DIALOG RAKYAT |
- Iskandar : Proses Kelulusan RMM Sedia Disiasat
- Chua: Pulangkan semula wang saman AES
- Bicara kes saman Husam terhadap blogger bermula hari ini
- Lima profesional dilantik anggotai j/kuasa bebas
- 'KUNG FU INFIGHTING' menular dlm Umno: Sabotaj tugas utama, wang asas perjuangan
- Ini Bahananya : Bila Dewan Orang Ramai Dijadi Harta Merela..
- Banglo dipecah masuk, orang kenamaan rugi RM2 juta
- Alina Ahmad dilantik Datuk Bandar PJ
- PPZ-MAIWP lepas cabaran, catat kutipan zakat perniagan RM56 juta
- SPR dakwa Ambiga dan Bersih ada agenda partisan
- Kanak-kanak tiga tahun diseret 10 km
- Jangan ganggu urusan PRU, SPR ingatkan Bersih
- Pendedahan Deepak: AMK Mahu Rosmah Disiasat
- 1.5 juta kenderaan dianggar guna Plus pada Krismas, Tahun Baru
- 16 Kuil Dirobohkan Semasa Era BN, Kenapa MIC Membisu?
- Gantung saman: Bukti Pakatan halang AES betul
- Sorotan Persidangan DUN Negeri Sembilan Penggal Kelima
- Rais minta Zainuddin Maidin minta maaf kepada Habibie
- Minta TNB, TM Baiki Kabel Runtuh Punca Banjir Kilat
- Artis Penuhi Syarat, Tiada Halangan berceramah Di Selangor
- PKR Gesa Polis Bertindak Tangani Budaya Politik Samseng
- Peguam Negara Perlu Pulang Semula Wang Saman AES
- Gagal Beri Penjelasan Wang Haram RM200 Bilion, Menteri Perlu Letak Jawatan
- Antara 1970-2012 : Harga Rumah VS Peningkatan Pendapatan? Teres Setingkat RM300K-RM400K!
- Gaji Minimum 2013 Pekerja Sektor Swasta di Malaysia (6 Juta). Semenanjung (RM900 Sebulan). Sabah, Sarawak (RM800 Sebulan). Realiti @ Tangguh?
Iskandar : Proses Kelulusan RMM Sedia Disiasat Posted: 19 Dec 2012 03:38 PM PST SHAH ALAM : Penglibatan banyak jabatan dan agensi kerajaan dalam proses kelulusan projek perumahan Rumah Mampu Milik di Selangor dapat menghalang daripada berlaku penyelewengan. Malah, keputusan untuk meluluskan atau menolak projek RMM dibuat Mesyuarat Exco secara bersama atau 'collective' dan bukan keputusan Exco Perumahan, kata Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad. Beliau menjelaskan setiap keputusan juga diteliti oleh Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Selangor (JPBP), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor. Dalam usaha Kerajaan Negeri menambah projek RMM kata Iskandar, pemaju dibenarkan membuat permohonan untuk menggantikan Rumah Kos Rendah dengan RMM. Mengulas lanjut, Iskandar berkata, permohonan untuk membina RMM hanya boleh diluluskan jika permintaan untuk Rumah Kos Rendah di sesuatu kawasan terlalu rendah atau terdapat banyak Rumah Kos Rendah yang masih tidak terjual di kawasan tersebut. "Setiap permohonan akan disiasat JPBD, PBT dan LPHS yang akan mengemukakan ulasan teknikal kepada Mesyuarat Exco. "Berdasarkan ulasan teknikal itu, Pengarah Tanah Dan Galian Selangor (PTGS) akan mengemukakan cadangan kepada Mesyuarat Exco sama ada untuk menolak atau meluluskan sesuatu permohonan. "Memandangkan ia melibatkan banyak pihak, amatlah payah bagi pemaju untuk cuba mempengaruhi kesemua pihak-pihak yang terlibat. "Jika pemaju dapat mempengaruhi LPHS, badan yang terlibat secara langsung menguatkuasakan dasar perumahan negeri, namun ia masih memerlukan kelulusan Mesyuarat Exco," kata Iskandar dalam kenyataan media. Oleh itu kata Iskandar, beliau mengalu-alukan sekiranya ada pihak yang mahu menyiasat atau mengaudit proses kelulusan dan embinaan RMM di Selangor. Tambahnya, Kerajaan Negeri turut mengambil kira bentuk pembangunan, kemudahan awam dan infrastruktur di sekitar projek RMM itu. | ||||
Chua: Pulangkan semula wang saman AES Posted: 19 Dec 2012 03:32 PM PST Katanya, MCA berpendirian supaya diberikan masa sekurang-kurangnya enam bulan untuk mendidik pengguna jalan raya mengenali AES. PUTRAJAYA: Kerajaan pelu meneliti semula cadangan sama ada wajar memulangkan semula wang saman pesalah Sistem Pengangkutan Automatik (AES) yang telah dibayar di mahkamah. Pengerusi Biro Profesional Muda MCA Datuk Chua Tee Yong berkata perkara itu tidak mustahil selepas semua prosiding mahkamah membabitkan kes saman AES kini dibekukan. "Terpulang kepada kementerian berkenaan menentukannya. "Saya rasa takkan ada masalah (melaksanakannya) kerana mereka ada nama (pesalah)," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Katanya, MCA berpendirian supaya diberikan masa sekurang-kurangnya enam bulan untuk mendidik pengguna jalan raya mengenali AES. "Mungkin dalam tempoh enam bulan mereka yang dapat saman tak perlu bayar. "Proses pembelajaran tentu akan beri banyak masa supaya pengguna jalan raya dapat sesuaikan diri dengan AES sekaligus dapat kurangkan impak negatif kemalangan," katanya. Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu menegaskan, apa yang perlu diberi perhatian sekarang adalah cara pelaksanaan AES itu sendiri supaya tidak menyusahkan pengguna. `Sistem ok tapi pelaksanaannnya' "Secara keseluruhan sistem itu okay tapi isunya sekarang adalah pelaksananaannya. "Ada beberapa aduan mengatakan pemasangan papan tanda amaran yang tak sesuai," katanya. Beliau bagaimanapun menepis dakwaan pembekuan prosiding kes itu hanya kerana mahu memancing undi rakyat untuk pilihan raya umum (PRU) 13 akan datang. Semalam, Jabatan Peguam Negara mengarahkan semua prosiding mahkamah berkaitan saman AES dibekukan sementara mengkaji semula kebimbangan undang-undang yang dibangkitkan dalam kes ini. "Ekoran perkara-perkara yang dibangkitkan oleh beberapa pihak berkenaan dengan undang-undang dan aspek teknikal, maka pihak Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk meneliti segala aspek berkenaan dan semua prosiding dibekukan sehingga kebimbangan ditangani. "Satu keputusan akan dibuat dalam beberapa hari lagi berkenaan isu-isu yang telah dibangkitkan," kata Jabatan Peguam Negara dalam satu kenyataan. Kenyataan itu bagaimanapun menambah bahawa saman AES yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) masih sah. Kira-kira 300,000 saman dikeluarkan sejak AES mula dilaksanakan pada 23 September lalu. "Berikutan empat saman AES yang digugurkan kerana tidak cukup bukti, Jabatan Peguam akan mengkajinya semula dan akan mendaftarkannya jika mahukan pendakwaan," tambahnya. | ||||
Bicara kes saman Husam terhadap blogger bermula hari ini Posted: 19 Dec 2012 03:30 PM PST Pada prosiding hari ini seramai dua saksi plaintif dipanggil memberi keterangan. KUANTAN: Perbicaraan kes saman fitnah RM5 juta oleh Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa terhadap penulis blog Kickdefella berhubung penyiaran artikel didakwa berunsur fitnah bermula hari ini setelah kedua-dua pihak gagal menemui jalan penyelesaian di luar mahkamah. Pada prosiding hari ini seramai dua saksi plaintif dipanggil memberi keterangan iaitu Penolong Pengurus Projek dan Hartanah Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan Ismail Shauki Ibrahim dan Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan Sanusi Osman. Bagaimanapun Husam merangkap Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan yang sepatutnya menjadi saksi pertama kes saman tersebut tidak dapat menghadiri prosiding hari ini kerana mempunyai urusan rasmi. Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mariana Yahya kemudiannya menangguhkan perbicaraan itu dan menetapkan 28 Februari tahun depan untuk menyambung semula perbicaraan kes berkenaan. Semalam mahkamah memberi tempoh sehingga hari ini bagi kedua-dua pihak menyelesaikan kes itu di luar mahkamah, namun sehingga hari ini kedua-dua pihak gagal mencari kata sepakat. Bincang di luar mahkamah Sementara itu, peguam Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos yang mewakili Kickdefella atau nama sebenarnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz berkata beliau dan peguam yang mewakili plaintif, Hisham Fauzi sebelum ini telah berbincang untuk menyelesaikan kes itu di luar mahkamah, namun tiada jalan penyelesaian dicapai. Beliau berkata pihaknya akan mengemukakan lima saksi manakala pihak plaintif berkemungkinan mengemukakan lima atau enam saksi sepanjang perbicaraan. "Hari ini juga pihak kita akan memohon sapina dikeluarkan terhadap beberapa pemimpin negeri Kelantan sebagai saksi untuk perbicaraan kes ini nanti," katanya. Pemimpin terbabit ialah Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaacob dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Kelantan Datuk Takiyuddin Hassan. Pada 19 September tahun lalu, Husam memfailkan saman terhadap Syed Azidi bagi menuntut ganti rugi RM5 juta ekoran penyiaran tiga artikel yang didakwa berunsur fitnah terhadap beliau yang disiarkan melalui blog defendan di kickdefella.wordpress.com antara Januari hingga Julai tahun lalu.Bernama | ||||
Lima profesional dilantik anggotai j/kuasa bebas Posted: 19 Dec 2012 03:21 PM PST SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor hari ini mengumumkan senarai nama ahli jawatankuasa bebas bagi meneliti kelulusan projek pembinaan kondominium di Batu Caves dan kawasan sekitarnya. "Kerajaan negeri melantik lima profesional bagi menganggotai jawatankuasa bebas untuk meneliti kelulusan projek pembinaan kondominium di Batu Caves dan juga pembangunan sekitarnya," kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco hari ini. Terdiri daripada lima orang profesional, jawatankuasa tersebut akan menasihati kerajaan negeri bagi menangani isu tersebut secara telus dan berhemah. Mereka adalah, orang besar Daerah Klang, Datuk Abdul Ghani Pateh Akhir, pakar bedah neuro, Dr M Nachiappan, bekas Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ranita Hussein, pakar undang-undang pembinaan, Harbans Singh dan ahli geologi, Tan Boon Kon. Khalid berkata kerajaan negeri yakin individu-individu yang dilantik tersebut berupaya untuk melaksanakan tanggungjawab mereka secara bebas dan profesional. Satu perjumpaan dengan jawatankuasa tersebut sedang diaturkan pihaknya dalam waktu terdekat ini. "Mereka ini akan mengkaji isu terbabit secara bebas dan profesional dan kita yakin jawatankuasa bebas ini dapat memberi nasihat kepada kerajaan negeri bagi menangani isu ini secara berhemah dan telus. "Saya akan mengadakan perjumpaan dengan jawatankuasa bebas ini dalam tempoh terdekat sebagai tanda bermulanya tugas rasmi mereka," katanya. Terdahulu kerajaan negeri menerima tamparan hebat apabila bekas Ketua Pengarah Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia (MIDA), Datuk N Sadasivan, menolak pelantikan kerajaan negeri untuk mengetuai jawatankuasa itu. Pada 30 Oktober lalu, kerajaan negeri Selangor memberikan arahan untuk menghentikan kerja-kerja pembinaan kondominium 29 tingkat di Batu Caves serta melantik badan penyiasat bebas. Projek kondominium Dolomite Park Avenue yang dibangunkan oleh Dolomite Properties Sdn Bhd, adalah isu sensitif kerana projek tersebut berhampiran dengan Batu Caves, tempat keagamaan penganut Hindu kira-kira 1.7 juta orang di kawasan bandar di Selangor. | ||||
'KUNG FU INFIGHTING' menular dlm Umno: Sabotaj tugas utama, wang asas perjuangan Posted: 19 Dec 2012 06:55 AM PST Nawawi Mohamad, Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle Masih ingat lagi pada lagu 'Everybody was Kung Fu Fighting'?' Ada satu set lirik lagu (ditulis semula di bawah) yang hangat diperkatakan dan mencerminkan apa yang sedang berlaku dalam UMNO baru-baru ini semasa perhimpunan agung Umno diadakan walaupun Perdana Menteri Najib Razak dan pemimpin parti yang lain mendakwa semangat bersatu lebih menebal dalam Umno dari tahun 2008 apabila UMNO diketuai oleh Abdullah Badawi. Walaupun mereka berkata demikian, apa yang sebenarnya mahu ditekankan oleh mereka adalah kegagalan teruk pilihanraya umum pada tahun 2008 dibawah pimpinan Abdullah Badawi. Pertelingkahan ini sememangnya petanda atau bukti bahawa kemelut dalaman Umno semakin parah. Everybody in UMNO was sabotaging (Semua dalam UMNO sedang mensabotaj) Those warlords really loved their infighting (Panglima Umno suka bergaduh sesama sendiri) In fact, it was is little bit frightening (Sebenarnya agak menakutkan) But they seem to care like nothing (Namun mereka bagaikan tak peduli) Fokus hanya untuk mensabotaj Sebenarnya, ia adalah normal bagi dua parti politik yang berbeza untuk mensabotaj antara satu sama lain, tetapi apabila para pemimpin dari parti yang sama meletakkan kepentingan sendiri sebagai keutamaan dengan ghairahnya memperlekehkan ahli yang lain dari pecahan yang bertelagah- ia menandakan bukan sahaja masalah besar yang bakal melanda, tetapi kekalahan tidak akan boleh dielakkan lagi. Walau bagaimanapun, perteligkahan yang begitu hebat untuk merebut kawasan dan habuan yang bakal diperolehi darinya, bakal dipilih untuk memenangi kerusi pada pilihanraya umum ke 13, menjadikan para pensabotaj dalam Umno tahu bagaimana untuk bermain permainan ini. Inilah yang mendominasi perhimpunan agung ke-66 Umno. Malah, para pengkritik mula menuduh UMNO tidak mampu mengawal pemimpin-pemimpinnya dari segenap peringkat yang nampaknya sudah bersedia untuk memberontak percaya apa yang mereka dakwa selama ini adalah benar. Malah, Najib sendiri terpaksa menenangkan mereka dalam perhimpunan itu. Ugutan dan ancaman telah gagal memberi sebarang kesan dan sekarang, dia seperti lembu dicucuk hidung- bukan sebaliknya. Dia terpaksa memujuk, memuaskan hati mereka malah merasuah mereka untuk setia kepadanya. Sebagai contoh, apabila lembaga disiplin UMNO baru-baru ini melucutkan 2 ahli dari Sabah, tindakan itu menjadi perhatian. Pertelingkahan masih berterusan malah menjadi semakin parah. Kenapa ini berlaku? Kenapa ahli UMNO saling mensabotaj? Apabila ahli veteran bertanya, jawapan yang tidak boleh mereka elakkan adalah KENAPA TIDAK? Semua di dalam UMNO berbuat demikian! Jika saya tidak dapat apa yang saya mahukan, kenapa musuh saya boleh- apabila kami berada dalam parti yang sama- faham? Apakah ini sahaja puncanya- keruntuhan akhlak? Wang asas perjuangan Sebenarnya, sebahagian daripada sebab itu adalah WANG. Seperti biasa, dalam UMNO, wang tidak boleh dipisahkan dari mana-mana isu. Semuanya kerana wang merupakan budaya UMNO dan ini telah menular seperti barah dalam semua urusan kerajaan BN. Apa sahaja yang dilakukan oleh pemimpin UMNO dan setiap urusan kerajaan BN, pasti ada ganjaran wang disebaliknya. Inilah belang UMNO dan tidak hairanlah dasar parti telah berubah dari menjaga hak orang Melayu kepada mencari harta. Bagi orang Melayu dalam UMNO, ada 4 cara untuk menjadi kaya; melalui pewarisan, merompak, perniagaan atau menjadi ahli politik UMNO yang berpengaruh. Ada yang lebih sinis lagi dengan mengatakan ianya, politik, politik, politik, politik! Sebenarnya, mewarisi kekayaan adalah keistimewaan bagi mereka yang bernasib baik dan ramai orang Melayu UMNO datang dari keluarga yang kurang bernasib baik. Sudah tentu, apa yang mereka warisi hanya sedikit sahaja. Dari segi merompak pula, orang Melayu UMNO yang melakukannya hanya mampu menyeluk saku dan meragut. Ada juga yang suka mencuri di stesen minyak, restoran makanan segera, kedai runcit dan kedai 24 jam. Mereka ini pencuri tegar, mat-mat rempit yang selalu menjadi orang suruhan UMNO untuk menganggu ceramah parti pembangkang atau ceramah politik. Bagi menjelaskan lagi betapa terdesaknya pemimpin UMNO untuk mematahkan parti Pembangkang, seorang samseng UMNO telah menikam lelaki yang datang untuk mendengar ceramah Anwar Ibrahim di Gombak. Namun, tiada kemaafan pun yang diberi oleh UMNO, sebuah parti yang telah memerintah Malaysia sejak tahun 1957. Malah, mereka seperti menyokong tindakan itu dengan menyalahkan Anwar kerana menyemarakkan kemarahan yang sebenarnya penipuan belaka. Orang Melayu UMNO sebenarnya tidaklah begitu pandai dalam bisnes. Jadi, mereka perlu menjadi seorang ahli politik yang berkuasa atau sekurang-kurangnya berpengaruh. Melalui kedudukannya, mereka bukan sahaja boleh melakukannya dengan cara tersendiri malah boleh segera mencari jalan keluar jika berada dalam bahaya. Namun, sekarang sudah payah untuk berbuat demikian dalam UMNO. Bukan sahaja parti elit ini dimana untuk menjadi orang yang berpengaruh sudah menjadi agak tertutup atau berlaku diatas 'jemputan' sahaja, terdapat ramai lagi pemimpin muda atau kelas pertengahan yang lebih berjaya, masih memegang kuasa dan sering memikirkan…ya, betul…MENSABOTAJ mereka yang cuba mendahului mereka. Jadi, cara yang paling mudah adalah untuk MERASUAH untuk ke atas. Mereka yang sudah sedia memegang kuasa faham benar kerana mereka pernah melakukannya. Mereka sudah merasai kemanisan apabila mereka berjaya. Jadi, tidak hairanlah apabila mereka perang habis-habisan berlaku dikalangan pemimpin ini- 'jika aku tak boleh dapat, tak seorang pun boleh! PASTIKAN, KAU TAKKAN LUPA! Negri Sembilan Beberapa minggu yang lalu, kedua-dua saluran berita dalam media tradisional dan atas talian sibuk melaporkan sabotaj yang sedang berlaku dalam UMNO. Ya, beberapa panglima UMNO cuba menumpukan perhatian pihak media kepada dakwaan sabotaj itu. Namun, tindakan bodoh mereka telah mengundang lebih banyak persoalan dan perhatian kepada pertelingkahan dalaman sesama mereka. Baru-baru ini, laporan akhbar Melayu dalam Sinar Harian menyebut, Muhamad Hassan, Ketua UMNO Negeri Sembilan yang juga Menteri Besar telah berjaya mengesan dan menghalang fenomena sabotaj dalam UMNO. Seperti Iskandar Zulkarnain yang agung, Muhamad Hassan berupaya membendung kegiatan mensabotaj dari akarnya. Ramai dalam UMNO sebenarnya tahu apa yang berlaku sudah pasti tergelak besar apabila mendengar berita yang tidak masuk akal itu. Muhamad Hassan sebenarnya merupakan antara panglima yang sedang bertelagah dan paling sibuk. Umum sudah mengetahui bahawa Muhamad Hassan sedang bersaing dengan Isa Samad, bekas MB yang sekarang merupakan pengerusi Felda. Isa nampaknya berpihak kepada Najib dan telah berjaya mengekalkan kuasanya dalam UMNO. Pada ketika ini, ahli keluarga Muhammad Hassan sedang mengawal kawasan Rembau, dimana Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin menjadi ahli parlimen disitu. Tetapi Khairy tidak lagi mendapat sokongan Najib yang mahu menguasai Negeri Sembilan. Jadi, dalam usaha membariskan muka baru seperti kemahuan akar umbi dan pengundi, Najib telah memberi lampu hijau kepada Isa untuk menjatuhkan Muhamad Hassan dan ahli keluarganya. Ini berita lama yang sudah diketahui oleh akar umbi UMNO. Tapi, dengan PRU ke-13 tidak lama lagi, Muhamad Hassan dan kaum kerabatnya tidak senang duduk, adakah mereka akan digugurkan dan berapa orang yang bakal digugurkan- dari senarai calon boleh menang Najib? Sebenarnya, Najiblah yang sedang mensabotaj Negeri Sembilan. Seperti kata pepatah, ikan mereput dari kepala, apabila orang atasan melakukannya, bagaimana fenomena ini boleh dicegah dalam UMNO? Lagipun, selain Negeri Sembilan, Selangor, Perlis dan Terengganu juga berhadapan dengan masalah yang sama. Najib jangan terlalu berharap dan patut lebih berhati-hati. Muhyiddin Timbalan Najib, Muhyiddin Yassin berserta Mahathir dan beberapa pemimpin veteran UMNO yang lain tidak gembira mendengar apa yang sedang dilakukan oleh Najib di belakang mereka. Semestinya mereka juga sedang sibuk mensabotaj Najib sebagai balasan. Dalam UMNO, Najib sudah dianggap umpama berita lama. Pelobi kuasa melihat dirinya sebagai liabiliti dan mereka akan pastikan dia digantikan dengan Muhyiddin. Walaupun amnya, sokongan dan senyuman manis diberikan kepada Najib, Najib dan isterinya yang kontroversi Rosmah Mansor sudah tahu nasib yang bakal menimpa mereka. Penampilan 'bintang istimewa' seperti peniaga permaidani Deepak Jaikishan dan juga bekas Ketua Polis Negara Musa Hassan memberi pengesahan cengkaman kuasa Najib yang rakus. Kedua-dua Deepak dan Musa mengejutkan negara dengan pendedahan berani yang 'tiba-tiba' atas tuduhan rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh PM dan sepupunya Hishammuddin Hussein, yang juga Menteri Dalam Negeri. Ketidak sefahaman antara Najib dan Muhyiddin, Timbalan Perdana Menteri, telah jelas dari hari pertama lagi. Bukan sahaja Muhyiddin jarang menyokong dasar Najib, malah dia secara terbuka mengkritik konsep 1 Malaysia PM itu. Apabila poster muncul di Johor baru-baru ini menuntut agar Najib digantikan dengan Muhyiddin, ini menjadi isyarat jelas dari Muhyiddin kepada UMNO bahawa dia bersedia untuk mengambil alih jawatan bosnya. Malah, dalam perhimpunan agung UMNO baru-baru ini, perwakilan bertepuk tangan setiap kali Muhyiddin menyebut nama Mahathir dalam ucapannya dan ini tidak disenangi oleh Najib. Pemilihan parti UMNO akan diadakan pada tahun depan selepas PRU ke-13 dan pembuat dasar UMNO masih lagi Mahathir. Oleh kerana itu, ramai yang mahu tahu siapa yang disukai Mahathir dan siapa yang akan kekal. Najib juga telah sedaya-upaya memuji Mahathir dan dia tidak diabaikan sepenuhnya, namun dia gagal menarik minat delegasi dan ini jelas apabila Hishamuddin telah dikerahkan untuk mengulangi apa yang diutarakan olehnya dalam setiap ucapan kepada pemberita yang membuat liputan ke atas acara itu. Najib tidak akan membiarkan Muhyiddin lebih menyinar daripadanya walaupun dia mungkin tidak akan berupaya melakukan apa-apa dalam perhimpunan parti yang akan datang! Selangor Di Selangor, di mana Najib mengetuai bahagian UMNO, pengkhianatan dan tipu daya yang selama ini tersembunyi hanya menunggu masa sahaja untuk meletup. Timbalan Najib di Selangor merupakan Noh Omar yang telah dapat melakukan beberapa kemajuan dalam memperkukuhkan UMNO bahagian negeri itu. Tetapi Noh menyokong Muhyiddin dan tahu bahawa Najib tidak akan percaya padanya dan juga pengikut-pengikutnya. Yang pasti, walaupun UMNO kembali memerintah kerajaan negeri Selangor, Noh tidak akan dinamakan sebagai menteri besar atau ketua menteri. Jadi, jika nama Noh tidak tersenarai atau terlalu ramai penyokongnya digugurkan, ada kemungkinan Noh Omar tidak akan teragak-agak untuk mensabotaj. Seorang lagi pemimpin UMNO Selangor yang 'berkemungkinan mensabotaj' adalah Mohd Zin, yang tidak begitu popular kecuali dalam kawasannya sendiri. Mohd Zin tidak mampu untuk mendapatkan sokongan ahli-ahli BN yang lain seperti MCA, MIC, Gerakan dan PPP. Selepas pelantikannya sebagai Pengarah Pilihan Raya BN, Mohd Zin tidak melakukan apa-apa untuk memastikan UMNO-BN mampu merampas semula Selangor. Pengkritik mengatakan dia lebih berminat untuk memperbaiki kedudukannya supaya dia boleh mendapatkan tempat dalam senarai boleh menang Najib walaupun ia bermakna terlibat dalam perbalahan untuk mendapat kelebihan dari rakan-rakan parti yang lain. Kerana tidak mampu berfikir secara rasional, orang dalam yakin Najib mungkin tidak mempunyai pilihan selain menjadikan Mohd Zin sebagai seorang calon atau dia akan mensabotaj! Pensabotaj terbesar adalah… Bagi Najib sendiri, terdapat ramai pemerhati UMNO yang mengatakan bahawa dia akan menjadi orang yang pertama mensabotaj UMNO Selangor. Betul - Najib lebih suka untuk memulakan sesuatu yang baru dan memilih set calon-calonnya sendiri yang 'segar'. Pasukan UMNO Selangor yang sedia ada bukan sahaja dibelenggu oleh skandal rasuah tetapi dipenuhi dengan 'talam dua muka' yang berani untuk berkomplot dan merancang demi kepentingan mereka sendiri. Siapa kata Najib tidak boleh melakukannya? Ini kerana perwakilan UMNO sendiri telah memberinya kuasa untuk menentukan senarai calon pada perhimpunan tahun lepas walaupun mereka mungkin menyesalinya sekarang. Tindakannya memberi Raja Nong Chik peluang di kerusi Lembah Pantai dan meminggirkann Shahrizat Jalil, Ketua Wanita UMNO yang jatuh berikutan pendedahan skandal NFC RM250 juta adalah pembuka mata, tegas pemerhati Umno. Baru-baru ini telah dilaporkan dalam akhbar milik UMNO, NST bahawa Najib dan Hishamuddin telah menyenaraikan nama-nama untuk calon boleh menang di Selangor. Bukankah ini perbuatan mensabotaj dan merampas proses pemilihan UMNO yang paling teruk dengan meletakkan 'orang mereka sendiri' dahulu? Adakah Najib sanggup kehilangan Selangor jika UMNO-BN boleh menang di negeri-negeri lain dan dia masih boleh memegang kuasa selepas pemilihan parti UMNO kerana sokongan dari orang-orang yang telah dipilihnya sebagai calon? Walaupun ia sedang diwar-warkan oleh media UMNO, jelas Najib sebenarnya tidak yakin boleh merampas Selangor semula, jadi dia tidak akan rugi apa-apa pun. Satu lagi berita mengejutkan dari akar umbi UMNO dan inilah sebabnya kenapa Najib gagal membubarkan parlimen walaupun khabar angin bertiup kencang bahawa ia akan dilakukan pada bulan November yang lalu. Dia sebenarnya belum membuat keputusan siapa yang akan dimasukkannya dalam senarai itu. Najib masih belum membuat keputusan dan bagi Selangor, kawasan yang paling kritikal untuk dimenangi semula, namun begitu, usaha-usaha masih diteruskan. Kemalasan ini akan menjadi satu lagi faktor dalam kejatuhan Najib. Jika panglima UMNO merasakan bahawa Najib mengkhianati mereka, dia akan dipaksa dengan ugutan mensabotaj yang akan menghancurkan mereka yang mahu berkuasa. Dan apabila Najib gagal mengotakan janjinya, mereka yang baru ini akan mensabotaj Najib pula. Mereka sudah pasti akan kecewa kerana dipermainkan dan akan membuat kacau di Selangor kerana impian mereka telah di permainkan oleh Najib dan sudah berkecai. Walau dengan cara apa sekalipun anda melihatnya, Najib sedang berhadapan dengan dilemma. Malah, dia patut lupakan sahaja perasaan 'feel good' yang akan membantu UMNO dalam PRU ke-13 nanti. Sebenarnya, kes mensabotajlah yang akan BERLELUASA!-Malaysia Chronicle | ||||
Ini Bahananya : Bila Dewan Orang Ramai Dijadi Harta Merela.. Posted: 19 Dec 2012 06:30 AM PST SEDAKA SEAHTERA Abu Hassan (empat dari kiri) bersama penduduk kampung menunjukkan laporan polis yang dibuat. BUKIT JENUN – Penduduk dari Kampung Bukit Jenun dekat sini membantah tindakan BN kawasan itu yang menjadikan dewan orang ramai di pekan Bukit Jenun sebagai bilik gerakan BN daerah mengundi Bukit Jenun P11 N19. Satu laporan dibuat penduduk kampung yang diwakili Pengerusi Majlis Ketua-ketua (MKK) Bukit Jenun, Abu Hassan Shaari di Balai Polis Bukit Jenun baru-baru ini untuk diambil tindakan undang-undang oleh pihak berkenaan. Abu Hassan mendakwa, penduduk yang tidak berpuas hati dengan tindakan BN itu adalah penduduk dari Bukit Jenun, Sungai Baru, Tanjung Radin, Alor Kumbang, Bukit Nibong, Tanjung Setol, Kampung Dohit, Paya Jenun, kampung Sawa dan beberapa penduduk dari Kampung berhampiran. Katanya, tindakan BN kawasan itu menjadikan bilik gerakan parti itu begitu ditentang kerana dianggap menceroboh kerana dewan itu milik Kerajaan Negeri dan orang ramai untuk menjalankan aktiviti kemasyarakatan. "Penduduk sedar perkara itu hampir satu bulan lalu selepas melihat kain rentang dan bendera dipasang sekitar kawasan dewan termasuk mengubah suai dewan itu," katanya. Dakwanya lagi, tindakan BN menjadikan dewan terbabit sebagai bilik gerakan parti itu menyebabkan penduduk kawasan itu tidak dapat menjalankan aktiviti kemasyarakatan kerana dalam dewan itu turut dilonggokkan bendera parti. "Dewan itu milik orang ramai dan tindakan menjadikan bilik gerakan tanpa berbincang dengan penduduk dianggap menceroboh," katanya. Dalam pada itu, Ahli Parlimen Pendang, Datuk Dr Mohd Hayati ketika dihubungi berkata, beliau menyokong penuh tindakan penduduk di situ menghalang BN menggunakan dewan orang ramai untuk aktiviti politik mereka dalam jangka masa lama. "Dewan itu milik orang ramai di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri sekarang dan BN kawasan itu tidak boleh sewenang-wenangnya menggunakan dewan itu untuk aktiviti politik dan saya harap penduduk mengambil tindakan undang-undang jika ia masih tidak selesai," katanya. | ||||
Banglo dipecah masuk, orang kenamaan rugi RM2 juta Posted: 19 Dec 2012 06:18 AM PST THE MALAYSIAN INSIDER Mangsa yang berusia 70 tahun dan enggan dikenali itu berkata sepucuk pistol dan 62 biji peluru juga didapati hilang dari kediamannya. Katanya kejadian berlaku ketika beliau dan lima penghuni lain termasuk seorang pembantu rumah keluar menghadiri satu majlis sejak pukul 3 petang semalam dan hanya kembali tengah malam tadi. Ketika tiba di rumah, didapati tingkap dapur terbuka dan setelah masuk ke dalam rumah saya dapati tiga bilik tidur di tingkat atas diselongkar dan enam utas jam tangan berjenama, barangan kemas, koleksi syiling emas serta wang tunai yang disimpan dalam peti keselamatan hilang, katanya kepada pemberita, di sini hari ini. Selain itu, beberapa gajet elektronik termasuk iPad, kamera dan komputer turut lesap, katanya. Menurut mangsa, kejadian itu merupakan yang keempat sejak beliau mendiami banglo berkenaan 31 tahun lepas. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kejadian, namun enggan mengulas lanjut. — Bernama | ||||
Alina Ahmad dilantik Datuk Bandar PJ Posted: 19 Dec 2012 06:15 AM PST THE MALAYSIAN INSIDER SHAH ALAM — Kerajaan Selangor hari ini mengumumkan pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Perumahan Negeri Selangor (LPHS) Datin Paduka Alinah Ahmad sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang baru berkuatkuasa 1 Jan depan. Beliau menggantikan Datuk Mohamad Roslan Sakiman yang ditukar ke jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) di bawah pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor berkuatkuasa 1 Okt lepas. Ketika mengumumkan demikian, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) berkata pengalaman luas dalam semua bidang pentadbiran di peringkat negeri dan Persekutuan akan membantu Alinah menjadi Datuk Bandar yang efektif. "Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada beliau atas sumbangan dan dedikasi yang telah diberikan ketika berkhidmat di LPHS yang mana hari ini merupakan hari terakhir beliau sebagai ketua pengarah eksekutif. "Kerajaan Negeri berharap Datuk Bandar yang baru ini dapat memahami hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan bandaraya Petaling Jaya sebagai satu Bandar pilihan untuk didiami dan bandar perniagaan yang menjadi kebanggaan khusus kepada rakyat di Petaling Jaya," katanya. Abdul Khalid membuat pengumuman itu pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan Selangor di sini petang ini. Alinah pernah memegang jawatan Timbalan Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Selangor, Ketua ADO Kuala Langat, ADO Penguatkuasa Pejabat Daerah Petaling, Ketua Penolong Setiausaha Kewangan, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan Ketua Penolong Setiausaha Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri. Pertukaran Mohamad Roslan sebelum ini menjadi isu apabila beberapa pihak mengeluarkan kenyataan bahawa Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa membelakangi Abdul Khalid dan anggota Exco kerajaan negeri. Bagaimanapun, Ali dilaporkan berkata perkara itu merupakan proses biasa yang berlaku kepada mana-mana pegawai kerajaan. — Bernama | ||||
PPZ-MAIWP lepas cabaran, catat kutipan zakat perniagan RM56 juta Posted: 19 Dec 2012 06:08 AM PST THE MALAYSIAN INSIDER PUTRAJAYA — Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) mencatat kutipan zakat perniagaan sebanyak RM56.4 juta setakat Sabtu lepas, sekali gus melepasi sasaran RM52.2 juta tahun ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar) berkata jumlah kutipan itu juga merupakan peningkatan 20 peratus berbanding tahun lalu iaitu sebanyak RM46.9 juta. "Secara keseluruhan sebanyak RM311 juta kutipan zakat dicatat sehingga November lalu, dan dijangka kutipan keseluruhan tahun ini akan dapat melepasi sasaran yang ditetapkan iaitu RM360 juta," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Dan Agihan Zakat, di sini hari ini. Pada majlis itu PPZ-MAIWP menerima RM8.9 juta daripada 15 syarikat termasuk Naza Kia Malaysia Sdn Bhd (RM3.5 juta, MMC Corporation Berhad (RM1.7 juta) dan Nasim Sdn Bhd (RM1.5 juta). Jamil Khir turut menyampaikan agihan Bantuan Peralatan Sekolah berjumlah RM4.7 juta untuk 19,840 pelajar golongan asnaf bagi sesi persekolahan tahun depan. Sementara itu Jamil Khir menasihatkan umat Islam di negara ini agar tidak terpengaruh dengan ramalan dunia akan kiamat Jumaat ini yang dibuat berdasarkan kalendar kaum Maya. "Soal bila berlaku kiamat hanya Allah saja yang mengetahuinya," katanya. Beliau berkata umat Islam harus berpegang kepada al-Quran dan sunnah serta merujuk kepada golongan lebih arif sekiranya ada kemusykilan mengenai sesuatu perkara. Jamil Khir turut meluahkan kehairanan apabila ramai yang lebih risau tentang tarikh berlaku kiamat sedangkan soal ibadat tidak dititik berat. — Bernama | ||||
SPR dakwa Ambiga dan Bersih ada agenda partisan Posted: 19 Dec 2012 06:03 AM PST THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR— Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mempersoalkan kemampuan Datuk Ambiga Sreenevasan untuk memastikan "pemantau dari kalangan orang ramai" Bersih 2.0 memastikan mereka mematuhi undang-undang dan tidak mengganggu kerja badan penggendali pilihan raya itu. Timbalan pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, dilaporkan oleh portal berita berbahasa Melayu mengatakan Bersih 2.0 ditubuhkan oleh mereka yang mempunyai agenda partisan. Beliau (gambar) memberitahu Sinar Harian Online bahawa pengamal undang-undang itu, yang merupakan pengerusi bersama badan pemantau pilihan raya itu sebagai "mengenali selok-belok undang-undang", namun beliau mempersoalkan kemampuan beliau. "Datuk S Ambiga seorang yang mengetahui undang-undang, namun mampukah beliau menjaga ahli yang terlibat dalam Jom Pantau PRU 13?" katanya. "Bukan semua yang tahu undang-undang, dengan keadaan pilihan raya yang semakin dekat, mungkin pelancaran kempen ini akan menyebabkan pelbagai masalah timbul." Pergerakan itu mendesak kerajaan untuk membersihkan proses pilihan raya, dan pada awal minggu ini mengumumkan akan mendapatkan "lebih ramai pemantau dari kalangan orang ramai" sebagai mata dan telinga untuk memantau proses pilihan raya pada hari mengundi. Wan Ahmad berkata SPR tidak menafikan hak rakyat Malaysia untuk menjadi pemerhati dalam pilihan raya, namun mereka tidak boleh mengganggu kerja-kerja pihak penguatkuasa dan SPR. "Kita nak ingatkan agar Bersih 2.0 yang melancarkan kempen ini supaya tidak mengganggu urusan pilihan raya ini," katanya. Bersih 2.0 melancarkan "Jom Pantau" dan "Jom 100" tetapi Ambiga pada Isnin lalu berkata kempen akan diperluaskan bulan hadapan bagi memberi tekanan kepada pihak berkuasa. Aktivis itu menegaskan pilihan raya tidak akan bersih seperti yang dikehendaki oleh Bersih 2.0 dan caranya ialah meningkatkan jumlah pengundi dan mahu orang ramai memantau sebarang keraguan pada hari mengundi. Ambiga berkata, rancangan terbaru Bersih 2.0 datang dari kekecewaan selama bertahun-tahun kerana usaha perubahan kerajaan dan SPR masih belum memuaskan hati. Beliau mengatakan SPR "tidak ikhlas" kerana hanya baru-baru ini sahaja SPR menubuhkan unit khas untuk membersihkan daftar pengundi. Ambiga turut tidak berpuas hati kerana SPR tidak dapat melunaskan lapan tuntutan yang diminta Bersih 2.0, seperti semua parti diberi akses media adil dan bebas, membenarkan pemantau antarabangsa pada hari mengundi, dan komitmen dalam memastikan politik kotor dihentikan sebelum atau semasa kempen. Bersih 2.0 adalah gabungan 82 buah badan bukan kerajaan (NGO) yang sudah menganjurkan tiga perhimpunan besar-besaran di Kuala Lumpur bagi menuntut reformasi pilihan raya semenjak 2007. | ||||
Kanak-kanak tiga tahun diseret 10 km Posted: 19 Dec 2012 05:26 AM PST SINAR HARIAN NIBONG TEBAL - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut apabila diseret sejauh 10 kilometer selepas tercampak keluar daripada kereta yang dinaikinya, dalam kejadian di Km 168.4 Lebuhraya Utara-Selatan malam semalam. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Supt Shafien Mamat berkata mayat Muhammad Aslam Maricar Said Ibnu Aslam ditemui dalam keadaan menyayat hati di Hentian Sungai Bakap, tiga jam selepas kejadian pada pukul 8.45 malam itu. Kejadian berlaku apabila kereta yang dipandu bapa mangsa, Said Ibnu Aslam GM Ismail, 47, cuba mengelak daripada melanggar seekor binatang, menyebabkan kenderaan itu berpusing sebelum terbabas dan merempuh pembahagi jalan. Rempuhan kuat itu menyebabkan mangsa tercampak ke atas jalan dan diheret kenderaan lain, sementara tiga lagi adik beradik mangsa tercampak ke dalam longkang, katanya kepada pemberita, di sini hari ini. Mereka dikenali Zulqarnain Aslam, 14, Sharol Ramadhan, 12 dan Nur Aisyah Aslam, 2. Semua mereka termasuk bapa hanya mengalami cedera ringan, katanya. Menurut Mohd Shafien, dua lagi penumpang iaitu ibu mangsa Nuris Berutu, 40, dan adik perempuannya Nurjadi, 28, tidak mengalami sebarang kecederaan. "Difahamkan keluarga berkenaan dalam perjalanan pulang ke Pulau Pinang dari Ipoh dan polis yakin kereta itu dipandu dengan begitu laju," katanya. Menurutnya semua mangsa kini dirawat di Hospital Seberang Jaya dan keadaan mereka dilapor stabil. Shafien berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda maksimum RM10,000 serta digantung lesen memandu selama setahun, jika sabit kesalahan - Bernama | ||||
Jangan ganggu urusan PRU, SPR ingatkan Bersih Posted: 19 Dec 2012 05:25 AM PST SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan Bersih 2.0 supaya tidak mengganggu urusan pilihan raya walaupun mempunyai hak sebagai rakyat untuk menjadi pemantau Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, kempen Jom Pantau PRU13 yang bakal dilancarkan oleh Bersih 2.0 tidak akan membantu kelancaran pilihan raya, sebaliknya akan menimbulkan pelbagai masalah. Menurutnya, SPR tidak menafikan hak rakyat Malaysia untuk menjadi pemerhati dalam pilihan raya, namun mereka tidak boleh mengganggu kerja-kerja pihak penguat kuasa dan SPR. "Kita tak nafikan itu hak rakyat untuk turut menjadi pemantau dalam pilihan raya, namun kita khuatir akan timbul masalah lain kepada SPR dan pihak penguatkuasa sendiri. "Kita nak ingatkan agar Bersih 2.0 yang melancarkan kempen ini supaya tidak mengganggu urusan pilihan raya ini," katanya kepada Sinar Harian Online. Bersih 2.0 akan melancarkan kempen Jom Pantau PRU13 bulan depan bagi memantau PRU13 agar diadakan dengan lancar tanpa sebarang unsur penyelewengan dan penipuan. Beliau berkata, kempen itu akan memastikan rakyat Malaysia yang telah berdaftar sebagai pemilih, keluar mengundi pada hari pemilihan nanti. "Kita akan jemput pengundi untuk keluar mengundi pada hari tersebut kerana jumlah pengundi yang ramai akan membawa perubahan kepada penipuan. "Ia juga akan meminimumkan dan mengurangkan penipuan daripada berleluasa," katanya. Mengulas lanjut, Wan Ahmad berkata secara umumnya Bersih 2.0 ini ditubuhkan atas kepentingan sesuatu parti, jadi mungkin mereka mempunyai agenda tertentu untuk kepentingan parti tersebut. Soal beliau, Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga seorang yang mengetahui undang-undang, "namun mampukah beliau menjaga ahli yang terlibat dalam Jom Pantau PRU13?" "Bukan semua yang tahu undang-undang, dengan keadaan pilihan raya yang semakin dekat, mungkin pelancaran kempen ini akan menyebabkan pelbagai masalah timbul," katanya. | ||||
Pendedahan Deepak: AMK Mahu Rosmah Disiasat Posted: 19 Dec 2012 04:12 AM PST KELAB GREENBOC Angkatan Muda KEADILAN (AMK) hari ini membuat laporan polis terhadap isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berhubung pendedahan oleh ahli perniagaan, Deepak Jaikishan baru-baru ini. Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya kira-kira 11.30 pagi tadi oleh Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin, ditemani Timbalannya, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin serta beberapa anggota. Ia ekoran pendedahan Deepak 12 Disember lalu yang menceritakan secara teliti latar belakang akuan bersumpah kedua oleh penyiasat persendirian, P Balasubramaniam berkaitan siasatan terhadap pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shariibuu. Deepak sebelum ini diketahui rapat dengan Rosmah yang disifatkan sebagai seorang kakak menyatakan, Datuk Seri Najib Razak turut terlibat dalam proses penyediaan akuan tersebut, dan ia adalah atas permintaan Rosmah. Shamsul berkata, pendedahan itu menimbulkan beberapa soalan yang memerlukan siasatan polis. "Apakah kepentingan Najib dan Rosmah dalam pembunuhan Altantuya sehingga mengarahkan Deepak agar memastikan pengeluaran akuan bersumpah kedua tersebut berlaku? Apakah penglibatan mereka?" soal Shamsul pada sidang media sebelum membuat laporan. Menurut Deepak, Balasubramaniam menyatakan beliau dan keluarga diugut untuk membolehkannya membuat akuan bersumpah kedua tersebut. "Sekiranya perkara ini benar, apakah peranan Najib, Rosmah dan adik Perdana Menteri, Nazim Razak dalam ugutan itu? Apa yang mereka mahu selindungi?" soal Shamsul lagi. Sedangkan, Balasubramaniam turut menegaskan, hanya akuan bersumpah pertamanya yang sah. Justeru katanya, ia turut menimbulkan persoalan apakah Najib tidak memberitahu perkara sebenar apabila beliau bersumpah tidak pernah bertemu Altantuya. Siapa pula yang mengarahkan Altantuya dibunuh oleh pegawai Unit Tindakan Khas (UTK), Koperal Sirul Azhar Omara dan Cif Inspektor Azilah Hadri kerana ternyata mereka dijadikan 'kambing hitam', kata Shamsul. "Deepak turut memberitahu, SPRM lebih berminat untuk menutup kes tersebut sebelum ini, Jadi apakah benar SPRM menutup siasatan kes tersebut?" sambungnya. Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan, AMK akan melancarkan 50,000 keping poskad 'Tanya Sama Rosmah' di program Himpunan Suara Anak Muda dekat Dataran Anak Muda, Petaling Jaya Selatan, 9 malam esok. "Kita akan edarkan poskad mengandungi tiga soalan yang hanya Rosmah mampu jawab. Poskad tersebut akan diedarkan ke seluruh negara dan dialamatkan kepada Rosmah. "Rakyat di Sabah dan Sarawak pun berpeluang mendapat penjelasan dari isteri Perdana Menteri itu," jelas Shamsul. | ||||
1.5 juta kenderaan dianggar guna Plus pada Krismas, Tahun Baru Posted: 19 Dec 2012 04:11 AM PST SINAR HARIAN KUALA LUMPUR - Projek Lebuhraya Utara Selatan (Plus) menganggarkan 1.5 juta kenderaan menggunakan lebuh rayanya setiap hari menjelang cuti umum sempena sambutan Krismas dan tahun baru 2013. Plus dalam satu kenyataan di sini hari ini, berkata angka itu adalah peningkatan 25 peratus berbanding 1.2 juta pada hari biasa. Sehubungan itu pengguna jalan raya dinasihat mematuhi jadual cadangan waktu perjalanan berperingkat (TTA) bagi memastikan pergerakan trafik yang lebih selamat, selesa dan lancar. TTA Plus untuk pengguna dari Lembah Klang ke utara dan selatan iaitu ke Kedah, Perlis dan Pulau Pinang serta Johor pada Jumaat dan Sabtu ini serta 28 dan 29 Dis perlu memulakan perjalanan sebelum pukul 12 tengah hari. Sementara mereka yang menuju ke Taiping, Kuala Kangsar dan Changkat Jering di utara dan Melaka melalui Ayer Keroh perlu bergerak antara 12 tengah hari dan 3 petang. Bagi yang hendak ke Ipoh, Simpang Pulai dan Gopeng di utara serta Tampin dan Alor Gajah di selatan, boleh bergerak antara pukul 3 dan 6 petang, dan diikuti mereka yang hendak ke Tapah, Bidor, Slim River dan Tanjung Malim dan Negeri Sembilan selepas 6 petang. Untuk perjalanan melalui Tambak Johor dan Link Kedua serta Jambatan Pulau Pinang, kenderaan yang bernombor pendaftaran berakhir dengan angka ganjil dicadang bertolak pada waktu ganjil seperti 9 pagi, 1 petang dan 7 malam. Kenderaan bernombor pendaftaran berakhir dengan nombor genap pula diminta memulakan perjalanan pada waktu genap seperti 10 pagi, 2 petang dan 8 malam, manakala waktu bebas perjalanan pada Sabtu ini dijadualkan sebelum 9 pagi dan selepas 10 malam. Bagi perjalanan bebas dinasihatkan bergerak sebelum 6 pagi dan selepas 10 malam. Sementara itu, bagi yang berhasrat menggunakan lebuh raya pada Ahad dan Selasa ini, serta pada 30 Dis dan 1 Jan dari arah selatan dan utara menghala ke Lembah Klang, dinasihatkan memasuki lebuh raya sebelum 11 pagi dan selepas 8 malam, manakala perjalanan tidak melalui Lembah Klang antara 11 pagi hingga 8 malam. Bagi semua perjalanan melalui Tambak Johor dan Link Kedua serta semua perjalanan melalui Jambatan Pulau Pinang, kenderaan yang bernombor pendaftaran berakhir dengan angka ganjil dicadang bertolak pada waktu ganjil dan sebaliknya bagi yang berakhir dengan nombor genap. - Bernama | ||||
16 Kuil Dirobohkan Semasa Era BN, Kenapa MIC Membisu? Posted: 19 Dec 2012 04:01 AM PST KELAB GREENBOC Enam belas (16) kuil Hindu telah dirobohkan di Lembah Klang dalam masa 2 tahun semasa era BN. (senarai ini tidak termasuk seluruh Malaysia) {SEKARANG MIC NAK TUNJUK HERO DLM KES SEPANG?!!} 1. Kuil Sri Ayyanar Sathiswary Alayam (lebih daripada 65 tahun) Jalan Davies telah dirobohkan pada 22/02/2006 dan patung dikebumikan di tapak. 2. Pantai Malaimel Sri Selva Kaliamman Temple (lebih daripada 100 tahun) telah dirobohkan pada 17/042006 oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. 3. Vaalmuniswarar Rajaamman Kovil (lebih daripada 60 tahun) di Hospital Lady Templer dirobohkan pada 03/052006 oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. 4. Sri Kaliamman kuil di Midlands Estate, Seksyen 7, Shah Alam (lebih daripada 100 tahun) telah dirobohkan oleh Dewan Bandaraya Shah Alam pada 09/05/2006. 5. Sri Balakrishan Muniswarer kuil di Setapak (lebih daripada 60 tahun) sebahagiannya telah dirobohkan pada 11/05/2006 oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. 6. Sri Balakrishan Muniswarer kuil di Setapak telah dirobohkan dan dewa dipecahkan pada 08/06/2006. 7. Sri Kaliamman dirobohkan kuil di Midlands Estate, Seksyen 7, Shah Alam telah dirobohkan untuk kali kedua pada 12/06/2006 di mana 3 Hindu dewa utama telah dibelasah dan dihancurkan sehingga keping dengan tukul eretan oleh pegawai penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam. 8. Pada 01/08/2006 Om Sri Sakti Nagamma Allaya Kuil Hindu di Taman Sri Manja, PJS 3/30 Petaling Jaya, Selangor telah dirobohkan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya. 9. Demolishment kuil Sri Subramaniam di Country Homes, Rawang, Selangor, Malaysia pada 29/09/2006. 10. Pada 31/10/2006 Sri Muniswarar Temple (lebih daripada 100 tahun) yang telah dibina di atas tanah swasta di Bandar Rinching, Semenyih Selangor telah dirobohkan. 11. The demolishment Devi Sri Karumaniamman Hindu Temple, Petaling Jaya Utara, Seksyen 21, Kampung Taman Aman pada30/11/2006. 12. Pada 29/12/2006 Sri Muniswarar Temple (lebih daripada 100 tahun) yang telah dibina di atas tanah swasta di Bandar Rinching, Semenyih Selangor telah dirobohkan. 13. Pada 22/2/2007 Sri Maha Nageswari Kuil Hindu di Taman Cahaya 7, Ampang, Selangor Darul Ehsan telah dirobohkan. 14. Pada 15/05/2007, JKR Sri Muniswarar Hindu Temple, Jalan Kapar, Klang telah dirobohkan. 15. Pada 13/06/2007, Kaliaman Sri kuil Hindu di Midlands estet Shah Alam telah dirobohkan. 16. Pada 30/10/2007 Kampung Rimba Jaya Shah Alam @ Padang Jawa (100 tahun) Maha Kuil Mariamman telah dirobohkan tengah-tengah konfrontasi ganas sejurus sebelum Deepavali pada tahun 2007 | ||||
Gantung saman: Bukti Pakatan halang AES betul Posted: 18 Dec 2012 11:07 PM PST
GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, penggantungan dakwaan ke atas pemandu yang dikenakan dengan 300,000 saman trafik di bawah AES membuktikan keputusan kerajaan negeri menjadi negeri pertama di Malaysia yang menghalang pemasangan AES adalah wajar dan benar. Justeru, ujarnya Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail seharusnya tidak hanya menarik balik dakwaan terhadap individu yang telah dihukum melalui Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) tetapi memulangkan semua wang yang telah dibayar oleh mereka yang sudah menyelesaikan saman tersebut. Hampir 300,000 saman telah dikeluarkan sejak kamera AES 1Malaysia dipasang di 14 lokasi pada 23 September 2012. Lebih banyak saman akan dikeluarkan apabila baki 817 lokasi dipasang tahun depan, menjadikan jumlah keseluruhannya 831 kamera di seluruh negara. Guan Eng menambah, walaupun Abdul Gani cuba untuk mengurangkan tamparan hebat kepada BN dan kredibilti Kerajaan Persekutuan dengan mendakwa bahawa langkah itu berpunca daripada kebimbangan orang ramai ke atas 'undang-undang dan ciri-ciri teknikal lain' yang berkaitan dengan sistem, ia jelas menunjukkan bahawa AES telah hilang kredibilti awam. "Seharusnya skim kotor ini, yang membenarkan 2 syarikat kroni BN untuk mengaut keuntungan berdasarkan komisen daripada setiap saman trafik, dan yang kononnya adalah untuk mengurangkan kemalangan, dihentikan tanpa melengahkan masa. "Kenyataan Abdul Gani di sisi undang-undang adalah betul bahawa saman AES yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan masih sah," ujarnya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini. Oleh itu, katanya Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha harus menggunakan kuasanya untuk membatalkan saman JPJ bagi menebus kembali sokongan beliau terhadap AES. "Sekiranya Kong tidak berbuat demikian, beliau harus meletakkan jawatan kerana menjadi penyokong AES, dengan cuba merosakkan nama baik Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang kononnya menggalakkan kemalangan berlaku," katanya. Justeru, ujarnya Kerajaan BN seharusnya tidak hanya menarik balik tuntutan saman di bawah Sistem Penguatkuasa Automatik (AES) tetapi mengaku bahawa PR adalah betul dalam memansuhkan AES dan membayar balik semua saman yang telah dibayar atas kemarahan rakyat terhadap projek kroni. | ||||
Sorotan Persidangan DUN Negeri Sembilan Penggal Kelima Posted: 18 Dec 2012 11:00 PM PST Adun dari BN dan Pakatan saling bersalaman dan bermaaf-maafan memandangkan ada di antara mereka yang mungkin tidak akan kembali selepas PRU-13. SEREMBAN: Persidangan Ketiga (Belanjawan 2013) Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang Ke-12 merupakan Persidangan DUN Negeri Sembilan yang ke-16 dan terakhir sebelum DUN Negeri Sembilan dibubarkan serentak dengan parlimen dalam tempoh kurang empat bulan daripada sekarang menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13. Persidangan DUN berlangsung selama tiga hari bermula 14 Disember dan berakhir 18 Disember. Di hari akhir persidangan, kelihatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat saling bersalaman dan bermaaf-maafan memandangkan ada di antara mereka yang mungkin tidak akan kembali ke Persidangan DUN selepas PRU-13 sama ada kerana mungkin tidak dipilih semula sebagai calon DUN, atau dipindahkan ke kerusi parlimen atau mungkin kalah pada lawan. Jalan Raya Seremban ke Kuala Pilah dinaik taraf Datuk Zainal Abidin Ahmad (BN-Sungai Lui) bertanya adakah pihak kerajaan merancang untuk menyambung Lebuhraya Lekas terus ke Bandar Seri Jempol bagi meringankan bebanan trafik di Bandar Kuala Pilah. Mohd Taufek Abdul Ghani (PAS-Paroi) turut bertanya soalan berkaitan kesesakan di Jalan Kuala Pilah – Seremban dan Jalan Rembau – Seremban setiap hari Ahad. Menjawab soalan Zainal Abidin dan Mohd Taufek; Exco Infrastruktur, Air, Tenaga dan Telekomunikasi, Datuk Ismail Lasim berkata purata kenderaan yang melalui Jalan Kuala Pilah – Seremban adalah sebanyak 23,422 sehari (16 jam data bancian) dan pada waktu puncak pula sebanyak 1, 856 kenderaan bagi tempoh sejam (5.00 petang – 6.00 pagi). "Pada masa ini tiada perancangan untuk menyambung Lebuhraya Lekas ke Bandar Seri Jempol. Bagaimanapun pihak JKR mempunyai perancangan membina jalan baru bermula dari Tanjung Ipoh, terus ke UiTM – Serting Tengah – Bandar Seri Jempol – Kemayan. "Cadangan projek ini akan mengurangkan kesesakan trafik di Jalan Seremban – Kuala Pilah sedia ada dan Bandar Kuala Pilah serta memberi keselesaan kepada pengguna kenderaan untuk ke Pantai Timur khususnya Muadzam Shah, Mersing dan Temerloh. "Pada masa ini kerja naik taraf Jalan Seremban – Kuala Pilah dilaksanakan secara berperingkat. Fasa Pertama dari Balai Polis Paroi ke Bukit Putus telah siap dilaksanakan. "Fasa Kedua dari Bukit Putus ke Ulu Bendul sedang dalam pembinaan. Fasa Ketiga pula, dari Ulu Bendul ke Hospital Kuala Pilah masih dalam peringkat rekabentuk. "Laluan Seremban ke Rembau pula cadangan menaik taraf jalan tersebut dari dua lorong kepada empat lorong telah dimasukkan di dalam senarai projek Rancangan Malaysia Kelima-10 (Pelan Berterusan kali ketiga) dan akan dilaksanakan setelah mendapat kelulusan daripada pihak Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri," kata Ismail. Pembangunan pekan-pekan kecil Datuk Mohd Kamil Abdul Aziz (BN-Gemencheh) bertanya bagaimana perancangan kerajaan negeri untuk membangunkan semula pecan-pekan kecil yang berdaya maju di seluruh Negeri Sembilan. Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan (BN-Rantau) berkata kajian oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Sembilan dengan kerjasama Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN), Pejabat Kewangan Negeri, Pejabat Derah dan Pihak Berkuasa Tempatan, sebanyak 20 pekan kecil di Negeri Sembilan telah dikenal pasti berpotensi untuk dibangunkan. "Komponen utama pembangunan adalah pusat Industri Kecil dan Sederhana dan komersial. "Sehingga kini, sejumlah lapan cadangan pembangunan bagi pekan Ayer Hitam, Palong 16, Rompin, Chengkau, Lubok China, Ayer Mawang, Pasir Besar dan Simpang Pertang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri untuk pelaksanaan. "Manakala 12 buah pekan lagi sedang dalam perancangan dan dijangka selesai pada tahun 2013," kata Mohamad. Seringkali banjir Cha Kee Chin (DAP-Bukit Kepayang) mengutarakan isu Kampung Pulau dan Kampung Batu 8, Labu seringkali menghadapi masalah banjir. "Apakah perancangan jangka pendek dan jangka panjang daripada kerajaan negeri untuk mengurangkan masalah banir di lokasi ini? tanya Cha. Exco Hal Ehwal Perladangan, Sumber Manusia, Alam Sekitar dan Pengaduan Awam, Datuk VS Mogan menjelaskan bahawa bagi mengurangkan masalah banjir di Kampung Pulau dan Kampung Batu 8, Labu; Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)menjalankan kerja-kerja menggali sungai sepanjang lapan kilometer di kawasan tersebut pada tahun 2012 sebagai langkah jangka pendek. Bagi perancangan jangka panjang permohonan telah dibuat kepada kerajaan persekutuan untuk melaksanakan projek rancangan tebatan banjir di kawasan tersebut. Projek perumahan mampu milik Prima Cha juga ingin tahu bilangan unit rumah yang akan dibina di bawah projek perumahan mampu milik Prima bandar Ainsdale setelah kerja-kerja tanah (earth works) telah dimulakan di Jalan Labu. Cha juga ingin tahu apakah kesan projek ini di sekitar kawasan yang berdekatan. Mohamad berkata sebanyak 423 unit rumah akan dibina dan dijangka siap pada pertengahan tahun 2014. Beliau juga berkata projek Prima ini akan membuka kawasan perumahan baru yang lain dan sekaligus mewujudkan lebih banyak kemudahan di kawasan berkenaan. | ||||
Rais minta Zainuddin Maidin minta maaf kepada Habibie Posted: 18 Dec 2012 10:57 PM PST Ini bukan waktunya untuk mengkritik mantan pemimpin seperti Pak Habibie, katanya lagi. PETALING JAYA: Menteri Penerangan, Komunikasi, dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim meminta Tan Sri Zainuddin Maidin meminta maaf berhubung tulisan yang menghina mantan presiden Indonesia BJ Habibie di akhbar Utusan Malaysia. "Jadi, saya berharap Zainuddin memohon maaf sendiri," kata Rais kepada Tempo di majlis pertemuan tahunan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam. Tulisan Zainuddin di Utusan Malaysia mendapat sorotan kerana dianggap menghina Presiden ketiga Indonesia BJ Habibie. Zainuddin menyebut Habibie sebagai pengkhianat bangsa. Ia juga membandingkan Habibie dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Zainuddin memanggil keduanya the dog of imperialism. Rais mengatakan permohonan maaf Zainuddin secara terbuka akan menjadi penyelesaian masalah ini. Ia mengatakan sudah memberitahu keadaan sebenarnya kepada Zainuddin. "Seharusnya dia lebih berhati-hati untuk yang akan datang," katanya. Bagaimanapun, tulisan Zainuddin merupakan pandangan peribadi beliau dan Rais menegaskan Utusan Malaysia bukan media lidah resmi pemerintah. "Akhbar itu adalah surat khabar yang dulunya diketuai Zainuddin dan bukan menjadi lidah resmi Umno dan pemerintah. "Itu adalah suatu media yang memberitakan masalah orang Melayu, bumiputera (peribumi), politik, dan sebagainya. Memang dekat dengan pemerintah, tetapi bukan lidah resmi," kata Rais lagi. Rais mengatakan Malaysia memberi kebebasan kepada setiap individu untuk bersuara dan berbicara. Hanya dalam keadaan seperti ini, kata Rais, harus berfikir hubungan Indonesia-Malaysia. "Ini bukan waktunya untuk mengkritik mantan pemimpin seperti Pak Habibie," katanya lagi. | ||||
Minta TNB, TM Baiki Kabel Runtuh Punca Banjir Kilat Posted: 18 Dec 2012 10:26 PM PST SHAH ALAM : Pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Telekom Malaysia (TM) digesa segera bertindak terhadap runtuhan jambatan kabel yang menyekat laluan air ke Sungai Kandis, di sini sehingga mengakibatkan banjir kilat di beberapa kawasan di Sri Muda. Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafiei berkata, pihaknya membuat aduan kepada jabatan berkaitan pada 3 November lepas, namun sehingga kini masih tiada sebarang tindakan diambil. Beliau berkata, ekoran kejadian itu, banjir kilat dilaporkan masih berlaku sehingga semalam di sekitar kawasan Bukit Naga, Kampung Sri Gambut, Kampung Batu Lapan, Taman Sri Meena, Sentosa, Taman Mewah Jaya dan Bukit Rimau. "Punca utama berlakunya banjir sudah tentu disebabkan hujan lebat, namun ia turut membabitkan masalah saliran. Kita banyak bersihkan saliran tetapi masih terdapat parit yang yang belum dibaiki salah satunya kabel voltan ke arah Sungai Kandis. "Jadi itu antara punca yang menyebabkan air tersekat dan tidak boleh mengalir. Bila air banyak, saliran itu akan bergerak perlahan dan menyebabkan banjir kilat," katanya ketika dihubungi TV Selangor. Beliau berkata, sebagai langkah awal, pihaknya memaklumkan perkara itu kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk mengatasi masalah berkenaan. Katanya lagi, insiden banjir kilat kawasan Sri Muda dilaporkan berlaku sejak 16 November lalu. "Untuk kawasan yang teruk dilanda banjir seperti Kampung Johan Setia, pihak JPS telah mengambil tindakan membersihkan 11 parit sepenuhnya. Maka apabila hujan turun, air tidak masuk ke dalam rumah dan mengalir terus ke Sungai Air Hitam. "Beberapa kawasan lain belum diatasi sepenuhnya ekoran utiliti masih belum dibaiki. Bagaimanapun, kita akan laksanakan tindakan segera," ujarnya. | ||||
Artis Penuhi Syarat, Tiada Halangan berceramah Di Selangor Posted: 18 Dec 2012 10:24 PM PST SHAH ALAM : Kerajaan Negeri tidak menghalang mana-mana selebriti yang mahu menyampaikan ceramah atau tazkirah selagi memenuhi syarat-syarat yang ditentukan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Kerajaan Negeri merasakan pengiat seni wajar diberi peluang kerana mereka mempunyai karisma yang dapat menarik perhatian masyarakat. Katanya, pengiktirafan kepada artis itu bertujuan untuk menarik golongan muda mendekatkan diri dengan Islam dan dalam masa yang sama dapat mengimarahkan masjid dan surau. "Jika dulu mereka ini tidak dibenarkan, sekarang kita sudah terima balik kerana kita tahu mereka mempunyai tujuan yang murni. Mereka boleh lakukan mengikut cara mereka sendiri. "Sebagai orang Islam, tanggungjawab mengingati satu sama lain ialah tanggungjawab yang sangat besar jadi tidak salah jika mereka diberikan peluang asalkan mengikut syarat yang ditetapkan JAIS," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Himpunan Artis Sayang Islam (HIAS). Dalam program itu, kira-kira 50 pengiat seni termasuk pelakon, penyanyi, penulis, pengarah dan pemuzik hadir menyertai program terbabit. Antaranya Diana Amir, Yatt Hamzah, Noryn Aziz, Heliza Helmi, Ashraf Muslim, Irma Hasmie, Aziz M.Osman, Bob Lokman, Azmil Mustafa dan Siti Nurdiana. Program julung kali itu dianjurkan oleh Bahagian Dakwah JAIS dan Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan dibawah Sekretariat Generasi Idaman Selangor (GEMS). Hadir sama Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam negeri, Ahmad Zaki Arshad dan Exco Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali. Program sehari bermula jam 8 pagi hingga lima petang itu bertujuan memberi ruang kepada golongan pengiat seni mempelajari kaedah-kaedah berdakwah yang betul supaya dapat mempengaruhi golongan muda mengamalkan ajaran Islam dalam usaha melahirkan masyarakat berlandaskan syariat Islam. Antaranya melibatkan segmen bual bicara bertajuk Era Kebangkitan Islam, Selebriti Di Mana?, Selebriti VS Dai'e dan pembentangan kertas kerja, pengenalan duta dakwah selebriti, Ta'aruf selebriti dan deklarasi dari wakil selebriti. | ||||
PKR Gesa Polis Bertindak Tangani Budaya Politik Samseng Posted: 18 Dec 2012 10:19 PM PST PETALING JAYA: PKR mengesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak segera menangani budaya politik samseng yang semakin berleluasa berlaku di negara ini. Malah Pengerusi PKR Perak, Dr Muhammad Nor Manuty berkata sikap pihak berkuasa itu yang kelihatan 'berdiam diri' berhubung isu serangan ke atas bas Jelajah Merdeka Rakyat PKR menggambarkan ketidakadilan pihak tersebut ke atas Pakatan Rakyat dengan tiada sebarang tindakan dilakukan biarpun beberapa laporan dibuat mengenainya. Terbaru jelasnya, bas tersebut diserang dipercayai menggunakan batu atau lastik hingga cermin sisi bahagian belakangnya pecah ketika dalam perjalanan di kawasan lebuhraya Utara-Selatan untuk program sambutan Deepavali PKR Tapah dan program Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Perak pada Ahad lalu melibatkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Peristiwa ini kali keempat berlaku dan kita membuat laporan polis meminta Ketua Balai Polis Tapah untuk mengambil tindakan dan mereka berjanji untuk bertindak tetapi difahamkan hingga ke saat ini tiada apa-apa dilakukan PDRM. "Kita ingin menyatakan rasa kesal kerana dalam sebuah negara demokrasi yang dicanangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan pimpinan Umno-BN yang lain namun keganasan politik masih terus berlaku tanpa sebarang kawalan oleh PDRM yang sepatutnya neutral. "Setakat ini tiada perkembangan mengenai insiden ini dilaporkan termasuk yang berlaku sebelum ini seperti simbahan cat di Kelantan dan Kedah serta balingan batu di Johor dan Melaka," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini. Turut hadir, Ketua Biro Kepenggunaan PKR, Mohd Yahya Mat Sahri. Muhammad Nor Manuty yang juga Ketua Penerangan PKR berkata, PDRM perlu bertindak segera dengan siasatan dibuat untuk memberhentikan sama sekali kegiatan keganasan ke atas parti politik terutama PKR yang sering menjadi sasaran sejak kebelakangan ini. Insiden tersebut tambahnya memberikan satu gambaran buruk bahawa amalan demokrasi di Malaysia bukan kembali ke arah hala tuju yang baik tetapi ia dalam keadaan membimbangkan. "Fenomena budaya samseng ini semakin menjadi-jadi dalam negara kita sekarang. Seperti yang berlaku di Gombak pada minggu lalu dan ini saya lihat satu insiden berdarah serius yang boleh memberi kesan buruk kepada keselamatan negara pada masa depan. "Kerajaan terutamanya pucuk pimpinan Umno-BN perlu mengotakan apa yang mereka jamin kepada rakyat yang mana mereka mahu rakyat hidup dalam aman damai," katanya. Katanya, apa yang berlaku sejak akhir-akhir ini diyakini tindakan terdesak Umno-BN yang mana rakyat memberi petanda bahawa mereka mahukan perubahan berlaku dalam kepimpinan negara serta menunggu-nunggu bila Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) akan dilangsungkan. | ||||
Peguam Negara Perlu Pulang Semula Wang Saman AES Posted: 18 Dec 2012 10:16 PM PST SHAH ALAM : Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail seharusnya memulangkan semua wang yang dibayar oleh mereka yang sudah menyelesaikan saman melalui Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES). Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, Gani Patail seharusnya bertindak demikian bukan sekadar hanya menarik balik dakwaan terhadap individu yang telah dihukum melalui AES itu. Katanya, Kerajaan BN seharusnya mengakui bahawa Pakatan Rakyat (PR) adalah betul dalam memansuhkan AES. "Hampir 300,000 saman dikeluarkan sejak kamera AES 1Malaysia dipasang di 14 lokasi pada 23 September 2012. "Lebih banyak saman akan dikeluarkan apabila baki 817 lokasi dipasang tahun depan, menjadikan jumlah keseluruhannya 831 kamera di seluruh negara," kata Guan Eng dalam kenyataan medianya. Beliau berkata, penggantungan dakwaan ke atas pemandu yang dikenakan dengan 300,000 saman trafik di bawah AES membuktikan keputusan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang menghalang pemasangan AES adalah wajar dan benar. Ujarnya, walaupun Abdul Gani cuba untuk mengurangkan tamparan hebat kepada BN dan kredibilti Kerajaan Pusat dengan mendakwa bahawa langkah itu berpunca daripada kebimbangan orang ramai ke atas "undang-undang dan ciri-ciri teknikal lain" . Ia sebenarnya menunjukkan bahawa AES kehilangan kredibiliti awam. Seharusnya skim kotor ini, yang membenarkan dua syarikat kroni BN untuk mengaut keuntungan berdasarkan komisen daripada setiap saman trafik, dan yang kononnya adalah untuk mengurangkan kemalangan, dihentikan tanpa melengahkan masa. "Kenyataan Abdul Gani di sisi undang-undang adalah betul bahawa saman AES yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan masih sah. "Oleh itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha harus menggunakan kuasanya untuk membatalkan saman JPJ bagi menebus kembali sokongan beliau terhadap AES. "Sekiranya Kong tidak berbuat demikian, beliau harus meletakkan jawatan kerana menjadi penyokong AES, dengan cuba merosakkan nama baik Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang kononnya menggalakkan kemalangan berlaku," katanya. | ||||
Gagal Beri Penjelasan Wang Haram RM200 Bilion, Menteri Perlu Letak Jawatan Posted: 18 Dec 2012 10:14 PM PST SHAH ALAM : Menteri Kewangan perlu menjelaskan bagaimana hampir RM200 bilion wang kotor mengalir keluar dari Malaysia pada tahun 2010 yang meletakkan negara di tempat kedua di belakang kuasa ekonomi Asia, China, dalam pengaliran modal global. Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, jika beliau tidak dapat menjelaskan kedudukan isu dengan telus dan jujur maka menteri tersebut wajar meletakkan jawatan. "Ini adalah suatu kepincangan yang sangat besar untuk diketepikan tanpa pertanggungjawapan penuh dari Menteri Kewangan. "Di peringkat antarabangsa aliran wang haram adalah suatu jenayah serius yang tidak boleh dipandang ringan," kata Azmi dalam kenyataan medianya. Beliau menjelaskan, laporan dari badan badan pemantau – Global Financial Integrity (GFI) dalam laporan terbarunya yang menjejaki pengaliran modal menyatakan tahap pengaliran wang haram dari Malaysia itu pada tahun 2010 yang tertinggi dalam tempoh 10 tahun. Laporan terbaru mendapati lonjakan dramatik pengaliran modal di Malaysia – dari AS$30.41 bilion (RM93 bilion) pada tahun 2009 kepada AS$64.38 bilion (RM196.8 bilion) pada tahun 2010. "Menurut GFI, bagi aliran keluar wang haram terkumpul sepanjang lebih 10 tahun – dari 2001-2010 – Malaysia berada di kedudukan ke-3 di dunia, selepas China dan Mexico. "Jumlah anggaran untuk tempoh 10 tahun bagi Malaysia ialah AS$285 bilion (RM871.4 bilion), manakala bagi China ialah AS$2,740 bilion, dan Mexico, AS$476 bilion," katanya. Tegas Azmi, ekonomi negara mengalami kerugian pada tahap berbilion ringgit jika isu ini tidak di atasi dengan tegas. Ia bukan sahaja akan mengakibatkan negara kehilangan pendapatan yang sangat tinggi dari cukai malah integriti pengurusan kewangan negara dilihat sangat lemah dan wang negara akan terjejas teruk bila aliran keluar wang berlaku tanpa kawalan. "Kini kita berhadapan dengan pengeluaran wang keluar dari Malaysia secara haram yang menunjukkan tahap pengawasan sangat lemah dan begitu mudah untuk bolos keluar," ujar beliau. Beliau berkata, Menteri Kewangan(Datuk Seri Najib Razak) harus mengambil tanggungjawab penuh terhadap isu ini yang melambangkan kelemahan dan kepincangan yang amat ketara yang melibatkan masa depan ekonomi negara . "Jika Menteri berkenaan tidak boleh mengatasi masalah ini maka beliau perlu melepaskan jawatan dan diserah kepada seorang yang lebih kompeten dan berkelayakan untuk menguruskan kewangan negara," katanya. | ||||
Antara 1970-2012 : Harga Rumah VS Peningkatan Pendapatan? Teres Setingkat RM300K-RM400K! Posted: 18 Dec 2012 10:08 PM PST Jikalau sebelum ini pembaca Berita Semasa mungkin sudah membaca laporan DI SINI yang menjangkakan rakyat Malaysia perlu berpandapatan RM12,000 sebulan untuk membeli sebuah rumah teres yang berharga RM800,000. Iaitu 8 tahun daripada sekarang. Bersedialah semua di sini…. Hakikat dan realiti harga rumah semakin melonjak tinggi berkali ganda ketika ini sedangkan….. perbezaan peningkatan GAJI rakyat Malaysia tidak banyak berubah. Belum dimasukkan sekali peningkatan kos barang-barang lain…. Akhirnya golongan pertengahan dan berpendapatan rendah memiliki rumah akibat harganya yang semakin tinggi saban tahun.
Dan bagi sudah tiba masanya untuk Dasar Perumahan Negara perlu dikaji semula supaya dilihat sesuai dengan peredaran zaman & realiti yang berlaku hari ini. Sedangkan, kita masih lagi menggunakan dasar lama yang masih tidak dikaji semula Keadaan (harga) tanah semakin tinggi, tetapi dasar kita masih dasar yang ke belakang
Satu Lagi Masalah Riba di Malaysia :Ini satu lagi masalah bagi kami perlu sangat dikaji semula. Sangat menindas rakyat!Pinjaman Tanpa Faedah(andaikata ia wujud di Malaysia) Pinjaman Dengan Faedah (Inilah realiti yang berlaku hari ini) P/S : Persoalannya, berapa ramaikah orang muda memiliki pendapatan RM6,000 sebulan sekarang bagi mengadapi beberapa lonjakan harga rumah untuk beberapa tahun mendatang? | ||||
Posted: 18 Dec 2012 10:03 PM PST Gaji Minimum 2013 : Berdasarkan laporan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia menunjukkan bilangan penduduk di Malaysia adalah berjumlah 28.3juta. Daripada jumlah itu, tenaga kerja di Malaysia ini sudah pun mencecah 13 juta orang atau secara lebih tepat, kalau kita mengikut statistik September 2012 ialah 12.96 juta. Dan…..lebih daripada 50% atau enam juta terdiri daripada pekerja-pekerja dalam sektor swasta. Kalau sebelum ini heboh diperkatakan bahawa gaji minimum akan dilaksanakan pada tahun 2013. Akan tetapi, baru-baru ini keluar laporan berita diberitahu bahawa terdapat lebih daripada 4,500 majikan yang ada memohon supaya pelaksanaan gaji minimum 2013 ini ditangguhkan. Apabila mendengar berita ini, teringat kami dengan satu pepatah ini : Kalau diikutkan sebenarnya : Pada masa itu, Majlis Konsultasi Gaji Negara telah pun membahaskan, membincang dan merumus isu gaji minimum 2013, tetapi persoalannnya sekarang ini apakah tidak diambil kira pandangan- pandangan seluruh termasuk juga majikan-majikan yang "memberontak" supaya dasar gaji minimum dilambatkan daripada tempoh sepatutnya? "Bagi kami angka 4,500 majikan bukanlah jumlah yang kecil sebenarnya" Hakikatnya sekarang ini gaji pekerja di Malaysia sudah pun disahkan sebagai rendah. Berita Semasa, jangan pandai-pandai nak berikan kami fakta yang salah!!! Tidak, tidak sama sekali. Kami hanya tolong sampaikan sahaja. Siapa kata? Fakta ini disebut oleh Bank Dunia. Apa kata Bank Dunia lagi?
Fakta-fakta ini ada disebut dalam ucapan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak pada 30 April 2012 menjelang 1 Mei dan pada malam itulah pengumuman dibuat berhubung dengan pelaksanaan gaji minimum 2013. Besarlah harapan kami, supaya dasar gaji minimum 2013 ini tidak ditangguhkan lagi. Kalau ditangguhkan juga bermakna nasib kalangan pekerja-pekerja di Malaysia yang berada di bawah paras kemiskinan yang sudah pun ditetapkan atau dinyatakan oleh Kementerian Sumber Manusia bahawa lebih 34% pekerja bergaji RM700 sebulan masih tidak mampu dibela. Bagaimana mereka mahu medapat kos sara hidup masa akan-masa akan datang yang akan teru melambung tinggi? Beza kos sara hisup 20 tahun dahulu dengan sekarang (KLIK SINI) Petikan laporan asal Berita Semasa : KLIK SINI Seingat kami, pada zaman Allahyarham Tun Abdul Razak, sewaktu krisis minyak tahun 1974, ada diperkenalkan apa yang dipanggil special relief allowance atau elaun bantuan khas. Walaupun secara relatif jumlahnya kecil, tetapi yang penting adalah ada ikhtiar dan usaha kerajaan pada ketika itu untuk memperkenalkan elaun biaya hidup. Gaji Minimum 2013 : Cadangan & Harapan Berita Semasa?Lain-lain, anda ada nak tambah & kongsikan di sini mengenai isu gaji minimum 2013 kali ini? |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan