Kelab Greenboc |
- Wang Hantaran Mahal Punca Perkahwinan Gagal
- Selangor Cemerlang Dibawah Pakatan Rakyat, UMNO BN Cemburu & Sakit Hati
- Selangor Akan Halang Perjanjian Tanah LTAT, Siasat Segera Siapa Arah Beli Syarikat Deepak
- Rapuhnya Benteng Ciptaan Manusia Berhadapan Dengan Kekuasaan Allah
- [VIDEO] Ustadz Hadi Sudah Lama Jawab Isu Kafir Mengkafir
- Buku Inikah Yang Dimaksudkan Oleh Dr. Asri Supaya Jangan Dibeli?
Wang Hantaran Mahal Punca Perkahwinan Gagal Posted: 31 Dec 2012 01:31 AM PST Ramai pasangan gagal meneruskan perkahwinan hingga bercerai-berai kerana menghadapi tekanan emosi. Antaranya, akibat masalah tidak cukup wang belanja selepas hidup berpasangan atau setelah mempunyai cahaya mata. Perunding motivasi dan kaunseling, Hushim Salleh berkata, kes sedemikian banyak berlaku kepada pasangan yang membuat pinjaman peribadi dengan bank atau institusi kewangan. Bahkan ada yang berhutang dengan pemberi pinjam tanpa lesen (ah long) bagi menyediakan wang hantaran dan kos kenduri. "Ramai datang ke klinik kaunseling saya mengadu tertekan sebab terpaksa membayar hutang ketika melangsungkan majlis perkahwinan. Sedangkan perbelanjaan harian berubah bila dah hidup berdua dan beranak-pinak. "Peringkat awal semua nampak manis. Cinta masih baru. Tak nampak kesan. Lepas berbulan atau setahun dua, pasangan itu akan rasa kesannya. Gaji tidak seberapa tapi hutang yang beribu kena bayar setiap bulan. Bayangkan kalau individu baru tamat universiti berkahwin secara berhutang," ujar beliau. Hushim menambah, sedia maklum pasangan baru tamat pengajian jika makan gaji tidak akan terus menerus menerima gaji lumayan. Selepas berkahwin banyak belanja hendak guna seperti duit sewa rumah, bil air dan elektrik, peralatan serta makan minum. Perbelanjaan makin bertambah setelah pasangan mendapat anak. "Tapi gaji suami atau isteri dipotong setiap bulan sebab nak bayar hutang. Mungkin juga tolak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau sesetengah tu tolak hutang belajar. "Secara psikologi bila tak cukup duit, biasanya pasangan saling mempertikai dan mengaitkannya dengan hutang wang hantaran dan belanja kahwin dulu," jelas Hushim. Tambahnya, akibat pertengkaran tidak berkesudahan, emosi pasangan terganggu serta tertekan. Mereka mula memikirkan semula diri pasangan hingga ada beranggapan tidak mengenali pasangan yang sudah dinikahi. Dalam erti kata lain ungkit mengungkit. "Bila bertengkar, macam-macam perkataan disebut. Terkeluar sifat sebenar pasangan. Bergaduh setiap masa. Ketika inilah mereka terlupa soal cinta.Dah tak kenal cinta. Cinta jadi retorik semata-mata. Daripada cinta terbalik jadi benci. "Masalah akan lebih teruk dan tidak berkesudahan kalau ada yang masuk campur keluarga kedua-dua pihak. Tapi tidak mampu menyelesaikan konflik. Kepada pasangan yang gagal mencapai persefahaman kebiasaannya mengambil keputusan bercerai. "Ada kes seorang pensyarah buat kenduri kahwin besar-besaran. Tapi bercerai selepas 15 hari. Bila lalui kaunseling, puncanya sebab bertengkar dan ungkit mengungkit wang hantaran serta belanja kenduri. "Waktu bersanding hanya ingat yang indah-indah. Tapi lepas selesai majlis, baru sedar terlalu banyak guna duit. Lalu saling menyalahkan sesama sendiri dan mula fikir tak sefahaman. Akhirnya bercerai," akhiri beliau. -SH Ulasan GB GB pernah ulas satu ketika: Malah bukan sahaja "menyebabkan golongan muda yang mahu berkahwin menangguhkan dahulu hasrat tersebut" lebih teruk dari itu, pasangan boleh terjebak dengan perbuatan maksiat apabila gagal untuk menempuh lautan kesabaran apabila dilanda ombak percintaan dan gelora nafsu. klik untuk baca |
Selangor Cemerlang Dibawah Pakatan Rakyat, UMNO BN Cemburu & Sakit Hati Posted: 31 Dec 2012 12:21 AM PST Tatkala tirai 2012 hampir dilabuhkan, Pakatan Rakyat (PR) terus membuktikan kemampuan mentadbir negeri-negeri yang diterajuinya dengan pelbagai kejayaan membanggakan di sepanjang memerintah. Antara pencapaian yang dianggap sebagai mercu tanda kejayaan negeri PR pada 2012 termasuklah pengkiktirafan Ketua Audit Negara yang dikepalai Tan Sri Ambrin Buang terhadap pengurusan fiskal yang baik oleh Kerajaan Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2011 yang dibentangkan di Parlimen pada 15 Oktober lalu, jelas membuktikan pengurusan kewangan di negeri PR jauh lebih baik meninggalkan negeri ditadbir Umno-BN. Antara yang mendapat pujian dalam laporan LKAN, kutipan yang diperoleh Kerajaan Selangor meningkat sebanyak RM62.5 juta berbanding tahun sebelumnya. Negeri Selangor turut mencatat sejarahnya tersendiri apabila buat kali pertama, rizab Kerajaan Negeri itu mencecah lebih RM2.5 bilion. Selain itu, sambutan rakyat Selangor terhadap pelbagai Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor oleh Kerajaan Negeri juga semakin dicemburui Umno-BN. Sehingga 30 September 2012, Kerajaan Negeri membelanjakan sebanyak RM766,913,379 bagi menjayakan 16 program bantuan atau skim bantuan untuk rakyat Selangor sejak program tersebut dilancarkan. Dalam tempoh sama, seramai 166,441 rakyat Selangor dan 1,303,601 isi rumah menerima pelbagai manfaat dari program-program tersebut. Antara program yang diperkenalkan, Pemberian Air Percuma, Skim Mikro Kredit Selangor (SkimSel), Hadiah Anak Masuk Universiti, Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), Pusat Tuisyen Rakyat, Skim Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR), Skim Bantuan Tadika (TUNAS) dan Skim Bantuan Asuhan Rakyat (SiKEMBAR) dan lain-lain. Umno-BN Melawan Dengan Fitnah Maka, tidaklah menghairankan apabila Umno-BN semakin menggila menyerang dengan memfitnah Kerajaan Negeri Selangor bagi memastikan tampuk pentadbiran negeri terkaya itu kembali ke pangkuan mereka. Antara tindakan luar kewarasan yang diambil Umno-BN termasuklah projek pembikinan iklan fiksyen 'krisis air Selangor' yang diadakan di sebuah pangsapuri di Petaling Jaya pada 24 September lalu. Bagaimanapun tembelang politik tidak bermoral ini terburai juga setelah beberapa media termasuk TV Selangor sendiri berjaya menghidu kegiatan tersebut. Ketika di lokasi penggambaran, TV Selangor sempat diberitahu oleh beberapa pelakon bahawa mereka dibayar RM50 untuk menjayakan beberapa adengan yang menggambarkan 'krisis air Selangor'. Penggambaran tersebut juga tampak lucu apabila lori tangki yang kononnya membekalkan air kepada 'mangsa krisis air' itu bukan sahaja tidak membawa hatta setitik air, malah 'mangsa-mangsa' itu sendiri mengambil air paip sebelum diisi ke dalam baldi-baldi yang dibawa sebagai prop penggambaran. Penduduk yang kurang senang dengan tindakan tersebut juga memberitahu kediaman mereka tidak pernah mengalami gangguan bekalan air seperti mana yang mahu digambarkan dalam filem fiksyen itu. Manakala pada Oktober lalu, penduduk Taman Medan Cahaya turut menjadi mangsa politik kotor Umno-BN apabila mereka diperalat untuk menyertai demontrasi menuntut 20 meter padu air percuma dari Kerajaan Negeri. Bagaimanapun, Pengerusi Persatuan Penduduk Blok B, Mohamad Fuad Jam Jam dan penduduk Blok H, pangsapuri terbababit, A Ramlee Yahaya, memberitahu pangsapuri terlibat sudah menerima bekalan air percuma sejak 2011 lagi. Selain itu, Mohamad Fuad turut memberitahu sebelum demontrasi diadakan, persatuannya dimaklumkan penganjur demontrasi, tujuan utama demontrasi diadakan adalah untuk memprotes penerbitan filem menghina Nabi Muhammad SAW sekaligus menimbulkan kekeliruan di kalangan penduduk. Politik Ganas Berleluasa Oleh kerana tekanan memuncak untuk kembali berkuasa di negeri PR dan mengekalkan kuasa di Putrajaya, Umno-BN berterusan menggila dengan bertindak ganas bagi menghalang kemaraan PR. Beberapa insiden ganas melibatkan serangan penyokong Umno-BN terhadap penyokong PR di tapak ceramah samada di Selangor mahupun di negeri-negeri lain turut menjadi antara topik hangat diperkatakan di sepanjang 2012. Terbaru, dalam kejadian di Negeri Sembilan, Ketua Penerangan Anak, Naraza Muda cedera di bahagian kepala dan pengsan selepas dipukul dengan sebatang kayu tajam oleh penyokong Umno-BN dalam Konvoi Kembara Oren pada 23 Disember baru-baru ini. Manakala, dua penyokong PR turut mengalami kecederaan akibat diserang dengan satu senjata tajam oleh penyokong Umno-BN dalam ceramah PR di Gombak pada 4 Disember lalu. Insiden keganasan Umno-BN lain yang paling diperkatakan di sepanjang 2012, siri serangan terhadap konvoi 'Jelajah Merdeka Rakyat' termasuk bas 'Merdeka Rakyat' yang dinaiki Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Lebih malang lagi, polis sendiri tidak menunjukkan kesungguhan untuk mentangani isu keganasan politik ini sekaligus menjadikan ia berlarutan. Gadai Tanah Rizab Melayu Selain bertindak ganas terhadap penyokong parti lawan, Umno-BN juga tidak segan silu memainkan isu perkauman bagi menakutan pengundi Melayu yang kononnya bakal kehilangan kuasa politik mereka. Bagaimanapun malang bagi Umno-BN, usaha-usaha mereka tidaklah mendatangkan kesan maksimum seperti yang mereka harapkan apabila tindakan ganas itu turut dicemuh masyarakat umum. Selain itu, tindakan 'patriotik' Umno-BN itu juga disia-siakan dengan pembongkaran tindakan khianat parti tua itu menjual tanah milik Kerajaan Negeri dan tanah rizab Melayu sendiri. Di Selangor sahaja, dari 1999 hingga 2008, dianggarkan tidak kurang 24 Lot tanah milik Kerajaan Negeri dianggarkan bernilai lebih RM300 juta, yang diperolehi Umno-BN ketika era pentadbiran Umno-BN dijual pada harga rendah atau bertukar tangan kepada pihak ke-tiga. Umno-BN juga bijak mengaut keuntungan mudah dengan menyelitkan kepentingan mereka dalam setiap urusniaga penjualan tanah tersebut kepada pihak ke-tiga. Oleh demikian, rakyat Selangor harus bijak membuat pilihan dalam pilihan raya yang bakal diadakan pada 2013 nanti. Jika dinilai dari segi prestasi, ia bukanlah suatu pilihan sukar buat rakyat Selangor kerana rekod lebih empat tahun prestasi pentadbiran PR Selangor dan rekod pentadbiran 55 tahun Umno-BN menceritakan segalanya. |
Selangor Akan Halang Perjanjian Tanah LTAT, Siasat Segera Siapa Arah Beli Syarikat Deepak Posted: 30 Dec 2012 10:13 PM PST Kerajaan Selangor hari ini mengumumkan akan mencuba sedaya upaya untuk menghalang rancangan Putrajaya membeli bidang tanah di Bukit Raja yang didakwa ada kaitan dengan penyalahgunaan kuasa kerajaan Barisan Nasional (BN) seperti didakwa ahli perniagaan Deepak Jaikishan. Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid, Faekah Husin berkata negeri itu telah mengarahkan Jabatan Tanah dan Galian Selangor untuk meneliti perjanjian tersebut bagi menyiasat sama ada berlakunya pelanggaran peraturan. "Kami tidak teragak-agak untuk menghalang mereka. "Kerajaan negeri berpendapat transaksi itu adalah serius melibatkan penggunaan dana awam daripada dana pencen angkatan tentera," katanya dalam satu kenyataan. Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), melalui unit pelaburannya Bousted Holdings Berhad, Khamis lalu mengumumkan rancangan untuk memiliki 200 ekar tanah daripada syarikat Awan Megah Sdn Bhd milik Ketua Wanita Umno Selangor Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah. Selain itu, dana itu turut digunakan untuk membeli syarikat Deepak, Astacanggih Sdn Bhd pada harga RM 30 juta, yang mana dakwa pembangkang sebagai "rasuah" dan tindakan untuk menutup mulut peniaga karpet itu daripada terus mendedahkan penyelewengan kerajaan. Pada hari yang sama, Deepak turut menarik balik saman yang dikenakannya terhadap Putrajaya atas kesalahan pelanggaran perjanjian terhadap tanah di Bukit Raja. Faekah hari ini mendedahkan penyiasatan awal pihaknya mendapati tanah itu telah pun diserahkan kepada Suruhanjaya Tanah Negara untuk digunakan bagi membina pangkalan tentera. Beliau berkata ianya amat mencurigakan bagaimana tanah yang itu dikomersialkan sedangkan ia telah digazetkan sebagai tanah tentera, dan merasakan ia hanya boleh dilakukan melalui campur tangan pegawai tinggi dalam kerajaan. "Kerajaan negeri juga akan menyiasat jika tanah itu kemudiannya ditransaksikan kepada Raja Ropiah pada RM7 sekaki persegi atau RM72 juta dan dakwaan beliau telah menjual sebahagian tanah itu kepada syarikat lain pada harga RM16 sekaki persegi untuk mendapatkan keuntungan mudah. "Kami akan meneliti kesemua dokumen, satu persatu," katanya. Deepak sebelum ini memfailkan saman terhadap Awan Megah terhadap pelanggaran perjanjian jual beli ke atas tanah 200 ekar tersebut, dan menamakan firma tersebut, Kementerian Pertahanan, unit hartanah kerajaan Syarikat Tanah Dan Harta Sdn Bhd dan Cebur Megah Development Sdn Bhd dalam samannya. Astacanggih Sdn Bhd bersetuju untuk membeli tiga bahagian tanah itu pada 2007 untuk RM13 juta dan RM72 juta jaminan bank untuk bon tanah daripada Raja Ropiah, yang diberikan RM100 juta perjanjian penswastaan untuk membangunkan Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas). Tanah itu sepatutnya diletakkan di bawah syarikat bertujuan khas Cebur Megah kerana kerajaan tidak membenarkan tanah yang diswastakan dijual kepada pemenang. Tanah masih lagi dalam tangan kerajaan kerana projek itu akan dilaksanakan. Ketua Wanita Umno Selangor itu didakwa menjual sebidang tanah pada RM2 juta tubai dan RM16 juta fasiliti overdraf dalam "kerjasama" dengan Guppyunip Sdn Bhd, syarikat yang mengkhusus kepada barangan plastik. -TMI Siasat siapa paksa LTAT beli syarikat Deepak |
Rapuhnya Benteng Ciptaan Manusia Berhadapan Dengan Kekuasaan Allah Posted: 30 Dec 2012 07:34 PM PST Gambar runtuhan tanah di puncak Setiawangsa, Kuala Lumpur. Hebatnya ciptaan mManusia membuat benteng untuk mengelakkan tanah runtuh..... Namun, sekuat mana [un benteng dibina, ia tidak mampu samasekali untuk menghalang kehendak & kekuasaan Allah SWT... Peringatan Untuk Kita Bersama... -fb
Ulasan GB Itu yang tersurat, orang yang jernih hatinya akan dapat membaca yang tersiratnya pula.... sekuat mana pun benteng UMNO/BN, sebanyak mana pun wang dicurahkan oleh Najib hendak mempertahankan kekuasaan UMNO/BN, sehebat manapun agensi-agensi kerajaan (SPR,SPRM, PDRM, JAKIM dan lain-lain) digunakan untuk menahan keruntuhan UMNO BN, jika Allah swt mengkehndaki ia runtuh, maka ia tetap runtuh juga.. Setiap sesuatu yang dijadikan oleh Allah itu tidak ada yang sia-sia. Pemerintahan yang korup, yang rasuah, yang zalim, yang batil akan tetap binasa - demikian hukum kebenaran dan keadilan berbicara. Firmanullah swt: "Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi 'orang-orang berakal' iaitu orang-orang yang mengikut Allah baik mereka yang berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring dan juga mereka yang memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata : Ya Tuhan kami tidaklah Engkau menciptakan itu dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka."-( Al-Imran : 190-191) |
[VIDEO] Ustadz Hadi Sudah Lama Jawab Isu Kafir Mengkafir Posted: 30 Dec 2012 04:25 PM PST |
Buku Inikah Yang Dimaksudkan Oleh Dr. Asri Supaya Jangan Dibeli? Posted: 30 Dec 2012 05:13 AM PST Jangan bazirkan wang RM150 untuk membeli buku 165 m/s tentang kisah seorang yang 'wallahu a'lam'. Belilah buku2 yang ilmiah dan manfaat. ~ Dr Maza Apakah buku yang beliau pesan jangan membazir jika beli ada buku seperti di atas? - King Jason Mengikut laporan sebelum ini, buku setebal 164 muka surat itu dan berharga RM150 senaskhah ditulis oleh Siti Rohayah Attan dan Noraini Abdul Razak. Ia akan dilancar dan diedar untuk jualan bulan depan - menyamai ciri-ciri buku yang dimaksudkan oleh Dr. Maza! |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan