ALHUSSEYN |
PAS Kedah bungkus : 20 ribu bantah projek balak di Kedah Posted: 18 Dec 2012 06:53 PM PST Kira-kira 20 ribu (20000) Ahli Pemuda Umno beserta Pemuda Perkasa Kedah berhimpun di tempat letak kereta Wisma Darul Aman membantah projek pembalakan yang dijalankan di negeri ini sekarang. Menurut Ketua Pemudanya yang juga merupakan orang kuat Khairy Jamaludin iaitu Encik Badrul Hisyam Hashim, akibat kegiatan pembalakan maka banyak sungai-sungai tercemar. Bagaimanapun beliau terlupa untuk menyebut bahawa sungai-sungai tu dah tercemar sejak zaman BN memerintah Kedah lagi. Aku dapat gambar dan cerita di atas nun dari face book ini Aku cari kat akhbar perdana tak ada beritanya pun melainkan di Utusan Meloya yang melaporkan begini : Kalau kita sekadar baca apa yang Utusan Meloya laporkan itu, nampak gah sangat.Tapi bila tengok gambar puak-puak yang membantah projek pembalakan itu hanyalah boleh dibilang dengan jari tangan dan jari kaki sahaja. Walau bagaimana pun, PAS perlu teladani bagaimana Umno menggunakan NGO dalam perang saraf menghadapi PR. Umpamanya laporan polis diatas ini, diaorang buat 7 laporan polis pada waktu yang sama dan di balai polis yang sama. PAS biasanya bila buat laporan polis, pergi ramai-ramai, tapi hanya buat satu report sahaja ...sepatutnya kita dah belajar sejak Mat Sabu kena 1,000 report polis pasal isu Mat Indera dulu. Inilah perang saraf! |
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan