Rabu, 5 Disember 2012

Biaqpila

Biaqpila™

Biaqpila


Inspektor disiasat kerana didakwa mencabul seorang kerani wanita di IPK

Posted: 05 Dec 2012 02:00 PM PST

SEREMBAN - Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor disiasat kerana didakwa mencabul seorang kerani wanita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan pada minggu lalu. Pegawai berusia 40-an itu didakwa mencabul mangsa yang berusia 34 tahun di dalam lif di bangunan IPK Negeri Sembilan pada pukul 12 tengah hari, 29 November lalu. Sumber berkata, ketika kejadian pegawai polis berkenaan bersama mangsa berada di dalam lif sebelum lelaki terbabit secara tiba-tiba mencabul wanita berkenaan.

Kata sumber itu, mangsa yang bertugas sebagai kerani pentadbiran di IPK kemudian memberitahu kejadian tersebut kepada suaminya sebelum pasangan itu membuat laporan polis. Difahamkan, mangsa terbabit juga mendakwa pegawai polis berkenaan yang sudah berkahwin sudah beberapa kali membuat gangguan seksual ke atasnya sebelum ini. Wanita itu turut mendakwa pegawai polis yang bertugas di bahagian narkotik pernah beberapa kali menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur lucah selain pernah meraba punggung mangsa.

Kejadian terbaharu itu menyebabkan wanita terbabit hilang sabar menyebabkan mangsa mengadu kepada suaminya sebelum membuat laporan polis. Sumber itu memberitahu, pegawai polis berkenaan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu mencabul dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat.

utaranews

UMNO arah provokasi ceramah Gombak,SMS sebagai bukti

Posted: 05 Dec 2012 02:16 AM PST


Serangan sekumpulan samseng terhadap ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Gombak malam tadi didahului dengan penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) berupa ‘arahan’ beberapa hari sebelumnya.

SMS itu menyatakan arahan supaya membantah kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim pada program yang diadakan di Dataran Sharuddin, Batu 8 1/2 di Gombak.

SMS itu didedahkan Ketua Cawangan PAS Kampung Gombak Utara, Haider Samsudin malam tadi.

Katanya, beliau menerima SMS itu beberapa hari sebelum ceramah berlangsung.

“SMS ini disebarkan kepada orang ramai khususnya pemimpin PAS dan anggota supaya tidak turun ke ceramah. Ia juga mengandungi bukti arahan supaya rakyat turun beramai-ramai buat provokasi pada ceramah,” jelasnya.

Pada program itu, Haider cedera di kepala akibat dibaling objek keras dipercayai pasu oleh samseng Umno.

Berikut SMS tersebut :


1. Adalah dimaklumkan pada tarikh 4.12.2012 hari selasa malam, ketua pembangkang anuar ibrahim akan datang ke gombak utara bt 8, diharapkan tuan tuan dapat menurunkan seberapa ramai pemuda cawangan bagi menghalang kehadiran beliau ke gombak utara. Tuan tuan! Gombak Utara adalah maruah kita, sama samalah kita turun beramai ramai pada malam tersebut.

2. A.kum & slm perjuagan.. diseru semua ketua 4 sayap caw2 (Cawangan-cawangan). PDM (Pusat Dun Mengundi) Bt (batu) 9 Gbk (gombak) dpt (dapat) menurunkan seberapa ramai ahli caw.ke perkarangan pjb (pejabat) Dun Simpang bt 8 gbk (gombak) mlm (malam) ini jam 8mlm (malam) bg (bagi) menyokong BANTAHAN kehadiran KETUA PENGKHIANAT BANGSA ke kg kita gbk (gombak) utara.. moga kita sama2 dpt (dapat) membela kg kita & mempertahankan kubu kuat kita dr (dari) dikhianati oleh egen ZIONIS ini… su (setiausaha) pdm (Pusat Dun Mengundi) bt (batu) 9 gbk (gombak).

Penyebaran SMS itu turut disahkan Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Gombak, Amirudin Shari dalam kenyataan pagi ini.

“Beberapa hari sebelum program, pimpinan Pakatan Rakyat Gombak telah dimaklumkan bahawa terdapat pesanan ringkas (SMS) yang berlegar untuk menggesa Pemuda Umno Gombak turun untuk menghalang program yang akan berlangsung,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Caves itu.

Ekoran itu, sebagai langkah keselamatan, kepimpinan Pakatan Rakyat Gombak membuat satu laporan polis Isnin lalu di Balai Polis Gombak bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

~ Keadilandaily

darisungaiderhaka


UMNO GUNA PESILAT GANGGU CERAMAH DI GOMBAK ?

Posted: 04 Dec 2012 08:00 PM PST





Beberapa orang Pemuda UMNO sedang membuat provokasi.


Pergaduhan bermula kira-kira jam 10 malam semasa ahli parlimen Gombak
tersebut memulakan ucapannya yang menyaksikan batu dan kayu dibaling ke
arah orang ramai di  Dataran Sharuddin, Batu 8 ½.

"Saya sangat kesal dengan sikap biadap Umno ini, malahan ada juga
yang cedera akibat sikap samseng ini," kata Azmin ketika ditemui The Malaysian Insider selepas ketegangan diantara penyokong Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) reda malam tadi.

Menurut Azmin lagi, lebih mengecewakan lagi kerana Megat yang
merupakan anak guru silat, Tan Sri Omar Din Mauju yang sengaja merancang
provokasi semasa ceramah.

Timbalan presiden PKR itu mendakwa Megat dan kumpulan yang
diketuainya melontar kata-kata kesat dan membaling objek ke arah lokasi
ceramah.

"Mereka (Umno) menggunakan ahli silat untuk mencetuskan provokasi.

"


Md Haidir Samsuddin
Megat
sendiri mengetuai kumpulan tersebut mencetuskan provokasi dan bergaduh
dengan sukarelawan Pakatan Rakyat (PR) disini," tambah beliau lagi.
Dalam serangan tersebut, beberapa sukarelawan cedera di kepala akibat
dibaling batu dan ada juga yang ditusuk dengan benda tajam semasa
insiden.

Antara mangsa tersebut ialah Md Haidir Samsuddin, 48 yang cedera di
kepala akibat terkena batu yang dibaling oleh samseng tersebut.

"Saya ketika itu di tepi jalan sedang mengawal keadaan semasa samseng Umno cuba buat kecoh.

"Tiba-tiba batu besar daripada seberang jalan jatuh mengenai kepala saya," kata Haidir berdarah dikepalanya.

Ekoran kekecohan itu, sekumpulan Polis Bantuan Persekutuan (FRU) yang
berada di lokasi dengan cepat mengawal keadaan dan membentuk perisai
bagi memisahkan antara kedua-dua kumpulan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Rosly Hassan berkata pihaknya
masih belum menerima sebarang laporan daripada individu yang tercedera
serta mendakwa keadaan terkawal semasa insiden berlaku.

"Tiada laporan polis setakat ini dan keadaan terkawal," kata Rosly semasa ditemui The Malaysian Insider ditempat kejadian.

Insiden serangan ke atas ceramah PR ini bukan yang pertama, sebelum
ini di Lembah Pantai turut berlaku kejadian sama apabila ceramah ketua
pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dibaling batu sehingga menyebabkan
ada hadirin yang tercedera.

Bas Jelajah Merdeka Rakyat yang membawa pemimpin Anwar dan pemimpin
PKR berceramah ke seluruh negara turut menjadi mangsa apabila beberapa
kali disimbah dengan cat dan dibaling batu.

Dalam ceramah malam tadi, selain Azmin dan Anwar, turut hadir adalah Tamrin Ghafar dan Adun Batu Caves, Amirudin Shari.(malaysianinsider)

intanhijau2


Tawaran Untuk Merobohkan Kamera AES Secara Percuma

Posted: 04 Dec 2012 05:00 PM PST




Setelah sekian lama menanti langkah seterusnya Kerajaan Selangor untuk merobohkan struktur kamera haram AES, Akhirnya Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu bersuara.

Beliau memberi tempoh 'last warning' kepada Kementerian Pengangkutan untuk hanya ada dua hingga tiga hari lagi untuk menanggalkan kamera tersebut setelah hampir sebulan masa yang diberikan. jika arahan itu gagal dipatuhi, kerajaan negeri menerusi Majlis Perbandaran Sepang (MPS) akan merobohkannya.

SAMM sekali lagi mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri Selangor kerana terus komited membawa perihal kamera haram ini hingga ke akhirnya - roboh struktur. Sikap kerajaan Malaysia, Kementerian Pengangkutan khususnya yang berdiam diri tidak membantu menyelesaikan masalah maka SAMM melihat tindakan Kerajaan Selangor adalah bertepatan. Masa yang diberikan oleh kerajaan Selangor juga cukup lumayan untuk kamera tersebut dialihkan sebelum tindakan lebih drastik.

SAMM sebelum ini telah menawarkan diri untuk merobohkan struktur haram tersebut dan berharap kerajaan negeri tidaklah perlu mengeluarkan bajet tertentu. Demi menjimatkan wang rakyat, SAMM sanggup merobohkan kamera tersebut secara percuma.

Tawaran SAMM ini juga mendapat maklumbalas yang sangat baik dari golongan muda yang bersetuju untuk bersama mengalihkan kamera tersebut dan turut bersetuju kerajaan negeri tidak perlu keluar sebarang modal untuk perobohan ini.

SAMM mempunyai pandangan yang serupa dengan tindakan kerajaan negeri, adalah tidak wajar bagi mana-mana pihak untuk menaikkan apa-apa struktur tanpa kebenaran pihak berkuasa kerana ia turut membabitkan soal keselamatan awam, apatah lagi struktur tersebut juga mengganggu keselesaan awam. Sekiranya struktur awam ini menyebabkan kecelakaan, siapakah yang akan bertanggungjawab sedangkan ia dipasang secara haram?

Terpulang kepada Kerajaan Selangor samada untuk mewartakan perobohan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) kepada tim SAMM ataupun tidak, kami anak muda tetap bersama dalam menjayakan kerja mulia ini.

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, SAMM juga mempunyai kemahiran dan punya tenaga anak muda yang cukup untuk menurunkan kamera AES dengan selamat. SAMM juga mengajak sekutu NGO dan NGI lain untuk turut bersama dalam aksi yang bakal mendapat kebenaran dari kerajaan negeri Selangor dalam sedikit masa lagi.

"Perjuangan Adalah Perlaksanaan Kata-Kata"

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda SAMM

kerajaanrakyat-news


Tiada ulasan: