Kelab Greenboc |
- NGO Desak Najib, Rosmah, Nazim Disiasat Ekoran Pendedahan Deepak
- Deepak Lari Ke Myanmar, Tulis Buku Dedahkan Penglibatan Rosmah Dalam Kes Bunuh Altantuya
- [VIDEO & GAMBAR] 50 Ribu Di HRK Terengganu, BN Bakal Tumbang PRU13
- Pendedahan Deepak - Kenapa Engkau Membisu Wahai Najib, Wahai Rosmah?
- [VIDEO] Penduduk Bantah Roboh Surau An-Nur Penjara Pudu
- Bersih 2.0: Kerajaan Diperintah Bayar RM70,000 Kepada Mahfuz & Salehuddin Setiap Seorang
- Kajian: AES Terbukti Hanya Kaut Untung
NGO Desak Najib, Rosmah, Nazim Disiasat Ekoran Pendedahan Deepak Posted: 15 Dec 2012 01:16 AM PST NGO Jingga 13 mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor serta adiknya Datuk Mohammad Nazim Razak disiasat mengenai pendedahan terbaru yang dibuat ahli perniagaan Deepak Jaikishan. Ini kerana Deepak dilaporkan mendakwa ketiga-tiga individu tersebut terlibat dalam usaha merangka Akuan Bersumpah Kedua (SD2) yang dilakukan penyiasat persendirian P Balasubramaniam. SD2 merupakan satu dokumen yang berkait rapat dengan kes pembunahan wanita Mongolia Altantuya Sharibuu pada Oktober 2006. Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa berkata, satu siasatan wajar dilakukan berkaitan pendedahan Deepak mengenai penglibatannya untuk membuat SD2 yang bertujuan untuk menyekat pendedahan yang lebih besar. Oleh itu Fariz berkata Polis dan Peguam Negara didesak supaya membuka balik kes pembunuhan yang ternyata wujud saksi baru di dalam kes itu. "Penglibatan Najib dan Rosmah dalam kes tersebut perlu diambil tindakan dengan serius oleh pihak polis. "Satu tindakan salah guna kuasa dan rasuah bagi tujuan perbuatan menutup jenayah yang dilakukan oleh mereka," katanya ketika ditemui di luar Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi hari ini. Beberapa portal berita telah menyiarkan pendedahan terperinci Deepak yang mengatakan beliau mengaku bercakap dan bertemu Najib dan Rosmah di kediamannya bagi mencari jalan untuk berjumpa Balasubramaniam. Perjumpaan tersebut bertujuan membatalkan pengakuan bersumpahnya yang pertama (SD1). Deepak mendakwa Nazim dihantar bagi mewakili Najib dan perbincangan dilakukan termasuk merasuah Balasubramaniam bagi membatalkan SD1 dan membuat SD2 di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Selain itu, Deepak turut memaklumkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil beliau untuk disiasat namun beliau menyatakan SPRM lebih berminat untuk menutup kes tersebut dan tiada tindakan diambil. |
Deepak Lari Ke Myanmar, Tulis Buku Dedahkan Penglibatan Rosmah Dalam Kes Bunuh Altantuya Posted: 14 Dec 2012 09:21 PM PST Ahli perniagaan Deepak Jaikishan bercadang untuk menerbitkan buku setebal 26 halaman bagi mengaitkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan kontroversi berhubung model Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang mati dibunuh. Buku itu katanya, akan menceritakan urutan peristiwa sejak beliau diminta oleh Rosmah untuk memaksa P Balasubramaniam membuat pengakuan berkanun (SD) kedua, seperti didakwanya, sehinggalah kepada wawancaranya dengan beberapa portal berita semalam. SD kedua itu menyebabkan Balasubramaniam menukar keterangan dalam SD pertamanya yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan Altantuya. "(Ia akan memuatkan kisah) dari hari pertama saya terima panggilan sehingga ke hari ini – semua kebenaran, semua fakta. Saya akan rampaikan semua SMS dan panggilan yang saya terima," katanya dipetik Malaysiakini. Buku itu akan dilancarkan Isnin depan dan boleh diperolehi secara bercetak dan dalam talian, tambahnya. Selain itu, beliau juga akan menerbitkan autobiografinya sendiri, susulan kepada penerbitan biografi Rosmah – yang didakwa sebagai seorang kawan baik wanita itu sebelum ini. "Datin Seri Rosmah membuat keputusan bijak untuk menerbitkan autobiografinya. Atas cadangan seorang rakan media, pagi tadi (semalam) saya bersetuju untuk menerbitkan dua buku ini," katanya. Atas rasa hormat kepada Rosmah, kata Deepak, beliau akan melancarkan buku autobiografi tersebut sehari selepas pelancaran buku isteri perdana menteri itu. Buku tulisannya itu akan digarap bagi mengisi masa lapangnya apabila beliau mula menetap di Burma tidak lama lagi. -KD |
[VIDEO & GAMBAR] 50 Ribu Di HRK Terengganu, BN Bakal Tumbang PRU13 Posted: 14 Dec 2012 06:33 PM PST Dungun Presiden PAS, Mohamad Sabu terus menyeru rakyat turun ke Himpunan 1 Juta Umat di Kuala Lumpur pada 12 Januari depan bagi menyatakan tuntutan mereka. Bercakap di Himpunan Kebangkitan Rakyat di Dataran PGU, Paka dekat sini malam ini, Mohamad berkata, pada himpunan tersebut, rakyat akan menuntut pilihan raya dan bersih dan adil. Tuntutan ini katanya kerana rakyat yakin kerajaan Umno BN mampu ditumbangkan dalam pilihan raya umum ke-13 jika pilihan raya dijalankan secara telus. "Semua NGO oren, merah, hijau dengan tuntutan masing-masing dan kita gabungkan dengan Bersih untuk menuntut pilihan raya bersih. "Kita akan nyatakan segala tuntutan dan perhimpunan akan berlangsung aman tanpa gas pemedih mata," katanya. Mohamad berkata, sewajarnya rakyat berasa marah terhadap sikap kerajaan Umno BN yang menzalimi mereka. Sebagai contoh katanya, akibat sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang gemar berhutang, kerajaan terpaksa mencari duit melalui syarikat swasta. "Najib hero buat hutang. Yang dia tahu pagi raya menari. "Hutang yang begitu banyak anak cucu kitalah yang akan bayar. "Patutnya kerajaan cari duit tapi dia guna syarikat swasta cari duit. "Contohnya AES yang dibayar kepada syarikat kroni Umno dan MCA," katanya. -HD Video streaming by Ustream 50,000 sertai HKR T'ganu, bukti rakyat berubah |
Pendedahan Deepak - Kenapa Engkau Membisu Wahai Najib, Wahai Rosmah? Posted: 14 Dec 2012 03:40 PM PST AMK mahu Najib jawab dakwaan Deepak Ketua penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Lee Khai Loon menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tampil menjelaskan dakwaan yang ditimbulkan ahli perniagaan Deepak Jaikishan dan tidak melarikan diri daripada isu berkenaan. "Rakyat berharap PM yang bertanggungjawab boleh berdepan dengan pelbagai teguran serta cadangan daripada orang ramai dan bukannya semata-mata berlakon untuk mencari publisiti politik murahan," katanya dalam satu kenyataan. Lee juga berkata perdana menteri sudahpun dihurung pelbagai kontroversi walaupun baru sepenggal menjadi perdana menteri. "AMK menyifatkan PM Najib Razak (sebagai) perdana menteri yang dihambat paling banyak skandal walaupun tempoh beliau pegang jawatan PM adalah yang paling singkat dalam sejarah berbanding dengan PM yang lain. "Walaupun pelbagai dakwaan telah dibuat ke atas Najib Razak tetapi tiada sebarang penjelasan atau jawapan diberi," katanya. Tambahnya, rakyat Malaysia patut mendapat cerita sebenar dan sekiranya perdana menteri mendapati dakwaan Deepak tidak benar dan membawa ahli perniagaan itu ke mahkamah untuk membersihkan namanya. Katanya, AMK antara lainnya menuntut penjelaskan mengenai dakwaan Deepak berhubung kaitan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor dengan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu. Deepak juga mendakwa adik Najib, Datuk Nazim Razak membayar penyiasat persendirian P Balasubramaniam supaya menandatangani pengakuan berkanun kedua bagi menukar kenyataan mengaitkan Najib dengan kontroversi berhubung pembunuhan Altantuya. Dalam satu kenyataan berasingan, MP Puchong Gobind Singh Deo pula menuntut Najib dan peguam negara supaya tidak berdiam diri dalam kes Altantuya dan menjalankan siasatan lanjut. -mk Najib ada peranan tarik balik akuan bersumpah Bala – Deepak klik untuk baca |
[VIDEO] Penduduk Bantah Roboh Surau An-Nur Penjara Pudu Posted: 14 Dec 2012 06:33 AM PST Surau An-Nur mangsa pembangunan komersil Penjara Pudu Jemaah surau An nur membantah keras cadangan pemaju, UDA Holdings untuk menutup jalan ke surau berkenaan bagi membangunkan pusat komersil di tapak Penjara Pudu. Berikutan itu, mereka termasuk Ahli Jawatankuasa Bertindak Mempertahankan Surau An Nur Penjara Pudu, mengadakan demontrasi aman selepas solat Jumaat, hari ini. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Mempertahankan Surau An Nur Penjara Pudu, Zakaria Omar juga akan mengirim surat bantahan sebagai balasan terhadap surat penutupan jalan bertarikh 4 Disember lalu yang berkuat kuasa 10 Januari depan. "Kami akan hantar surat bantahan kepada UDA dan salinannya kepada Perdana Menteri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Menteri Wilayah, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Datuk Bandar Kuala Lumpur. "Kami tidak setuju tutup jalan ke surau kerana ia menyukarkan jemaah datang solat dan menyebabkan berkurangan jemaah," katanya ketika ditemui, hari ini. Zakaria berkata, UDA sepatutnya menaik taraf jalan surau, bukannya menutup laluan berkenaan hingga menyusahkan jemaah. "Setiap kali solat Jumaat, surau ini boleh memuatkan lebih 1,000 jemaah. Setiap waktu solat, ramai yang solat di sini. "Memang dalam surat tidak nyatakan berapa lama tutup bagi kalau sudah tutup bermakna sedikit demi sedikit tanah surau juga akan jadi milik UDA," katanya. Pengerusi Badan Bertindak Imarah Masjid dan Surau Wilayah Persekutuan, Ishak Surin pula menyifatkan tindakan UDA itu 'biadap' kerana sanggup menghalang orang Islam beribadat. "Surat itu 'biadap' hanya ada tandatangan UDA sahaja tiada salinannya dari Jawi atau pejabat mufti. UDA guna kuasanya untuk berbuat sesuka hati. "Kita kecewa jika pihak berkuasa membiarkan sahaja perbuatan UDA ke atas rumah ibadah Islam yang menjadi agama rasmi negara," kata Yang Dipertua PAS Batu itu. -KD |
Bersih 2.0: Kerajaan Diperintah Bayar RM70,000 Kepada Mahfuz & Salehuddin Setiap Seorang Posted: 14 Dec 2012 04:19 AM PST Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan penangkapan terhadap dua Naib Presiden pas, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub pada hari Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu adalah salah. Gambar fail Sehubungan itu mahkamah mengarahkan kerajaan membayar gantirugi kepada kedua-dua mereka masing-masing RM70,000. Mahfuz dan Salahudin sebelum ini memfailkan saman malu terhadap empat pihak ekoran penangkapan salah terhadap mereka itu. Saman itu difailkan terhadap Kerajaan Malaysia, Ketua Polis Negara, Ketua Polis Daerah Brickfields dan seorang anggota polis, Inspektor Mohd Zaid. Mereka menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan gantirugi teladan, kos serta lain-lain relif atau perintah yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. Pada 9 Julai lalu, mereka ditahan di Stesen Sentral Kuala Lumpur ketika perhimpunan Bersih 2.0. Penahanan tersebut adalah di luar kawasan yang diwartakan polis sebagai kawasan larangan untuk dimasuki oleh beberapa individu termasuk mereka. Mereka ditangkap kira-kira pukul 11.50 pagi sebelum ditahan hampir 10 jam di lokap polis di Balai Polis Jinjang. -HD 2 MP PAS berjaya tuntut gantirugi kes BERSIH 2.0 |
Kajian: AES Terbukti Hanya Kaut Untung Posted: 14 Dec 2012 02:57 AM PST .KUALA LUMPUR: Sebuah kajian bebas mendapati pelaksanaan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bukan cara untuk mengurangkan kemalangan jalan raya tetapi hanya berfungsi sebagai suatu dasar untuk mengaut keuntungan. Kajian Politik Untuk Perubahan (KPRU) mengemukakan bukti kerajaan United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (US), Perancis dan Australia mengambil kesempatan dengan memperoleh keuntungan berjuta dolar melalui pelaksanaan AES. KPRU dalam kajiannya berkata, perkara ini kemudiannya mendapat tentangan hebat kerana kerajaan berkenaan melaksanakan AES secara senyap-senyap tanpa rundingan bersama rakyat dan pengguna jalan raya khususnya pada peringkat perancangan sehingga berjaya memaksa program itu ditutup. "Pada tahun 2006 sebuah siasatan samaran di UK telah menemui kamera trafik sememangnya dilakukan untuk meraih keuntungan bagi kerajaan dan syarikat pembekal kamera trafik dan bukannya untuk meningkatkan keselamatan di jalan raya. "Malah menurut siasatan tersebut, kamera trafik sememangnya direka untuk mengaut keuntungan daripada pengguna jalan raya di mana saman yang bernilai berjuta-juta dolar akan disalurkan secara rahsia kepada kerajaan dan bukannya memberi semula wang tersebut untuk memperbaiki keselamatan jalan raya," katanya. KPRU turut mendapati penentangan terhadap syarikat pembekal kamera trafik mencapai tahap kritikal di mana terdapatnya laman sesawang yang menyenaraikan kegagalan syarikat-syarikat tersebut dalam memperbaiki keselamatan jalan raya. "Pada tahun 2011, syarikat berkaitan telah kehilangan sebanyak USD$2.4 juta dalam kontrak berikutan permintaan ke atas kamera trafik yang kian menurun dan penentangan terhadap kamera-kamera trafik yang kian meningkat. "Pada tahun 2012, nilai saham syarikat berkaitan di Amerika Syarikat pula menjunam daripada USD$2.10 kepada USD$1.76 (16 peratus) selepas syarikat berkaitan terlibat dengan amalan rasuah dengan pegawai majlis perbandaran untuk mendapatkan kontrak pemasangan kamera trafik. Berbeza di Belanda dan Sweden pula, program AES dikatakan berjaya berbanding negara lain kerana kerajaan terbabit berusaha untuk menyediakan sistem pengangkutan awam yang cekap dan komprehensif, lantas menjadikan usaha memperbaiki keselamatan jalan raya satu usaha yang menyeluruh. Selain itu, negara terbabit juga mempunyai kecekapan sistem pengangkutan awam yang begitu tinggi sehinggakan majoriti rakyatnya amat bergantung kepada pengangkutan awam selain basikal. Beban kepada pengguna "Corak am yang melakarkan pelaksanaan program AES di Malaysia dan di negara lain adalah berteraskan usaha kerajaan atau pihak berkaitan untuk meraih keuntungan sementara para pengguna jalan raya dibebani dengan kadar saman yang tinggi," katanya. Sehubungan itu, KPRU mencadangkan satu sistem pengangkutan yang komprehensif harus dilakukan jika kerajaan Malaysia serius mahu memperbaiki keselamatan pengguna jalan raya. Ini termasuklah sistem pengangkutan awam yang cekap dan efektif, kempen kesedaran di semua lapisan masyarakat mengenai kepentingan keselamatan jalan raya, dan rangkaian jalan raya yang selamat dan berkesan. "Di Malaysia – di mana kecacatan sistem pengangkutan awam dan amalan rasuah sering dibangkitkan – apakah pelaksanaan sistem AES dibantah sepenuhnya akan ditangguhkan oleh kerajaan hari ini? "Pendek kata, kita nakkan kerajaan yang dahulukan kepentingan kroni atau kepentingan rakyat terbanyak?," soalnya. -FMT |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan