Khamis, 6 Disember 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Ketua Pembangkang Selangor dapat RM20 juta hasil jual tanah

Posted: 05 Dec 2012 11:01 PM PST

KUALA LUMPUR 6 Dis: Pengerusi KEADILAN Selangor, Mohamed Azmin Ali mendedahkan, Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohamad Satim Diman mendapat RM19.9 juta hasil daripada penjualan 80 ekar tanah kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Katanya, urusniaga itu berlaku semasa Selangor di bawah pemerintahan Umno BN.

Menurut Azmin, tanah tersebut pada mulanya dibeli oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Serdang itu dengan harga RM1 sekaki persegi melalui dua syarikat – Nikmat Inai dan Supreme Precious Sdn Bhd.


"Satim memiliki kepentingan sebanyak 30 peratus dalam Nikmat Inai dan beliau juga mempunyai saham dalam Supreme Precious Sdn Bhd," kata Timbalan Presiden KEADILAN itu ketika membacakan dokumen berkaitan di hadapan 4,000 penduduk pada Ceramah Merdeka Rakyat di Gombak malam semalam.

Azmin yang merupakan bekas Ahli Lembaga Pengarah PKNS meletak jawatan tersebut pada 23 Jun 2010 kerana mahu memberi laluan kepada tokoh lain dalam memberi sumbangan kepada anak syarikat kerajaan negeri itu.

Sambung Ahli Parlimen Gombak itu pada ceramah tersebut, beliau berkata, rakyat perlu pastikan Umno BN tumbang pada Pilihan Raya Umum kali ini bagi memastikan kezaliman dihapuskan.

"Kami tekad jika diberi mandat sebagai kerajaan, tidak akan ambil tanah walau seincipun kerana tanah adalah milik rakyat, bukan hak pemimpin.

"Bukti ini anda boleh lihat di Selangor di mana kita bukan sahaja tidak mengambil tanah, malah masalah tanah rakyat yang diabai Umno BN sekian lama kita selesaikan sebaik diberi mandat mentadbir negeri," kata Azmin lagi.

www.keadilandaily.com

Anak Kecil main Api.. Bumi Dipijak Milik Umno.. Hehehe

Posted: 05 Dec 2012 07:17 PM PST

Umno Subang: Tanah diserah pada Umno Kelana Jaya

Bekas ketua Umno Subang Datuk Mokhtar Dahlan menyerahkan isu tanah milik Umno yang kini didakwa menjadi tapak kondominium untuk dijelaskan pemangku ketua Umno Kelana Jaya Datuk Yahya Sujak.

Mokhtar berkata demikian memandangkan tanah berkenaan diserahkan kepada Umno Kelana Jaya selepas persempadanan semula kawasan pilihan raya 2004.


Beliau sebelum itu mengakui bahawa Umno Subang sebelum itu menerima tanah bagi tujuan mendirikan bangunan Umno bahagian.

"Kita (Umno Subang) mohon (tanah dan) dapat dan selepas persempadan baru wujud bahagian Subang Baru dan Subang Lama," katanya.

Bahagian Subang baru kemudian dikenali sebagai Umno Subang dan bahagian Subang Lama dikenali sebagai Umno Kelana Jaya, katanya.

Menurutnya lagi, pada itu Umno Malaysia mengarahkan agar aset Umno bahagian yang dipecah-pecahkan selepas persempadanan semula, dibahagikan sama rata dengan bahagian baru.

Namun beliau pada masa itu memutuskan untuk menyerahkan tanah tersebut untuk ditadbir Umno Subang Lama.

"Saya serahkan (tanah) kepada pentadbir Subang yang lama.

"Yang menguruskan transaksi (tanah Umno) Subang adalah di bawah Datuk Yahya Bujang.

"Urusniaga itu (berlaku) di bawah beliau," katanya ketika diminta mengulas mengenai tapak tanah yang dikunjungi DAP semalam.

Tambahnya lagi, beliau sendiri sudah memaklumkan dakwaan terbaru DAP berhubung dakwaan berhubung tanah berkenaan kepada Yahya.

Beliau menjangkakan, Yahya akan menjelaskan perkara itu sekembalinya dari luar negara pada minggu depan.

DAP semalam mengunjungi kawasan kondominium Suria Damansara, yang didakwa diperolehi Umno Subang pada tahun 2004 dengan harga pada RM1 sekaki persegi dan kini bernilai RM200 sekaki persegi.

MP DAP Tony Pua yang turut mengunjungi kawasan tersebut mendakwa tanah berkenaan kini menjadi tapak projek Suria Damansara – kondominium 200 unit yang setiap satunya dianggarkan berharga RM450,000, dakwanya lagi.

Kunjungan ke tapak berkenaan dibuat susulan pendedahan ADUN Sekinchan Ng Suee Lim pada bulan lalu bahawa BN membeli 24 keping tanah di Selangor pada harga hanya RM1 sekaki persegi sekitar tahun 2004 ke 2008.

Ketua penerangan Umno Selangor Abdul Shukor Idrus yang mengulas pendedahan itu berkata tanah berkenaan tidak diberi kepada individu, sebaliknya digunakan untuk kepentingan rakyat.

http://www.malaysiakini.com/news/216002


Kena 9 Jahitan, Tak Sampai 24 Jam Dan Baik.. Hebat Orang Umno Nih..

Posted: 05 Dec 2012 06:03 PM PST






Gambar di atas ialah gambar Mohd Faizaruddin bin Mustafha, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Cawangan Batu 8, Gombak yang dikatakan bersama kumpulannya telah mengganas di ceramah Jelajah Merdeka Rakyat Gombak semalam.

Faizaruddin dilaporkan telah menerima sembilan jahitan setelah dibaling kononnya dengan batu oleh penyokong Pakatan Rakyat yang menghadiri ceramah tersebut.

Menurut Faizaruddin, serangan dicetuskan oleh penyokong Pakatan Rakyat yang menyerang kumpulan Pemuda UMNO yang berdiri di hadapan Bilik Gerakan UMNO dan menjerit ke arah Anwar Ibrahim "TIPU".

Pada masa yang sama, di Bilik Gerakan itu sedang berlangsung program anjuran Pemuda UMNO.

CERITA SEBENARNYA SATU DUNIA DAH TAHU....SIAPA YANG GANGGU KACAU CERAMAH JELAJAH MERDEKA RAKYAT GOMBAK.

TAPI YANG PELIKNYA.. KATA KPALA LUKA PARAH KENA 9 JAHITAN TAPI BILA DILIHAT LANGSUNG TIDAK NAMPAK ADA KESAN WALAUPUN 1 JAHITAN.


LUKA DIKEPALA LEBIH MERUPAKAN SATU KESAN CALAR JER NAMPAK.


INILAH DIA APABILA JENIS PENIPU NAK TUTUP PEKUNG MALU YANG DIKETUAI OLEH KETUA PEMUDANYA MEGAT DZULKARNIAN A/L OMAR DIN.


http://omakkau.blogspot.com/2012/12/jom-lihat-kehebatan-dan-kecanggihan.html


Musa Hassan bakal dedah peranan pemimpin Umno dalam serangan fitnah

Posted: 05 Dec 2012 05:27 PM PST

KUALA LUMPUR 5 Dis: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan akan membongkar satu lagi pendedahan di Shah Alam dalam masa terdekat berhubung peranan pemimpin tertinggi Umno dalam serangan fitnah.

Perkara itu dinyatakan Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali pada Ceramah Merdeka Rakyat di Dataran Sharuddin, Batu 8 1/2, Gombak Utara malam tadi.

Beliau bagaimanapun tidak memperinci tarikh pendedahan itu.

Ahli Parlimen Gombak itu menyifatkan pendedahan tersebut sebagai petanda Umno BN berkubur pada Pilihan Raya Umum nanti.


"Kini, Musa Hassan sedang membongkar satu demi satu peranan pemimpin tertinggi Umno dalam serangan fitnah. Saya dengar beliau akan ada satu lagi pendedahan, tunggu dan lihat.

"Apa yang pasti ini petanda Umno akan dikuburkan bukan sahaja di Selangor tetapi juga di Putrajaya, InsyaAllah," katanya di hadapan 4,000 rakyat.

Hadir sama, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Adun Batu Caves, Amirudin Shari; Yang Di Pertua PAS Kawasan Gombak, Saleh Huddin Mohd Nasir dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat.

Menurut Azmin, ahli perniagaan Deepak Jaikishan juga akan mendedahkan lebih banyak salah laku Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

"Deepak sudah umum semalam lebih banyak pendedahan akan dibuat dan akan dedah berapa banyak wang dibayar kepada Rosmah, Najib dan keluarganya.

"Kita yakin pemimpin yang rasuah, zalim mesti kita humban pada PRU akan datang," kata Azmin.

Musa dalam sidang medianya minggu lalu menyatakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mencampuri urusan polis ketika di bawah pimpinannya, termasuk memberi arahan terus kepada pegawai rendah dan ketua polis daerah.

Deepak pula dalam wawancara Malaysiakini sebelum itu menyatakan kekesalannya terlibat mengatur akuan bersumpah kedua penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang membatal akuan bersumpah pertama mengaitkan Najib dalam pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu.

www.keadilandaily.com/


Tragedi Gombak - Jom Baca Kelentong Pemuda Umno

Posted: 05 Dec 2012 06:12 AM PST

Provokasi pembangkang didakwa menjadi penyebab kekecohan pada ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Gombak sehingga seorang Pemuda Umno menerima 9 jahitan di kepala, malam tadi.

Ketua Pemuda Umno Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omar Din berkata, tindakan provokasi seorang penyokong pembangkang yang bertindak meluru kepada Pemuda Umno menjadi punca insiden tersebut.

Beliau menjelaskan, penduduk setempat di Rantau Gombak Utara membantah ceramah Pakatan Rakyat yang dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana berlangsung di hadapan bilik gerakan peti undi Gombak Utara, yang pada masa sama berlangsung taklimat pilihan raya.


"Apabila penduduk dan Pemuda Umno Bahagian mengadakan bantahan secara aman di tempat kami, salah seorang daripada mereka telah meluru ke arah kami sambil provokasi dilakukan pembangkang dari tempat mereka.

"Mereka membaling batu, periuk belanga, kuali, tong air yang datang dari gerai-gerai di sepanjang jalan," katanya pada sidang media di Pejabat Pemuda Umno, Menara Dato' Onn di sini, hari ini.

Akibat kejadian itu, seorang Pemuda Umno cedera di dahi dan menerima sembilan jahitan dan satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Gombak berhubung kejadian itu.

Pada ceramah umum Pakatan Rakyat yang dihadiri Anwar di Dataran Batu 8 1/2 , dua cedera masing-masing di dahi dan bahu kiri dalam insiden provokasi, malam kelmarin.

Ketika mengulas kenyataan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali bahawa beliau mengetuai serangan tersebut, Megat berkata, tuduhan itu berniat jahat.

"Saya mengetuai program yang Pemuda Umno adakan, tetapi saya tidak mengetuai provokasi tersebut," katanya yang mendakwa ceramah pembangkang itu tidak memperolehi permit polis.

Sehubungan itu, beliau menyerahkan siasatan kepada pihak polis dan bersedia memberikan kerjasama.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan Pemuda Umno Cawangan Batu 10 Gombak, Mohd Faizaruddin Mustafha, 37, yang cedera di dahi ekoran kejadian itu menjelaskan, provokasi dimulakan oleh pembangkang apabila salah seorang daripada mereka bertindak meluru ke arah Pemuda Umno yang berdiri di seberang jalan berhadapan bilik gerakan.

"Kami hanya berdiri di hadapan bilik gerakan di seberang jalan tanpa membawa sebarang objek, dan salah seorang daripada mereka meluru ke arah kami.

"Kami cuba menolaknya, tetapi enggan berganjak malah lebih ramai yang bertindak meluru kepada Pemuda Umno. Pada masa yang sama pelbagai objek dilemparkan kepada kami," katanya.

Tambahnya, kejadian sekitar jam 10 malam itu, telah menyebabkan beberapa Pemuda Umno turut mengalami kecederaan ringan.


PANAS - Orang Kuat Ibu Pejabat Umno Akan Sertai Pakatan Rakyat?

Posted: 05 Dec 2012 03:49 AM PST

Jangan percaya dulu! Seorang kuat di ibu pejabat Umno di Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur diberitakan sedang menimbang untuk meninggalkan Umno dan menyertai salah satu parti komponen Pakatan Rakyat. Tokoh berkenaan yang pernah 'menguasai' ibu pejabat Umno kini tidak lagi berkhidmat di situ beberapa tahun lepas.

Menurut empunya cerita sekiranya tokoh berkenaan sudah memuktamadkan keputusan itu dia akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Tidak dipastikan apakah tokoh bergelar Datuk itu sudah menghubungi penasihat PKR atau belum? Bagaimana pun dari sumber lain oppotiment untuk tujuan itu sudah diatur seseorang hanya menanti masa senggang Anwar saja.


"Ini saya bagi tahu kepada saudara saja, yang lain tunggu dulu," tutur yang menyampaikan maklumat sulit ini lewat tengah hari ini.

Menurutnya keputusan akan dibuat sebaik saja tokoh itu menyelesaikan beberapa masalah peribadinya yang kini sudah diperingkat akhir.

Tokoh berkenaan juga akan turut membawa beberapa orang kenamaan lain di dalam Umno terutamanya yang rapat dengan untuk berhijrah kepada Pakatan Rakyat.

Penbutur maklumat ini tidak menyebut panjang lebar kenapa tokoh itu mengubah haluan perjuangan. Tetapi umum sudah tahu bekas orang kuat itu tidak lagi disenangi oleh rejim Umno yang memerintah hari ini. Suspen! [wm.kl.6:58 pm 05/12/12]

http://msomelayu.blogspot.com/2012/12/orang-kuat-ibu-pejabat-umno-akan-sertai.html


Tragedi Berdarah Gombak - Ketua Pemuda Umno Malaysia Bodoh

Posted: 05 Dec 2012 02:00 AM PST

Satu jer perkataan yang sesuai di gambarkan kepada Ketua Pemuda Umno iaitu menantu pak Lah ni, bodoh piang mengalahkan lembu NFC Kak Ijat!!!

Nak tanya kat Ketua Pemuda ni, insiden yang berlaku di Gombak tu semasa program siapa? Adakah program Umno? Nak mintak polis siasat siapa yang memulakan provokasi konon... Poodah!!

Semasa sebuk dengan Perhimpunan Agung Umno yang di paksa supaya rakyat menontonnya sebab disiarkan secara langsung di TV pecacai, tak ada seorang pun penyokong Pakatan Rakyat yang buat kacau di majlis yang penuh dengan segala macam bangsat punya acara. Tapi kenapa bila hanya program ceramah Pakatan, ada segelintir samseng Umno diarahkan supaya membuat kacau.


Yang Khairy dok kecoh bila ada seorang ahli Umno yang berdarah di dahi tapi kenapa dia membodoh dan membangangkan diri dia tak mau berfikir kenapa pemuda Umno di ceramah Pakatan? Laporan polis pun dah dibuat awal sebelum kejadian ni berlaku lagi tapi apa tindakan pihak polis?

Ugutan Kak Ijat semasa ucapan di Perhimpunan Agung Umno tu kini cuba di realisasikan oleh pemuda Umno Gombak. Mereka nak jadi pioneer dalam menggerakkan kekacauan dalam negara. Dan jika ditakdirkan Umno betul2 tumbang dengan izin Allah S.W.T, maka puak2 ni la yang akan memulakan huru hara dalam negara sementara pemimpin mereka bersiap kemas untuk cabut meninggalkan negara yang berada dalam keadaan huru hara yang di mulakan oleh mereka sendiri.

Persoalannya, masih adakah warga Malaysia yang akan termakan dengan provokasi murahan yang akan dimainkan oleh Umno ni nanti?

Rakyat dah makin bijak la wahai menantu Pak Lah lulusan Oxford wei!!!! Bukan macam lu yang cuma belajar kat tempat high class tapi bodoh mengalahkan lembu ternakan Kak Ijat!!

http://kopitarikkaw2.blogspot.com/2012/12/ketua-pemuda-umno-malaysia-bodoh-tahap.html


Tiada ulasan: