Blog-list Malaysia |
- Kebodohan Fathul Bari..
- United Nepal National Organisation
- Kisah Benar - Perangai Hodoh Umno Ketika Bersidang
- Main sentimen Melayu tapi tanah dipijak milik ‘Umno’ – Anwar
- Undian PRU13 - Umno Pasti Terkedu Dengan Keputusan Ini
- Hak tanah rakyat dikembalikan sebaik Johor ditawan – Anwar
- Sabotaj Memang Budaya Umno..
- Najib Terus Merayu Simpati Rakyat..
Posted: 02 Dec 2012 08:31 PM PST Assalamualaikum,, Dalam banyak banyak pembohong di PAU, nampaknya ulamak muda UMNO yang bernama Fathul Bari telah menunjukkan satu imej yang mengelirukan samaada dia benar benar seorang ulamak atau ular "mak" atau ular dalam semak(dalam bahasa urdu mak bermaksudnya air).Ucapan pembahasan usul agama dan pendidikan, Fathul Bari yang menonjolkan imej seorang ulamak kepada perwakilan UMNO mengulas doa kehancuran dan dakwaan(kononya) UMNO murtad oleh TGNA. Pertamanya, apakah bahasan Fathul Bari ini boleh dikelaskan sebagai usul agama dan pendidikan?Kalau benar ianya usul agama dan pendidikan kenapa nak tunjukkan kesilapan pihak pembangkag sedangkan isu utama ugama dan pendidikan ialah isu hudud dan hukum ALLAH serta kemungkaran yang berleluasan sekarang ini.Keduanya, Fathul Bari ni bodoh ke apa? Kelihatan bodoh bagi seorang yang berilmu seperti Fathul Bari kerana mengolah semula panduan ugama bagi menunjukkan doa kehancuran oleh adik TGNA itu tidak ikut cara Islam.Bodoh kerana doa yang menjadi hak ALLAH bagi memutuskan samaada dimakbulkan atau ditolak sedangkan peraturan hidup berkerajaan yang diamalkan UMNO hampir semuanya menyimpang dari cara ISLAM.Memang bodoh bagi seorang yang berilmu seperti Fathul Bari menuding jari kepada seorang yang juga berilmu seperti Nik Razi sabagai salah sewenang wenangnya dan di hadapan perwakilan yang bersorak mendengarnya.Bodoh kerana hujah yang diberi terlalu loose dan jauh menyimpang dari panduan berdoa yang diajar oleh baginda Nabi tetapi Fahtul Bari menggunakan Nabi untuk mengatakan doa itu tidak ikut cara Islam.Walaupun Fathul Bari cuba membawa kisah kezaliman yang pernah dialami baginda Nabi tetapi Fathul Bari tidak membawa dalil secara seluruhnya. Fathul Bari kelihatan bodoh kerana mendakwa mendoakan UMNO adalah secara umum sedangkan doa orang yang dizalim itu mestilah khusus dengan menyebut nama namanya.Sedangkan secara logiknya sahaja sudah difahami bahawa UMNO itu bukan umum tetapi khusus untuk orang orang yang berada dalam jemaahnya.Kalau begitulah jadahnya, tak perlu berdoalan untuk kehancuran yahudi kerana yahudi itu juga umum.Bukankah ada doa khusus yang diajar oleh Nabi dan sering dibaca dalam khutbah jumaat mengenai perkara ini?Tidakkah ianya sama dengan doa kehancuran UMNO? Tetapi Fathul Bari enggan mengakui UMNO itu zalim, di mana dakwanya kesediaan Najib meminta maaf dengan rakyat sudah menunjukkan keikhlasannya.Sekali lagi Fathtul Bari kelihatan bodoh dan mahu seluruh rakyat jadi bodoh macam dia.Apakah dengan maaf itu sudah mencukupi untuk memilih Najib dan UMNO semula untuk memerintah negara sedangkan tidak kedengaran satu perkataanpun dari mulut Najib dan Fathul Bari sendiri bahawa UMNO berjanji akan melaksanakan hukum ALLAH dan menghapuskan segala kemungkaran selepas Najib meminta maaf.Orang kampungpun faham bahawa permohonan maaf Najib itu perlu diikuti oleh sikap gentlemannya untuk berundur dan memberi laluan kepada pihak yang bersedia memikul amanah ALLAH untuk mentadbir negara. Fathul Bari terlalu memuji Najib sedangkan sudah sah dari sudut definasinya sahaja Najib itu zalim.Tidak meletakkan sesuatu di tempatnya itu zalim, jadi bila Najib kata hudud tidak akan dilaksanakan, sudah sah dia zalim.Oleh itu Fathul Bari kelihatan bodoh bagi orang berilmu tarafnya untuk membela Najib. Fathul Bari juga semakin menyerlahkan sikap bodohnya apabila mencadangkan lima perkara untuk berdepan fitnah pembangkang ia itu menyemarakkan budaya ilmu, mengamalkan politik kasih sayang, mengambil perkara baik yang diucapkan seseorang, mentaati pemimpin dan sepakat menolak budaya fitnah.Bodohnya Fathul Bari kerana tidak melihat yang menabur fitnah itu UMNO bukan pembangkang yang setiap kali mengemukakan dakwaan lengkap dengan fakta dan hujah sedangkan UMNO hanya memainkan perkataan fitnah pembangkang sahaja.Budaya UMNO ini nampaknya turut dikongsi oleh Fathul Bari yang bertaraf ulamak,ulamak bodoh! Cadangan Fathul Bari itu langsung tidak ada dalam panduan yang ditinggalkan oleh Nabi yang awalnya cuba diikuti oleh Fathul Bari dalam soal doa kehancuran, atau ditulis oleh para ulamak besar silam atau dari mana mana ayat quran.Yang ada hanyalah seruan supaya menjauhi orang orang yang zalim, malah imam Ghazali turut mengingatkan kita supaya tidak bertemu dengan pemimpin yang zalim apatah lagi mahu bersubahat dan membela mereka. Inilah kebodohan Fathul Bari aka salafiah yang tidak salaf -tranungkite- |
United Nepal National Organisation Posted: 02 Dec 2012 06:00 PM PST |
Kisah Benar - Perangai Hodoh Umno Ketika Bersidang Posted: 02 Dec 2012 05:01 PM PST Kisah Benar...... Assalamualaikum , saya ingin berkongsi cerita dengan encik . . Saya bercuti di Kuala Lumpur , saya juga diberi penginapan di Hotel Sunway Putera ( Depan PWTC) , hadiah daripada boss saya kerana berkerja dengan cemerlang :) Saya bercadang untuk berjalan-2 di sekitar bandaraya bersama keluarga saya. Untuk pengetahuan encik , DI PWTC , terdapat persidangan UMNO . Kebanyakan mereka menetap di Hotel yang saya duduk . Dengan ada nya mereka , penggunaan lif menjadi sesak sehingga saya terpaksa menunggu 1 jam 17 minit . Ya , 1 jam 17 minit . saya trlampau menyampah sehinggakan saya mengira berapa lama saya berdiri menunggu lif . Begini ceritanya Sewaktu itu , pukul 3.30 , saya dan keluarga akhirnya berjaya melangkah masuk ke dalam lif . bilik kami di tingkat 23 . kami ingin ke hotel lobby (tingkat 9) . Ketika kami hendak turun , di tingkat 19 , ada sekumpulan orang umno ( 10 - 15 orang ) meluru masuk ke dalam lif . sampai ke orang kedua terakhir , alarm full lif berbunyi . Saya pun berkata " cik , tunggu lif satu lagi, jgn push , anak saya ada kat sni" . Salah seorang daripada mereka yang tidak dapat masuk berkata " Kami nak pi bersidang ni , cik boleh tak kluaq sat ?" WOW , mereka mengarahkan kami (saya dan kluarga) kluar daripada lif , hanya untuk mereka yang sudah terlambat ingin bersidang ? saya berkata " Cik , atas dasar apa cik nak suruh saya kluar ?" makcik tua umngok jawab " ATAS DASAR NAJIB , PM SAYA DAN KAMU" . Sedikit pertelingkahan berlaku , sehingga kan , anak saya yang paling besar itu ditolak kluar . saya ada 3 anak , 2 laki 1 perempuan . yang paling besar adalah yang paling bongsu . namanya Atif . Atif ditolak oleh seorang pakcik UMNGOK ke luar lif . saya marah dan terus memaki makcik itu balik . Mereka berkata mereka seharusnya pergi bersidang tepat pukul 3 . hei , sewaktu itu sudah pukol 3.30 - 3.40 . Nampak sangat orang UMNGOK ni tak tepati masa . Isteri saya sudah keluar dan saya mengalah lalu memberikan mereka lif yang saya susah payah menunggu di tingkat 23 itu . Share cerita saya ini kepada semua orang agar semua orang tahu UMNGOK NI GUNAKAN NAMA PM UNTUK SEGALANYA . FUCK UMNGOK -Marwan-(bkn nama sebenar) |
Main sentimen Melayu tapi tanah dipijak milik ‘Umno’ – Anwar Posted: 02 Dec 2012 04:45 PM PST BATU PAHAT 3 NOV: Orang Melayu usah terpedaya dengan jarum politik Umno yang cuba menyalakan api perkauman melalui bait-bait lagu 'Warisan'. Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata lagu 'popular' Biro Tata Negara (BTN) sengaja diputar pada Perhimpunan Agung Umno untuk meraih simpati orang Melayu. "Menyanyi lagu 'anak kecil main api. Kemudian, (ada bait lagu) 'tanah dipijak milik orang". Milik orang mana? Milik pemimpin Umno! "Cuba tanya. Berapa harta Daim (Zainuddin). Berapa harta Najib Razak. Berapa harta keluarga Dr Mahathir? "Kemudian mahu cakap soal Melayu. Ini cakap pembohong dan penjilat," katanya depan lebih 15,000 rakyat pada Perhimpunan Kebangkitan Rakyat di Batu Pahat, Johor semalam.. Umno memperalat bait-bait lagu itu untuk dimomok kepada perwakilan parti itu hingga ada mereka menyangka hak Melayu terhakis jika Pakatan memerintah. Sedangkan, kekayaan negara dibolot segelintir pemimpin Umno dan kroni mereka. Anwar kesal kerana Umno sejak Perhimpunan Agung 1998 hingga kini hanya memaki dan memfitnah beliau tetapi mengabai isu dasar untuk kepentingan negara. "Sampai sekarang maki saya. Kenapa tak bincang ekonomi, kenapa tak kritik isu kontrak, balak dan tanah yang hilang? Mana Pemuda Umno? "Kamu fitnahlah banyak mana pun. Sekarang Umno sudah jadi parti yang tak relevan, yang hidup dalam penafian. Kasihan…" sindir Anwar. - http://www.keadilandaily.com/?p=40468 |
Undian PRU13 - Umno Pasti Terkedu Dengan Keputusan Ini Posted: 02 Dec 2012 05:02 AM PST |
Hak tanah rakyat dikembalikan sebaik Johor ditawan – Anwar Posted: 02 Dec 2012 04:00 AM PST BATU PAHAT 3 NOV: Pakatan Rakyat akan mengembalikan hak rakyat Johor ke atas tanah mereka yang dirampas sewenang-wenang sebaik negeri ini ditawan dalam Pilihan Raya Umum ke-13, kata Datuk Seri Anar Ibrahim. "Insya-Allah sebaik tawan Johor, kita sambut dengan kembalikan hak milik. Mandat diberi untuk pertahan hak rakyat. (Kalau) diambil, pampasan (kena) betul. Memang sukar tapi kita kena buat. "Yang diambil tanah orang kampung. Tak boleh ikut suka. Kena hormat proses. Satu kesilapan oleh pemerintah akan memudaratkan satu generasi," katanya. Ketua Umum KEADILAN itu berucap demikian depan 15,000 hadirin di Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Johor, di Parit Saleh Ros, Batu Pahat, malam tadi. Anwar antara lain merujuk isu bantahan penduduk Batu 5, Kampung Md Noor, dekat Seri Gading yang membantah kawasan perkampungan mereka dijadikan pusat pelupusan sampah. Kampung itu menggemparkan negara berikutan pendedahan Suara Keadilan apabila majorit penduduknya keluar Umno kerana tertipu dengan janji wakil rakyat yang mahu kononnya mahu menyelesaikan masalah itu. Isu tanah di Johor kritikal sehingga Pakatan pada 5 Mei lalu menuntut kerajaan negeri menyelesaikan segera tuntutan, permohonan dan pampasan pengambilan melibatkan puluhan kes. Antaranya isu pengambilan tanah di Pengerang, Felda Cahaya Baru Masai, Kampung Plentong Tengah, Sungai Balang, Bekok, Kampung Skudai Kiri dan puluhan lagi. "Dulu, orang Umno Johor kuat sokong saya. Tapi, adakah sokong untuk curi tanah? Sekarang siapa dapat? Syed Mokhtar yang banyak dapat. Pelabuhan Tanjung Pelepas, Pasir Gudang dan lain-lain. Tidak ada orang lainkah?" kata Anwar. Beliau juga kagum dengan kebangkitan rakyat di Johor berikutan sokongan sedemikian dulunya hanya berlaku di Kedah dan Kelantan yang sinonim dengan parti pembangkang. "Kalau di Kedah, di Kelantan, ramai sebegini tak pelik. Tapi puluh ribu hadir di Johor. Johor apa dah jadi ni? "Sebab apa? Sebab rakyat ada minat (terhadap Pakatan). Mereka menyatakan kegelisahan, kekecewaan dan harapan. Inilah yang dikatakan kebangkitan rakyat," katanya. http://www.keadilandaily.com/?p=40451 |
Posted: 02 Dec 2012 02:29 AM PST SHAH ALAM - Budaya lama Umno yang masih memikirkan habuan dan imbuhan yang bakal terlepas sekiranya tidak dipilih menjadi calon pilihan raya merupakan salah satu punca kepada perbuatan sabotaj yang berlaku dalam sesebuah parti. Hal ini, menurut Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, Prof Madya Dr Yusof Muhammad, masih berlaku dalam Umno - yang menjadi kerisauan Presidennya, Datuk Seri Najib Razak - masih berlaku dan terbukti berdasarkan pengalamannya sendiri. "Masalah sekarang, ketua-ketua bahagian hendak bertanding. Kalau tak diberi tempat dia sabotaj... saya pun aktif di bahagian, bila sabotaj ini, jentera tak akan turun habis. "Bila jadi ahli jawatankuasa bahagian ini, mereka fikir hendak dapat projek, jadi bila tidak dipilih ini, bila ramai-ramai ni (masa perhimpunan agung) semangatlah, tapi bila balik mula terfikir, apa yang saya dapat?" katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online hari ini. Semalam Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional berkata, Barisan Nasional (BN) akan memperoleh kemenangan kerusi dua pertiga jika ahli Umno sendiri tidak sabotaj terhadap parti itu dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). "Saya percaya bahawa musuh tidak kuat, saya percaya bahawa orang ramai akan memihak kepada Umno dan Barisan Nasional, yang saya khuatir, sikit... apa itu?" katanya. Kemudian sambung Najib "Sikit yang dikhuatiri itu, yang saya khuatir, soal kita, kita sesama kita (dalam parti)." Najib kemudian mengemukakan satu soalan cepumas kepada ahli-ahli Umno menjelang pilihan raya yang paling genting ini. Mengulas lanjut, Yusof berkata, budaya lama Umno ini perlu diperangi sekuat mungkin apatah lagi masa sudah suntuk kini. "Jangan bagi amaran sahaja, jika ada bukti terus sahaja pecat. Kalau bagi amaran sahaja tak akan jadi apa dalam keadaan kita hendak berperang sekarang," katanya sambil menambah, "kalau tak ada sabotaj, insya-ALLAH, mudah untuk Umno-BN menang dengan majoriti." Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Shamsul Adabi Mamat berkata, perkara paling penting kini ialah kebijaksanaan pemimpin tertinggi untuk meletakkan siapa 'winnable candidate' itu bagi mengelakkan daripada berlakunya sabotaj. "Kalau kita lihat zaman (bekas Presiden Umno dan Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir (Mohamad) dulu beliau amat bijak meletakkan calon, walaupun beliau meletakkan calon yang tidak dikenali di kawasan itu, beliau berjaya meyakinkan di peringkat bahagian. Ketua bahagian diberikan peranan lain," ujar beliau. Mengakui tidak ada mana-mana parti yang seratus peratus sempurna, Shamsul berkata, penerapan budaya politik dalam Umno yang berubah mengikut peredaran zaman adalah resepi Umno kejayaan parti itu yang harus dikekalkan. "Jika budaya (mengutamakan parti) dapat dikekalkan, itulah sebenarnya transformasi baru dalam parti itu sendiri untuk bergerak ke hadapan. Kepentingan diri menjadi nombor dua dan parti diutamakan," kata Shamsul. Beliau mengambil contoh bagaimana peralihan kuasa berlaku dari zaman Dr Mahathir kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi dan seterusnya kepada Najib. Ditanya mengenai keyakinan Najib bahawa Umno-Barisan Nasional akan menang majoriti dua pertiga dalam PRU13 nanti, Shamsul berkata, "jika tidak ada sabotaj, Umno-BN akan memperoleh kemenangan berganda." Anda mungkin juga meminati: |
Najib Terus Merayu Simpati Rakyat.. Posted: 02 Dec 2012 01:29 AM PST PM: Jangan kerana satu dua nyamuk, kelambu dibakar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meyakinkan rakyat dengan berkata bahawa kerajaan sedia ada boleh terus membuat perubahan demi tuntutan aspirasi rakyat dengan kerajaan yang sama, sekalipun telah memerintah 55 tahun. "Tidak semestinya sudah 55 tahun, bererti sudah sampai masanya untuk berubah (dasar dan kerajaan)? Adakah 55 tahun, masa untuk berubah. Ataupun kita memilih kesinambungan? "Dan kita melakukan kesinambungan. Saya menyambut apa yang Tun Dr Mahathir Mohamad buat yang melakukan proses pemodenan, Wawasan 2020 dan melakarkan proses negara maju. "Beliau mengumumkannya, saya mengisi visi itu... Sebab itu kita boleh (lakukan)... Kalau kita terjatuh, tak apa kita bangun balik," kata Najib sewaktu merasmikan perhimpunan agung Parti Progresif Penduduk (PPP) di ibunegara hari ini. Turut hadir ialah Dr Mahathir dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Dalam ucapannya Najib membidas pembangkang yang membawa slogan "Ubah" yang dianggapnya dalam sistem politik terbuka sebagai slogan "popular" semata-mata. Malah, Najib yang juga pengerusi BN mendakwa pembangkang tidak mempunyai "persefahaman fundamental" untuk mengurus rakyat dan negara dengan baik dan sekaligus tidak mahu nasib seperti rakyat di negara timur tengah yang berdepan dengan 'Arab Spring. "Tetapi (dalam) soal ubah, adakah kita mendapat yang terbaik. Sebagai contoh (rakyat)dalam (peristiwa) Arab Spring, mereka tidak merasai musim bunga, kerana masih dalam salji. "Musim bunga dan panas belum sampai. Ekonomi mereka terumbang ambing. Industri pelancongan dahulunya maju, hari ini lumpuh, kedai tak ada pelanggan. Pekerja hari-hari lap meja kerana tidak ada pelancong. "Nilai mata wang mereka jatuh, keselamatan tidak terjamin dan pelajar kita (dalam) kebimbangan," katanya. Oleh sebab itu, katanya, ucapan beliau sewaktu Perhimpunan Agung Umno beberapa hari lalu, beliau menegaskan kemenangan BN adalah untuk destini rakyat dan Malaysia pada masa akan datang. "Adakah mereka (pembangkang) mengambil berat Wawasan 2020... Mereka ada agenda tersendiri. "Sebab itu kita bercakap kepada rakyat, BN tidak akan membuatkan rakyat kecewa," katanya sambil mengakui BN sebelum ini ada kelemahan dan beliau memohon maaf, dan sekaligus telah membuat dengan lebih baik. Katanya, antara pencapaian yang dicapai ialah pertumbuhan ekonomi negara yang meninngkat, pertambahan pelaburan domestik, tersenarai 20 negara terbaik, dan destinasi beli belah yang keempat terkenal di seluruh dunia. "Jadi kenapa nak perjudian masa depan kita, dan masa depan generasi akan datang dengan risiko. "Undi untuk pembangkang, adalah undi untuk masa depan yang tak tentu. Undi untuk BN, adalah undi untuk masa depan yang lebih baik. "Sebagai PM, saya berjanji akan melakukan yang terbaik untuk negara kita, membantu dengan adil dan saksama supaya semua rakyat dapat faedah pada masa akan datang," katanya di hadapan kira-kira 4,000 perwakilan dan hadirin di Dewan Merdeka PWTC. Menurutnya lagi, kerajaan akan memastikan dasar-dasar kerajaan memenuhi aspirasi dan ia boleh dihayati rakyat. "Tetapi jangan kerana marah kepada nyamuk, kelambu dibakar. Jangan kerana satu, dua nyamuk, kita kata keseluruhan (dasar) tidak baik. Jangan! "Sebab kita dalam proses perubahan, dan ia sedang mengambil tempatnya. Dan perubahan ini dibawa oleh BN," katanya. Dalam ucapannya juga, Najib turut menggesa supaya setiap parti komponen berada dalam "sifar problem" termasuk soal dalaman parti bagi memastikan kesepaduan dan persefahaman BN menentang pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang. "Jika hubungan (sesama kita) tidak ada masalah besar, Insya-Allah BN akan menang besar dalam pilihan raya umum akan datang," katanya. Katanya, selepas perhimpunan agung Umno berakhir semalam, beliau menegaskan parti itu telah "bertenaga semula" untuk meneruskan perjuangan dalam pilihan raya itu. Bahkan, beliau juga berharap PPP juga berada dalam situasi yang sama bagi menjadikannya sebagai kekuatan kepada BN untuk memastikan "keberhasilan dan outcome yang tuntut oleh rakyat" dapat dicapai. http://www.malaysiakini.com/news/215722 |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan