ceramah berlangsung. "SMS ini disebarkan kepada orang ramai khususnya pemimpin PAS dan anggota supaya tidak turun ke ceramah. Ia juga mengandungi bukti arahan supaya rakyat turun beramai-ramai buat provokasi pada ceramah," jelasnya. Pada program itu, Haider cedera di kepala akibat dibaling objek keras dipercayai pasu oleh samseng Umno. Berikut SMS tersebut: 1. Adalah dimaklumkan pada tarikh 4.12.2012 hari selasa malam, ketua pembangkang anuar ibrahim akan datang ke gombak utara bt 8, diharapkan tuan tuan dapat menurunkan seberapa ramai pemuda cawangan bagi menghalang kehadiran beliau ke gombak utara. Tuan tuan! Gombak Utara adalah maruah kita, sama samalah kita turun beramai ramai pada malam tersebut. 2. A.kum & slm perjuagan.. diseru semua ketua 4 sayap caw2 (Cawangan-cawangan). PDM (Pusat Dun Mengundi) Bt (batu) 9 Gbk (gombak) dpt (dapat) menurunkan seberapa ramai ahli caw.ke perkarangan pjb (pejabat) Dun Simpang bt 8 gbk (gombak) mlm (malam) ini jam 8mlm (malam) bg (bagi) menyokong BANTAHAN kehadiran KETUA PENGKHIANAT BANGSA ke kg kita gbk (gombak) utara.. moga kita sama2 dpt (dapat) membela kg kita & mempertahankan kubu kuat kita dr (dari) dikhianati oleh egen ZIONIS ini… su (setiausaha) pdm (Pusat Dun Mengundi) bt (batu) 9 gbk (gombak). Penyebaran SMS itu turut disahkan Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Gombak, Amirudin Shari dalam kenyataan pagi ini. "Beberapa hari sebelum program, pimpinan Pakatan Rakyat Gombak telah dimaklumkan bahawa terdapat pesanan ringkas (SMS) yang berlegar untuk menggesa Pemuda Umno Gombak turun untuk menghalang program yang akan berlangsung," kata Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Caves itu. Ekoran itu, sebagai langkah keselamatan, kepimpinan Pakatan Rakyat Gombak membuat satu laporan polis Isnin lalu di Balai Polis Gombak bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Laporan awal di sini. | ||||
[Video] "Najib ... aku tak rampas bini orang...." - Anwar Ibrahim Posted: 04 Dec 2012 08:59 PM PST | ||||
[PANAS] Kes Kematian Aminulrasyid: Mahkamah BEBASKAN Koperal Jenain, Alasan... Posted: 04 Dec 2012 08:09 PM PST [SH] SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menerima rayuan Koperal Jenain Subi dan membebaskan dia daripada hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan ke atasnya pada September 2011 berhubung kes menembak mati remaja lelaki berumur 15 tahun, Aminulrasyid Amzah dua tahun lalu. Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli yang mempertimbangkan rayuannya memutuskan demikian selepas mendapati Jenain, 49, tidak mempunyai niat untuk membunuh remaja berkenaan tetapi tujuan utamanya hanya untuk memberhentikan kenderaan dipandunya. Abdul Rahman berpuas hati anggota polis itu melepaskan tembakan hanya untuk memberhentikan kereta proton Iswara dipandu Aminulrasyid dan bukan dengan niat untuk membunuh remaja lelaki itu. Beliau juga berkata tiada kes prima facie dibuktikan ke atas Jenain dan anggota polis itu tidak sepatutnya dipanggil membela diri. Jenain yang bertugas di Unit Kereta Peronda, Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid antara 1.10 pagi dan 2 pagi, 26 April 2010 di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di sini. Pertuduhan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda. Pertengahan September lalu, Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara lima tahun selepas mendapati Jenain bersalah menyebabkan kematian Aminulrasyid. Aminulrasyid disahkan meninggal dunia akibat luka tembakan di kepala. Ketika menjatuhkan hukuman September 2011, Hakim Latifah Mohd Tahar memutuskan bahawa penggunaan senjata oleh Jenain, yang berakhir dengan 21 tembakan, satu tindakan keterlaluan dan tidak wajar untuk menghentikan kereta yang dipandu oleh Aminulrasyid. Latifah membuat keputusan itu selepas berpuas hati bahawa pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. P/s: Hebat undang-undang Malaysia!!! Polis tembak lebih 20 kali diterima sebagai alasan untuk memberhentikan kereta. Gila! Mengapa polis tidak menyasarkan tembakan pada bahagian tayar? Adakah pada pandangan mata polis, Aminulrasyid dan rakannya merupakan suspek jenayah yang sangat-sangat dikehendaki polis pada ketika itu? Gila! Moga-moga keluarga Aminulrasyid tabah menerima penghakiman mahkamah yang membebaskan individu yang menembak mati Aminulrasyid. Insya-Allah, mereka masih ada ruang dan peluang untuk menuntut keadilan.
Laporan Berkaitan: Koperal Jenain Dipenjara Lima Tahun 15/09/2011 [Bernama] SHAH ALAM 15 Sept. - Seorang anggota polis berpangkat Koperal, Jenain Subi dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah didapati bersalah menyebabkan kematian Aminulrasyid Amzah, 15, pada April tahun lepas. Hakim Latifah Mohd Tahar membuat keputusan itu selepas berpuas hati bahawa pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Jenain, 48, didakwa melakukan kesalahan itu antara 1.10 pagi dan 2 pagi 26 April 2010 di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di sini. Pertuduhan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. Aminulrasyid disahkan meninggal dunia akibat luka tembakan di kepala. Seramai 39 saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Idham Abd Ghani, Mohd Dusuki Mokhtar dan Adilla Ahmad sementara Jenain diwakili peguam M.Athimulan, Salim Bashir dan Halim Ashgar Mohd Hilmi. | ||||
Remaja 14 Tahun Baling Sabit Elak Dirogol Perompak Posted: 04 Dec 2012 06:18 PM PST
[Kosmo] TELUK INTAN – Tindakan berani seorang gadis melawan seorang perompak dengan membaling sabit ke arah suspek bukan sahaja dapat menyelamatkan maruahnya daripada dinodai malah berjaya membuatkan lelaki itu bertempiaran lari. Kejadian pukul 7.30 malam di di sini pada Sabtu lalu berlaku ketika gadis yang dikenali sebagai Nadia, 14, didatangi perompak bersenjatakan parang panjang ketika berada di dalam rumah bersama neneknya. Mengimbau semula kejadian itu, Nadia memberitahu, sebelum kejadian, neneknya sedang membaca surah Yasin selepas mengerjakan solat Maghrib di ruang tamu manakala dia berada di dalam bilik. Ahli keluarganya yang lain keluar ke bandar Teluk Intan untuk membeli barangan keperluan. Siti Nadia bersekolah di Selangor dan datang ke sini kerana cuti sekolah. "Tiba-tiba saya terdengar nenek menjerit meminta tolong. Sebaik keluar, saya ternampak seorang lelaki sedang mengacu parang ke arah nenek. "Penjenayah kemudiannya meminta saya menanggalkan pakaian dan kata mahu rogol saya jika nenek enggan menyerahkan gelang dan cincin emas yang dipakai," ceritanya ketika ditemui di sini semalam.
| ||||
[Gambar&Video] Penyokong BN Serang Ceramah PR, Seorang Cedera Ditikam Posted: 04 Dec 2012 05:16 PM PST [KD] Seorang penyokong Pakatan Rakyat cedera ditikam samseng Umno pada program Jelajah Merdeka Rakyat di Parlimen Gombak malam tadi. Mangsa luka di bahu kiri akibat tikaman yang dipercayai menggunakan senjata – kerambit, sebelum dirawat petugas KEADILAN. Ia berlaku ketika sekumpulan samseng Umno yang sebahagiannya membawa bendera BN mengganggu ceramah di Dataran Sharuddin, Batu 8 1/2 di sini. Kumpulan samseng Umno yang sebahagiannya didakwa sebagai pesilat, selain berbuat bising menggunakan kata kesat turut melempar batu ke tapak ceramah. Mengulas kejadian itu ketika berpidato, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam keras perbuatan zalim itu. "Ikut sejarah Islam, yang baling batu ini siapa? Puak Jahiliyah!" katanya yang turut mendesak polis menjalankan siasatan sehingga pihak bertanggungjawab dikenakan tindakan. "Kalau tak ambil tindakan, saya sendiri datang cari Ketua Polis (Daerah) Gombak," katanya dengan nada tegas. Beliau juga meminta penyokong Pakatan tidak membalas kezaliman itu, sebaliknya menjaga akhlak dan istiqamah dalam perjuangan. "Kalau kita pun balas baling batu, kita sama dengan mereka.Kita nak menang jaga akhlak, Kita nak menang pertahan Semangat Perlembagaan" katanya. P/s: Lahanat!!!! Laporan Berkaitan: PKR Kecam Ketua Pemuda Umno Gombak Kerana Serang Ceramah Merdeka Rakyat [TMI] KUALA LUMPUR, 5 Dis – Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali mengecam Ketua Pemuda Umno Gombak Datuk Megat Zulkarnain Omardin yang mengetuai sekumpulan samseng menyerang ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Gombak malam tadi. Pergaduhan bermula kira-kira jam 10 malam semasa ahli parlimen Gombak tersebut memulakan ucapannya yang menyaksikan batu dan kayu dibaling ke arah orang ramai di Dataran Sharuddin, Batu 8 ½. "Saya sangat kesal dengan sikap biadap Umno ini, malahan ada juga yang cedera akibat sikap samseng ini," kata Azmin ketika ditemui The Malaysian Insider selepas ketegangan diantara penyokong Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) reda malam tadi. Menurut Azmin lagi, lebih mengecewakan lagi kerana Megat yang merupakan anak guru silat, Tan Sri Omar Din Mauju yang sengaja merancang provokasi semasa ceramah. Timbalan presiden PKR itu mendakwa Megat dan kumpulan yang diketuainya melontar kata-kata kesat dan membaling objek ke arah lokasi ceramah. "Mereka (Umno) menggunakan ahli silat untuk mencetuskan provokasi. " Md Haidir SamsuddinMegat sendiri mengetuai kumpulan tersebut mencetuskan provokasi dan bergaduh dengan sukarelawan Pakatan Rakyat (PR) disini," tambah beliau lagi. Dalam serangan tersebut, beberapa sukarelawan cedera di kepala akibat dibaling batu dan ada juga yang ditusuk dengan benda tajam semasa insiden. Antara mangsa tersebut ialah Md Haidir Samsuddin, 48 yang cedera di kepala akibat terkena batu yang dibaling oleh samseng tersebut. "Saya ketika itu di tepi jalan sedang mengawal keadaan semasa samseng Umno cuba buat kecoh. "Tiba-tiba batu besar daripada seberang jalan jatuh mengenai kepala saya," kata Haidir berdarah dikepalanya. Ekoran kekecohan itu, sekumpulan Polis Bantuan Persekutuan (FRU) yang berada di lokasi dengan cepat mengawal keadaan dan membentuk perisai bagi memisahkan antara kedua-dua kumpulan. Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Rosly Hassan berkata pihaknya masih belum menerima sebarang laporan daripada individu yang tercedera serta mendakwa keadaan terkawal semasa insiden berlaku. "Tiada laporan polis setakat ini dan keadaan terkawal," kata Rosly semasa ditemui The Malaysian Insider ditempat kejadian. Insiden serangan ke atas ceramah PR ini bukan yang pertama, sebelum ini di Lembah Pantai turut berlaku kejadian sama apabila ceramah ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dibaling batu sehingga menyebabkan ada hadirin yang tercedera. Bas Jelajah Merdeka Rakyat yang membawa pemimpin Anwar dan pemimpin PKR berceramah ke seluruh negara turut menjadi mangsa apabila beberapa kali disimbah dengan cat dan dibaling batu. Dalam ceramah malam tadi, selain Azmin dan Anwar, turut hadir adalah Tamrin Ghafar dan Adun Batu Caves, Amirudin Shari. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan