Khamis, 6 Disember 2012

Biaqpila

Biaqpila


KANTOI! Wanita Dakwa Kena Gangguan Seksual Pegawai Polis!

Posted: 06 Dec 2012 06:44 AM PST


Belum pun selesai dengan kes tahanan lari semasa dalam perjalanan ke mahkamah, satu lagi insiden membabitkan salah laku anggota polis didedah!

Seorang wanita hari ini mendakwa bahawa seorang pegawai polis berpangkat tinggi menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) berbaur lucah kepada beliau sejak September lalu.

Dalam sidang media yang diatur oleh DAP Negeri Sembilan sebentar tadi, Tan Yik Ching, 32, yang berasal dari Sungai Siput tetapi menetap dan bekerja di Seremban menceritakan kronologi dakwaan tersebut.

"Pada 2 September, lebih kurang pukul 7.00 malam; berlaku satu kejadian pecah rumah dan cubaan untuk merogol saya oleh seorang lelaki yang dikenali.
"Saya berjaya lepaskan diri dan pada malam yang sama saya membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Siput (U), Perak.

"Pegawai penyiasat kes tersebut ialah Sarjan Latifah. Selepas dua atau tiga hari, Sarjan Latifah bawa saya berjumpa Timbalan Ketua Polis Daerah (OCPD), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Polis Sungai Siput, DSP Ernest John.
Selepas seminggu kejadian itu saya terima panggilan telefon dari DSP Ernest mengajak saya keluar makan tengahari. Saya terima pelawaan itu dan beberapa kali saya keluar makan tengahari dan malam bersama beliau dan sambil itu kami bincang tentang kes kami.

"Beberapa hari selepas itu saya mula terima sms-sms mengenai hajat beliau ingin berkenalan dengan saya. Tidak lama selepas itu saya mula menerima sms-sms berbaur lucah daripada beliau.

"Justeru itu saya membuat satu laporan polis terhadap Ernest di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Ipoh pada 26 November berhubung sms-sms lucah yang dihantar oleh Ernest.
"Kes ini disiasat oleh Deputi Supritendant Tham Lai Kuan dari IPD Polis Ipoh. Beliau ada merakamkan kenyataan saya dan mahu telefon bimbit saya sebagai bahan bukti.
"Walaubagaimanapun saya tidak mahu menyerahkan telefon bimbit ini kerana tidak yakin dengan ketelusan pihak IPD Polis Ipoh. Saya bimbang seandainya bahan bukti berbentuk sms-sms lucah itu akan dipadam (delete) oleh pihak polis sendiri", kata Tan.

Bukan cakap kosong


Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Loke Siew Fook berkata apa yang didakwa oleh Tan bukan cakap kosong atau sengaja direka-reka.
"Berdasarkan laporan polis Tan, sememangnya Tan menamakan pegawai polis dan nombor telefon bimbit pegawai polis itu di dalam laporan polis beliau. Maka dakwaan beliau ada kredibiliti.

"Saya gesa kes ini diambil alih segera oleh polis Bukit Aman. Saya akan menulis surat kepada IGP, Ismail Omar dan Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein.
Saya akan meminta polis Bukit Aman membentuk satu pasukan khas untuk menyiasat kes ini kerana ia bukan membabitkan seorang pegawai berpangkat rendah tetapi seorang pegawai polis tinggi yang merupakan Timbalan OCPD IPD Polis Sungai Siput.
"Kes ini amat memalukan kerana melibatkan gangguan seksual dan ibarat 'harapkan pagar, pagar makan padi'.
"Tan tidak akan menyerahkan telefon bimbit itu selagi beliau tidak mendapat jaminan daripada Bukit Aman bahawa kes ini akan disiasat secara profesional. Tan juga tidak yakin dengan polis Perak dalam siasatan kes gangguan seksual ini", kata Loke.
Dalam sidang media itu Tan turut menunjukkan beberapa sms berbaur lucah kepada jurugambar media untuk dirakamkan.
Salah sebuah sms berbunyi seperti berikut:
"Sya ada ckap sama Balai punya org sya ada k****** lu dia org ckap lu bnyk kotor punya prempuan"

jalanpulang197

[BERGAMBAR] Kes Polis Rogol Amah: Lagi Demo Anti-Malaysia Di Jakarta

Posted: 05 Dec 2012 11:32 PM PST



Lagi demo anti Malaysia di Jakarta



JAKARTA: Laskar Merah Putih membuat demonstrasi sekali lagi di depan pejabat kedutaan besar Malaysia. di Jalan HR Rasuna Said, Jakarta Selatan hari ini.


Bagaimanapun, ratusan polis yang berjaga berjaya mengawal keadaan.


Mereka mahu bertemu dengan pihak kedutaan besar Malaysia.


"Niat kami berbicara baik, jangan sampai kami terus teriak menghina ka," kata anggota Laskar Merah Putih menggunakan pembesar suara .


Tapi keinginan mereka ditolak.


"Mereka nggak (tidak) mahu bertemu pendemo," ujar ketua polis sektor Setiabudi, AKBP Lalu Muhammad Iwan Mahardan.


Namun pendemo tetap menginginkan perwakilannya masuk ke pejabat kedutaan besar. Pendemo mengancam akan mengerahkan puluhan ribu anggota Laskar Merah Putih untuk mengepung kedutaan.


"Dalam dua bulan ke depan kalau kedutaan besar Malaysia tidak mahu menerima kita, 50 ribu orang akan kita turunkan, apapun risikonya. Panglima-panglima di wilayah rapatkan barisan, kita akan datang ke sini,"
teriak pendemo.


Mereka menuntut proses undang-undang terhadap tiga polis Diraja Malaysia atas kes pemerkosaan TKW.


"Kami menuntut mahkamah Malaysia juga memulangkan kembali wang jaminan 3 polis dan hukum setimpal-timpalnya," ujar pendemo.















greenboc

Pasai pa Najib, Rosmah tak nafi dakwaan Deepak?

Posted: 05 Dec 2012 05:00 PM PST


Naib presiden PKR N Surendran mempersoalkan mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansoh masih belum menafikan dakwaan yang dibuat ke atas mereka oleh ahli perniagaan Deepak Jaikishan.
Katanya, Najib dah Rosmah perlu menjawab dakwaan yang ditimbulkan Deepak itu.

"Mereka tidak seharusnya mengada-adakan pembohongan mengenai penglibatan kami dalam soal ini," katanya kepada Malaysiakini.

Surendran berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari dalam laporan New Straits Times hari ini bahawa ketua pembangkang itu memainkan peranan dalam dakwaan Deepak.

Menurut laporan New Straits Times, Anuar mendakwa bahawa "Anwa berjanji untuk menyelesaikan masalah kewangan Deepak sebagai balasa untuk fitnahnya ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak".

Surendran dan MP Subang R Sivarasa merupakan peguam Deepak dalam saman yang difailkan syarikat usahawan tersebut Astana Canggih Sdn Bhd ke atas Awan Megah Sdn Bhd.

Dalam pendengaran minggu lalu, Deepak memberi keterangan bahawa Najib memberi persetujuan ke atas pemindahan milik tanah seluas 223.3 ekar (89.332ha) di Bukit Raja, Selangor daripada Awan Megah kepada sebuah syarikat penama milik Deepak.

MK

Tiada ulasan: