Rabu, 19 Disember 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Makan Mayat Rakan untuk Hidup

Posted: 18 Dec 2012 11:32 PM PST


Alexander Abdullaev, 37 Foto: Russian Emergencies Ministry

Berita Agensi memetik laporan akhbar tentang dua rakyat Russia yang berjaya diselamatkan bulan lalu selepas empat bulan hilang di hutan di timur jauh di negara itu memakan mayat rakan mereka untuk terus hidup. 

Sekumpulan empat lelaki hilang Ogos lalu dalam suatu ekspedisi menangkap ikan di sungai di wilayah Yakutia, satu daripada kawasan paling terpencil dan sukar di dunia. Hanya dua daripada lelaki terbabit berjaya diselamatkan dengan helikopter akhir bulan lalu. 

Namun, penemuan cebisan mayat manusia di kawasan perkhemahan mereka mendorong penyiasat membuka kes bunuh ketika khabar angin tentang amalan kanibalisme kian meningkat. Dua orang lelaki yang terselamat ditahan, tetapi disifatkan sebagai saksi dalam kes bunuh itu. Walau bagaimanapun, penyiasat yakin bahawa amalan kanibalisme berlaku dan bukannya pembunuhan.

"Ketika disoal siasat, seorang daripada saksi memberikan keterangan bahawa kanibalisme memang berlaku," kata sumber penyiasatan itu kepada akhbar harian Komsomolskaya Pranda

"Ia bukan pembunuhan.

"Mereka memakan mangsa selepas dia mati akibat tidak dapat bertahan dengan keadaan yang dilaluinya," katanya. 

Laman web berita Yakutia, NVPress.ru turut memetik kenyataan penyiasat tempatan yang berkata, nelayan bernama Alexander Abdullayev mengakui bahawa dia dan seorang lagi rakan yang terselamat, Alexei Gorulenko memakan mayat Andrei Kurochkin. 

"Menurut Abdullayev, Kurochkin mati akibat kesejukan. Dia dan Gorulenko memakan mayat Kurochkin selama beberapa minggu, lapor NVPress.ru. -DCM


Berita lain di sini.

 

Pelajar Perempuan Dirogol, Dicampak dari Bas

Posted: 18 Dec 2012 08:45 PM PST

Bas yang digunakan oleh penjenayah.
[SH] NEW DELHI - Kejadian seorang pelajar perempuan berusia 23 tahun dirogol, dipercayai oleh empat lelaki, dalam sebuah bas di sini Ahad lalu mencetuskan kemarahan di seluruh India.

Kejadian itu turut membangkitkan kemarahan di kalangan ahli Parlimen hari ini, yang mendesak agar undang-undang sedia ada dipinda untuk mengenakan hukuman mati.

Polis telah menahan empat orang termasuk pemandu bas. Dua lagi masih dicari.

"Apa yang kerajaan lakukan untuk menangani kes-kes rogol di ibu negara?" kata Sushma Swaraj dari parti pembangkang, Bharatiya Janata.

"Perogol hari digantung, kita perlukan undang-undang yang ketat untuk menghentikan kejadian rogol," kata beliau lagi.

Pada hari kejadian, pelajar perempuan itu dan rakan lelakinya yang sedang dalam perjalanan itu dipukul, dilucutkan pakaian dan dicampak keluar dari bas.

Menurut polis, pasangan itu diserang oleh sekurang-kurangnya empat lelaki.

Ketua Polis Delhi, Neeraj Kumar memberitahu pemberita hari ini bahawa pelajar itu dan rakannya menaiki bas di kawasan Munirka, yang terletak di selatan Delhi.

"Kawan lelaki pelajar perempuan telah melawan lelaki-lelaki yang menyerang mereka untuk menyelamatkan pelajar perempuan itu, tetapi dipukul dengan teruk.

"Pelajar perempuan juga cuba menyelamatkan kawannya, tetapi turut dipukul dan dirogol di bahagian belakang bas.

"Kemudian, kedua-dua mereka dicampak dari bas," kata Neeraj.

Pasangan itu dimasukkan ke hospital dan wanita itu dipercayai berada dalam keadaan kritikal.

Polis sudah menahan pemandu bas dan beberapa yang lain bagi membantu siasatan.

Angka kejadian rogol di New Delhi lebih tinggi berbanding di bandar lain. Sebanyak 572 kes dilaporkan di New Delhi tahun lalu.

The Times of India mendakwa insiden yang berlaku itu menyebabkan mereka melabelkan New Delhi sebagai kawasan rogol India.

Ketua Menteri Delhi bagaimanapun memberitahu pemberita, kes terbaru ini sesuatu yang paling luar biasa.

"Kami ingin memastikan bahawa pesalah tidak akan dibenarkan untuk diikat jamin walau apa keadaan sekalipun. Pesalah akan dihukum dengan hukuman yang setimpal dengan kesalahan mereka," katanya. 

Kata Ketua Menteri, pihaknya akan menimbang semula keperluan untuk menubuhkan mahkamah 'fast track' bagi memastikan keadilan yang pantas dapat diberikan kepada mangsa.


P/s: Gila!
 
Berita lanjut di sini.

Tiada ulasan: