Isnin, 31 Disember 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Buku berkaitan penukaran akuan bersumpah Bala mula tersebar

Posted: 30 Dec 2012 10:52 PM PST

KUALA LUMPUR 31 Dis: Buku yang berkaitan dengan penukaran Akuan Bersumpah P Balasubramaniam (PI Bala) dari SD kepada SD-2 mula tersebar hari ini dengan tajuk "The Black Rose – Black Rose 1.0″

Sebelum ini, peniaga karpet, Deepak Jaikishan berjanji akan menerbitkan sebuah buku selepas isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menerbitkan bukunya.


Buku tersebut diterima Harakah Daily hari ini. Namun ketika dihubungi, Deepak enggan mengesahkan buku ini ditulis dan diedarkan oleh beliau.

Buku kecil 26 muka surat yang ditulis dalam Bahasa Inggeris itu menamakan Spirit of Altantunya's sebagai penulisnya.

Dengan menggunakan nama samaran bagi setiap watak yang terlibat yang skandal ini, buku tersebut menceritakan bagaimana SD-2 PI Bala boleh dikeluarkan.

Selain cerita bagaimana SD kedua dibuat, dalam buku ini juga dimasukkan beberapa dokumen yang mengaitkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan pembelian barangan berharga mahal.

Sehingga kini, Deepak telah membuat beberapa pendedahan melalui media alternatif.

Setiap kali temubual beliau dengan Harakahdaily disiarkan, Deepak akan menerima tindakan dari pelbagai pihak.

Selepas wawancara disiarkan Harakah Daily buat pertamanya pada 27 November lalu, Deepak terpaksa meletakkan semua jawatannya dalam 66 buah syarikat.

Selepas wawancara kedua disiarkan pada 22 Disember, Deepak menerima surat dari sebuah syarikat guaman terkenal, Shane & Delamore bagi pihak sebuah bank.

Salah seorang adik Perdana Menteri, Datuk Johari Abdul Razak adalah pemilik utama syarikat guaman ini.

Wawancara dalam bentuk video itu disiarkan pada tengahari, manakala pada sebelah petangnya Deepak menerima surat yang melibatkan wang sebanyak RM30 juta itu.

Pada hari yang sama, Deepak memberitahu Malaysiakini, beliau akan menerbitkan buku bagi menjawab buku Datin Seri Rosmah.

Namun, dengan pelbagai tekanan ini, menurut sumber, Deepak masih bertahan dan melawan balik.

Beliau dikatakan akan membuat satu lagi sidang media penting petang esok.

- keadilandaily.com/



Harussani Bidas Syarat Hadi..

Posted: 30 Dec 2012 07:23 PM PST

Kuala Lumpur: Tokoh UMNO agama menempelak sikap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meletakkan syarat jika mahu beliau memberi penjelasan berhubung amanatnya mengkafirkan UMNO yang dikeluarkan lebih tiga dekad lalu.

Malah ada yang tidak bersetuju Hadi diberi peluang membuat penjelasan menerusi siaran langsung di stesen televisyen tempatan kerana boleh mengundang polemik berterusan dan memberi kesan lebih buruk terhadap perpaduan umat Islam.


Mufti UMNO Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata tidak perlu ada syarat, yang salah tetap salah, benda sudah terang dan jelas, mengharamkan sembelihan orang yang mengucap dua kalimah syahadah adalah salah.

Malah orang Islam yang sudah mengucap dua kalimah syahadah tetapi tidak membaca Bismillah pun sembelihannya sah, kenapa nak kata yang halal itu haram... mengharamkan yang halal boleh menjadi kafir, katanya kepada BH.

Harussani berkata, sifat utama seorang ulama ialah tawaduk dan tidak takbur dengan ilmu dimiliki serta tidak mengeluarkan hukum kerana sesuatu yang lain selain Allah.


Syarat 'Siaran Langsung' pun Penjilat Ni Tak Puas Hati?

Posted: 30 Dec 2012 03:16 PM PST

Penulis buku Zainon Ismail berkata presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak berhak meletakkan syarat bagi memberi penjelasan berhubung satu amanatnya pada 1981 yang didakwa mengkafitkan Umno.

Menurut laporan Mingguan Malaysia hari ini, bekas ahli PAS itu berkata syarat yang dikenakan Abdul Hadi itu menunjukkan PAS lebih mengutamakan politik daripada kepentingan akidah umat Islam.


"Kenapa sekarang baru beliau mahu meletakkan syarat? Ketika amanat itu dibuat di Banggol Peradong pada 1981 sehingga menyebabkan kamu mengikut PAS mengkafirkan seluruh ahli Umno serta keluarga sendiri, tiada sebarang syarat dikeluarkan Abdul Hadi.

Beliau mengulas kesediaan presiden PAS itu untuk menjelaskan isu amanat tersebut – dengan syarat diberi peluang untuk berbuat demikian menerusi siaran langsung di stesen televisyen tempatan.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan diberi peluang memberi penjelasan mengenai amanatnya yang didakwa mengkafirkan Umno pada 1981, di Radio dan Televisyen Malaysia (RTM).

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim semalam dilaporkan berkata Abdul Hadi perlu memohon kepada kementerian mengenai saluran yang dipilihnya untuk memberi penjelasan itu.

"Pihak RTM boleh siarkan kenyataannya sekiranya kandungannya sesuai dan ada nilai berita. Tetapi pada masa yang sama, Abdul Hadi perlu memberi peluang kepada pihak lain memberi pandangan mereka kerana amanatnya ini telah dibuat pada 1981," kata Rais.


Selangor akan siasat tanah milik Raja Ropiah

Posted: 30 Dec 2012 06:34 AM PST

KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor akan menyiasat bagaimana tanah yang dikatakan telah diberikan kepada syarikat Awan Megah Sdn Bhd yang mana pengarahnya adalah Ketua Wanita Umno Selangor, Senator Datuk Raja Ropiah Raja Abdullah.

"Kerajaan Selangor sangat hairan bagaimana tanah yang telah digazetkan untuk kem tentera boleh diurusniaga secara komersil melainkan dengan arahan dan campur tangan pihak yang benar-benar berkuasa," ujar Setiausaha Politik Kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin dalam satu kenyataan.

Berikut ialah kenyataan penuh beliau.


YAB Dato' Menteri Besar Selangor memandang serius laporan susulan pendedahan oleh Deepak Jaikishan bahawa usaha sedang giat dilakukan untuk menjual lebih 200 ekar tanah milik Awan Megah Sdn Bhd bernilai RM130 juta kepada Bakti Wira Development Sdn Bhd, sebuah syarikat pelaburan hartanah yang dimiliki sepenuhnya oleh Boustead Holdings Berhad, milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Dato' Menteri Besar yang kini berada di luar negara telah mengarahkan Pengarah Tanah dan Galian Selangor untuk memantau sebarang bentuk transaksi yang melibatkan hartanah-hartanah ini.

Semakan awal yang dilakukan, tanah-tanah di Bukit Raja tersebut telah diberi milik kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan melalui proses pengambilan tanah pada tahun 1980-an bertujuan sebagai tapak Kem 9 Briged.

Kerajaan Selangor juga akan menyiasat bagaimana tanah tersebut dikatakan telah diberikan kepada syarikat Awan Megah Sdn Bhd yang mana pengarahnya adalah Ketua Wanita Umno Selangor, Senator Datuk Raja Ropiah Raja Abdullah.

Kerajaan Selangor sangat hairan bagaimana tanah yang telah digazetkan untuk kem tentera boleh diurusniaga secara komersil melainkan dengan arahan dan campurtangan pihak yang benar-benar berkuasa.

Kerajaan negeri juga akan meneliti sama ada benar telah berlaku proses jual beli tanah tersebut kepada Raja Ropiah pada harga RM7 kaki persegi atau RM72 juta yang akhirnya Raja Ropiah juga didakwa telah menjual sebahagian daripada tanah di Bukit Raja itu kepada syarikat lain dengan harga RM16 kaki persegi bagi mendapat untung atas angin. Kita akan melihat semula dokumen-dokumen yang berkaitan.

Sekiranya kita dapati berlaku perlanggaran prosedur dan urus niaga yang menyalahi peraturan sebelum 2008, kita tidak akan teragak-agak untuk menghentikan sebarang urus niaga yang melibatkan tanah tersebut sama ada urusan pindah milik atau penjualan yang sedang dirancang.

Semakan juga akan dilakukan terhadap semua permohonan pembangunan yang bercanggah dengan matlamat pengambilan tanah tersebut yang dilakukan seawal tahun 1980-an.

Kerajaan negeri berpandangan bahawa semua urus niaga ini perlu dipandang serius kerana melibatkan dana awam yang datangnya dari wang pencen anggota tentera.

Kerajaan Selangor tidak akan membenarkan niat UMNO untuk menyalahgunakan dana awam ini bagi menyelamatkan pemimpin-pemimpin mereka yang menyalahguna kuasa demi kepentingan politik dan peribadi.

Nampaknya UMNO tidak serik dengan aib yang mereka hadapi setelah kehilangan dana awam RM250 juta menerusi projek NFC yang melibatkan pemimpin tertinggi mereka. Kini wujud pula pengkhianatan yang melibatkan bukan sahaja dana awam tetapi hartanah yang dikhususkan untuk Angkatan Tentera, juga oleh pimpinan kanan dan pemimpin wanita UMNO Selangor.

Selama ini Raja Ropiah cuba menonjolkan watak seorang pemimpin yang membela hak rakyat dengan sering hadir setiap kali ibu tunggal mengadakan perhimpunan menuntut hak dari kerajaan Selangor setelah dilantik sebagai Senator menggantikan Datuk Seri Shahrizat Jalil yang pelantikannya tidak disambung semula. Rupa-rupanya beliau tidak jauh beza dengan mentornya.

Deepak mungkin mempunyai agendanya tersendiri tetapi apa yang lebih penting bagi rakyat Malaysia khususnya rakyat Selangor, pendedahan Deepak telah membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan barisan kabinetnya terlalu kotor dan bergelumang dengan skandal dan salah guna kuasa pada setiap peringkat.


Fathul Bari Tak Ada Telor..

Posted: 30 Dec 2012 04:00 AM PST





Adakah kali ini Fathul Bari berani menyahut cabaran yang di lontarkan oleh Sinar Harian. Debat sinar bertajuk Uli Amri bersama Dr. Asri.

Kali ini jugak Dr. Asri harap Fathul Bari jangan mencari sejuta alasan untuk melarikan diri.

Jikalau Fathul Bari berani mempertahankan pemimpin Umno sebagai Uli Amri sepatutnya beliau berani menyahut cabaran debat Sinar ni.. sama-samalah kita tunggu..


Khairy tak bayar hutang ‘tak apa’ tapi mahasiswa disenarai hitam

Posted: 30 Dec 2012 03:55 AM PST

KULIM 30 DISEMBER: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) kesal berikutan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dibiar berhutang tanpa tindakan tetapi mahasiswa disenarai hitam jika gagal membayar pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

"Jika Khairy boleh bebas tanpa bayar hutang jutaan ringgit, kenapa mahasiswa yang menganggur disenarai hitam kerana tidak mampu membayar hutang PTPTN," kata Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shaharin yang turut dikenali sebagai CheguBard.


Beliau sebelum ini meminta penjelasan Khairy terhadap pinjaman tertunggak yang diperoleh dari Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank) bernilai belasan juta ringgit.

Berdasarkan dokumen, pinjaman itu dibuat pada hujung 2005 ketika bapa mentuanya, Tun Abdullah Badawi masih Perdana Menteri dan tiada bayaran dibuat sehingga kini.

Badrul Hisham menyifatkan perbuatan membiar Khairy berhutang tanpa tindakan, tidak adil kerana tekanan drastik diambil terhadap mahasiswa yang sukar melunas pinjaman pelajaran

"Kenapa pula tindakan sama tidak boleh diambil terhadap Khairy?" katanya ketika berceramah di Sungei Limau, Kulim 28 Disember lalu dan mengesyaki amalan kronisme dan korupsi yang berleluasa dalam Umno antara punca Khairy tidak dikenakan tindakan.

- keadilandaily.com/


Tiada ulasan: