Biaqpila |
- Musa dakwa pegawai polis dilucut jawatan kerana Phang
- UMNO, dulu… kini… dan selamanya rasuah
- PRU 13 - Najib diselubungi kebimbangan
Musa dakwa pegawai polis dilucut jawatan kerana Phang Posted: 10 Dec 2012 04:22 AM PST Bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan mendakwa bekas anggota panel penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Robert Phang pernah mengugut seorang pengawai tinggi polis dan menyebabkan pegawai berkenaan dilucutkan jawatan. Musa berkata, pegawai polis berpangkat Datuk dan memegang ijazah PhD itu enggan memenuhi permintaan untuk mentauliah satu projek jutaan ringgit kepada satu syarikat melibatkan Phang pada 2009. Pegawai itu kemudiannya ditukarkan ke ibu pejabat polis Bukit Aman, Kuala Lumpur oleh ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar. Musa berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Phang dalam satu sidang media anjuran NGO yang dikenali dengan nama Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), yang dinaunginya. Beliau mendakwa Phang, yang merupakan penasihat bebas Motorola Technology Sdn Bhd, memperolehi projek untuk syarikat tersebut berhubung naiktaraf sistem telekomunikasi polis kepada sistem digital pada 2009. Musa mendakwa, beliau diberitahu sumber bahawa polis diminta mentauliah projek berkenaan apabila siap memandangkan syarikat berkenaan tidak akan dibayar sekiranya ia tidak ditauliah. "Jadi dia minta pegawai polis untuk tauliah, tapi pegawai itu menolak kerana ia tidak siap. Dia ugut pegawai itu dan berkata jika dia enggan (tauliah sistem berkenaan) dia akan ditukarkan," dakwanya. Ismail juga meminta pegawai berkenaan menandatangani dokumen untuk mentauliah sistem berkenaan, tetapi pegawai tersebut tetap berkeras, dakwanya lagi. Beliau seterusnya mendakwa, pegawai berkenaan kemudiannya ditukarkan dalam tempoh 24 jam. MK |
UMNO, dulu… kini… dan selamanya rasuah Posted: 09 Dec 2012 08:00 PM PST Oleh Adil Mat Selamat BARU-BARU ini politik tanah air digegarkan lagi dengan satu siri skandal 'projek rembat tanah rakyat' oleh UMNO-BN di negeri Selangor. Pendedahan itu dicetuskan oleh ADUN DAP Sekinchan, Ng Suee Lim ketika sesi Petrsidangan Dewan Undangan Negeri Selangor yang lalu. Beliau mendedahkan bahawa terdapat 24 bidang tanah 'dibeli' dengan harga murah oleh parti komponen Barisan Nasional (BN) di Selangor. Kemudian, Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua, terus membongkar status tanah yang dijual dengan harga paling murah iaitu RM1 sekaki persegi yang kini dibangunkan dengan kondominium mewah yang dianggarkan bernilai ratusan juta ringgit. Kita difahamkan, terdapat banyak lagi bukti membabitkan beberapa lot tanah yang akan didedahkan kepada umum, satu persatu. Ketika ini UMNO sedang giat bertempik ke hulu ke hilir dengan slogan membela rakyat, slogan mendukung Islam dan memperjuangkan ekonomi rakyat. Rupa-rupanya dalam diam UMNO-BN Selangor selama ini membuat 'onar' kepada rakyat. Keinginan UMNO nak berubah, nampaknya hanya omong kosong. Perangai salahguna kuasa, culas pada tanggungjawab dan tidak amanah masih menjadi amalan harian mereka. Skandal ini ibarat petunjuk jelas kepada rakyat bahawa UMNO itu ..dulu..kini dan selamanya akan terus bergelumang dengan rasuah dan salahguna kuasa. Persoalan yang menarik di sini ialah; Bagaimana boleh tanah negeri (baca;rakyat) boleh diagih antara UMNO, MIC, MCA dan Gerakan sebegitu murah dan mudah? Mana pejabat tanah? Mana pejabat daerah? Adakah mereka juga bersengkongkol? atau terpaksa mengikut kehendak dan arahan UMNO-BN? Selepas diagih tanah berkenaan, ia dibangunkan (baca; jual kembali) dengan harga berlipat-lipat-lipat kali ganda. Siapa sebenarnya yang buat duit dengan projek itu? Sudah berapa ratus juta mereka 'meratah' wang daripada hak rakyat ini? Dan, ada berapa banyak tanahkan (projek sebegini) dikerjakan sejak UMNO-BN memerintah Selangor? 'Projek rembat tanah rakyat' UMNO-BN Selangor itu juga merupakan satu lagi bukti bagaimana kek ekonomi diagih megikut dasar politik UMNO. Ia juga menjadi indikasi bagaimana kek ekonomi negara dibahagikan kepada kroni masing-masing . Menurut laporan, daripada 24 bidang tanah yang dirembat UMNO-BN Selangor itu, 15 bidang tanah dimiliki UMNO Selangor, MCA (lima), MIC (tiga) dan Gerakan (satu). Inilah contoh dasar UMNO baik di peringkat negeri mahupun pusat. Beginilah UMNO memimpin parti komponen yang menjadi barua mereka selama ini dengan 'merasuah' MCA, MIC dan Gerakan. Itu belum kita lihat bagaimana UMNO merasuah parti di Sabah dan Sarawak. Tanah yang dibeli oleh UMNO Subang contohnya, ia membeli dengan harga premium RM1 sekaki persegi dan kini tanah berkenaan bernilai tidak kurang daripada RM200 sekaki persegi, dan kini ia juga dibangunkan menjadi kondominium mewah. Ini perniagaan apa ya? Adakah Donald Trump, usahawan hartanah di Amerika itu mampu membuat projek sebegini 'masyuk'? Tak lain tak bukan, inilah perniagaan yang dirintis UMNO. Inilah cara UMNO buat duit selama ini. Inilah cara Tun M menswastakan harta rakyat (negara). Inilah cara UMNO bernafas selama ini. UMNO memang semua boleh, duit haram boleh projek haram pun tak salah. Laporan Transpatrency International – Malaysia yang melaporkan baru-baru ini, ranking Malaysia sedikit meningkat tidak lain hanya membuktikan bahawa kerajaan BN sememangnya rasuah. Tidak ada apa-apa makna jika ranking naik tidak seberapa, bertempik pula ia hebat sedangkan tanah rakyat Selangor habis dirembat. Rupa-rupanya dalam diam, UMNO menjadi dalang menghisap darah rakyat. Mereka melalaikan orang Melayu dengan slogan perkauman dan menipu umat Islam dengan memperalatkan Islam menggunakan slogan agama yang syumul. Beginilah modus operandi mereka selama UMNO BN memerintah. Siang bertempik nak membela nasib orang Melayu dan nak menegakkan Islam, tetapi ketika malam, habis diligannya semua harta dan hak rakyat. Inilah UMNO, dulu kini dan selamanya rasuah! Tidak tahulah masih adakah rakyat yang boleh menerima perangai UMNO-BN macam itu dan sanggup lagi mengundi parti itu untuk terus memerintah negasra pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti. Kalau ada pun mungkin kalangan ahli UMNO-BN yang mendapat bahagian sama 'merembat' hak rakyat terutama kroni yang mendapat projek mewah daripada kerajaan BN.- Roketkini.com DD |
PRU 13 - Najib diselubungi kebimbangan Posted: 09 Dec 2012 05:48 PM PST PRU 13 - Najib diselubungi kebimbangan KERDAU: Datuk Seri Najib Razak dilihat diselubungi kebimbangan di sebalik kenyataannya untuk BN menang pilihan raya umum (PRU) ke 13 dengan menguasai 2/3 parlimen. Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika ditemuramah radio internet, Cili FM menyifatkan, tindakan Najib yang memohon maaf ketika Perhimpunan Agong Umno baru-baru ini jelas menggambarkan BN dalam posisi 'boleh tewas' pada PRU13 nanti. "Saya tengok, di satu waktu dia kata yakin kuasai 2/3 majoriti. "Satu masa dia merayu, waktu lain dia mohon maaf. Ini saya ingat tanda-tanda awal… saya tak nak sambung… tanda-tanda awal apa tambah sendiri," kata beliau sambil berseloroh ketika ditemuramah DJ CucuMatKilau (Ahmad Syukri). Menurut beliau lagi, tindakan berkali-kali merayu memohon maaf itu juga membuktikan bahawa Umno BN sudah sedar mereka sedang berdepan dengan penolakan rakyat akibat kerosakan yang dilakukan parti pemerintah itu. "Kalau orang tak salah, dia tak akan minta maaf. Dah banyak kali, dia minta maaf," katanya. Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, sekiranya Najib yakin dengan jangkaan beliau, mengapa sehingga kini beliau masih tidak membubarkan parlimen. "Kalau dah yakin, mengapa nak ugut rakyat dengan tragedi Mei 13 dan negara akan bankrap. "Saya lihat di sebalik keyakinan ada kebimbangan. Sebenarnya kebimbangan itu menguasai dia," tambah beliau. Tuan Ibrahim juga melahirkan keyakinannya bahawa dengan kerjasama Pakatan Rakyat dan kerja tertib, perubahan akan berlaku di Pahang. Ditanya soalan mengenai politik ganas yang kerap berlaku kebelakangan ini, Tuan Ibrahim menegaskan bahawa budaya samseng perlu ditolak. "Budaya samseng bukan budaya kita. (Untuk himpunan ini), bendera, risalah dan poster kita dicabut. "Rakyat perlu bertindak dengan rasional, bukan (digunakan) untuk mempertahankan kebathilan, kezaliman dan penyelewengan," nasihat beliau. Temubual hari ini bersempena dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Pahang yang berlangsung di sini. Harakahdaily btmmari |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan