MIMPI SENJA |
- PENGAKHIRAN BAGI NAJIB & ROSMAH: PKR bakal halang perjanjian LTAT-Deepak-Ropiah
- Bapa enggan jadi wali, pasanan bersekedudukan hingga lahir seorang bayi lelaki
- 'Special Liaision Officer' Hishamuddin lebih berkuasa dari IGP Ismail Omar
- Melayu akan lebih hebat tanpa Umno, berfikirlah wahai orang2 yang cerdik - Dr Sayuti
- Kerajaan Selangor siasat tanah milik Ropiah
- Berani ka buat siaran langsung Umno tuduh Pas kapiaqkan Umno?
PENGAKHIRAN BAGI NAJIB & ROSMAH: PKR bakal halang perjanjian LTAT-Deepak-Ropiah Posted: 30 Dec 2012 06:31 PM PST Bersumpah akan mempertahankan dana pencen Angkatan Tentera dari disalahgunakan oleh pemimpin kerajaan tertinggi, Ketua Pembangkang dari parti PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menuntut pentadbiran Najib memberi maklumat sebenar tentang perjanjian yang melibatkan RM160 juta bagi pembelian semula tanah milik Kementerian Pertahanan. Respon dari PKR ini berikutan berita semalam yang mengkhabarkan bahawa unit dana pencen angkatan tentera 'Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) telah bersetuju untuk membayar RM30 juta kepada ahli perniagaan kontroversi Deepak Jaikishan dan RM130 juta pula kepada firma Raja Ropiaah, Ketua Wanita Umno Selangor. Pengarah strategik PKR Rafizi Ramli menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pertahanan Zahid Hamidi di atas "penyalahgunaan kuasa yang melampau", dalam menerangkan tentang transaksi terbaru yang melibatkan 223 hektar tanah Kementerian Pertahanan di Bukit Raja, Selangor sebagai "rasuah secara terang-terangan" dan " kes pelaburan paling buruk pernah berlaku". "Ia jelas menunjukkan bahawa RM30 juta untuk memperoleh 80% Astacanggih (firma Deepak) dan yang RM130 juta yang dibayar (kepada firma Raja Ropiaah) untuk tanah yang hampir tidak wujud adalah penyalahgunaan kuasa secara terang-terangan oleh Zahid Hamidi. Saya berani mengatakan bahawa Najib telah menugaskan Zahid untuk mengendalikan hal ini dengan apa jua cara sekalipun, "Rafizi, juruaudit terlatih di UK, memberitahu sidang akhbar pada hari Sabtu. "Anda boleh meminta mana-mana penganalisis pelaburan atau penyelidik dan mereka akan memberitahu anda ini bukanlah satu pelaburan yang baik. Jadi mengapakah kerajaan persekutuan melibatkan diri dalam pelaburan yang buruk itu? Kita hanya boleh menyimpulkan bahawa ini bertujuan untuk mendiamkan Deepak dan untuk menutup keseluruhan isu itu. " Rasuah yang nyata? Deepak, yang pernah menjadi teman akrab isteri Najib, Rosmah Mansor, pada tahun 2007 telah membeli tanah dari firma Raja Ropiaah Awan Megah dengan nilai kira-kira RM120 juta iaitu RM12 meter persegi. Tetapi perjanjian telah terbengkalai dan surat tanah masih belum diserahkan kepada unit Astacanggih, Cebur Megah. Ini menyebabkan di Deepak menyaman Ropiaah dan Awan Megah bagi tindakan spesifik dan "niat jenayah", kementerian Pertahanan serta para pegawai di Pejabat Tanah dan Galian kerana tidak melepaskan surat tanah kepada Cebur Megah. Deepak juga menuduh Ropiaah 'mencuri' dan menjual salah satu daripada tiga bidang tanah kepada GuppyUnip Sdn Bhd dengan nilai RM16 meter persegi. Kes itu telag didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur lewat bulan lepas, dengan Deepak sendiri menjadi saksi. Ia telah ditangguhkan hingga Disember 14 tetapi tertunda sementara menunggu penyelesaian yang dikatakan Deepak 'dipaksa' keatas dirinya dan juga firmanya. "Ia memang benar bahawa pemegang saham dan diri saya sendiri telah menjual saham kami di Asta Canggih untuk RM30 juta yang merupakan harga kos sebenar kami iaitu RM13 juta untuk Raja Ropiaah, RM8 juta dalam bentuk sumbangan politik, RM7 juta bagi kos kewangan dan RM2 juta untuk prosedur undang-undang dan kos lain. Ini adalah keputusan yang telah dipaksa ke atas kami, "kata Deepak dalam mesej teks pada hari Jumaat. Menyelamatkan tabung pesara Angkatan Tentera Pertelingkahan memuncak apabila Deepak mendakwa ada 'tangan gelap' yang dibelakang perjanjian itu. Dia menuduh keluarga Najib menerima berjuta-juta ringgit sebagai balasan kepada Najib yang telah menyalahgunakan kuasanya dalam meluluskan perjanjian itu. Najib, yang pada ketika itu memegang jawatan sebagai Menteri Pertahanan, masih tidak memberi apa-apa jawapan kepada siri dakwaan berat yang telah dileparkan walaupun rakyat semakin jijik dan mendapat tekanan dari parti politiknya sendiri. Rafizi menyelar Najib kerana enggan memberi penjelasan kepada orang ramai dan menuduh dia bersubahat dengan Zahid kerana memasuki perjanjian yang meragukan yang telah meletakkan dana pencen Kementerian Pertahanan dalam kedudukan yang terancam. "Hakikat bahawa Najib tetap berdiam diri membuktikan bahawa transaksi itu telah dibuat untuk mendiamkan Deepak. Ini juga menunjukkan pasti terdapat kebenaran dalam tuduhan Deepak. Pendedahan Deepak pasti telah menakutkan Najib sehinggakan dia mengarahkan Boustead untuk masuk ke dalam perjanjian ini," kata Rafizi. "Sungguh licik bagi Perdana Menteri untuk mengarahkan Menteri Pertahanan terlibat dalam perjanjian itu. Di negara-negara lain, siasatan awam akan dilakukan. PKR akan sedaya-upaya cuba untuk menggagalkan perjanjian itu kerana ia melibatkan LTAT, dana pencen kementerian Pertahanan. Ia tidak masuk akal. kita sudah rugi RM250 juta dari seorang menteri dan sekarang kita akan kehilangan RM160 juta wang pesara oleh seorang lagi menteri lain. " Rafizi merujuk kepada kemelut pembiakan lembu NFC yang bernilai RM250 juta yang melibatkan keluarga Ketua Wanita Umno Shahrizat Jalil. Najib perlu memenangi semula Selangor untuk mementerai perjanjian Dalam kes Deepak-Ropiaah, Rafizi menegaskan bahawa tanah itu tidak pernah bertukar tangan dari awal lagi dan seterusnya mempersoalkan kenapa Kementerian Pertahanan membeli balik tanahnya sendiri. "PKR akan menulis surat kepada kerajaan negeri Selangor untuk menghentikan perjanjian ini. Sebelum ini kita diam sahaja kerana kita tidak pasti sama ada dakwaan Deepak adalah benar. Tetapi kini, selepas pengumuman Boustand kepada Bursa, semuanya sudah terjawab. Pada perhimpunan Umno baru-baru ini, Zahid berkata dia akan meneliti perkara itu dan mencari jalan untuk menyelesaikannya. Selepas itu, terus senyap. Kami fikir ia adalah tindakan biasa Najib yang sering enggan memberi jawapan kepada rakyat. Kemudian Boustead membuat pengumuman mereka semalam, "kata Rafizi. "Ini jelas menunjukkan perjanjian dilakukan untuk menutup mulut Deepak. Tetapi ia langsung tidak menyelesaikan masalah. Bagaimana Zahid boleh fikir yang perjanjian akan berjaya? Ia akan memerlukan lampu hijau daripada kerajaan negeri kerana tanah itu berada di Selangor . Deepak menegaskan bahawa dia tidak akan berdiam diri kerana dia hanya mendapat RM30 juta walhal Ropiaah menerima RM130 juta. Kami telah memberitahu Deepak, jangan bimbang. Kami akan berusaha sedaya upaya untuk menggagalkan perjanjian ini kerana ia melibatkan wang pesara. Malah, kita perlu berterima kasih kepada Tan Sri Khalid kerana berkeras untuk memeriksa semua butiran dan tidak membenarkan transaksi berlaku. " Rafizi bersetuju hak milik tanah mungkin akan bertukar tangan sekarang jika bukan kerana pembangkang berjaya menguasai Selangor selepas pilihan raya umum 2008. Menurut Rafizi, jika Najib mahu perjanjian berjalan lancar, satu-satunya cara adalah jika "dia berjaya menawan Selangor kembali". Negeri ini merupakan yang terkaya dan mempunyai ekonomi yang terbesar berbanding 13 negeri di Malaysia. Najib sebelum ini telah berikrar untuk mengambil kembali Selangor "dengan apa jua cara." Negeri ini kini diketuai oleh Ketua Menteri PKR Khalid Ibrahim. Unit Mindef membayar RM160 juta bagi tanah yang masih dimilikinya Dalam satu kenyataan kepada bursa saham, Boustead Holdings Bhd, sebuah unit LTAT, mengumumkan bahawa unit milik penuh Bakti Wira Sdn Bhd telah memperolehi kepentingan 80 peratus di Astacanggih Sdn Bhd dengan nilai RM30 juta. Pembangunan Bakti Wira dan Astacanggih juga telah menandatangani perjanjian dengan Awan Megah terlebih dahulu pada hari Jumaat untuk memperoleh 80.94 hektar tanah pegangan bebas di Klang, Selangor dengan harga RM130 juta. Menyifatkan perjanjian itu sebagai satu peluang untuk menambah hak tanahnya, Boustead berkata pembelian saham dan pemerolehan tanah itu akan dibiayai menerusi pinjaman bank dan dana yang dijana dari dalam. "Selain itu, tanah itu juga bersebelahan dengan 283.28 hektar tanah yang dibangunkan oleh Jendela Hikmat Sdn Bhd, sebuah syarikat dimana kumpulan itu serta Lembaga Tabung Angkatan Tentera bersama-sama memegang 60 peratus dalam kepentingan ekuiti. Permintaan untuk tanah perindustrian di lokasi ini telah menunujukkan aliran menaik setelah siapnya pembinaan loji penyimpanan dan ujian terbaru UMW di Bukit Raja, Klang, "kata Boustead. Rafizi berserta wakil Pakatan Selangor akan meneliti perjanjian secara halus pada hujung minggu ini dan merancang untuk mengadakan satu lagi sidang akhbar pada hari Isnin. "Pada sebelah petang, kami bersama beberapa orang pesara akan ke pejabat Bakti Wira untuk memeriksa dokumen. Para pesara mempunyai hak untuk mengetahui apa yang berlaku kepada wang mereka," kata Rafizi. The Black Rose Setakat ini, Ropiaah belum memberi sebarang komen tentang transaksi itu. Sebelum ini, ketika dihubungi oleh Malaysia Chronicle, dia berkata akan merujuk dakwaan Deepak kepada peguamnya. Dalam respons kepada pengumuman Boustead pada Jumaat, Deepak berikrar dia akan terus membuat pendedahan. Deepak bukan sahaja telah mendedahkan penglibatan Najib dalam urusan tanah Bukit Raja tetapi juga telah mendedahkan bahawa kedua-dua PM dan isterinya, Rosmah meminta beliau dirinya dalam "memudahkan" urusan penarikan balik akuan berkanun yang dibuat oleh penyiasat persendirian yang membabitkan Najib dalam kes rasuah dan pembunuhan Altantuya Shaariibuu-Scorpene. Rupa-rupanya, lebih banyak skandal "panas" akan didedahkan untuk menguji Najib yang bagaikan jatuh ditimpa tangga, setelah menghadapi tekanan yang besar dari dalam partinya sendiri Umno untuk mengundur diri dan menyerahkan tampuk kepimpinan kepada Muhyiddin Yassin timbalannya sebelum mengadakan pilihan raya umum. "Ironinya ialah Raja Ropiaah yang telah 'mencuri' tanah dari kami dibayar RM130 juta, jadi itulah kuasa sebenar, bukan?" Kata Deepak, yang dalam mesej teks kepada Malaysia Chronicle dan telah berjanji untuk meneruskan agenda mengeluarkan buku yang akan menceritakan segalanya mengenai Rosmah - 'The Black Rose'. |
Bapa enggan jadi wali, pasanan bersekedudukan hingga lahir seorang bayi lelaki Posted: 30 Dec 2012 05:47 PM PST BATU PAHAT: Satu pasangan mendakwa keengganan keluarga perempuan merestui keinginan mereka untuk berkahwin menyebabkan pasangan itu mengambil jalan songsang mengenepikan dosa dengan bersekedudukan sejak lebih setahun lalu hingga melahirkan seorang anak lelaki sedangkan mereka boleh menggunakan wali hakim berikutan berada di luar kawasan. Malah, pasangan berkenaan bersekedudukan di rumah keluarga lelaki berusia lewat 20-an itu yang tinggal bersama bapa dan tiga anak angkat bapanya. Kelakuan sumbang mereka terbongkar apabila penguatkuasa Jabatan Agama Johor (JAJ) Batu Pahat menyerbu rumah berkenaan di Punggor Rengit di sini, menerusi Ops Ambang Tahun Baru, jam 1.30 pagi, semalam. Dalam serbuan itu, wanita berusia 20-an terbabit mendakwa bersekedudukan selepas buntu hubungan bersama teman lelakinya tidak direstui keluarga di Kemunting, Perak. Menurut wanita itu, dia mengenali teman lelakinya empat tahun lalu dan sudah banyak kali memberitahu keluarganya di Perak, mereka mahu berkahwin. Dia mendakwa keluarga enggan menerima teman lelakinya itu menyebabkan mereka tinggal bersama setahun lalu hingga melahirkan anak lelaki. - Harian Metro |
'Special Liaision Officer' Hishamuddin lebih berkuasa dari IGP Ismail Omar Posted: 30 Dec 2012 07:33 AM PST KUALA LUMPUR: Anti-crime watchdog MyWatch alleged today that a police officer with a rank of deputy commissioner [DCP] appointed by Home Minister Hishammuddin Hussein as his special liaison officer is 'more powerful' than the Inspector-General of Police Ismail Omar himself. The NGO's chairman R Sri Sanjeevan claimed that this was because the officer was able to bypass the IGP to give instructions to top officers of the Royal Malaysian Police [PDRM], including state police chiefs, state CID chiefs and district police heads. Sanjeevan said that never in the history of the police force has a liaison officer held such a high rank of DCP, which is even higher ranked than the prime minister's aide-de-camp who is only ranked an Assistant Commissioner of Police [ACP]. The home minister's current liaison officer is identified as DCP Wan Ahmad Najmuddin Mohamad. "MyWatch urges the home minister to explain why does he need a PDRM liaison officer in his office with the rank of DCP which is equivalent to state CPO position when all the while it was only a Superintendent [Supt] position." Sanjeevan claimed that this "clearly shows that home minister is indeed meddling into PDRM matters without relaying orders directly to the IGP himself". "Since the officer advises the home minister, then I think the IGP would have to listen to him as well, right?" he added. "MyWatch strongly believes that the home minister is having a DCP as PDRM liaison officer… is only because he can give instructions and orders directly to CPOs [state police chiefs], OCCI [state CID chiefs], and OCPD [district police chief]. This is also another form of waste of police resources and shows non-productivity," he said in a press statement. Sanjeevan also lamented that complaints to Hishammuddin sent to his Twitter account @HishammuddinH2O were only simply forwarded to Wan Ahmad Najmuddin's account @tok_we, which he claimed was a "dormant account" that was hardly used. Transferred for refusing to follow instructions FMT understands that the liaison officer was previously a position where a Supt was placed at Bukit Aman to coordinate communications between the two agencies, and assist the Home Ministry in monitoring case files and statistics. A police source said that the previous officer, ranked Supt, was apparently transferred out when he refused to follow instructions from the home minister. Najmuddin, according to the source, was promoted very fast when he replaced his predecessor. Previously, MyWatch or The Malaysian Crime Watch Task Force, had claimed that it has in its possession evidence that top police officers were involved in criminal activities, including officers that were involved in money laundering, illegal gambling, prostitution, football bookies and have direct links with underworld figures and kingpins. MyWatch said there there was a case where a top police officer was given an "all-expense paid trip overseas to play golf with an underworld kingpin" as well as one where "one senior police official's son and daughter is working for a kingpin with special privileges". In recent weeks, MyWatch rose to prominence after its patron, the former inspector-general of police Musa Hassan held several press conferences and interviews alleging that politicians have been interfering with police work and that criminal elements have infiltrated the force. Musa had also pointed out that there may have been cases of abuse of power at the top level when several senior policemen were transferred out for refusing to approve an "unsound" walkie-talkie project. Musa also labelled Ismail a 'Yes man' and had urged the latter to be tough. Following these disclosures, several quarters have hit back at the former top cop, questioning Musa's timing and credibility. They also brought up the "copgate" issue where Musa himself was allegedly linked to underworld figures. Musa's detractors included Hishammuddin, businessman Robert Phang, former KL CID chief Mat Zain Ibrahim, former Commercial Crime Investigation Department chief Ramli Yusuff and his lawyer Rosli Dahlan. - FMT |
Melayu akan lebih hebat tanpa Umno, berfikirlah wahai orang2 yang cerdik - Dr Sayuti Posted: 30 Dec 2012 06:48 AM PST |
Kerajaan Selangor siasat tanah milik Ropiah Posted: 30 Dec 2012 02:35 AM PST YAB Dato' Menteri Besar Selangor memandang serius laporan susulan pendedahan oleh Deepak Jaikishan bahawa usaha sedang giat dilakukan untuk menjual lebih 200 ekar tanah milik Awan Megah Sdn Bhd bernilai RM130 juta kepada Bakti Wira Development Sdn Bhd, sebuah syarikat pelaburan hartanah yang dimiliki sepenuhnya oleh Boustead Holdings Berhad, milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). Dato' Menteri Besar yang kini berada di luar negara telah mengarahkan Pengarah Tanah dan Galian Selangor untuk memantau sebarang bentuk transaksi yang melibatkan hartanah-hartanah ini. Semakan awal yang dilakukan, tanah-tanah di Bukit Raja tersebut telah diberimilik kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan melalui proses pengambilan tanah pada tahun 1980an bertujuan sebagai Tapak Kem 9 Briged. Kerajaan Selangor juga akan menyiasat bagaimana tanah tersebut dikatakan telah diberikan kepada syarikat Awan Megah Sdn Bhd yang mana pengarahnya adalah Ketua Wanita Umno Selangor, Senator Datuk Raja Ropiah Raja Abdullah. Kerajaan Selangor sangat hairan bagaimana tanah yang telah digazetkan untuk kem tentera boleh diurusniaga secara komersil melainkan dengan arahan dan campurtangan pihak yang benar-benar berkuasa. Kerajaan negeri juga akan meneliti samada benar telah berlaku proses jual beli tanah tersebut kepada Raja Ropiah pada harga RM7 kaki persegi atau RM72 juta yang akhirnya Raja Ropiah juga didakwa telah menjual sebahagian daripada tanah di Bukit Raja itu kepada syarikat lain dengan harga RM16 kaki persegi bagi mendapat untung atas angin. Kita akan melihat semula dokumen-dokumen yang berkaitan. Sekiranya kita dapati berlaku perlanggaran prosedur dan urusniaga yang menyalahi peraturan sebelum 2008, kita tidak akan teragak-agak untuk menghentikan sebarang urusniaga yang melibatkan tanah tersebut sama ada urusan pindah milik atau penjualan yang sedang dirancang. Semakan juga akan dilakukan terhadap semua permohonan pembangunan yang bercanggah dengan matlamat pengambilan tanah tersebut yang dilakukan seawal tahun 1980an. Kerajaan negeri berpandangan bahawa semua urusniaga ini perlu dipandang serius kerana melibatkan dana awam yang datangnya dari wang pencen anggota tentera. Kerajaan Selangor tidak akan membenarkan niat UMNO untuk menyalahgunakan dana awam ini bagi menyelamatkan pemimpin-pemimpin mereka yang menyalahguna kuasa demi kepentingan politik dan peribadi. Nampaknya UMNO tidak serik dengan aib yang mereka hadapi setelah kehilangan dana awam RM250 juta menerusi projek NFC yang melibatkan pemimpin tertinggi mereka. Kini wujud pula pengkhianatan yang melibatkan bukan sahaja dana awam tetapi hartanah yang dikhususkan untuk Angkatan Tentera, juga oleh pimpinan kanan dan pemimpin wanita UMNO Selangor. Selama ini Raja Ropiah cuba menonjolkan watak seorang pemimpin yang membela hak rakyat dengan sering hadir setiap kali ibu tunggal mengadakan perhimpunan menuntut hak dari kerajaan Selangor setelah dilantik sebagai Senator menggantikan Datuk Seri Shahrizat Jalil yang pelantikannya tidak disambung semula. Rupa-rupanya beliau tidak jauh beza dengan mentornya. Deepak mungkin mempunyai agendanya tersendiri tetapi apa yang lebih penting bagi rakyat Malaysia khususnya rakyat Selangor, pendedahan Deepak telah membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan barisan kabinetnya terlalu kotor dan bergelumang dengan skandal dan salah guna kuasa pada setiap peringkat. FAEKAH HUSIN SETIAUSAHA POLITIK KEPADA YAB DATO MENTERI BESAR SELANGOR |
Berani ka buat siaran langsung Umno tuduh Pas kapiaqkan Umno? Posted: 30 Dec 2012 02:06 AM PST Berani ka buat siaran langsung Umno tuduh Pas kapirkan Umno?: Seorang anggota keselamatan kata kat saya,"Isu kapir mengkapir ni ditimbulkan semula kerana nak tutup isu Deepak towkey karpet yang bongkar kes pembunuhan Altantuya."Umno nak main lagu apa kalau tak main lagu kapir-mengkapir.Hari-hari Deepak dok terjah sebut nama Najib-Rosmah dalam penipuan akuan bersumpah P.Balasubramaniam yang bisa gegarkan segala bulu jubur dan lain-lain bulu orang yang berkaitan. Komen Rais Yatim yang cakap berbelit-belit isu basi ini yang digarap semula untuk beli undi orang Melayu yang termakan umpan Umno,"Pihak RTM boleh siarkan kenyataannya sekiranya kandungannya sesuai dan ada nilai berita. Tetapi pada masa yang sama, Abdul Hadi perlu memberi peluang kepada pihak lain memberi pandangan mereka kerana amanatnya ini telah dibuat pada 1981," Haha nak nilai berita macam mana?Cuba cakap.Bila sampai klimaks isu yang dimainkan Umno ni ianya akan diputarbelitkan dengan seribu alasan supaya semuanya tak jadi. Aku tak berani la macam MB Pahang yang nak potong telinga kalau BN kalah di Bentong.Tapi buat la dulu secara live kalau berani..jangan temberang ja. Kini ramai orang di masjid dan surau juga di kedai kopi pakat hairan kenapa Umno nak sangat dituduh kapir.Ada orang kata kat saya ahli Umno di Sabah yang bukan Islam memang kapiaq sungguh. BN bagi RM500 pun orang tak sokong BN,populariti Najib tak naik-naik jadi Umno terpaksa putar 30 tahun ke belakang untuk bodohkan orang Melayu dengan isu basi ini. http://misaimerah.blogspot.com/2012/12/berani-ka-buat-siaran-langsung-umno.html |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan