DIALOG RAKYAT |
- Tak keluar Umno tapi Ahli Parlimen Jerantut akui sokong Pakatan
- Anggota bomba letih, pengsan padam kebakaran
- Musa dakwa pegawai polis dilucut jawatan kerana Phang
- Cabaran berdialog bukti Umno takut
- Timbalan Ketua Polis: Polis siasat secara telus dakwaan rogol
- Felda akan teruskan saman Harakah dan Suara Keadilan
- Mualaf tidak wajib tukar kad pengenalan, digalak daftar dengan JPN
- Isu MPKB: DHPP minta penjelasan Exco Kelantan
- PRU13: SPRM komited perangi politik wang
- Beri laluan kepada mereka belum tunai haji, kata Jamil Khir
- Wanita DAP harus siap siaga terima cabaran-Chong Eng
- Kerajaan BN dicabar ikut jejak Pulau Pinang laksana enam langkah integriti – Guan Eng
- Dalang Peralat Ibu Tunggal Di Selangor Akan Disaman Balas Oleh Kerajaan Negeri
- Nuar Musa perlu malu dengan urusan bola Johor
- Hebat Isa Samad. Dia guna bomoh?
- PAS ingatkan orang bukan Islam jangan bimbang
- Setitik air kesan pembalakan pun tidak masuk ke Tasik Pedu
- MIC Janji Beri Kemenangan Besar
- PRU13: Najib diselubungi kebimbangan
- Baru 2 Bulan, RM77.069 Juta Nilai Terkumpul Saman AES. Beta Tegap & ATES Sdn. Bhd. Dijangka Dapat RM4.11 Juta!
- Pakatan umum tawaran 6+3 untuk rakyat Pahang
- DAP janji tiada rusuhan jika tewas dalam PRU
- MB : Sokong PR Untuk Pacu Pembangunan
- AMK Bidas Politik Rasis BN Pulau Pinang
- Keputusan penuh: Malaysia, Thai seri 1-1
Tak keluar Umno tapi Ahli Parlimen Jerantut akui sokong Pakatan Posted: 10 Dec 2012 03:42 AM PST Oleh Norutul Ilham KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Jerantut, Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar yang juga Ketua Umno Bahagian Jerantut, mengakui menyokong perjuangan Pakatan Rakyat (Pakatan). Adik kepada Sultan Pahang itu yakin dengan hala tuju Pakatan yang disifatkannya lebih berani bertemu rakyat bagi menerangkan dasar mereka untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13). Katanya, tindakan mesra rakyat itu bukan sahaja berjaya meraih undi untuk Pakatan, malah lebih senang mendekati pengundi dengan tawaran menarik. "Mereka (Pakatan) cuba terangkan apa yang boleh diberikan kepada rakyat dan negara jika menang dalam pilihan raya. Ini tak ada masalah," katanya kepada Keadilan Daily. Perkembangan terbaru ini tentunya menggerunkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berikutan Tengku Azlan adalah ahli parlimen di negeri kelahirannya. Dalam pada itu, Tengku Azlan menafikan dakwaan akhbar berbahasa Tamil dan laporan beberapa blog menyatakan beliau keluar Umno dan menyertai badan bukan kerajaan (NGO) Amanah Merdeka Rakyat (Amanah). "Tak betul, saya hanya 'berundur', tapi bukan keluar Umno. Belum terlintas lagi. Belum lagi (masuk Amanah). 'Amanah' (saya) untuk selamatkan negara, untuk tolong rakyat miskin. "InsyaAllah…(akan sertai Amanah) Tapi bukan tahun ini, lagi pun sudah hujung tahun. Saya sokong perjuangan Amanah. Amanah untuk membantu masyarakat lebih maju," jelas bekas Menteri Pengangkutan itu. Menurut Ahli Parlimen selama tiga penggal itu, beliau akan berundur daripada menjadi calon PRU 13 dan menyerahkan mandat kepada orang muda. "Bagi laluanlah kepada orang muda…Saya kena buat pembaharuan. Tapi orang muda jangan hanya pandai bercakap, mesti bertindak. Tunaikan melalui perbuatan untuk kebaikan orang muda juga," tegas veteran Umno Pahang itu lagi. | ||
Anggota bomba letih, pengsan padam kebakaran Posted: 10 Dec 2012 03:32 AM PST SEMENTA - Anggota bomba dan penyelamat terpaksa mengambil tempoh panjang bagi memadamkan kebakaran membabitkan stor penyimpanan barangan seramik serta bilik pameran di sebuah kedai tembikar, di Batu 4, Jalan Kapar semalam. Sehingga jam 5 petang semalam, kebakaran belum berjaya dipadamkan sepenuhnya disebabkan material seramik iaitu tanah liat sukar untuk dipadamkan. Dalam proses memadamkan kebakaran tersebut, seorang anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam pengsan dipercayai kerana keletihan selepas mengambil tempoh lama dalam usaha itu. Ketua Bomba Zon Klang, Hamizal Ainuddin berkata, anggota terbabit dikejarkan ke Hospital oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) sejurus selepas anggota itu terjatuh. "Bagaimanapun keadaannya stabil dan kita percaya mangsa berkemungkinan letih apabila dia dan rakan-rakan setugasnya yang lain terpaksa bertungkus-lumus memadamkan kebakaran. "Namun begitu, kejadian yang menimpa anggota kita itu tidak mematahkan semangat rakan setugas lain," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian, petang semalam. Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 2 petang dan ia bermula di bahagian tengah bangunan sebelum merebak ke stor penyimpanan dan bilik pameran yang terletak di bahagian belakang kedai seramik itu. "Ketika bomba tiba, api sedang marak membakar bahagian itu dan kita dimaklumkan ketika kejadian terdapat lebih 20 pekerja termasuk beberapa pelanggan sedang berurusan dalam kedai tersebut. "Sebaik menyedari kebakaran, kesemua lari menyelamatkan diri malah terdapat pekerja yang cuba memadamkan kebakaran menggunakan alat pemadam namun gagal. "Berikutan kejadian itu, bahagian stor dan bilik pameran di kedai seramik itu yang beroperasi sejak kira-kira setahun lalu terbakar hingga hampir 70 peratus," katanya. Beliau berkata, kedai itu difahamkan baru beroperasi sejak setahun lalu dan sebelum ini merupakan sebuah pasar raya yang menjual barangan segar. Dalam pada itu, beliau berkata, tiada pekerja atau orang awam dilaporkan cedera dan sehingga kini pihaknya masih menyiasat anggaran kerugian termasuk punca sebenar kejadian dengan bantuan Forensik Bomba. Usaha memadamkan kebakaran tersebut melibatkan 39 anggota termasuk pegawai Bomba dari tujuh balai. | ||
Musa dakwa pegawai polis dilucut jawatan kerana Phang Posted: 10 Dec 2012 03:07 AM PST Bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan mendakwa bekas anggota panel penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Robert Phang pernah mengugut seorang pengawai tinggi polis dan menyebabkan pegawai berkenaan dilucutkan jawatan. Musa berkata, pegawai polis berpangkat Datuk dan memegang ijazah PhD itu enggan memenuhi permintaan untuk mentauliah satu projek jutaan ringgit kepada satu syarikat melibatkan Phang pada 2009. Pegawai itu kemudiannya ditukarkan ke ibu pejabat polis Bukit Aman, Kuala Lumpur oleh ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar. Musa berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Phang dalam satu sidang media anjuran NGO yang dikenali dengan nama Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), yang dinaunginya. Beliau mendakwa Phang, yang merupakan penasihat bebas Motorola Technology Sdn Bhd, memperolehi projek untuk syarikat tersebut berhubung naiktaraf sistem telekomunikasi polis kepada sistem digital pada 2009. Musa mendakwa, beliau diberitahu sumber bahawa polis diminta mentauliah projek berkenaan apabila siap memandangkan syarikat berkenaan tidak akan dibayar sekiranya ia tidak ditauliah. "Jadi dia minta pegawai polis untuk tauliah, tapi pegawai itu menolak kerana ia tidak siap. Dia ugut pegawai itu dan berkata jika dia enggan (tauliah sistem berkenaan) dia akan ditukarkan," dakwanya. Ismail juga meminta pegawai berkenaan menandatangani dokumen untuk mentauliah sistem berkenaan, tetapi pegawai tersebut tetap berkeras, dakwanya lagi. Beliau seterusnya mendakwa, pegawai berkenaan kemudiannya ditukarkan dalam tempoh 24 jam. | ||
Cabaran berdialog bukti Umno takut Posted: 10 Dec 2012 03:03 AM PST Pegawai Khas Undang-undang Ketua Menteri, Andrew Yong berkata, cabaran untuk mengadakan dialog umum telah membuktikan Shaik Hussein tidak berani mengetengahkan tuduhannya di mahkamah berikutan tahu Ketua Menteri adalah pemimpin bersih dari rasuah. "Beliau (Shaik) tahu bahawa Ketua Menteri tidak mempunyai apa-apa bukti rasuah. Beliau dilihat tidak mempunyai kredibiliti kerana memungkiri janji untuk meminta maaf kepada Ketua Menteri. "Beliau gagal meminta maaf terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng seperti yang dijanjikan selepas dakwaan palsunya terhadap Guan Eng di sebuah majlis makan malam DAP pada Mac lalu, yang menuduh Guan Eng mengatakan tidak memerlukan sokongan masyarakat India. "Apabila video ucapan berkenaan menunjukkan dengan jelas bahawa Guan Eng tidak berkata demikian, Shaik Hussein enggan meminta maaf walaupun sudah terbukti bersalah," katanya menerusi kenyataan medianya semalam. Menurutnya, dia tidak memahami logik Shaik Hussein yang mempersoalkan hak undang-undang Guan Eng untuk menyamannya kerana membuat tuduhan fitnah tanpa bukti. "Ini adalah pelanggaran hak kebebasan bersuara serta kebebasan media. Kebebasan bersuara dan kebebasan media tidak memberi hak kepada seseorang untuk memfitnah dan membuat kenyataan-kenyataan palsu. "Biarlah perkara ini ditentukan dalam mahkamah supaya Guan Eng boleh membuktikan bahawa beliau tidak korup," katanya. Menurutnya, Shaik Hussein dan Gerakan harus menyokong dakwaan tidak berasas mereka terhadap Guan Eng dengan mendedahkan secara terbuka bukti rasuah seperti yang diperkatakan. "Shaik dan Barisan Nasional(BN) telah gagal untuk membuktikan dakwaan tidak berasas bahawa Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC) telah menawarkan wang kepada Guan Eng bagi menyokong tender untuk tanah seluas 0.44 hektar di Taman Manggis untuk pembinaan hospital swasta. "Baru-baru ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai sendiri telah mengumumkan bahawa lesen operasi hospital swasta KLIDC telah diluluskan. Adakah dengan kelulusan lesen operasi itu juga bermaksud bahawa KLIDC telah memberi wang rasuah kepada Tiong Lai?," katanya. Andrew berkata, KLIDC tidak menerima sebarang bantuan dalam pembidaan mereka untuk tanah berkenaan kerana ia ditawarkan kepada umum melalui tender terbuka. | ||
Timbalan Ketua Polis: Polis siasat secara telus dakwaan rogol Posted: 10 Dec 2012 02:58 AM PST THE MALAYSIAN INSIDER GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang memberi jaminan siasatan berhubung dakwaan seorang wanita Indonesia dirogol dua anggota polis di Taman Limau Manis, Bukit Tengah, dekat sini pada Sabtu, dilakukan secara telus. Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata pihaknya menyiasat dengan terperinci serta tidak akan menyembunyikan sebarang maklumat. "Kita memang menyiasat apa yang didakwa wanita berkenaan kerana itu tugas polis, saya juga beri jaminan yang kita siasat secara adil kes berkenaan walaupun tuduhan (yang dibuat) itu adalah anggota polis. "Tetapi apa yang saya boleh kata setakat hari ini siasatan yang kita jalankan mendapati dakwaan dibuat wanita terbabit ada banyak keraguan terutama berkaitan kronologi dia dirogol," katanya pada sidang media, di sini hari ini. Beliau juga berkata polis sedang melengkapkan kertas siasatan itu yang akan dihantar kepada pihak pendakwa raya dalam masa terdekat. Akhbar hari ini melaporkan polis Pulau Pinang menyanggah laporan seorang wanita Indonesia yang mendakwa dirogol dua anggota polis di Taman Limau Manis, Bukit Tengah, semalam. Ini berikutan pemeriksaan perubatan dan siasatan awal mendapati wanita berusia 26 tahun itu bukan sahaja tidak dirogol dan dipukul, bahkan tiada anggota polis yang digambarkannya bertugas pada waktu kejadian. Mengulas lanjut, Abdul Rahim berkata wanita terbabit yang masuk ke Malaysia tahun lepas, mendakwa menaiki feri ke Butterworth sebelum menaiki teksi untuk pulang ke rumah kawannya di Taman Limau Manis, tetapi hasil siasatan mendapati dia bekerja pada malam kejadian di sebuah pusat hiburan di Seberang Jaya dekat sini. "Apa yang dia cakap (dakwaan) tidak selari dengan bukti yang pihak polis dapat termasuk dakwaan dia menaiki teksi kerana bila kita tanya di tempat kerjanya tiada sesiapa nampak wanita itu naik teksi dan rakan sekerjanya turut mendakwa dia berkerja pada malam kejadian, jadi bagaimana pula dia boleh kata dari pulau dan menaiki feri," katanya. Selain itu, katanya wanita berkenaan lari daripada majikannya ketika bekerja di sebuah kilang di Bayan Lepas bulan lalu dan pihaknya ada menerima laporan polis yang dibuat oleh pihak kilang. Ditanya sama ada wanita tersebut akan didakwa membuat laporan palsu jika siasatan mendapatinya berbuat demikian, Abdul Rahim berkata siasatan sekarang dibuat atas dakwaan dia dirogol dan tindakan selanjutnya terserah kepada pendakwa raya. "...tugas pihak polis menyiasat laporan yang dibuat pengadu. Saya harap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi terhadap kes itu kerana siasatan masih dijalankan," katanya. Dalam laporan akhbar berbahasa Inggeris semalam, wanita itu mendakwa dirogol dan dipukul sehingga pengsan selama dua jam oleh dua anggota polis yang menahannya selepas mendapati dia hanya membawa salinan pasport. – Bernama | ||
Felda akan teruskan saman Harakah dan Suara Keadilan Posted: 10 Dec 2012 02:55 AM PST Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, notis berhubung tindakan saman tersebut akan dikeluarkan dalam minggu ini, dan tindakan itu katanya menerima persetujuan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku menteri yang bertanggungjawab menguruskan Felda. "Dalam minggu ini kita akan keluarkan surat dan notis-notis (berkaitan). "Kita akan teruskan ... kami sudah melantik Penasihat Undang-undang Umno, Datuk Mohd Hafarizam Harun untuk tujuan itu," kata Ahmad (gambar) ketika sidang media selepas pelancaran buku biografi Datin Seri Rosmah Mansor di sini. Jelas Ahmad tindakan kedua-dua akhbar pembangkang itu menerbitkan berita sedemikian adalah satu tuduhan tidak benar, yang juga fitnah kepada Felda. "Mereka ini jelas memfitnah, kita tidak boleh biarkan berleluasa," katanya lagi. Ahli Parlimen Pontian itu sebelum ini merujuk kepada laporan muka depan akhbar Suara Keadilan pada 27 November yang bertajuk "Najib Mesra Israel" dan juga akhbar Harakah, yang dimiliki oleh PAS yang mengeluarkan cerita muka depan yang bertajuk "Minyak Sawit Jual Ke Israel" yang diterbitkan pada 26-29 November. Artikel itu mendakwa FGVH, melalui subsidiarinya Felda Iffco Oil Products telah menjual minyak sawit kepada Bunge Agribusiness Singapore Private Limited, yang didakwa akhbar tersebut sebagai sebuah syarikat Israel. "Kami mempunyai hubungan perdagangan dengan Bunge Agribusiness Singapore tetapi ia adalah sebuah syarikat awam yang disenaraikan di Amerika Syarikat. "Ia tidak mempunyai apa-apa kaitan atau cara sekali pun dengan Israel dan tidak mempunyai cawangan di sana," kata Ahmad. Sementara itu, mengulas tindakan Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda (Anak), Mazlan Aliman yang mahu menghalang mesyuarat agung tahunan (AGM) Koperasi Permodalan Felda (KPF) kerana tidak mahu Tan Sri Isa Abdul Samad dilantik menjadi Pengerusi Felda, Ahmad hanya melihat Anak sebagai pertubuhan haram yang tidak berdaftar. "Anak ini pertubuhan haram yang buat fitnah demi fitnah ... hanya cerita khayalan dan dongeng. "Kita tidak kisah apa dia (Mazlan) nak buat, tidak menjadi hal," kata Ahmad kepada pemberita. Mazlan sebelum ini dilaporkan berkata pada AGM lalu, usul untuk menjadikan Isa sebagai pengerusi KPF telah dibatalkan dan kini terdapat percubaan untuk melantik Isa sekali lagi sebagai pengerusi badan koperasi tersebut. "Ada komplot untuk memastikan Isa Samad jadi pengerusi KPF, kalau Isa Samad jadi pengerusi KPF, dia merancang nak pinda KPF, antaranya mengecilkan pegangan saham KPF dalam Felda Holdings dari 51 peratus, kepada hanya 29 peratus sahaja," kata Mazlan apabila dihubungi The Malaysian Insider sebelum ini. Mazlan berkata, berlakunya salah guna kuasa apabila Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan pengerusi eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Datuk Mohd Yusof Samsudin untuk mengadakan semula AGM untuk KPF dan membatalkan mesyuarat 20 Jun itu. "Jika Isa Samad menjadi pengerusi KPF, dan apabila pegangan saham KPF dikurangkan, kita merasakan bahawa kesemua saham itu akan diletakkan ke Felda Global Ventures Berhad (FGVB), untuk menaikkan semula sahamnya dah merudum semakin teruk. "Dan ini bermakna, jika FGVB terus sahamnya turun, kerugian itu akan turut dikongsi oleh KPF, jatuh dalam keadaan pakej, dua-dua pun jatuh. "Kita risau kerana 86 peratus dari ahli koperasi KPF ialah keluarga peneroka, kita tidak mahu mereka rugi, seperti tahun lalu kita dapat beri dividen yang tinggi kepada peneroka, tapi jika apa yang dicadangkan Isa Samad berlaku, kita tidak ada apa-apa lagi," kata Mazlan. Pengerusi Koperasi Permodalan Felda, Datuk Zulkifli Abdul Wahab dilihat lantang menentang Isa dalam penyertaan FGVB ke Bursa Malaysia. Sebelum ini, Anak melancarkan kempen mendakwa Isa sebenarnya tidak layak menjadi ahli KPF dan keahliannya dalam koperasi adalah bertentangan dengan undang-undang disebabkan jawatan beliau sebagai pengerusi koperasi hanya bertaraf kontrak. Undang-Undang Kecil KPF mensyaratkan bahawa mereka yang layak menjadi ahli KPF adalah peneroka Felda, isteri dan anak-anak dan juga kakitangan Felda berstatus tetap. | ||
Mualaf tidak wajib tukar kad pengenalan, digalak daftar dengan JPN Posted: 10 Dec 2012 02:50 AM PST THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR– Tiada sebarang peruntukan undang-undang mewajibkan mualaf untuk menukar nama kepada nama Islam dan menukar kad pengenalan dengan maklumat baru, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim. Beliau bagaimanapun berkata individu yang memeluk Islam akan diberi kad akuan masuk Islam sebagai dokumen pengesahan status agamanya. "Mereka hanya dinasihat menukar status agama dan nama di Jabatan Pendaftaran Negara," katanya menjawab soalan Senator Datuk Syed Ibrahim Kader pada persidangan Dewan Negara hari ini. Syed Ibrahim ingin tahu tindakan kerajaan untuk menggalakkan penukaran kad pengenalan golongan mualaf supaya tidak timbul masalah di kemudian hari. Mashitah berkata terdapat segelintir mualaf yang mahu berbuat demikian tetapi terhalang oleh beberapa sebab tertentu seperti soal keselamatan atau tidak mahu diketahui keluarga. Beliau bagaimanapun meminta golongan itu memaklumkan status agama mereka kepada saudara terdekat agar tidak berlaku pertikaian seperti perkahwinan atau perebutan jenazah apabila mereka meninggal dunia. Terdahulu, menjawab soalan Senator Rohani Abdullah mengenai langkah kerajaan menangani isu lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT), Mashitah berkata usaha itu dilakukan melalui dua cara iaitu pencegahan dan penguatkuasaan undang-undang. Tegasnya, pelaku LGBT beragama Islam boleh didakwa mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997. Katanya, kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia bekerjasama dengan jabatan-jabatan agama Islam negeri selain beberapa kementerian berkaitan bagi mencegah penularan kegiatan LGBT ke akar umbi. Dalam perkembangan sama, Mashitah berkata jumlah sebenar individu yang terlibat dalam kegiatan LGBT tidak dapat dipastikan memandangkan tidak mudah untuk membuktikan berlakunya perbuatan songsang meskipun terdapat pertanda yang menjurus ke arah itu. – Bernama | ||
Isu MPKB: DHPP minta penjelasan Exco Kelantan Posted: 10 Dec 2012 02:42 AM PST KOTA BHARU–Kerajaan Negeri diminta memberi penjelasan berhubung dakwaan dua remaja berbangsa Cina yang diminta memberikan sejumlah wang untuk mengelak dari didenda atas kesalahan berdua-duaan di dalam kereta berhampiran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra baru-baru ini. Bagi tujuan itu, Penasihat Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Kelantan, Jeff Lee Weng Chun berkata, pihaknya meminta Exco Kerajaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan tampil memberi penjelasan bagi mengelak ia menjadi polemik yang berpanjangan. "Dua orang remaja yang ditahan baru-baru ini diminta untuk memberi wang bagi melepaskan mereka dan mereka sendiri telah tampil membuat laporan kepada Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB). Perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana ianya melibatkan kredibiliti penjawat awam," katanya kepada Sinar Harian. Dalam masa yang sama Jeff berkata, pihaknya turut meragui kesahihan notis saman yang diberikan kepada pasangan tersebut kerana ia dikeluarkan oleh individu berstatus pembantu tadbir dan bukan dari pegawai penguatkuasaan. Dalam masa yang sama, Jeff mahu Kerajaan Negeri lebih bertoleransi kepada masyarakat bukan Islam Negeri dalam mengamalkan gaya hidup masing- masing. "Jangan samakan apa yang orang Islam tidak boleh buat dengan orang bukan Islam boleh buat, ia dua perkara yang berbeza," katanya. Menurutnya, isu-isu seperti inilah yang akan menjadi buah mulut pihak lawan dan ini akan merosakkan imej Kerajaan Negeri, Pas dan juga Pakatan Rakyat secara keseluruhannya. Beliau bimbang isu tersebut jika tidak diselesaikan akan memberi kesan kepada Pakatan Rakyat khususnya Pas pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). "Saya tidak mahu perkara-perkara seperti ini menjejaskan sokongan pengundi untuk pilihan raya akan datang dan jika ianya tidak diselesaikan dan perkara ini masih terjadi, pelbagai masalah lagi akan timbul selepas ini," katanya. Sehubungan dengan itu katanya, beliau berharap wakil Kerajaan Negeri tampil untuk berbincang dengan Dewan Perniagaan Cina Kelantan dan juga Gabungan Persatuan Cina Kelantan bagi merungkai terbabit. Dalam pada itu, Yang Dipertua MPKB, Fauzi Mat ketika dihubungi meminta pihak yang membuat dakwaan mengemukakan bukti sekiranya terdapat unsur rasuah dalam kakitangannya. "Saya tidak percaya perkara itu berlaku, mungkin pegawai itu meminta pasangan itu melunaskan denda yang dikenakan, tetapi jika betul kemukakan bukti," katanya. Mengulas kewajaran menangkap pasangan bukan Islam, Fauzi enggan mengulas sebaliknya menyerahkan kepada Takiyuddin untuk membuat kenyataan. | ||
PRU13: SPRM komited perangi politik wang Posted: 10 Dec 2012 02:41 AM PST SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) senantiasa berusaha mempertingkatkan kawalan dan pencegahan gejala rasuah dan politik wang di negara ini, apatah lagi menjelangnya Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Latifah Md Yatim. Ujarnya, SPRM mempunyai tanggungjawab besar bagi memastikan amalan berkenaan yang salah di sini undang-undang tidak dipraktikkan dalam pilihan raya di Malaysia. "Politik wang ini memang kita pantau. Perkara itu memang satu kesalahan di bawah akta kita. Apabila kita menggunakan wang untuk memancing undi, dengan wang itu kita mahu dipilih atau apa, jadi itu memang satu kesalahan. "SPRM pada setiap masa kita akan lipat gandakan kita punya usaha pencegahan rasuah. Di samping pencegahan, kita juga akan mendidik masyarakat, turun padang, mesra pelanggan," katanya ketika ditemui pada majlis Konvoi Avanza Pencegahan Rasuah SPRM. Konvoi itu singgah di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, pagi ini sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya ke Seremban-Melaka. Majlis pelepasan disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Nasir Hamzah. Kumpulan Media Karangkraf menyokong program itu. Kira-kira 120 ahli Northern Avanza Recreational Club menyertai konvoi ini sambil mengedarkan risalah bahaya amalan rasuah. Latifah ditanya sama ada SPRM akan bekerjasama dengan Bank Negara yang akan memantau sebarang kemasukan dana asing menerusi NGO-NGO bertujuan membantu pembangkang membiayai usaha mensabotaj Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang. Menurut beliau, SPRM sememangnya sentiasa komited menangani politik wang di negara bagi memastikan keamanan negara terus terpelihara. Beliau seterusnya menyambut baik usaha Bank Negara yang mengambil pendekatan memantau sebarang dana luar yang boleh mengancam keselamatan negara. "Kita tidak mahu adanya satu kemasukan yang boleh memberikan impak yang negatif kepada negara. Kita hendak setiap penyataan kewangan yang melibatkan mana-mana individu atau syarikat dibuat dengan telus, telus. "Kita takut cara kemasukan itu boleh menggamit satu keadaan yang boleh mengganggu-gugat kestabilan negara kita," katanya. Sementara itu, beliau ketika diminta mengulas berhubung Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang semakin baik berharap dengan adanya usaha berterusan, Malaysia mampu mencapai ke tahap yang lebih baik di masa hadapan. "Pada masa sama kita kena lihat indikator itu dari sudut yang positif. Ia salah satu ruang yang boleh membawa kepada penarikan pelabur-pelabur ke Malaysia," ujar beliau. CPI terbaru Malaysia menunjukkan negara berada di kedudukan ke-54 daripada 174 negara, berbanding ke-60 tahun lalu. | ||
Beri laluan kepada mereka belum tunai haji, kata Jamil Khir Posted: 10 Dec 2012 02:39 AM PST SINAR HARIAN KUANTAN - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom meminta umat Islam di negara ini yang pernah mengerjakan haji agar memberi laluan kepada yang belum dan berada dalam senarai menunggu. Ini kerana katanya, terdapat kira-kira sejuta rakyat Malaysia sedang menunggu untuk menunaikan ibadah itu sekarang sedangkan kuota negara ini hanya 28,000 bagi setiap musim. Daripada jumlah itu, kira-kira 14,000 adalah mereka yang berusia 75 tahun ke atas, katanya. "Kewajipan kita sebagai umat Islam hanya sekali melakukan ibadah haji kerana jika dilakukan lebih daripada itu ia menjadi sunat, sebaik-baiknya berilah laluan kepada mereka yang lebih layak," katanya ketika berucap pada Program Multaqa Guru Takmir, Guru Kafa dan Imam peringkat negeri Pahang, di sini hari ini. Program itu dirasmikan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapha dan Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, Datuk Mohd Ghazali Abd Aziz. Jamil Khir berkata ketika ini terdapat 7.9 juta pendeposit Tabung Haji dengan dana terkumpul RM34.9 bilion. - Bernama | ||
Wanita DAP harus siap siaga terima cabaran-Chong Eng Posted: 10 Dec 2012 02:29 AM PST Roketkini.com Sehubungan itu, komrad Wanita DAP harus sentiasa bersiap siaga menerima pelbagai amanah dan tanggungjawab yang diberi termasuk menjadi calon di mana-mana peringkat pimpinan atau calon bagi pilihan raya umum yang akan datang. Ketua Wanita DAP, Chong Eng berkata, suara wanita perlu kuat dan lantang kerana mereka adalah golongan penting yang menjadi penentu kepada peneraju kerajaan samada Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional pada PRU-13 nanti. "Untuk mencapai hasrat itu, Wanita DAP bertekad meningkatkan bilangan ahlinya dengan mensasarkan 30 peratus penyertaan jumlah ahli wanita daripada jumlah keseluruhan ahli parti, "Kemajuan Wanita DAP sejak penubuhannya pada 1972 mencerminkan status pembabitan kaum wanita di dalam masyarakat dan sektor awam. Oleh itu, kami memerlukan perubahan agar kerajaan memberi bantuan dalam penjagaan keluarga dan anak, supaya membolehkan lebih ramai wanita menyertai kerja sosial dan politik." kata Chong Eng ketika berucap pada Konvensyen Wanita DAP Kebangsaan 2012, semalam. Katanya, sekiranya rakyat memberi mandat kepada Pakatan Rakyat untuk memerintah kerajaan Pusat, Wanita PR akan memberi keutamaan dalam melaksanakan lima perkara dalam memperkasa agenda wanita negara ini. * Menambah kemudahan penjagaan kanak-kanak dan golongan warga emas, melaksanakan waktu kerja anjal, memberi elaun penjagaan kanak-kanak bagi kaum ibu yang berpendapatan rendah, menggalakkan ibu bapa untuk berkongsi kerja rumah dan menjaga anak mereka bagi merapatkan hubungan mereka. Pada masa yang sama akan memudahkan ibu bapa yang bekerja mendamaikan kerja dan keluarga dan akan meningkatkan kadar pekerjaan kaum wanita. * Memberi latihan pekerjaan, memberi insentif untuk wanita kembali ke tempat kerja, mengurangkan pergantungan kepada buruh asing dan menggalak perkembangan ekonomi. *. Menubuhkan Suruhanjaya bagi kesaksamaan gender, menyempitkan jurang jantina secara sistematik di pelbagai industri dan bidang. *. Menubuhkan Suruhanjaya bagi mengurangkan keganasan terhadap wanita, memberi bantuan kepada mangsa keganasan dan mencegah keganasan secara sistematik. *. Mengubal undang-undang yang berunsur diskriminasi jantina. Chong Eng yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam optimis akan mencapai matlamat ini, Wanita DAP memerlukan pemimpin yang bersedia menyumbangkan masa dan tenaganya menjalankan gerak kerja parti dan aktiviti wanita di seluruh negara. "Kami memerlukan pemimpin berpengalaman dan baru untuk menjawat jawatan penting pada masa akan datang. "Saya yakin wakil pada hari ini akan membuat pilihan yang bijak, memilih pasukan pimpinan yang terbaik dalam tempoh tiga tahun akan datang." ujarnya.- Roketkini.com | ||
Kerajaan BN dicabar ikut jejak Pulau Pinang laksana enam langkah integriti – Guan Eng Posted: 10 Dec 2012 02:26 AM PST Roketkini.com Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, berkata jika tidak melaksanakan enam integriti itu, Malaysia bukan saja gagal mencapai kemakmuran, juga gagal membongkar skandal kewangan yang terbaru bagi memastikan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparancy International (TI) bagi tahun depan tidak merudum. Katanya, enam langkah yang dilaksanakan Pulau Pinang ialah mengistutusikan pengisytiharan harta secara terbuka oleh Ketua Menteri dan barisan Exconya, melaksanakan tender terbuka, tidak membenarkan ahli keluarga untuk membabitkan diri dalam kontrak kerajaan, melindungi pemberi maklumat yang tulen, menggugurkan pemimpin yang hidup mewah dan berterus terang dalam sumbangan politik. "Negara masih dihantui skandal kewangan dan dakwaan rasuah besar yang membabitkan pemimpin tertinggi sebab itu kedudukan CPI Malaysia berada di tangga ke-54 daripada 176 negara tahun ini baik sedikit berbanding tangga ke-60 daripada 183 negara tahun lalu," katanya dalam perutusan sempena Hari Anti-Rasuah Antarabangsa, semalam. Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata kajian itu dilakukan pada awal tahun iaitu sebelum pembongkaran beberapa skandal besar seperti sumbangan politik RM40 juga kepada UMNO Sabah dan terbaru pendedahan ahli peniagaan, Deepak Jaikishan mengenai urusan tanah yang mencurigakan. "Yang paling teruk adalah kekayaan luar biasa Ketua Menteri Sarawak dan keluarganya yang didedahkan dalam Mahkamah Syariah bernilai berbilion ringgit. "Baru sekarang rakyat tahu mengenai penyalahgunaan kuasa yang berlaku dalam kerajaan Selangor dan Pulau Pinang ketika diperintah BN mengenai pembelian tanah dengan harga terlalu murah RM1 sekaki persegi yang djual kepada parti komponen BN di Selangor. Tanah berkenaan kini bernilai RM300 juta. "Sementara tanah primer di Tanjung Tokong bersebelahan dengan Gurney Drive, di Pulau Pinang pula dijual pada harga RM1 sekaki persegi," katanya. Ahli Parlimen Bagan itu berkata, jika semua skandal itu diambil kira oleh TI, kedudukan CPI Malaysia pasti lebih teruk lagi. Yang paling membimbangkan, markah CPI tidak mendedahkan hakikat bahawa 50% responden dalam Kajian Pemberi Rasuah mempercayai bahawa mereka kehilangan peluang perniagaan akibat rasuah. Katanya, dalam persoalan ini, Malaysia berada pada kedudukan paling teruk daripada semua 31 negara yang dikaji, lebih teruk daripada Indonesia (47%), Pakistan (42%) dan Rusia (39%). "Di Pulau Pinang, bukan sahaja harta pemimpin diisytihar dan diiktiraf firma akauntan antarabangsa, kita juga akan mengemaskini pengisytiharan harta itu pada Januari setiap tahun," ujarnya. Beliau berkata, jika Pulau Pinang boleh mengisytiharkan harta secara terbuka oleh Ketua Menteri dan barisan EXCOnya, tidak ada sebab kerajaan Persekutuan BN tidak boleh turut mengisytiharkan harta Perdana Menteri dan Jemaah Menteri untuk meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI TI. – Roketkini.com | ||
Dalang Peralat Ibu Tunggal Di Selangor Akan Disaman Balas Oleh Kerajaan Negeri Posted: 09 Dec 2012 10:45 PM PST KELAB GREENBOC Kerajaan Negeri Selangor akan membuat saman balas kepada dalang yang terlibat berhubung tuntutan elaun ibu tunggal yang didakwa tidak dikotakan oleh Kerajaan Negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat (PR). Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan, Rodziah Ismail berkata saman balas itu dibuat kerana ia melibatkan integriti Kerajaan Negeri yang dicalar oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab. Katanya, Kerajaan Negeri setakat ini sudah melunaskan banyak program berkebajikan dan tidak mengabaikan mana-mana pihak walaupun terdapat perbezaan politik. "Kita sudah menerima surat saman daripada Tetuan Kamarudin & Partners dan kini pihak kami sedang meneliti saman itu serta peguam negeri sedang menyediakan beberapa dokumen untuk kita membuat saman balas," katanya kepada pemberita selepas Program Terima Kasih Menteri Besar Selangor kerana memberi air percuma di Pangsapuri Bukit Kuda, di sini. Beliau berkata, sebanyak lebih 2,000 penama ibu tunggal yang didakwa tidak menerima bantuan ibu tunggal itu turut akan disemak bagi mendapatkan kesahihan dakwaan mereka. Sebelum ini, seramai 2,020 ibu tunggal di Selangor memfailkan saman berjumlah RM10.9 juta terhadap Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana didakwa gagal memberi elaun ibu tunggal seperti yang terkandung dalam Manifesto Pilihan Raya Umum ke-12. Tuntutan itu difailkan melalui Tetuan Kamarudin & Partners di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam, baru-baru ini. Dalam pernyataan tuntutan tersebut, kerajaan negeri dan Abdul Khalid yang dinamakan sebagai defendan pertama dan kedua, didapati gagal membayar elaun ibu tunggal RM100 seperti yang dijanjikan dalam Manifesto Pakatan Rakyat (PR) selama 54 bulan bermula 1 April 2008 hingga 30 Oktober 2012 kepada kesemua plaintif dengan jumlah keseluruhan RM10,908,000. Rodziah menjelaskan, 'elaun' yang dinyatakan dalam manifesto Pakatan Rakyat pada pilihan raya lalu tidak menyatakan pemberian berbentuk wang ringgit kepada ibu tunggal sebaliknya mengutamakan mereka yang layak. Tetapi, ia adalah bentuk bantuan yang disampaikan menerusi beberapa program antaranya program ekonomi yang melibatkan ibu iaitu Program Pemberdayaan Wanita menerusi Pusat Wanita Berdaya (PWB), Skim Mikrokredit Bandar dan Luar Bandar (MiMBAR dan SkimSel), Progran Pemberdayaan Ibu Tunggal SOHO Selangor dan Skim Mikrokredit Wanita Ladang (WALA). Beliau turut menasihatkan kepada ibu tunggal yang terlibat supaya tidak menjadi 'kuda tunggangan' mana-mana pihak lain yang untuk kepentingan parti politik. "Saya berani mengatakan bahawa mereka ini hanya 'berlakon' kononnya dianayai oleh Kerajaan Negeri disebabkan desakan atau ditipu parti politik lain," katanya. | ||
Nuar Musa perlu malu dengan urusan bola Johor Posted: 09 Dec 2012 10:41 PM PST Facebook Azrizan Abd Kadir TAN Sri Annuar Musa tidak sudah² menghentam pihak Pentadbiran PBNJ. Sebagai orang lama lagi berpengalaman dalam selok belok bolasepak Malaysia, beliau harus malu dengan pembaharuan yang dilaksanakan oleh Tunku Mahkota kami, bukannya terus menghentam. Kami percaya, usaha yang dilakukan oleh Tunku Ismail adalah untuk memajukan bolasepak Malaysia. JAWATAN PRESIDEN BERMULANYA DI TWITTER Setelah mendengar dan berdiskusi bersama peminat² bolasepak Johor dilaman sosial berkenaan permasalahan bolasepak Johor, baginda menawarkankan diri untuk mengambil alih jawatan Presiden PBNJ bagi membantu memajukan sukan tersebut yang agak suram bertahun² lamanya di negeri Johor. Menghapuskan rasuah dalam bolasepak Johor adalah permulaannya. Peringkat awal mengambil alih jawatan Presidan PBNJ, baginda tidak mahu Ahli Politik terlibat didalam pengurusan PBNJ. Satu keputusan yang amat dinanti²kan oleh penyokong² Johor, malah pengkritik² sukan tanahair juga bersetuju dengan tindakan tersebut. Mungkin Tan Sri Annuar Musa boleh memikirkan kaedah ini dalam pasukan beliau, TIDAK ADA AHLI POLITIK TERLIBAT DALAM PENGURUSAN BOLASEPAK NEGERI. Dan mulai saat itu, pasukan Johor mula mendapat sentuhan air tangan diRaja dalam pengurusan pasukan. Satu permulaan yang boleh dipuji, mengambil alih pasukan dalam keadaan huru-hara dan mengakhiri di kedudukan ke-4 Liga. Insyaallah, tahun 2013 adalah permulaan kebangkitan Sang Harimau Selatan. MEMAJUKAN BOLASEPAK MALAYSIA Mengambil beberapa pemain dari liga ternama, Guiza dan Del Nero adalah bertujuan menunjukkan kepada dunia apa yang kita ada, apa fasiliti yang kita sediakan samada dari segi latihan atau perlawanan. Bukankah itu permulaan kepada lambakan kebanjiran pemain² ternama dimasa² akan datang. "Is not just pasal duit. Most of this player will come hear and tengok kita punya football facilities. So far our facilities is not up to the mark. It the future insha'Allah," Tunku Mahkota Johor 16th July 2012. BERTOLAK ANSUR DALAM MENAWARKAN KONTRAK Menawarkan kontrak 1+1 kepada Safiq Rahim , jika tahun kedua beliau mendapat tawaran dari pasukan luar negara, PBNJ sedia melepaskan. "Saya sudah maklumkan kepada PBNJ (Persatuan Bola Sepak Negeri Johor) bahawa kontrak saya adalah 1+1 (setahun dan dilanjutkan setahun) kerana jika saya mendapat tawaran daripada kelab luar Asean pada 2014, saya akan menyertai pasukan tersebut," Safiq Rahim Kontrak kepada Safee Sali, 1 tahun pinjaman, jika selepas 6 bulan pihak pengurusan Safee iaitu AREMA mahu beliau kembali, PBNJ sedia berbincang. Malah Safee mengakui Johor adalah 'Penyelamat' karier beliau. Jadi diharapkan beliau jangan melatah, jangan kelirukan peminat. Dari terus menghentam, ada baiknya beliau fikirkan bagaimana cara untuk memajukan bolasepak tanahair. | ||
Hebat Isa Samad. Dia guna bomoh? Posted: 09 Dec 2012 10:39 PM PST Oleh Mazlan Aliman BUKTI salahguna kuasa Dato' Yusof Samsudin, Pengerusi Eksekutif SKM. Saya mendapat maklumat telah beberapa kali beliau ikut arahan Ismail Sabri dan Isa Samad, meskipun dia faham arahan tersebut tidak betul. Seharusnya dia ada pendirian. Bila dia ikut, ertinya bersekongkol dengan puak zalim yang mahu merosakkan KPF. Tidak lama lagi ada tindakan dari KPF dan pemegang saham yang mencabar arahan Dato' Yusof melalui peguam masing2. Bukan itu sahaja, laporan polis dan SPRM akan dilakukan terhadap Ismail Sabri, Isa Samad dan Dato' Yusof. Saya baru mendapat taklimat terkini perkembangan KPF dan pandangan lawyer ANAK dari sudut perundangan. Menariknya, tidak disangka2 ada pemimpin Umno Bahagian hubungi saya memberi sokongan padu dalam isu KPF. Saya persoalkan, bila Umno nak berjuang sama. Ini melibatkan Koperasi orang melayu yang terbesar dan wajib dipertahankan. Dia kata, tunggu masa yang sesuai. Katanya, ada rombongan pimpinan Umno nak jumpa PM agar campurtangan. Kalau PM tunduk juga kepada kehendak Isa, mereka terpaksa buat pendirian tegas. Alhamdulillah, pendirian pegawai kanan Felda dan ALP KPF selari dengan ANAK. Saya berdoa mudah2an beberapa pemimpin Umno Bahagian yang hubungi saya akan buktikan 'kejantanan' mereka kerana masa begitu suntuk. Mesyuarat Agung Perwakilan KPF akan diadakan pada 27 dis ini. Jika ia jadi kenyataan, Isa Samad menguasai KPF dan membolot segala2nya dalam Felda tidak sampai dua tahun jadi Pengerusi Felda. Hebat Isa Samad....bomoh mana dia guna? | ||
PAS ingatkan orang bukan Islam jangan bimbang Posted: 09 Dec 2012 10:36 PM PST Tuan Ibrahim menegaskan tindakan MBKB itu hanya penguatkuasaan undang-undang PBT dan bukannya mempunyai motif politik atau agama. PETALING JAYA: PAS meminta orang bukan Islam supaya tidak bimbang dengan perkembangan terbaru iaitu tindakan Majlis Bandaraya Kota Baru (MBKB) menyaman individu bukan Islam kerana berkelakuan tIdak bermoral di tempat awam. "Ia tindakan yang biasa…undang-undang ini ada pada semua pihak berkuasa tempatan di seluruh negara. "Pegawai penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pernah menyaman orang bukan islam di taman berhampiran KLCC," kata ketua penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Tuan Ibrahim menegaskan tindakan MBKB itu hanya penguatkuasaan undang-undang PBT dan bukannya mempunyai motif politik atau agama. Katanya, isu ini kecil sahaja tetapi telah diperbesarkan kerana ia berlaku di Kelantan yang diperintah oleh PAS. "Mereka menggunakan istilah khalwat sedangkan kejadian itu di tempat awam. "Khalwat terpakai untuk orang Islam iaitu berdua-duanya di tempat sunyi hingga boleh menimbulkan syak wasangka," tambah beliau lagi. Menurut Tuan Ibrahim, PAS menyokong tindakan untuk membanteras kelakuan tidak bermoral di khalayak ramai. "Saya mengajak pihak lain untuk menyokong tindakan itu. Saya percaya orang bukan Islam pun menyokong," tambah beliau. Tuan Ibrahim berkata demikian ketika diminta menjelaskan kekeliruan MBKB mendenda empat individu bukan Islam di Kota Baru. Tindakan itu menimbulkan pelbagai kecaman termasuk dari DAP dan MCA. | ||
Setitik air kesan pembalakan pun tidak masuk ke Tasik Pedu Posted: 09 Dec 2012 10:31 PM PST Oleh zaminc PADANG TERAP - Hutan tadahan hujan di Tasik Pedu semakin terancam! Demikian tema liputan besar-besaran oleh media talibarut BN yang difokuskan semata-mata untuk memburukkan kerajaan negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat di Kedah. Tiada apa lagi isu besar yang boleh dimainkan untuk membohongi rakyat jelata mengenai Kedah, maka isu 'kemusnahan' hutan di kawasan yang jauh nun di pedalaman Kedah dijadikan modal maklumlah di situ bukan kawasan ramai penduduk. Jadi lambatlah sedikit pembohongan itu diketahui orang. Dua pembohongan utama yang dimainkan oleh media serta juga para pemimpin BN. Pertama, kononnya kawasan hutan yang dicerahkan untuk projek agroteknologi itu adalah berstatus Hutan Simpan Kekal. Sebenarnya kawasan terbabit adalah hutan simpan biasa yang diwartakan sebagai Hutan Simpan Pedu pada 11 September 1952. Ia boleh diubah status mengikut prosedur tertentu. Hutan Simpan Kekal ialah hutan Tasik Pedu yang terletak cuma di seberang laluan TEKIH (sebagai sempadan) dengan kawasan agroteknologi. Kedua, kononnya ia kawasan tadahan hujan yang membekal sumber air ke Tasik Pedu. Juga tidak benar. Tidak ada setitik air pun dari kawasan projek agroteknologi tersebut boleh mengalir ke Tasik Pedu kerana aras air Tasik Pedu lebih tinggi dari sungai yang mengalirkan air di kawasan projek agroteknologi tersebut. Anak Sungai tersebut mengalir ke Sungai Pedu yang menuju ke arah Kuala Nerang. Jika berlaku limpahan Tasik Pedu, airnya mengalir ke sungai tersebut juga. Benteng atau tebing binaan Tasik Pedu terlalu tinggi, juga kawasan projek agroteknologi dipisahkan dengan laluan TEKIH iaitu jalan naiktaraf Sik ke Durian Burung. Jadi, walaupun jarak antara tapak projek yang hutannya telah dicerahkan dengan Tasik Pedu tidak sampai 400 meter namun ia langsung tidak mengancam Tasik Pedu. Isu seterusnya ialah penggondolan hutan, kononnya kerana mahu mengambil balak tetapi berselindung di sebalik projek agroteknologi iaitu membuka ladang buah-buahan di empat kompartment yang dicadangkan di Charuk Genting Bunga. Tidak dinafikan berlaku aktiviti pembalakan yang melibatkan tiga kompartment (dari empat kompartment semuanya) iaitu iaitu 48A, 48B dan 50B yang melibatkan kira-kira 600 ekar tetapi semua kegiatan pembalakan melalui jawatankuasa teknikal pembalakan serta diluluskan oleh Jabatan Perhutanan. Jabatan Perhutanan terikat dengan pelbagai Akta Parlimen, sebagai kriteria untuk memberi kelulusan. Ini bukan cerita pembalakan haram seperti yang berlaku di beberapa buah negeri yang ditadbir BN. Projek agroteknologi atau disahkan oleh majlis Mesyuarat Exco sebagai Projek Agro-eco-tourism diserahkan kepada Syarikat Kumpulan Ladang iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK). Tanah seluas 884 ekar itu diserahkan kepada PKNK sebagai pemegang Permit Peggunaan Sementara (status tanah) dengan sewaan selama 30 tahun. Oleh kerana kawasan tersebut dibangunkan untuk projek pertanian maka kawasan terpaksa dibersihkan, ia berbeza dengan aktiviti mengambil balak semata-mata. Betullah laporan media bahawa pokok-pokok kecil juga dimusnahkan. Ia kerja piawai bagi membangunkan semua projek pertanian. Samalah seperti yang dilakukan oleh mana-mana kerajaan negeri pun yang membangunkan kawasan berbukit untuk projek tanaman sawit. Sewaktu lebuhraya Utara-Selatan baru dibuka dahulu, di kiri kanannya semua bukit bergondol, hutan dicerahkan tetapi sekarang sudah dipenuhi dengan kelapa sawit atau lain-lain pokok pertanian. Tidak ada pula masa itu media-media utama sewa helikopter mengambil foto dari udara lalu melaporkan 'BN rakus gondolkan bukit'. Antara yang akan ditanam di atas tanah tersebut ialah mangga (109.76 ekar), mata kucing, jambu dan ciku (163.77 ekar) serta buah-buahan nadir seperti anggur, kurma, durian belanda, salak dan sebagainya. Kerja meneres, menyemai dan membina kolam takungan air sudah bermula tetapi terganggu oleh Jabatan Alam Sekitar yang melatah mengikut paluan gendang media BN. Projek Agro-eco-tourism dirancang dan diluluskan oleh majlis Mesyuarat Exco pada 25 Ogos 2011 lagi. Kerajaan mengira bahawa projek ladang pertanian lebih menguntungkan dari hasil balak yang boleh ditunai berpuluh tahun sekali. Ia juga selari dengan manifesto PAS menjadikan Malaysia sebagai 'Belanda Timur'. Ia bukan jawapan spontan Menteri Besar untuk berdalih seperti yang ditanggap oleh pihak pembangkang negeri ini. Jika Projek Agro-eco-tourism dianggap sebagai helah mengambil balak, maka rakyat juga boleh menuduh BN membina laluan TEKIH sebagai helah mengambil balak. Laluan atau 'lebuhraya' TEKIH melalui kawasan hutan berbalak yang begitu luas. Kerajaan lalu dilaporkan menyerahkan projek mengambil balak tersebut kepada Kedah Corporatin Berhad. Namun selepas Pakatan mengambilalih kerajaan pada Mac 2008 sehingga kini tiada satu pun dokumen pembalakan di laluan TEKIH yang ditemui. Takkanlah kerajaan negeri tidak mendapat satu sen pun dari duit balak yang ditebang di kawasan tersebut?Ada khabar angin yang menyebut bahawa pejabat tapak projek pembalakan laluan TEKIH dibakar sebaik Pakatan menang Mac 2008. Sebuah kenderaan juga dilaporkan dibakar. Adakah ia percubaan memusnahkan dokumen aktiviti pembalakan untuk mengelak dari duit balak tersebut diaudit? | ||
MIC Janji Beri Kemenangan Besar Posted: 09 Dec 2012 10:24 PM PST KL TODAY KUALA LUMPUR: MIC berjanji akan memberi kemenangan besar kepada Barisan Nasional (BN) berdasarkan sokongan hebat masyarakat India kepada parti itu selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih teraju pentadbiran negara pada 2009. Presiden parti Datuk Seri G. Palanivel berkata sokongan masyarakat India terhadap parti pemerintah itu semakin kuat setelah mereka menerima pelbagai manfaat, terutama dalam bidang pendidikan dan melalui program pembangunan perkhidmatan awam, ekonomi dan sosial yang diperkenalkan Najib. "Sehingga 2004, undi kami merupakan simpanan tetap. Bagaimanapunn, kami kehilangan simpanan tetap itu pada 2008. Kini, kami beri jaminan bahawa simpanan tetap ini akan menyokong perdana menteri. "Hari ini, masyarakat India sedar bahawa hanya kerajaan BN dan perdana menteri yang mampu membentuk masa depan mereka. "Undi kaum India penting untuk BN dan sejajar dengan itu, MIC boleh membawa kembali sekurang-kurangnya 600,000 undi untuk BN," kata beliau dalam ucapan pada Perhimpunan Agung Tahunan MIC ke-66 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Ahad. Perhimpunan itu dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Turut hadir bekas presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu, Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang dan setiausaha agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Palanivel, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata masyarakat India sentiasa menganggap Najib sebagai pemimpin istimewa yang mampu meningkatkan kedudukan sosial dan ekonomi mereka. Beliau berkata masyarakat India akan dapat menikmati kehidupan lebih sejahtera hanya di bawah kepimpinan Najib kerana beliau memahami keperluan masyarakat itu. "Undi kita memberi makna, undi kita penting, undi kita merupakan satu kelompok. MIC merupakan satu-satunya parti yang benar-benar mewakili kepentingan dan hak masyarakat India di negara ini," kata beliau. Palanivel menegaskan bahawa kesetiaan masyarakat India kepada negara tidak boleh dipersoal, walaupun anggotanya mungkin bersikap lantang dalam menyuarakan perasaan tidak puas hati mereka. "Mungkin ada kalanya kita bersuara lantang, tapi sebenarnya ini kerana kita cintakan negara ini dan mahu ia menjadi negara yang sebaik mungkin," katanya. Palanivel juga mengambil kesempatan itu untuk mengemukakan beberapa permintaan kepada Najib berkaitan kewangan bagi melaksanakan pelbagai program untuk membantu masyarakat India. Antara permintaan itu ialah agar Tafe College milik MIC dinaik taraf sebagai kolej universiti teknikal memandangkan Kolej Tunku Abdul Rahman (TAR) milik MCA telah dinaik taraf sebagai kolej universiti. "Kami juga memohon kepada Perdana Menteri supaya menyediakan geran RM30 juta setiap tahun untuk MIED dan geran sepadan kepada Universiti AIMST," kata Palanivel. Beliau berkata ekuiti masyarakat India tercicir jauh di belakang sasarannya iaitu sebanyak tiga peratus. "Tetapi, tiada sebarang pelan afirmatif disediakan untuk membolehkan masyarakat ini mencapainya. Kerajaan mempunyai model yang terbukti berkesan untuk masyarakat Bumiputera. Kita tidak perlu mencipta sesuatu yang baharu. Kita boleh guna pakai sesetengah kaedah yang telah berjaya untuk mempercepat pertumbuhan ekuiti masyarakat India," katanya.Sementara itu, Palanivel membidas sikap pembangkang yang hanya 'memperguna' undi masyarakat India untuk memenangi pilihan raya dan mengabaikan setiap janji yang mereka tabur. "Tidak ada apa yang mampu mereka beri, tiada apa yang konkrit dan praktikal. Semuanya hanya janji kosong seperti merobohkan kuil di Sepang dan menjadikan penduduk Kampung Buah Pala hilang tempat berteduh. Hanya setelah Datuk Seri Najib campur tangan, barulah mereka diberi rumah," katanya. Palanivel menyeru anggota perwakilan ke perhimpunan itu supaya terus berusaha, sentiasa setia kepada parti dan berwawasan jauh kerana cabaran yang dihadapi masyarakat India sentiasa ada dan pelbagai, yang tidak mungkin dapat diatasi dalam tempoh singkat. | ||
PRU13: Najib diselubungi kebimbangan Posted: 09 Dec 2012 10:21 PM PST KERDAU: Datuk Seri Najib Razak dilihat diselubungi kebimbangan di sebalik kenyataannya untuk BN menang pilihan raya umum (PRU) ke 13 dengan menguasai 2/3 parlimen. Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika ditemuramah radio internet, Cili FM menyifatkan, tindakan Najib yang memohon maaf ketika Perhimpunan Agong Umno baru-baru ini jelas menggambarkan BN dalam posisi 'boleh tewas' pada PRU13 nanti. "Saya tengok, di satu waktu dia kata yakin kuasai 2/3 majoriti. "Satu masa dia merayu, waktu lain dia mohon maaf. Ini saya ingat tanda-tanda awal… saya tak nak sambung… tanda-tanda awal apa tambah sendiri," kata beliau sambil berseloroh ketika ditemuramah DJ CucuMatKilau (Ahmad Syukri). Menurut beliau lagi, tindakan berkali-kali merayu memohon maaf itu juga membuktikan bahawa Umno BN sudah sedar mereka sedang berdepan dengan penolakan rakyat akibat kerosakan yang dilakukan parti pemerintah itu. "Kalau orang tak salah, dia tak akan minta maaf. Dah banyak kali, dia minta maaf," katanya. Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, sekiranya Najib yakin dengan jangkaan beliau, mengapa sehingga kini beliau masih tidak membubarkan parlimen. "Kalau dah yakin, mengapa nak ugut rakyat dengan tragedi Mei 13 dan negara akan bankrap. "Saya lihat di sebalik keyakinan ada kebimbangan. Sebenarnya kebimbangan itu menguasai dia," tambah beliau. Tuan Ibrahim juga melahirkan keyakinannya bahawa dengan kerjasama Pakatan Rakyat dan kerja tertib, perubahan akan berlaku di Pahang. Ditanya soalan mengenai politik ganas yang kerap berlaku kebelakangan ini, Tuan Ibrahim menegaskan bahawa budaya samseng perlu ditolak. "Budaya samseng bukan budaya kita. (Untuk himpunan ini), bendera, risalah dan poster kita dicabut. "Rakyat perlu bertindak dengan rasional, bukan (digunakan) untuk mempertahankan kebathilan, kezaliman dan penyelewengan," nasihat beliau. Temubual hari ini bersempena dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Pahang yang berlangsung di sini. | ||
Posted: 09 Dec 2012 10:10 PM PST Kesilapan terbesar AES adalah penswastaan. Mengapa tidak JPJ sahaja uruskan sendiri? Apabila ramai yang sudah mengetahui setiap pembayaran saman AES, terdapat 2 syarikat akan mendapat habusan besar ini, ramai yang mula kurang berpuas hati dnegan cara pelaksanaan seperti ini. Walaubagaimanapun, hasil saman AES tidak mengecewakan apabila kedua-dua syarikat yang mengendalikan saman AES ini, iaitu Beta Tegap Sdn Bhd & ATES Sdn Bhd mula menuai hasil yang memberangsangkan…… Berdasarkan jawapan Timbalan Menteri Pengangkutan di Dewan Negara pada 03 Disember 2012 berkaitan AES bagi soalan Yang Berhormat Senator Puan Chew Lee Giok dan Yang Berhormat Senator Tuan Saiful Izham bin Ramli dan Yang Berhormat Senator Puan Hajah Khairiah binti Mohamed. Bilangan saman yang telah dikeluarkan sehingga 26 November 2012 adalah sebanyak 256,899 saman dan perincian kesalahan lalu lintas dan negeri adalah seperti berikut:
Jumlah 256,899 saman AEs yang telah dikeluarkan setakat ini. Baru 14 lokasi beroperasi selama 2 bulan sejak 23 September 2012. Dijangka anggaran sekitar 256,899 X RM300 = RM77,069,700.00 mampu mereka perolehi. Ini baru di 14 lokasi. Bayangkan jika keseluruhan 1,081 lokasi beroperasi kelak?
Kena Saman AES : Terus Bayar Saman Atau…..?Saman dikeluarkan oleh JPJ kepada pemilik kenderaan seperti anda supaya hadir ke Mahkamah di kawasan kesalahan dilakukan. Jika anda bukan pemandu ketika kesalahan dilakukan, pemilik hendaklah memberitahu JPJ maklumat pemandu dalam tempoh 30 hari dari tarikh Saman dikeluarkan. Jikalau ramai yang tahu hak masing-masing pasti tidak akan membayar terus saman yang diterima. Ini kerana saman ertinya suatu notis memerintahkan seseorang hadir ke Mahkamah. Ok. Contoh pertuduhan mengenai saman AES ini di mahkamah : Adakah kamu mengaku bersalah?
Saman polis VS saman AES JPJ hanya menguatkuasakan undang-undang, tetapi bukan mereka yang menentukan samada anda bersalah atau tidak. Itu adalah kerja mahkamah yang menentukannya. Ditambah pula baru-baru ini……
P/S : Usaha Beta Tegap Sdn. Bhd. & ATES Sdn. Bhd. tidak sia-sia. Nampaknya usaha mereka mula berhasil, mereka akan terus bekerja keras untuk melipatkan jumlah perolehan melalui "bisnes saman trafik ini" pada masa akan datang bagi membolehkan mereka menampung kos pelaburan yang dilakukan mereka berjumlah RM400 juta secepat mungkin sekaligus mula menuai hasil keuntungan selepas daripada itu. PP/S : Sudah ada di sini yang telah menjadi "pelanggan" bagi kedua-dua syarikat ini Beta Tegap Sdn. Bhd. & ATES Sdn. Bhd.? | ||
Pakatan umum tawaran 6+3 untuk rakyat Pahang Posted: 09 Dec 2012 04:02 PM PST KEADILAN DAILYTawaran peringkat kerajaan Persekutuan ditandatangani Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Tawaran peringkat Pahang itu ditandatangani Pengerusi KEADILAN Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman; Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pengerusi DAP Pahang, Leong Ngah Ngah. Mengikut Harakah Daily, semua tawaran berkenaan diumum kepada lebih 20,000 orang yang menghadiri Perhimpunan Kebangkitan Rakyat di Dataran Kerdau, malam tadi. TAWARAN PERINGKAT PERSEKUTUAN PERTAMA: Menempatkan peserta Felda Plantation di kalangan warga Generasi Kedua, ketiga Felda, anak Pahang, bekas staf Felda, Bekas anggota Polis dan Tentera serta mengembalikan fungsi asal penubuhan Felda. KEDUA: Memberikan Royalti minyak sebanyak 20 peratus setahun (bukannya lima peratus) kepada kerajaan Pahang setelah pengeluaran minyak beroperasi kelak. KETIGA: Memberi perhatian yang serius dalam meningkatkan prasarana kemudahan asas yang berkaitan dengan perhubungan darat antara bandar dengan menyempurnakan kerja-kerja menaiktaraf jalan yang terbengkalai seperti Jalan Jerantut – Benta, Jerantut – Maran, serta membina jalan yang menghubungkan antara 2 negeri seperti Kuantan – Jerantut – Kuala Lipis – Gua Musang, Kuantan – Segamat dan Kuala Lipis – Raub – Bentong – Seremban dan Jerantut – Ulu Tembeling – Dungun dengan perlaksanaan mengikut keutamaan demi memacu pertumbuhan ekonomi Negeri Pahang. TAWARAN PERINGKAT NEGERI PERTAMA: Menyediakan lot-lot rumah kepada rakyat Pahang yang tidak mempunyai tanah dan rumah serta menstruktur semula Kampung- kampung Baru dan Kampung Tersusun. KEDUA: Menyelesaikan permohonan tanah yang sekian lama dipohon oleh rakyat Pahang sekiranya permohonan tersebut benar-benar layak, wajar dan memenuhi syarat. KETIGA: Mewartakan tanah komuniti Orang Asal agar ianya tidak dicerobohi sewenang-wenang oleh pihak tidak bertanggungjawab. KEEMPAT: Memudahkan urusan pertukaran status tanah pertanian kepada lot perumahan atau bangunan. KELIMA: Menurunkan cukai pintu dengan mengambil kira peningkatan hasil hutan dan maneral setelah perlaksanaan konsep 'bebas rasuah' dalam pentadbiran kerajaan. KEENAM: Sistem tender terbuka akan dilaksanakan bagi semua hasil utama negeri. | ||
DAP janji tiada rusuhan jika tewas dalam PRU Posted: 09 Dec 2012 03:53 PM PST "Kami telah kata kami akan hormat pilihan orang dalam pilihan raya depan ini; jika kami tidak dipilih atau terpilih sebagai kerajaan oleh rakyat, kami tidak akan buat kekecohan," kata ketua Wanita DAP, Chong Eng semasa Kongres Kebangsaan Wanita dan Pemuda Sosialis (DAPSY) disini hari ini. Beliau turut menggesa pengerusi Barisan Nasional (BN) dan perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak untuk "membuat komitmen sama jika BN tewas dalam pilihan raya, (dengan janji) mereka juga akan memberikan laluan kepada Pakatan untuk memerintah secara aman" . Mantan PM, Tun Dr Mahathir Mohamad memberikan amaran bulan lepas pembangkang Pakatan Rakyat (PR) mungkin akan menganjurkan demonstrasi jalanan sekiranya tewas dalam pilihan raya umum (PRU) yang bakal menjelang sebelum April tahun depan. Tetapi pemimpin PR menolak pandangan amaran tersebut dengan berkata mereka tetap menyokong proses demokrasi yang termaktub dibawah Perlembagaan Persekutuan, termasuk pilihan raya. | ||
MB : Sokong PR Untuk Pacu Pembangunan Posted: 09 Dec 2012 03:51 PM PST BANDAR SUNWAY-: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggesa rakyat Selangor untuk terus menyokong kepimpinan Pakatan Rakyat(PR) agar dapat memacu pembangunan negeri dalam suasana aman dan gembira. Menurutnya, sebagai keluarga besar, rakyat di negeri ini tidak boleh dipinggirkan dalam setiap pembangunan kerana setiap kejayaan yang diperoleh negeri merupakan kejayaan bersama. "Saya harap anda dapat memberikan sokongon agar kita dapat gerakkan negeri menjadi sebuah negeri untuk semua. "Sambutan perayaan ini menjadi sebahagian (acara) rakyat Selangor kerana berbilang kaum. "(Sambutan perayaan) bukan hanya menyatu rakyat Selangor, tapi kita adalah keluarga besar. "(Justeru) kita tidak mahu tinggalkan mereka dalam pembangunan kerana kejayaan kita adalah kejayaan bersama," katanya pada Sambutan Perayaan Hari Krismas Peringkat Negeri Selangor di Sunway Piramid Resort di sini semalam. Menurutnya lagi, pihak Kerajaan Negeri sudah semestinya akan melaksanakan setiap bentuk pembangunan dengan penuh bertanggungjawab termasuk melaksanakan projek yang ditinggalkan oleh pentadbiran Umno-BN dahulu. "Kita ada belanjawan berimbang (tahun 2013), tetapi kita juga ada rizab simpanan besar kerajaan iaitu melebihi RM2.5 bilion. "Salah satu kegunaan rizab ini adalah untuk rakyat selangor. "Kerajaan Negeri memperuntukkan tidak lebih RM500 juta untuk pembangunan rakyat Selangor dalam pembinaan jambatan baru Klang. "Saya rasa rakyat Klang akan dapat jambatan yang dijanjikan BN pada 4 Mac 2008. Kita patut lakukan kepada rakyat. "Kita akan buat jambatan yang sama, model yang sama dengan perbelanjaan tidak melebihi RM200 juta," katanya. Turut hadir dalam majlis sambutan ini Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar, Elizabeth Wong, Ean Yong Hian Wah, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, Adun Subang Jaya, Hanna Yeoh dan Adun Rawang, Gan Pei Nei. Dalam majlis sama, Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar mewakili Menteri Besar menyampaikan sumbangan Peruntukan Rumah Ibadat Selain Islam berjumlah RM30,000 kepada Church of Shekinah Glory. Selain itu, sumbangan turut diberikan kepada empat buah sekolah iaitu PIBG SJKT Puchong dengan jumlah RM30,000, PIBG SJKT Ladang Tumbok, Sepang, RM15,000, PIBG SJKT Teluk Merbau Sepang, RM15,000, dan RM10,000 kepada PIBG SJKT Tun Sambathan, Petaling Jaya. Tidak ketinggalan, sembilan rumah kebajikan dimana masing-masing menerima sumbangan berjumlah RM2,500. | ||
AMK Bidas Politik Rasis BN Pulau Pinang Posted: 09 Dec 2012 03:48 PM PST SHAH ALAM : Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP) menyelar tindakan Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow berhubung kenyataan rasisnya yang mempersoalkan peningkatan peruntukan hal ehwal Islam di negeri itu oleh Kerajaan Pakatan Rakyat (PR). Naib Ketuanya, Dr Afif Bahardin dalam satu kenyataan media menyifatkan kenyataan Teng itu sekadar untuk meraih sokongan politik, sekaligus menonjolkan manifestasi sikap 'Islamophobia' di kalangan anggota MCA. Menurutnya lagi, kenyataan itu bukan sahaja tidak bertanggungjawab, malah menujukkan kedangkalan Teng sebagai pemimpin. "AMKPP mengecam sikap Teng yang cuba mewujudkan rasa tidak senang di kalangan masyarakat bukan Islam dengan kenyataan berbaur hasutan itu. Hakikatnya, sejak Pakatan Rakyat memerintah, nasib masyarakat Pulau Pinang, tak kira ras dan agama terus mendapat pembelaan sewajarnya daripada Kerajaan Negeri. "Peningkatan belanjawan hal ehwal Islam membuktikan betapa tadbir urus ekonomi negeri di bawah Pakatan Rakyat adalah lebih baik sehingga mencatat lebihan. Maka dengan lebihan ini, lebih banyak dana dapat disalurkan kepada program pendidikan dan pembentukan jati diri rakyat bagi mewujudkan masyarakat yang madani di Pulau Pinang. "Fakta ini membuktikan Kerajaan Negeri terdahulu, yang dipimpin BN sebagai pentadbir yang lemah dan gagal mentadbir ekonomi dengan baik," katanya. Afif juga mendakwa, kenyataan terbaru Teng itu jelas menunjukkan sikap sebenar pimpinan BN dan MCA yang bukan hanya rasis tetapi anti-Islam. Tegasnya, AMKPP percaya bahawa rakyat Pulau Pinang jauh lebih bijak menilai dan tidak akan terpengaruh dengan politik rasis BN serta komponen mereka. "Setiap sayap Umno tidak perlu takut untuk menegur komponen mereka sendiri kerana isu ini bukan hanya melibatkan soal masyarakat Melayu dan Islam, tetapi melibatkan soal kebajikan rakyat Pulau Pinang seluruhnya. "Sikap diam diri Umno sehingga hari ini apabila berhadapan dengan komponen mereka, MCA, membuktikan betapa Umno sudah tidak lagi berdaya untuk mewakili kepentingan masyarakat Melayu Islam lagi. "AMKPP percaya rakyat Pulau Pinang akan terus memberikan mandat yang lebih besar kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir negeri ini dan membentuk Kerajaan Pusat di Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti," katanya lagi. | ||
Keputusan penuh: Malaysia, Thai seri 1-1 Posted: 09 Dec 2012 03:34 PM PST Gol Malaysia dijaringkan oleh Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-48 manakala Thailand menerusi Teerasil pada minit ke-79. Keputusan ini meletakkan Malaysia di laluan tertekan untuk memburu tiket ke final. Harimau Malaya akan bertandang ke Thailand Khamis ini untuk perlawanan timbal balik. Pada perlawanan malam ini, sebaik permainan bermula Malaysia lebih agresif dengan beberapa percubaan berbahaya dan seawal minit kelima, kubu skuad Gajah Putih diuji, namun sepakan percuma yang dilaksanakan oleh Safiq Rahim gagal menembusi gawang lawan. Pada minit ke-12, benteng pertahanan skuad negara pula diuji oleh dua percubaan dari jarak jauh, daripada Adul tetapi tindakan pantas penjaga gol Malaysia, Mohd Farizal Marlias berjaya menafikan percubaan itu. Hasil serangan balas, skuad Harimau Malaya hampir berada di depan pada minit ke-18, tetapi percubaan Norshahrul Idlan Talaha, yang turut dikenali Mat Yo, gagal mengatasi barisan pertahanan Thailand. Peluang pertama Thailand hanya hadir pada minit ke-27 menerusi hantaran bahaya Datsakorn, begitu pun berjaya dikeluarkan oleh Mohammad Aidil Zafuan. Thailand sekali lagi mempunyai peluang membolosi gawang lawan apabila cubaan Anucha memberi bola kepada Datsakorn dari sayap kiri dan Teerasil membuat hantaran pada minit ke-29, tetapi Farizal berjaya menyelamatkan hantaran. Selepas itu, cubaan Datsakorn mencipta peluang untuk Thailand terus tidak berjaya pada minit ke-44 apabila Aidil menghalang pemain lawan dari mengambil kesempatan. Selang beberapa minit memasuki babak kedua perlawanan, belum sempat Thailand melakukan asakan, tandukan Mat Yo pada minit ke-49 hasil hantaran Mahali di sayap kiri telah menggegarkan stadium apabila meledak gol pertama buat Malaysia. Thailand menggandakan asakan. Hantaran Piyapol Bantao dari sayap kanan pada minit ke-55 gagal dikawal rakan sepasukan dan Aidil menyepak bola keluar dari keadaan bahaya. Mendapat sorokan gemuruh daripada penyokong sendiri, Malaysia sekali lagi berpeluang menambah jaringan gol menerusi percubaan baik oleh Mat Yo, bagaimanapun pasukan tuan rumah gagal ambil kesempatan setelah dipesong keluar oleh Kawin. Thailand nyata tidak berputus asa apabila terus melakukan serangan, namun Farizal berjaya menepis keluar percubaan Thailand dan tendangan sudut pasukan pelawat itu gagal mendatangkan hasil. Kelekaan pertahanan Malaysia akhirnya mengundang padah apabila penyerang sensasi Thailand, Teerasil menyamakan kedudukan dengan tandukan baik pada minit ke-79. Mohd Safee cuba menguji benteng pertahanan Thailand pada minit ke-88, namun kuisannya gagal disambar rakan sepasukan untuk kedudukan tersebut kekal sehingga wisel penamat. Senarai pemain Malaysia: Mohf Farizal Marlias, Mahali Jasuli, Mohd Bunyamin Umar, Mohammad Aidil Zafuan, Safiq Rahim (kapten), Norshahrul Idlan Talaha, Amar Rohidan, Gary Steven Robbat, Azammudin Akil, Baddrol Bakthiar, Mohd Fadhli Mohd Shas Senarai pemain Thailand: Kawin Thamsatchanan (kapten), Panupong Wongsa, Theerapyhon Bunmathan, Chonlatit Jantakam, Datsakorn Thonglao, Teerasil Dangda, Anucha Kitpongsri, Adul Lahsoh, Jakkapan Pornsai, Phichitphong Choeichiu, Piyaphon Buntao Pengadil perlawanan: Torki Mohsen Ramezanali (Iran) |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan