Kelab Greenboc |
- Selangor Robohkan AES Minggu Ini
- Dasar Pemimpin UMNO Penipu, Seleweng Tanah Melayu, Cuba Salahkan Pakatan Rakyat
- Lautan Manusia Membanjiri Kebangkitan Rakyat Johor
- Laporan Polis Dibuat Terhadap Shahrizat
- [VIDEO] Saksikan Saat Sewaktu Pintu Kaabah Dibuka
- 1 Juta Ke Grand Finale Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Jan 2013
- Naib Ketua Wanita Umno Sabah Keluar Parti, Bakal Sertai KEADILAN
Selangor Robohkan AES Minggu Ini Posted: 03 Dec 2012 01:01 AM PST Kerajaan Selangor bertegas akan merobohkan dua kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dipasang secara haram di negeri itu dalam minggu ini. Gambar: Ronnie (kiri) bersama Exco Yaakob Sapari di lokasi AES di km 6.6 Jalan Kajang Puchong (SKVE). Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu berkata, Kementerian Pengangkutan hanya ada dua hingga tiga hari lagi untuk menanggalkan kamera tersebut. Menurut beliau, jika arahan itu gagal dipatuhi, kerajaan negeri menerusi Majlis Perbandaran Sepang (MPS) akan merobohkannya. "Kita beri masa dua hingga tiga hari lagi kepada kementerian untuk tanggalkan. Jika tidak, kita sendiri akan robohkannya. MPS akan turun untuk berbuat demikian. "Kita akan maklumkan kepada media sebelum ia dirobohkan. Ini bagi membuktikan ketelusan kerajaan negeri," katanya ketika dihubungi. Kerajaan Negeri sebelum ini menetapkan dua minggu kepada Kementerian Pengangkutan, bermula 12 November lalu untuk menanggalkan AES di Selangor. Ronnie berkata, dua kamera tersebut di Kajang yang dipasang di kilometer 6.6 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan di kilometer 301.6 menuju ke utara di Lebuhraya Utara-Selatan tidak mendapat kebenaran daripada Pihak Berkuasa Tempatan. |
Dasar Pemimpin UMNO Penipu, Seleweng Tanah Melayu, Cuba Salahkan Pakatan Rakyat Posted: 02 Dec 2012 11:35 PM PST UMNO Pulau Pinang telah membuat pembohongan besar dan tidak masuk akal serta bersifat benci kaum apabila mendakwa kononnya masyarakat Melayu Pulau Pinang telah dimangsakan melalui "pembersihan etnik melalui pemajuan hartanah". Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP, Zairil Khir Johari berkata, dakwaan liar dan bahaya itu telah dilaporkan oleh media yang memetik ucapan perwakilan UMNO Pulau Pinang Dato' Rahim Saibu sewaktu perhimpunan agung parti tersebut di ibu kota yang selesai semalam. Menurutnya, Rahim juga dipetik oleh media sebagai mendakwa "tiada ada sebiji pun" rumah mampu milik yang dibina oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang. "UMNO sememangnya tiada modal lain selain mengulangi fitnah-fitnah yang sama. Umum sudah mengetahui bahawa kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Pulau Pinang telah menyediakan tabung perumahan mampu milik yang berjumlah RM500 juta, iaitu tabung perumahan terbesar yang pernah diperuntukkan oleh mana-mana kerajaan negeri di Malaysia. "Selain daripada itu, kerajaan negeri Pulau Pinang juga giat berusaha untuk memenuhi keperluan perumahan bagi rakyatnya. Sejak tahun 2008, sebanyak 11,596 unit perumahan kos rendah dan kos sederhana rendah telah pun diluluskan untuk pemajuan oleh pihak swasta dan juga kerajaan negeri melalui agensi-agensinya," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Zairil berkata, tambahan kepada 11,596 unit tersebut, kerajaan negeri Pulau Pinang juga telah memperuntukkan 277 ekar tanah di serata negeri merangkumi setiap daerah untuk pembinaan 18,000 unit perumahan mampu milik baru, termasuk lebih kurang 1,320 unit yang akan dibangunkan di Jalan SP Chelliah di perkarangan pusat bandar George Town. Justeru, jelasnya, dakwaan bahawa kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang tidak memenuhi keperluan perumahan rakyat adalah tidak berasas langsung, dan sekadar fitnah UMNO Pulau Pinang yang cuba menutup penyelewengan lampau mereka. Menurutnya, Dato' Rahim sepatutnya akur bahawa penyelewengan tanah Melayu selama ini telah dilakukan oleh UMNO sendiri, seperti dalam kes Kampung Terang, Balik Pulau, di mana 10 ekar tanah yang dimiliki 31 orang pemilik Melayu telah dijual kepada syarikat kepunyaan dua pemimpin kanan UMNO negeri iaitu Dato' Musa Sheikh Fadzir dan Dato' Omar Faudzar. Beliau menambah bahawa tanah yang dibeli daripada pemilik-pemilik Melayu tersebut dengan jumlah harga RM8.6 juta kemudiannya telah dijual kepada sebuah pemaju swasta pada harga RM13.5 juta. Dalam erti kata lain, beliau menjelaskan bahawa dengan mengambil kesempatan ke atas pemilik-pemilik Melayu tersebut, Dato' Musa dan Dato' Omar telah mengaut keuntungan "atas angin" yang berjumlah hampir RM5 juta. "Bukankah ini contoh jelas penyelewengan amanah di mana tanah Melayu telah digadai demi keuntungan peribadi pemimpin-pemimpin UMNO, apatah lagi apabila orang Melayu dikatakan sudah ketandusan tanah khususnya di bahagian pulau? "Hakikatnya, sekiranya benar Melayu Pulau Pinang terjerut dalam keadaan tidak bertanah, bukankah ini salah pentadbiran UMNO-Barisan Nasional selama 50 tahun di Pulau Pinang? Tidak mungkin keadaan sebegini boleh terjadi dalam sekelip mata," kata Zairil. Beliau menegaskan bahawa dasar kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang adalah bertujuan bukan untuk meminggirkan kepentingan mana-mana masyarakat tetapi untuk menghapuskan gejala sosioekonomi seperti kemiskinan yang berlaku sejak zaman pemerintahan Barisan Nasional. Katanya, melalui Agenda Ekonomi Saksama, kerajaan Pakatan akan memastikan tiada satu pun keluarga di Pulau Pinang yang mempunyai pendapatan kurang daripada garis kemiskinan kebangsaan bagi Semenanjung Malaysia menjelang akhir tahun 2013. "Usaha ini adalah ekoran daripada kejayaan kerajaan negeri untuk membasmi kemiskinan tegar pada tahun 2009 setelah setahun mengambil alih pucuk kepimpinan negeri. "Jelas, dasar kerajaan Pakatan Rakyat adalah bertujuan untuk menjaga kepentingan rakyat dan bukan untuk menggadai kepentingan rakyat demi keuntungan diri sendiri," ujar beliau.– Roketkini |
Lautan Manusia Membanjiri Kebangkitan Rakyat Johor Posted: 02 Dec 2012 09:25 PM PST Lautan rakyat Johor kelmarin membanjiri Dataran Rakyat, Parit Haji Salleh Ros, Parit Raja sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Johor malam kelmarin. Walaupun pada awalnya disebelah petang terdapat sedikit hujan, namun kehadiran luar biasa ini menunjukkan semangat perubahan politik rakyat negeri ini. Program pada sebelah malamnya bermula dengan ucapan wakil-wakil badan bukan kerajaan NGO yang membawa agenda perjuangan hak rakyat. Antaranya termasuk NGO Anti-PPSMI, Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Gerakan Mansuh ISA (GMI), Hak Air Untuk Semua (Haus), Gabungan Menuntut Royalti Kelantan 'R', Persatuan Anak Peneroka Felda (Anak), Gabungan menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), NGO Pengerang, serta NGO alam sekitar dan Anti Lynas. Turut berucap menyemarakkan lagi himpunan kebangkitan rakyat malam tadi ialah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Tuan Haji Muhammad Sabu yang merupakan Timbalan Presedin PAS. Mereka telah memberi ucapan penutup sekaligus menjawab beberapa tuduhan - tuduhan songsang yang dikemukakan oleh Umno sepanjang perhimpunan agung parti itu. Oleh : Umar /nusajayakini Main sentimen Melayu tapi tanah dipijak milik 'Umno' – Anwar |
Laporan Polis Dibuat Terhadap Shahrizat Posted: 02 Dec 2012 07:20 PM PST Sebuah NGO kaum India yang merasa terancam dengan kenyataan Ketua Wanita Wanita Umno Shahrizat Abdul Jail berhubung dengan tragedi 13 Mei telah membuat satu laporan polis terhadap bekas menteri berkenaan. "Kenyataan Shahrizat itu jelas bermaksud untuk menakutkan kaum bukan Melayu. Apa yang beliu ingin nyatakan jika kaum bukan Melayu mengundi pembangkang akan menyebabkan UMNO hilang kuasa, dan rusuhan kaum seperti 13 Mei 1969 akan akan berlaku," tegas Ketua Tamilar Action Force (TAF) A Vethaamoorthy, lapor Freemalaysiatoday. Mengetuai kumpulan orang ahli, beliau membuat satu laporan polis di Balai Polis Sentul kelmarin, beliau berkata Shahrizat sepatutnya didakwa kerana menakutkan orang awam dan cuba mencetuskan perbalahan antara kaum. Shahrizat membangkitkan insiden 13 Mei di dalam ucapannya di perhimpunan Wanita Umno pada Rabu minggu lalu. Malaysiakini sebelum ini melaporkan, Datuk Seri Shahrizat Jalil dalam ucapan dasarnya, memberi amaran tentang kemungkinan berulangnya tragedi berdarah 13 Mei 1969 jika Umno kehilangan kuasa selepas pilihan raya umum akan datang. "Jika kita tidak lagi ditampuk kuasa, maka kestabilan politik negara akan goyang. "Pastinya kaum Melayu yang menjadi rakyat majoriti di negara kita tidak akan senang. "Saya bimbang dan khuatir ini mungkin akan membawa kepada ketegangan kaum yang boleh mengundang kembali tragedi 13 Mei 1969. "Mahukah kita melihat keadaan jijik tersebut berlaku lagi dalam negara kita? Kita pastinya tidak mahu," kata ketua wanita Umno itu dalam ucapan dasarnya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini. Shahrizat meminta delegasi Wanita Umno mencari jalan untuk mengatasi sebelum apa yang beliau katakan itu berlaku. "Dengan membuat kenyataan sedemikian rupa, ia menunjukkan betapa terdesaknya UMNI kini," kata Vethaamoorthy. Beliau menekankan tragedi 13 Mei sudah menjadi sejarah,dan pemimpin negara ini sepatutnya menyedari bahawa rakyat berhak memilih sesiapa yang mereka mahu di dalam pilihanraya. "Ia lansung tidak membantu dengan mengeluarkan kenyataan sedemikian ," tambahnya. Beberapa orang ahli parlimen Pakatan Rakyat termasuk M Kulasegaran dan Khalid Samad juga telah mengkritik Shahrizat, mememanggilnya sebagat "amat memalukan" dan menegaskan bahawa rakyat Malaysia kini lebih bersatu dari tahun 1969. |
[VIDEO] Saksikan Saat Sewaktu Pintu Kaabah Dibuka Posted: 02 Dec 2012 04:10 PM PST Dan dari mana sahaja kamu keluar, maka palingkanlah wajahmu ke arah Masjidil Haram. Dan di mana sahaja kamu (sekalian) berada, maka palingkanlah wajahmu ke arahnya, agar tidak ada hujah bagi manusia atas kamu, kecuali orang-orang yang zalim di antara mereka. Maka jangan kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Dan agar Aku sempurnakan nikmat-Ku atasmu, dan supaya kamu mendapat petunjuk." (SURAH AL-BAQARAH AYAT 150) Tafsiran ayat ini masih lagi berkisar mengenai pertukaran arah kiblat dari Baitul Maqdis ke Kaabah. Menurut kitab Tafsir al-Azhar, pangkal ayat ini adalah perintah khusus bagi Nabi Muhammad saw Kemudian dijelaskan sekali lagi kepada seluruh umat Nabi Muhammad saw supaya berpegang teguh dengan arah kiblat ini di mana sahaja mereka berada. Jangan diubah-ubah lagi dan ia juga tidak akan berubah selama-lamanya. Sama ada berada di tengah lautan, di puncak gunung ataupun di tengah gurun; carilah arah kiblat dan solatlah menghadap ke sana. Hal ini kerana penetapan kiblat itu sudah pasti diterima oleh manusia yang menjunjung tinggi kebenaran dan kesempurnaan agama. Rumah Allah yang pertama didirikan ialah Kaabah di Masjidil Haram, tempat seluruh umat Islam dari setiap pelosok dunia berkumpul setiap tahun untuk mengerjakan haji di dalam melaksanakan wasiat nenek moyang kita iaitu Nabi Ibrahim a.s. Pendek kata, tiada bantahan dan sanggahan daripada orang-orang yang berfikiran sihat tentang penetapan arah kiblat itu. Lain pula halnya dengan orang-orang yang zalim, kafir, bodoh dan berfikiran sempit. Mereka sentiasa membantah seperti kata kaum Yahudi: "Muhammad memutar kiblatnya ke Kaabah, padahal di sana berderet 360 buah berhala yang selalu dicela-celanya itu. Rupanya dia akan kembali kepada agama nenek moyang orang Quraisy." Manakala kaum Musyrikin pula berkata: "Dialihnya kiblat ke Kaabah kerana dia hendak menarik-narik kita atau telah insaf atas kesalahannya." Orang munafik di Madinah turut berkata: "Memang pendiriannya tidak tetap. Sekejap begini, sekejap begitu." Allah s.w.t. berfirman supaya jangan dipedulikan kata-kata itu dan jangan takut dengan serangan-serangan yang sedemikian. Tetapi takutlah hanya kepada Allah dan perintah Allah sahaja yang perlu dilaksanakan. Di akhir ayat ini, Allah swt membayangkan janji-Nya bahawa nikmat kiblat itu akan disempurnakan-Nya. Nikmat pertama ialah peralihan kiblat walaupun di Kaabah waktu itu masih ada berhala. Tetapi Allah swt berjanji lagi bahawa negeri itu (Mekah) akan berada di tangan umat Islam di mana pada masa itu Kaabah akan dibersihkan daripada berhala dan akan tetap buat selama-lamanya menjadi lambang kesatuan arah untuk semua umat Islam di dunia. Menurut sejarahnya, pada tahun ke lapan hijrah Mekah telah di takluk oleh umat Islam dan segala berhala telah dirobohkan dan dibuang dari Kaabah dan seluruh Masjidil Haram, juga di seluruh Tanah Hijaz dan tegaklah agama Allah dengan jayanya. Sebab-sebab turun ayat Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir yang bersumber daripada As-Suddi melalui sanad-sanadnya, dikemukakan bahawa turunnya ayat 150 Surah al-Baqarah ini berkenaan dengan peristiwa ini. Ketika Nabi Muhammad saw memindahkan arah kiblat dari Baitul Maqdis ke Kaabah, kaum Musyrikin Mekah berkata: "Muhammad dibingungkan oleh agamanya. Dia memindahkan arah kiblatnya ke arah kiblat kita. Dia mengetahui bahawa jalan kita lebih benar dari jalannya, dan dia sudah hampir masuk agama kita." Pengajaran 1. Kita sebagai hamba Allah yang beriman seharusnya redha dengan kewajipan yang disuruh oleh Allah swt dan melaksanakannya dengan taat tanpa sebarang alasan, walaupun kewajipan itu akan menyebabkan kita menderita di dunia.Ini kerana Allah swt telah berjanji bahawa kemenangan bagi orang-orang yang menjunjung perintah-Nya dan di akhirat nanti akan dibalas dengan syurga. 2. Berdosa besar bagi sesiapa yang mengubah-ubah perintah Allah, apalagi sesudah kewafatan Rasulullah saw iaitu penutup segala nabi-nabi, dan sesudah Allah swt berfirman bahawa telah disempurnakan agama dan dicukupkan nikmat kepada seluruh umat manusia. 3. Orang-orang kafir sentiasa berusaha untuk menentang agama Islam dengan mencari berbagai-bagai helah dan tipu daya untuk mengelirukan umat Islam. Oleh itu, berwaspadalah dengan mereka walau sebaik mana pun diri mereka, dan berusahalah untuk meningkatkan keimanan dan yakinlah dengan janji Allah. -mynewshub |
1 Juta Ke Grand Finale Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Jan 2013 Posted: 02 Dec 2012 07:03 AM PST Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mensasarkan sejuta orang turun ke Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kuala Lumpur, 12 Januari tahun hadapan. Beliau berkata, bagi mencapai sasaran itu, semua orang harus memainkan peranan menyampaikan maklumat berhubung himpunan yang merupakan kemuncak kepada himpunan-himpunan yang diadakan di setiap negeri. "Grand finale himpunan kebangkitan rakyat, kita akan bersama-sama turun ke Kuala Lumpur bagi menuntut pilihan raya yang bersih. "Yang ada depan saya ini, mesti sampaikan perkara ini kepada mereka yang tidak tahu, ajak mereka bersama-sama kita demi pilihan raya yang bersih," kata beliau sewaktu berucap di Himpunan Kebangkitan Rakyat di Parit Salleh Ros, Parit Raja, dekat sini malam ini. Sebelum itu, Ahli Jawatankuasa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menyeru perkara yang sama kerana mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan terus melakukan penipuan dalam pilihan raya bagi menyelamatkan Umno BN. "54 tahun Umno menipu kita, tuntutan Bersih tidak dipedulikan. Pilihan raya ini adalah pilihan raya yang akan ditipu. "Yang rakyat lawan bukan Umno atau BN tapi satu sistem yang dikeluarkan SPR untuk menipu rakyat. "Selagi SPR yang ada ini wujud, selagi itu pilihan raya akan ditipu," katanya di hadapan lebih 30 ribu hadirin. Himpunan malam ini merupakan himpunan yang ketiga selepas kali pertama di Seremban dan kali kedua di Kelantan. |
Naib Ketua Wanita Umno Sabah Keluar Parti, Bakal Sertai KEADILAN Posted: 02 Dec 2012 03:03 AM PST Naib Ketua Wanita Umno Bahagian Semporna hari ini meletak jawatan dan mengisytiharkan keluar parti berkuatkuasa serta merta. Kalasahan Abdul Salam berkata, tindakannya itu kerana hilang sepenuhnya keyakinan terhadap pemimpin Umno. "Saya mengambil keputusan ini kerana hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap kepimpinan Umno, khususnya terhadap Ketua Umno Bahagian Semporna yang juga Naib Presiden Umno, Datuk Shafie Apdal. "Terlalu banyak ketidaktelusan, skandal membabitkan wang rakyat dan moral serta budaya fitnah dalam pentadbiran Umno Bahagian Semporna," katanya pada pengumuman itu dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini hari ini disaksikan Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali. Menurut Kalasahan, kepimpinan Umno Semporna juga gagal membawa perubahan sebaliknya banyak masalah asas gagal ditangani. "Lihat saja kebanjiran pendatang asing tanpa izin, kekurangan bekalan air, ketidakstabilan bekalan elektrik, jalan raya yang berlubang dan berlopak, malah paling teruk, pencapaian pendidikan sekolah yang tercorot di Sabah," jelasnya. "Sebagai menteri yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pembangunan luar bandar, Shafie gagal secara total dalam melaksanakan tanggungjawabnya memajukan Semporna," tegas Kalasahan yang sedang mempertimbang untuk menganggotai KEADILAN. "Peletakan jawatan beliau di kala Perhimpunan Agung Umno sedang berlangsung merupakan tindakan berani. Kita mengalu-alukan kebersamaan beliau dalam menolak Umno bersama Pakatan Rakyat," kata Azmin. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan