Selasa, 4 Disember 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


NAJIB TIDAK AKAN LEPAS: Hakim Perancis mungkin ke Malaysia siasat kes Scorpene

Posted: 04 Dec 2012 04:25 AM PST

  Maria Begum, Malaysia Chronicle


Para hakim Perancis yang menyiasat kes kontroversi melibatkan pembelian dua kapal selam Scorpene bernilai RM7.3 bilion dari DCNS, penjual senjata tentera laut dijemput ke Malaysia untuk 'merisik' kontroversi yang melibatkan pegawai tertinggi Malaysia termasuk Perdana Menteri sendiri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang liat memberi bekerjasama mahupun untuk berdiri di kandang saksi di Paris.

Apoline Cagnat, seorang peguam Perancis yang dilantik oleh SUARAM, mengesahkannya, sambil menambah bahawa Najib merupakan "saksi utama" dan ada kemungkinan akan ditangkap oleh pihak berkuasa Perancis jika dia memilih untuk mengabaikan mana-mana sepina yang dikeluarkan oleh mahkamah Paris.

"Ini mungkin akan berlaku dalam kes Scorpene jika hakim mempunyai bukti yang cukup untuk mengeluarkan waran sedemikian" Cagnat memberitahu sidang akhbar di Singapura.

"Mereka (hakim Perancis) boleh meminta kerjasama (dari Putrajaya). Mereka juga boleh datang. Ia adalah terpulang kepada mereka. Kadang-kadang mereka akan datang atau menghantar polis. Ia adalah tidak mustahil"

Dideportasi dan TIADA jaminan keselamatan


Cagnat dan rakan-rakannya, termasuk William Bourdon dan Joseph Breham, telah dijemput oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memberi taklimat kepada Parlimen Malaysia berikutan maklumat terbaru dalam kes Scorpene yang kini sedang didengar oleh seorang hakim penyiasatan di Perancis.

Walau bagaimanapun, disebabkan keengganan pentadbiran Najib untuk memastikan keselamatan mereka atau berjanji tidak akan mengusir mereka setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, mereka memutuskan untuk mengadakan taklimat itu di Singapura.

Pada bulan Julai 2011, Najib telah mengejutkan masyarakat antarabangsa apabila menghantar pulang Bourdon setelah beliau tiba di Kuala Lumpur untuk memberi taklimat kepada Suaram dan berucap di makan malam perdana untuk mengutip dana. Awal tahun ini, Breham telah dipaksa untuk mengadakan sidang akhbar di Bangkok selepas gagal mendapatkan kerjasama dari Putrajaya.

Dan kini, nampaknya parti Umno Najib sedang mencela kerajaan Singapura pula, menuduh mereka campur tangan dalam urusan Malaysia dengan membenarkan sidang akhbar itu diadakan di negara tersebut.

"Ini jelas menunjukkan Singapura campur tangan dalam hal ehwal negara kita," kata Mohd Ali Rustam, bekas naib presiden Umno yang dilaporkan berkata demikian oleh Malaysian Insider.

Terdesak untuk kaburi tuduhan


Ironinya, Ali Rustam sendiri telah dihukum oleh partinya kerana mengamalkan politik wang atau memberi wang tunai dan hadiah kepada pemimpin bahagian untuk mengundi dirinya semasa pemilihan parti pada tahun 2008. Hanya beberapa minggu yang lalu, Ali sekali lagi disyaki terlibat dalam politik wang tetapi kali ini dia diasak kerana memiliki dana yang banyak untuk mengadakan majlis perkahwinan mewah yang terbesar di negara untuk anaknya hanya dengan gajinya sebagai Ketua Menteri Melaka sahaja.

Tidak menghairankan apabila komen Ali mencetuskan cemuhan dari pesaingnya dipihak pembangkang.

"Tiada apa yang baru dalam Umno. Untuk menyelamatkan diri sendiri, Umno akan menyembunyikan rasuah yang berlaku dalam

kes Scorpene. Ia akan cuba menjustifikasikan peranan mereka dan juga Najib dalam perolehan kapal selam itu," kata naib presiden PKR yang juga ahli parlimen Batu, Tian Chua kepada Malaysia Chronicle.

"Jika tunggak Umno tidak bersalah dan tidak mengambil rasuah daripada DCNS dalam pertukaran untuk bersetuju membeli kapal selam, mengapa mereka perlu mengusir peguam Perancis, mengancam untuk mengharamkan SUARAM dan menuduh semua orang sedang cuba untuk merampas kuasa kerajaan Malaysia? Mula-mula, George Soros dan Yahudi mempergunakan SUARAM, kini Singapura dan orang Cina cuba menjatuhkan Melayu. Namun, pada hakikatnya, semua ini adalah jelas, cubaan elit Umno untuk mengaburi mata rakyat."

Ahli- ahli parlimen yang telah ke Singapura untuk mendengar taklimat termasuk ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Petaling Jaya Utara, Tony Pua, Kuala Krai , Hatta Ramli, Kelana Jaya, Loh Gwo-Burne, Subang, R Sivarasa dan Teluk Kemang, Kamarul Baharin Abbas.

Cuba MENGELAK


Apabila ditanya oleh Ahli Parlimen bagi mengulas hujah Putrajaya bahawa perolehan kapal selam merupakan satu perjanjian sulit antara kedua-dua negara dan tidak melibatkan pembayaran komisen kepada syarikat swasta Putrajaya, Cagnat telah menjawab bahawa pentadbiran Najib "cuba melarikan diri" dari siasatan tetapi bukti telah menunjukkan sebaliknya.

Beliau menamakan 7 saksi yang dikemukakan oleh Suaram dan diterima oleh mahkamah Perancis dan menegaskan bahawa Najib dan kawan karibnya Razak Baginda merupakan orang paling penting dalam senarai itu.
Cagnat juga menegaskan bahawa pengeluaran waran tangkap untuk Menteri Pertanian Guinea,Teodoro Nguema Obiang, anak presidennya, berhubung kes rasuah baru-baru ini juga boleh berlaku kepada Najib.

5 saksi yang lain merupakan Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi; Setev Shaariibuu, bapa wanita Mongolia yang telah dibunuh Altantuya Shaariibuu, penyiasat persendirian, P Balasubramaniam; Pengarah Urusan Boustead Holdings Bhd dan timbalan pengerusinya Lodin Wok Kamaruddin; dan Jasbir Singh Chahl, yang dilaporkan sebagai orang kanan Razak Baginda.

"Saya berharap hakim akan dibenarkan menyoal mereka," tambah Cagnat.

NGO lain akan ambil alih


Cagnat juga berkata walaupun pentadbiran Najib berjaya mengisytiharkan SUARAM sebagai haram dan kehilangan statusnya sebagai NGO dan juga plaintif sivil, ini tidak bermakna hakim Perancis akan berhenti dari menyiasat kes tesebut.

Sementara itu, ahli sekretariat SUARAM Cynthia Gabriel, yang mempengerusikan sidang akhbar berkata NGOnya sekarang sedang mengadakan perbincangan dengan NGO Malaysia yang lain untuk mengambil alih peranan dalam menerajui perbicaraan kes rasuah setelah SUARAM diisytiharkan haram.

Salah satu daripada NGO tersebut adalah Transparency International-Malaysia, dedah Cynthia. SUARAM telah dikecam hebat oleh pentadbiran Najib. Pejabat-pejabatnya telah diserbu, dituduh memiliki akaun yang diragui dan statusnya sebagai sebuah NGO juga dipersoal.

Umno juga menuduh SUARAM mendapat pembiayaan daripada Open Society, sebuah pertubuhan pro-demokrasi yang diasaskan oleh jutawan terkemuka Yahudi, George Soros yang sering dipersalahkan oleh elit Umno termasuk bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad untuk mewajarkan tuduhan bahawa Malaysia akan kehilangan'kedaulatan' jika pembangkang berkuasa.Malaysia Chronicle

DAP dakwa tanah murah Umno jadi projek kondo

Posted: 04 Dec 2012 04:10 AM PST

 


 
MP DAP Tony Pua hari ini mendakwa sebidang tanah murah yang diperolehi Umno Subang pada tahun 2004 – yang didakwa diperolehi untuk kepentingan rakyat – kini menjadi tapak sebuah kondominium.

Pua yang melawat tapak berkenaan mendakwa, tanah yang diperolehi Umno Subang pada tahun 2004 pada RM1 sekaki persegi kini bernilai RM200 sekaki persegi.

Aktiviti yang kini dijalankan di atas tapak berkenaan ialah itu pembangunan projek Suria Damansara – kondominium 200 unit yang setiap satunya dianggarkan berharga RM450,000, dakwanya lagi.

"Apabila mereka (BN) menafikan dakwaan kami, mereka kata tanah itu untuk bina tadika dan dewan komuniti dan perkhidmatan lain. Tetapi, ini bukan kes sebenar," katanya.

ADUN Sekinchan Ng Suee Lim pada bulan lalu mendedahkan BN membeli 24 keping tanah di Selangor pada harga hanya RM1 sekaki persegi sekitar tahun 2004 ke 2008.

PKR: Siasatan untuk halang himpunan minggu depan

Posted: 04 Dec 2012 04:09 AM PST


 


 
Naib presiden PKR N Surendran mendakwa siasatan polis ke atasnya hari ini merupakan tekanan bagi menghalang satu perhimpunan yang dirancang pada minggu depan di ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya.

Surendran berkata beliau dipanggil untuk siasatan berhubung ucapannya di Brickfields pada 24 November berhubung masyarakat India yang tiada kewarganegaraan dan hak golongan itu untuk mendapatkan MyKad dan sijil kelahiran.

"Kami percaya pihak berkuasa cuba menekan, mengganggu dan menakut-nakutkan kami untuk menghalang perhimpunan besar itu.

"Perhimpunan itu ada usaha untuk mendapatkan keadilan bagi ratusan rakyat Malaysia yang tiada kerakyatan di negara ini; bukan saja orang Indiia di Malaysia Barat tetapi juga warga Malaysia Timur yang terjejas," katanya.

Beliau ditemani peguam yang juga bekas presiden Majlis Peguam S Ambiga serta pengarah biro guaman PKR Latheefa Koya di balai polis Travers hari ini.

Ambiga mendakwa isu berkenaan tidak harus dipandang ringan dan sepatutnya menjadi tumpuan utama kerajaan.

"Sepanjang pengetahuan saya, sepatutnya tidak ada warga Malaysia yang tiada kerakyatan," katanya kepada pemberita.

Latheefa, dalam pada itu berkata, MP Kapar M Manikavasagam turut disiasat polis dua hari lalu dan beliau percaya tekanan itu akan berlarutan.

Ketua bahagian kata Umno Subang tiada tanah

Posted: 04 Dec 2012 04:07 AM PST

 


 
Ketua bahagian Umno Subang Datuk Muhammad Bushro Mat Johor tidak dapat mengesahkan dakwaan DAP bahawa sebidang tanah milik Umno bahagian tersebut – yang didakwa dibeli dengan harga murah pada tahun 2004 – kini menjadi tapak sebuah kondominium.

Namun, Muhammad Bushro berkata, Umno bahagian itu tidak memiliki apa-apa tanah sejak beliau menjadi ketua bahagian pada 2008.

"Saya tak pasti sebab saya jadi ketua bahagian dari tahun 2008. Jadi, kalau mereka nak bawa saya ke Selcat (Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor) pun bawalah," katanya ketika diminta mengulas dakwaan DAP itu.

NONEBeliau seterusnya ditanya sama ada tanah yang dibangkitkan itu memang milik Umno bahagian.

"Tak ada. Tak ada tanah disenaraikan dalam senarai aset Umno Subang sejak saya jadi ketua bahagian. Saya sendiri pun satu inci pun saya tak pernah ambil tanah," katanya tegas.

Soalan sama turut dikemukakan kepada setiausaha perhubungan Umno Selangor, Datuk Ser Mohd Zin Mohamed yang berkata beliau akan meneliti dakwaan tersebut terlebih dahulu.

"Saya tak dapat beri maklum balas lagi. Saya tak ada detail lagi. Saya akan minta pengkaji saya kaji dahulu," katanya.

Pemimpin Umno berkenaan diminta mengulas dakwaan DAP yang mengunjungi kawasan kondominium Suria Damansara, yang didakwa diperolehi Umno Subang pada tahun 2004 dengan harga pada RM1 sekaki persegi dan kini bernilai RM200 sekaki persegi.

NONEMP DAP Tony Pua hari ini mendakwa tanah berkenaan kini menjadi tapak projek Suria Damansara – kondominium 200 unit yang setiap satunya dianggarkan berharga RM450,000, dakwanya lagi.

"Apabila mereka (BN) menafikan dakwaan kami, mereka kata tanah itu untuk bina tadika dan dewan komuniti dan perkhidmatan lain. Tetapi, ini bukan kes sebenar," katanya.

ADUN Sekinchan Ng Suee Lim pada bulan lalu mendedahkan BN membeli 24 keping tanah di Selangor pada harga hanya RM1 sekaki persegi sekitar tahun 2004 ke 2008.

Perkara itu kemudiannya dijelaskan ketua penerangan Umno Selangor,  Abdul Shukor Idrus yang berkata tanah berkenaan tidak diberi kepada individu, sebaliknya digunakan untuk kepentingan rakyat.

Malaysiakini sedang berusaha mendapatkan penjelasan lanjut daripada bekas ketua bahagian Umno Subang Datuk Mokhtar Dahlan berhubung status tanah di Kelana Jaya itu.

Berita berkaitan:

 
 
 
 
 

Kelewatan P Raya Mencelakakan Najib

Posted: 04 Dec 2012 04:04 AM PST

MSO

Tidak siapa tahu apakah muslihat dan strateginya menyebabkan Najib Razak memperlambat-lambatkan pilihan raya diadakan. Tidak siapa yang tahu apakah sebab musabab dan hambatan sebenar maka ia melanjutkan pilihan raya kemungkin akan rapat ke dinding, maksudnya sehingga habis tempoh lima tahun.

Najib memimpin doa untuk kemenangan UBN.
Parlimen akan terbubur secara automatik 28 April 2013 kerana tempohnya sudah mencukupi. Belum pernah berlaku perlimen dibubarkan sehingga rapat ke dinding. Paling lama pun parlimen akan dibubarkan sebaik saja masuk tahun ke empat penggal parlimen ia dibubar. Jadi apabila Najib gagal mencari 'cerlak' dan ketika baik untuk membubarkan parlimen menyebabkan orang tertanya-tanya dan menjadi iseng sendiri dan berbahas apa sudah jadi dengan Najib?

Bahkan ada yang sudah naik bingung dan muak menanti bila tarikh parlimen dibubarkan. Beberapa jangkaan dibuat semuanya meleset. Najib semacam mahu melarikan tarikh itu dan tidak mahu mengiyakan apa yang diagakkan oleh orang lain. Untuk apakah? Namun kali ini teka teki itu tidak timbul lagi, semuanya sudah siap sedia. Bahawa pilihan raya tidak mungkin diadakan selepas April 2013.

Kelewatan Najib membubarkan parlimen memburukkan keadaan dirinya dan UBN. Kelewatan itu menyebabkan timbul persepsi buruk kepada parti berkenaan. Tanyalah sesiapa pun mereka akan mengatakan Najib atau UBN takut bila mana masih bermain-main dengan tarikh pilihan raya. Apa lagi perkara ini ditejel dan dijaja oleh Pakatan Rakyat, kononnya UBN takut, dakyah itu sudah tersendak di kepala orang ramai.

Rakyat menerima eceran berkenaan. Memanglah kalau Najib berani dan yakin dengan kemenangan UBN dia tidak perlu menangguhkan pembubaran parlimen. Beliau tidak mengheretnya sehingga rapat ke mentara. Sebabnya tidak ada alasan lain bagi Najib untuk tidak mengadakan pilihan raya segera kecuali kerana takut dan bimbang. Kebimbangan itulah menjadikan tarikh pembubran parlimen menjadi teka teki tidak terjawab.

Waktu paling elok bagi Najib meminta Yang di-Pertuan Agong bubarkan parlimen ialah pada bulan Jun lalu. Ketika itulah keadaan kondusif buat UBN. Isu-isu yang tegang di dalam kerajaan pada masa itu seperti skandal projek lembu gemuk (NFC) dan isu Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SPBA) juga sudah selesai. Walaupun isu NFC masih terheret sampai kini tetapi apabila tindakan diambil ke atas syarikat atau individu yang terlibat termasuk perletakan jawatan Shahrizat Jalil, ia dianggap ia diambil tindakan.

Rakyat sudah sedikit berpuas hati atas sikap akauntabiliti Sharizat itu.

Begitu juga isu SPBA yang sebelum ini menimbulkan kemarahan kakitangan awam atau pegawai kerajaan, selesai apabila sistem saraan baru itu dibatalkan dan orang yang kononnya bertanggungjawab bekas ketua pengarah JPA Abu Bakar Abdullah diambil tindakan. Keredaan isu itu bukan kerana tindakan ke atas ketua pengarah JPA itu tetapi pembatakan sistem berkenaan dikira 'congik cakdung' dan tidak adil kepada semua.

Seretak itu juga penyenaraian saham FVGB telah dilakukan dan para peneroka telah mendapat sedikit nikmat. Di mana nikmat habuan pemberian separuh dari RM15,000 untuk satu keluarga memberi keseronokan kepada para peneroka. Demikian juga dengan sebahagian rakyat turut sama terasa terhibur dengan pemberian BR1M, RM500 satu orang yang berpendapatan dibawah RM2,000. Walaupun pemberian wang umpan dan rasuah undi itu tidak menyeluruh, setidak-tidaknya 15% daripada penerimaannya merasakan mereka dipedulikan oleh UBN.

Namun kondisi itu tidak diambil peluang juga oleh Najib. Inilah menyebabkan timbul 'perselehengan' dan 'perkadasan' fikiran di antara Najib dengan timbalannya Muhyiddin Yassin dan juga bomoh besar dan keramat Umno Mahathir Mohamad. Muhyiddin satu masa mendesak agar pilihan raya diadakan segera memandangkan rakyat sudah sedikit tenang. Desakan Muhyiddin itu sehingga ditafsirkan di antara mereka berdua sedang dilambung masalah.

Tetapi Najib tetap juga tidak terbuka hati untuk mengadakan pilihan raya. Selepas itu 'cerlak' bulan Jun dihinsut ke bulan September. Tetapi ternyata bulan September juga tidak menjelma apa diharapkan. Bahkan September merupakan bulan sakit buat UBN. Keengganan Najib itu menyebabkan timbul rasa kurang senang di kalangan Umno sendiri terutamanya mereka yang sudah terasak dan letih dengan kemaraan Pakatan Rakyat. Kemaraan Pakatan Rakyat menjadi mereka resah dan rungsing... kerana semangat PR relatif meninggi.

Orang menyoal kenapa Najib babil untuk membubarkan parlimen tanpa menjawab persoalan itu? Bagi saya Najib ada pedoman dan pemikirannya sendiri. Dia ahli Pak Belalangnya sendiri. Di sini mungkin Najib belum mendapat lampu hijau atau pun kebenaran dari orang yang dipercayainya. Siapakah orang itu?  Mungkin ianya pemelihara jin, di mana selagi jin tidak bersedia untuk membantu UBN, isyarat itu tidak akan diberikan.

Sudah pastilah orang itu ahli yang bijak dalam membuat telahan politik dan memperhitungkan kalah dan menang untuk Najib. Ini bererti selagi orang itu tidak merasakan Najib menang dia tidak akan memberi signal untuk Najib membubarkan parlimen. Kerana Najib meletakkan kepercayaa tinggi kepada orang itu maka beliau tidak mempedulikan berbagai laporan dan analisa termasuk kajian dalaman dibuat oleh parti atau badan bebas sebelum ini yang menyatakan peluang BN baik. Buktinya kalau dia percaya dia sudah pun membubarkan parlimen.

Perhimpunan agung Umno yang ke-66 lalu dilihat sebagai kayu ukur terakhir buat Najib untuk menetapkan tarikh pilihan raya. Perhimpunan itu juga dijadikan pemupukan semangat para ahlinya. Malang sekali lagi, menjelang perhimpunan agung timbul pula beberapa isu baru yang diluar dugaan dan ianya mencabar dan menganggu UBN. Isu-isu baru yang meletup secara bom jangkaan itu benar-benar merusut fikiran Najib.

Isu dimaksudkan itu ialah pendedahan oleh bekas IGP Musa Hasan mengenai penyalagunaan kuasa oleh menteri dalam negeri yang mencampuri urusan politik di raja. Satu lagi ialah pendedahan mengenai tindakan orang Umno melakukan cas keting atau penipuan dalam urusan niaga dan tidak amanah dalam perniagaan.  Ini berhubung pendedahan orang bernama Deepak Jaikishan mengenai keterdayaannya oleh pemimpin Umno.

Pendedahan Deepak itu mengenai kenyataannya (SD) kononnya Najib atau isterinya terlibat dengan pembunuhan Altantuya benar-benar mendatangkan masalah kepada Najib dan Umno. Pendedahan Deepka kitu menganggu tidur dan mimpi Najib. Pendedahan itu boleh mencairkan segala usaha kerajaan untuk mempengaruhi rakyat sebelum ini. Tragedi yang sudah redha dan habis tersapu di kepala rakyat itu kini 'terbahar', membuka semula apabila ia diungkitkan oleh Deepak secara kronologi.

Memang Umno bercadang untuk menjadikan perhimpunan agung Umno sebagai landasan kekuatan sepenuhnya kepada UBN. Namun dengan pendedahan itu menyebabkan harapan yang diimpikan Najib itu hancur berkecai. Najib benar-benar kecewa dengan apa yang berlaku itu. Ini terbukti bila mana diarahkan supaya pimpinan Umno tidak menjawab isu-isu berkenaan pada siri penggulungan. Pembisuan terhadap semua isu dibangkitkan itu sekali lagi meletakkan UBN dalam keadaan meragukan.

Bagaimana pun Najib tetap mahu perhimpunan agung Umno lalu dilihat sebagai satu rumusan bahawa ahli Umno sudah bersedia untuk berhadapan dengan pilihan raya. Kajian-kajian dalaman juga menunjukkan ahli Umno dalam bersemangat penuh dan tinggi untuk berdepan dengan pilihan raya. Angka-angka yang anih dan ganjil dikeluarkan untuk tujuan itu kononnya 74.4% dari lebih 27,000 respondan menyatakan kerajaan BN dan slongan 1 Malaysia dalam keadaan diterima umum. Orang Melayu juga didakwa semakin teguh bersama Umno manakala orang bukan Melayu pula dikatakan bertambah menyokong UBN.

Pendeknya semua logistik untuk berhadapan dengan pilihan raya sudah pun lengkap dan siap sedia. Seluruh pemimpin dan ahli Umno juga sudah berjanji dan berikar akan memenangkan parti dan mengelakkan bertempur sesama sendiri. Ahli perwakilan semua berdiri menyatakan kesediaan dan komitmen itu. Umno sendiri melakukan apa saja iktiar zahiriah untuk memangkan Umno; berdoa, menyanyi, bersumpah. merayu dan menangis. Asakan mitosime dan kurafatisme bahawa hanya Umno saja dapat menyelamatkan Melayu dan agama sudah pun diselam sedalam-dalamnya dalam hati para pemimpin Umno.

Mengukur kesediaan itu seolah-olah pilihan raya akan diadakan pada bila-bila masa saja. Parlimen persis akan dibubarkan sebaik berakhir perhimpunan agung Umno. Melihat semangat berkobar-kobar itu saya sendiri mengirakan Najib mengumumkan hari dan masa dia menghadap Agong untuk menasihati parlimen dibubarkan. Namun itu hanya harapan saja, ia tidak berlaku. Pun begitu tidak dapat dielakkan lagi, masa sudah suntuk waktu sudah tiada, suka tidak suka, perit atau tidak.. parlimen akan dibubarkan dalam masa terdekat. Saya memfirasatkan ianya akan dibuarkan pada akhir Disember ini atau habis lewat pertengahan Januri pengundian pada Januari atau awal Februari.

Najib dan Umno akan membuat persiapan, tempoh itu ialah tempoh matangnya beberapa janji pemberian untuk rakyat seperti bonus, tambahan BR1M sebanyak RM500 lagi. Semua itu adalah umpan dan modal untuk memancing undi. Sambil menghulurkan wang bantuan itu penerima akan diminta bertaubat mengundi UBN.

Bagaimana pun dalam kesiapsediaan Umno dan BN itu ia tidak memberi apa-apa kejutan atau pun getaran untuk menguatkan UBN lagi. Kelewatan Najib membubarkan parlimen telah menjadi persepsi umum bahawa UBN kini di dalam ketakutan dan akan tewas dalam pilihan raya. Tanggapan umum atas kesilapan UBN mempercepatkan pilihan raya itu memberi penyakit kepadanya. Ia menyebabkan rakyat terus beranggapan UBN tidak akan menang pilihan raya. Dari sudut kejiwaan rakyat melihat ketakutan dan keraguan Najib memilih tarikh untuk diadakan pilihan raya itu ia sudah menjadi tanda-tanda kekalahan UBN.

Dengan tanggapan sebegitu yang mempengaruhi emosi, mereka tidak lagi memilih UBN. Tanpa UBN dan Najib sedari permainannya berteka teki mengenai bila pilihan raya telah memberi impak buruk kepada UBN. Apa juga kejutan dan keanihan yang UBN akan lakukan dalam pilihan raya ini tidak bererti lagi. Ia tidak boleh merombak ikatan nekad sebahagian besar rakyat yang mahu menukar BN dengan Pakatan Rakyat.  Yang jelas dan nyatanya UBN sudah tertolak dengan sendiri, helah Najib memperlambat-lambatkan pilihan raya menatijahkan kecelakaan kepadanya.

256,899 saman AES sehingga 26 November

Posted: 04 Dec 2012 04:00 AM PST

Muhammad Faizal,


KUALA LUMPUR: Sebanyak 256,899 saman telah dikeluarkan sejak Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) beroprasi 23 September sehingga 26 November lalu.

Dari jumlah itu, Selangor mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 142,809 saman dikuti Perak sebanyak 81,00, Putrajaya 22,876 dan Kuala Lumpur sebanyak 10,213 saman.

Saman tertinggi adalah melibatkan kesalahan memandu melebihi had laju iaitu sebanyak 243,545 saman diikuti kesalahan melanggar lampu isyarat sebanyak 13,354 saman.

Perkara itu dijelaskan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri di Dewan Negara semalam sebagai menjawab soalan yang dikemukakan oleh Senator Khairiah Mohamed.

Sehingga kini, AES telah dipasang di 14 lokasi di seluruh negara.

AES di kawasan 30km/j kekal

Selain jumlah itu, Khairiah juga turut mempersoalkan berhubung dengan kajian semula AES di kawasan had laju 30 kilometer sejam dan nortis amaran di lokasi-lokasi kamera AES.

Dalam jawapannya, timbalan menteri itu berkata, setakat ini kerajaan tidak bercadang untuk mengkaji semula cadangan menguatkuasakan AES di kawasan had laju 30 kilometer sejam.

Katanya, pemilihan lokasi tersebut adalah dibuat berdasarkan kriteria yang teratur dan lokasi ini merupakan kawasan-kawasan sekolah di mana terdapat keperluan untuk menyediakannya
bagi melindungi kemalangan di kalangan murid-murid sekolah.

"Walau bagaimanapun, penguatkuasaan di  kawasan ini akan mengguna pakai kamera mudah alih dan dijalankan hanya pada waktu persekolahan sahaja," jelasnya.

Berhubung notis amaran pula, timbalan menteri itu berkata, notis telah dipasang dalam lingkungan dua hingga tiga kilometer bagi mengesan kesalahan memandu melebihi had laju., manakala bagi mengesan kesalahan melanggar lampu isyarat pula, notis amaran dipasang dalam lingkungan 50 hingga 500 meter.

KEADILAN fail kes pelajar India dinafi ke sekolah Jumaat ini

Posted: 04 Dec 2012 03:55 AM PST

Oleh Masdar Wahid

KUALA LUMPUR: KEADILAN akan memfailkan kes S Logeswaran, pelajar keturunan India yang lahir di negara ini tetapi dihalang ke sekolah, Jumaat ini, kata Naib Presidennya, N Surendran.


Kes ini akan kita failkan di Mahkamah Jalan Duta pada 7 Disember ini," katanya ringkas ketika ditemui di Balai Polis Travers hari ini selepas diminta memberi keterangan berhubung kenyataannya mengenai isu kewarganegaraan masyarakat India.

Pada 9 November lalu, Surendran yang juga peguam hak asasi dalam sidang medianya mendedahkan, Logeswaran dinafi ke sekolah walaupun ibu bapanya, M Tamilselvi dan Sarathrajan adalah warganegara.

Logeswaran yang merupakan anak sulung dari empat beradik hanya sempat bersekolah hingga darjah tiga sebelum dihalang meneruskan persekolahan atas alasan ayahnya tiada kad pengenalan.

Kanak-kanak itu dinafi dari memakai lencana sekolah dan hanya ditempatkan di penjuru sekolah.

Menurut Sarathrajan, beliau pernah memohon lebih 10 kali kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk memiliki kad pengenalan, tetapi gagal dan pelbagai alasan diberikan.

"Hingga kini hak saya dinafi sedangkan sangat jelas saya merupakan warganegara Malaysia yang sah sebagaimana tertera dalam sijil kelahiran dengan nombor daftar F685911," katanya.

Berdasarkan sijil kelahiran, Sarathrajan dilahirkan pada 4 Disember 1982 jam 7.40 pagi di Hospital Daerah Kuala Lipis, Pahang, berketurunan India, dan taraf kewarganegaraan adalah warganegara.

Dinyatakan sekali nombor kad pengenalan beliau dalam sijil lahir itu, 821201-06-5825, manakala isterinya memiliki kad pengenalan biru bernombor 791114-08-5852.

"Apa yang paling saya kesalkan, JPN beritahu boleh memberi sijil lahir kepada Logeswaran tanpa nama saya.

"Ini sangat pelik sedangkan seorang lagi anak saya, Dunish Kumar ada tertera nama saya," katanya menyifatkan tindakan JPN itu penghinaan kepadanya.

KEADILAN temu ICAC, lengkapkan bukti rasuah RM40 juta Musa Aman

Posted: 04 Dec 2012 03:51 AM PST

Oleh Aisha Geoffrey

KUALA LUMPUR: Delegasi KEADILAN akan ke Hong Kong semula 12 Disember ini bagi menyerahkan bukti berkaitan skandal rasuah RM40 juta melibatkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja, Chang Lih Kang berkata, kunjungan kali kedua itu sebagai memenuhi permintaan Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah Hong Kong (ICAC) supaya bukti yang diperlukan pihaknya untuk membuka semula siasatan kes tersebut dilengkapi.

"Kita akan bertemu ICAC 13 Disember ini dan serah dokumen yang mereka tiada, termasuk semua dokumen transaksi. Ia bagi membantu ICAC dapatkan bukti kes," katanya ketika dihubungi.

Menurut Lih Kang, bukti berkenaan juga akan diserah kepada Ahli Parlimen (MP) Hong Kong yang ditemui sebelum ini untuk dibawa kepada Mesyuarat Panel Keselamatan Hong Kong.

"MP Hong Kong berjanji untuk bawa isu ini ke dalam agenda mereka. Panel Keselamatan adalah pihak yang bertanggungjawab memantau ICAC," jelasnya.

Sebelum ke Hong Kong tempoh hari, delegasi tersebut membuat laporan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes yang turut melibatkan taikun balak, Michael Chia itu, namun masih tiada tindakan susulan.

"SPRM tak macam ICAC yang minta bantuan kita untuk kumpul bukti. Sampai sekarang SPRM masih tiada apa-apa tindakan," katanya.

Rombongan KEADILAN di depan bangunan ICAC 21 November lalu.

Pada 21 November lalu, delegasi KEADILAN yang dianggotai Lih Kang, Pengarah Strategi, Rafizi Ramli; MP Selayang, William Leong dan MP Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian ke Hong Kong untuk menggesa ICAC menyiasat semula kes rasuah tersebut.

Usaha mereka mendapat sokongan dan kerjasama MP Hong Kong – James To, Leung Kwok Hung dan Raymond Wong.

Kes tersebut turut mendapat liputan akhbar dan televisyen utama Hong Kong.

Bagaimanapun, mereka diminta untuk membekalkan lebih banyak bukti kepada ICAC supaya kes itu dapat dibuka semula ekoran tidak mendapat kerjasama kerajaan Malaysia.

Musa sebelum ini didakwa menerima sumbangan untuk Umno Sabah melalui ahli perniagaan, Michael Chia yang ditahan kerana menyeludup wang berkenaan di lapangan terbang Hong Kong pada Ogos 2008.

23 lokasi sasaran kayuhan Jerit

Posted: 04 Dec 2012 03:47 AM PST

 
Kayuhan selama empat hari itu bermula pada 7 Disember ini jam 9.00 pagi, dari Pasar Besar Seremban dan bergerak ke Mantin, Pajam, dan Labu.



KUALA LUMPUR: Sebanyak 23 lokasi di sekitar Negeri Sembilan menjadi sasaran Jariingan Rakyat Tertindas (Jerit) sempena kempen berbasikal 'Rakyat Pengayuh Perubahan 2.0′ Jumaat nanti.

Kayuhan selama empat hari itu bermula pada 7 Disember ini jam 9.00 pagi, dari Pasar Besar Seremban dan bergerak ke Mantin, Pajam, dan Labu.

Manakala hari kedua akan bermula di Pedas-Linggi dan akan berakhir di Pejabat Menteri Besar, Wisma Negeri di Seremban pada Isnin 10 Disember ini.

Penyelaras Jerit Negeri Sembilan S Tinagaran berkata, sepanjang perjalanan di setiap hentian kumpulan berbasikal itu nanti akan bertemu dengan masyarakat yang mahu mengemukakan sebarang tuntutan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan.

"Kami mensasarkan kawasan kampung dan estet yang menghadapi pelbagai masalah dan mengutip suara mereka melalui memorandum.

"Pada masa yang sama kempen kesedaran turut disebarkan kepada mereka yang kurang pendedahan terhadap media baru supaya mereka tahu situasi yang sebenar.

"Acara kemuncak segala tuntutan rakyat itu nanti akan diserahkan kepada Menteri Besar dan juga Ketua Pembangkang Negeri Sembilan Anthony Loke," katanya dalam sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor di sini hari ini.

Tuntutan tersebut meliputi tujuh tuntutan utama iaitu menuntut pilihan raya yang adil dan bersih, menghentikan pemusnahan alam sekitar, serta menamatkan penswastaan perkhidmatan awam seperti air, elektrik, kesihatan dan pendidikan.

Selain itu, tuntutan supaya hak dan kebajikan pekerja dilindungi, hak untuk himpunan aman dan kebebasan bersuara serta memansuhkan undang-undang zalim akan turut dikemukakan.

Sementara itu, penyelaras kempen M Sivaranjani berkata pihaknya mengalu-alukan sokongan orang ramai terutamanya anak muda yang berminat menyertai kempen berbasikal ini.

"Orang ramai yang berminat untuk menyertainya boleh menghubungi pejabat Jerit di talian 0387370766," katanya yang menjamin kempen tersebut akan berjalan dengan aman tanpa mahu menimbulkan sebarang masalah atau provokasi.

Kempen ini turut mendapat sokongan kumpulan Bersih, Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Pusat Pembangunan Kebudayaan (LLG), serta beberapa NGO lain termasuk Pakatan Rakyat.

Usaha akhir MIC tawan kaum India

Posted: 04 Dec 2012 03:45 AM PST

Oleh S Chandravathani

Setiausaha Agung parti optimistik hasil kerja serius selama dua tahun di bawah pelan tindakan bersepadu akan membuahkan hasil kepada MIC.

 

KUALA LUMPUR:  Perhimpunan Agung Tahunan MIC ke-66 pada Ahad bersedia untuk menggerakkan delegasi dan pemimpin akar umbi sebagai kempen terakhir untuk memenangi hati dan minda masyarakat India kepada Barisan Nasional (BN).

Setiausaha Agung parti Datuk S.Murugesan optimistik hasil kerja serius dan usaha berterusan yang dijalankan selama dua tahun di bawah pelan tindakan bersepadu akan membuahkan hasil kepada MIC.

Memenangi semula sokongan majoriti pengundi India menjadi tugas utama parti itu berikutan kekalahan besar dalam pilihan raya umum 2008 apabila ramai kaumIndia keluar BN.

MIC hilang enam daripada sembilan kerusi Parlimen yang dipertandingkan. Ia hanya mengekalkan kerusi di Tapah, Cameron Highlands dan Segamat dan menawan semula Hulu Selangor pada pilihan raya kecil kemudian.

Dalam temu bual dengan Bernama, Murugesan menerangkan rancangan parti terbesar masyarakat India itu, mengatakan ia tidak pernah mengambil ringan rayuan kaum India dan telah banyak menyelesaikan masalah lama yang dihadapi komuniti itu, terima kasih juga kepada usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan presiden parti Datuk Seri G.Palanivel.

"Masyarakat harus memahami bahawa rancangan ini adalah murni dan bukan hanya untuk jangka masa pendek. Ia sudah pasti mengambil masa untuk melihat hasilnya. Kamu tidak boleh hanya lakukan sekali dan berpendapat MIC berjaya memenangi kembali masyarakat. Tidak ada jalan pintas," katanya.

Murugesan berkata Palanivel telah merangka strategi untuk menggerakkan kerajaan melaksanakan dasar dan skim untuk membantu dan meningkatkan taraf hidup masyarakat India, sambil menepis kritikan buruk bahawa parti itu telah melakukan yang terbaik dalam usaha memastikan kaum itu tidak terlepas dari arus perdana pembangunan negara.

Di bawah Belanjawan 2013, RM350 juta diperuntukkan kepada Skim Pembiayaan Tekun bagi industri kecil dan sederhana, RM50 juta daripadanya adalah untuk Skim Keusahawanan Sosial Kaum India, katanya.

Juga RM50 juta diperuntukkan untuk melatih 3,200 pelajar India yang miskin memperoleh kemahiran industri, dan RM100 juta untuk menaik taraf dan pembangunan sekolah Tamil di seluruh negara, katanya.

Bersih dan telus 

Murugesan menegaskan MIC sentiasa mengekalkan dirinya sebagai parti yang bersih dan transparen, untuk menunjukkan kepada pengundi, pemimpin parti adalah lebih baik untuk mentadbir dan akan teruskan usaha menangani isu-isu yang dekat di hati kaum India seperti sekolah Tamil, pendidikan universiti dan peluang pekerjaan untuk semua.

Beliau juga berkata parti itu telah menjalankan pengesahan pengundi dan pendaftaran di semua 4,300 cawangannya di seluruh negara, dan juga telah memperkenalkan pelbagai langkah untuk menarik pengundi muda menyertai parti itu.

"MIC bersama (komponen) Barisan Nasional yang lain telah melaksanakan beberapa program termasuk 'Karnival Kerjaya Pemuda BN' dan 'Konsert Jelajah BN Pilihan Saya' juga menggunakan media baru seperti Twitter, Facebook dan blog sebagai salah satu cara mendekati golongan muda," katanya.

Berdasarkan statistik baru-baru ini menunjukkan antara 60 dan 65 peratus pengundi muda memilih BN berbanding Pakatan Rakyat memandangkan parti pembangkang itu hanya pandai menabur janji tetapi gagal mengotakannya," kata beliau.

"Untuk menarik generasi Y, MIC mesti berupaya memberi penjelasan dan memberitahu mereka bahawa inilah masa depan yang kita mahukan, iaitu ini adalah hala tuju bangsa bagi memastikan masa depan yang lebih baik dan stabil untuk mereka," katanya.

Murugesan berkata walaupun pengundi India kembali semula ke pangkuan BN dan trend itu semakin baik sejak 2008, MIC masih berusaha meningkatkan jumlah pengundi India.

"Memandangkan komuniti India sering kali mendesak transformasi dalam MIC, parti ini sedang melakukan transformasi agar lebih agresif untuk memenuhi harapan dan cabaran yang semakin meningkat yang dihadapi masyarakat," katanya.

Murugesan berkata parti itu menerima enam resolusi antaranya politik, hal ehwal kerajaan, pendidikan dan sosioekonomi, untuk dibahaskan pada perhimpunan

itu, yang dihadiri 1,500 delegasi dan 2,000 pemerhati di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Beliau juga berkata perhimpunan itu, hanya berlangsung sehari bagi menjimatkan masa dan kos, akan dirasmikan Perdana Menteri dan pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak. Bernama

Bekas Atlet Disaran Tabur Bakti Bangunkan Sukan Selangor

Posted: 04 Dec 2012 03:39 AM PST




SHAH ALAM – Bekas atlet disaran menabur bakti membangunkan sukan Selangor terutama bagi menggilap bakat generasi muda bagi memperkukuhkan kejayaan negeri dalam arena sukan.

Gesaan ini dilontarkan oleh Exco Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus yang melihat sukan sebagai satu industri.

"Kita mengharapkan pengurusan dan pembangunan sukan akan diuruskan oleh bekas-bekas atlet kerana mereka adalah golongan yang faham dan tahu tentang pembangunan sukan yang diceburi," katanya pada Majlis Anugerah Sukan Selangor 2011.

Selaku Pengerusi Majlis Sukan Negeri Selangor (MSN), Ahmad Yunus juga mengharapkan persatuan-persatuan sukan gabungan MSN akan terus membangunkan atlet-atlet anak Selangor  menjadi jaguh sukan terbaik bukan sahaja mengharumkan nama negeri bahkan di peringkat antarabangsa.

Jelasnya lagi, penggerak-penggerak sukan di semua peringkat perlu meninjau prestasi atlet-atlet remaja dan berusaha mempertingkatkan pencapaian mereka.

"Kita perlu sedar bahawa pembangunan sukan negeri kini bukan lagi menjadi tanggungjawab kerajaan sahaja, para penggerak dan organisasi sukan itu sendiri tetapi sukan menjadi milik rakyat dan masyarakat.

"Apatah lagi sebahagian peruntukkan pembangunan sukan itu sendiri datangnya daripada hasil negeri dan rakyat Selangor.

"Jatuh bangunnya atlet sukan bukan lagi menjadi isu tertutup tetapi turut dikongsi bersama oleh segenap lapisan masyarakat," ujarnya lagi.

Kerajaan Negeri menerusi MSN Selangor memberikan pengiktirafan dan penghargaan terhadap atlet-atlet yang berjaya di peringkat negeri dan kebangsaan dalam satu Majlis Anugerah Sukan Negeri Selangor 2011 di Grand Ballroom Hotel Concorde, Shah Alam.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat mencemar duli bersama Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta barisan kepimpinan Kerajaan Negeri.

Atlet karate-do, Loganeshaa Roa a/l Ramaraw dipilih sebagai Olahragawan Selangor 2011 sementara Zandra Aziela Ibrahim Hakimi dari sukan tenpin boling dipilih sebagai Olahragawati Selangor 2011.

Anugerah Olahragawan dan Olahragawati 2011 disampaikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.

Olahragawan dan Olahragawati 2011 masing-masing menerima wang tunai RM5,000, trofi dan sijil penghargaan.

Laporan Status Bekalan Air di Selangor Rabu Ini

Posted: 04 Dec 2012 03:37 AM PST




SHAH ALAM : Kerajaan Negeri akan mendedahkan laporan status bekalan air di seluruh Selangor sejurus Rabu ini selepas Mesyuarat Exco, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Abdul Khalid berkata, status itu berdasarkan pemerhatian Jawatankuasa Pemantauan Air yang diketuai setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Khusrin Munawi.

"Kita memberi kepercayaan kepada Jawatankuasa ini untuk membuat penelitian selain menerima laporan daripada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) yang menjadi salah satu agensi.

"Boleh jadi pada hari Rabu ini selepas Mesyuarat Exco, saya akan memberikan status terakhir tentang penyaluran air di seluruh Selangor," katanya dalam sidang media selepas merasmikan sambutan Hari Inovasi 2012 di Dewan Jubli Perak, di sini hari ini.

Sementara itu, ketika mengulas mengenai gangguan bekalan air yang melanda sebilangan besar penduduk di kawasan SS15, Subang Jaya, Abdul Khalid berkata, beliau akan merujuk perkara itu kepada Mohd Khusrin untuk tindakan lanjut.

Semalam, stesyen televisyen TV3 melaporkan sebilangan besar penduduk di SS15, Subang Jaya berdepan gangguan bekalan air yang berlarutan sejak dua minggu lalu.

Dr Xavier : Tiada Kubur Hindu Ditukar Kepada Perkuburan Islam

Posted: 04 Dec 2012 03:33 AM PST




SHAH ALAM : Dr Xavier Jayakumar menafikan dakwaan Persatuan Pengurusan Perkuburan dan Kebajikan Kaum India Malaysia (Mayanam) bahawa kawasan perkuburan Hindu di Mukim Api-Api, Kuala Selangor ditukar kepada kawasan perkuburan Islam.

Sebaliknya beliau berkata, kawasan di Lot 13 dengan keluasan 4.98 ekar diwartakan sebagai kawasan perkuburan Hindu dan ia merupakan kawasan baru.

Dr Xavier yang juga Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin itu menjelaskan Pejabat Tanah dan Dearah Kuala Selangor menyatakan kawasan tersebut adalah sebagai ganti kepada kawasan di Lot 14 yang dirizabkan untuk perkuburan Islam.

Menurutnya, kenyataan dibuat Mayanam adalah tidak benar dan tidak wujud sebarang unsur penyelewengan mengenainya.

"Lot 13 Mukim Api-Api ini adalah tapak cadangan baru bagi menggantikan tapak perkuburan Hindu di Lot 14 kerana ia lebih luas dan sesuai serta dapat menampung keperluan semasa. Lot 13 ini juga merupakan tanah simpanan kuari dengan nombor geran 707/1909 yang diwartakan sebagai tapak perkuburan Hindu yang baru.

"Sudah ada kawasan perkuburan, jadi apa dikatakan oleh persatuan itu tidak benar. Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Selangor telah wartakan satu kawasan 4.98 ekar untuk orang India," kataya kepada TVSelangor di sini hari ini.

Sinar Harian hari ini melaporkan Mayanam memohon keprihatinan Kerajaan Negeri menyediakan kawasan baru menggantikan rizab tanah kubur India yang kini diwartakan sebagai Tanah Perkuburan Islam Teluk Piai.

Presidennya, M Raman, 43, berkata, melalui Laporan Inventori Tanah Perkuburan Selangor 2010 yang dipersetujui Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri pada Julai 2011 lalu, Tanah Perkuburan Islam Teluk Piai itu adalah tanah rizab perkuburan Hindu.

Dr Xavier berkata, memang ada beberapa kawasan perkuburan diwartakan adalah kawasan asal bagi penanaman kelapa sawit.

"Kita dapati ada beberapa keping tanah diwartakan untuk kawasan perkuburan bagi keperluan orang India, Cina dan sebagainya. Bila ia diwartakan, jawatankuasa dipertanggungjawabkan membuat garis panduan untuk pemberian tanah-tanah ini kepada persatuan-persatuan berkenaan," katanya.

PKR dakwa keluarga Pak Lah terlibat dalam pembekalan meter elektonik TNB

Posted: 03 Dec 2012 11:47 PM PST



Adik kepada isteri pertama Abdullah, Noor Asiah Mahmood,
 didakwa memiliki 15 peratus pegangan saham dalam Malaysian 
Intelligence Meters Sdn Bhd. – Gambar fail

KUALA LUMPUR — PKR hari ini mendakwa keluarga bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi terlibat dalam pembekalan meter melalui program penggantian meter analog kepada elektronik Tenaga Nasional Berhad (TNB).

 Pengerusi Biro Pelaburan PKR, Wong Chen berkata, syarikat Obata-Ambak Holdings Sdn Bhd yang dimiliki Noor Asiah Mahmood, adik kepada isteri pertama Abdullah, Allahyarhmah Tun Endon Mahmood, memiliki 15 peratus pegangan saham dalam Malaysian Intelligence Meters Sdn Bhd, salah sebuah daripada lima syarikat yang membekalkan meter elektronik tersebut kepada TNB.

 Beliau turut berkata, program yang dihentikan sementara waktu atas arahan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau, dan Air (KeeTha) Datuk Seri Peter Chin Fah Kui pada Oktober lalu menunjukkan pengguna akan membayar sebanyak RM6.88 bilion kepada keuntungan TNB dalam tempoh 10 tahun.

"Kajian kami menunjukkan TNB mempunyai 8.03 juta pengguna sekarang ini dan harga purata setiap meter berharga RM250.

"Justeru itu, program ini berpotensi mencapai sehingga RM2 bilion.

"Untuk tahun kewangan 2012, hasil TNB daripada semua pengguna adalah RM34.4 bilion.

"Jika meter elektronik ini memberi peningkatan konservatif dua peratus, beban tambahan pengguna adalah sebanyak RM688 juta setahun.

"Memandangkan jangka hayat meter ini adalah 10 tahun, pengguna akhirnya akan membayar sehingga RM6.88 bilion kepada TNB bagi tempoh itu," kata Wong Chen kepada pemberita dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.

Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad yang turut hadir ketika sidang media itu berkata, isu itu bukan lagi isu kecil kerana pengguna dibebani peningkatan sehingga 50 peratus kos bil elektrik mereka.

"Justeru, PKR menggesa ketelusan dan kebertanggungjawaban TNB dalam perkara ini untuk mendedahkan siapa pembekal meter elektronik ini, harga yang dibayar untuk meter ini, adakah harganya berdaya saing mengikut standard tempatan dan antarabangsa, dan adakah tender dibuat secara terbuka atau runding terus?" tanya Nik Nazmi.

"Kami juga menuntut diwujudkan badan bebas yang dibiayai TNB bagi menyiasat aduan pengguna yang diberi kuasa menguji meter baru sebagai penimbangtara dan membuat dapatan bebas yang mengikat TNB dan pengguna," kata Adun Seri Setia itu lagi.

Oktober lalu, Peter Chin berkata TNB menghentikan penggantian meter elektrik analog kepada elektronik sehingga satu prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Perkara itu diputuskan selepas aduan diterima daripada pengguna mengatakan bahawa penggantian meter analog kepada meter digital baru membawa kepada kadar bil elektrik yang tinggi, termasuk caj "retrospektif".

"Operasi masih akan diteruskan tetapi tugas pertama kami adalah mendidik orang ramai mengenai meter baru," kata Peter Chin.

Beliau, bagaimanapun, berkata penggantian masih akan dilakukan terhadap meter isi rumah yang rosak dan meter pengguna yang disyaki mengalami kecurian.

Hutang Negara Terkini 2012 RM484.621 Bilion. Kenaikan RM200 Bilion Tahun 2008-2012? Hasilnya?

Posted: 03 Dec 2012 11:36 PM PST

Staff Berita Semasa 
 
Hutang Najib 2012 Hutang Negara Terkini 2012 RM484.621 Bilion. Kenaikan RM200 Bilion Tahun 2008 2012? Hasilnya?

Hutang negara : Tahun 2012, akan melabuhkan tirainya dalam tempoh sekitar 3 minggu daripada sekarang. Dan kami sempat menjenguk dan membuat semakan terhadap hutang kerajaan Malaysia ketika melalui data yang kami peroleh sendiri daripada Bank Negara Malaysia (BNM).

Hakikatnya, hutang negara yang terkini menunjukkan negara berada dalam kedudukan hutang negara yang terkini adalah yang tertinggi sejak Tanah Melayu Merdeka pada tahun 1957 dan penubuhan Malaysia pada tahun 1963 iaitu berjumlah RM484.621 bilion

Hutang Negara Malaysia Sehingga November 2012?

Hutang Negara Terkini Hutang Negara Terkini 2012 RM484.621 Bilion. Kenaikan RM200 Bilion Tahun 2008 2012? Hasilnya?
Sumber : Bank Negara

Daripada mula negara kita merdeka sehinggalah tahun 2008, hutang negara Malaysia sudah hampir mencecah sekitar RM280 bilion pada ketika itu yang mana sudah pun melangkaui legasi 5 Perdana Menteri Malaysia. Antaranya :
  1. Tunku Abdul Rahman
  2. Tun Abdul Razak
  3. Tun Hussein Onn
  4. Tun Mahathir Mohamad
  5. Tun Abdullah Ahmad Badawi
Daripada tahun 2008 sehinggalah tahun 2012. Hutang negara terus meningkat sehingga RM200 bilion yang mana ia hanya mengambil masa sekitar 5 tahun sahaja di zaman Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri. Kenaikan hutang tinggi, faedah kepada negara mestilah tinggi juga. Inilah yang merisaukan kami sebenarnya…..

Hutang Negara Najib Razak Hutang Negara Terkini 2012 RM484.621 Bilion. Kenaikan RM200 Bilion Tahun 2008 2012? Hasilnya?

Sepatutnya semakin banyak duit negara dibelanjakan, semakin banyak faedah yang dinikmati oleh rakyat bukan? Sebagai contohnya, kos sara hidup rakyat semakin baik. Oleh itu kami suka untuk memberikan analaogi mudah di sini….

Kami suka untuk imbas kembali ketika era tahun 80an. Kami pasti ramai juga di sini yang berada dan merasai hidup di zaman tersebut. Pada masa itu, seingat kami selepas habis belajar daripada universiti dan mula-mula bekerja gaji yang diperolehi adalah sekitar RM1,650 sebulan. Baiklah kita genapkan RM1,700 untuk senang kira. Tahun bila pada masa itu? Tahun 1987. Sekarang?

Sekarang…tahun 2012. Maknanya sudah 25 tahun masa berlalu. Kami juga ingin kongsikan di sini, kami ada kenalan yang anaknya baru sahaja bekerja di Jabatan Akauntan Negara (ANM) di Putrajaya. Belajar di universiti kemudian habis, terus dapat kerja di Putrajaya. Beliau tamat belajar tahun 2012, gaji pertamanya adalah RM2345. Apa yang ingin kami kongsikan di sini?
  • Gaji seorang graduan universiti pada tahun 1987 : RM1700
  • Gaji seorang graduan universiti pada tahun 2012 : RM2345
Dalam jurang masa 25 tahun, kenaikan gaji hanya berputar pada kadar RM600 sahaja. Dalam tempoh berapa tadi? 25 tahun. Tetapi….
Dengan gaji RM1700 dahulu…
  1. Sewa rumah pada ketika itu, adalah RM100 sebulan
  2. Harga minyak tak sampai seringgit pun
  3. Harga gula RM0.40 sekilo
Dengan gaji RM2345 sekarang :
  • Harga gula sudah pun mencecah RM2.50 kalau tidak silap kami.
  • Harga minyak sudah RM1.90
  • Dan…bolehkah anda sewa rumah dengan selesa pada kadar RM100 sebulan?
Kos Sara Hidup Hutang Negara Terkini 2012 RM484.621 Bilion. Kenaikan RM200 Bilion Tahun 2008 2012? Hasilnya?

Point kami adalah, kos sara hidup semakin melonjak tinggi daripada tahun ke tahun tetapi purata gaji dan pendapatan rakyat Malaysia mendatar. Sebenarnya inilah perkara pokok yang harus diselesaikan dikalangan pemimpin politik dan negara ketika ini.

Itu belum ditambah dengan masalah sistem pengangkutan di Malaysia. Jadi penyelesaian terbaik yang boleh diambil oleh kalangan rakyat Malaysiasekarang ialah dengan membeli kereta. Nak beli kereta? Mahal harganya. Tiada negara di dunia yang mengenakan cukai kereta sehingga 100%. Hanya di Malaysia.

Semak sejarah harga kereta di Malaysia tahun 1980an : KLIK SINI
  1. Sekarang, sebuah kereta Myvi yang keluar daripada kilang, harganya sekitar RM25,000
  2. Tetapi disebabkan cukai yang berlebihan (cukai jualan 10%, duit eksais 85%). Hampir 100%. Harga yang djual di pasaran terus melonjak kepada RM50,000.
  3. Akhirnya rakyat seperti anda, anda di sini terpaksa membuat pinjaman sehingga 9 tahun contohnya dikehendaki membayar RM500 sebulan
  4. Belum sentuh bab memiliki rumah sendiri lagi…Mampukah?
Bukan sudah berpuluh tahun kita merdeka. Kita hanya asyik berteriak isu-isu remeh. Sedangkan, isu-isu inilah bagaimana cara nak meningkatkan kadar boleh belanja rakyat Malaysia inilah yang paling penting. Apa kata anda pula?

P/S : Dengan kenaikan hutang negara Malaysia yang terkini terus melonjak tinggi, adakah kos sara hidup anda semakin baik?

Merayu: Najib minta maaf

Posted: 03 Dec 2012 11:31 PM PST

KL TODAY

 
KUALA LUMPUR: Taktik meminta maaf adalah taktik baru Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang masih merayu supaya rakyat sekali lagi memilih BN di dalam PRU13 nanti. "Kalau dulu Tun Mahathir menangis untuk menarik simpati.

"Apakah tidak cukup 55 tahun rakyat beri amanah kepada Umno BN?" tanya AJK PAS Pusat, Idris Ahmad dalam satu kenyataan.

Justeru, ujrnya Najib perlu ingat bahawa pengundi sekarang adalah pengundi bermaklumat dan mereka mahu kerajaan yang telus dan amanah.
 
Katanya, ketika Najib meminta mandat dan memohon maaf,  longgokan masalah yang dihadapi oleh rakyat tidak diselesaikan.


Antaranya, kata beliau hutang negara tahun 2012 berjumlah RM502 bilion, meningkat 107.4 % sejak lapan tahun (2004), seramai 10,200 graduan pendidikan masih tidak ada penempatan di samping 8,000 lulusan jururawat tidak ada kerja sementara 1,118 juruterbang yang berlesen tidak ada kapal terbang untuk dibawa.

"Apa khabar wang RM40 juta yang diberi kepada Musa Aman oleh Michael Chia untuk tabung Umno Sabah, isu NFC masih tidak berkesudahan, pendedahan Tan Sri Musa Hassan yang mengatakan tugas polis diganggu oleh menteri, rakyat lagi sakit hati," katanya.

Beliau menambah, rakyat tidak boleh berdiam diri untuk membiarkan BN merosakkan masa depan negara, justeru Umno BN perlu dihukum untuk menamatkan keangkuhan mereka.


Katanya, kedaulatan rakyat dan kesejahteraan negara tidak akan  tercapai jika pemimpin dan BN masih berkuasa.

Menurutnya, pencapaian kerajaan Pakatan Rakyat terbukti di pandangan mata rakyat mampu mentadbir kerajaan pusat walau pun terpaksa berdepan dengan berbagai halangan.

"Ini meyakinkan lagi Umno tidak boleh dimaafkan untuk kali ini," tegasnya.

Khairy digesa debat ‘anak muda pilih siapa PRU13’

Posted: 03 Dec 2012 11:27 PM PST

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) terpanggil untuk memberi respons isu berkaitan kenyataan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin (gambar) dalam Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini bahawa sokongan terhadap pro Aspirasi adalah referendum anak muda kepada sokongan terhadap Umno dan Barisan Nasional.

 "Di sini Gamis berpendirian bahawa kenyataan itu sangatlah angkuh seolah-olah anak muda memang akan memberi undi kepada Umno dan Barisan Nasional pada PRU13 nanti," kata Presiden Gamis, Muhammad Azan Safar dalam satu kenyataan.

Katanya, gambaran kepada kemenangan pro Aspirasi dalam Pilihan raya Kampus tidak langsung menggambarkan sokongan anak muda kepada Umno dan Barisan Nasional.

Ini, ujarnya kerana sokongan mahasiswa berdasarkan isu yang dibawa oleh calon dan kredibiliti calon itu sendiri.

Justeru itu, katanya Gamis mendesak Khairy Jamaluddin mengeluarkan data berkaitan mahasiswa yang menolak pendidikan percuma.

Selain itu, katanya Khairy Jamaluddin sedia berdebat dengan Gamis berkaitan isu 'anak muda pilih siapa untuk PRU13 akan datang'.

Rahman Mydin mahu jadi ombak pecah

Posted: 03 Dec 2012 11:23 PM PST

KL TODAY

 
(Rahman Mydin berucap di pentas PAS di Tasek Gelugor)
 
TASEK GELUGOR: Bekas Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Seri Rahman Maidin bersedia jadi ombak untuk memghempas benteng pantai sehingga pecah. Ujarnya, "biar pecah benteng lama yang sudah tidak kukuh.  Kita bina kembali dengan benteng yang kuat dan padu.


"Jika digambarkan suasana di lautan saya pilih ombak sebab ombak dia boleh bersihkan pantai bahkan bukan setakat bersih dia boleh hancurkan benteng yang tak kukuh, " ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika ditanya selepas berucap di majlis makan malam anjuran Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pulau Pinang dengan kerjasama PAS Kawasan Tasek Gelugor di Taman Desa Murni, Sungai Dua Semalam.

Ini adalah antara majlis awal Rahman selepas mengumumkan penyertaannya ke dalam PAS.

Rahman menyerahkan borang penyertaannya ke dalam PAS malam Ahad lalu di Batu Pahat, Johor.

Kemasukannya ke dalam PAS memberikan semangat baru berdasarkan pengalaman luas beliau dalam perniagaan dan juga media.

Rahman pernah menjadi Pengerusi MRCB, syarikat yang mengawal media utama negara ketika itu.

Benteng usang

"Sudah sampai masanya, benteng usang diganti supaya rumah atau pokok yang ada berdekatan pantai dapat diselamatkan.


"Jika ombak kuat berlaku di tengah lautan pun tegasnya, alunanya boleh menenggelamkan kapal besar yang muatanya berlebihan.

"Kemasukan saya dalam PAS bukan untuk apa-apa tujuan melainkan ingin membantu PAS bersama Pakatan Rakyat menjatuhkan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum ke 13 nanti, " katanya yang juga bekas Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang.

Berucap sama dalam program tersebut ialah Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan Pengerusi DHPP Pusat, Hu Pang Chau.

Mizz Nina dirompak di jalanraya

Posted: 03 Dec 2012 11:20 PM PST

KL TODAY
 

Penyanyi bertaraf antarabangsa, Mizz Nina mengalami situasi cemas apabila tingkap kereta yang dipandunya telah dipecahkan oleh individu yang tidak dikenali di Ampang Jaya.

Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman, 31, menerusi laman sosial Instagram miliknya berkata, dia ketika itu berhenti di persimpangan lampu isyarat tempat kejadian sebelum dirompak dan telah kehilangan beg tangan miliknya yang diletakkan di tempat duduk sebelah pemandu.

"Kereta saya dipecah dan beg tangan saya dirompak di persimpangan lampu isyarat Ampang Jaya.

"Pesanan buat pemandu wanita, letakkan beg tangan anda di bawah tempat duduk kereta," katanya.


Berdasarkan masa entri foto tingkap kereta pecah di bahagian kiri yang dimuatkan pada Instagram penyanyi itu, kejadian rompakan berlaku sekitar tengah hari Isnin.

Isteri kepada vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh itu turut berkata, ia merupakan satu pengajaran yang besar buat dirinya gara-gara terlupa untuk meletakkan beg tangan itu di tempat yang selamat.

 "Saya belajar dengan kesilapan yang telah berlaku. Kadangkala wanita sering lupa untuk meletakkan beg tangan mereka di tempat yang selamat.

"Jangan buat seperti apa yang telah saya lakukan," katanya di laman Twitter pula.

Sementara itu, Mizz Nina gagal dihubungi untuk mendapatkan kenyataan lanjut berhubung kes berkenaan.

Pembantu peribadinya yang dikenali sebagai Riz yang dihubungi mStar Online memberitahu, dia turut gagal mendapatkan penyanyi itu untuk mengetahui kejadian sebenar yang berlaku.

Difahamkan, ia merupakan kejadian pertama menimpa penyanyi yang popular dengan lagu Take Over (menampilkan Florida) itu.

Ketua MCA Tampin ditemui mati

Posted: 03 Dec 2012 11:13 PM PST

KL TODAY

 

Ketua MCA Bahagian Tampin ditemui mati dalam bilik rumahnya di Taman Gemencheh Baru, dekat sini, semalam.Gan Choong Bee, 58, ditemui mati terbaring oleh anaknya, Gan Eng Heng, 30, kira-kira 12 tengah hari.Choong Bee  antara lima calon yang disebut-sebut bakal bertanding di Dun Repah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.

Menurut Naib Presiden MCA Bahagian, Peter Yoong Mok, kebiasaanya ketuanya itu akan sampai ke Pejabat MCA di Kampung Baru Tampin sekitar 9 pagi dan menguruskan pelbagai kerja berkaitan parti serta duan masyarakat.

"Bagaimanapun pagi ini (semalam), dia tidak datang ke pejabat dan menyebabkan kami termasuk anaknya (Eng Heng) yang juga ahli jawatankuasa MCA gusar apabila beliau tidak dapat dihubungi.

"Anaknya pulang ke rumah di Pekan Gemencheh dan terperanjat apabila melihat ayahnya sudah terbaring sejuk atas katil dalam bilik," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Wooi Kooi Cheang ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan mengklasifikasikannya sebagai mati mengejut.

Choong Bee (gambar kecil atas) memegang jawatan sebagai Ketua MCA Bahagian Tampin sejak tiga tahun lalu selepas mengambil alih jawatan bapa saudaranya, Datuk Gan Chin Yap yang juga  Ketua MCA Bahagian sebelum ini.

Pidato Habibie di Unisel Khamis ini

Posted: 03 Dec 2012 11:11 PM PST

Harakahdaily,


SHAH ALAM: Bekas Presiden Indonesia, BJ Habibie akan memberikan pidatonya 6 Disember ini di Dewan Pro Canselor Unisel, Shah Alam.

'Habibie dan transisi Indonesia ke demokrasi' bakal menjadikan topik ini sesuai dengan peranan yang telah beliau lakukan dalam mengubah Indonesia ke demokrasi.

Majlis yang bermula jam 9 pagi itu dikira penting untuk rakyat negara ini yang juga bercita-cita untuk membuat perubahan di negara ini.

Bacharuddin Jusuf Habibie  adalah presiden ketiga Republik Indonesia. Beliau  lahir di Pare-Pare, Sulawesi Selatan, pada 25 Juni 1936.

Sebagai presiden yang mengambilalih tampuk pemerintahan dari Sooharto, Habibie banyak membuat perubahan walaupun tempoh masa untuknya hanya singkat sahaja.

Antara perubahan besar yang dibuat Habibie adalah kebebasan media di Indonesia. Hari ini, media di Indonesia jauh lebih bebas dari Malaysia.

Himpunan bersebelahan: Ali resahkan rakyat Melaka

Posted: 03 Dec 2012 11:08 PM PST

Ahmad Danial,



(Poster Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Melaka)

MELAKA: Tindakan Ketua Menteri Melaka Mohd Ali Rustam yang mengarahkan Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Kampung Bukit Palah  menganjurkan karnival di sebelah tapak Himpunan Kebangkitan Rakyat Melaka pada 8 Disember di Bukit Palah dikecam.

Tindakan Ali Rustam ini suatu tindakan tidak sesuai dan wajar, kata Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari melalui blognya adlyzahari.blogspot.com

"Provokasi pemimpin sebegini mengundang keresahan di kalangan rakyat, Umno akar umbi pun resah," ujar Adly.

Beliau juga melahirkan kekesalan dengan sikap kerajaan dan agensi kerajaan negeri yang tidak melayan permintaan Pakatan Rakyat (PR) untuk mendapatkan tempat awam seperti Dataran Sejarah dan Stadium Tun Fatimah.

"Oleh kerana permohonan kami tidak dilayan maka kami bersetuju untuk menjalankan program tersebut di tanah persendirian, di Kampung Bukit Palah yang di kejar oleh Ali Rustam.

"Mungkin pada pandangan Ali bahawa kerja buat mengganggu ceramah pembangkang semenjak 1999 itu mendatangkan kemenangan kepada Umno Melaka," tambah Adly.

Menurut Adly, sekarang ini tahun 2012 sudah hampir masuk 2013. Media baru boleh menceritakan perangai buruk Ali ini.

"Apakah Ali berhajat rakyat 'bertembung' pada 8 haribulan ini?" soal Adly.

"Pakatan Melaka menyeru rakyat Melaka memberi mesej jelas kepada Ali Rustam pada 8 haribulan ini, ayuh orang Melaka, hentikan politik dengki dan busuk hati," tambahnya lagi.

Beliau menyeru seluruh rakyat Melaka berhimpun pada 8 haribulan ini di Bukit Palah Melaka.

"Gelombang ribuan rakyat sahaja yang boleh menghentikan sombong dan bongkak politik Ali Rustam," katanya.

Roadshow Himpunan Kebangkitan Rakyat di seluruh negara telah mendapatkan sambutan yang sangat luar biasa. Terbaru kira-kira 30,000 rakyat berkumpul di Batu Pahat pada program tersebut.

Pada 8 Disember, Pakatan Rakyat Melaka akan menganjurkan program ini peringkat negeri Melaka.

Dijangkakan sekali lagi rakyat akan menzahirkan sokongan padu kepada Pakatan Rakyat seperti yang ditunjukkan di negeri-negeri lain.

Beberapa pemimpin utama PR Pusat akan berkumpul di Melaka antaranya Timbalan Presiden PAS, Muhammad Sabu; Naib Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw dan Setiausaha PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

AES: 2 pemandu mengaku tidak bersalah

Posted: 03 Dec 2012 11:04 PM PST

Muhammad Faizal,

KUALA LUMPUR: Dua pemandu yang didakwa melakukan kesalahan di bawah pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) mengaku tidak bersalah di mahkamah hari ini.

Hakim Mahkamah Majistret di sini, Noorasyikin Sahat menetapkan 18 Disember ini bagi pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyerahkan dokumen berkaitan.

Mohd Ridzuan Mohd Yusoff dan Henny Suryani Yacub @ Yaakob didakwa kerana tidak mematuhi isyarat lampu merah di Jalan Klang Lama.

(Gambar: Mohd Ridzuan dan Henny Suryani bersama Zulhazmi.)

Mohd Ridzuan yang ditemui Harakahdaily selepas sebutan kes memberitahu pelaksanaan AES adalah tidak wajar dan membebankan pemandu.

Namun ketika kesalahan tersebut dirakam, beliau menegaskan tidak melanggar lampu isyarat tetapi hanya berhenti melebihi garisan yang ditetapkan.

"Sebagai pemandu teksi saya sentiasa berada di jalan raya dan sudah pasti dengan pelaksanaan sistem tersebut terus memberi tekanan kepada diri saya dan juga rakan-rakan yang lain.

"Lagi pun saya tidak langgar lampu isyarat dan sepanjang saya menjadi pemandu teksi tidak pernah sesekali pun saya langgar isyarat lampu merah," jelasnya.

Henny Suryani Yacub @ Yaakob merupakan pekerja swasta turut mempertikaikan pelaksanaan AES yang disifatkan tidak adil.

Tambahnya lagi, beliau juga turut tidak mengetahui langsung bahawa AES ini telah dilaksanakan dan tidak mendapat maklumat lengkap mengenai sistem tersebut.

"Saya tidak mengetahui langsung AES ini dilaksanakan dan tidak mendapat keterangan secara terperinci dari pihak kerajaan dalam pelaksanaan tersebut.

"Saya juga harap kerajaan memansuh AES dengan segera kerana ia amat membebankan rakyat, apatah lagi dengan jumlah kompaun RM300 yang betul-betul membebankan rakyat," katanya.

Ditanya kenapa mengambil tindakan tidak mengaku salah, jelasnya gambar kereta yang diirakam itu tidak membuktikan bahawa beliau betul-betul berada di persimpangan lampu isyarat.

Menurutnya lagi, jika hanya gambar sedemikian yang dihantar tidak membuktikan beliau betul-betul berada di persimpangan lampu isyarat.

"Saya mahu pihak JPJ buktikan kesalahan bahawa saya betul-betul langgar lampu isyarat, kalau hanya gambar sedemikian saya boleh katakan ia diambil di lokasi lain," tambah beliau lagi.

Mereka turut berterima kasih dengan khidmat guaman yang disediakan oleh Jawatankuasa Anti Saman Ekor (Kase) yang mewakili mereka dalam kes saman AES.

Peguam Zulhazmi Shariff yang juga merupakan Penasihat Undang-Undang Kase mewakili mereka hari ini.

Menurut Zulhazmi, terdapat kes seorang pemandu yang mengaku salah kerana didakwa melanggar lampu isyarat dan perlu cepat untuk membawa isteri ke hospital.

Namun hakim hanya diberi amaran lisan sahaja.

"Jika individu tersebut yang mengaku salah atas dakwaan tetapi hanya diberikan amaran lisan, saya pasti dalam AES kita juga mampu berbuat demikian," katanya.

Beliau juga meminta 118 pesalah AES sebelum ini yang dikenakan waran tangkap diharap dapat menghubungi Kase bagi bantuan guaman.

Dalam pada itu, esok (Rabu) terdapat lagi kes saman AES yang dikendalikan oleh Kase di mahkamah yang sama.

Anak kecil main api: Silap mata, silap lidah terhebat

Posted: 03 Dec 2012 11:03 PM PST

Ahmad Anwar Asyraf,   


Bukan main hiba wakil Kelab Umno Luar Negara sewaktu Perhimpunan Agung Umno tempohari sewaktu menyanyikan lagu "Anak Kecil Main Api". Bercucuranlah air mata perwakilan kononnya jika Umno tewas dalam Pilihanraya Umum ke 13 nanti maka, hilanglah Melayu, merempatlah Melayu di bumi bertuah ini.

"Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang"

Inilah dia silap mata dan silat lidah terhebat abad ini. Terus menerus berlagak angkuh seolah bangsa Melayu ini dungu semuanya. Saya dengan sukacitanya memperingatkan kepada graduan Luar Negara tersebut dan seluruh anak muda Malaysia mengenai beberapa jasa teragung Umno sepanjang memerintah Tanahair ini.

1. Tahun 1957, sewaktu British memberikan kemerdekaan, mereka telah meninggalkan 3 billion hektar Tanah Rezab Melayu. Tahun 1995, di bawah kepimpinan Umno yang memperjuangkan bangsa Melayu, Tanah Rezab Melayu menyusut sehingga tinggal lebih kurang 1.7 juts hektar sahaja. Hidup Melayu!!!

2. Tahun 1993 menyaksikan maruah Raja-Raja Melayu direntap Pemerintah dibawah kepimpinan Umno apabila Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi membolehkan Raja-Raja dibawa ke mahkamah. Banyak lagi jasa Umno dalam melondehkan maruah dan kredibiliti institusi kesultanan Melayu. Daulat Tuanku!!!

3. Dasar Ekonomi Baru, sebuah dasar yang baik untuk memacu perkembangan ekonomi Melayu dipergunakan oleh Umno bagi melahirkan beberapa kerat konglomerat Umno putera yang rapat dengan koridor kuasa sahaja. Di mana taraf ekonomi Melayu ketika ini? Siapa yang mengkhianati Melayu disebalik Dasar Ekonomi Baru? Realitinya, objektif DEB tersasar jauh. Demi Ketuanan Melayu!!!

4. Berapa ramai anak muda Malaysia tiada peluang pekerjaan ketika ini dibawah pemerintahan hebat Najib Razak dan Umno? Ramai pula yang sekadar bersandar kepada jawatan kontrak yang boleh dipecat pada bila-bila masa. Termasuk juga dalam pelbagai agensi kerajaan, ramai anak muda ditawarkan jawatan kontrak sahaja. Mengapa Umno sebagai pemerintah pilihan Tuhan dan mendahulukan rakyat tidak melaksanakan satu pelan jangka panjang bagi mengatasi masalah ini termasuklah menetap tempoh masa maksimum pergantungan tenaga kerja asing untuk sesuatu industri itu? Syabas PM!!!

5. Di kotaraya, tahap kemiskinan kota terus memuncak walau cuba dinafi oleh statistik pemerintah. Ramai rakyat yang tidak mampu membeli rumah tetapi ada pemimpin-pemimpin Umno mampu beli hartanah di United Kingdom atau negara luar. Anak muda yang baru membina keluarga dan tinggal di kotaraya terpaksa menghuni rumah pangsa yang tinggi dan sesak. Hidup Umno!!!

6. Rakyat terus bergelut mengatasi masalah kenaikan harga barang keperluan. Keluar pagi, balik lewat malam mencari rezeki untuk keluarga. Institusi keluarga menjadi longgar ekoran dari ibu bapa yang terpaksa bekerja keras terutama di kotaraya. Impaknya, membiak keruntuhan moral di kalangan muda mudi negara. Nama Rihanna mengalir deras di mulut anak muda berbanding Nabi Muhammad S.A.W. Muda mudi lebih mengingati lirik lagu Justin Bieber dari lagu Negaraku. Gemilang Umno!!!

7. Umno terus bersedia untuk menyedut kantung rakyat melalui pengenalan Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST). Rang undang-undang GST tidak pernah ditarik balik tetapi menunggu untuk dibentangkan dan diluluskan sebaik PRU 13 selesai. Segala gula-gula Bajet 2013 akan direnggut dari nurani rakyat. Syukur Umno!!!

8. Umno telah mengheret kadar hutang negara melepasi 50% dari kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Warisan pentadbiran Najib Razak buat pewaris masa depan Negara nanti. Terima kasih PM dan Umno!!!

9. Umno telah mengheret kredibiliti dan integriti pelbagai agensi perlaksanaan Kerajaan merudum teruk dengan pelbagai skandal korupsi yang melingkari setiap agensi Kerajaan. Duit kopi bukanlah satu fenomena asing. Satu lagi kejayaan Umno!!!

10. Apakah yang Umno telah lakukan dalam pengisian dan penghayatan maksud sebenar Islam dalam kehidupan setiap warga Muslim? Umno terus mendiamkan diri tatkala MCA terus menerus memfitnah Islam. Tidak kedengaran langsung suara-suara lantang dalam Perhimpunan Agung Umno menegur MCA yang sudah tidak menghormati Muslim. Apakah ini kepimpinan yang kita ingin letakkan impian dan harapan untuk terus memayungi Islam dan Melayu? Syabas Umno!!!

Ini baru sedikit daripada jutaan jasa Umno dalam memundurkan pemikiran dan kehidupan Melayu. Pemikiran Melayu terus dicabar dengan idea-idea sempit yang sekadar membuncitkan perut sekelompok pemimpin Umno baik di peringkat nasional mahupun di peringkat kampung-kampung. Melayu terus diciptakan wajahnya oleh Umno sebagai sebuah bangsa yang memerlukan tongkat subsidi. Hilang jatidiri sebagai bangsa bermaruah hingga terpaksa melukut di tangga Pejabat Kebajikan Masyarakat dan program BERSAMAMU.

Sudah sampai masanya, bangsa Melayu harus bangkit. Menolak hegemoni Umno yang tidak pernah memerdekakakan minda. Umno wajar direhatkan dari terus memegang tampuk pemerintahan negara sekiranya bangsa Melayu ingin mendapatkan kembali kegemilangan maruah Melayu sepertimana zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Cukuplah segala bentuk pengkhianatan, korupsi, salahguna kuasa dan rompakan kekayaan negara yang telah dilakukan Umno dengan bersembunyi di sebalik slogan Hidup Melayu. Umno yang ada hari ini telah jauh tersasar dari Umno tahun 1946.  Umno yang ada hari ni adalah Umno "lintah darat" yang menghisap kantung rakyat di waktu siang dan malam. Bangkitlah Melayu.

Siapa sebenarnya yang menyebabkan Melayu terhina di bumi bertuah ini? Jawapannya adalah Umno yang bertanggungjawab mengheret Melayu menjadi begitu lemah ketika ini. TERIMA KASIH Umno. Jasamu memang banyak dan tidak terbalas. Kerana itu, kami tidak akan mengundi kamu lagi.

Ahmad Anwar Asyraf Penyelaras SAMM Johor

Ustaz Azhar berpuisi: Derita Kita, Derita Mereka

Posted: 03 Dec 2012 10:56 PM PST

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: Buat pertama kali, penceramah agama yang menjadi ikon anak muda, Ustaz Azhar Idrus berpuisi secara spontan pada majlis Bicara Selebriti yang diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV, minggu lalu.

Rakaman puisi bertajuk 'Derita Kita, Derita Mereka' yang dikaitan dengan penderitaan rakyat Palestin dan Syria telah tersebar secara meluas melalui Youtube.

Antara kandungan puisi itu:

Derita kita menanti majunya negara
derita kita kerana jualan di kedai kurang memberangsangkan
derita kita belum dapat bantuan subsidi
derita kita kerana anak tidak lulus periksa
derita mereka apabila anak-anak menjadi kubu
daripada ditembusi peluru-peluru yahudi
yang merobek dan mengeluarkan isi perut anak-anak kecil yang tidak berdosa

Lihat http://www.youtube.com/watch?v=mzPRPouTjRs

Tiada ulasan: