Sabtu, 15 Disember 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Karpal Menambah Luka Umno..

Posted: 14 Dec 2012 11:01 PM PST

PAS sekutu penting dalam Pakatan, kata Karpal

Pengerusi kebangsaan DAP, Karpal Singh hari ini menyatakan penghargaan secara terbuka ke atas kerjasama PAS dalam Pakatan Pakatan Rakyat.

Karpal menyifatkan PAS sebagai "sekutu penting" yang "berprinsip tegas" walaupun kadang kala berbeza pandangan dengan DAP.

"PAS adalah sekutu penting dalam Pakatan Rakyat. Kita mungkin ada pandangan berbeza dengan PAS tetapi PAS adalah parti yang berprinsip tegas dan parti yang DAP sangat percayai di samping
PKR," katanya.


Beliau turut mengulangi pendirian DAP yang menyokong ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai bakal perdana menteri Malaysia sekiranya Pakatan Rakyat memerintah negara.

"DAP menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri Malaysia," kata Karpal ketika menyampaikan ucapan dasar di Kongres ke-16 parti itu di Pulau Pinang, pagi ini.


Tiba-Tiba Umno Jadi Sayang Giler Kat Karpal Singh..

Posted: 14 Dec 2012 07:52 PM PST

Utusan Meloya akhbar Umno/BN yang selama ini begitu benci dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh, kini berubah 360 darjah dan seolah-olah jatuh kasih dan sayang kepadanya.

Utusan heboh menyiarkan berita kononnya ada konspirasi untuk menyingkirkan Karpal dari kedudukannya itu dan didalangi sekumpulan pemimpin DAP . Biasalah itu.

Kalau tidak apa guna ada pemilihankan? Itu adalah perkembangan sihat dalam sesuatu organisasi yang demokratik dalam memilih pucuk pimpinan.Itu hal dalaman dan perlembagaan parti tersebut membenarkannya.


"Semua orang dalam DAP adalah sama. Pemimpin dipilih berdasarkan kekuatan peribadi mereka, " jelas Karpal Sigh di sini

DAP berani , tidak seperti mana Umno yang penakut dengan pemilihan jawatan parti.

Najib, yang menang tanpa bertanding bagi tempoh pemilihan parti 2008-2011, menundakan pemilihan parti hingga Oktober 2013 nanti, konon atas alasan untuk mengelak perpecahan dikalangan ahli!

Inilah padahnya bila parti bergelumang dengan gejala rasuah dan pemimpin tidak mahu bertindak serius untuk menghalangnya.Malah gejala tersebut semakin subur dalam Umno.

Ini bukti jelas hingga Umno terpaksa menangguhkan pemilihan kerana rasuah dalam parti sudah tidak dapat dibendung atau dikawal, sehingga proses untuk memilih pemimpin seperti yang di benarkan oleh perlembagaannya sendiri itu pun sudah tidak mampu dilaksanakan kerana rasuah akan menguasai suasana pemilihan.

Perbalahan dalaman sudah pasti akan berlaku dalam pemilihan Umno dan ia sudah sukar dibendung kerana sudah menjadi darah daging mereka.

Mereka menggunakan banyak wang untuk kempen tikam menikam di kalangan mereka sendiri untuk tujuan peribadi, kedudukan mereka dan mengkayakan diri masing-masing.

Umno jelas sekali parti yang sudak rosak kerana rasuah, masih nak harapkan Umno hapuskan rasuah dalam negara? Maka apa perlunya ada dalam perlembagaan parti fasal yang membenarkan untuk mengadakan pemilihan?

Lebih baik tukar perlembagaan dan jadikan semua jawatan yang ada itu dikekalkan untuk seumur hidup! Ha! ha! itulah Umno.Patut sangat rakyat beralih kepada PAS.

Kita patut ucapkan syabas kepada DAP kerana berani mengadakan pemilihan Kongres Kebangsaan ke-16 esok.

Walau bagaimanapun, konvensyen itu bukan untuk memutuskan menggulingkan Karpal sebagaimana dakwaan Utusan Meloya.

Difahamkan, Konvensyen adalah untuk memilih Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC). Seramai 2,500 perwakilan di seluruh negara akan membuang undi mereka untuk 66 calon, senarai yang dikecilkan daripada 103 nama-nama yang pada mulanya dikemukakan untuk bertanding 20 jawatan dalam CEC. 10 ahli lagi akan dilantik oleh lembaga yang dipilih.

http://alhusseyn51.blogspot.com/2012/12/rupa-rupanya-umno-sayang-karpal-singh.html


Menteri kata siswa bebas berkempen, jadi calon

Posted: 14 Dec 2012 06:17 PM PST

Pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) bebas melibatkan diri dalam aktiviti parti-parti politik di luar kampus termasuk menjadi calon pilihan raya umum, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, malam tadi.

Beliau berkata ini berikutan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang membenarkan penglibatan mahasiswa secara langsung dalam aktiviti dan parti politik di luar kampus tanpa sebarang sekatan.


"Kalau rasa yakin boleh menang (dalam pilihan raya), pelajar boleh menjadi calon mana-mana parti. Ini merupakan satu pengiktirafan kerajaan kepada mahasiswa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pemimpin Pelajar 2012 dan pelancaran Program Pensijilan 1Citizen di Putrajaya.

Mohamed Khaled berkata langkah membenarkan pelajar menjadi calon pilihan raya menunjukkan kepercayaan dan pengiktirafan kerajaan terhadap kemampuan dan keupayaan mahasiswa berfikir, bertanggungjawab serta membuat keputusan dengan matang demi menentukan masa depan mereka.

Bagaimanapun, beliau menegaskan pelajar tidak dibenarkan langsung membawa politik mana-mana parti ke dalam kampus.

Mohamed Khaled turut menyaran mahasiswa supaya mempertahankan keharmonian kampus sebagai entiti bebas politik kepartian dan kekal neutral bagi mencapai aspirasi dan matlamat pendidikan serta tujuan keberadaan di IPT.

"Persekitaran kampus yang neutral perlu dipelihara untuk melahirkan mahasiswa yang dapat memperluas dan meneroka daya pemikiran yang kritikal, membina minda dan keupayaan intelektual mereka sendiri sekali gus dapat menerapkan budaya kesarjanaan di kalangan mereka," katanya.

Sementara itu, beliau berkata Konvensyen Pemimpin Pelajar IPT merupakan wahana pembangunan dan penjenamaan fungsi, peranan serta kaedah strategik bagi meningkatkan kecekapan, tanggungjawab dan hala tuju pemimpin pelajar IPT di negara ini.

Program Pensijilan 1Citizen merupakan pogram latihan yang dibangunkan khas untuk memupuk perpaduan negara dan masyarakat pelbagai kaum melalui penggunaan teknologi secara berhemah.

- Bernama


50 Ribu Sertai Himpunan Kebangkitan Rakyat Terengganu Malam Tadi..

Posted: 14 Dec 2012 03:02 PM PST

(Orang ramai memenuhi Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) Terengganu di Kuala Paka - Foto Nurulslah)

DUNGUN: Kehadiran 50,000 orang rakyat negeri ini pada Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Negeri Terengganu membuktikan mereka mahukan perubahan pada Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Muhyiddin Abdul Rashid yang dimaklumkan jumlah mereka yang menyertai himpunan seramai itu menyifatkan rakyat bersedia melakukan perubahan nanti.


"Dengan kehadiran seramai ini, ia membuktikan rakyat mahukan perubahan di Terengganu. PAS Terengganu yakin dan bersedia untuk menumbangkan Umno dan BN," tegasnya.

Menurutnya, pemimpin Umno negeri kini semakin angkuh dengan rakyat termasuk merampas tanah yang telah diberikan oleh kerajaan PAS negeri sebelum ini.

"Bagaimana kerajaan PAS telah lulus tanah untuk Sekolah Agama Al-Bayan di Paka tapi kerajaan Umno telah rampas semula tanah tersebut dan serahkan tanah tersebut kepada JKKK dan isteri mereka," ujarnya.

Beberapa NGO termasuk dari kumpulan pendesak menuntut Royalti, 'R', membentangkan kes mereka kepada orang di perhimpunan ini.

Antara yang awal memberikan ucapan adalah bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil. Beliau menceritakan kecelaruan yang berlaku dalam Umno sekarang.

Himpunan kali ini adalah yang ke 7 selepas Seremban, Kota Bharu, Batu Pahat, Alor Setar, Melaka dan Pahang.

Esok, himpunan PAS Ganti Umno (PGU) pula akan diadakan di tapak yang sama.

Menurut wartawan Harakahdaily di tapak perhimpunan, kira 50,000 rakyat sudah hadir untuk mendengar amanat pimpinan.

Antara yang berucap wakil anti Lynas, wakil Anak, wakil royalti pusat dan Terengganu, wakil waris, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil, Datuk Saifuddin Nasution, Eng Chai Heng (DAP Terengganu), Azan Ismail (PKR Terengganu).

Turut akan berucap malam ini adalah Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Umno makin angkuh dengan rakyat, bagaimana kerajaan PAS telah lulus tanah untuk sekolah agama al Bayan di Paka, tapi kerajaan Umno telah rampas semula tanah tersebut dan serahkan tanah tersebut kepada JKKK dan isteri mereka.

"Mereka pecahkan kepada 5 lot banglow untuk JKKK, pejabat tanah maklumkan ia diluluskan melalui campur tangan orang Umno," kata Muhyidin dalam ucapannya lagi.

Di Setiu pula, katanya, 100 keluarga petani yang buka tanah sejak 36 tahun lalu seluas 200 ekar telah dirampas oleh Umno dan dijadikan jelapang padi negeri dengan keluasan 1000 ekar.

"Penduduk lansung tidak diberi pampasan hasil usaha mereka yang hampir 40 tahun..kezaliman Umno terserlah," katanya.


Zainuddin Maidin Memang Tolol..

Posted: 14 Dec 2012 08:06 AM PST

Zainuddin Maidin ingat dia hebat dan cerdik apabila menggunakan kalimah pengkianat untuk BJ Habibie dan DSAI, tetapi sebenarnya kalimah itu menunjukkan dan mengesahkan dia memang bodoh dan tolol.

TOLOL kerana kalimah pengkianat pernah digunakan oleh penjajah untuk Dato Maharajalela yang dikatakan memberontak sedangkan sebenarnya Dato Maharajalela mempertahankan tanah airnya dari penjajah.

Demikianlah juga kalimah pengkianat yang digunakan oleh Zainuddin Maidin ini menunjukkan dia masih lagi leka dengan ulikan penjajah yang tidak mahu ada orang yang menentang mereka. Dasar penjajah pernah diteruskan oleh Suharto di Indonesia dan UMNO di Malaysia. Jadi mengatakan BJ Habibie mengkianati Suharto bermakna mengkianati penjajah, dan mengatakan DSAI mengkianati UMNO membawa maksud yang sama. Di sinilah TOTOLnya Zainuddin Maidin!


Zainuddin Maidin atau Awang selamat pernah mencetuskan rasa tidak senang kerajaan Thailand kerana mengkritik TV negara itu menyiarkan tazkirah TGNA. Zainuddin Maidin juga pernah menunjukkan kebodohan kepada dunia melalui temuramah Al Jazira ketika BERSIH 0. 1. Sungguhpan Zainuddin cuba menampilkan gaya seorang Profesor ketika menulis dan bercakap tetapi isinya kosong, tiada fakta, yang ada cuma auta.

Dalam penampilannya yang nampak hebat rupa rupanya dia hanya mendedahkan satu fakta yang bertentangan dari apa yang dia sebut. Pengkianat yang ditujukan kepada BJ Habibie itu rupa rupanya penyelamat, kerana kalau bukan kerana BJ Habibie mengkianati Suharto, Indonesia mungkin sudah bangkrap sekarang ini, Kalau bukan BJ Habibie yang membuka jalan kepada pilihanraya yang bebas dan adil, maka sampai hari ini pilihanraya Indonesia akan dimanupulasikan oleh Suharto dan kuncu kuncunya.

Oleh itu, Zainuddin tidak menyedari tuduhannya itu hanyalah satu percubaan mempertahankan pemerintahan yang korup dan mengatakan seorang yang berjasa kepada ratusan juta rakyat Indonesia hanyalah menyerlahkan ketololannya, apatah lagi pidato BJ Habibie mendapat sambutan ramai pencinta pencinta keadilan dalam negara.

Itu pasal BJ Habibie. Bagaimana pula DSAI?DSAI juga pengkianat di kaca mata Zainuddin. Pengkianat kepada siapa?kepada rakyat Malaysia kerana Beliau menjadi agen yahudi?atau mahu menjual negara yang dipertahankan oleh orang orang seperti Zainuddin?Inilah ketololan Zainuddin yang amat nyata, kerana pengkianatan DSAI selama hari ini hanyalah pengkiantan kepada Mahathir dan UMNO serta orang orang yang sedang menerajui negara sekarang ini yang satu masa dulu duduk dibawah telunjuk DSAI. Mana mungkin DSAI mahu jual negara?mana mungkin DSAI agen yahudi?sedangkan yang jual minyak sawit kepada Israel ialah FELDA, siapa milik FELDA?yang mendapat khidmat nasihat APCO ialah kerajaan Malaysia, siapa kerajaan Malaysia?DSAI?TOLOL!

Benarlah kata orang kalau tidak bercakap orang tidak tahu, tetapi apabila bercakap, memang sahlah dia ni TOLOL!!!!


PRU13 - Gula-Gula Khas Dari Najib Untuk Tentera

Posted: 14 Dec 2012 06:30 AM PST

PM dijangka umum program penambahbaikan kualiti hidup bekas tentera esok

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka mengumumkan program penambahbaikan kualiti hidup bekas tentera pada majlis pengiktirafan Veteran 1Malaysia di Kuala Kangsar, Perak, esok.

Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Muhammad Abdul Ghani berkata, program berunsurkan kebajikan dan pertolongan itu adalah tanda penghargaan dan prihatin kerajaan terhadap jasa dan pengorbanan bekas tentera selama ini.


Seramai 30,000 bekas tentera dijangka hadir pada program itu di Sekolah Menengah Clifford, Kuala Kangsar, pada pagi esok, katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur, hari ini.

Program tersebut dianjurkan bersama PBTM, Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) dan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV).

"Kita harapkan bekas tentera dapat hadir ke majlis tersebut sebagai tanda sokongan berterusan kepada Perdana Menteri dan juga kepada kerajaan yang sentiasa menjaga kebajikan bekas tentera, " katanya.

Muhammad berkata, 350,000 bekas tentera yang berpencen dan tidak berpencen di negara ini perlu mentranformasikan diri dari status seorang pahlawan kepada usahawan seiring dengan peredaran masa.

Beliau berkata, bekas tentera perlu agresif dalam meningkatkan taraf hidup mereka dengan menyertai pelbagai program keusahawanan tanpa terlalu bergantung kepada kerajaan untuk memajukan diri.

Sementara itu di Kota Kinabalu, Sabah, Jabatan Penerangan Sabah memaklumkan bahawa Perdana Menteri akan mengadakan lawatan kerja sehari ke Sandakan, Ahad ini.

Dalam program itu, Najib akan menghadiri majlis bersama rakyat Parlimen Batu Sapi di Kampung Lupak Meluas, Jalan Batu Sapi, Sandakan, pada sebelah pagi.

Selepas itu, beliau dijangka merasmi Kongres Parti Liberal Demokratik (LDP) serta Persidangan Pemuda dan Wanita LDP di Pusat Konvesyen di Four Points By Sheraton, Sandakan.

Perdana Menteri juga akan menghadiri majlis makan tengah hari dengan Jawatankuasa Antara Gereja dan badan bukan kerajaan (NGO) yang lain di tempat yang sama sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.

- BERNAMA



Panas !!! Robert Phang Akan Saman Musa Hassan

Posted: 14 Dec 2012 04:54 AM PST

Tan Sri Robert Phang mengesahkan beliau akan menyaman bekas ketua polis negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan, berkenaan dengan dakwaan beliau berkenaan dengan dalahlaku semasa Phang menjadi ahli panel penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Phang memberitahu The Malaysian Insider beliau bersetuju untuk memfailkan saman berikutan tuduhan Musa itu.

"Ya, saya pasti saman dia," katanya dalam temubual eksklusif oleh The Malaysian Insider semalam. "Dia merosakkan reputasi saya.


Saya sudah bincang dengan peguam saya.

"Saya dah tunggu tiga hari tetapi masih tidak ada apa-apa, jadi saya terus akan failkan saman," katanya.

Musa, yang kini sering disebut-sebut namanya kerana pendedahan terhadap penyalahgunaan kuasa di dalam badan polis, menuduh Phang mengarahkan seorang pegawai polis senior untuk mempercepatkan projek yang dikatakan mempunyai kepentingan dengannya.

"(Phang)mengugut pegawai tersebut, jika tidak meluluskan (projek tersebut), beliau akan dipindahkan dalam masa 24 jam," dakwa Musa.

"Jika seseorang rakyat biasa boleh mengugut anggota polis, beliau mesti mempunyai kuasa dalam polis."

Projek pada tahun 2009 yang didakwa untuk meningkatkan sistem komunikasi analog yang digunakan PDRM kepada sistem digital Motorola, menurut Musa bernilai jutaan ringgit.

Beliau berkata pegawai yang dipindahkan itu adalah pakar dalam bidang komunikasi, yang jawatannya "lebih tinggi" dari Penolong Ketua Polis (ACP), seorang datuk dan masih lagi anggota polis.

Apabila membuat dakwaan tersebut, Musa mengatakan beliau cuma mahu mendedahkan penyalahgunaan kuasa itu setelah Phang mendakwa bekas KPN tersebut bersekongkol dengan sindiket jenayah.

"Saya tidak mahu malukan sesiapa, tetapi orang yang memalukan saya, tetapi ini bukan balas dendam," katanya lagi.

Tetapi Phang berkata, berdasarkan penghakiman oleh Hakim Supang Lian di Mahkamah Kota Kinabalu semasa perbicaraan Datuk Ramli Yusuff, hakim itu berkata menurut Phang, Musa adalah seorang yang tidak boleh dipercayai.

"Kalau mahkamah pun dulu kata macam tu, saya nak kata apa lagi?" kata Phang lagi.

Menurut Phang, seorang lagi bekas KPN, Tun Haniff Omar, juga sudah menjawab dan menafikan tuduhan Musa bahawa Phang merupakan penasihat beliau.

Dalam kenyataannya di Free Malaysia Today semalam, Haniff mengesahkan kenyataan Phang bahawa beliau tidak pernah melantik ahli perniagaan itu sebagai penasihat polis.

"Saya tidak pernah mempunyai penasihat. Tetapi ramai yang menasihati saya tentang jalan yang mana tidak sesak, kedai mana untuk beli-belah.

"Jika Musa mendakwa Phang berkata bahawa beliau adalah penasihat saya, itu antara mereka berdua," kata Haniff dalam laporan di dalam portal berita tersebut.

Phang juga menafikan bahawa beliau menentang Mywatch, sebaliknya berkata masalah utamanya ialah Musa menggunakan badan bukan kerajaan (NGO) itu sebagai platform semata-mata.

"Saya tidak ada masalah dengan Mywatch, cuma Musa menggunakan Mywatch sebagai platform untuk dirinya," kata Phang.

"Dia mahu dilihat dan didengari semula oleh orang ramai, sebab itu beliau mengalami withdrawal syndrome, jika begitu, saya cadangkan beliau untuk berjumpa pakar sakit jiwa dan dapatkan perubatan, kalau tidak ia tidak elok untuk kesihatannya.

"Saya mendoakan beliau cepat sembuh," kata Phang lagi.

Phang beberapa hari lalu enggan untuk memohon maaf kepada Musa kerana menggaitkan MyWatch dengan sindiket jenayah, dan berkata beliau bersedia untuk bertemunya di mahkamah.

Musa mendesak beliau memohon maaf dan memberikan tempoh selama tiga hari untuk Phang atau tindakan undang-undang diambil kerana pertuduhan Phang terhadap MyWatch. - TMI


Utusan Dan Azeez Kantoi Lagi..

Posted: 14 Dec 2012 01:13 AM PST

Semua Ketua Rombongan dilantik Duta Khas Palestin bukan Ketua Putera UMNO seorang sahaja

KUALA LUMPUR: Sehingga kini beratus orang mungkin telah dilantik sebagai Duta Khas Palestin dari seluruh dunia dan salah seorang dari mereka adalah Datuk Abdul Azeez Rahim, Ketua Putera Umno Malaysia.

Kerana berbangga dengan perlantikan itu, akhbar Umno telah membuat laporan muka depan tentang perlantikan Abdul Azeez, Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia itu.

Antara laporan itu, Utusan memaklumkan, perlantikan itu satu pengiktirafan buat Malaysia yang pertama kali dilakukan.


Namun sebelum perlantikan Abdul Azeez, kira-kira 50 orang dari seluruh dunia telah menerima perlantikan yang sama pada 4 Syawal lalu.

19 dari mereka adalah rakyat Malaysia yang datang ke Gaza atas nama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).


Salah seorang penerima itu, Dr Fauzi Zakaria berkata, beliau dan kira-kira 50 lagi ditanya apakah mereka mahu memperjuangkan nasib rakyat Palestin sebelum diberikan watikah sebagai Duta Khas itu.


(Dr Fauzi menunjukkan sijil Duta Kehormatnya yang diberikan oleh kerajaan Palestin pada 22 Ogos 2012 lalu)

Selepas berkata setuju, mereka diminta berbaiah (berikrar) dengan nama Allah akan memperjuangkan nasib rakyat Palestin.

Selepas itu, mereka dianugerahkan sijil berupa perlantikan sebagai Duta Khas itu sebagaimana surat yang diterima Abdul Rahim yang dilaporkan akhbar Umno itu hari ini.

"Kami dah terima perlantikan itu 4 Syawal (22 Ogos 2012) iaitu kira-kira empat bulan lalu lagi, tetapi kerana bukan pemimpin Umno, tak adalah muka kami masuk muka depan Utusan," kata Fauzi kepada Harakahdaily.

Menurutnya, pelbagai NGO dari seluruh dunia datang ke Gaza untuk membantu rakyat Palestin.

"Biasanya ketua rombongan atau ketua NGO yang datang akan dilantik sebagai Duta Khas Palestin ini," katanya.

http://paspb2.blogspot.com/2012/12/azeez-utusan-kantoi-semua-ketua.html


Tiada ulasan: