Jumaat, 28 Disember 2012

Biaqpila

Biaqpila


MASJID UNIVERSITI MULTIMEDIA BILA NAK JADI BESAQ?

Posted: 27 Dec 2012 10:40 PM PST

GUA RASA DAH LEBIH 10 TAHUN MASJID NI SESAK BILA SOLAT JUMAAT
TAKDAK KA PERANCANGAN NAK BESAQKAN?
KAT SINI KHUTBAH DALAM BAHASA INGGERIS BEB
JEMAAH PULAK PELAJAR INTERNATIONAL TUH
TAPI TERPAKSA SOLAT ATAS RUMPUT
HARAP KERAJAAN AMENO BN DAPAT TENGOK MASALAH NI
KAH! KAH! KAH!


Menggigil Lutut Iblis

Posted: 27 Dec 2012 08:00 PM PST



Menggigil Lutut Jin Dan Manusia Melihat Neraka Jahanam

Dikisahkan dalam sebuah hadith bahawa sesungguhnya neraka jahanam itu adalah hitam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ianya menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu pula terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api.

Dikisahkan dalam hadith tersebut bahawa pada disetiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan 70,000 kala, dan dikisahkan dalam hadith tersebut bahawa setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah bisa.

Dalam hadith yang sama menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup neraka Jahanam, maka sebaik sahaja pintu neraka Jahanam itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung di sebelah kanan Jin dan Manusia. Dan sebuah kumpulan asap lagi mengepung mereka di sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka di sebelah hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan dibelakang mereka.

Dan mereka (Jin dan Manusia) apabila terpandang akan asap tersebut maka bergementarlah dan mereka berlutut dan memanggil-manggil: “Ya Tuhan kami selamatkanlah.”

Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahanam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada diterangkan oleh Allah SWT dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud:“Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras.”

Setiap malaikat apa yang ada di antara bahunya adalah jarak perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya maka nescaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan sahaja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahanam.

tazkirahonline

Fathul Bari saran Pas keluar Pakatan KAH! KAH! KAH!

Posted: 27 Dec 2012 05:00 PM PST

Fathul (tengah) pada sidang media di Bangunan Umno Selangor, semalam.

DEY MACHA!!!
SAKIT PERUT GUA GELAK DENGAN MAMAT NI
NAK JADI ULAMAK PUN TAK PAYAHLAH BUAT SIDANG MEDIA KAT BANGUNAN UMNO
NAMPAK SANGAT HANG NI ULAMAK UMNO
DAH TENTULAH IDEA HANG NI IDEA UMNO
KAH! KAH! KAH!

PAS TAK BANGKIT ISU HUDUD PUN HANG NAK KECOH
MANA PUNYA STOK ULAMAK MACAM NI?
PATUTLA UMNO DOK BANGKIT ISU HUDUD SETIAPKALI NAK PILIHANRAYA
RUPANYA ULAMAK INI PUNYA IDEA
KAH! KAH! KAH!

SEBELUM HANG NAK NASIHAT PAS KELUAQ PAKATAN
HANG TU SENDIRI SURUH UMNO SERTAI PAS
LAGI BAGUIH PASAI PAS PERJUANG ISLAM
UMNO PERJUANG BANGSA
TAKKAN ITU PUN HANG TAK BOLEH PIKIAQ?
KAH! KAH! KAH!



SHAH ALAM – Pas dinasihatkan keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) supaya parti itu lebih dihormati dan dimuliakan kerana prinsipnya walaupun menjadi parti minoriti.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata, Pas hari ini dilihat menggadaikan prinsip dan pendiriannya serta tidak selantang dahulu dalam mengemukakan isu.

"Kita nasihatkan Pas keluar PR, walaupun akan menjadi minoriti tetapi dia (Pas) akan lebih dimuliakan kerana prinsipnya.

"Suatu ketika dahulu Pas lantang bersuara bahkan sampai ke tahap mengkafirkan kelompok tidak sealiran dan sependapat dengannya.

"Hari ini Pas hanya diam dan tidak membangkitkan lagi isu hudud, negara Islam dan pendirian-pendirian lain yang pernah dilaungkan," katanya ketika sidang media di Bangunan Umno Selangor, semalam.

Fathul mendakwa, hanya kerana kuasa dan Putrajaya prinsip dan pendirian Pas selama ini tergadai begitu sahaja.

Beliau berkata, kerjasama Pas dengan DAP dan PKR pada hari ini disifatkannya menggadai pegangan-pegangan asal parti itu.

"Mungkin kerana Putrajaya atau kelemahan mereka serta kuasa membuatkan mereka jatuh ke tahap ini.

"Tidak dapat dinafikan manusia jatuh kerana pangkat, kuasa dan harta. Ini juga satu muhasabah kepada Umno sendiri, jika berlaku perselisihan pendapat, jangan kerana kuasa semata-mata kita gadaikan pendirian dan prinsip kita tentang agama," katanya.

Dalam pada itu, Fathul berkata, belum PR menawan Putrajaya, telah timbul pelbagai kontradiksi dalam pakatan pembangkang berkenaan dan dijangka akan lebih parah sekiranya mendapat kuasa itu.

Katanya, dalam PR, tiada agenda Islam, yang ada hanya mempertahankan perlembagaan sedia ada termasuk Islam sebagai agama persekutuan dan hak-hak keistimewaan orang Melayu.

"Tapi agenda Islam secara jelas seperti mempertahankan akidah Islam, hukum Islam yang Pas laungkan puluhan tahun lalu sudah tiada.

"Pas dalam bab ini menyebut bahawa negara berkebajikan disebut dalam manifesto itulah negara Islam sebenar, tetapi saya katakan pada mereka, kenyataan itu salah kenyataan kerana DAP sendiri memaklumkan negara berkebajikan dalam manifesto PR bukan negara Islam sebaliknya negara sekular," katanya.

Beliau turut mempersoalkan pertembungan dan percanggahan dalam pakatan ini dan tidak relevan untuk diberi mandat untuk memerintah.

"Pas nak bawa objektif dia, DAP kata tak boleh dah janji dah. Lim Guan Eng kata dah jelas kepada Pas dan juga PKR pelaksanaan hudud tak dibenarkan kecuali dengan persetujuan DAP," katanya.

SH


Tiada ulasan: