ALHUSSEYN |
Papa Gomo bakal jadi Papa Kedana Posted: 05 Dec 2012 09:54 AM PST Kes ini dipercayai adalah ekoran penyiaran pihak defendan melalui blog; http://www.papagomo.com bertajuk 'gambar ekslusif bakal MB Kelantan pimpin tangan China Doll' diterbit pada 6 Disember tahun lepas cuba mengaibkan Husam dengan menyiarkan gambar tersebut. Sila baca posting di sini Sebelum ini, blogger pemfitnah ini juga telah disaman oleh seorang peguam terkenal, Datuk Shukri Mohamad juga berkaitan artikel fitnah yang disiarkan dalam blognya. Ramai lagi mangsa fitnah blogger dajal ini akan menyamannya - Khalid Samad, Nik Nazmi, Elizabeth Wong, Haliza Talha, Dr Halimah Ali... Korang bacalah di sini Tentu lingkuplah blogger pemfitnah ini kali ini.Mana dia mahu lari.... Adakah mana-mana menteri nanti yang akan tolong bayarkan saman yang bakal dikenakan itu? Papa Gomo, kau umpama tebu yang sudah tak ada gula lagi setelah diperah. Kau hanyalah hampas yang terbuang... |
Posted: 04 Dec 2012 07:56 PM PST |
Posted: 04 Dec 2012 07:11 PM PST Mahathir kata ini bukan budaya kita…tapi ini apa? Pemimpin Umno termasuk Najib perlu bertanggung jawab keatas kejadian ini. Seorang penyokong Pakatan Rakyat cedera ditikam samseng Umno pada program Jelajah Merdeka Rakyat di Parlimen Gombak malam tadi. Mangsa luka di bahu kiri akibat tikaman yang dipercayai menggunakan senjata – kerambit, sebelum dirawat petugas KEADILAN. Ia berlaku ketika sekumpulan samseng Umno yang sebahagiannya membawa bendera BN mengganggu ceramah di Dataran Sharuddin, Batu 8 1/2 di sini. Telah banyak kali dilaporkan tentang samseng-samseng Umno menganggu ceramah Pakatan Rakyat sebelum ini. Apakah nak tunggu ada yang lebih buruk dari yang ini berlaku baru pemimpin Umno mahu bertindak? Tidak pernah pemimpin Umno cuba menasihati atau melarang samseng Umno dari membuat kerja-kerja laknat macam ini. Seolah-olah melontar cat kepada bas dan kereta Pakatan Rakyat dan membaling batu kearah ceramah Pakatan Rakyat adalah jihad ! |
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan