Selasa, 4 Disember 2012

Biaqpila

Biaqpila


TERKINI!!! SEORANG CEDERA TERKENA PISAU DI JELAJAH MERDEKA GOMBAK

Posted: 04 Dec 2012 07:48 AM PST



Gombak: Seorang penyokong Pakatan Rakyat diberitakan luka di bahagian bahu kerana terkena pisau dalam ceramah Jelajah Merdeka Pakatan di Gombak malam ini.

Dilaporkan terdapat beruk-beruk nasional mengganggu program PR malam ini.Mereka menjerit-jerit ketika DSAI memberi ucapan.

Penyokong yang cuba mententeramkan kekecohan tersebut telah dirodok dengan pisau dan mengalami kecederaan di bahagian bahu.


sumber twitter AhmadAmirArshad

Lagi gambar-gambar dari era-pasca















AKSI KAMIKAZI WANITA UMNO?

Posted: 04 Dec 2012 06:50 AM PST





Van Skuad Sayang UMNO Pahang Ini Hampir Membunuh

2 Disember 2012 lalu, saya ke Jengka , Pahang, melalui Lebuhraya Pantai Timur, LPT -laluan ini adalah lebuhraya 2 lorong dan perjalanan memang selesa.

Ketika memandu di laluan kiri, dengan kelajuan kira-kira 90 km/jam, saya dikejutkan dengan kehadiran sebuah van Skuad Sayang UMNO yang tiba-tiba menghimpit dari kanan ,kenderaan saya pandu.

Saya sangat-sangat terkejut kerana hanya beberapa sentimeter sahaja lagi van dipandu sangat laju ini hampir merempuh sisi kanan kenderaan saya menyebabkan saya terpaksa mengelak ke laluan kecemasan dan hampir terbabas.

Saya sempat membunyikan hon panjang sebagai tanda amaran.

Van ini dipercayai cuba memotong kenderaan saya pandu ketika di masa sama sebuah kenderaan lain sedang dipandu laju di laluan kanan dan mungkin pemandunya panik dengan situasi itu.

Setelah mengambil nafas lega, saya memotong van ini dan pemandunya ialah seorang wanita dan di dalamnya juga ada beberapa wanita lain dan bahagian belakang penuh dengan pelbagai barangan.

Mereka dipercayai dalam perjalanan pulang setelah menghadiri persidangan Agung UMNO di PWTC.

Van tertulis UMNO Pahang ini kemudian dilihat memasuki susur ke Temerloh.

Siapa saya? sila lihat di ( SINI )

darisungaiderhaka


KAMERA AES DI LEBUH RAYA SKVE DICABUT

Posted: 04 Dec 2012 12:57 AM PST



Gambar para petugas dari pengendali kamera AES @ kamera 1m'sia sedang mencabut kamera berkenaan di lebuhraya SKVE atas arahan Kerajaan PKR/PR Selangor dibawah pimpinan YAN Tan Sri Datuk Seri Abdul Khalid Ibrahim.

Dua minggu diberi tempoh, kalau gagal roboh atau cabut kamera AES yang hirup darah rakyat itu makan kerajaan negeri akan lakukan sendiri.

Alhamdulillah, akhirnya mereka akur jua.

HIDUP KASE!!!!... HIDUP RAKYAT!!!!... HIDUP PAKATAN RAKYAT!!....SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT.

omakkau

JANGAN TAKUT TUKAR KERAJAAN

Posted: 03 Dec 2012 11:00 PM PST

Oleh AZIZ MUDA 

KUALA LUMPUR: Rakyat negara ini diseru bangkit menjadikan PRU-13 tidak lama lagi sebagai gelanggang terbaik untuk menukar Kerajaan Umno-BN kepada Pakatan Rakyat yang lebih prihatin, adil, telus dan mesra rakyat.


Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menegaskan, ketakutan Umno terhadap jatuhnya mereka dalam PRU-13 telah digambarkan dengan jelas oleh Dato' Seri Najib Tun Razak dalam Ucapan Presiden Umno pada Perhimpunan Agung Umno ke-66 di PWTC, 29 Nov lalu.

Najib ketika berucap meminta rakyat tidak cuba-cuba bereksperimen untuk menukarkan kerajaan dalam PRU-13 kerana Umno-BN merupakan parti yang terbukti relevan sepanjang zaman sebagai pilihan utama. 

"Suka tidak suka, persoalan ini sangat asasi. Sesungguhnya, rakyat Malaysia berhak untuk mengetahui secara nyata sebelum membuat keputusan paling penting bersabit masa depan mereka. Pilihanraya bukan satu uji kaji.

"Lima tahun ialah jangka masa yang lama dalam pentadbiran sesebuah kerajaan. Pelbagai bentuk kerosakan boleh berlaku hatta sebuah negara yang berjaya pun akan gagal dan tersungkur," kata Najib mempengaruhi ahli Umno dan rakyat negara ini agar tidak memilih Pakatan Rakyat dalam PRU-13 nanti.

Mengulas lanjut, Mohamad Sabu berkata, telahan Najib itu seperti orang tidak bertamadun kerana dalam demokrasi sememangnya diizinkan kepada rakyat untuk menukar kerajaan.

Malah katanya lagi, ia adalah perkara biasa dalam demokrasi serta sering dilakukan oleh rakyat di negara-negara demokrasi lain di seluruh dunia termasuk antara lain di Amerika Syarikat, Perancis dan Jepun. 
     
"Itu juga merupakan satu gertakan untuk menakutkan rakyat. Gertakan seperti itu memang sudah lazim dilakukan oleh para pemimpin Umno-BN tahun 60-an," katanya. 

Kenyataan kononnya hanya Umno-BN sahaja yang boleh menjamin masa depan negara dan rakyat perlu mengekalkan BN dalam PRU-13, adalah kenyataan dangkal seolah-olah Pakatan Rakyat tidak upaya memakmurkan negara.

Terbukti katanya, empat negeri yang ditadbir Pakatan - Kedah, kelantan, Selangaor dan Pulau Pinang - mendapat pujian daripada Ketua Adit Negara kerana pentabiran yang baik berbanding negeri-negeri yang dikuasai BN.

"Apakah rosak binasa negeri-negeri ini sepanjang ditadbir Pakatan?" soal beliau.

"Kalau Pakatan memerintah negara akan jahanam hanya kenyataan ugutan bagi Umno pertahankan kuasa. Kalau BN tumbang, yang rugi  Perdana Menteri, isterinya, para pemimpin Umno-BN kerana mereka tidak lagi berpeluang untuk mengaut habuan untuk kepentingan peribadi dan kroni-kroni mereka," katanya.

Mohamad Sabu yakin, rakyat negara ini cerdik dalam berpolitik, mereka akan menukar semula kepada Kerajaan Umno-BN dalam PRU-14 jika didapati Pakatan Rakyat menyelewengan dan tidak adil.

"Yang penting, kerajaan BN mesti ditukar oleh rakyat pada PRU-13 nanti. Lepas itu lihatlah hasilnya. Bukannya lama, hanya lima tahun sahaja untuk seluruh rakyat negara ini melihat hasilnya," tegas beliau.


DD

Satu Malaysia Tolak Apa ?

Posted: 03 Dec 2012 08:00 PM PST


Oleh Ahmad Zawawi
Saya melihat " Doa " hancurkan UMNO/BN oleh ahli PAS baru-baru ini seperti sudah berhasil. Ini adalah dari apa yang terpacul daripada mulut pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO sendiri semasa mereka berucap (mengulung) dipenghujung persidangan tahunan baru-baru ini.

Naib-Naib Presiden, Timbalan dan juga Presiden memulakan ucapan (mukadimah) dengan melafazkan salam Satu Malaysia tolak fitnah. Ianya dipancarkan keseluruh negara oleh stesen-stesen TV.

Bercakap tentang perkara fitnah ini bukankah mereka yang menjaja fitnah dengan mengatakan Malaysia akan bankrap jika rakyat tukar kerajaan. Negara akan mengalami sekali lagi 13 Mei jika rakyat memileh Pakatan Rakyat memerintah pada PRU 13 nanti dan berbagai lagi andaian jika rakyat menolak BN.

Saya juga melihat Pakatan Rakyat terutama PAS bukan sekadar berdoa malah sentiasa berdepan dengan masaalah rakyat dan segera membantu menyelesaikan segala bantuan perlu kepada yang berhak mendapat pembelaan.

Apa yang berlaku dalam perhimpunan UMNO itu sebenarnya telah memberikan " Aded Points " kepada Pakatan Rakyat semasa mengundi nanti kerana UMNO telahpun menggunakan senjata terakhir mereka.

Perbuatan menambah perkataan tolak kepada Ikon Satu Malaysia itu dilihat telah memakan diri malah tidak boleh juga ditutup dengan pemberian BR1M 3.0. UMNO sepatutnya tidak mengambil jalan mudah memancing undi.

Mereka yang akan menjadi pengundi "Petama Kali" terlalu loaded dengan maklumat jadinya perkara-perkara yang di sangka boleh menakutkan mereka (seperti kembalinya 13 Mei dan siapa nak jaga melayu bila UMNO kalah) sebenarnya boleh dijadikan bahan hiburan semata.


DD



Perhimpunan UMNO Tak Fokus Masalah Rakyat, Tapi Hanya Semai Kebencian saja...

Posted: 03 Dec 2012 04:21 PM PST

 Perhimpunan Agung Umno yang berakhir semalam tidak memfokuskan terhadap dasar kerajaan dan masalah yang dihadapi rakyat sebaliknya hanya berminat meniup api perkauman termasuk cuba menghidupkan kembali 'hantu 13 Mei'.


Tindakan Umno itu disebabkan timbulnya perasaan ketakutan pemimpin Umno akan kehilangan kuasa apabila ditolak rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti, kata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.



"Tindakan menyeru kembali 'hantu' 13 Mei itu adalah untuk menimbulkan kebencian antara masyarakat Melayu dengan bukan Melayu.


"Seterusnya menyemai budaya ketakutan dalam kalangan rakyat bahawa pertumpahan darah akan berlaku sekiranya Umno kehilangan kuasa," kata Anwar di dalam satu kenyataan akhbar.


Anwar juga berkata tindakan tersebut merupakan suatu hasutan dan boleh dianggap sebagai satu jenayah.


Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil dalam ucapan beliau ketika membuka mesyuarat himpunan Wanita Umno minggu lalu.



Anwar mendakwa kenyataan Shahrizat adalah percubaan untuk menghidupkan kembali karier politiknya setelah didesak meletak jawatan berhubung skandal National Feedlot Corporation.


Dalam persidangan tiga hari itu, Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga mengambil kesempatan menyerang Anwar dan pemimpin Pakatan Rakyat (PR).


"Mana idea untuk ekonomi dan keadilan sosial, kesihatan, perumahan dan pendidikan?


"Jikalau beliau punyai alasan yang kukuh untuk menyaingi Pakatan Rakyat, beliau sepatutnya menyahut cabaran saya untuk bersemuka dan berbahas. Supaya rakyat dapat menilai dengan sebaiknya siapa bercakap benar dan siapa yang gemar menipu.


"Janganlah berselindung di sebalik jentera propaganda murahan kamu dan jadilah anak jantan sebenar sebagai Perdana Menteri dan turun berdebat dengan saya di dalam gelanggang," ujar Anwar.


Najib turut mendakwa Anwar adalah proksi kepada kuasa asing Amerika Syarikat dan China dalam satu masa, murtad akan dilestarikan dan Malaysia dijadikan negara Kristian jika Umno pupus pada pilihanraya akan datang.-selangorku






alditta

Tiada ulasan: