MIMPI SENJA |
- Boleh ka BN kehilangan SABAH ... Boleh ba kalau kau ...
- Apa untung serang ceramah Pakatan - TGNA
- [Video] Ucapan DSAI di Shah Alam, Selangor 5/12/2012
- Keadaan sudah semakin teruk, kalau tidak diperbetulkan negara akan rosak - Musa Hassan
Boleh ka BN kehilangan SABAH ... Boleh ba kalau kau ... Posted: 05 Dec 2012 11:01 PM PST
| |||
Apa untung serang ceramah Pakatan - TGNA Posted: 05 Dec 2012 09:29 PM PST Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa insiden serangan ketika ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Gombak, Selangor malam tadi membuktikan akan timbul huru hara apabila ada pihak tidak boleh menerima kekalahan jika Pakatan Rakyat (PR) memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Sehubungan itu soal beliau, apakah faedah diperoleh oleh musuh politik dengan menyerang ceramah-ceramah anjuran PR. "Sudah jelas dan nyata siapa yang akan buat huru hara apabila kalah pada PRU13 nanti. Ada keuntungankah menyerang ceramah Pakatan Rakyat?" kata beliau mesej dipaparkan pada laman sosial Facebooknya petang ini. Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, "moga ALLAH berbuat apa yang sepatutnya sama ada memberi hidayah ataupun turunkan bala setimpal apa yang telah dilakukan mereka beserta dengan sekutu-sekutu mereka." Dalam pada itu, Bernama melaporkan polis akan memanggil saksi bagi mendapatkan keterangan berhubung pergaduhan penyokong dua parti politik semasa ceramah umum pemimpin pembangkang di tanah lapang di Batu 8 1/2, Gombak malam tadi. Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Supt Rosly Hassan berkata polis mempunyai rakaman video berhubung kejadian itu yang berlaku pada pukul 9.30 malam yang menyebabkan dua lelaki berusia 37 tahun cedera di dahi dan bahu dipercayai akibat terkena objek yang dibaling seperti batu dan botol air. Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana memiliki senjata bahaya dalam rusuhan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Beliau berkata, kekecohan dikatakan berlaku apabila kira-kira 250 lelaki tidak berpuas hati kerana ceramah yang turut dihadiri Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diadakan di kawasan berhampiran kediaman mereka. "Kedua-dua mangsa dirawat di Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur sebagai pesakit luar dan polis telah merakamkan keterangan kedua-dua mangsa bagi membantu siasatan," katanya pada sidang media hari ini. Mengenai notis untuk mengadakan ceramah, Rosly berkata pihak penganjur gagal mematuhi Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman yang mensyaratkan notis diberi dalam tempoh 10 hari kepada polis dan bukan hanya lapan hari. Sementara itu Pemuda Umno Gombak menafikan mereka memulakan provokasi sehingga menyebabkan kedua-dua pihak saling membaling objek seperti botol dan batu ke arah satu sama lain. Ketua Pemudanya Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, penduduk membantah secara aman ceramah itu kerana ia diadakan di kawasan mereka, tanpa berniat mencetuskan pergaduhan. Naib Presiden PKR, Tian Chua ketika dihubungi melahirkan rasa kesal dengan kejadian itu dan mengalu-alukan siasatan polis. | |||
[Video] Ucapan DSAI di Shah Alam, Selangor 5/12/2012 Posted: 05 Dec 2012 10:14 AM PST | |||
Keadaan sudah semakin teruk, kalau tidak diperbetulkan negara akan rosak - Musa Hassan Posted: 05 Dec 2012 02:24 AM PST December 05, 2012 KUALA LUMPUR, 5 Dis — Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan hari ini menyatakan tindakan beliau mengeluarkan komen berkenaan camputangan sesetengah menteri dan ahli politik dalam urusan polis kerana keadaan sudah semakin teruk dan jika tidak diperbetulkan, negara akan rosak . "Perkara ini saya nak dibetulkan, bukan saya sakit hati kepada sesiapa, nanti orang kata saya ini sebab sakit hati tidak sambung (kontrak), saya iri hati dengan orang. "... saya sudah seronok pencen. Tapi saya tengok benda ini kalau tidak dibetulkan negara kita akan rosak. "Saya bercakap ini bukan sebab saya nak hentam orang..., tidak... tetapi untuk betulkan keadaan. Keadaan sekarang makin teruk, makin teruk dan saya tidak mahu orang tidak percaya kepada polis," katanya dipetik dari Sinar Harian Online. Manurut Musa (gambar), sejak akhir-akhir ini campurtangan menteri semakin dalam pasukan polis semakin parah berbanding dahulu. "Dulu tak kerap berlaku begini. Dulu tak ada saya rasa. Masa Menteri Dalam Negeri yang lama-lama kita tak pernah (dengar) jadi begini. Tapi yang baru-baru ni lah." "Kalau IGP itu tak berani, ia berlakulah (campur tangan), kalau IGP berani, maka tak berlakulah. Saya merasakan kebanyakan IGP tak pernah akan mengikut apa kehendak menteri suruh buat kalau tak betul mengikut undang-undang lah," katanya. Tambah Musa, tidak menjadi kesalahan bagi Menteri Dalam Negeri mencampuri urusan polis seperti dalam hal-hal kenaikan pangkat atau disiplin anggota polis, tetapi tidaklah sampai ke tahap campur tangan dalam hal-hal berkaitan operasi polis yang berada di bawah bidang kuasa KPN. "Macam Bersih, itu IGP sahaja lah bagi arahan. Tak perlu nak bagi arahan. Kalau salah tindakan IGP, biar IGP sahaja yang kena tindakan. Janganlah atas arahan turun lagi. Orang di bawah pun pening kepala nak buat kerja. "Campur tangan dari segi pentadbiran itu memang tanggungjawab dia, tetapi jangan lah campur tangan dalam hal-hal buat kerja polis. Campur tangan dalam operasi polislah, macam-macamlah. Operasi tak boleh (campur tangan), pentadbiran tidak apa sebab dia (Menteri Dalam Negeri) Pengerusi Suruhanjaya Polis," jelas beliau dipetik dari Sinar Harian Online. Dalam laporan pagi ini, Musa mempertahankan dirinya tidak pernah menyalahgunakan kuasa sepanjang 41 tahun berkhidmat dengan pasukan polis walaupun bekas rakan sepasukannya, Datuk Ramli Yusuff seringkali mengaitkan bekas ketua polis itu dengan peguam negara (A-G) dan melepaskan diri dari tuduhan mengaitkan beliau dengan penjenayah Johor. Musa memberitahu beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan dan bersedia untuk disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membersihkan namanya. "Saya tidak ada lakukan kesalahan," kata Musa apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider malam semalam, sebelum menambah, "Kalau ada salah, biar SPRM siasat." |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
1 ulasan:
What a data of un-ambiguity and preserveness of
valuable know-how on the topic of unexpected feelings.
Also visit my blog post ... roasted coffee beans
Catat Ulasan