DUNIACACAMARBA |
Fathul Bari Wajib Minta UMNO Keluar BN Bukan Gatal Mulut Minta PAS Keluar Pakatan Posted: 26 Dec 2012 08:18 PM PST
[SH] SHAH ALAM – Pas dinasihatkan keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) supaya parti itu lebih dihormati dan dimuliakan kerana prinsipnya walaupun menjadi parti minoriti. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata, Pas hari ini dilihat menggadaikan prinsip dan pendiriannya serta tidak selantang dahulu dalam mengemukakan isu. "Kita nasihatkan Pas keluar PR, walaupun akan menjadi minoriti tetapi dia (Pas) akan lebih dimuliakan kerana prinsipnya. "Suatu ketika dahulu Pas lantang bersuara bahkan sampai ke tahap mengkafirkan kelompok tidak sealiran dan sependapat dengannya. "Hari ini Pas hanya diam dan tidak membangkitkan lagi isu hudud, negara Islam dan pendirian-pendirian lain yang pernah dilaungkan," katanya ketika sidang media di Bangunan Umno Selangor, semalam. Fathul mendakwa, hanya kerana kuasa dan Putrajaya prinsip dan pendirian Pas selama ini tergadai begitu sahaja. Beliau berkata, kerjasama Pas dengan DAP dan PKR pada hari ini disifatkannya menggadai pegangan-pegangan asal parti itu. "Mungkin kerana Putrajaya atau kelemahan mereka serta kuasa membuatkan mereka jatuh ke tahap ini. "Tidak dapat dinafikan manusia jatuh kerana pangkat, kuasa dan harta. Ini juga satu muhasabah kepada Umno sendiri, jika berlaku perselisihan pendapat, jangan kerana kuasa semata-mata kita gadaikan pendirian dan prinsip kita tentang agama," katanya. Dalam pada itu, Fathul berkata, belum PR menawan Putrajaya, telah timbul pelbagai kontradiksi dalam pakatan pembangkang berkenaan dan dijangka akan lebih parah sekiranya mendapat kuasa itu. Katanya, dalam PR, tiada agenda Islam, yang ada hanya mempertahankan perlembagaan sedia ada termasuk Islam sebagai agama persekutuan dan hak-hak keistimewaan orang Melayu. "Tapi agenda Islam secara jelas seperti mempertahankan akidah Islam, hukum Islam yang Pas laungkan puluhan tahun lalu sudah tiada. "Pas dalam bab ini menyebut bahawa negara berkebajikan disebut adalah manifesto itulah negara Islam sebenar, tetapi saya katakan pada mereka, kenyataan itu salah kenyataan kerana DAP sendiri memaklumkan negara berkebajikan dalam manifesto PR bukan negara Islam sebaliknya negara sekular," katanya. Beliau turut mempersoalkan pertembungan dan percanggahan dalam pakatan ini dan tidak relevan untuk diberi mandat untuk memerintah. "Pas nak bawa objektif dia, DAP kata tak boleh dah janji dah. Lim Guan Eng kata dah jelas kepada Pas dan juga PKR pelaksanaan hudud tak dibenarkan kecuali dengan persetujuan DAP," katanya. P/s: Orang yang waras pertimbangan politiknya tahu bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh ulama UMNO ini hanya strategi politik untuk mempengaruhi ahli atau penyokong Pas. Umumnya tahu UMNO selama ini tidak berminat untuk melaksanakan hudud atau agenda negara Islam yang lain, malah pemimpinnya secara terang-terangan memperlekeh dan menghina hudud dan negara Islam. Lebih menyedihkan parti komponen BN sendiri menghina hudud dan memperlekeh agenda negara Islam tanpa dibantah oleh UMNO. Ulama UMNO yang kononnya begitu prihatin terhadap agenda Islam membela Chua Soi Lek yang menghina hudud dan Islam. Orang UMNO seharusnya bertanya kepada ustaz muda ini tentang sebab dia membela penghina hudud dan Islam, tidak meminta UMNO mengangkat Islam seperti yang dilakukan oleh PAS, tidak meminta UMNO menjalankan hudud dan agenda negara Islam yang bersesuaian dengan masyarakat majmuk di negara ini. | ||
[Video] Bekas Anggota Kumpulan Ruffedge Didakwa Merogol Anak Tirinya Berumur 14 Tahun Posted: 26 Dec 2012 06:31 PM PST [SH] Ampang – Seorang bekas anggota kumpulan Ruffedge hari ini didakwa merogol anak tirinya berumur 14 tahun, Februari lalu. Lelaki berusia 37 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah apabila tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Roszianayati Ahmad. Dia yang memakai baju kemeja-T berwarna biru didakwa melakukan perbuatan berkenaan di sebuah rumah di Taman Gombak Jaya, jam 9 pagi pada 9 Februari lalu. Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(d) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebat, jika disabit kesalahan. Timbalan Pendakwa Raya, Dalina Ali tidak menawarkan jaminan atas alasan tertuduh mempunyai hubungan kekeluargaan dengan mangsa. Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar diberi jaminan kerana dia perlu menyara kedua anak kandungnya. Roszianayati kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin. Mahkamah turut mengenakan syarat tambahan iaitu tertuduh tidak boleh tinggal serumah dengan mangsa dan tidak mengganggu mangsa. "Tertuduh juga diarah melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali dan menyerahkan pasport kepada mahkamah," katanya. Mahkamah menetapkan 25 Januari depan sebagai sebutan semula kes. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan