Jumaat, 28 Disember 2012

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Utusan Nak Tutup Rahsia? Siapa Abd Ghani Ismail?

Posted: 28 Dec 2012 04:14 AM PST

Bekas ahli MPAJ dipenjara 8 tahun, denda RM977,560

KUALA LUMPUR 28 Dis. - Bekas Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Abd. Ghani Ismail dihukum penjara lapan tahun dan denda RM977,560 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah didapati bersalah atas 10 pertuduhan rasuah melibatkan sejumlah RM193,512, enam tahun lalu.

Hakim Rozilah Salleh membuat keputusan tersebut setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Hukuman tersebut berkuat kuasa hari ini setelah mahkamah menolak permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sementara notis rayuan difailkan ke Mahkamah Tinggi.

Jika gagal membayar denda, tempoh pemenjaraan Abd. Ghani, 46, boleh ditambah sembilan tahun dua bulan lagi.

Abd. Ghani yang merupakan ahli Jawatankuasa Tender MPAJ ketika kejadian, didakwa bagi pertuduhan pertama menerima suapan daripada seorang kontraktor, Abdul Rahman Yaacob (sudah meninggal dunia) sebanyak RM24,189.

Perbuatan itu dilakukan sebagai balasan membantu Abdul Rahman mendapatkan Tender Zon SP 23 iaitu kerja perkhidmatan kutipan sisa pepejal di Taman Lembah Maju dan Taman Kencana serta Tender Zon PB 16 iaitu kerja pembersihan kawasan di Pandan Cahaya daripada MPAJ. - UTUSAN

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20121228/ma_05/Bekas-ahli-MPAJ-dipenjara-8-tahun-denda-RM977560#ixzz2GLdmgkAg
© Utusan Melayu (M) Bhd

Berkecai Impain Gadis Ini Ingin Memiliki HP Samsung Galaxy Dari Rebat Najib

Posted: 28 Dec 2012 02:32 AM PST

https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/405981_531860750171637_756708670_n.jpg 
 klik pada gambar


Legasi Mahasiswa Progresif UPSI (LMP)

Berkecainya impian gadis melayu kerana tidak dapat memiliki S3 melalui rebat. Haha, mohon tunggu 10 tahun lagi sehingga harga S3 RM500.

Kenyataan Media oleh YB Dato Negh Koo Ham tentang isu Tanah Kelantan

Posted: 28 Dec 2012 01:42 AM PST

KENYATAAN MEDIA

i) Ngeh & Nga tidak pernah dianugerahkan sebarang tanah oleh kerajaan negeri Kelantan

ii) Pembelian syarikat Upayapadu Plantations Sdn Bhd adalah satu transaksi komersial yang berlaku di pasaran terbuka.

iii) UMNO/BN ingin mengalihkan perhatian rakyat jelata daripada skandal-skandal tanah terhadap mereka yang didedahkan oleh Ngeh & Nga semasa sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru ini.

____________________________________________________________________

Sebuah blog merupakan penyokong BN bertajuk Pisau.net, dengan niat yang jahat menyatakan bahawa Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Aziz, telah meluluskan bidang tanah seluas 10,526 ekar sebagai pertukaran untuk mendapatkan persetujuan YB Nga Kor Ming dan saya, melantik Dato' Seri Nizar Bin Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak pada tahun 2008.

Tuduhan tersebut dengan terang-terangnya merupakan satu pembohongan. Walaupun pihak BN dengan hakikatnya sedar tentang kebenaran tanah tersebut, tetapi media yang memihakkan mereka terus berusaha untuk menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat. Oleh itu, saya berasa perlu untuk mengeluarkan kenyataan media ini/

Pada 19/12/2012, saya telah membuat satu laporan polis yang meminta pihak polis mengambil tindakan terhadap mereka yang telah menabur fitnah ke atas Tok Guru Nik Aziz, YB Nga Kor Ming dan saya, di bawah Seksyen 8A (kesalahan penyiaran berita palsu ) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Seksyen 499 (Fitnah Jenayah) Kanun Keseksaan. Saya telah mengarahkan peguam saya supaya mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang memfitnah YB Nga Kor Ming dan saya sendiri.

Isu tersebut telah dikemukakan oleh BN untuk mengalihkan tumpuan perhatian rakyat jelata daripada skandal-skandal yang telah didedahkan oleh YB Nga Kor Ming dan saya semasa sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru ini. Skandal-skandal tersebut melibatkan kelulusan tanah bernilai beratusan juta Ringgit oleh pihak Kerajaan Negeri Perak BN kepada kroni-kroni UMNO/BN.

Untuk tujuan penerangan dan penjelasan bahawa tiada sebarang rasuah atau urusan yang tidak wajar dalam proses pembelian syarikat Upayapadu Plantations Sdn Bhd, saya mengambil kesempatan ini untuk terangkan yang berikut:-

i. Semenjak beberapa bulan yang lalu, saya telah memaklumkan YB Lim Kit Siang di atas penglibatan saya dalam pembelian syarikat tersebut.

ii. Saya juga telah memaklumkan serta menerangkan kepada pucuk pimpinan Pakatan Rakyat Perak dua bulan yang lepas, apabila sebuah blog bertajuk Media Perak membuat tuduhan yang liar terhadap saya tentang isu yang sama.

iii. Dengan sepucuk surat yang bertarikh 6hbseptember 2012, saya telah memaklumkan Jabatan Hasil Dalam Negeri bahawa pengambilalihan tersebut telah berlaku, serta meminta Jabatan tersebut untuk memberi perintah yang sepatutnya dari segi pembayaran cukai.

iv. Dato' Hamzah Bin Zainuddin, selaku Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dari UMNO juga telah dimaklumkan tentang pengambilalihan tersebut sebagai Pengerusi Program Pembangunan Ladang Hutan, yang merupakan agensi yang meluluskan wang pinjaman untuk memajukan tanah tersebut. Beliau berkata semasa berjumpa dengan saya di Parlimen, bahawa pinjaman itu tetap akan diteruskan oleh pihak kerajaan walaupun saya berpihak pembangkang. Beliau juga berkata bahawa usaha untuk menanam pokok balak klon getah amat penting demi memastikan bekalan balak yang mampan dikekalkan untuk industri pembuatan perabot.

Oleh yang demikian, pengambilalihan syarikat Upayapadu Plantations Sdn Bhd berlaku secara terbuka dan tidak secara berahsia. Saya harus mengulangi di sini bahawa Pembelian syarikat Upayapadu Plantations Sdn Bhd adalah satu transaksi komersial yang berlaku di pasaran terbuka.

Oleh kerana pucuk pimpinan PR Perak telah dimaklumkan sebelum ini, tuduhan palsu yang tertimbul beberapa hari yang lepas tidak mengejutkan mereka. Saya ingin merakamkan penghargaan yang tertinggi kepada ahli-ahli dewan undangan negeri kerana menangani isu ini secara baiknya, sehingga ADUN BN tertinggal tiada pilihan selain membuat tuduhan palsu dalam Dewan Undangan Negeri yang mulia dan ADUN PR diberi kesempatan untuk menunjukkan betapa bodohnya ADUN-ADUN BN. Tiada seorang pun di antara semua ADUN BN berani mengulangkan tuduhan tersebut di luar dewan, kerana mereka sedar pada hakikatnya bahawa tuduhan tersebut adalah memang palsu.

Saya telah pun memberikan penjelasan melalui sidang media dan Tok Guru Nik Aziz, melalui sebuah kenyataan media yang dikeluarkan oleh setiausaha akhbar beliau pun telah menafikan tuduhan tersebut pada 21hbDsiember 2012. Tok Guru Nik Aziz juga secara individu, telah membuat penafian apabila ditanya oleh warga media.

Untuk pemahaman secara lebih mendalam kepada rakyat jelata, izinkan saya mengemukakan fakta-fakta tentang tanah seluas 10,526 ekar tersebut seperti berikut:-

1. Pada 13hbSeptember 2000, kerajaan negeri Kelantan telah meluluskan tanah tersebut kepada Yayasan Islam Kelantan (YIK).

2. Pada Disember 2000, sebuah syarikat telah diluluskan untuk memajukan tanah tersebut, tetapi syarikat tersebut gagal dalam usahanya. Tanah tersebut diambilalih-semula oleh YIK pada 18hb Ogos 2004.

3. YIK menganugerahkan tanah tersebut kepada Upayapadu Plantations Sdn Bhd untuk memajukannya pada 28hb Ogos 2005 dan perjanjian telah ditandatangani pada 2hb Mei 2006.

4. Upayapadu Plantations Sdn Bhd gagal dalam usahanya untuk memajukan projek tersebut, maka pemegang-pemegang sahamnya membuat keputusan untuk menjualkan syarikat tersebut.

5. Saya bersama dengan sekumpulan pelabur (termasuk YB Nga Kor Ming) telah membeli syarikat tersebut pada bulan April 2012.

6. Jelasnya, tuduhan bahawa pemberian tanah tersebut adalah pertukaran kepada perlantikan Dato' Seri Nizar bin Jamaluddin pada tahun 2008 adalah suatu pembohongan

Dua buah Syarikat telah gagal. Kami harap kami akan berjaya dengan usaha kami. Kumpulan pemegang saham baru sedang mengambil risiko perniagaan seperti mana-mana pihak dalam bidang pelaburan.

Oleh kerana integriti saya sendiri dipersoalkan, saya ingin menyatakan di sini bahawa sepanjang hayat saya, tidak pernah saya menerima atau memberi satu sen pun kepada aktiviti rasuah. Saya telah berikrar ini semenjak zaman belia saya, semasa saya mengambil jawatan Presiden kepada Methodist Youth Fellowship, Gereja Methodist Cina Ayer Tawar di mana saya menyaksikan penderitaan orang yang berprinsip di bawah suatu sistem yang beramalan korap.

Penasihat saya, Allahyarham Cik Cheok Bee Lan, oleh kerana pegangan teguh beliau kepada prinsip-prinsip Kristian, terpaksa mengulangi ujian memandu sebanyak 7 kali sebelum mendapat lesen memandu beliau. Inilah hanya kerana beliau enggan menyertai amalan rasuah berleluasa, di mana 'pakej kelulusan jaminan' boleh didapati melalui rasuah.

Dengan rendah dirinya, saya mengakui bahawa saya mempunyai banyak lagi kelemahan, tetapi saya tidak boleh membenarkan penimbulan sebarang keraguan terhadap keikhlasan saya dalam menentang rasuah. Kita tidak boleh membenarkan sebarang peralihan perhatian rakyat jelata daripada amalan rasuah yang begitu dahsyat dan jijik diamalkan oleh BN.

Selamat Hari Krismas

24hb Disember 2012

Ngeh Koo Ham

TG Haji Hadi Menerima Tetamu Ocpd dari IPD Marang ASP Ahmad Mazlan

Posted: 27 Dec 2012 08:23 PM PST

http://sphotos-h.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/379382_395647867187004_1078795223_n.jpg

Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Seusai kuliah jumaat pagi ini menerima kunjungan hormat Ocpd dari IPD Marang ASP Ahmad Mazlan, berbicara tentang isu isu semasa khususnya Daerah Marang.

Taktik jahat, bukti sedang terdesak

Posted: 27 Dec 2012 08:20 PM PST


Teori perang bersenjata, pendekatan konvensional belum cukup memastikan kemenangan. Ia kerana faktor kemenangan bukan terletak hanya pada kecanggihan senjata (alat, prasarana, teknologi), sebaliknya perlu gabungan kebijaksanaan General menguruskan senjata yang dikongsi sama dengan kemahiran unit-unit yang siap-siaga untuk mengalahkan musuh!

Teori faktor kemenangan itu sedia terbukti, tatkala perang zaman Rasulullah, misalnya dalam perang Khandak atau Ahzab, ternyata pendekatan bertahan menggunakan 'parit' adalah membukti nilai pengorbanan tinggi para tentera pimpinan Rasulullah.

Ia belaku 'semata-mata keikhlasan atas nama Allah' sehingga menguasai pemikiran pihak barisan Ahzab (puak kafir): "Kehebatan pasukan pimpinan Muhammad berjaya menggali parit."

Pandangan pemuka Ahzab: "Hanya tentera yang kuat sahaja mampu menyiapkan tugas gali parit dalam saat kritikal."

Pengajaran daripada kisah singkat tentang perang Ahzab ini, sudah tentu ia menuntut peri pentingnya melaksanakan pengurusan yang menzahirkan kehebatan. Atas kehebatan yang berjaya dipamerkan (dengan izin Allah SWT) pasti menggerunkan musuh!

Musuh sedang terdesak

Dalam tempoh kebelakangan ini, gendang peperangan pilihan raya umum ke-13 sudah rancak dipalu. Ia seumpama semarak semangat pasukan perang Khandak pimpinan Rasulullah SAW. Semarak semangat itu sudah berada di pihak Pakatan Rakyat. Kejayaan menggali parit adalah nilai pengorbanan dan keikhlasan. Ia kehebatan dalaman dan luaran tentera Islam.

Pakatan Rakyat sedang giat membina kehebatan dan menggerakkan naluri keikhlasan dalam menguruskan maruah politik rakyat yang sudah dijajah sekian lama oleh sang penguasa. Sehingga kini kepimpinan Pakatan Rakyat berjaya membangkitkan semangat rakyat, antaranya melalui Perhimpunan Aman Bersih 3.0, Himpunan Hijau, Jelajah Merdeka, Gerakan Anti-Lynas (menolak kilang sisa radioaktif), Himpunan Kebangkitan Rakyat dan Jelajah Oren (membela peneroka Felda), Gerakan Solidariti Anak Muda dan Gerakan Tuntut Royalti (R) serta kebangkitan mahasiswa menuntut hak berpolitik.

Hasil daripada kebangkitan rakyat (terserlah menerusi pelbagai gerakan di atas), ia telah menimbulkan sikap berani rakyat mempersoal sang penguasa dalam pelbagai isu yang menyentuh hak mereka dan integriti kepimpinan pihak penguasa. Rakyat sudah sensitif dengan amalan rasuah, tadbir urus politik pentadbiran dan keakhlakan kepemimpinan sang penguasa. Ia cukup membuatkan sang penguasa sedang bermusuh dengan Pakatan Rakyat. Seni bermusuh itu sudah memasuki Zon Terdesak! Ia menzhirkan Pakatan Rakyat sudah berjaya mencetuskan suasana persekitaran (biah) terdesak kepada sang penguasa.

Bukti musuh Pakatan Rakyat sedang terdesak apabila terserlahnya pelbagai tindakan jahat yang bertujuan menyekat kebangkitan dan perubahan sikap rakyat menolak kepemimpinan sang penguasa sekarang.

Di antara tindakan jahat itu ialah memutar-belit isu berkaitan Pakatan Rakyat demi mempengaruhi sokongan. Justeru tindakan jahat itu terpampang menerusi media cetak dan elektronik, serta paling rancak menerusi media baru alam maya (internet). Atas asas ini, gerakan memburuk maruah Kerajaan Pakatan Rakyat berlaku dengan mencipta isu kontroversi melibatkan isu tanah (kononnya PAS di Kelantan marasuah tanah kepada DAP sebagai pertukaran atas persetujuan menteri besar Perak diberi kepada PAS - realitinya pembohongan nyata).

Selain itu, pihak musuh Pakatan Rakyat telah mengitar semula isu lapuk kononnya akibat taksub kepada "Amanat Haji Hadi" maka penyokong dan ahli PAS difitnah sebagai golongan yang sanggup bertindak bercanggahan (antisystem) seperti kafir-mengkafir, sembahyang dua imam, pulau memulai dan bercerai tanggal suami-isteri. Sedangkan isu amanat itu sudah berlalu dan parti sang penguasa pernah sanggup berdebat, tetapi debat terpaksa dibatalkan setelah debat olok-olok (lakonan) tokoh sesama sang penguasa menatijahkan mereka ketiadaan hujah untuk membuktikan bahawa kepemimpinan PAS mengkafirkan UMNO!

Jelaslah, sang penguasa sedang terdesak dengan kebangkitan rakyat di seluruh negara yang tidak mahu membiarkan berulangnya salah guna wang rakyat menerusi pelbagai program (antaranya isu RM250 juta projek NFC diberi kepada suami ketua wanita sang penguasa, pembelian peralatan ketenteraan pada harga mahal, isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang belum jelas siapa dibelakang pembunuhnya, pengapungan tanah peneroka Felda melalui FGVH, dan pelbagai salah urus, kebiadapan kepemimpinan sang penguasa. Ia diparahkan lagi dengan terbongkarnya nilai-nilai isu RM40 juta untuk parti sang penguasa di Sabah, serta penyelewengan wang pampasan buruh paksa keretapi maut di Burma era perang Jepun. Kesemuanya bakal memiripkan wajah terdesak musuh Pakatan Rakyat paling tegar.

Semoga perkembangan terbaru (yang tidak pernah dilaporkan dalam media sang penguasa), bergumandang suara sokongan masyarakat Cina dan India kepada Pakatan Rakyat, kejayaan pembongkaran rasuah dan kronisme serta kejayaan menyekat projek menyaman rakyat secara AES; sudah tentu sang penguasa sedang berkira-kira untuk melaksanakan taktik jahat. Jika taktik jahat dapat dilaksanakan dalam musim pilihan raya nanti, maka sang penguasa yakin mereka akan dapat kekal malah akan berjaya meraih kemenangan dua pertiga di kerusi kuasa Putrajaya!

Apakah taktik jahat yang bakal dilakukan sang penguasa? Ia sesuatu yang sulit dan menjadi rahsia dalam peti besi untuk didedahkan pada masa ini. Sudah tentu ia berupa suatu konspirasi cetusan otak Yahudi APCO yang bertindak selaku perunding pemasaran. (Sedangkan kita tahu Yahudi tidak pernah diam sentiasa berhaluan jahat yang mensasarkan pembunuhan ke atas umat Islam). Tunggulah pendedahannya nanti.

Allahu Akbar.

http://greencresent-wanibrah.blogspot.com/2012/12/taktik-jahat-bukti-sedang-terdesak.html

SKMM Mengeluarkan Senarai Lebih 20 Peranti Yang Akan Ditawarkan Melalui Pakej Komunikasi Belia

Posted: 27 Dec 2012 05:44 PM PST


Lanjutan daripada perkongsian kami berkenaan dengan rebat RM200 yang dihadkan kepada telefon pintar 3G berharga RM500 dan ke bawah sebelum ini, kini pihak SKMM telah pun mengeluarkan kenyataan dan berkongsi senarai telefon pintar 3G yang akan ditawarkan melalui rebat ini.

Pakej Komunikasi BeliaAntaranya adalah termasuk:

Alcatel One Touch Inspire 2
The Buzz Phone
HTC Wildfire
Huawei Ideos X3
LG Optimus L3
Ninetology Black Pearl II
Ninetology Palette
Nokia 2730
Nokia 7230
Nokia Asha 305
Nokia Asha 308
Nokia C2-03
Nokia Lumia 610
Samsung Galaxy Chat
Samsung Galaxy Mini
Samsung Galaxy Pocket
Samsung Galaxy Y
Sony Xperia Tipo
ZTE Acqua
ZTE V790

Pihak SKMM juga mengatakan berikut merupakan peranti awal yang akan ditawarkan melalui rebat tersebut, dan ia akan ditambah dari semasa ke semasa.

Melalui Pakej Komunikasi Belia ini, pelbagai syarikat telekomunikasi akan menawarkannya, dengan kerjasama pengedar rasmi, yang mana akan memaparkan banner khas pada kedai mereka, dan mungkin hanya sesetengah model sahaja ditawarkan oleh seseorang pengedar itu.

Pendaftaran untuk rebat sebanyak RM200 ini akan bermula daripada 1 Januari 2013 kelak melalui laman rasmi SKMM untuknya.

TIPS AWAL DARIPADA NAZRIEN

http://amanz.my/2012/12/skmm-mengeluarkan-senarai-lebih-20-peranti-yang-akan-ditawarkan-melalui-pakej-komunikasi-belia/

Tiada ulasan: