DUNIACACAMARBA |
Kalendar Anti-Hudud Diedarkan kepada Orang Ramai Posted: 28 Dec 2012 07:21 PM PST Kalendar yang didakwa didalangi oleh MCA diedarkan kepada orang ramai. Mesej yang tertera cuba menanamkan rasa takut/benci orang bukan Islam terhadap hudud, PAS, dan PR. Yang menyedihkan, hudud diperlekehkan oleh puak ini. Maklumat yang kononnya mahu menyedarkan orang bukan Islam ini jelas bercanggah dengan hudud yang cuba dilaksanakan di negara ini. Apa kata Pekida, JATI, Perkasa, mufti UMNO, ulama UMNO? Kata-kata pada kalendar itu jelas mengaitkan orang bukan Islam dengan pelaksanaan hudud. Adakah hudud untuk SEMUA? Yang masih belum faham, sila baca artikel di pautan ini. | ||
Mangsa Rogol & Campak dari Bas di India Meninggal Dunia Posted: 28 Dec 2012 05:20 PM PST
Yahoo News melaporkan wanita India yang menjadi mangsa rogol beramai-ramai selain dipukul dan dicampak dari bas yang sedang bergerak meninggal dunia pada pagi Sabtu di Singapura selepas mengalami kegagalan organ yang serius. Wanita berusia 23 tahun itu telah diterbangkan ke Singapura pada hari Khamis untuk mendapatkan rawatan intensif kerana mengalami kecederaan yang serius setelah diserang oleh enam lelaki di dalam sebuah bas di New Delhi pada 16 Disember lalu. Mangsa dirogol bergilir-gilir, dipukul dengan bar besi, dan dicampak dari bas yang sedang bergerak. "Kami amat sedih untuk melaporkan bahawa pesakit tersebut meninggal dunia secara aman pada pukul 04:45 pagi (2045 GMT) pada 29 Disember 2012," kata Kelvin Loh, Ketua eksekutif Hospital Mount Elizabeth Singapura. "Keluarga dan pegawai-pegawai dari Suruhanjaya Tinggi India berada di sisinya." Wanita itu berada dalam keadaan yang sangat kritikal sejak dimasukkan ke hospital. Menurut Loh, para doktor bertungkus lumus untuk menyelamatkan nyawanya. "Beliau telah mengalami kegagalan organ yang serius berikutan kecederaan yang dialami pada badan dan otak," kata Loh. Menurut laporan media, pihak berkuasa di India telah bersedia untuk sebarang kemungkinan berikutan kematian mangsa. Kes rogol tersebut telah mencetuskan protes besar-besaran sejak laporan tentang kes itu didedahkan oleh media. -DCM Laporan awal di sini. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan