MIMPI SENJA |
- Konvoi Oren desak polis tahan Ketua Pemuda Umno Jempol
- Perhimpunan 12 Jan tetap diteruskan walau tanpa permit - Hishammuddin
- Pesta Sex di Port Dickson - Tourism Malaysia terlibat???
- Rapat kemuncak #KL112 di Kampung Baru , 11 Jan 2013 - 5.00 ptg (hingga ke malamnya)
- Istilah 'God' perlu diganti dengan Tuhan bukan ALLAH
Konvoi Oren desak polis tahan Ketua Pemuda Umno Jempol Posted: 26 Dec 2012 07:55 PM PST Mohd Nizam secara terbuka mengaku mereka (Pemuda Umno Jempol) sejak awal lagi merancang mengadakan sekatan jalan pada lebih 30 tanah rancangan Felda sebaik sahaja mengetahui kehadiran Konvoi Oren. JEMPOL: Timbalan Pengarah Konvoi Oren 'Selamatkan Felda' Negeri Sembilan, Karip Mohd Salleh hari ini mendesak polis Jempol menahan segera Ketua Pemuda Umno Jempol, Mohd Nizam Aman kerana didakwa menjadi punca kekecohan Konvoi Oren di Felda Bukit Rokan Utara pada hari Ahad lalu. Kekecohan itu mengakibatkan dua peserta cedera dan cermin sebuah kenderaan pacuan empat roda dipecahkan oleh sekumpulan lelaki yang dipercayai penyokong Umno-Barisan Nasional. "Dalam laporan Sinar Harian edisi Negeri Sembilan semalam, Mohd Nizam secara terbuka mengaku mereka (Pemuda Umno Jempol) sejak awal lagi merancang mengadakan sekatan jalan di lebih 30 tanah rancangan Felda sebaik sahaja mengetahui kehadiran Konvoi Oren. "Seperti mana dakwaan saya semalam maka 'sudah terang lagi bersuluh'; Umno khususnya Mohd Nizam dan Umno Jempol lah yang merupakan punca keganasan berlaku ketika Konvoi Oren di Felda Bukit Rokan Utara. "Maka saya mendesak pihak polis menahan segera Mohd Nizam dan orang suruhannya yang terlibat dalam mengadakan sekatan jalan ketika Konvoi Oren berlangsung. "Dia (Mohd Nizam) sendiri dah mengaku, maka pihak polis harus mengambil tindakan segera dan tegas. Jika tindakan tegas tidak diambil, dikhuatiri selepas ini sesiapa sahaja termasuk parti politik atau organisasi lain akan turut mengambil tindakan sendiri dengan mengadakan sekatan jalan. "Tindakan ini seperti mencabar kuasa pihak polis. Maka polis harus bertindak tegas agar ia menjadi amaran kepada mana-mana pihak yang mengambil kuasa ditangan sendiri ," kata Karip. Mohd Nizam cakap belit-belit Ketika ditanya FMT berhubung dakwaan Mohd Nizam di dalam akhbar yang sama bahawa insiden kekecohan yang berlaku di Felda Bukit Rokan Utara pada hari Ahad lalu sebenarnya berpunca daripada tindakan provokasi peserta Konvoi Oren; Karip berkata: "Kenyataan Mohd Nizam memang berbelit-belit. Mereka buat sekatan jalan bukan di jalan persendirian atau jalan di dalam tanah rancangan Felda tetapi di jalan awam. "Sekatan jalan itu sendiri satu provokasi kerana menghalang pengguna jalanraya termasuk peserta Konvoi Oren ke Felda Jelai, Gemencheh atau Pasir Besar," katanya. Manakala, Naib Ketua PKR Jempol, T Kumar yang juga merupakan seorang peguam mengesahkan kepada FMT bahawa adalah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 339 Kanun Keseksaan jika seseorang menghalang atau menyekat pergerakan individu lain. Yang beria-ia membantah Umno bukan peneroka Felda Karip yang juga merupakan Ketua Cabang PKR Jempol, dalam nada sinis mengucapkan terima kasih kepada Mohd Nizam dengan pengakuan tersebut secara langsung terbukti bahawa pihak yang beria-ia membantah kehadiran Konvoi Oren ialah Umno dan bukan peneroka Felda terbabit. "Kenyataan terbuka Mohd Nizam ini dengan jelas membuktikan Umno yang beria-ia membantah Konvoi Oren dan bukannya peneroka Felda. "Patutlah di setiap lokasi sekatan jalan ramai sangat pemuda dan remaja berbanding mereka yang berumur (peneroka). "Saya harus berterima kasih kepada Mohd Nizam kerana kenyataan beliau menghantar mesej kepada umum bahawa sebenarnya Umno yang membuat sekatan jalan dan tidak benarkan kami masuk ke tanah rancangan Felda, bukannya peneroka Felda. "Kenyataan saya semalam dalam FMT selari dengan kenyataan Mohd Nizam di dalam Sinar Harian. "Saya harap mereka yang berada di luar Felda dan peneroka Felda yang tidak tahu cerita sebenar, kini tahu siapa sebenarnya yang menimbulkan huru hara di Felda Bukit Rokan Utara Ahad lepas," jelas Karip. |
Perhimpunan 12 Jan tetap diteruskan walau tanpa permit - Hishammuddin Posted: 26 Dec 2012 07:21 PM PST |
Pesta Sex di Port Dickson - Tourism Malaysia terlibat??? Posted: 26 Dec 2012 06:18 AM PST PUTRAJAYA, 26 Mei - Kementerian Pelancongan hari ini menafikan Tourism Malaysia terlibat dalam penganjuran pesta seks di Port Dickson, Sabtu lalu. Dalam satu kenyataan, kementerian itu kesal dengan tindakan sebuah syarikat yang menganjurkan pesta tersebut Sabtu lepas dan memberi gambaran salah bahawa ia disokong Tourism Malaysia. "Kementerian tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas syarikat tersebut. "Kementerian serta Tourism Malaysia tidak pernah menyokong kegiatan berkenaan atau memberi kebenaran untuk penggunaan logo pada acara tersebut. Kementerian juga tidak menyokong kegiatan yang berunsurkan gejala negatif walaupun ia berlandaskan pelancongan," katanya. Kementerian Pelancongan memandang serius perkara itu dan akan melakukan satu siasatan menyeluruh bagi mengelak insiden sedemikian terus berleluasa, sekaligus memberi persepsi buruk terhadapnya dan Tourism Malaysia. Sebelum ini, sebuah akhbar tabloid melaporkan polis berjaya menggagalkan penganjuran pesta yang dikenali sebagai 'Moon Soon Beach Party' di Port Dickson yang lengkap dengan pentas dan minuman keras. Penganjur pesta dikatakan mengguna nama sebuah hotel terkemuka dan Tourism Malaysia untuk menjual tiket secara dalam talian pada harga RM165 seorang. Malah pihak pengunjung disaran berbikini dan berseluar pendek sebagai tema pakaian pada malam penganjuran tersebut. Walaubagaimanapun pesta seks yang dirancang sekumpulan remaja diberkas pihak polis, yang dilengkapi dengan pentas dan sistem pembesar suara dihidangkan dengan minuman keras. |
Rapat kemuncak #KL112 di Kampung Baru , 11 Jan 2013 - 5.00 ptg (hingga ke malamnya) Posted: 26 Dec 2012 03:01 AM PST RAPAT KEMUNCAK MENGIRA DETIK #KL112 Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) hari ini melancarkan Jelajah Anak Muda Mobilisasi #KL112 – 1 Juta Rakyat. Siri jelajah yang merangkumi 12 venue di seluruh negara yang mengandungi pelbagai program menumpukan mobilisasi anak muda untuk merealisasikan 1 juta rakyat turun bersama dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat yang jatuh pada tanggal 12 Januari 2013 bertempat di Kuala Lumpur. Himpunan 12 Januari 2013 atau #KL112 akan mencipta sejarah himpunan perpaduan rakyat terbesar dalam negara, dengan menampilkan seluruh tuntutan yang tidak dipeduli oleh regim pemerintah. Maka rakyat hadir dari pelbagai lapisan masyarakat menunjukkan manifestasi berbentuk kemarahan secara aman. Bagi tujuan melancar mobilisasi yang ampuh, satu rapat Kemuncak mengira detik #KL112 akan diadakan bagi tujuan menimbulkan mood 'pesta tuntutan rakyat' dan memberikan pengarahan terakhir agar himpunan majoriti peserta himpunan memahami pengarahan untuk esoknya dan menjamin kelicinan dan kejayaan himpunan. Dengan ini diumumkan ; RAPAT KEMUNCAK MENGIRA DETIK #KL112 Jumaat 11 Januari 2013 8.40 malam (acara bermula 5 petang) Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, Kuala Lumpur Selaku penganjur SAMM dan SMM sudah mendapat persetujuan jawatankuasa induk Hari Kebangkitan Rakyat yang akan turut menjadi penganjur bersama. Selain persembahan dan penampilan ramai pimpinan pemuda, artis muda akan muncul juga pimpinan utama PR seperti Anwar Ibrahim, Tuan Haji Mohamad Sabu turut akan dijemput TG Haji Abdul Hadi Awang TG Nik Abdul Aziz, Lim Guan Eng dan lain-lain pimpinan. Nantikan juga penampilan istimewa Ustaz Azhar Idrus pada program kuliah di sebelah petang. Selain itu program akan bermula sejak petang akan menampilkan wakil mastarakat tertindas yang muncul menyuarakan masalah mereka terdiri dari suri rumah, pekerja kilang, pemandu teksi, pekerja swasta, mahasiswa, penganggur, profesional muda dan ramai lagi. Ini akan menjadikan rapat lemuncak mengira detik #KL112 ini benar – benar pentas rakyat yang memulakan mood pesta tuntutan rakyat. Rapat mengira detik juga akan menjadi lapangan sambutan bagi peserta himpunan yang datang jauh dari luar Kuala Lumpur. Mereka dinasihatkan datang awal untuk mengelakkan kesesakan. Sekian, Adam Adli Pengarah Bersama Jelajah Mobilisasi Ke Arah 1 Juta #KL112 Yasir Sheikh Abd Rahman Pengarah Bersama Jelajah Mobilisasi ke Arah 1 juta #KL112 Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=41778 |
Istilah 'God' perlu diganti dengan Tuhan bukan ALLAH Posted: 26 Dec 2012 02:30 AM PST |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan