MIMPI SENJA |
- Seorang polis wanita mendapat 'surat amaran' dari pihak atasan kerana menyokong PAS
- 50 ribu sertai HKR peringkat Terengganu
- Perang Zed Zaidi - Julia Perez hingga libatkan ahli politik dan BJ Habibie
Seorang polis wanita mendapat 'surat amaran' dari pihak atasan kerana menyokong PAS Posted: 14 Dec 2012 08:17 PM PST |
50 ribu sertai HKR peringkat Terengganu Posted: 14 Dec 2012 05:02 PM PST DUNGUN- Kehadiran 50,000 orang rakyat negeri ini pada Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Negeri Terengganu membuktikan mereka mahukan perubahan pada Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) nanti. Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Muhyiddin Abdul Rashid yang dimaklumkan jumlah mereka yang menyertai himpunan seramai itu menyifatkan rakyat bersedia melakukan perubahan nanti. "Dengan kehadiran seramai ini, ia membuktikan rakyat mahukan perubahan di Terengganu. PAS Terengganu yakin dan bersedia untuk menumbangkan Umno dan BN," tegasnya. Menurutnya, pemimpin Umno negeri kini semakin angkuh dengan rakyat termasuk merampas tanah yang telah diberikan oleh kerajaan PAS negeri sebelum ini. "Bagaimana kerajaan PAS telah lulus tanah untuk Sekolah Agama Al-Bayan di Paka tapi kerajaan Umno telah rampas semula tanah tersebut dan serahkan tanah tersebut kepada JKKK dan isteri mereka," ujarnya. Beberapa NGO termasuk dari kumpulan pendesak menuntut Royalti, 'R', membentangkan kes mereka kepada orang di perhimpunan ini. Antara yang awal memberikan ucapan adalah bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil. Beliau menceritakan kecelaruan yang berlaku dalam Umno sekarang Himpunan kali ini adalah yang ke 7 selepas Seremban, Kota Bharu, Batu Pahat, Alor Setar, Melaka dan Pahang. Esok, himpunan PAS Ganti Umno (PGU) pula akan diadakan di tapak yang sama. Menurut wartawan Harakahdaily di tapak perhimpunan, kira 50,000 rakyat sudah hadir untuk mendengar amanat pimpinan. Antara yang berucap wakil anti Lynas, wakil Anak, wakil royalti pusat dan Terengganu, wakil waris, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil, Datuk Saifuddin Nasution, Eng Chai Heng (DAP Terengganu), Azan Ismail (PKR Terengganu). Turut akan berucap malam ini adalah Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Umno makin angkuh dengan rakyat, bagaimana kerajaan PAS telah lulus tanah untuk sekolah agama al Bayan di Paka, tapi kerajaan Umno telah rampas semula tanah tersebut dan serahkan tanah tersebut kepada JKKK dan isteri mereka. "Mereka pecahkan kepada 5 lot banglow untuk JKKK, pejabat tanah maklumkan ia diluluskan melalui campur tangan orang Umno," kata Muhyidin dalam ucapannya lagi. Di Setiu pula, katanya, 100 keluarga petani yang buka tanah sejak 36 tahun lalu seluas 200 ekar telah dirampas oleh Umno dan dijadikan jelapang padi negeri dengan keluasan 1000 ekar. "Penduduk lansung tidak diberi pampasan hasil usaha mereka yang hampir 40 tahun..kezaliman Umno terserlah," katanya. -Harakahdaily |
Perang Zed Zaidi - Julia Perez hingga libatkan ahli politik dan BJ Habibie Posted: 14 Dec 2012 08:16 AM PST 14 Disember 2012 PRESIDEN Persatuan Seniman, Zed Zaidi hari ini mengesahkan bahawa kemasukan pelakon Indonesia, Julia Perez ke negara ini untuk menjalani penggambaran adalah tanpa permit sah. Menurut Zed Zaidi, perkara itu sudah dirujuk kepada bahagian pelesenan Sijil Perakuan Penggambaran (SPP), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas). "Saya telah semak dengan bahagian pelesenan Finas untuk pengesahan permit Julia Perez. "Jawapan Finas, ada permohonan SPP atas tajuk filem 'Sentuhan Malam Pertama' tetapi tiada permohonan Pekerja Filem Asing (PFA) atas nama Julia Perez," katanya melalui akaun Twitter. Beliau menjelaskan bahawa di bawah syarat Padu Citra, Julia wajib menjadi ahli bagi salah satu daripada tiga persatuan yang diiktiraf oleh Finas. "Dalam Persatuan Seniman, nama Julia Perez tidak berdaftar sedangkan ia syarat wajib bagi kelulusan permit SPP," katanya. Menurut pelakon utama Sembilu itu, pihak Finas juga bakal mengambil tindakan berhubung perkara itu. "Finas sedang menjalankan siasatan di lokasi penggambaran melalui pasukan penguatkuasaan bahagian utara untuk tindakan. "Insya-ALLAH Finas akan datang ke lokasi untuk membuat serbuan di Padang Kota Lama," katanya. Isnin lalu, Julia atau Jupe yang sedang menjalani penggambaran filem arahan Murali Abdullah, Sumpahan Malam Pertama di Pulau Pinang mengeluarkan kenyataan di akaun Twitter yang menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia. "Nunggu giliran take... sambil nonton sinetron Malaysia... oh my GOD... Indonesia kita jauuh majuuu... kita mahuu sekaliii... bangga jadi orang Indonesia (tunggu giliran penggambaran... sambil menonton drama Malaysia. Oh tuhan... Indonesia kita jauh maju... kita maju sekali. Bangga jadi orang Indonesia)," katanya. Namun, tajuk drama yang ditontonnya masih belum diketahui. Kenyataan itu mendapat respons daripada Zed Zaidi yang menyedari tentang kenyataan pelakon Indonesia itu tiga hari kemudiannya. "Gampang Julia Prez hina industri seni Malaysia! Pemain sinetron Indonesia yang 'shooting' di Malaysia ini sangat biadab! Jupe nama manusia ke?" katanya, pagi semalam. Kenyataan Zed Zaidi itu mendapat maklum balas daripada dua pelakon tempatan iaitu Fauziah Nawi dan Noorkhiriah. Fauziah menulis, "memang kita asyik sanjung dia orang sekarang pada muka 'Malaysian'. 'Nothing great about their sinetron'. Tepuk dada tanya selera." Noorkhiriah pula menulis, "ajak ramai lagi 'shooting' si sini... lepas itu apa jadi... tolonglah ambil tindakan... dah lah bayar mahal. Kita ini melukut tepi gantang nak bayaran tinggi." Julia juga tidak terlepas membalas kenyataan Zed Zaidi itu dengan nada berang. "Woi! Kau yang biadab!" katanya. Dalam pada itu, Zed Zaidi menyentuh soal kemasukan Julia berlakon di Malaysia bakal disiasat sama ada secara sah atau tidak. Beliau juga mempersoalkan tatu kalimah al-Quran di badan Julia. Kenyataan Zed Zaidi nyata disedari Julia yang membalas kenyataannya. "Kamu sangat jahat! Ingat banyak artis Malaysia juga di Indonesia," balasnya. Julia nyata tidak berpuas hati dengan kenyataan Zed Zaidi yang dikeluarkan jam 10.37 pagi semalam itu. Jam 12.18 tengah hari semalam, Jupe mengeluarkan kenyataan balas yang mengait-ngaitkan isu penghinaan ke atas bekas Presiden Indonseia, BJ Habibie. "Gara-gara bilang sinetron malay kurang bagus ane di haram-haram ke Malaysia. OK, semua politikus Malaysia harus keluar dari Indonesia kerana menghina BJ Habibie! Puas pas (Gara-gara kata drama Malaysia kurang bagus, saya diharam-haramkan ke Malaysia. Okey semua ahli politik Malaysia harus keluar dari Indonesia kerana menghina BJ Habibie," katanya. Pelakon Indonesia yang sinonim dengan jolokan seksi itu sering dipalit kontroversi baik di Indonesia mahupun di Malaysia. |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan