DUNIACACAMARBA |
- "53% Lompat Parti, 31% Sabotaj Umno"
- Kes Pembunuhan Sosilawati: Tertuduh Keempat Dakwa Pathmanabhan Ada di Lokasi Kejadian
- Remaja 14 Tahun Mengaku "Dirogol" Lebih 20 Lelaki
"53% Lompat Parti, 31% Sabotaj Umno" Posted: 03 Dec 2012 11:30 PM PST
[HD] KUALA LUMPUR: 53 peratus akan melompat parti manakala 31 peratus lagi akan sabotaj Umno jika mereka tidak terpilih sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang. Keputusan ini dicapai dari 7,894 perserta bancian Sinar Harian selepas ditanya soalan yang diandai Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak ketika menggulong perbahasan di Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2012 kelmarin. Dalam bancian itu, Sinar bertanya kepada pelayarnya, "Menjawab soalan cepumas DS Najib di AGM Umno, jika anda ahli Umno, pilihan anda" Lima pilihan jawapan diberikan sebagaimana diberikan oleh Najib Sabtu lepas. Solan-soalan itu adalah: 1) Sokong penuh Umno meskipun tidak dipilih calon: 6 % (473) 2) Masih sokong Umno meskipun tidak dipilih calon : 2 % (194) 3) Tidak akan kerja masa PRU13 : 7 % (558) 4) Saya akan sabotaj Umno-BN: 31 % (2482) 5) Saya akan lompat parti: 53 % (4187) Jumlah Undian: 7894 Semasa membuat ucapan penggulongan semalam, Najib membuat soalan cepumas itu kepada perwakilan Umno. Ketika itu, tidak ada sikap yang jelas di kalangan perwakilan kerana tidak ada bancian yang dibuat. Berdasarkan bancian Sinar yang dibuat mulai semalam itu, hanya 6 peratus atau 473 peserta bancian sahaja yang berkata "Sokong penuh Umno meskipun tidak dipilih calon." Hanya 2 peratus pula yang berkata "Masih sokong Umno meskipun tidak dipilih calon". Manakala 7 peratus berkata, "Tidak akan kerja masa PRU13". Kesemua jawapan ini memberikan serangan saikoloji yang kuat kepada Umno khasnya Najib yang membuat semua andaian itu. | ||
Kes Pembunuhan Sosilawati: Tertuduh Keempat Dakwa Pathmanabhan Ada di Lokasi Kejadian Posted: 03 Dec 2012 10:40 PM PST
[Kosmo] SHAH ALAM - Perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain di Mahkamah Tinggi di sini semalam memasuki episod baharu apabila salah seorang tertuduh mengesahkan bahawa bekas peguam, N. Pathmanabhan berada di Ladang Gadong, Banting pada malam kejadian bunuh pada 30 Ogos 2010. Ladang Gadong yang dimiliki Pathmanabhan merupakan ladang ternakan haiwan dan buah-buahan, tempat kejadian bunuh itu berlaku. Keterangan tertuduh keempat itu, R. Kathavarayan bagaimanapun menyebabkan peguamnya, Ravi Nekoo menarik diri daripada mewakili tertuduh atas alasan keterangan anak guam bertentangan dengan arahan diberikan sebelum ini. Hakim Datuk Akhtar Tahir membenarkan penarikan diri Ravi dan mengarahkan Khatavarayan berbincang dengan ahli keluarga sama ada hendak melantik peguam lain atau sebaliknya. "Itu merupakan hak yang ada pada Khatavarayan. Kalau paksa peguam pun tidak elok," kata Akhtar yang turut memerintahkan supaya Khatavarayan diasing daripada ketiga-tiga tertuduh lain sehingga dia selesai memberi keterangan. Terdahulu, Khatavarayan ketika disoal Ravi, mengesahkan bahawa Pathmanabhan datang ke Ladang Gadong pada pukul 7 malam, 30 Ogos 2010 bersama beberapa orang rakan bekas peguam itu yang antara mereka dikenalinya tetapi mendakwa tidak tahu nama mereka. "Pathmanabhan ada dan seingat saya ada lima orang berketurunan Melayu, seorang Cina dan seorang lagi India yang datang ke ladang itu pada pukul 7 petang," kata Khatavarayan. | ||
Remaja 14 Tahun Mengaku "Dirogol" Lebih 20 Lelaki Posted: 03 Dec 2012 09:49 PM PST [SH] KULIM - Seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun bersama rakannya ditahan berikutan penyalahgunaan dadah di sebuah rumah di sini, jam 2 pagi baru-baru ini. Dia yang hanya mahu dikenali dengan nama Ima mula terlibat dalam penyalahgunaan dadah jenis methamphetamine ketika berusia 13 tahun. Dari siasatan awal, Ima membuat pengakuan pernah dirogol lebih 20 remaja lelaki dan lima daripadanya merupakan murid sekolah berusia di antara 14 hingga 17 tahun. Mangsa turut memberikan kerjasama dengan mencatat nama suspek yang pernah merogolnya. Ima berkata, lebih malang, ada dalam kalangan mereka yang pernah cuba meliwatnya. "Saya berkawan dengan mat rempit. Mereka membawa saya ke sebuah rumah dan saya dirogol beramai-ramai. Lama kelamaan perlakuan itu berlanjutan," katanya. Menurutnya, kejadian terkini berlaku dua minggu lalu apabila dia dirogol lima remaja di sebuah rumah di jalan Kilang Lama. Suspek mengugut untuk mencederakannya sekiranya enggan melayani nafsu mereka. "Selain rumah tinggal dan bengkel, saya pernah dirogol bergilir-gilir oleh beberapa remaja di tengah padang permainan," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, polis akan menyiasat aduan dibuat oleh mangsa dan mencadangkan supaya mangsa dapat diletakkan di bawah penyeliaan rumah perlindungan. "Melakukan hubungan seks dengan mana-mana remaja perempuan bawah umur diklasifikasikan sebagai rogol walaupun mangsa merelakan perlakuan itu dilakukan terhadap dirinya. "Mangsa juga memaklumkan bahawa dia mengenali kesemua suspek yang merogolnya. Dengan senarai nama suspek yang ditulis oleh mangsa sendiri ini memudahkan polis mengesan kesemua suspek terlibat," katanya. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan