Rabu, 19 Disember 2012

Biaqpila

Biaqpila


GILA SEKS PEKERJA ASING,DUA KANAK-KANAK DICABUL

Posted: 19 Dec 2012 09:16 AM PST



LAHAD DATU: Polis Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Lahad Datu menahan dua lelaki warga asing selepas disyaki terlibat dalam kes cabul dalam dua kejadian berasingan di Ladang Felda Sahabat 10 dan Ladang Felda Sahabat 48, Ahad lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ASP Ang Seow Aun berkata dalam kes pertama, seorang kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun telah dicabul oleh seorang lelaki warga asing berumur 23 tahun di sebuah rumah kongsi di Ladang Felda Sahabat 10.
"Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang Ahad itu, mangsa yang sedang berjalan berseorangan telah dipanggil oleh suspek untuk masuk ke rumahnya, suspek kemudiannya menyuruh mangsa memijak belakangnya dan berjanji akan memberi mangsa wang sebanyak RM5," katanya.

Sejurus selepas itu, suspek seterusnya telah mengambil kesempatan mencabul mangsa dengan memasukkan jari telunjuknya ke dalam kemaluan mangsa.

Selepas kejadian itu, mangsa kemudian pulang ke rumahnya dan memberitahu perkara itu kepada ibunya sebelum ibu mangsa bertindak membawa anak perempuannya ke hospital untuk menjalankan pemeriksaan dan seterusnya melaporkan perkara itu di balai polis.

Ang berkata, ekoran daripada aduan yang diterima, sepasukan anggota JSJ telah bergegas ke lokasi kejadian dan menahan suspek di rumahnya pada Isnin lalu kira-kira jam 4 pagi.

Sementara itu, dalam kes berasingan pada hari yang sama, seorang kanak-kanak perempuan berumur 7 tahun turut menjadi mangsa cabul oleh seorang lelaki warga asing dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 7 malam di Ladang Felda Sahabat 48.

Menurut Ang, dalam kejadian kedua itu, mangsa yang sedang bermain sendirian di luar rumahnya telah didatangi oleh seorang lelaki berumur 25 tahun, yang terus mengangkat mangsa dan membawanya masuk ke rumah kongsi lalu mencabul mangsa.

"Namun, perbuatan suspek telah dilihat oleh seorang saksi melalui jendela yang kebetulan terbuka ketika itu, lalu bertindak memaklumkan hal berkenaan kepada ahli keluarga mangsa dan kemudiannya membuat laporan polis.

"Ekoran daripada kejadian itu, sepasukan anggota JSJ Daerah Lahad Datu telah bergegas ke tempat kejadian. Suspek kemudiannya berjaya ditangkap pada hari yang sama di rumah kongsinya pada jam 11 malam," katanya.

Ang berkata, kedua-dua suspek terbabit kini ditahan reman selama enam hari dan akan didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan kedua-dua mereka boleh dikenakan hukuman penjara 10 tahun atau denda, atau sebat, atau mana-mana dua daripada hukuman itu.(UB)

SK

SEMUA SAMAN AES MESTI DIBATALKAN

Posted: 19 Dec 2012 08:23 AM PST


JIKA NAJIB MASIH BERMIMPI UNTUK JADI PM SELEPAS PRU13,BELIAU PERLU MEMASTIKAN SEMUA SAMAN AES MESTI DIBATALKAN,SEMUA KAMERA AES MESTI DITURUNKAN SEBELUM PRU13 WALAUPUN TINDAKAN INI HANYA SEKADAR MEMASTIKAN MIMPI JADI KENYATAAN....KAH! KAH! KAH! KAH! KAH! KAH!


Kase mahu semua saman AES dibatal

SHAH ALAM - Pengerusi Jawatankuasa Anti Saman Ekor (Kase), Datuk Mahfuz Omar mempertikaikan tindakan kerajaan menyerahkan keputusan untuk membekukan semua prosiding kes saman Sistem Penguatkuasan Automatik (AES) kepada Peguam Negara.

Pada masa yang sama kata beliau, kerajaan seharusnya membatalkan kesemua notis saman yang telah dikeluarkan, bukannya hanya menggantung sementara meneliti aspek-aspek perundangan dan teknikal yang dipertikaikan.

"Sepatutnya bukan menggantung tetapi menangguhkan semua pelaksanaan AES.

"Ini menunjukkan pihak kerajaan menggunakan badan perundangan untuk bermain politik pilihan raya bagi menyelamatkan maruah dan membersihkan imej Kerajaan Barisan Nasional yang tercalar," katanya kepada Sinar Harian Online ketika dihubungi.

Beliau yang juga Naib Presiden Pas berkata apabila prosiding mahkamah itu digantung, sepatutnya saman lebih 300,000 yang telah dikeluarkan itu juga harus dibatalkan.

"Bila semua pelaksanaan penguatkuasaan AES ditangguhkan, dengan sendirinya saman itu hendaklah dibatalkan," katanya.

Dalam pada itu beliau mendakwa pelaksanaan AES dilihat bukan untuk mengurangkan kemalangan, sebaliknya menjadi sumber pendapatan baru kepada kerajaan dan untuk kepentingan syarikat-syarikat kroni mereka.

Sehubungan itu, beliau akan menemui Peguam Negara dan menteri bertanggungjawab dalam masa terdekat bagi mendapatkan gambaran sebenar penggantungan itu dilaksanakan sekali gus mendesak supaya sistem AES ini tangguhkan serta-merta.

"Kita akan gemblengkan pelbagai pihak yang menyedari bahawa penggantungan ini ialah permainan politik pilihan raya, tak sepatutnya bebanan rakyat dipolitikkan untuk mendapat kuasa," katanya.

Lewat petang semalam, Pejabat Peguam Negara mengarahkan supaya semua prosiding kes saman melalui Sistem Penguatkuasan Automatik (AES) digantung.

Bagaimanapun jabatan itu menegaskan saman melalui AES yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah sah.



SH

STATUS TERKINI KES PERGADUHAN DI SG PETANI

Posted: 18 Dec 2012 08:44 PM PST



Dato' Abdul Ghaffar Rajab, Timbalan Ketua Polis Kedah melalui sidang media yang diadakan di IPD Kuala Muda memaklumkan, keadaan keselamatan dan ketenteraman awam di Daerah Kuala Muda adalah selamat dan terkawal walaupun telah berlaku insiden pergaduhan antara beberapa individu yang bermula pada awal pagi 16/12/2012.

Sehingga kini, seramai 34 orang telah ditahan untuk membantu siasatan. Seramai 8 orang mangsa yang cedera kini dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim dan seorang daripadanya telah dibenarkan keluar.


sumber PDRM


Semalam berlaku kekecohan di laman sosial Facebook dan juga blog yang mengatakan berlaku pergaduhan diantara kaum India dan juga Melayu di Sungai Petani Kedah.

Berikutan dengan kekalutan yang ditimbulkan, Timbalan Ketua Polis Kedah iaitu YDH SAC Dato Abdul Ghaffar bin Rajab telah mengadakan satu sidang akhbar di IPD Kuala Muda bagi menjelaskan perkara sebenar.

Menurut beliau, memang ada pergaduhan antara beberapa pemuda melayu dan pemuda india yang berlaku dikawasan berkenaan pada awal pagi 16/12/2012 yang lalu.

Namun keadaan keselamatan dan ketenteraman awam di daerah kuala muda adalah selamat dan terkawal serta kesemua yang terbabit di dalam kes tersebut telah ditangkap (seramai 13 orang terdiri dari melayu dan india ).

5 orang diberitakan telah cedera didalam pergaduhan berkenaan dan mangsa yang cedera juga telah dirawat dan hanya tinggal seorang sahaja yang masih mendapat rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim.

Menurut Datuk Abdul Ghaffar, ekoran insiden tersebut, pihak PDRM telah mengambil tindakan awal dengan menempatkan kawalan keselamatan seperti FRU, LSF, MPV, JSJ, Narkotik, SB serta melakukan sekatan jalan di semua lokasi di dalam daerah Kuala Muda bagi menjamin keselamatan orang awam khususnya.


Harussani Jadilah Mufti Agama, Bukan Mufti Melayu

Posted: 18 Dec 2012 08:00 PM PST


Tan Sri Harussani Zakaria diharap dapat menjadi mufti Islam, bukan Mufti Melayu, supaya kewibawaan beliau dihormati. Persepsi umumnya beliau lebih banyak mengkritik pemimpin Pakatan Rakyat daripada mengkritik Umno seolah-olah Pakatan Rakyat ini merbahaya kepada Melayu.. Lebih malang lagi pada fahaman beliau mesti mempertahankan Melayu dan bersatu atas nama Melayu. Salahkah Pas dan Pakatan Rakyat menetang Melayu perasuah, pengkhianat, penindas sesama bangsa. Doktrin yang beliau pegang, amat memburukkan Islam di kaca mata orang bukan Islam. Manhaj mana yang beliau rujuk?. Nabi Muhammad SAW tidak pernah mendahului Arab daripada Islam. Peperangan yang baginda bertempur ialah sesama Arab dahulu, sebelum baginda melawan Parsi dan Rom. Walau pun baginda menyatakan di dalam hadisnya "Pemimpin mesti di kalangan Quraish". Baginda menyebut hadis ini apabila ketika itu orang Arab yang kuat, apabila mereka berpegang dengan Islam. Apabila Arab sudah lemah, syarat ini tidak terpakai lagi. Sejarah tercatat yang membebaskan Baitul Maqdis ialah Salahudin al-Ayyubi dari bangsa Kurdis, bukan Arab.

Begitu juga Kesultanan Melayu Melaka berjaya menguasai hampir 2/3 Kepulauan Melayu, kerana Islam, bukan kerana Melayu.
Kenapa beliau takut sangat dengan kerajaan Pakatan Rakyat?. Berapa masjid yang ditutup oleh Datuk Seri Haji Nizar semasa PR memerintah 11 bulan di Perak? Berapa masjid YAB Lim Guan Eng tutup di Pulau Pinang? Adakah kerajaan Pulau Pinang menangkap guru-guru agama yang mengajar di surau dan masjid?.
Adakah TS Harussani menegur sikap kerajaan Umno yang memerintah Selangor dahulu yang menutup surau al-Rahmah Seksyen 8 Shah Alam, Surau di Taman Puchong Perdana, Surau Jubli Perak Bandar Baru Bangi. Bukankah ini kerajaan Melayu? Apakah Melayu seperti ini yang kita hendak sokong.
Tanah Rezab Melayu hilang seluas 1.3 juta hektar setelah 38 tahun merdeka (1995). Sekarang sudah 55 tahun merdeka, berapa banyak tanah Melayu hilang. Kenapa beliau tidak bersuara dengan lantang wang pampasan buruh paksa yang telah diberi oleh kerajaan Jepun sebanyak RM207 bilion lesap. Bukankah yang menjadi mangsa ini majoriti Melayu, yang telan duit ini juga Melayu.

Beliau hendaklah ingat bahawa Pas bersedia untuk dikritik, tetapi biarlah dengan fakta. Dalam masa yang sama beliau sebagai Mufti jangan lupa pula untuk menegur kemungkaran yang dilakukan oleh kerajaan. Jika beliau takut untuk kritik penyelewingan kerajaan BN lebih baik beliau diam, daripada menjadi pelampung Umno untuk menyelamatkan kapal yang sudah hendak karam.

Idris Hj Ahmad
18/12/12


NAJIB TOLONG JAWAB SAT

Posted: 18 Dec 2012 05:00 PM PST



Sikit pencerahan tentang istilah pengaliran keluar wang haram atau ' Illict financial flow', ianya adalah istilah yang digunakan untuk pengaliran wang merentas keluar sempadan Negara yang samada diperolehi secara haram, dipindahkan ataupun digunakan.

Kebanyakkannya berlaku melalui invois yang diistiharkan samada kurang atau lebih, biasanya kurang.. contohnya harga pasaran bagi sesuatu barangan itu ialah RM1000 tetapi ianya telah diistiharkan oleh pengeluar berharga RM100 kepada Kastam.

Tujuannya ialah bagi mengurangkan cukai yang dikenakan oleh pihak Kerajaan..

Selain itu aliran kewangan haram juga diperolehi melalui aktiviti-aktiviti haram seperti rasuah, urus niaga yang melibatkan barang-barang seludup, kegiatan jenayah, dan usaha untuk melindungi kekayaan daripada pihak berkuasa negara.

Dan contoh bagi aktiviti tidak membabitkan perniagaan itu ialah apa yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO.. antaranya RM40Juta untuk UMNO Sabah dan Pemimpin UMNO ditahan di Australia kerana cuba menyeludup lebih dari RM1 Juta dalam bentuk tunai..

Itu yang berjaya ditahan… yang tidak ditahan pasti lebih ramai dan lebih besar jumlahnya..

Secara kumulatif, Malaysia menduduki tempat ketiga, di belakang China
dan Mexico, dengan sejumlah USD285.2 bilion (RM871.4 bilion) setelah
disalurkan keluar daripada ekonomi negara melalui jenayah, rasuah,
pengelakan cukai dan lain-lain aktiviti haram antara 2001 dan 2010.

Sekiranya terus dibiarkan, imej dan integriti negara akan menerima kesan buruk, terutamanya kepada pelabur global.

Kenapa Najib perlu jawab?



Baca kenyataan media dari Ketua Menteri Pulau Pinang di bawah ini...


Menteri Kewangan Dato' Sri Najib Tun Razak harus memberi penjelasan kepada 28 juta rakyat Malaysia tentang kerugian RM200 bilion wang haram yang telah dialirkan keluar dari Malaysia pada tahun 2010 serta skandal kerugian RM871 bilion sepanjang 10 tahun yang terakhir atau mengakui kegagalan ETP. Jika Najib berdiam diri dan gagal mengambil tindakan dalam skandal RM871 bilion ini, ia akan menonjolkan kegagalan beliau untuk menegakkan kebertanggungjawaban awam serta membuktikan bahawa kerajaan BN membiarkan pengaliran keluar wang haram.

Laporan terbaru badan pemerhati kewangan Global Financial Integrity (GFI) yang berpusat di Washington, telah menunjukkan bahawa pengaliran keluar wang haram dari Malaysia pada tahun 2010 adalah paling tinggi dalam tempoh 10 tahun. RM197 bilion wang haram telah dialirkan keluar dari Malaysia pada tahun 2010 berbanding RM93 bilion pada tahun 2009, iaitu peningkatan 112%. Malaysia kini memegang rekod memalukan kerana menjadi negara kedua di dunia selepas China bagi aliran keluar wang haram.


Laporan GFI yang bertajuk "Aliran Kewangan Dari Negara Membangun: 2001–2010" telah disediakan oleh ahli ekonomi Sarah Freitas dan Dev Kar, yang pernah menjadi ahli ekonomi kanan di Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). GFI telah memberi amaran bahawa pengaliran keluar modal di Malaysia kini berada "di skala yang jarang dilihat di kalangan negara-negara Asia".

GFI telah menyatakan bahawa anggaran wang haram mereka adalah "sangat konservatif". Sementara Malaysia menduduki tangga No.2 di dunia pada tahun 2010, Malaysia merupakan No.3 di dunia sepanjang 10 tahun dari 2011–2010. Jumlah 10 tahun untuk Malaysia dianggarkan pada USD285 bilion (RM871.4 bilion), sementara China adalah USD2,740 bilion dan Mexico USD476 bilion.

GFI juga kata bahawa penyalahtentuan perdagangan – iaitu keuntungan yang dipindahkan melalui invois yang terlebihan atau terkurang – membentuk secara purata 80.1 peratus aliran keluar wang haram dari negara-negara membangun. Wang haram yang lain bersumber daripada rasuah, korupsi, pencurian dan sogokan.

Najib telah berjanji tahun lepas bahawa siasatan akan dijalankan oleh Bank Negara, namun keputusan siasatan tersebut belum diumumkan oleh Bank Negara untuk menjelaskan pengaliran wang haram yang besar ini, walaupun ahli-ahli ekonomi GFI telah menawarkan bantuan. Adakah ini satu lagi kes "Janji Tak Ditepati" oleh BN?

Laporan GFI hanya membuktikan hasil kajian laporan Transparency International 2012 yang menunjukkan bahawa Malaysia mendapat tempat paling teruk dalam Kajian Pemberi Rasuah dalam kategori perniagaan yang hilang akibat rasuah. Dalam kategori ini, Malaysia mendapat tempat paling teruk, lebih teruk berbanding Indonesia (47%), Pakistan (42%) dan Rusia (39%). Najib harus menjelaskan skandal RM871 bilion ini untuk menyangkal label yang memalukan negara kita ini.

Lim Guan Eng

darisungaiderhaka

Tiada ulasan: