MIMPI SENJA |
- Kiamat 21/12/12?
- PANAS !!! Ahli Parlimen Jerantut keluar UMNO
- Berahim katak yang teringin nak balik ke Umno ...
- [Video] JMR - DSAI di Kulim Kedah : 6/12/2012
- Siapa Panik Anwar Atau Puad Zakarsi?
Posted: 09 Dec 2012 10:13 PM PST Jangan percaya kiamat pada 21/12/12 9 Disember 2012 PARIT BUNTAR - Umat Islam di negara ini digesa tidak terpedaya dengan ramalan berlakunya hari kiamat pada 21 Disember 2012 oleh segelintir musuh Islam bagi mengelakkan akidah mereka tercemar. Imam Masjid Batu 2, Shamsul Bahrin Din dalam khutbah Jumaatnya, berkata, dakwaan musuh Islam mendakwa terdapat bukti kononnya menjurus kepada kepercayaan itu adalah tidak berasas memandangkan pengetahuan hari kiamat hanya diketahui Allah SWT. Menurutnya, segelintir media massa turut memainkan peranan negatif dalam menyebarkan iklan satu jenama shampu yang menggunakan isu itu sebagai jalan cerita sehingga menyebabkan ada umat Islam terpedaya, menggambarkan keadaan musuh Islam yang cuba merosakkan akidah mereka secara halus. "Lebih membimbangkan, saban hari ada sahaja hadis palsu yang dimuat turun menggunakan medium internet kononnya untuk membuktikan hari kiamat berlaku pada 21/12/12 adalah sahih. "Biar pun orang Islam wajib mempercayai adanya hari kiamat, tetapi kita harus menyedari Allah SWT tidak menjelaskan bilakah tarikh hari itu berlaku walaupun terhadap Pesuruh Allah, Nabi Muhammad SAW," katanya sewaktu menyampai khutbah Jumaat kepada lebih 700 jemaah, di sini, semalam. Shamsul Bahrin berkata, kerahsiaan hari kiamat bukan hanya melampaui pengetahuan Nabi Muhammad SAW, bahkan malaikat Israfil yang bertugas meniup sangkakala juga tidak mengetahui bilakah tarikh sebenar. "Jadi, malaikat Israfil hanya bersiap-sedia menunggu arahan daripada Allah SWT untuk menjalankan tugas sebagai peniup sangkakala. "Bagaimana mungkin manusia biasa boleh menerima bahawa tarikh kiamat mampu diramalkan pihak tertentu yang mendakwa diri mereka cerdik pandai," katanya. Shamsul Bahrin berkata, kedangkalan musuh Islam terbukti pada sekitar tahun 80-an di mana terdapat segelintir saintis barat menjangkakan berlakunya perlanggaran bumi dengan komet Haley yang bakal menyebabkan kiamat. Bagaimanapun, beliau menegaskan ramalan itu meleset, sebaliknya dunia menjadi semakin maju hasil kurniaan nikmat pemberian Allah SWT. "Kita tidak boleh memandang ringan perkara ini dan jika momokan atau dakyah mengenai berlakunya kiamat pada 21/12/12 terus diperkatakan, dibimbangi umat Islam yang kurang mantap asas agama akan terpengaruh. "Golongan yang membuat ramalan hari kiamat itu mempunyai motif tertentu, bahkan pada hakikatnya perkara dilakukan mereka turut memberi saham kemenangan kepada syaitan untuk menyesatkan manusia," katanya. |
PANAS !!! Ahli Parlimen Jerantut keluar UMNO Posted: 09 Dec 2012 08:02 PM PST Ahli parlimen Jerantut, Pahang yang juga merupakan bekas timbalan menteri pengangkutan di era pemerintahan bekas perdana menteri kelima, Abdullah Ahmad Badawi, Tengku Azlan Sultan Abu Bakar mengisytiharkan dirinya keluar Umno berkuat kuasa semalam. Dalam satu laporan yang dipetik melalui akhbar berbahasa Tamil, Makkal Osai, Tengku Azlan yang merupakan adinda kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pernah mengisyaratkan bahawa dirinya tidak akan bertanding semula mempertahankan kerusi parlimennya kira-kira dua bulan lalu menerusi satu temubual bersama sebuah akhbar berbahasa Melayu ketika itu. Tengku Azlan merupakan antara veteran Umno negeri yang awal-awal lagi bertindak keluar dari parti umno itu dipercayai tidak berpuas hati dengan kepimpinan perdana menteri, Najib yang dianggap gagal memulihkan Umnoyang semakin berpecah akibat kelemahan pentadbirannya sendiri. Maklumat ini diperolehi menerusi satu mesej di Twitter milik Naib Presiden KEADILAN yang juga ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh yang menghantar foto keratan akhbar itu semalam.-jalan pulang |
Berahim katak yang teringin nak balik ke Umno ... Posted: 09 Dec 2012 03:49 PM PST KUALA LUMPUR - Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau tidak akan memohon masuk Umno, sebaliknya sedia kembali ke pangkuan parti itu jika dipelawa. Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini berkata, bagi beliau untuk menawarkan diri masuk Umno mungkin tidak akan berlaku kerana beliau pernah dipecat, melainkan menerima tawaran menyertai semula parti komponen Barisan Nasional (BN) itu. "Saya pernah menjadi ketua bahagian selama 11 tahun dan anggota Majlis Teringgi Umno selama enam tahun, saya akui jiwa dan hati masih pada Umno tetapi nisbah nak masuk balik itu bergantung kepada pucuk pimpinan tertinggi. "Saya tidak akan mohon kerana pernah dipecat, tetapi jika ditawarkan oleh Umno, saya akan menerimanya secara terbuka. Saya tak mahu dikatakan hidung tak mancung pipi tersorong-sorong," katanya ketika diminta mengulas tindakan Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim yang menyertai semula Umno bersama 347 yang lain semalam. Walaupun Ibrahim seorang Ahli Parlimen Bebas, tetapi beliau dilihat sebagai wakil rakyat mesra BN. Pada Pilihan Raya Umum 2008, beliau bertanding di Pasir Mas atas tiket Pas, tetapi mengisytiharkan dirinya wakil rakyat Bebas. Dalam pada itu, Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Noordin pula berkata, langkah Zahrain itu adalah keputusan beliau sendiri. "Itu adalah keputusan beliau sendiri dan bukannya keputusan Konsensus Bebas. "Bagi saya, jika hendak membantu Umno, tidak semestinya kita perlu ada dalam Umno, di luar pun boleh," katanya. Kedua-dua, bekas wakil rakyat PKR dan keluar parti pada awal 2010, merupakan anggota Konsensus Bebas. Beliau menambah, selalunya bantuan dari luar mempunyai peranan yang cukup besar diibaratkan seperti "penyerang import." -sinarharian.com |
[Video] JMR - DSAI di Kulim Kedah : 6/12/2012 Posted: 09 Dec 2012 05:25 AM PST |
Siapa Panik Anwar Atau Puad Zakarsi? Posted: 09 Dec 2012 01:57 AM PST December 09, 2012 9 DISEMBER — Ahli Parlimen Batu Pahat, Puad Zarkashi mendakwa Anwar Ibrahim kini semakin panilk dengan angan-angan dan impian untuk menjadi perdana menteri sehinggalkan terpaksa membawa bekas presiden Indonesia BJ Habibie datang ke negara ini untuk menyakinkan ahli parti Pakatan Rakyat khasnya ahli PKR. Puad Zarkashi.Puad di zaman kampus dikenali sebagai seorang pengkagum Anwar di ranting teratas menyifatkan kedatangan Habibie ke negara ini untuk mengembalikan reputasi Anwar untuk jadi PM setelah ianya terganggu apabila ada mereka dari pembangkang yang menimbulkan kesangsian terhadap Anwar. Kata Puad akar umbi dalam parti dan golongan intelektual Islam mempertikaikan kepimpinan Anwar untuk menjadi PM. Sayang sedikit Puad tidak mendedahkan nama-nama yang dikelaskan sebagai intelektual Islam itu? Apakah orang itu Zainal Kling ataupun Kamaruddin Kacau ataupun Sidek Baba? Justeru bimbang dengan situasi itulah menurut Puad menyebabkan Anwar terpaksa membawa bekas Presiden Indonesia itu ke negera ini dan memberi beberapa syarahan. Kelmarin Habibie ke Universiti Selangor (Unisel) kampus Shah Alam, di mana lebih 500 hadir mendengar ceramahnya. Puad membuat bacaan Anwar panik dengan kedudukan itu apabila baru-baru ini ada suara sumbang yang mahukan presiden Pas Abdul Hadi Awang untuk dilantik menjadi perdana menteri. Pandangan atau bingkasan Puad mengenai isu itu telalu dangkal dan nampaknya beliau mengeksploitasikan apa saja keadaan untuk memburukkan Anwar. Dalam politik cara Puad itu adalah biasa, menggunakan apa saja isu untuk memburukkan musuh dan melindungi keburukan sendiri. Puad sebenarnya terpaksa membuat reverse psikolgi begitu kerana beliau kini sedang terancam dengan kebangkitan rakyat. Terbaru lebih 30,000 rakyat menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat yang diadakan di Parit Jawa didalam kawasan parlimennya, Batu Pahat. Kehadiran diluar jangkaan itulah menyebabkan Puad merasa panik dan terpaksa membuattangkisan agar umum tidak memberi tumpuan ke kawasannya. Jadi dialam hal ini siapa yang panik kini Anwar atau Puad sendiri sebenarnya? Perkembangan di Johor sesuatu mengejutkan dan ini disedari oleh Puad. Di mana-mana saja program di adakan di Johor ia mendapat sambutan luar biasa. Katanya himpunan di Batu Pahat tempoh hari walaupun disekat dan orang ramai diugut tetapi ia sudah tidak diperdulikan lagi. Orang ramai yang terdiri dari kaum Melayu datang beramai-ramai untuk mendengar ceramah Pakatan. Elok kalau Puad baik ke kawasannya menyapu kesan-kesan himpunan di kawasan itu minggu lalu daripada cuba membawa sesuatu isu yang tidak logik dan bermotif memburukkan Anwar. Puad tidak perlu bimbang kalaupun Anwar tidak menjadi PM, tetapi beliau harus cemas dengan kedudukannya sendiri, nanti orang lain menang kita pula kalah, nyanya. Puad mungkin sudah menyedari bahawa kedudukannya di kerusi Parlimen Batu Pahat tidak menentu dan terancam. Sebelum terdengar desas desus timbalan menteri pelajaran itu katanya tidak akan diletak bertanding di Batu Pahat kerana sikapnya yang dikatakan menyongsang arus sebelum ini. Beliau dilihat lantang dan cuba membawa politik intelek dan bersikap rasional didalam politiknya tetapi kurang disenangi oleh golongan Umno konservatif. Ekoran itu beliau diberitakan antara ahli parlimen yang akan digugurkan dan tidak akan diletak untuk bertanding di Batu Pahat. Namanya disenaraikan bersama beberapa nama yang dilihat boleh mengecam golongan berfahaman konservetif di dalam Umno, seperti Khairy Jamaluddin (ketua pemuda tanpa kuasa dan jawatan), Saifuddin Abdullah dan juga dua bekas ketua puteri Umno Azalina Othman Said dan Noraini Ahmad. Mungkin Puad sudah merasai 'ke4azaban' yang bakal beliau hadapi maka perlu untuknya 'mengoyak seluas-kuasnya baju' Anwar yang dulunya beliau puji dan puja bagi menunjukkan dia seorang yang vokal menentang Anwar Ibrahim. Puad seperti juga sesetengah rakan Anwar yang lain, seperti Fuad Hassan menjadikan Anwar sebagai modal dalam politik dan modal untuk hidup. Sekali lagi dipesankan baik Puad memikirkan dirinya apakah akan dapat menjadi calon di Batu Pahat daripada melihat kepanikan Anwar untuk menjadi perdana menteri. Dan Puad perlu bertanding dan menang kerana kalau tertakdi Anwar jadi PM sudah tentu Puad boleh berteduh semula di bawah ketiak Anwar. — msomelayu.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan