Tukar Tiub |
- MATI BI BUNUH POLIS - TAPI POLIS BEBAS DARI PENJARA
- MALAM ESOK RADIO BANGSAR TEMU BUAL DENGAN RONNIE TENTANG KAMERA HARAM
- ANAK KECIL BUKAN MAIN API - TAPI MATI DI TEMBAK POLIS
- TUKAR TIUB MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG TAN SRI MUSA HASAN
- BERITA BAIK UNTUK RAKYAT SELANGOR
- MEMBAWA PENCERAHAN UNTUK ANAK MUDA
- SATU LAGI SEBAB MENGAPA KITA WAJIB TURUN KE JALAN RAYA 12 JANUARI
- 12 JANUARI BUKAN SATU AMARAN TAPI SATIU JANJI
- MEREKA SAMSENG - KITA TURUN SATU JUTA 12 JANUARI
- DI AFRIKA SENDIRI - TAK ADA YANG SUKA WARGA NIGERIA
MATI BI BUNUH POLIS - TAPI POLIS BEBAS DARI PENJARA Posted: 05 Dec 2012 06:30 PM PST Keputusan mahkamah sangat tidak adil – Keluarga Aminulrasyid KUALA LUMPUR 5 Dis: "Keputusan mahkamah memang sangat tidak adil kepada pihak kami," kata Azura Amzah, kakak kepada Aminulrasyid Amzah, 15, yang ditembak mati anggota polis dua tahun lalu. Keluarganya tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini yang membebaskan tertuduh, Koperal Jenain Subi daripada tuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyid. Semasa mahkamah mengumumkan keputusan itu pagi tadi, Azura dan keluarganya tidak ke mahkamah, tetapi mengikuti perkembangan melalui internet. Hakim Datuk Abdul Rahman Sebi memutuskan keputusan tersebut selepas menerima rayuan Jenain, 49, terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan ke atasnya oleh Mahkamah Sesyen di sini pada September tahun lepas. SEMUA BANGUN MELAWAN KERANA TIDAK ADIL MAKA maka orang ramai dijemput turun ke kuala lumpur pada 12 januari keluarga sarbini keluarga kugan keluaga francis semua di jemput turun satu juta di kuala lumpur ialah satu juta kemarahan rakyat satu juta di kuala lumpur ialah satu juta kebangkiatan rakyat hari kebangkitan rakyat ialah hari dimana rakyat bangun menentang kezaliman menentang penindasan menentang ke batilan ---- |
MALAM ESOK RADIO BANGSAR TEMU BUAL DENGAN RONNIE TENTANG KAMERA HARAM Posted: 05 Dec 2012 05:36 PM PST NOTA: Yb Ronnie Liu yang bertanggung jawab untuk merobohkan kamera AES yang diharamkan di selangor akan di temu bual oleh radio bangsar malam esok sial ajukan soalan kepada radio bangsar Selangor arah 2 kamera AES ditutup mulai esok Shah Alam: Kerajaan Selangor semalam memutuskan dua kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dipasang di negeri itu ditutup mulai esok. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata keputusan itu dibuat selepas Kementerian Pengangkutan tidak memberi maklum balas terhadap surat dihantar pihak berkuasa tempatan menuntut kementerian itu mematuhi prosedur pemasangannya. PROGRAM RADIO BANGSAR TENTANG DASAR KERAJAAN PAKATAN RAKYAT DI SELANGOR radio bangsar utama akan temu bual dengan elizebeth wong berbincang tentang alam sekitar tanah yang dirembat oleh united malays national organisation dan politik selangor kalau ada pertanyaan sila ajukan dari sekarang tulis soalan ke email: radiobangsarutama@gmail.com MALAM ESOK JAM 9:30 radio bangsar utama akan temu bual dengan ronnie liu sesiapa ada soalan untuk ronnie sila hantar ke: radiobangsarutama@gmail.com BAGAIMANA TOWKAY SYABAS TELAH BERSEKONGKOL DENGAN HASAN ALI UNTUK REMBAT SELANGOR ATAS NAMA ISLAM ------- |
ANAK KECIL BUKAN MAIN API - TAPI MATI DI TEMBAK POLIS Posted: 05 Dec 2012 04:30 PM PST MATI DI TEMBAK POLIS Kenyataan Umum 5 Disember 2012 Keadilan Buat Aminulrasyid: SAMM Sanggah Keputusan Mahkamah! Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang sentiasa komited mempertahankan nasib Aminulrasyid Amzah yang ditembak bertubi-tubi dan dituduh penjenayah setelah kematiannya, hari ini menyanggah keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam apabila rayuan Koperal Jenain Subi diterima. Sehubungan itu, Jenain dibebaskan daripada hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan ke atasnya pada September 2011 berhubung kes menembak mati Aminulrasyid. Seperti dijangka keputusan mahkamah peringkat awal hanya bertujuan untuk sejukkan keadaan semata-mata. Ini satu keputusan yang menghina rakyat negara ini, apakah dengan keputusan ini membolehkan polis guna senjata api sewenang-wenangnya? Dengan keputusan ini juga, rakyat berdepan dengan risiko ditembak bukan hanya dari perompak bank tetapi dari kelalaian polis yang bertugas. Bagi SAMM, jangan sesekali kita lupa bahawa Jenain telah melepaskan 21 das tembakkan untuk memberhentikan sebuah kereta biasa, bukan kereta kebal. Ini melangkaui keraguan munahsabah. Sudahlah Aminulrashid mati dibunuh, dituduh pula sebagai penjenayah apabila kononnya dijumpai sebilah pedang atau parang dalam kenderaan milik kakak arwah yang dipandunya. Walaupun didesak berkali-kali, pihak polis tidak menarik balik tuduhan penjenayah dan tetap tidak akui bahawa parang tersebut adalah 'planted evidence' sedangkan Aminulrasyid dikenali sebagai seorang remaja yang baik oleh warga setempat. Sungguhpun undang-undang membenarkan polis menggunakan segala langkah yang perlu untuk melakukan tangkapan, termasuk tembak mati, tetapi ia terikat dengan syarat - hanya kepada jenayah yang dilakukan itu ialah jenayah yang boleh dihukum mati selain mempertahankan diri. Jelas kedua-dua kriteria tersebut tidak tepat untuk membolehkan Aminulrasyid dibunuh. Dengan pelbagai tohmahan palsu, tanpa sebarang permaafan dari pihak polis dan menteri KDN, dan terbaru keputusan mahkamah yang 'tidak logik', di manakah keadilan buat arwah adik Aminulrasyid? SAMM tidak bermusuh dengan pihak polis malah SAMM bersama dengan anggota polis yang berintegriti sepertimana dalam isu bekas IGP dedah siasatan polis diganggu ahli politik. SAMM juga bingkas ke depan mendedahkan bantuan kebajikan bekas polis yang di'rompak' 40% secara halal oleh pihak ketiga. Justeru itu SAMM menganggap dalam isu Aminulrasyid, pesalah tetap pesalah. Kelalaian pihak polis wajar diakui dan si penembak harus dihukum setimpal agar tiada lagi polis yang lain menembak di lapangan awam tanpa pertimbangan yang sepatutnya. Jenain dibiarkan bebas ketika keluarga arwah Aminulrasyid meratapi pemergian 'budak penjenayah' ciptaan polis, tanpa keadilan. Edy Noor Reduan Pengarah Propaganda SAMM ------- |
TUKAR TIUB MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG TAN SRI MUSA HASAN Posted: 05 Dec 2012 06:00 AM PST KOMENTAR TUKAR TIUB musa hasan membatalkan sidang akhbar di bangkok mengikut iklan FOREIGN PRESS CLUB THAILAND musa akan memberikan satu sudut baru tentang kes altantuya kes ini melibatkan najib melibatkan razak baginda apa sudut baru yang diketahui oleh musa masih belum diumumkan tapi yang saheh musa hasan telah membuat sidang akhbar minggu lalu musa berkata : bahawa ada politikus campur tangan dalam kerja-kerja polis apa makna ini? kes apa? politikus mana? apa dokumen yang ada pada musa? adakah ini dokumen yang ada pada kj? semua ini adalah tanda-tanda bahawa benteng tembok united malays national organisation sudah pecah akan terbarai tidak lama lagi Musa Hassan bakal dedah peranan pemimpin Umno dalam serangan fitnah (Oleh Masdar Wahid) KUALA LUMPUR 5 Dis: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan akan membongkar satu lagi pendedahan di Shah Alam dalam masa terdekat berhubung peranan pemimpin tertinggi Umno dalam serangan fitnah. Perkara itu dinyatakan Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali pada Ceramah Merdeka Rakyat di Dataran Sharuddin, Batu 8 1/2, Gombak Utara malam tadi. Beliau bagaimanapun tidak memperinci tarikh pendedahan itu. Ahli Parlimen Gombak itu menyifatkan pendedahan tersebut sebagai petanda Umno BN berkubur pada Pilihan Raya Umum nanti. JENG JENG JENG JENG JENG JENG kah kah kah.... INI PERKEMBANGAN TERBAIK.... kah kah kah.. kah kah kah.... INI BERITA TERHANGAT.... kah kah kah.. kah kah kah...INI TALI GANTUNG UNTUK GEROMBOLAN... kah kah kah... kah kah kah... INI AKAN SELAMATKAN SIRUL DAN AZILAH... kah kah kah ------ |
BERITA BAIK UNTUK RAKYAT SELANGOR Posted: 05 Dec 2012 04:30 AM PST Exco Selangor Ronnie Liu berkata pihak berkuasa terbabit pada hari Jumaat ini akan menurunkan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik yang dipasang di negeri itu. "Saya akan maklumkan masanya kepada pemberita," kata Liu yang bertanggungjawab ke atas kerajaan tempatan. Kamera perangkap laju itu dipasang di kilometer 6.6 Lebuhraya Lembak Kelang Selatan (SKVE) dan di kilometer 301.6 di Lebuhraya Utara Selatan. Liu turut mempersoalkan satu gambar yang didakwa menunjukkan pekerja menurunkan kamera berkenaan di SKVE, yang beredar di ruang Internet. "Ianya palsu. Ia mungkin (dirakam) ketika mereka memasang (kamera) tersebut. Saya sudah hantar orang untuk periksa dan kamera itu masih ada," katanya. Selangor akan menurunkan kamera berkenaan selepas memberi tempoh selama 14 hari kepada kontraktor AES supaya berbuat demikian dalam masa dua minggu. Beliau mendakwa, Jabatan Pengangkutan Jalan dan kontraktor berkenaan gagal memohon untuk mendapatkan kebenaran merancang bagi memasang alat berkenaan – yang dianggap sebagai struktur haram. KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit... KEMPEN ANTI AES TELAH MULA BERJAYA.... kah kah kah.. kah kah kah... ANAK MUDA WAJIB TERUS BERI TEKANAN.... kah kah kah.. kah kah kah... TEKAN SAMPAI SEMUA TERCABUT KELUAR... kah kah kah.. kah kah kah... KALAU LEPAS JUMAAAT.... MASIH TERJUMPA... kah kah kah... ka kah kah... ERTINYA MEMANG SAH BOOLEH DI CABUT.... kah kah kah... kah kah kagh... KESIAN RAKYAT DI NEGERI BUKAN PAKATAN.... kah kah kah.... kah kah kah.... SEMUA JADI MANGSA KRONI.... kah kah kah.... NOTA: ronnie liu ialah kawan baik sadikin omar ronnie liu juga kenalan lama acino seth dan kawan baik edi samm kah kah kah ----- |
MEMBAWA PENCERAHAN UNTUK ANAK MUDA Posted: 04 Dec 2012 10:13 PM PST ANAK MUDA AKHIRNYA DUNIA INI ADALAH MILIK KAMU tulisan ini muncul di malaysiakini dua bulan sebelum saya ditahan dibawah isa saya ditahan pada petang 10/4/2001 ketika itu tulisan saya hanya muncul di malaysiakini ketika itu belum ada blog ketika itu belum ada facebook belum ada myspace dua tahun kemudian bila saya bebas blog myspace friendster telah muncul facebook masih belum wujud tweeter masih belum wujud tetapi kurang faham warga malaysia terhadap apa dia komunis terhadap falsafah komunis dan nilai perjuangan komunis masih menebal songsang hingga ke hari ini ini kerana sikap malas membaca ini kerana sikap prasangka ini kerana budaya berfikir kritikal tidak wujud ini kerana wujudnya budaya malas berfikir ini kerana lebih suka mendengar dari membaca ini kerana lebih suka mengikut dari pemula ini kerana takut memecah ruyung kapitalism neokolonialisma imperialisma masih wujud perang di iraq perang di afghanistan perang di syria perang di palestine dan dan dan.... justeru pandangan kiri garis kiri politik kiri politik progresif kiri politik revolusiner kiri adalah satu jalur menentang imperialisma satu jalur menentang kapitalisma satu jalur menentang kezaliman satu jalur melawan kebatilan satu jalur menegak keadilan diharapkan sekali lagi tulisan ini saya keluarkan agar ianya membawa pencerahan hendaknya adanya DUNIA KE TIGA BANGUN MELAWAN Kenapa saya bukan komunis? Jika ditanyakan satu perkataan dalam negara kita ini yang paling tidak difahami, selalu disalahertikan dan sering disongsangkan maknanya; maka saya akan menjawab, communist atau komunis. Satu ketika dahulu, Wilfred Burchett, seorang wartawan Australia, telah dituduh sebagai komunis oleh kerajaan konservatif Australia. Hak kerakyatannya dirampas. Beliau kemudian diberi suaka politik oleh Republik Rakyat Vietnam. Sebagai wartawan, beliau terus menulis dan memimpin The Guardian Weekly yang diterbitkan di Amerika. Mingguan bebas ini telah menjadi bahan wajib untuk sesiapa saja yang prihatin terhadap perang Vietnam pada 1960-an hingga 1970-an. Anak muda dan siswa dari Melbourne, London, Paris hingga ke Berkeley - semuanya akan cuba membaca akhbar berhaluan kiri ini. Apabila kerakyatannya dirampas Burchett telah ditanya oleh seorang wartawan: 'Are you a communist?' Tanpa berfikir banyak beliau menjawab 'I am an Australian, mate.' Ini berlaku dalam suasana Perang Dingin, apabila pertempuran ideologi antara kapitalisme dan sosialisme sedang hebat berjalan. Amerika Syarikat yang mewakili kepentingan kaum pemodal antarabangsa sedang mengancam negara-negara Dunia Ketiga yang baru merdeka atau sedang berjuang menuntut kemerdekaan. Negara-negara Dunia Ketiga pula dibantu oleh blok Soviet dan China yang menyokong hak rakyat tanah jajahan untuk menentukan nasib mereka sendiri. Dalam suasana siasah inilah munculnya kesongsangan takrifan makna perkataan komunis itu di dalam negara kita. Perkataan communist atau komunis berasal dari perkataan Perancis commune. Perkataan ini membawa makna daerah tempat tinggal satu kumpulan manusia. Jika ditukarkan ke bahasa Melayu, istilah itu bermakna mukim atau kampung. Semua warganegara Belgium, Perancis dan Switzerland tinggal dalam sebuah commune yang kemudian menjadi daerah dan akhirnya negara. Apabila mula sampai ke Belgium, saya tinggal dalam commune Braine-le-Comte. Ini bukan bermakna saya menjadi komunis Braine-le-Comte. Apa yang terjadi ialah saya menjadi sebahagian komuniti dan masyarakat di commune ini. Makna songsang Perkataan commune membawa konsep komuniti dan komunikasi - perhubungan sesama insan - secara luas membawa konsep kemasyarakatan. Makna komunis seperti ini sengaja disongsangkan oleh penjajah Inggeris dan diterus digunakan oleh Umno hingga ke hari ini. Inggeris menyongsangkan makna komunis ini untuk terus menjajah Tanah Melayu. Mereka sedar bahawa satu-satunya kuasa yang boleh menumpaskan kuasa penjajah dan imperialis Inggeris di Tanah Melayu ialah kekuatan politik dan ideologi Parti Komunis Malaya. PKM memang mengangkat senjata untuk membebaskan negara ini daripada terus menjadi tanah jajahan Inggeris. Mereka memang menembak mati musuh mereka - kapitalis dan pemodal - yang menjajah dan memunggah harta kekayaan negara kita. Mereka menjalankan taktik revolusi bersenjata untuk mempertahankan diri dan melawan kekuatan tentera Inggeris dan tentera negara-negara Komanwel. Bagaimanapun harus disedari bukan semua pejuang dalam PKM itu insan komunis. Dan bukan semua yang mengangkat senjata itu ahli Parti Komunis Malaya. Mereka sebaris bersatu berjuang kerana ingin membebaskan Tanah Melayu. Penjajah Inggeris yang terdesak telah menjalankan perang saraf yang licik untuk menggambarkan bahawa komunis itu jahat dan ganas, pembunuh dan bandit. Kepada mereka yang mempunyai pegangan agama, komunis ditohmahkan anti-Tuhan dan tidak mempercayai agama. Hingga ke hari ini, saya lihat takrifan ini masih digunakan oleh Umno dan kerajaan Barisan Nasional. Momokan komunis terus digunakan untuk menfitnah musuh-musuh politik Umno. Kerana Perang Dingin telah selesai, maka menjadi kewajiban intelek saya untuk menerangkan kepada orang ramai apakah sebenarnya insan yang dipanggil komunis. Telah sampai masanya momok komunis itu dihapuskan. Kita sebagai rakyat tidak perlu lagi takut kepada perkataan komunis itu atau mudah ditakut-takutkan dengan momok komunis. Bagi saya, seorang komunis itu adalah insan yang tinggi inteleknya, luas pembacaan dan luas bidang pemikirannya. Insan komunis adalah seorang internasionalis - berjuang bukan untuk bangsa tetapi untuk seluruh kemanusiaan. Insan komunis menolak kotak-kotak kecil yang memisahkan sesama manusia. Secara tidak sengaja dia dilahirkan di Tanah Melayu, maka kancah perjuangannya di bumi Melayu ini. Jika dia dilahirkan di Berlin maka di Berlin pula dia akan berjuang. Insan komunis tidak mempunyai sikap dan nilai perkauman. Jika dia seorang lelaki dia akan menghormati wanita bukan sebagai objek seks tetapi sebagai manusia. Insan komunis adalah seorang feminis dan tidak sexist nilai hidupnya. Komunis tidak mempunyai nilai prasangka tanpa penelitian yang rapi. Seorang komunis menghormati budaya-budaya dan cara hidup insan lain. 'Tiga Abdul' bukan komunis Insan komunis akan melangkah satu kilometer ke hadapan untuk melakukan kebaikan. Insan komunis tidak pernah berundur daripada berfikir, menulis dan bercakap tentang kebenaran. Insan komunis menghormati kepercayaan mereka yang beragama dan juga menghormati kepercayaan mereka yang tidak beragama. Insan komunis mungkin beragama dan mungkin tidak beragama. Seorang komunis adalah intelek tulen yang mengabadikan hidupnya kepada kebenaran. Pernah pada tahun 1977, saya ditanya oleh seorang anggota Parti Buruh di Australia, apakah 'Tiga Abdul' yang ditahan di bawah akta ISA itu orang-orang komunis. Jawapan saya cukup senang. Mereka bukan komunis kerana mereka tidak mempunyai nilai-nilai yang setaraf dengan nilai insan komunis. Adalah satu komedi absurd jika 'Tiga Abdul' ini diangkat ke taraf komunis. Baru-baru ini Siqiu yang membuat rayuan pilihanraya untuk masyarakat Tionghua telah dituduh sebagai komunis. Tuduhan ini adalah salah dan tidak betul. Telah amat jelas bahawa Suqiu bukan komunis - mereka tidak mempunyai nilai-nilai komunis yang unggul, suci dan bersih. Mereka bukan mewakili golongan tertindas - mereka mewakili golongan pemodal pertengahan bangsa Cina. Berdolak-dalik bukan sifat insan komunis. Insan komunis pendiriannya teguh dan tidak pernah bergoncang. Datanglah apa saja, termasuk tali gantung - insan komunis tidak pernah mengundur. Saya juga selalu ditohmah sebagai seorang sosialis dan komunis. Saya rasa ini adalah satu penghormatan yang terlalu tinggi untuk diri saya. Saya tidak sanggup menerima penghormatan ini. Saya terpaksa menolak kerana saya tidak mempunyai kualiti dan nilai-nilai hidup seorang insan komunis. Menuduh saya sorang komunis samalah seperti mengangkat martabat saya ke satu tahap insan yang begitu suci. Seminggu sebelum saya meninggalkan kota London setelah 20 tahun tidak pulang ke Malaysia, saya telah ditanya oleh seorang wartawan wanita Malaysia di kota itu - apakah saya seorang komunis? Lalu saya menjawab 'saya bukan komunis - saya daripada suku Biduanda dari Jelebu, Negeri Sembilan'. --------- |
SATU LAGI SEBAB MENGAPA KITA WAJIB TURUN KE JALAN RAYA 12 JANUARI Posted: 04 Dec 2012 09:07 PM PST MARI BERSAMA GULINGKAN UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION KOMENTAR TUKAR TIUB ini adalah salah satu sebab mengapa satu juta rakyat wajib turun pada 12 januari kematian di dalam lokap kematian dalam rumah pasong kematian di tembak mata mata bukan satu yang baru masanya telah tiba untuk satu juta turun ke jalan raya ini salah satu ajenda kebangkitan rakyat ini salah satyu ajenda kemarahan rakyat MAHKAMAHKAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit.... PELIK TETAPI PELIK.... kah kah kah.. kah kah kah... ADAKAH SIRUL YANG TEMBAK AMINULRASHID?.... akh kah kah.. kah kah klah....ADAKAH AZILAH YANG TEMBAK AMINULRASHID?.... kah kah kah.. woit... MUNGKIN AMINULRASHID TEMBAK DIRINYA SENDIRI.... kah kah kah... AMINULRASHID ADALAH ANAK BUAH PYAN HABIB PYAN HABIB ADALAH KAWAN SAYA maka SAYA JADI MARAH bila saya marah SAYA MENGHASUT ORANG RAMAI untuk GULINGKAN UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION ------- |
12 JANUARI BUKAN SATU AMARAN TAPI SATIU JANJI Posted: 04 Dec 2012 08:00 PM PST SATU JUTA BUKAN AMARAN tetapi SATU JANJI KOMENTAR TUKAR TIUB kenyataan madey ini adalah bukti saheh bahawa sokongan kepada pakatan rakyat semakin ampoh kenyataan madey ini membuktikan bahawa politik malaysia telah sampai ke puncak amat jelas dari kenyataan madey ini rakyat mahu peerubahan sekarang kalau dulu perbincangan di media hanya berapa kerusi pkr pas atau dap akan bertanding bila bertanding: kalah dalam tangan menang belum tentu kini semuanya telah berubah bukan lagi berapa kerusi yang dipertanding bukan lagi berapa boleh menang bukan lagi berapa negeri akan jatuh kini telah sampai ke tahap haji hadi jadi perdana menteri atau anwar ibrahim jadi perdana menteri kini telah sampai ke tahap: 3 tahun pakatan memerintah ekonomi negara hancur kini telah sampai ke tahap: pelabur akan lari jika pakatan berkuasa tetapi awas! united malays national organisation telah merancang dengan kerjasama spr untuk menipu undi dalam pru13 semua bukti memperlihatkan ke arah itu penipuan sednag diatur pengundi hantu telah disusun nama pengundi penyokong pakatan telah di hilangkan nama pengundi penyokong gerombolan telah ditambah malah madey telah meramalkan akan terjadi demo jika pakatan kalah ini bermakna madey tahu yang penipuan sedang di rancang oleh spr ini bermakna madey tahu akan berlaku penipuan rakyat hanya akan keluar berdemo jika ada penipuan jika madey kata akan ada demo maka jelas madey tahu ada penipuan hanya melalu penipuan sahaja barulah united malaya national oranisation dapat meneruskan kusa JUSTERU 12 januari kita semua wajib turun satu juta rakyat menuntut pilihan raya adil dan bersih PRU-13: Peringatan Dr. Mahathir Bekas Perdana Menteri itu berkata, hal ini kerana kerajaan yang akan dibentuk oleh pembangkang merupakan kerajaan campuran daripada tiga parti yang tidak mempunyai matlamat dan hala tuju sama. Beliau menarik perhatian keinginan Pas untuk menjadikan Malaysia negara Islam ditentang oleh DAP manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertindak sebagai orang tengah hanya mensasarkan kemenangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Keadaan ini memang bahaya, kadang-kadang apabila kita berada dalam keadaan selamat, kita tidak fikir akan jadi tidak selamat, kita selamat sebab memilih pemerintah yang prihatin. "Ini terpulang kepada rakyat, namun ada yang mengundi mengikut emosi dan taksub walaupun pemimpin jelas menyatakan sesuatu yang bertentangan dengan Islam. "Apabila rakyat tidak menggunakan pemikiran dan mengundi semata-mata kerana perasaan, besar kemungkinan negara kita akan hancur. Sebab itu kita lihat banyak negara tidak dapat laksanakan cara-cara demokrasi kerana ketaksuban kepada pemimpin, bukan untuk membangunkan negara," katanya. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit.... RAKYAT PULAK YANG SALAH BILA PILIH PAKATAN... kah kah kah.. kah kah kah... DEMOKRASI PULAK YANG SALAH BILA PILIH PAKATAN.... kah kah kah... kah kah kah... RAKYAT PULAK YANG SALAH KERANA SOKONG PIMPINAN.... kah kah ka NOTA: sila tanya madey tolong tunjukkan gambar ayahnya adalh gelap m,acam gobala atay gelap macam kj kah kah kah ------- |
MEREKA SAMSENG - KITA TURUN SATU JUTA 12 JANUARI Posted: 04 Dec 2012 07:59 PM PST 5 Disember 2012 RAKYAT MALAYSIA TOLAK BUDAYA POLITIK SAMSENG UMNO Saya mengecam sekeras - kerasnya tindakan provokasi dan budaya samseng yang dilakukan oleh Pemuda UMNO bagi mengganggu Program Jelajah Merdeka Rakyat ke Parlimen Gombak. Program ini berlangsung malam tadi, 4 Disember 2012 di Dataran Shaharudin Batu 8 1/2 Gombak. Beberapa hari sebelum program, pimpinan Pakatan Rakyat Gombak telah dimaklumkan bahawa terdapat pesanan ringkas (SMS) yang berlegar untuk menggesa Pemuda UMNO Gombak turun untuk menghalang program yang akan berlangsung berlangsung. Justeru itu, kepimpinan Pakatan Rakyat Gombak telah membuat satu laporan polis pada 3 Disember 2012 di Balai Polis Gombak bagi mengelakkan hal yang tidak diingini berlaku. Malangnya lebih 100 orang Pemuda UMNO hadir untuk melakukan provokasi bagi mengganggu ceramah yang berlangsung sehingga keadaan tegang dan berlakunya kekecohan di hadapan tapak ceramah. Rempuhan yang dibuat serta tindakan membaling batu yang dimulakan oleh Pemuda UMNO ini menggambarkan sifat dan budaya samseng yang telah lama berakar dalam UMNO. Tambah mengecewakan, seorang penyokong Pakatan Rakyat telah ditikam dengan senjata tajam. Saya sekali lagi mengecam sekeras - kerasnya tindakan provokasi dan budaya politik samseng serta mahu Pemuda UMNO Malaysia bertanggungjawab di atas kejadian yang berlaku lewat malam tadi. Kejadian yang berlaku jelas adalah jenayah politik yang menjelikkan dan bukti keterdesakan UMNO untuk mempertahankan kekuasaan. Justeru saya mahu pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) segera menjalankan siasatan dan mengambil tindakan ke atas penjenayah politik yang berkenaan. Kami percaya rakyat Malaysia khususnya di Gombak sudah muak dengan budaya politik samseng dan khianat yang cuba mengganggu ketenteraman dan keharmonian masyarakat. Berbeza dengan Pakatan Rakyat, menganjurkan dasar - dasar yang membela rakyat dan sentiasa bersedia untuk berhujah termasuk kesediaan Dato' Seri Anwar untuk berdebat dengan Dato' Sri Najib demi kemaslahatan rakyat. InshaAllah, saya tetap komited dan yakin bahawa rakyat sudah sedia melakukan perubahan dan akan menolak UMNO - BN dalam Pilihan Raya Umum ke 13. Timbalan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat Gombak ------- |
DI AFRIKA SENDIRI - TAK ADA YANG SUKA WARGA NIGERIA Posted: 04 Dec 2012 07:30 PM PST KOMENTAR TUKAR TIUB kemasukan dadah dari nigeria kemasukan dadah dari iran kemasukan dadah dari colombia ada lah fakta apa yang akan berlaku ialah duit dadah ini akan membeli kuasa umum tahu ada pegawai polis yang rasuah umum tahu pegawai kastam yang rasuah umum tahu ada politikus yang rasuah umum tahua ada hakim yang rasuah duity dadah yang berjuta juta dapat merasuah semua ini akhirnya pendadah akan berkuasa di negara ini tak percaya? tan pek king hanya pemandu lori vincent tan hanya penjual insuran melalui rasuah dua malaon ini kini memiliki kuasa jangan lupa tengku wong di pahang jangan lupa patrik badawi semua berjaya membeli kuasa politik yang hari ini membawa porak peranda kepada rakyat malaysia NOTA: pelacuran di bangkok telah didominasi oleh orang itam pelacuran di tokyo orang itam telah masuk mencelah di brickfeild orang itam telah mula ke hulu ke hilir ORANG ITAM jangan takut dituduh rasis kerana kita bukan rasis kita bukan bencikan kulitnya yang itam ambiga dan sivarasa juga itam kita tak suka peangai jahat yang di bawanya Sindiket dadah antarabangsa lumpuh, enam lelaki Nigeria ditahan December 04, 2012 KUALA LUMPUR, 4 Dis — Polis menumpaskan satu sindiket penyeludupan dadah antarabangsa selepas menangkap enam lelaki warga Nigeria termasuk ketuanya dalam serbuan berasingan di sekitar Selangor Ahad lepas. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata polis turut menahan seorang wanita warga Thailand yang dipercayai menjadi keldai dadah sindiket itu. Dalam serbuan di Selayang, Puchong serta Kota Damansara itu, polis Berjaya merampas 4.9 kilogram dadah jenis heroin dan 85.5 gram syabu dengan nilai keseluruhan RM250,000, katanya pada sidang media, di sini hari ini. "Sindiket ini yang aktif sejak enam bulan lepas, dipercayai turut terlibat dalam pengedaran dadah untuk pasaran luar negara dengan rangkaian ahli di negara lain seperti India, Pakistan, China, Indonesia dan Vietnam," katanya. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit.... INI TEATER SAJE.... kah kah kah... kah kah kah... BERKILO KILO DADAH MASUK.... kah kah kah.. kah kah kah... MAJORITI DI BAWA OLEH NIGERIAN DAN IRANIAN.... kah kah kah.. kah kah kah... PEMBAWA DADAH LEBIH BAHAYA DARI AL - QEADA.... kah kah kah... kah kah kah...INI LEBIH BAHAYA DARI PENGGANAS ARAB.... kah kah kah... woit...TUNGGU MASA DAN KETIKA.... MAFIA DARI COLOMBIA AKAN SAMPAI...kah kah kah... kah kah kah...HAIRAN?.... PELK?.... MACAM MANA DADAH BOLEH MASUK?.... kah kah kah... kah kah kah... JAWABNYA SATU SAJE... RASUAH RASUAH RASUAH... kah kah kah.. kah kah kah.... DENGAN RASUAH TOWKAY DADAH BOLEH BELI POLIS - MAHKAMAH - HAKIM dan MENTERI.... kah kah kah |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan