Isnin, 3 Disember 2012

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Kemenangan Pro-A, Sokongan ‘Palsu’ Anak Muda - Pemuda PAS Negeri Sembilan

Posted: 02 Dec 2012 04:16 AM PST

KEMENANGAN Pro-A dalam Pilihanraya Kampus (PRK) baru-baru ini hanyalah imej 'palsu' sokongan anak muda yang ditonjolkan oleh UMNO/Barisan Nasional.
 
Ini kerana, PRK dijalankan dengan tidak telus dan sistem pengurusannya yang tempang dimana pihak universiti lebih berpihak calon-calon kampus yang pro kerajaan (BN).
 
Sebagai contoh, proses membuang undi di UIAM terpaksa dijalankan dua kali kerana proses undian  pertama mengalami masalah teknikal disebabkan kelemahan sistem e-undi yang dikendalikan oleh pihak universiti tersebut.
 
Selain itu, wujud budaya samseng semasa tempoh PRK, dan ugutan yang oleh calon Pro-M yang bertanding . Ada juga mahasiswa yang dipaksa membuang undi calon yang bukan pilihan mereka, jika tidak mereka akan diambil tindakan oleh pihak universiti.
 
Perkara ini tidak menjadi 'misteri' kerana Pakatan Rakyat telah mendedahkan Projek Ops2020 dalam Parlimen sesi yang lalu. Ia terbukti dirangka untuk memenangkan calon-calon kampus yang pro-kerajaan.
 
Soal keterbukaan berpolitik di kampus juga menjadi sandiwara BN. Pihak kerajaan bersikap double standard terhadap mahasiswa. Mana-mana mahasiswa yang cenderung kepada PR akan diambil tindakan tegas sedangkan membenarkan mahasiswa lain mengikuti program-program doktrinisasi BN di kampus.
 
Barisan Nasional khususnya UMNO perlu sedar bahawa Generasi Y kini lebih cenderung menilai kepada  agenda yang ditawarkan kepada mereka, bukannya mudah termakan dengan doktrin UMNO/BN.
 
Sebagai contoh, PR mempunyai political will (keazaman politik) yang tinggi menawarkan pendidikan percuma kepada mahasiswa. Sehingga sekarang BN masih takut malah menyatakan pelbagai helah terhadap pendidikan percuma.
 
Mohd Khairil Anuar Mohd Wafa
Ketua Pemuda Pas Negeri Sembilan


Sent from my BlackBerry®

Tiada ulasan: