Jumaat, 28 Disember 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Tee Keat mungkin tinggalkan MCA jika Parlimen tergantung, kata Soi Lek

Posted: 28 Dec 2012 05:06 AM PST


Dr Chua dikatakan berkata terdapat puak dalam MCA dan satu-satunya cara untuk mengatasinya adalah dengan bekerja keras. – Gambar fail
 
KUALA LUMPUR, 28 Dis – Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mendakwa pesaingnya dan presiden parti sebelum beliau, Datuk Seri Ong Tee Keat akan meninggalkan parti tersebut jika Parlimen tergantung  selepas pilihan raya akan datang. 
 
Dr Chua membuat kenyataan tersebut semalam kepada kumpulan penulis blog pro Umno dipejabatnya. Pembantu kepada Dr Chua mengesahkan kenyataan tersebut.

Menurut Syed Akbar Ali, seorang penulis blog pro Umno yang hadir semasa pertemuan tersebut, Dr Chua berkata terdapat puak dalam MCA dan satu-satunya cara untuk mengatasinya adalah dengan bekerja keras.

"Menghayati semula isu berpuak-puak dan kekurangan sokongan beliau bercakap terus terang tentang pecubaan puak Ong Tee Keat untuk mensabotaj beliau di Melaka.

"Dr Chua merasakan jika terjadi Parlimen tergantung selepas pilihan raya umum, Ong Tee Keat hanya akan mengemas barang dan pergi. Seperti Chua Jui Ming," kata Syed Akbar di blognya.

Apabila ditanya tentang kenyataan Dr Chua, Ong memberitahu The Malaysian Insider terpulang kepada presiden MCA itu untuk "membayangkan apa sahaja yang beliau suka".

"Dia boleh bayangkan apa yang dia suka ... bukan urusan saya, dan itu adalah kebebasan beliau tetapi sila hormat kebebasan orang lain," kata Ong kepada The Malaysian Insider.

Ketika ditanya apakah beliau mengetuai mana-mana kumpulan dalam MCA, Ong berkata beliau tidak berminat dengan "desas-desus dan gosip" itu.

"Saya tidak berminat dalam desas-desus dan gosip jenis ini dan tuduhan yang tidak bertanggungjawab. Saya tidak pernah peduli untuk membaca benda jenis ini," kata bekas presiden MCA itu.
Beliau juga menegaskan amat jarang pergi ke Melaka.

Ketika ditanya jika beliau mahu untuk menafikan dakwaan yang ditulis dalam blog, Ong berkata: "Apakah ada keperluan untuk menafikan atau mengakui ... saya tidak membaca sampah jenis ini."

Dalam tulisan yang sama di blog, Syed Akbar menulis Dr Chua menegaskan beliau mengalahkan dua bekas presiden MCA - Ong dan Tan Sri Ong Ka Ting - dalam pemilihan parti untuk menjadi presiden semasa.

"Berbalik kepada Ong Tee Keat, beliau berkata beliau adalah presiden MCA pertama yang mengalahkan dua bekas presiden parti untuk mendapatkan jawatan presiden MCA. Katanya, beliau tidak megah tetapi ia adalah perkara fakta.

"Jadi beliau berkata boleh mengalahkan apa sahaja bilangan puak dalam MCA," Syed menulis.

Ong dipilih untuk mengetuai parti pada tahun 2008, sebelum perpecahan dalam parti yang membawa kepada pemilihan semula pada tahun 2010 menyaksikan Dr Chua menang dan mengambil alih sebagai presiden MCA.

Difahamkan Ong disokong oleh pemimpin kanan Umno untuk mempertahankan kerusi parlimen Pandan disebabkan oleh populariti peribadinya.

Akan tetapi pesaingnya Dr Chua difahamkan mahukan calon lain.

Presiden MCA itu juga menghadapi persoalan sama ada beliau harus bertanding sebagai calon Barisan Nasional (BN), berikutan sejarah skandal seks beliau.

Pada penghujung tahun 2007, salinan video hubungan seks Dr Chua bersama gundiknya diedarkan secara terbuka, membawa kepada peletakan jawatannya sebagai menteri kesihatan.

Beliau juga tidak diletakkan sebagai calon dalam pilihan raya umum 2008, akan tetapi membuat kemunculan semula dalam politik MCA kemudian.

Kontroversi Empangan Paya Peda RM333 juta; Pecah Atau DiPecahkan??

Posted: 28 Dec 2012 04:58 AM PST

Editor Buletin

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita11/paya%20peda2.jpgBESUT - Sebuah empangan yang masih dalam pembinaan iaitu Empangan Paya Peda yang dianggarkan bernilai RM333 juta dilaporkan menjadi punca banjir 'luar biasa' yang mengakibatkan lebih 2,000 penduduk dipindahkan.

Empangan yang seluas 77 kilometer persegi terletak kira-kira 1.5 kilometer di Hulu Angga Barrage atau 17 kilometer dari Bandar Jertih, Besut itu menjadi kontroversi apabila terdapat beberapa kenyataan yang janggal dan berbeza antara satu sama lain, dikeluarkan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasiaonal (BN).

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said berkata empangan tersebut 'terpaksa dipecahkan' untuk melepaskan takungan air demi keselamatan penduduk kawasan sekitar.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita11/paya%20peda1.jpgAhmad mengakui tindakan itu menyebabkan kawasan sekitarnya dilandar banjir, namun katanya, ia terpaksa dilakukan demi mengurangkan risiko tekanan pada kandungan air berlebihan di empangan.

Ahmad mendakwa langkah itu dibuat untuk membolehkan air daripada empangan berkenaan dialir keluar secara terancang.

Berikutan tindakan memecahkan benteng empangan itu, banjir melanda daerah Besut dengan lebih 2,000 penduduk terpaksa dipindahkan setakat ini, ke pusat pemindahan banjir.

"Empangan ini belum lagi siap dan kandungan air di dalamnya mungkin belum sampai tahap maksimum. Kita takut tekanan dan air melimpah dan sebagainya, sebab itu kita terpaksa buat (pecahkan) melibatkan perunding, kontraktor dan JPS (Jabatan Perparitan dan Saliran)," kata Ahmad.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita11/empangan%20paya%20peda%20pecah.jpgBeliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penganugerahan Pingat Emas dan Sarjana Terengganu Yayasan Terengganu (YT) ke-33 di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam (TTI) pada Selasa 25 Disember.

Kenyataan Ahmad dipetik Bernama dibuat selepas banjir luar biasa melanda beberapa buah kampong di kawasan Dewan Undangan Hulu Besut terutamanya Kampung padang Bual, pada malam sebelum Isnin 24 Disember.

Persoalannya, mengapakah tidak ada sebarang notis atau pemberitahuan yang dikeluarkan oleh sebarang agensi kerajaan sebelum empangan tersebut dipecahkan.

Sekiranya benar dakwaan Ahmad, ia terpaksa dipecahkan, pasti ada prosedur yang dilakukan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku seperti kehilangan nyawa dan harta benda ribuan rakyat di kampong-kampung berhampiran.

Amat mustahil bagi kerajaan Umno-BN yang memiliki sekurang-kurangnya empat atau lima agensi terkait dibawah pembinaan empangan tersebut tidak mengambil tindakan pro-aktif, sebelum ia dipecahkan, kerana hujan lebat telah pun turun sejak beberapa hari sebelum itu.

Tidak munasabah sekiranya segala macam media, samada media cetak dan elektronik yang dimiliki oleh kerajaan Umno-BN gagal membuat  sebarang pemberitahuan sebelum empangan terpaksa dipecahkan.

Agensi-agensi penguatkuasa seperti bomba, polis dan Majlis Daerah Besut pasti sentiasa bersedia untuk mengetuk setiap rumah rakyat, walaupun pada waktu dinihari, untuk memaklumkan bahawa empangan tersebut terpaksa dipecahkan.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita11/empangan%20paya%20peda%20pecah3.jpgItu tidak termasuk kakitangan Umno yang terdiri dari KEMAS dan JKKK yang boleh dikerah , memberitahu penduduk kampong bahawa empangan akan dipecahkan, bagi mengelakkan sebarang tuduhan dan andaian sebenarnya ia adalah satu tindakan 'khianat'

Atau ia tindakan 'bermotif' politik bagi Ahmad Said yang membawa Sultan Terengganu menjelajah daerah Besut sehari selepas kejadian???

Justeru segala persoalan di atas ditambah lagi dengan pelbagai 'tanda soal' apabila Jurutera Projek Pembangunan Pertanian Terengganu Utara (Ketara), Wee Yit Ming berkata banjir luar biasa itu berpunca daripada satu bahagian tebing hulu Empangan Paya Peda telah mengalami hakisan hingga berlaku sedikit keruntuhan.

Sekaligus mengesahkan, banjir yang melanda daerah Besut hingga menyebabkan lebih 2,300 penduduk berpindah adalah sebenarnya berpunca daripada limpahan air dari satu aliran Empangan Baru Paya Peda, Hulu Besut setelah ia tidak mampu menampung air hujan yang turun tanpa henti sejak Ahad.

Bahkan kenyataan Wee Yit Ming, menolak sama sekali dakwaan Ahmad yang mengatakan bahawa empangan tersebut terpaksa dipecahkan! dan dakwaan Ahmad tidak benar sama sekali!

"Kajian pihak pengurusan mendapati empangan tersebut tidak mampu menakung peningkatan air limpahan hujan sejak Ahad yang mencecah ketinggian El+25 meter hingga mengalami sedikit keruntuhan di satu bahagian tebing," kata Wee Yit Ming dalam satu kenyataannya pada Khamis 27 Disember.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita11/empangan%20paya%20peda%20pecah1.jpgKenyataan Wee Yit Ming yang juga diterbitkan Bernama dikeluarkan selepas dua hari kenyataan Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Said.

Laporan itu juga,  kata Wee Yit Ming menyebut, ekoran hujan berterusan pada pagi hari berikutnya, paras air meningkat sehingga ketinggian di tahap maksimum di satu bahagian empangan lencongan tersebut.

Justeru, pihak pengurusan mengambil keputusan mengorek sebuah kawasan bagi melencongkan air ke satu kawasan lencongan bagi memastikan takungan air di empangan utama tidak melimpah keluar.

"Ketika pekerja melakukan kerja-kerja pengorekan, datang sekumpulan penduduk menghalang pekerja dari meneruskan kerja

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita11/empangan%20paya%20peda%20pecah2.jpg"Oleh kerana ketakutan, pekerja tersebut telah memberhentikan kerja dan tanpa disedari paras air empangan utama tersebut meningkat ke ketinggian maksimum 28 meter dan menyebabkan satu bahagian daripada empangan utama tersebut terhakis dan runtuh sedikit hingga menyebabkan air melimpah keluar," katanya.

Menurut laporan itu juga, air limpahan kemudiannya mengalir ke Sungai Angga berdekatan dan melimpah hingga ke Kampung Padang Bual, di sini hingga menyebabkan kawasan berkenaan ditenggelami sehingga ke paras bumbung.

Laporan itu juga menyebut pihak pengurusan Ketara telah mengadakan mesyuarat tergempar semalam dan memutuskan satu mesyuarat lanjutan akan diadakan bersama Pegawai Daerah Besut bagi memastikan tidak ada urusan campurtangan daripada penduduk setempat di atas pembinaan empangan berkenaan selepas ini.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita11/empangan%20paya%20peda%20pecah4.jpgProjek Empangan Paya Beda yang bernilai RM333 juta itu telah dimulakan pembinaan pada tahun lepas dan dijangka siap akhir tahun 2013. Ia bertujuan membekalkan air kepada 8,000 petani di Besut dan Setiu selain membekalkan sumber air asli untuk kegunaan penduduk daerah berkenaan.
Laman rasmi KETARA melaporkan anggaran kos pembinaan Empangan Paya Peda iaitu sekitar RM 200 juta dan sebanyak RM150 juta telah diluluskan di bawah RMK-9.

Kerja-kerja permulaan seperti penyiasatan tanah, bancian dan topografi telah bermula pada pertengahan 2007 dan Empangan Paya Peda ini dijangka siap menjelang 2010.

Namun pada belanjawan 2010 Perdaa Menteri hanya memperuntukkan RM70 juta untuk melaksanakan Projek Empangan Paya Peda di Terengganu yang tiba-tiba telah meningkat kepada RM333 juta dan peningkatan kos tersebut dimumkan oleh Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Ahmad Said sendiri

"Saya difahamkan bahawa cadangan pembinaan projek ini telah lama dicadangkan semenjak tahun 1996 iaitu dalam Rancangan Malaysia ke-7 dan telah pun dicadang dibina dalam Rancangan Malaysia ke-8 . Malangnya ketika itu, bajet peruntukan tidak diluluskankan oleh Kerajaan maka pembinaan empangan ini tidak dapat diteruskan.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita11/P3210026.JPG"Alhamdullilah , pada tahun ini iaitu pada akhir Rancangan Malaysia ke 9, projek ini telah dapat diteruskan dan dimulakan pembinaannya. Saya bagi pihak Kerajaan Negeri Terengganu amat berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan khususnya Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia kerana telah berusaha untuk menyediakan peruntukan yang agak besar iaitu RM 333 juta untuk pembangunan projek Empangan Paya Peda ini,"kata Ahmad Said semasa Majlis Pecah Tanah pembangunan empangan tersebut pada 21 Mac 2010. [Gambar kanan]

Kontraktor Jaks Resources Berhad JV Pembinaan Sujaman Sdn. Bhd. telah diamanahkan oleh Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia pada 19 November 2009 tetapi menurut catatan CIDB harganya dalah hanya RM 166, 549, 799.42.

Antara Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Jaks Resources Berhad adalah Tan Sri Dato' Seri Law Hieng Ding, bekas Menteri sains Teknologi dan Alam Sekitar kerajaan Barisan Nasional dari tahun 1990 - 2004.

Meriahkan Konsert “UBAH Rocket Style” 1 Januari 2013

Posted: 28 Dec 2012 04:46 AM PST

Roketkini.com
 


KUALA LUMPUR: Orang ramai dipelawa datang beramai-ramai menyaksikan konsert khas sempena sambutan Tahun Baru 2013 di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor (KLSCAH) mulai jam 8.00 malam, pada 1 Januari ini.

Penolong Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Teo Nie Ching, berkata konsert khas itu akan menayangan dan melancarkan video muzik parodi "Ubah Rocket Style" yang pasti akan mengujakan hadirin.

"Video muzik ini adalah julung kali ditayangkan dengan menggunakan empat bahasa penghantar.

"Kita juga akan menampilkan beberapa persembahan menarik dan ucapan ringkas pemimpin termasuk Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Ketua Pemuda DAPSY Kebangsaan, Teo Kok Seong," kata Teo yang juga Ahli Parlimen Serdang.

Beliau berkata, selain persembahan menarik, satu cabutan bertuah juga akan diadakan dan bernasib baik akan berpeluang makan tengahari bersama pemimpin utama DAP.

"Saya sekali lagi memjemput seluruh rakyat Malaysia supaya tidak mempersiakan peluang dan ketinggalan untuk hadir beramai-ramai ke konsert itu yang pasti tidak akan dilupakan," ujarnya. -Roketkini.com

Rebat RM200 “indah khabar dari rupa”

Posted: 28 Dec 2012 04:36 AM PST

Roketkini.com



KALAU dibelek berita terkini atau laman sosial. Antara yang terhangat sekarang adalah kisah rebat RM200 untuk telefon pintar. Tentu masih segar dalam ingatan gambar daripada sebuah akhbar bagaimana seorang mahasiswa mengeletik suka apabila rebat itu diumumkan.

Terang lagi bersuluh rebat itu tidak lain untuk memancing undi anak-anak muda. Sebab itulah usia minimum untuk layak mendapat rebat ini adalah 21 tahun. Beri pada belia 20 tahun buat apa, mereka bukan boleh mengundi pun.

Akan tetapi yang riuhnya hari ini bukan kerana "janji sudah ditepati" lalu "kini masa balas budi". Tetapi riuh kerana ramai merasakan janji itu "indah khabar dari rupa". Sebab muncul syarat telefon pintar yang layak hanya yang harga maksimum RM500.

Bingitlah seantero alam seolah-olah ini pertama kali mereka melihat pemerintahan Barisan Nasional membuat silap mata sedemikian. Berkecai angan-angan sesetangah orang untuk memiliki telefon pintar canggih kerana syarat baru itu 'menyempitkan' pilihan.

Sebenarnya alangkah baik jika anak muda dapat fikir lebih jauh daripada itu. Janji ditepati yang menjadi janji di'capati' (kerana telah dicanai) memang mengundang angin satu badan. Tetapi ada persoalan lebih besar daripada itu yang perlu difikirkan.

Apakah tidak ada perkara lain yang memberi manfaat jangka panjang dan lebih memerlukan peruntukan RM300 juta berbanding rebat telefon pintar itu? Adakah anak muda hari ini begitu murah nilainya sehingga memadai rebat telefon bimbit untuk memikat undi mereka? Jawapannya akan memberitahu kita adakah pemerintah ini pemerintah pintar.

Ayuh, pintarkan telefon, pintarkan diri. – Roketkini.com

Dana Palestin: PAS tuntut penjelasan Ali Rustam

Posted: 27 Dec 2012 11:41 PM PST

Ahmad Danial,



 
MELAKA: Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari sekali lagi mendesak agar dana Palestin sebanyak RM680,747 yang dipungut pada tahun 2009 oleh kerajaan Melaka diserahkan sepenuhnya kepada rakyat Palestin dengan segera.

"PAS Melaka kesal dengan tindakan kerajaan Melaka yang sehingga kini masih gagal meyerahkan dana berjumlah RM680,747 yang dipungut pada tahun 2009 kepada Palestin.

"Kita mendesak kerajaan negeri supaya menyerahkan dana tersebut dengan segera, perbuatan mereka menyimpan dana ini selama 3 tahun adalah perbuatan khianat," ujar Adly dipetik dari akaun Facebooknya hari ini.

Sebelum ini beliau telah membuat desakan dalam blognya namun tiada jawapan konkrit dibuat oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Adly berkata laporan Ketua Audit Negara mendapati sejumlah RM680,747 telah berjaya dikumpulkan hasil dari sumbangan jabatan dan agensi kerajaan dan orang awam.

"Namun laporan itu mendapati bahawa wang tersebut tidak disalurkan kepada rakyat Palestin sehingga April 2011.

"Saya berharap Ketua Menteri, Datuk Seri Ali Rustam memberi penjelasan terperinci terhadap perkara ini yang dikira amat memalukan negeri dan negara kita.

Menurutnya, Ketua Menteri mesti menjelaskan bila wang tersebut diserahkan kepada Rakyat Palestin kerana sehingga kini kita tidak mendapat maklumat sahih tentang perkara itu.

"Sekiranya wang itu telah disalurkan, kenapa ia mengambil masa yang sebegitu lama"? soal Adly.

Adly berkata penjelasan Ketua Menteri adalah dituntut kerana ia melibatkan sumbangan orang ramai.

2,000 sudah berhimpun di Wisma Felda

Posted: 27 Dec 2012 11:36 PM PST

Muhammad Faizal,

 

KUALA LUMPUR: 3.10 pm - Polis membenarkan beberapa pemimpin melepasi sekatan untuk menyerahkan memorandum.

Kelihatan Salahudin bersama Mazlan Aliman masuk untuk menyerahkan memerandum tersebut.

Bagaimanapun memorandum itu hanya diterima oleh pegawai Felda di luar pagar.

Sebelum ini mereka menyatakan harapan agar Isa sendiri menerima memorandum tersebut.

2.40 pm - Lebih 2000 orang sudah memenuhi perkarangan luar pagar Ibu Pejabat Felda Jalan Semarak.

Sambil membawa kain rentang bantahan terhadap Isa, mereka juga melaungkan 'Undur Isa'.

Sementara menunggu kebenaran menyerahkan memorandum, beberapa pimpin turut berucap kepada para peserta yang hadir.

2.30 pm - Peserta himpunan kini tiba di Wisma Felda. Polis menghalang beberapa peserta yang cuba mendekati pintu pagar.

(Gambar: Patung berwajah Isa Samad 'dirotan' sambil diarak peserta)

Penganjur kini sedang berbincang dengan pihak keselamatan bagi membenarkan beberapa wakil mereka masuk menyerahkan memorandum.

Kelihatan Pengerusi Bapa, Razman Zakaria mengetuai perbincangan dengan pegawai polis.
2.20 pm- Peserta himpunan kini sedang bergerak menuju ke ibu pejabat Felda.

Kira-kira 100 orang penyokong pemuda yang dipercayai penyokong Umno dilihat berhimpun bagi menghalang perserta himpunan ke pejabat Felda.

Polis juga membuat sekatan di hadapan pintu masuk ke pejabt Felda.

2.15 pm- Ucapan dimulakan dengan Salahudin mengambil pentas.

"Kita datang hari ini dengan satu tujuan. Mereka yang tidak bertanggungjawab sila kosongkan kerusi Felda.

"Kita berkumpul hari ini adalah untuk menghalau Isla Samad keluar daripada Felda," Kata Salahudin.

Mazlan pula mengambil tempat untuk berucap

"Kehadiran Isa telah mengundang bencana dalam Felda. Kita himpun hari ini bagi menyatakan ketegasan kita agar Isa letak jawatan sebagai pengerusi Felda.

"Saya termia banyak maklum balas termasuk dari dalam Felda sendiri. Mereka juga bersetuju bahawa orang bernama Isa Samad perlu keluar dari Felda," kata Mazlan.

2.10 pm- Hampir 1000 orang sudah berada di perkarangan Masjid Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur Jalan Semarak menyertai Himpunan Oren Selamatkan Felda 2.0 hari ini.

Difahamkan mereka akan bergerak ke Ibu Pejabat Felda yang kira-kira 500 meter dari masjid tersebut sebentar lagi bagi menyerahkan memorandum kepada Pengerusi Felda Tan Tan Sri Isa Samad.

Di perkarangan masjid ketika ini sedang berlangsung ucapan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Antara pimpinan yang kelihatan setakat ini termasuklah Naib Presiden PAS Salahudin Ayub, AJK PAS Pusat Dr Hatta Ramli, Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abd Rani Osman dan Pesuruhjaya PAS Wilayah Mohd Noor Mohamad.

Himpunan hari ini adalah anjuran Gerakan Selamatkan Felda (GSF) yang diketuai Pengerusi Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman.

Kelihatan juga, patung berwajah mirip Isa turut diarak oleh peserta dengan di ikat pada kayu dan seorang peserta dilihat memegang rotan dengan gaya mahu memukul belakang patung tersebut.

[Lanjut menyusul]

Permohonan Rebat RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone) Untuk 1.5 Juta Belia (Pakej Komunikasi Belia). Maksimum RM500 Sahaja!

Posted: 27 Dec 2012 11:28 PM PST

Staff Berita Semasa 
Permohonan Rebat Smartphone RM200 Permohonan Rebat RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone) Untuk 1.5 Juta Belia (Pakej Komunikasi Belia). Maksimum RM500 Sahaja!

Seperti yang kita sedia maklumkan melalui pembentangan Bajet 2013 (KLIK SINI), kerajaan berbesar hati berikan rebat RM200 untuk telefon pintar 3G.

Dan hari ini Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengeluarkan iklan khas bagi pemberian rebat RM200 telefon pintar (smartphone) ini di mana 1.5 juta golongan belia di Malaysia. Adakah anda antara yang kalangan yang termasuk dalam glongan tersebut? 

Iklan SKMM : Rebat RM200 Untuk Telefon Pintar 3G (Smartphone)

Permohonan rebat Rm200 dibuka bermula 1 januari 2013..

Permohonan Rebat Telefon Pintar RM200 Permohonan Rebat RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone) Untuk 1.5 Juta Belia (Pakej Komunikasi Belia). Maksimum RM500 Sahaja!

Syarat-Syarat Rebat RM200 Telefon Pintar (3G) Dalam Pakej Komunikasi Belia

  1. Anda mesti warganegera Malaysia yang berumur antara 21 tahun sehingga 30 tahun
  2. Anda mesti mempunyai pendapatan bulanan RM3000 ke bawah
  3. Anda hanya layak menerima rebat RM200 jika model telefon pintar 3G yang diluluskan itu tidak melebihi harga RM500
  4. Setiap belia yang terpilih hanya layak menerima sekali sahaja rebat RM200 untuk setiap telefon pintar 3G mereka
  5. Pelanggan jalur lebar mudah alih sedia ada atau pakej internet baru. Penyedia talian seperti Maxis Berhad, Celcom Axiata Berhad, DiGi Telecommunications Sdn Bhd, U Mobile, YTL Communications, Tune Talk dan Clixster. sedia menunggu anda sebagai "pelanggan baru mereka" dan dijangka telefon pintar 3G ini sendiri akan diedarkan oleh Senheng dan SenQ

Permohonan Rebat RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone) Pakej Komunikasi Belia

Mana-mana daripada anda yang berminat untuk mohon rebat RM200 telefon pintar 3G (smartphone) ini, anda boleh menghantar permohonan rebat RM200 secara online dengan cara KLIK LINK di bawah ini iaitu portal Suruhanjata Komunikasi Malaysia :
=> http://nbi.skmm.gov.my/

Permohonan Rebat RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone) Pakej Komunikasi Belia : Tempoh Sah Memohon

Bermula 1 Januari 2013  - 31 Disember 2013
Pakej Komunikasi Belia  Permohonan Rebat RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone) Untuk 1.5 Juta Belia (Pakej Komunikasi Belia). Maksimum RM500 Sahaja!

Gambar di atas sekali sempat merupakan keratan akhbar keluaran Mingguan Malaysia yang sempat kami rakamkan selepas sahaja pengumuman rebat RM200 telefon pintar 3G dalam Bajet 2013. Melihatkan reaksi Normannisam Shah Ahmad Shah (UiTM Melaka), mungkin beliau antara yang terawal mendapatkan rebat RM200 smartphone kali ini?

P/S : Yang mana berhajat beli iPhone 5 atau Samsung Galaxy S atau Note 2 untuk mendapatkan rebat RM200 telefon pintar 3G kali ini, mungkin boleh melupakan sahaja. Mungkin Model seperti Samsung Galaxy Y ataupun Nokia Lumia 610 bakal menjadi pilihan belia selepas ini? Mungkin?

PP/S : Ehem….untung jadi penyedia telekomunikasi sekarang ini. Dapat "ganjaran" ibarat serampang dua mata dek pengumuman rebat Rm200 telefon pintar 2G kali ini…

Bekas Anggota Ruffedge Didakwa Rogol Anak Tiri

Posted: 27 Dec 2012 11:16 PM PST

Seorang bekas anggota kumpulan Ruffedge hari ini didakwa merogol anak tirinya berumur 14 tahun, Februari lalu.

Lelaki berusia 37 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah apabila tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Roszianayati Ahmad.

Dia yang memakai baju kemeja-T berwarna biru didakwa melakukan perbuatan berkenaan di sebuah rumah di Taman Gombak Jaya, jam 9 pagi pada 9 Februari lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(d) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebat, jika disabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Dalina Ali tidak menawarkan jaminan atas alasan tertuduh mempunyai hubungan kekeluargaan dengan mangsa.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar diberi jaminan kerana dia perlu menyara kedua anak kandungnya.

Roszianayati kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah turut mengenakan syarat tambahan iaitu tertuduh tidak boleh tinggal serumah dengan mangsa dan tidak mengganggu mangsa.

"Tertuduh juga diarah melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali dan menyerahkan pasport kepada mahkamah," katanya.

Mahkamah menetapkan 25 Januari depan sebagai sebutan semula kes. – SH

Pendaftaran rebet telefon pintar 3G mulai Selasa depan

Posted: 27 Dec 2012 11:13 PM PST

 


 
Belia yang berusia antara 21 dan 30 tahun boleh mula memohon rebet RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G terpilih daripada pengedar berdaftar mulai Selasa depan.
  
Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata permohonan di bawah Pakej Komunikasi Belia itu boleh dibuat menerusi pendaftaran dalam talian di http://nbi.skmm.gov.my/.

Skim itu berasaskan siapa cepat dia dapat dan khas bagi 1.5 juta belia yang layak yang boleh mendapatkan telefon pintar itu selagi stok masih ada, katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mohamed Sharil berkata belia yang layak menikmati rebet RM200 itu boleh membeli telefon pintar 3G terpilih berharga sehingga RM500 daripada pengedar terpilih dan ejen yang dilantik oleh penyedia perkhidmatan.
  
"Tujuannya ialah untuk memperluaskan insentif itu merangkumi belia daripada kalangan berpendapatan rendah yang masih belum menggunakan telefon pintar dan tidak mampu untuk menaik taraf telefon lama 2G mereka kepada telefon pintar 3G yang asas.
  
"Mereka yang mampu memiliki telefon berharga RM500 sebenarnya bukanlah kategori yang dihasratkan atau pasaran sasaran," katanya.
  
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rebet RM200 sekali sahaja bagi pembelian telefon pintar 3G kepada 1.5 juta belia yang layak menerusi Pakej Komunikasi Belia ketika membentangkan Belanjawan 2013 pada September lepas dalam usaha memberi belia akses kepada gerbang maklumat.
  
Dengan rebet itu, mereka dijangka membayar tidak lebih daripada RM300 untuk memiliki sebuah telefon pintar 3G baharu, katanya sambil menolak dakwaan bahawa had harga RM500 adalah rendah memandangkan terdapat lebih 20 model telefon berjenama yang dilengkapi kemudahan 3G.
  
"Syarikat telekomunikasi yang mengambil bahagian dan operator rangkaian maya mudah alih akan menawarkan tidak lebih daripada lima dan mungkin sehingga 10 atau 12 model di bawah inisiatif itu menerusi kedai pengedar mereka.

"Oleh itu, belia seharusnya mencari logo 'Pakej Komunikasi Belia' yang akan dipaparkan pada kain rentang dan bunting di kedai itu atau mereka juga boleh menyemak laman web penyedia perkhidmatan bagi mendapatkan senarai telefon pintar dan kedai pengedar yang mengambil bahagian," katanya.
  
Beliau berkata berdasarkan kajian yang dijalankan oleh SKMM, lebih 90 peratus pengguna berada dalam segmen prabayar tetapi syarikat telekomunikasi hanya menyediakan insentif telefon bimbit bagi kontrak pascabayar.

Sementara itu, Mohamed Sharil berkata pemilik perniagaan kecil berumur antara 18 dan 65 tahun boleh mula memohon geran RM1,000 menerusi 'Get Malaysian Business Online' mulai Selasa depan (1 Jan), juga dengan mendaftar dalam talian di http://nbi.skmm.gov.my/.
  
Beliau berkata usahawan kecil yang mendaftar di laman web dan memenuhi semua terma serta syarat akan menerima geran RM1,000 daripada SKMM yang akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank tempatan pemohon yang berjaya. - Bernama

Banjir semakin pulih di Pahang, K'tan dan T'ganu

Posted: 27 Dec 2012 11:09 PM PST



 
Keadaan banjir di Pahang, Kelantan dan Terenganu semakin pulih dengan jumlah mangsa yang dipindahkan terus menurun pagi ini.
  
Menurut portal rasmi kerajaan negeri berkenaan, jumlah terkini mangsa yang dipindahkan ialah 22,093 orang berbanding 23,235 malam tadi.
  
Seramai 410 mangsa dicatat pagi ini di Pahang berbanding 435 orang malam tadi, sementara Kelantan merekodkan 6,457 orang berbanding 7,000 orang malam tadi dan di Terengganu, seramai 15,226 mangsa berbanding 15,800 orang.
  
Di PAHANG, Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri berkata seramai 366 mangsa daripada 91 keluarga dari enam buah kampung ditempatkan di daerah Kuantan iaitu di SK Galing, Balai Raya Kampung Soi, Balai Raya Kampung Pahang dan SMK Gudang Rasau.
  
"Manakala, baki 44 orang daripada sembilan keluarga ditempatkan di SK Sinar Mutiara di daerah Pekan," katanya ketika dihubungi hari ini.
  
Katanya, semua jalan utama di negeri itu boleh dilalui oleh semua kenderaan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan di Pahang sehingga kini.

Di KELANTAN, seramai 6,457 mangsa banjir dari lebih 2,000 keluarga ditempatkan di 24 pusat pemindahan iaitu di Pasir Mas (3,775 orang), Tumpat (2,467), Kota Baharu (197) dan Pasir Puteh (18).
  
Menurut portal rasmi kerajaan negeri, selain Sungai Golok, semua paras air sungai utama yang lain telah susut ke paras normal.
  
Portal itu juga melaporkan bahawa tiada kemalangan jiwa dilaporkan di Kelantan dan cuaca pada pagi ini adalah cerah.
  
Zon bebas cukai di pekan Rantau Panjang dilaporkan masih lagi digenangi air dan sebahagian besar peniaga di zon itu masih menutup perniagaan mereka.
  
Di TERENGGANU, semua pusat penempatan di daerah Besut telah ditutup dan semua mangsa banjir dibenarkan pulang lewat petang semalam berikutan air telah surut.
  
Jurucakap Majlis Keselamatan Negeri (MKN) berkata baki mangsa terakhir di Besut yang dibenarkan pulang semalam adalah 31 orang dari 5 keluarga.
  
Beliau berkata banjir di daerah lain seperti Setiu, Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu kian surut kecuali daerah Kemaman dan Dungun yang sebaliknya bertambah buruk.
  
Sehingga 8 pagi ini, Kemaman mencatatkan mangsa tertinggi yang dipindahkan iaitu seramai 11,106 membabitkan 2,563 keluarga dan Dungun 4,120 orang (1,021 keluarga).
  
Sementara keadaan di daerah lain beransur baik dan mangsa yang berada di pusat penempatan semakin kurang dengan Kuala Terengganu (987 orang), Setiu (96), Hulu Terengganu (77) dan Marang (27) orang.
  
Sehingga kini, 68 pusat penempatan banjir masih beroperasi iaitu di Dungun (36), Marang (satu), Kemaman (21), Kuala Terengganu (enam) dan masing-masing dua di Hulu Terengganu dan Marang.
  
Dalam pada itu, Jalan Felda Neram di Kemaman ditutup kepada semua kenderaan kerana tanah runtuh dan Jalan Tepus ke Kuala Jengai, Dungun iaitu Km 14 juga ditutup pagi ini kerana dinaiki air.
  
Banjir di Terengganu telah meragut lima nyawa setakat ini.- Bernama

Kempen 'katakan tidak' menara Warisan Merdeka

Posted: 27 Dec 2012 11:06 PM PST



 
Dua puluh satu NGO Kuala Lumpur telah membentuk sebuah gabungan untuk membantah projek menara Warisan Merdeka dan sebaliknya menggesa kerajaan persekutuan supaya menjadikan keseluruhan kawasan itu sebagai tapak warisan negara.

NONEDiketuai oleh NGO Persatuan Warisan Kita, Ishak Surin (kanan), jawatankuasa 'Pertahankan Taman Merdeka Negara (PTMN)' akan melancarkan kempen 'katakan tidak' kepada projek menara 118 tingkat itu.

Beliau mendakwa menara yang dibangunkan oleh PNB Merdeka Sdn Bhd di Taman Merdeka Negara, akan memusnahkan bangunan-bangunan bersejarah yang berdekatan di Petaling Hill, Kuala Lumpur.

Bangunan-bangunan itu termasuk Stadium Merdeka, Stadium Negara, Stadium Chin Woo dan Taman Merdeka Negara, kata Ishak dalam satu sidang akhbar semalam.

NONEMenurutnya, bangunan-bangunan itu mewakili warisan legasi kolektif dan peringatan pra-sejarah dan paska-sejarah negara selepas kemerdekaan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Tang Ah Chai, yang juga hadir di sidang akhbar itu, berkata gabungan itu akan melancarkan kempen tersebut secara rasmi pada 5 Januari jam 7 malam di Stadium Chin Woo.

Beliau mengalu-alukan semua penduduk Kuala Lumpur yang prihatin tentang warisan dan budaya bandar untuk menghadiri acara.

'Kita minta permit dia kasi tayar'

Posted: 27 Dec 2012 10:59 PM PST

MALAYSIA KINI

 
Antara tuntutan pemandu teksi kepada Pakatan Rakyat sekiranya berjaya ke Putrajaya ialah permit persendirian diberikan berbanding kepada syarikat teksi, kata Presiden Pemandu Teksi Seri Muda, S Manoharan.

Manoharan berkata, selain itu mereka turut meminta agar kad kesihatan untuk ke hospital kerajaan diwujudkan serta pemandu teksi menerima Pertubuhan Keselamatan Sosial (SOCSO).

NONE"Kita harap kalau Pakatan Rakyat dapat ke Putrajaya, mereka dapat laksanakan ini semua. Bukan seperti kerajaan sekarang, kita minta permit dia kasi tayar.

"Tayar kita boleh beli di kedai. Permit kita boleh beli di kedai ke?" katanya yang disambut tepukan gemuruh oleh pemandu teksi yang memenuhi Dewan Sivik, Dewan Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sempena menghadiri majlis bersama permimpin tertinggi Pakatan Rakyat.

Perhimpunan itu dihadiri antaranya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Exco kerajaan negeri Selangor, Ronnie Liu yang masing-masing turut berucap.

Beberapa pemimpin persatuan pemandu teksi turut menyampaikan resolusi tuntutan pemandu teksi kepada Ronnie.

NONEPerhimpunan yang bermula kira-kira jam 8.30 malam itu rata-rata menunjukkan pemandu teksi berpuas hati dengan tawaran-tawaran yang diberi oleh Pakatan Rakyat.

Mereka turut sesekali bersorak apabila Anwar sekali lagi berjanji akan memberikan permit persendirian sekiranya menang dalam pilihan raya akan datang.

Anwar berkata, memberikan permit kepada pemandu teksi bukan perkara sukar memandang ia tidak perlu perbincangan yang serius.

"Bukan perkara yang susah untuk dirunding. Benda kecil ini pun susah pada Umno, tak boleh nak buat. Perkara paling mudah pun tak mampu nak dibela. Najib kamu gagal," kata Anwar.

[EDISI HARAMJADAH] Peruntukan Katil Hospital Pun Kena Kebas

Posted: 27 Dec 2012 03:51 PM PST

 
KELAB GREENBOC

Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Sahri bakal membongkar penyelewengan dan penipuan Umno BN terhadap projek hospital kerajaan, khususnya mengenai peruntukan katil buat pesakit dan hospital baru yang gagal dibina untuk setiap negeri. Gambar hiasan

Beliau berkata, kerajaan sepatutnya menyediakan peruntukan 60,000 katil hospital untuk lebih 28 juta rakyat, tetapi perjanjian itu dilanggar apabila jumlah yang disediakan tidak mencukupi.

"Apa yang berlaku sekarang, hanya ada 30,000 katil di setiap hospital seluruh negara, iaitu separuh daripada yang diperuntukkan," jelasnya kepada Keadilan Daily.

Bagaimanapun, kata Yahya, butiran lanjut mengenai penyelewengan tersebut akan didedahkan beliau pada sidang media 2 Januari.

Ketua Cabang Tanjung Karang itu turut mempertikai pengumuman kerajaan untuk membina hospital di setiap negeri, tetapi hingga sekarang proses pembinaan masih tidak berjalan.

"Konon beriya-beriya umum, buat acara pecah tanah dan sebagainya. Tapi pembinaan tak ada. Itu yang saya nak persoalkan nanti, dan saya ada jawapan untuk kedua-dua isu ini," katanya.

"Ia juga bagi menunjukkan janji kerajaan untuk menyediakan khidmat kesihatan yang cemerlang kepada rakyat tidak ditunaikan," sambung beliau.

Sebelum ini, Yahya mendedahkan seorang bekas pegawai tertinggi polis memiliki aset berupa 10 unit rumah persendirian di sekitar Kuala Lumpur.

Kemudian, beliau mempersoal isu pemberhentian 37 pekerja kilang kelapa sawit (KKS) Bukit Talang, yang dimiliki anak syarikat perladangan konglomerat Sime Darby berusia 60 tahun.

Yahya turut membongkar isu air mineral yang diedar BN Selangor dalam kempen politik dikesan melanggar pelbagai peraturan, malah status halalnya diragui.

"Seperti yang saya beritahu sebelum ini, setiap minggu akan ada penyelewengan Umno BN yang akan saya dedahkan sehinggalah Pilihan Raya Umum ke-13," katanya.

Bas 2 Tingkat Panorama Melaka Terbakar, 30 Pelancong Selamat

Posted: 27 Dec 2012 03:43 PM PST

 
KELAB GREENBOC

Banda Hilir - Tindakan pantas seorang pemandu memadam api di bahagian enjin berjaya menyelamatkan 30 nyawa pelancong selepas bas Panorama Melaka dipandunya terbakar di Jalan Bukit Senjuang, di sini, petang semalam.

Bas dua tingkat dipandu Md Noor Rauh, 49, yang dalam perjalanan dari Menara Taming Sari mengelilingi bandar raya Melaka sebelum kembali semula di menara tersebut, terbakar dalam kejadian kira-kira jam 3.10 petang.

Md Noor berkata, kejadian disedarinya apabila sebuah kenderaan membunyikan hon menyebabkan dia memberhentikan bas di bahu jalan dan melihat api selepas membuka bonet enjin di bahagian belakang bas berkenaan.

"Bas ini mula bergerak dari menara kira-kira jam 2.45 petang membawa pelancong termasuk dari Singapura, Kuala Lumpur dan Johor namun selepas melalui Jalan Parameswara masuk ke Jalan Bukit Senjuang, saya terdengar bunyi enjin lain macam.

"Selepas sebuah kenderaan membunyikan hon, saya yang tiada pilihan lain terpaksa memberhentikan bas di tepi jalan lalu turun untuk memeriksa enjin," katanya yang sudah hampir empat tahun bekerja sebagai pemandu bas.

Menurutnya, selepas melihat api setelah membuka bonet enjin, dia segera mengarahkan semua penumpang turun menyelamatkan diri dan dalam masa sama mendapatkan alat pemadam api yang disimpan di dalam bas.

"Saya sempat mendail nombor kecemasan tetapi tidak bercakap kerana sibuk memadam api namun saya meminta bantuan seorang pemandu bas ekspres yang melalui kawasan tersebut untuk menghubungi bomba.

"Ketika itu bas Panorama lain yang melalui kawasan ini turut berhenti mengambil semua penumpang dari bas saya untuk meneruskan perjalanan," katanya.

Sementara itu, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Kubu, Pegawai Bomba Kanan II, N Raman berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 3.15 petang dan tiba di lokasi 16 minit kemudian.

"Apabila sampai, api sudah dipadamkan oleh pemandu menggunakan alat pemadam mudah alih dan pemeriksaan lanjut mendapati keadaan bas tidak mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya yang melalui kawasan ini.

"Lima anggota turut membersihkan tumpahan minyak di kawasan berkenaan. Bagaimanapun, punca kejadian sebenar masih dalam siasatan," katanya.

Tiada ulasan: